Search This Blog

30 April 2009

*1000 miles*

Izzul Ziyyad dah 9 bulan..yippiekiyaiyay
~ masih belum boleh bertatih, bila lah anak saya ni nak berjalan ye,tapi kalau naik walker tu laju berdesup aje
~ gigi dah ada 8 (6 atas,2 bawah),suka mengrind gigi sendiri sambil buat mama dia annoyed
~ dah naik bisul sebanyak 4 bijik (ni kira milestone ke..ahaha..hentam jelah labu)
~ pandai buat muka sakit,muka sakit yang comel :)
~ nak makan ubat sekarang ni dah tahu tutup mulut sendiri. Ada certain ubat yang dia suka,siap tadah buka mulut lagi..hehehe
dan blog ni dah ada 600 entry..kira banyak dah saya berceloteh kat anasfadilah.blogspot ni
terima kasih kerana sudi mengunjung
kepada anon, silent reader,pembaca setia,pengkomen hatta yang sekadar singgah atau lalu lalang disini..terima kasih semua.
jangan ada benci diantara kita
i wefffffffff u.
oxoxox
p/s::schedule post,maybe masa hangpa baca ni,saya duk atas jambatan pulau pinang on the way to kl

29 April 2009

*52*

ceh!

padanlah dah tak jumpa susu Nan2 yang biasa

rupanye dah tukar kepada Pro plak

tambah RM lagi..ceh

dulu RM43..la ni RM52..ceh!

nengok sama je rupa susu tu..

ceh lagi.


1 week = RM52 (harga kedai runcit bukan harga pasaraya )

4 week = 4 tin

4 x 52 = RM208

ceh!

kang donwgrade susu kang anak tak dpat Bifidus midus segala.

tapi boleh jimat duit

tapi nanti orang tuduh berkira

ceh!

tulahh..dulu..taknak.......

jangan nak start..kang..

redha ajelah,dah ini jalan yang dipilih

jangan pilih jalan hitam sudahh..hahah.

p/s::sukanya bila dia ceria

p/p/s::esok balik kampung kl,jadi tak berupdate selama cutinye.saya nak bercuti dari berblog sat..lalalala

28 April 2009

*siapa yang tak mahu jadi sempurna*

terima kasih atas kata-kata yang diberi di ruang komen pada entry bawah ni. *group hugs everybody yeaa,rock ur body yeah,rock your body right* alamak terlebih sudahh

im deeply touch by all your comments,teharu sangat :')

memang,saya tahu semua kita para ibu hendak terbaik untuk anak

Kak Arin : i did go to the clinic,in fact pergi jumpa paed. And the Dr. said ia disebabkan INSECT BITE.

so to all mothers out there,kalau tak puas hati dengan jawapan Dr. pergi cari 2nd opinion or 3rd or even 4th or 5th. Instict mak ni lain sikit. ada rasa tak kena tu,mesti nak cari jawapan juga.

Niza: Dr. Rahim memang ramai pi kat dia,kalau anak ada wheezing atau susah bernafas, Dr.Rahim akan sedut buang kalau teruk sangat

but remember ye mothers,kahak ni akan berulang,meaning dia akan datang semula,yelah baby mana tau nak khhhkkk-ptuih macam kita. Saya dah cuba sedut hingus Ziyyad guna mulut sendiri tapi tak tersedut. Pasal kahak dia dalam sangat. Last resort,bawa pi jumpa Dr.Rahim. pi sedut buang.

Memang baby tu tak didatangkan dengan operators manual atau buku babies for dummies,tapi tulah..semua pengalaman saja yang mengajar

bila tak tahu nak buat apa,mula kalut kelam kabut

itu pasal la ada blog..kita boleh share info kat sini.

sekarang hati sudah banyak lapang.

kerana esok akan pulang ke kampung halaman :)

check list Ziyyad punya barang punya banyak nak kena tick. Nama aje baby,beg sampai 2,3..mak bapak pun kongsi 1 beg je.

i do have a check list.akan di laminate supaya boleh tick dengan marker and kendian boleh wash off marker tu nanti

ni yang rasa nak beli exora neh..boleh mengangkut barang dengan penuh gaya..ecewahh..*berangan jap naik exora neh*

terima kasih atas kata-kata baik anda semua. Sangat-sangat menghargainya :)

p/s::kampung la sangat...hihihi


*aku memang lah bodoh ignorant*

(readers discreation advise,saya tak mahu ada orang kecik hati baca entry ni..saya dah kasi amaran awal-awal)

as much as i hate to admit this..i am stupid and ignorant

caught in between..dah la first time mother lagi pulak

'they' say kalau nak sembuh kan Ziyyad punya bisul ni kena mandi celah kangkang ibu,ada pulak suruh baringkan Ziyyad and langkah 3 kali.ada pulak suruh jumpe bomoh ada pulak suruh bagi minum air penawar..macam-macam ada

aku memang bodohlah.

harini saya pergi ke klinik Dr.Rahim. (Paed yang kat Hope kata,bengkak kat kepala Ziyyad is cause by insect bite..saya yg bukan paed pun tahu itu bisul bolehhh!)

pasal saya need 2nd opinion if not 3rd or 4th of 5th or so on

ingat nak pergi esok,tapi saya dah tak boleh tahan,pasal there is a sign 4th bisul will emerge sooner or later..atas mata kanan dia.

so bila pergi Dr. Rahim ,dia kata pada saya

"mama,bila nampak anak macam ni cepat-cepat pergi klinik ambil antibiotik,bukan tunggu dia naik 2,3 baru datang. Kita kena stop the bacteria sebelum dia menyerang. Kita ni melayu duk percaya,takpa aih tunggu biaq masak..tengah duk masak tulah tok,nenek,wan semua membiak lagi banyak. Sementara tunggu rumah hat ni reban,depa sewa pula tempak len..ni dah sewa kat dahi pulak. "

tersentap acik korang nehh.

and then he continue

"the lymph node dah bengkak kat belakang leher,itu tanda bakteria dah ada,is the first warning,bila pertahanan kat lymph node tu kena attack,dia lemah..so naik la ape yang kita panggil bisul,serawan,gelendiaq apa semua ni..semua tu adik-beradik..nama saja lain"

and my 'ooooooooh' adalah sangat panjang.

now i know,the benjol belakang Ziyyad is the lymph node sudah bengkak rupanye.Saya kata saya bodoh pasal,masa kelas biologi dulu memang belajar pasal limfa noda ni.
Lymph node ada kat tengkuk,bawah ketiak dan dekat pangkal peha. Thats why mostly bisul dan rakan-rakan ada sekitar tu saja.

ingat tak ada satu entry,saya tulis pasal ada dua benjol belakang kepala Ziyyad? thats the lymph node trying to tell me "oii mangkuk,ada bakteria dah ni pegilah klinik" (kili SINI untuk entry pasal lump tu)

sorry Ziyyad for my ignorant and stupidity.and because believing all those mumbo jumbo can actually cure my poor baby

so Dr.Rahim prescribe us with antibiotic,tahan bengkak,demam and ubat sapu.

i really fell im a bad mother. Saya orang sains,kenapa lah bodoh sangat. bukan saya tak percaya rawatan alternatif,masalahnye Ziyyad bukan dihuni oleh jin atau Syaitan.Dia dihuni oleh bakteria. Kalau kena rasuk jin ke Syaitan ke memang la rawatan alternatif cara islam jadi pilihan.

boleh tak,saya sekarang ini terlalu sakit hati dengan diri sendiri,Ziyyad does not deserve this.

last Dr. Rahim kata apa tau

" ini anak kita ka?anak depa?..takpa ini anak first saya maafkan,kalau anak dua tiga jadi benda sama,mama dia nanti saya kena cubit la" (sukati kau aje cubit bini orang,nak melawak pun tunggu esok,hari ni rase down gile)

paham En.Dr.

to all mothers out there please,please,please

dont be like me,cukup ada sorang emak bodoh..tak payah tambah lagi. i was believing the bisul eventually gone bila satu dah surut,tak sangka naik 2 ,3 dan 4 lagi. Bisul adalah sangat sakit tak kira kat mana dia tumbuh. so please kalau ada kat kepala anak naik satu lump yang buta,meaning macam bisul tapi tade mata keluar nanah ke apa,thats the sign dah ada bakteria menyerang pertahanan badan anak. Pegi cepat ke klinik. Kalau tak puas hati dengan Dr yang kita jumap cari lagi 2nd opinion.

jagan tonyoh dengan apa-apa,pasal bakteria dalam lymph node tu akan lagi merebak ke kawasan lain.

p/s::tade mood ok. >:(

read more about Lymph Node

27 April 2009

*paypal*

nilah dia kalau buat kerja takde perancangan :(

tak kisah lah,still can be tweak

kepda para pembaca setia(ecewah) anasfadilah blogspot yang teringin nak beli barang-barang KedaiChomel,tapi anda duduk diluar Malaysia

Kini anda boleh lakukan. boleh membuat pembayaran menggunakan kredit kad lagi,bagus kan?

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan yang berada di London, Oman,Peru atau Sri Lanka di mana sahaja

Jom shooping di KedaiChomel

any enquiries email me at

stashowale@hotmail.com

*jangan menangis lagi*

Ziyyad sudah mula menunjukkan separation anxiety yang dasyat pagi tadi

Ingat pasal dia sakit,dia mengelemot macam tu (mengelemot = banyak songeh orang boyan kata)

Punyalah menangis masa hand him over kat Kak Kiah.

Walaupun dari kecik hantar dia kat Kak Kiah, mama dan babah tatap di hati Ziyyad..heheh

kalau korang nak tahu,there is another bisul nak naik kat belakang telinga Ziyyad,maknanya ada 3 bisul atas kepala dia..hadoyaii (mama,jgn merungut,itu ujian dari Allah,sabar ye )

Kehadapan En.Bisul,saya merayu supaya jangan ganggu gugat Ziyyad lagi. Sila pergi pada En.Suami pun takpe..ahahahah. (abang, i gurau je..i weffff u)

semalam kami keluar pegi makan (walaupun Ziyyad bisul kami bawa dia berjalan,supaya kami semua tak sangap duk umah saja,mengenang nasib ..kihkiikhhi..tapi sebelum keluar kita sapu cream antibiotik k)

Ziyyad seperti biasa attract attention pasal kepala berjambul macam tu. Walaupun ada bisul,dia dapat awek sorang nama Sarah..

dan walaupun kepala macam tu,masih mampu buat muka cute ngorat kakak salegirl kat sasa. ceh!. (kepala lentok ketepi sambil senyum..cute la buat macam tu ek Ziyyad..kecik-kecik dah pandai)

oleh kerana saya tak mahu bersedih sangat pasal En.Bisul yang dengki dengan kekacakkan Ziyyad,mari tonton aksik Ziyyad makan limau.



p/s:: ada tak cream bisul begone forever?


terima kasih atas do'a anda semua. :' )

26 April 2009

*hati mama*

tiada kata-kata yang bisa mengungkap betapa kasihan hati saya melihat Ziyyad dalam kesakitan. Jika boleh sakit itu di pindahkan pada saya,alangkah baiknya.

Tidur malam Ziyyad tak lagi lena. Ada masanye Ziyyad tidur dengan gaya merangkak,sambil tersengguk-sengguk. Sedih saya melihatnya,saya kejut Ziyyad bangun

Dia tersenyum di sebalik kesakitan yang di alami tatkala saya mengangkat Ziyyad.

Tapi,bila bermain,Ziyyad seakan lupa sakit yang dialaminya. Ketawa dan bermanja seperti biasa dengan kami

Setiap kali membasuh darah dan nanah yang melekap pada kepalanya,Ziyyad menjerit sambil kesakitan. Acap kali itu juga saya berkata;

"mama sorry,babah sorry sayang,mama nak bagi Ziyyad sihat tak sakit lagi"

dalam esak Ziyyad,Ziyyad mencebik tanda protesnya pada kami

nampak kah kalian lubang pada kepala Ziyyad?. Itu adalah bisul Ziyyad yang sudah pecah. Tiap-tiap pagi kami akan bersihkan nanah dan darah yang keluar pada malam sebelumnya.

tolak semua kegelian yang ada pada saya. sambil membaca Bismillah dan sedikit selawat,saya sapu dan bersihkan luka itu.

kadang-kadang terpancut nanah beserta darah keluar bersama. Hati mama mana yang kuat untuk melihat anak menjerit sakit, tapi itulah kekuatan yang Allah beri pada hati seorang mama

sedangkan bisul pada orang dewasa pun sudah mengaduh sakit,inikan pula pada seorang bayi yang belum pun cukup setahun

bisul kedua pada dahi Ziyyad. Ziyyad walaupun sayang mama ni kurang hensem sikit,tapi mama and babah tetap sayang Ziyyad tanpa sempadan

cepat sembuh ye sayang,supaya sayang mama dapat tidur lena kembali di waktu malam

maafkan mama dan babah kalau buat Ziyyad sakit ye.

hugs and kisses and smooches dari mama dan babah.

p/s: Semoga Ziyyad sembuh,nanti nak balik KL hujung minggu depan.. :)

p/p/s::baru sekarang saya tahu apa itu erti kasih sayang dan pengorbanan tanpa sempadan

24 April 2009

*down with fever*


Ziyyad demam.kasihan dia :(

selamat hari Jumaat semua.

tiada mood nak update banyak-banyak.jumpe kita hari Isnin,

InsyaAllah.

updated :

im selling at Etsy. For those who lives outside Malaysia, be it in Brunei,Indonesia,Oman or even USA or UK, u now can by my handmade stuff.

go have a look. I will upload more handmade stuff soon,InsyaAllah.

23 April 2009

*saya rasa*

saya rasa saya nak pergi swimming semula

saya rasa senaman yang paling saya suka buat pun adalah swimming sahaja

tapi sekarang kalau nak pergi swimming kena pergi ke usm,kerana ada hari khas untuk wanita sahaja

saya kalau boleh nak swimming kat PISA sahaja,senang and dekat dengan rumah

ada browse dekat google pasal baju renang muslimah/muslimah swimwear ni

tapi saya nak tanya la

mostly the baju tak attach dengan seluar

jadi kalau terjun dalam air,tak terangkat ke baju tu?

ye..saya memang suka terjun terus dalam kolam 12 kaki dalam tu

sungguh adrenaline rush..dah lama tak rasa keseronokan nye

korang yang baca blog ni ada pengalaman tak? kongsi la sini

supaya saya boleh propose kat En.Suami untuk izinkan saya bergiat aktif dalam sukan feveret saya ni ye. (ecehh poynye..macam bergiat dalam bidang seni plak gayanye..)

gambar diambil dariislamicbajurenang.blogspot

sahih saya kena beli saiz xxl,kang pakai saiz kecik macam pulut udang dah ropenye...hahaha

p/s::rindu gila nak swimming nehhh!

updated:: i already called Matus,the shop owner..pueh hati den..lepas ni nak pegi propose dan buat pembentangan kertas cadangan kat En.Suami. Thanks Matus,u really help me a lot by asking all my questionsss..heheh

tapi still nak pendapat korang yang sedang baca blog ni k.. :)

*clipclopclipclop*

badan penat sikit lately..

pasal saya sibuk buat benda alah kat bawah ni

its all hairclips :)

Dils,the sheep is inspired by u..hehehe..

semalam En.Suami tanya : "kenapa kambing biri-biri ni kelabu bukan putih?"

saya kata : "pasal kambing tak mandi tu pasal dia kelabu..hahaha"

naseb la bang dapat isteri rope gini hahaha

dan terima kasih juga pada En.Suami kerana sudi menjadi model clipo saya. rambut saya aurat jadi tak boleh sukaati tayang,bukan pasal rambut saya ada kutu atau kelimumur :P

comel tak En.Suami...heheh

sheepyclipo RM5

pinkdradonclipo RM5

meowyclipo (my personal favourite..because its a black cat,i loveblack cat) RM5

owlyclipo (mascot kedaichomel) RM5

if u interested to buy my clipo email me ya

stashowale@hotmail.com

p/s::anasfadilah punye jgn tiru..gile poyo minah neh..hahaha

22 April 2009

*kamera punya pasal*

saya marah pagi-pagi..tensen

mau tak eh..tiap kali nak amek gambar untuk barang-barang chomel saya,mesti kena minta pinjam hp En.Suami.

camera hp saya tu dah rosak,kalau amek gambar kuar hijau jeee..

(malas lah hint-hint ye..ahaha)

marah la macam ni!! >: (

pulak pagi ni kena hantar Ziyyad monthly cek up kat klinik kesihatan,selalu kami pi awal..dan jadi orang first yg sampai,siap kami tolong buka gate klinik lagi

tapi hari ni dah lambat pulak, pasal kamera la..menciiiik!

saya boleh berebut dengan sorang lagi parent

kereta kami samapi dulu,kemudian saya nampak satu kereta dah masuk perkarangan klinik

saya kata kat En.Suami

"abang,cepat bak mai kad Ziyyad,ada orang dah mai tu kat belakang"

saya terus keluar dari kereta,sambil kendong Zyyad,siap berlari-lari anak nak masuk kan kad dalam bakul kad yg ada atas kaunter

tapi yang bestnye, kereta belakang saya tu,husband dia yang keluar,terus meluru je masuk

anda pasti ingat saya yang mengendong anak ni kalah dengan lelaki tu kan?

saya menang ok..hahah..pasalnye..klinik tu dah rearrange kaunter..dulu kaunter ada kat belakang sikit,la ni kaunter kat depan

jadinye mamat ni dah kebelakang cari kaunter

saya yang kat belakang mamat ni nampak dulu bakul kad,jadi saya terus masukkan kad Ziyyad dalamnye

hoorayyy!saya lah juara pada pagi ini!! (self pat at the back..)

siap boleh buat acara siapa cepat dia dapat plak..

pheww!penat acik lari ooo dengan ngendong pakcik kecik yang dekat 9 kilo ni.nampak aje kurus,tulang besi urat titanium agaknye

p/s:: jangan pandang leceh pada ibu yang dukung anak. masuk acara lari dalam guni pun boleh menang tau ka

21 April 2009

*dragon fly*

suatu masa dahulu saya sngguh obses dengan pepatung.masa kecik-kecik saya dan abang dan adik akan menangkap pepatung menggunakan raket badminton. (kita tekup raket badminton atas pepatung yang hinggap kat rumput,jadi dia tak dapat la terbang :)..)

pepatung makhluk Allah yang unik,pasal dia bertelur dalam air,tapi lepas tu dia boleh terbang pule bila menetas

masa zaman u dulu,saya ada amek class lukisan dan catan untuk memenuhi credit yang diwajibkan. Senior saya dari sekolah pengajian seni kata,En.Fuad Bebit (kalau korang ingat iklan oi nasi goreng oi bubur kacang tu,En.Fuad la tu) dia susah nak student dia A

tapi,Alhamdulillah..saya dapat juge A (jadi cantik sikit slip result tadelah B dan C aje..wakakaka)

projek yang dapat A tu,saya buat satu lukisan bermotifkan dragonfly.

so semalam saya dapat ilham nak buat satu craft bermotifkan dragon fly ni

ni lah dragonfly tu..its a hair clip...dan its for sale (RM5 only)

dan ye,jgn tiru ye,ni saya punya idea..cari la kat google belum ada satu pun pattern macam ni (and so i tot la..hehe)

its lovely,nasib la anak saya lelaki..hehehe..kalau tak segala bala headband la hair clip dah mesti penuh kepala pakcik kecik tu

dan ada a slice of pizza,untuk pemenang Mr.Roti Shy-Shy Cat

still open ye the contest,pegi sini ye Mr Roti shy-shy cat giveaway

p/s::today hujan cats and dogs and all the zoos put together..jalan banjir lagi..

Kehadapan Tiara ku manja

jgn la majuk,buruk rupenye..setakat ayat poen tu tade maknenye. dah jangan majuk,macam mana nak jadi blogger tegar ni..hehehe..dah,saya dah babab dah makcik anon tu,dia berniat suci dan murni.mungkin pendekatan dia tak jelas.tapi takpe..saya dah slow talk dengan makck anon tu. :)

20 April 2009

*pil gugur kandungan*

ada org search keyword di atas,dan sampai ke blog saya

kepada cik adik/cik kakak..

anda tak akan jumpe nye disini.jangan buat perkara bodoh lagi dilaknat Allah

suka-suka buat suka-suka gugur ka adek manis?

kalau anda dirogol sila buat repot polis

kalau tak dirogol....

lu pikir la sendiri

sekian.

p/s::sila jangan buang dalam longkang atau tepi tong sampah.Ingat esok dia akan jadi juon dan menghantui anda seumur hidup..anda tak akan tidur lena..heeee heeeeee serammmm.

::korang nak ke budak juon tu tiap2 malam lepak atas katil korang macam ni..heeeee heeeseramm::

updated

im disturbed..no not by Juon..

tapi by this anon komen

"Walau apapun, nak bercakap tu kita kena beringat. Kita ada anak. Cakap kenalah berlapik. Nauzubillah."

oklah kawan2 kalau betul saya salah,tang mana saya salah tolong habaq mai dan InsyaAllah akan diperbaiki

jangan duk tinggai komen takdak nama,saya tak suka tau ka

p/s::hari ni gua emo beb..sorry la makcik anon.kalau marah taip dalam slang penang adalah liberating. makcik anon gua tak mencarut pun makcik dalam blog..ni apahal marah gua plak ni..leceh la lu ni (apesal bunyi macam mat pit aje..wakakaka)

p/p/s::im still shaken dengan accident yang berlaku depan mata tadi..esok aje cerita boleh?

*saya rasa*

1. saya rasa jiran atas saya adalah Psycho. tiap-tiap malam dia mengemop setiap pukul 11pm dan rearrange perabot rumah, dan kadang-kadang menumbuk sambal guna lesung batu..sengal. dah la 3-4 malam Ziyyad susah nak tido..

2. saya rasa saya tidak penah bertuah dalam menyertai apa-apa pertandingan. Jadi dah malas nak masuk contest...lagi-lagi baby cute contest,pasal kalau tak menang,saya rasa down. saya tahu adat pertandingan. tap saya nak menang boleh?

3.saya rasa macam nak makan dim sum di equatorial penang,tapi tidak tahu sama ada halal atau tak,dim sum sejuk beku yang ada di giant mungkin akan di cuba nanti

4. saya rasa kasihan  pada Ziyyad,kerana di kepalanye semacam ada bisul nak tumbuh.

5. saya rasa macam nak nego dengan mama kiah,supaya menjaga Ziyyad pada 1st saturday setiap bulan. dari pagi sampai petang,supaya saya dan En.Suami boleh catch up some movies or just pegi dating. kita tambah la RM20 ke apa kan?

6. saya rasa macam nak berjalan-jalan di Sunshine jap lagi tengahari..nak beli barang buat NC :)

17 April 2009

*bersiaran dari Acresville*

pagi ini tidak masuk ofis

saya tolong hantar collegue ke hospital

kunun nak phoneblogging tapi kenot publish.

gambar perasan sendiri..hehehe..kasi la chan

spek tu RM10,tade power....tu pasal la letak spek ada power kat bawah...boleh macam tu?

oleh kerana banyak masa sangat

saya pegi tengok Exora dengan En.Suami..boleh tahan cun juge kereta ni

yang ni yang medium line punya,tade lcd gps semua...tapi masih cantik

jangan la hangpa pi banding dengan alphard ke caldina ke wish ke..memang la tak tertanding dek exora ni

target market untuk exora ni untuk mid class..jadi ok la tu

kita kasi eksen sikit..boleh tahan  juge la

cuma ruang kaki agak sempit sikit

overall ok..apelagi jome la tempah satu

p/s::saya tak tempah la,tengok aje..duit ada tapi tak cukup...hahaha

p/p/s::congrats tu makcik shilashowerkown for their brand new spanking baby Adam..selamat datang ke kelab burung hantu kebangsaan,and stock up cream eye-bag begone...heheheh.. tengok si Adam tu,teringat Ziyyad kecik2 (macam lah besar sangat Ziyyad tu pun..wakaka)..

16 April 2009

*musang*

saya lebih suka guna mozila firefox berbanding opera atau IE (IE paling saya tak suka,terdesak je saya guna..opera so-so...)

ntah kenapa firefox saya prob pule hari ni..guna opera la nampaknye utnuk berblog semua 

saya tak suak opera pasal kalau tulis blog dia punya perenggan tak jadi dan tak cantik..semua macam rapat2..tapi takpelah..nanti akan cek kenapa firefox saya sakit harini

oleh itu hari ini mari kita lihat ape aktiviti Ziyyad dirumah selain "berkemas" 

::gambar candid Ziyyad dari jauh::

oh..suka membaca nampaknye (more to suka tengok all the big colourful picture)

bila buka buku Ziyyad akan start "woo ooo wooo oooo"

dan kami akan membaca pada Ziyyad tak ikut skrip (tak ikut apa yg ditulis dalam buku)

kami buat cerita sendiri

gajah nampak rimau lepeh tu kawan dengan giraffe la..haaha (siap buat bunyi rimau segala)

buku yang sama tapi cerita boleh ubah ikut sedap rasa

and Ziyyad tak pernah bosan,itu yang penting sekali 

(elehhh,tak nak beli buku banyak-banyak la tu kan dila?...aahahahahampeh)

::mama,would u mind?im reading here::

 dan pagi tadi page rimau dah terkoyak (its a flip book) Ziyyad suka naa dengan rimau tu

takpe Ziyyad balik nanti mama selotep balik k,jgn membazir..rosak sikit nak buang rosak sikit nak buang

kita repair balik buku tu nanti,dan mama and baba akan cerita semula pada Ziyyad k..siap bunyi lagi

p/s::mengantuk....pakcik kecik dah 2 pagi bangun pukul 4.30 am..nak suruh mak bapak dia bangun tahajud agaknye..

15 April 2009

*feel good*

Mr Roti Shy2 Cat Giveaway masih lagi ada ya..leave comment and paste KedaiChomel supe cute banner :) at ur site

seharian pergi kerja di dalam kereta saya suka mendengar lagu

saya suka switch dari radio red fm ke fly ke hot

saya cari lagu yang boleh saya ikuti nyanyi bersama

ye,saya menyayi di hentian traffic light sampai ada motorist yang pandang2..

ada aku kesah?wakakaka

hari itu mendengar lagu yang bila dengar rasa best..search di google rupenye itu lagu yuna-dan sebenarnya

terasa macam dengar colbie caillat pule..feels good bila di pagi hari mendengar lagu yang rasa nyaman



p/s::berhibur tiada salahnya,kerna hiburan itu indah,hanya pabila salah memilinya,membuat kita jadi bersalah <--- teka lagu dari mana ni?heheh

*pati prune*

i'll try to drink pati prune..macam sedap je bunyi dan yang paling penting dapat melancarkan perkumuhan dan sisa kumbahan..heheh

bukan saya tak mahu beli all those supplement untuk kesihatan tu,tapi mahal sangat dan bukan sekali makan terus baik,bila habis makan,kena beli baru

ye saya tahu,kesihatan lebih mahal apa sangat kalau nak dibandingkan dengan duit tu

tapi saya gaji tak banyak,serius la..annual pay pun tak capai untuk apply basic credit card pun..sedih?tak jugak..bersyukur dengan apa yang ada

pasal tu saya akak bengkek/bengang dengan sorang makcik kat umah mak saya,nama dah la macam saya gak

dia jual herbalife shake tu (serius nampak sedap dengan shake stoberi semua kan?)

saya tanya,berapa lama boleh tahan satu botol ni

dia kata dalam sebulan

satu botol ni berapa RM?

dia kata dalam RM150 macam tu

saya kata mahal la makcik,tiap2 bulan nak kena beli

lepas tu mulala dia ceramah pada saya..kesihatan tu lebih penting pong pang pong pang ( istilah orang bersungguh-sungguh nak cerita)

tapikannnn..boleh tak jangan makcik buat saya rasa bersalah macam ni!?

saya bukan tak nak beli..tapi tiap2 bulan nak kena replenish..duit saya ada..tapi bukan peruntukan milkshake hebat makcik ni..tolonglahhh..makcik jangan buat saya macam ni

kalau makcik jual RM50 boleh lagi saya nak pikir beli,ni rege ratus-ratus..

mai habaq kat saya,sapa yang tak mahu sihat?la ni supplement byk, air ion la apa-apa la..semua depa duk jual.. (air yang paling hebat kat dunia ialah air zam-zam..air lain tak dak nak lawan..telaga zam-zam tak pernah kering dan berlumut)

rege sampai ratusan ringgit hanya nak sihat saya terpaksa fikir banyak kali,kalau betul penting saya beli..

p/s::sila la makan bidadari,boleh order kat kak elyn..harga ok,dan bagus untuk kesihatan dalaman wanita..rasanye sedap..tu yang penting :) . saya beli kat adik iapar saya je,dapat rege member..kihkihkih

p/p/s::nampak tak banner chomel kat sebelah...thanks a gajilion to Ammi Anis Manis,dia tolong buatkan,banyak to choose from,dan saya rambang mata pasal semua cantekkk oh! nanti i show u all semua hasil kerja Jiji..

berapa byk ps daa:: semalam mama dan babah saya telepon dari sana..ntah kanapa tiba2 saya menangis..syahdu rasanye..saya minta kirim mama doakan saya dapat kerja tetap ,kerana tempat yang paling dimakbulkan doa,salah satunye ialah di sana..saya sebak...ntah bila akan dapat berziarah ke sana.Semoaga Allah permudahkan urusan mama dan babah saya di sana,InsyaAllah.ameen

mama::kamu selesema ke?

saya ::aa'ah..sikit

sebenarnye saya sedang menangis,tapi tak mahu mama susah hati

14 April 2009

*constipate*

sejak beranak kan Ziyyad,saya mengalami constipation atau sembelit yang agak kronik

selama seminggu selepas saya melahirkan Ziyyad,saya sukar buang air besar.Sampai kena bawak pegi hospital balik pasal susah nak buang air besar. (depa duk masukkan sejenis ubat cecair..masuk je ubat tu,terus rasa nak melabur ..lega owhhhh)

tapi tulah,kesan dia sampai sekarang susah nak buang air besar. sampai 3 atau 4 hari tak buang air besar, lepas tu kalau buang pun mesti ada blood dalam stool

nak buang tu pulak,sakit dia masyaAllah,Allah je la tahu..

makan buah dah berkodi-kodi.(saya memang hantu buah pun), tapi still the stool give me 'hard' times..ahaha

sampaikan kalau tiba time sakit perut,saya jadi takut nak membuang,pasal sakit sangat

saya ada juge makan intecleanse,memang berkesan. tapi kalau makan ubatlah,kalau tak makan..harus la 3,4 hari gak tak membuang...kan la bile time nak b*rak je nak kena makan kan..inteclease bukan nye murah plak tu,dekat RM50 juge la seminggu

ada juge teringin nak makan pati prune,macam sedap je kan?

tapi saya dah dapat cara yang lebih bagus

caranye ialah dengan berpuasa 

lepas berpuasa tu hari,perut saya dah ok,nak membuang pun senang..lembut aje..ahaha

tapi jgn berpuasa sehari je pehtu harap result kan..puasa la sunat isnin khamis tu..InsyaAllah berkesan.

sambil dapat perut yang lega,badan juga dapat diyahtoksin kan (tak perlu la makan detox segala mak nenek tu,mahal ya ampun),metabolisme dapat ditingkatkan..yang paling best dapat pahala

koman-koman amalan sunat diterima esok,boleh la tampal-tampal amalan wajb yang rongak-rongak tu kan?

(alang-alang puasa ganti sekali ye para ibu dan wanita yang membaca blog ini ye..heheh)

p/s::sukanya bila dia ceria (keluar muzik gembira dari dalam perut)

*banner*

tukar lagi the banner badge,pasal kak emma kata tak cantekk T_T

sape yang masuk contest free giveaway di Mr Roti Shy-Shy CAt yang guna banner lama,masih applicable ye..no worries

sape yang belum join,join la,tinggal komen di entry mr roti shy2 cat and tampal bannerbadge kedaichomel

p/s::rasa akan ubah lagi the banner,pasal badge supposedly kecik saiz 125x125,tak boleh besar,i have to make it cute and semua orang boleh letak kat sidebar masing2... :) ,shud ask uncle Eff for his help maybe (sumore is adek beradek and its free..gagaga)

p/p/s::change back to the old one,Erlyda dun worry..gune jek yg lama its ok :)

13 April 2009

*tajuk ape*

setiap kalai menaip entry baru,saya mesti fikir,nak letak tajuk ape ek?

ini kerana saya merasakan tajuk entry boleh menambat hati pembaca untuk membaca entry kita

puas dah mencipta tajuk entry,tapi hari ini saya blank

ada certain yang letak tajuk panjang-panjang,ada juge yang pendek-pendek,ada yang letak tajuk sama berulang ada yang letak tajuk simple saja

pagi ni Ziyyad ke klinik,bertujuan untuk membuang mucous dalam rongga hidung dan tekak dia

walaupun mucous (kahak,hingus) ni akan datang semula selepas disedut keluar oleh dr..

tapi kami pergi juge,bagi Ziyyad senang nak nyawa (orang utara depa kata bernafas tu nyawa)

lepas sedut still ada,and dr kasik ubat kahak,batuk and antibiotic (the usual la kan)

kesian pakcik kecik tu,jalan2 hujung minggu hari tu pun tido aje dalam stroller dia,penangan ubat selesema la kot

Ziyyad memang pesen tido terbongkang kayak gini

kesian Ziyyad

*C is for cookies*


sape nak makan..jemput la jamu mata ye...eeheh

:: Pretzel food chain::

macam biskut Kjeldsen kan?pretzel shape..tapi biskut tu mahal la..ala tin biru bulat tu..sedap la saya suka.. (antara giveway nye ialah pretzel biscuit ni :) cepat join sape nak pastry ni..refer entry Mr.Roti shy-shy cat)

my pastry shop..ehehe..saya tak reti baking,sewing reti le..lapo plak tengok kek2 ni.. sape nak beli email saya ok :)

Lil Bird paci clip..mari lah beli RM10 saje 

Lil Cuppie paci clip..for the adorable lil girl :) ,RM10 juge

corsage paci clip,RM12 :)

email me ye kalau mahu beli

stashowale@hotmail.com

p/s::tonnes of tags to do,nanti ye kawan2 semua..saya suka buat tag..tapi saya suke procrastinate.. :P

12 April 2009

*bersiaran dari Acresville*

di rumah sudah ada internet *hip hip hooray*

bapa dan mama saya pegi honeymoon,lagi 15 hari InsyAllah balik la mereka..saya berdoa semoga mereke selamat

suatu hari bila saya di usia mereka,saya ingin menjadi seperti mereka. 

adik bongsu berada di kuching bersama kakak saya

ntah hape yang mereka buat disana selain minum teh c peng itu

wei maikcik2 Ziyyad, jangan nak berhora sangat ek..hehehe

saya rasa facebook adalah jambatan penghubung (wah!ayat macam apeje bunyi) kepada saya dan saudara saudari cikabom (malam2 minggu siang2 hari disko disko..ahaha),kerana hanya dapat berjumpa di waktu hari raya sahaja (kalau rajin pergi beraya sudah tentu jumpe,tapi kalau layan citer senario di pagi raya pun tak jumpe juge..)

tapi kini dengan FB ,autie saya pun ada tau..heheh (autie zainon ku sayang,ajak la nenek ber FB so we all yang tak duk di kl ni boleh follow citer nenek..heheh..)

jadi dapat la jugak kami 'berjumpe' dan bertanya gambar sambil tengok gambar2 lama sewaktu kecil..(dan baru perasan saya sewaktu kecil adalh agak cumils :) )

sekian saja merepek dari Acresville

p/s::Ziyyad seseme la..

10 April 2009

*Mr Roti shy-shy cat*

(Giveaway month! keep on reading because it is rewarding :)  )

::Mr Roti blushing...::

another food chain,kemas version of mr. roti

tapi ini bukan untuk PaRa,MaRa atau Rara ye...no,no,no

tapi untuk Ct Sarah aka Larasati,pasal she ask for it,and she dapat la..ehehe (monday i post it to u ok,duk BM ka ceq.. :)  )

ok sesiapa nak minta food chain for free boleh..semua boleh

the rules are simple

1. letak banner kedaichomel yang super chomel pada sidebar blog anda,banner ada owl tu. (sila lihat right side bar saya..yang ada html code tu)

2. kemudian bagi saja komen,dalam komen box saya dengan permulaan ayat

"I want food chain/ saya nak food chain______________"

3. jangan lupe letak link anda dalam komen box,supaya saya boleh tengok sama ada anda mengikuti syarat2 yang ditetapkan :)

4. semua boleh sertai,yang benci saya pun ok.saudara mara pun ok,En.Suami kenottt,i wefff u abang :)

beri komen yang menarik,yang boleh buat orang ketawa bila baca,dan anda mungkin boleh walk away with one of my food chain!

nak komen panjang ke pendek ke asalkan bila saya baca saya ketawa sorang2  :D

saya akan guna random generator untuk pick komen yang paling best..

2 orang akan di pilih :)

apa tunggu lagi,comments awayyyy.

p/s::seronok plak buat giveaway macam ni,rasa therupatic :)

p/p/s::food chain tu bukan setekat roti aje,ada banyak food lagi ni...

09 April 2009

*super sengal*

minor set backs yang menyebabkan saya sengal kejap

pos ekspress adalah sengal.

tulis kata dah sampai,tapi tak sampai pun.

sengal.

saya teringat azza.tu pun kes sengal,ada pi simpan hak orang (bukan azza,orang laen amek brg dia tak habaq,we need more orang jujur amanah tabligh fatonah dalam dunia ini!!! gahhh!)

nasib dapat juga azza barangnye

saya tak tahu mana silapnye

marah?

tak,kalau marah dapat barang bagus juge

saya cuma rasa sengal dengan pos ekpress (setiap kali sebut ekspress saya rasa macam nak nyanyi lagu ekspress rakyat..ahhaa.*PanG* diri sendiri,orang serius maen2 plak dia)

saya rasa from now onwards saya akan hanya guna pos laju.

jadi kena add few extra RM. (pelanggan di hormati,ini adalah untuk kebaikan bersama,dan tambah sedikit do'a dan tawakkal supaya barang sampai di tangan anda..ahakss..*PanG* lagi sekali)

saya berdoa semoga barang itu selamat sampai pada tuan empunya

jika tak sampai,tak rezeki saya..pasal saya akan refund semula

p/s::pagi yang gelap,kini sudah hujan,jalan pun banjir..lalala (ikut lagu meet pakcik husin) <--- andy:lagu hujan je..kak erni tengok macam sama je semua kumpulan indi turn mainstream ni..thanks ye bagitau...ok..sambung nyanyi...lalalal

p/p/s:: mungkin balasan pasal langgar lopak air terkena org naik motor pagi tadi kot..redha ajelah.

*maafkan saya*

kepada semua penunggang motorsikal dan basikal di jalan belakang kilang bayan lepas,betul2 tepi landasan kapaiterbang

saya berplat no. WPH 187* ,berkereta kenari putih buatan malaysia tak makeup

ingin memohon maaf sekiranya saya telah menyimbah air kepada anda,ini disebabkan hujan lebat dari pukul 5 pagi tadi

menyebabkan jalan itu banjir dan dinaiki air

disebabkan banjir,kereta saya tak boleh jalan slow2 nanti ekzos masuk air, menyebabkan kereta tak boleh jalan

jadi saya membelah arus dengan agak deras untuk mengelakkan kereta chomel saya stall dalam air

saya minta maaf kepada semua warga bagladesh dan myanmar yang menunggang basikal yang terkena air tadi,saya tahu anda manusia dan layak diberi layanan sama rata

begitu juga para penunggang motosikal,saya minta maaf dari hujung grill kereta samapi hujung tail light

i'm soooory.

p/s :i feel reallllly bad u see,selalu kalau ada je lopak air seboleh2 saya mengelak takmahu kena pada mereka yang naik basikal atau motor,kesian pada depa,pi keja,baju basah.

lets walk in their shoes for a while,dan cuba bayang keadaan mereka.

mati kena sumpah seranah la nampaknye saya sebentar tadi...wuhuhuhuhu T_T

p/s:;jalan tu sempit memang,tepi paya..ayaq naik deraih...

08 April 2009

*boleh tak?*

masa lunch tadi saya pergi ke BJ kompleks (bukan tengok hp ye..ahaha)

pegi shopping kain koten kat kamdar..

boleh tak saya sangat mengantuk dan macam malas nak shopping

tak bertenaga nak jalan pun

tapi kena juga tambah stock kain baru untuk kedai ku yang chomel nan satu itu

literally i drag my feet to walk

walaupun sebelum pegi kamdar,saya singgah makan kat marrybrown

tapi,ntah rasa malas sangat nak shopping

kedai telepon yang berdereten itu pun sudah tidak mengujakan saya

selalu singgah gak,belek tepon idaman kalbu iaitu SE G900 tu..

tapi hari ni sangat malas

beli kain terus balik opis,dan sambung lab work yang terbengkalai tu

-_-  zzzZZZzzzzz

p/s::selalu gak belek hp idaman,balik rumah annoy En.Suami...naseb la dapat suami super sabar orangnye,kalau kena org laen mau makan tangan agaknye...waahhaha

*hooray hooray muslee ramley*

Raja Tol  kata (dulu raja tol la,berapa banyak dah orang KL duk maki dia)

"rakyat suda binci sama mereka"

tapi semalam saya tengok majoriti lebih berpihak kepada mereka

hmm..macam mana ni En.Ajib..apa dah jadi

saya duk tepi je..tukang perati.

tu le kamu ameno angkuh sangat..

sekarang dah janji masa pilihanraya nak buat jalan ke longkang ke tiang letrik ke pi la buat..jangan buat tak paham plak lepas ni

nampaknye rakyat di perak masih mahukan si jebat itu.

hanya org perak yang tahu

p/s::semangat orang bulan ni lain,tade duit pun depa jalan,semangat org dacing ni takdak duit,depa tak jalan..

07 April 2009

*******

i hate my day job

jadi buat kuiz dibawah




Your Job Dissatisfaction Level is 42%



Well, you don't have the worst job in the world, but it's not great.

And don't worry, you're not the problem - your company is.

Start looking around for another job, even if you're not totally fed up.

Because in time, you're going to be dying to quit!



im dying to quit already...

*sleepy*

no thanks to Ziyyad

he made me woke up at 2 am and finally sleep at 3.30 am

im sleepy+cranky+moody

the fact is,i did sleep from 8.30 pm to 12 am yesterday

but my sleep was interrupted in between

interrupted sleep x not sleeping baby = cranky,sleepy and moody me to the power of 2

p/s::banyak kerje hari ni,masuk lab sat..thus this short entry.

06 April 2009

*food chain*

food - key + chain = food chain (get it get it????...forget it lah..)

Hari ini,Rara telah menemui sekeping roti yang hepi

roti itu bernama Mr.Roti. oleh kerana hari tu MaRa dan RaRa makan kek tak ajak PaRA,jadi Mr.Roti adalah hak milik kekal PaRa

::PaRa heart Mr.Roti::

the end

p/s::projek baru....lalalala

*one two som*

today kita beljar one two som,atau scissor paper stone atau batu kertas gunting

tidak,sebenarnye belajar pasal gunting

tahukah anda,guntin kain tidak boleh di campur adukkan dengan menggunting kertas?ini akan menyebabkan mata gunting tumpul (yes,very imformative dila :P)

tapi gunting kain saya telah pun digunakan En.Suami untuk menggunting daun (trimmed pokok-pokok kesayangan beliau)... T_T ...ini bukan sahaja tumpul,malah gunting kain sudah rongak (hahha..tak la tak rongak,asah balik tajam la tu nanti..pasal En.Suami tak tahu,jadi maafkan ajelah..abangggg..i wefffff uuuu)

dan juga gunting kain jangan bagi jatuh (orang kata) kalau tak, gunting itu sudah tiada ommmph. (nak ommph minum teh boh)

mari kita tengok gunting2 saya (wehh makcik,gunting pun nak menunjuk ke?)

ye,gunting pun nak tunjuk jugak,apa ingat barang shopping je boleh tunjuk..heh!

ini gunting kain saya,umur dia ada la dalam 5 tahun macam tu,baru-baru ini je dia aktif balik,dulu duk dalam gobok saje

saya tak tahu apa nama melayu bagi gunting ni,nama omputih dia pinking shears..gigi gunting ni macam gigi saya...nak tau kenapa?

pasal gigi dia tajam macam gigi jerung..khas untuk kegunaan kain,jangan nak gunting kertas plak..gunting ni yang paling mahal pernah saya ada,dan beli di internet,semua sekali termasuk postage RM55..stainless steel wooo (ceh!gunting pun nak berlagak..)

sebelum beli pinking shear tu,saya beli ni,apek tu kataboleh guna gunting kain..pendita penipu! mana boleh gunting kain..nasib la rege RM2 5 kupang je..tapi takpe,simpan,sok besau Ziyyad boleh guna

ni gunting kertas saya yang comel :)

ok,sekarang puan-puan/adik manis/tuan-tuan tentu bosan melihat koleksi gunting saya (eleh..tu belum tunjuk gunting multipurpose kat dapo lagi tu..)

kita lihat gambar Ziyyad disnap semasa tengah bersembag dengan ultraman

ntah apa duk bersembang dengan ultraman tu..oh yes,Ziyyad dah botak sikit..kami tarah rambut dia hari sabtu lepas

p/s::saya tade koleksi pinggan bunga-bunga ala Inggeris tu..ntah apa kenamanye,lupe plak saya

03 April 2009

*jgnlah jelessss*

hehehe

Jiji ammi Anis manis buat kan saya header KedaiChomel,siap ada hedwig..burung hantu harry potter (burung hantu ala harry potter satu,masuk dalam wishlist...hahaha)

jiji terima kasih daun keladi,anda boring buatlah lagi..hehehe

kini KedaiChomel sudah ada header baru yang ada hedwig..

ps::ji,aku suka gile borang dua ekor kat hujung tu..macam mak burung dengan anaknye.. :)

*enam*

semalam semasa mengambil Ziyyad di rumah Mama Kiah

mama Kiah kata

"padanlah demam hari tu,4 batang gigi nak tumbuh sekali"

i was like "apee?!" sambil tercengang

balik rumah saya belek mulut Ziyyad,true indeed,ada 4 batang gigi atas..

total gigi Ziyyad sekarang ialah 6 batang.. :)

kepada emak2 diluar sana,jgn khuwatir jika anak masih belum tumbuh gigi,ada kebaikannye,antaranya ialah

~ anda tidak akan kena tokak dek anak,sakit woo kene tokak dengan baby..habis berbekas...nampaknye kecik, tapi macam ikan jerung

padanlah jari tu semua benda habis di gigit si kecik ni..hari tu bagi dia makan rusk,dia tokak punya besar

so he cant swallow a big chunk of biscuit,nasib tak tercekik.

::Ziyyad tengah tokak kotak cereal::

terima kasih kepada semua yang tolong bagi hint kat En.Suami pasal G900 tu... :)

takpelah,mungkin dapat mungkin tak..malas nak berharap

masuk senarai wishlist saje, sama macam lappie dell tu =(

ada orang wishlist sampai 100, 99 darinye dia dapat..

saya ada 2 je..satu pun tak dapat.

dengki..memang..saya manusia,bukan batu tade perasan.

sedapkan hati,kata lah..takpelah rezeki dia.

jadi oleh kerana tiada G900 yang boleh guna stylus tu untuk tulis menulis

saya guna pesyen lama jer la

::guna pensel dan kertas untuk mencatat to do list,simpan dalam henbeg...lebih efisyen hapal dalam kepala,lepas tu hilang ingatan padan muka::

bercakap mengenai laptop, collegue saya yg geek berkata

"kak erni kena upgrade laptop ni,tukar ram ngan hard disk dia,ram paling kurang 500 lebih,ram kak erni ni masih 256,tu yang slow"

saya tanya pada dia berapa RM nak tukar semua,dia kata apa tau

"baik kak erni beli baru je,laptop sekarang dah banyak murah-murah"

ntahlah dek non,ikut hati memang nak beli baru...tapi tulah akak ko bukan buat biznes jual tupperware ke,jual avon ke,jual produk pelangsing ke...MLM pun akak ko tak join.

mana hala nak cari duit,duit menjahit lepas la buat bayar bil.

nanti-nantilah....

p/s::masih bersabar menghadapi laptop lembab nak mati ni,ikut hati dah lama buang ikut tingkat 3.

p/p/s::cuba anda semua cari hint baru...hahahah

02 April 2009

*reverse*

phowargghhh...agegegege

mengantuk la makcik pagi ni...

saya rasa saya tidak boleh minum kopi lagi,kerana kopi ada reverse effect pada saya.

patutnye kalau minum kopi mata terbuntang jek,tapi saya tak..mata semakin kuyu,hatta baru kul 10am..(saya tadelah minum kopi kawkapalapi punye,saya minum neslo sendiri bikin dari rumah)

teruk sungguh.

semalam saya juge telah di April Fool dengan jayanye oleh En.Suami.

tapi saya tak marah pun,pasal April Fool nye lebih kepada surprise...

eh,tak...tak dapat hp (abangku sayang,i tak larat la nak hint sampai 15x entry,tapi kalau abang nak beli senyap2 pestu surprise,abang beli yang hat Sony Ericsson G900.. T_T)

tapi saya dapat piza...best woo makan piza

memang En.Suami suka buat kejutan AF..(malas nak layan AF7..beralih ke arah 1 in a million...si tompok tu best jugak nyanyi...dulu selalu dikutuk aje oleh saya dan rakan2)

saya nak pi pos opis sat lagi..kasi segar balik mata,boleh buat keje..(alasannnn..nak tuang 5 minit tu cakap ajelah...)

p/s:: abang,dila kasik hint kaler purple lagi :P

01 April 2009

*i wefff u*

translation:: i love u (ikut gaya Nadia dari fly fm pagi show..gila nak tergelak dengan depa ni 3 orang..hahah)

eh sape2 pun tak mo beli ke kek saya buat..kecik hati betul!

kepada Guest::saya nak hadiahkan awak kek yang saya buat,email saya bagi alamat,nanti saya postkan...i feel really bad u know..malam kenot tido sumore.

i really need a camera la..so bile nak amek gambar, cantik sikit..tapi tulah..bila nak dapat duit beli camera pun tak tahu (so can take stunning pictures like emak kepada Arwen)

note to En.Suami :: Sony Ericsson G900 tu camera dia 5 mp...best woo abang.

the only song i want to hear every morning while driving to work is by Lady Gaga,just dance..saya rasa bersemangat sikit...so Nadia of fly fm,saya harap anda dapat mainkan lagu ini esok pagi,boleh ?sayu dahului dengan ucapan thank u

pagi ni dah terlupa bawa bekalan sarapan,padanlah rasa tidak sedap hati semasa meninggalkan rumah.

dah la tu,penat merepek..

*peace offering*


Let eat cakes everybody. Guest, u r also welcome to be merry and makan kek wit tea with me..here is my peace offering to u.


an attempt to take stunning pictures via trusted En.Suami cam phone,fail miserably..

this cake and donut are for the Feltsewhappy winner, BabyElle...nanti saya akan poskan ye,harap bersabar



oklah,semalam saya ada buat satu benda lagi iaitu felt tissue case


1


2


3 (sold)


the cake and felt tissue cases are for sale

1 piece of cake = RM 10 (including postage)


1:: strawberry cake
2::coffee cake
3::chocolate cake
4:: blueberry cake

5::pandan cake


1 felt tissu case = RM 10 (including postage)

email me at stashowale at hotmail dot com for ordering.