Search This Blog

30 November 2010

Chomel Clippies

adalah macam nak muntah kalau semua benda adalah chomel,tapi what to do,i create it so kena telan je lah eh.hahahha

so another product under nama Chomel. its hair clips,i love em to bits because it is so girly,with ribbons and flower and laces,sangat chomel owh!





see! ribbon la laces la,ada polka dots lagi...sangat sweet. Guna alligator clip for extra grip lagi :)

this is not my handmade anyway,i resell em at lower price just for u guys out there

a piece RM 3, 2 pieces RM5 only!

Klik kat atas sekali kat Chomel Clippies

Be the first 5 to buy em,and get mystery gift from KedaiChomel!

p/s: sape ade anak perempuan puas la adorn depa dengan ribbon bagai kan... :D

budak kene dera dengan maid?

have u mommies watch the video at youtube?or maybe ur Fb wall?

i didnt dare to watch it,it is so depressing..i rather watch dead bodies or ghost pictures..10 kali tengok pun takpe,tapi bukan penderaan kanak-kanak,apa ntah lagi kanak-kanak yang masih kecil tak tahu apa

pasal tu ramai saya baca blog mommies,yang dah berhenti kerja semata-mata nak jaga anak sendiri pasal tak percaya pada orang dan ada juga pasal nak fully breastfeed

mommies yang berhenti kerja ni,kerjanya pula hebat-hebat belaka,ada degree semua memasing,tapi they choose to raise their kids by themself..ada certain tu yang tengah panjat corporate ladder lagi

mungkin ada kata begini

"suami kerja hebat gaji banyak,bolehlah berhenti" atau " duit cukup semua nak tanggung ok la"

ada betul ada salah

memang certain suami memang kerja best juga dgn gaji yang lumayan,so boleh cope semua, ada certain tak,so these mommies choose to buat kerja dari rumah sambil jadi isteri dan ibu,atau famously known as W.A.H.M (work at home mom)

jadi WAHM atau SAHM (stay at home mom) adalah mencabar, kadang-kadang tido pun 3 jam je,pasal nak siap order customer semua,tu belum masuk jadi isteri dan ibu lagi.

tapi tulah,bagi mommies yang bekerjaya di luar rumah,yang hantar anak pada orang minta tolong jaga sentiasa doa pada Allah,semoga anak kita dilindungi oleh-Nya.

kita semua tentu nak yang terbaik untuk anak,bagaimana pun cara dan jalan yang di pilih,tetap keyakinan diri kita pada Allah.

p/s: world is depressing enough,jangan ambah lagi boleh tak?

23 November 2010

Ziyyad hall of fame


been meaning to put Ziyyad's pic on the wall, gambar dari umo sehari sampai la

babah kata

" anak sorang boleh la,kalau dah ramai macam mana?"

sementara baru ada satu ni lah nak cherish the moments, nak nombor dua/adik ziyyad ntah kan bila,tahun depankah?lagi 2,3 tahun kah? siapa yang tahu?

masa ni masa Ziyyad,nanti dah ada adik (insyaAllah) adalah pulak wall of fame adiknya.

lagipun rumah ni banyak wall,tak cukup dinding ada siling,boleh?

hahahha

p/s: mana yang ada dulu ni kita hargai. :D and yeah we painted the house green.

22 November 2010

how to cook meatball ala ikea meatball only cheaper



pernah tak teringin makan meatball ikea tapi masalahnya ikea tu kat kolumpo dan anda di penang?

saya ada masalah tu,hoh!sangat benci.

hari tu ada belajar buat brown sauce dari Mak Teh saya,dia memang bab memasak ni memang A++ bintang bintang.

semalam pasal lapar,saya buat ini



saya guna chikenball,pasai AZMY meatball habis tuhari kat giant, meatball AZMY memang terasa kedagingan nya,sedap succulent gitu.

so to make the brown sauce:

Bahan:

1.seulas bawang besar yang sedang sedang aja pak
2. beberapa ulas bawang putih (saya guna 3 ulas yg besar juga,ikut sedap hangpa la nak berapa ulas)
3.tepung gandum
4.mentega/butter
5.lada hitam (saya guna serbuk,nak yang coarse pun ok)
7.kicap soya manis

how to cook:

1.bawang tu semua kena cincang halus,malas sangat blend je lagi baguih,so tak nampak sangat nanti dalam gravy

2. panaskan minyak sikit nak tumis bawang,sampai naik bau

3.letak mentega,thumb of rule is jika guna 5 sudu mentega,makanya 5 sudu tepung gandum juga digunakan,nisbah 1:1 ye puan-puan

4.bagi mentega cair bersama-sama bawang (low heat please) , dengan menggunakan whisk (if available,takdak pandai la hangpa improvise), tuang tepung+air kedalam periuk,sambil tu sambil kacau,kacau samapi kuah tu jadi pekat,jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.

5.dah agak-agak jadi kuah brown sauce tu,letak lada hitam dan garam secukup rasa, dan letak kicap jgn banyak sangat pasal kicap tu lah nak kasi kaler brown pada kuah kita.The more u put kicap in there the darker ur brown sauce will be.

6.if u like,masukkan mushroom button yg dicincang (just like what i did with my brown sauce)



so there,another resipi dari dapur dila,ada baki simpan dalam peti ais,esok panaskandan makan :)

p/s: masak 30 minit makan 5 minit dah licin,agagaga

16 November 2010

uncle attention seekers

first : i never like this dude,cerita cari hantu dia tu macam menipu je,pernah dia di interview seorang mat saleh cari hantu juga dia translate pontianak jadi bitch dan mat saleh tu betulkan "oh,u mean banshee?" ceh malu je.

second : why on earth baru sekarang kau nak cerita keburukan bekas permaisuri agong? apa tujuan? buka aib orang kat dunia,esok Allah bukak aib kat akhirat

third : kalau korang tengok rupa uncle tu lah kan,korang nak percaya ke cakap dia? ada certain orang kita tengok muka pun kita tau tak boleh percaya,macam muka as mizal tulah..eheh.kesitu plak,opps.

fourth : congrats Ana Raffali dapat masuk final muzik-muzik degan lagu Tolong Ingatkan Aku. suka dengar liriknya :). and tahniah to the rest too

fifth : dah pegi buat kerja,apa melangut kat sini lama-lama..ahahaha

p/s: dulu saya suka gelang india,yang stacking stacking tu..dulu saya ada warna shocking pink and warna hijau merak,ntah kemana ntah perginya.

p/p/s: or maybe dia sudah kena mandrem ke mana nak tau? u know he knows all this jin and hantu setan..eheh speku ye,haip!haip!

15 November 2010

Tentang Ziyyad:mari baca doa tido

setiap malam sebelum tido,saya akan mengajar Ziyyad membaca doa tido. That is the only time i can teach him any doa properly partly because dia mengantuk dan duduk diam pasal letih dan bilik dah gelap apa boleh buat..

setiap bacaan doa tido akan diulang-ulang. (mujur Ziyyad nak ikut mengulang berkali-kali dengan saya)

percaya tak dalam masa 3 hari kanak-kanak 2 tahun boleh menghafal dengan baik? ini kerana otak masih bersih dari titik-titik hitam,memang mudah nak ajar apa pun yang penting sabar dan ajarlah perkara yang baik-baik saja

Published with Blogger-droid v1.6.4


memang betullah,nak didik anak kena sabar tahap sabar yang tak terjangkau dek akal sendiri

Ziyyad is now in terrible 2 phase.

memang selalu gak mama dia jadi rasaksa.

p/s:it is just a phase,kena peringat sampai lebam kepala,another 9 month nak abes phase ni.

12 November 2010

di ruang ini aku menari

eheh mari menari bersama!

jangan harap aku ada keberanian dan kemampuan nak menari depan orang apantah lagi kat tv

aku menari kat umah je ngan Ziyyad.

ada baca blog Azza pasal Airyll,to Azza :

jangan risau,Ziyyad pun samalah ngan Airyll tu,suka memberontak,ikut kepala sendiri,sekarang ni pantang ditegur mula lah mengamuk nak baling semau benda kat tangan

tu hari dia balingnya kereta hat besi tu kat kepala mama dia,sabar jelah

kena marah memang selalu lah,memang selalu kena pok je kat kaki tu

lepas tu Ziyyad ok balik,siap ajak "mama,jom main sama-sama jom!" siap ada tambah lagi "Ziyyad baik ma,tak mau baling-baling dah!" sambil tepuk dada sendiri..macam mana mama dia nak sambung marah?tak jadi ok

tapi kalau tiba time mengamuk pandai pulak kata "nak baling mama jugak,tak kira!" ewah ewah nak kena pok ni dia ni besa ni.oleh kerana banyak mulut dia juga tahu some basic curse word like "gila" and "babi", tapi oleh kerana selalu kena 'peringat' dek mama dia, dia kata apa tau"mama ni gi.." atau "bab..." eh pandai plak tahan hujung tu tak nak kena pok mama eh.

budak umur 2 tahun lebih apalah sangat yang dia tahu,walaupun Ziyyad belom ada adik,tetap nak perhatian

my mom dah bagitau siap-siap,mama kata " nanti ada satu masa semua dia nak buat sendiri,tak nak orang tolong"

inilah masanya kot,Ziyyad nak turun tangga tak mau dipimpin lagi,pepandai sendiri je

nak minum nak buka paip basuh tangan nak mandi nak sabun nak berus gigi semua nak sendiri,kalau betul buatnya takpe..tapi tulah..waktu ni dia nak test sejauh mana kemampuan dia

this i found at babycentre

Controlling impulses and negative behaviour

Your child is slowly developing the ability to control his actions -- but at this age, he's still prone to a fair amount of pushing, shoving, yelling, and tantrums. You can't expect perfect behaviour from him all the time. Keep reminding him in positive ways that talking gets better results than physical action -- and make sure you praise him when he makes an effort to communicate with words.

Making rules make sense

Helping your child understand the "why" of rules will make it easier for him to follow them. Explain that we do some things to stay safe -- such as holding hands while crossing the street and wearing shoes outside. Keep your rules reasonable, clear, and consistent, and be patient while he learns to follow them. Most children will need a lot of gentle reminders.

so Azza,u definitely not alone in this situation,it is normal even i experience it.

yang penting kita kena constantly ingat kat dia yangsalah tetap salah walaupun lepas 2 minit dia akan lupa,tapi kalau selalu peringat InsyaAllah dia akan ingat

try to remember,this is just a phase. :)


p/s: Ziyyad tengah potty train,dia dah berjaya kencing kat toilet, berak je belom. agak-agak TMI tak info ni..ahahah. oh yeah,nak kena beli potty utk Ziyyad so boleh berak with ease nanti..

10 November 2010

stretchhh:yawnnnnn

malas nak update blog la ni,tak tau la kenapa..

oh tau dah dah,saya microblogging via twitter aje,bila ada burst of idea yg pendek-pendek saya twit,tak macam dulu saya kumpul dulu idea baru tulis.

malas nak jadi hamba nuffnang,bukan buat duit sangat pun blog ni,dulu yelah,update blog selalu dgn harapan banyak entry dan kekalkan kadar visitor..tapi ntah,saya rasa dah malas nak kisah pasal visitor blog ni.i write because i want to not because of iklan ke apakejadah ke.

so berbalik pada topik hari ni:Ziyyad.

sekarang sudah pandai camwhoring ye,tima kasih la umicik mengajar,he now knows how to operate my camphone and his dad camphone

ada banyak gambar dia amek..

ini gambar pemandangan dari atas rumah saya


ini gambar saya amek dia caught in action using his dad camphone


sekarang ini selalu je suruh saya "ma peace ma!" , "ma senyum ma" dan "ok,lagi sekali"

yo yo oh je lah suruh mamanya berposing siap peace bagai.

dan sekarang suka bercerita,kalau disuruh bercerita ini ceritanya

"pada suatu hari,ada crocodile benang (berenang) , dia jumpa turtle...lepas tu jumpa jaws! jaws besarrr sangat! gigi banyak!! eii takut la ma! , lepastu habis!"

bedtime story version Ziyyad.

oh ye,cuti deepavali tu hari saya dan ipar duai bercuti ke bukit merah sewa homestay rm250 a night,tapi tu cerita lain kali (tupun kalau rajin..bahaha). kelengkapan semua best la.

ok,busy ni nak jahit lagi nak habiskan cat rumah lagi..duk rumah busy k,apa ingat duk umah belingkaq ataih katil saja ka?


p/s:see u whenever i want to see u..eheh kerek plak,baling kasut nak?



03 November 2010

Apron Chomel





the Muffin apron


The Candy Sprinkles



the Choc Muffin



im selling em for RM45 each (excluding postage)

first come first serve basis :)

email me at

erni.fadzila.saharudin@gmail.com

for enquiries



01 November 2010

how to:cook butter prawn with the stringy egg thingy






tajuk resipi tak boleh blah..

pernah tak masak butter prwan yang macam kedai thai tu tapi telur jurai-jurai halur tu tak jadik?sakit hati tak kalau tak jadik?

saya sakit hati amat,rasa ada,rupa out..bongok kan?

so yeah,semalam saya buat lagi butter prawn ni,dengan harpan jadilah stringy egg thingy tu,and memang jadi dan saya dah dapa senjatanya....muahahaha!

saya rasa resipi korang boleh google aje,memang merata ada..ada yang guna stok ayam,tapi saya tak guna resipi nya simple aje all u need is

1. udang (udang besar-besar sedap sikit,pakai anak udang tak taula plak..nak berapa banyak,hangpa punya sukalah)

2.susu cair (hangpa nak guna susu segar pun boleh)

3. daun kari (banyak pun takpe,sedap bau dia)

4.10 batang cili padi (lagi banyak pun bau wangi dan pedas tanggung sendiri)

5. beberapa ulas bawang putih dicincang (nak ditumis nanti)

6. 4 egg yolks (rasa nak banyak jurai tu buh le banyak telurnya,kolestrol sendiri mau berubat la kan)

7.gula dan garam secukup rasa

method:

1. goreng udang anda dalam kuali,separuh masak sahaja (besar tak udang saya,besar kan?kan?kan?)

2. set aside udang tu.

3. dengan minyak yang sama,tumis bawang putih..dah naik bau letak cili dan daun kari..gaul-gaulkan dia (minyak tu agak-agakla,dalam 1/2 cawan lagutu),letak la garam gula..bagi rasa,tapi to tell u the truth garam and gula agak banyak akan digunakan dalam resipi ni,baru rasa


4. susu+telur kuning masukkan perlahan-lahan sedikit demi sedikit,and use a long chopstick for cook purpose,stir em like ur stir a cake (clockwise or counterclock wise..doesnt matter..) kacau sampai tangan lenguh sambil tuang telur tu perlahan-lahan.

kalau berbuih takpe,memang akan berbuih punya,gerenti. jangan takut jangan bimbang

5. bila adunan terlu kuning+susu tu habis,kacau lagi jangan stop dalam kuali..dah agak garing,masukkan udang yang separuh masak tu,gaul sekali dalam kuali.

6. angkat dan hidang!

ada yang masak letak butter sikit,kalau letak butter jadi masinnya lebih. ada macam-macam cara nak buat,ada yang goreng udang tu,lepas tu goreng dengan bawang putih+susu cair+daun kari+cili padi+gula+garam dulu..dah siap letak tepi. lepastu baru buat stringy egg tu kendian dan topping belah atas je.

either way,the taste is the same (because i already tried it before)

i used chopstick mainly because it is long dan tak tajam macam garpu,ada yang kacau pakai garpu masa masak tu,tapi tak tau macam mana depa boleh tahan haba_panas dalam kuali,bila pakai chopstick dia panjang dan bila gaul haba tu tak lah terasa sangat,dan chopstick kayu,kalau digaul dalam nonstick pan dia tak calarkan permukaan nonstick pan kita..hehehe


yang penting yang jurai-jurai ni yang nak jadi!



ok,tengok ini je rasa lapar la pulop..ahaha

so,selamat mencuba,kalau salah cuba dan cuba lagi!


p/s: all pics taken using my camphone :) ada persoalan atau tambahbaik pada resipi diatas,boleh komen aja di bawha ye oxoxo