Search This Blog

30 September 2010

Dr. juga ada masa nak blog,kau ada?



semalam,pukul 11 malam,saya tengok tv3,Soal Jawab.

kat twitter saya terbaca twit si Azza,pasal Munirah tripletplusone masuk tv..

oleh sebab saya baru habis menjahit (saya ada masa banyak,so yeah i blog,i twit,i fb,i sew, a mom a wife...i got time,plenty!) ,saya berehat depan tv so eager nak tengok Munirah,a blogger mom

personally i didnt know her,tapi i do read her blog..and as a bloggermum myself, i feel proud.

Allah kasi kita masa 24 jam,dalam masa 24 jam tu pandai-pandai la guna. Time management perlu. ada masa sikit untuk kerja,sikit untuk kawan-kawan,sikit untuk keluarga,sikit untuk beribadah,dam macam-macam sikit lagi

pandai-pandailah guna..dan kalau saya ada masa nak blog semua,itupasal saya tau time management,tak seperti certain orang, masa tak terurus,tengok orang senang dia mula jaki..kata lah macam-macam,sampai memfitnah pun ada,nauzubillah. biarlah orang tak tau time management terjun dengan labu-labunya (dalam gaung,good riddance!)



ini hasil kerja saya malam semalam,it is not a dress,it is an apron

Allah kasi 24 sehari bersebab,kita je kena tahu guna,jangan salah masa kalau tak cukup...

p/s: :)

29 September 2010

Gaya Si Comel Berbaju Raya








Hello semua, nama saya Izzul Ziyyad bin Anas Iawari,umo saya 2 tahun 2 bulan







a contest brought to you,by BabyIbu and Azzamoro ,proudly sponsored by:





p/s: Ziyyad latest word? "Bismillah..ma..ahim" (bismillahirmanirrahim) ....and sekarang ini super nalo.driving me up the walls almost everyday.

28 September 2010

WhatsApp

kepada pengguna BlackBerry,Iphone,Android and Symbian (nokia) saya sarankan korang download apps WhatApps, about WhatsApp

WhatsApp Messenger is a smartphone messaging app which allows you to exchange messages with your friends and contacts without having to pay for SMS. WhatsApp Messenger is cross platform and available for iPhone, BlackBerry, Android and Nokia (beta) and yes, those phones can all message each other! To send and receive messages, WhatsApp utilizes your existing smartphone internet data plan: 3G/EDGE (or Wi-Fi when available)

In addition to messaging, iPhone, Android and BlackBerry WhatsApp Messenger users can send each other unlimited images, video and audio media messages.

to download follow this link

http://www.whatsapp.com/download/


p/s:umicik,acufiqah,mamalong and uncle eff,download this app nao!

Lockout

siapa kat sini pengguna hotmail?

saya tak dapat access email saya dari semalam,bila saya tengok forum MSN help centre, bukan saya sorang mengalami masalah ni

windows live support team tak banyak membantu,asek-asek suruh reset password,tapi dah reset tak boleh jalan gak.

angin je ni hah.

ntah bila problem ni resolve pun tak tahu la

nak tengok email customer pun tak boleh dah,benci betul,HOH!

kepada sesiapa nak email saya regarding luggage tag,ke NC ke email me at

erni.fadzila.saharudin@gmail.com

sila jangan spam mailbox saya dengan MLM ke,ubat kuat ke,sumpah annoying,ditambah lagi kalau ada yg hantar hari ni.

p/s: >:(

27 September 2010

sleepyhead





i made this las night..i was so adamant to sew a pot holder last night,ambil masa 1 jam macam tu (pasal nak cepat siap,boleh?).

so weekend hari tu,kami luangkan masa pergi ke SSF nak cari barang hias rumah (ntah jin apa yg meresap badan..tetiba nak cantik kan rumah..)

well our house memang tak banyak hiasan (bukan tak banyak,takde pun), no pictures, no flowers,no candles...rumah tu adalah sangat children friendly agaknya...hahaha

i did bought few frames from ikea,tapi tak juga dicuci cuci gambarnya, duk le teperam dalam hard disk drive and dalam pc.



ada 2 Ribba frames from ikea i bought last year..baru lah nak guna sekarang, we bought some pictures in canvas kat SSF and some lovely frames ( pricey,better buy kat ikea..tapi tulah ikea ka KL..Pakcik Anders probably didnt read my letter)

kami gigih pergi SSF kat Butterworth kat taman indrawasih tu,rupanya ada kat pulau ni,Di Anson Road

SSF creative Lifestyle Hub and SSF Curtain
No.43, Anson Road,
10400 Penang.
Tel : 04-226 5020
Fax: 04-226 5010
Business Hours : 10.30am - 8.00pm

SSF Home Deco
2774, Jln Chain Ferry, Tmn Inderawasih,
13600 Prai, Butterworth.
Tel : 04-397 9020
Fax: 04 -397 9010

:)

i so love my home right now,it feel so homey

on another note

we bought a display cabinet,and Ziyyad happily put his toy car in there and said happily

"ma,car Ziyyad...dah susun! cantik!"

the display cabinet takde kunci la..... -_-"

p/s:homedec di penang bulan 11(5-7 hb,Pisa Penang),lambat sgt la,orang nak deko deko deko rumah la ni (kesabaran memang tiada dalam diri ini,bak kata husband saya, "kalau nak sesuatu tu tegedik-gedik,perempuan memang semuanya macam ni eh?" ...mungkin juga bang ...heheh)

24 September 2010

Nur Nadia SM Nasimudin

watch the video first.. (or this link)

all i can say i WOW!

if im filthy rich too,i make a wedding so grand like her also...

majlis bersiram dia...tema greek ok,siap ada hunky man pull the carriage...oh yeah Manggis.tv yang buat video ni dengan siap lagu latar yang memang kena

siap ada Dato' Sheila Majid nyanyi..semunya memang macam fairytale..

macam di choreograph saja semuanya..nampak cantik terletak susun atur video ni.

macam saya pun ada bersama dalam majlis.

p/s:i was thinking,cicin kawen dia beli kat mana eh and how much?,dont all of us girl do..dan paling perempuan suka nak tengok apa atas dulang hantara,beg jenama apa,kasut jenama apa...hahaha.

23 September 2010

soggy sandwich?

i never like soggy sandwich..my sandwich consist of 2 helai butterhead lettuces,tuna mayo and sekeping cheese..dihimpit (sandwich?) dengan roti gardenia yang fluffy (fluffy just remind me of rabbit,ok just think cute rabbit with thick hair and super huge eye...adorable!)

so as u know,if u read my entry about ander dahlvig, im a huge fan of Ikea...daripada beberapa bulan lepas i was thinking to buy the salad dryer (or salad spinner maybe salad drainer..tak kisah la apa pun namanya)..

so hari raya hari tu balik KL singgah Ikea,dan beli ini.



Ikea salad spinner,RM19 kalau tak silap (i tried to find it kat jusco tapi tak jual,so end up balik kl baru boleh beli...tsk tsk tsk)

just put ur salad dalam tu,dan pusing kan pemusing tu selaju mungkin,and voila!ur salad free from water,sebelum ni saya guna kitchen towel untuk keringkan.




so now saya,husband dan Ziyyad tidak lagi akan mendapat soggy sandwich akibat lettuce basah :)

p/s:ziyyad love to eat his lettuce dia kata "ma, rangupnya..cam kopok!!" , well he likes anything crunchy including cucumber.

p/p/s:the bad rabbit has been taken care off, see..i never mess anybody life so please dont mess mine..because i have two big taikos and one ah-long u see.

"you messes with me,you messes with my whole family"

Danny Devito,Twins

22 September 2010

happy tots happy tots!bad rabbit shoo away.


(pic source click image)

oh by the way for u noob out there this is a schedule post (terbitan bekala) ,meaning kita boleh set kan time bila kita nak entry ni appear. (eg.saya tulis malam hari selasa jam 10 and wanted this to appear hari rabu pukul 8,so boleh set kan aje)

so yeah,it seem like i write everyday during worktime,but actually it is not

for noob yg tak tahu,sekarang u in the know.

p/s: happy melihat model pakai baju C,cantik kain tu buat jubah...rasanya.

21 September 2010

Arnab suppose tak menyalak,but this one does

this reimy rajin juga baca blog ye.

haha. Kurang2 pun aku dpt jugak jadi pegawai..tak la mengangkang jadi r.a k0ntrak sampai lanjut um0 cm ko erni. Helo.. Dan aku bukan budak praktikal kt nafish dlu.aku buat kija research ja. Ko trus la mengangkang mkn gaji buta kat situ. Kepada yang lain2. Sila mengangkang skali dan muka anda smua pun hampeh cm makcik erni. Selamat beramal.. Pekeja k0ntrak

ni la komen bakal pegawai sains c41 kementerian kesihatan,takpelah reimy kau dapat kerja tetap ye Alhamdulillah sejuk perut mak kau

kau keje ye kat nafish,tak nampak macam pun,tu aje nak kata.

Allah beri aku pilihan dan pilihan aku untuk terus kontrak kat situ.dan kalau kau gelak pada rezeki aku tu kata kerja umo lanjut kat situ,bermakna kau juga gelak pada Allah,pasal rezeki Allah yang kasik.

reimy,kau belum jadi pegawai,ingat tu,bulan oktober baru jadi...apa yang kau nak berlagak sangat?Ingat Allah tu maha besar. Ingat doa orang yg teraniya tu makbul (aku tak pernah kacau kau tetiba attack aku kat fb pasaipa?)


bla bla bla. Bnyk sgt komen. Bukan menunjuk buat keja tp dah yg malas tecungkil mata kita rajin buat keja. Sila2. Trus update blog. Attack sana sini. Kan memang tugas ngadap pc. Dalam geran penyelidikan ada tulis 0bjektif projek update blog ngan fb k0t. Jadi halal la sgt time buat keja update smua ni. Nak buat cmna kan. Sbhgian drpada tgs bckp dan kutuk belakang kan. Amin.

by the way reimy,aku takde geran peyelidik,macam mana tu?so yeah asal bos tahu aku buat kerja kau susah hati kenapa? (aku tak kutuk belakang,ni kau baca kira berdepan..kurang-kurang aku berani bukan macam kau yg pegi comment page status update orang lain nak serang aku,berani masa kerja kat nafish dtg cakap pada aku)

aku tahu ko memang lurus baik taat masa kerja tak sikit pun bukak Fb, blog semua (kau ada blog ke,tak rasanya...)

Jadi teruskan kemuliaan kau dan kerajinan kau bulan depan jadi pegawai sains esok,aku harap orang bawah kau pun contohi kau..kau kerja tetap dik,so mana boleh main-main...kang tak dapat pekerja terbaik

aku kerja kontrak rajin nak mampus pun gaji sama je,bonus pun takdak,kalau malas pun gaji aku pun sama gak macam tu duk lagu tu

haihla reimy,apalah yg kau sakit hati sangat ngan aku ye.


p/s:RA kangkang takde,rock kangkang aku tau la reimy. baru aku tau perangai orang yang diterima kerja jadi pegawai sains dalam jabatan kerajaan,aku bersyukur tak diambil bekerja tetap kalau perangai macam kau,yang tatiba takde sebab nak attack aku kat fb,mental ke apa ntah. so yeah taste ur own medicine la En.Reimy bakal pegawai sains kementerian kesihatan,semoga Allah berkati "pekerjaan" kau dan semoga halal gaji kau,amin InsyaAllah,dah pi main jejauh,ko melingkanq sini samalah gak kau malas.

p/p/s:ada antara blog reader saya kerja Kementerian Kesihatan?

Dear Reimy Arnab Hensem



i dont bother to gelapkan this rabbit name pun,nasibla,sape suruh cari pasal sangat


at first aku sumpah nak marah ,tapi aku decide tak perlu,pasal kau budak-budak (dah sunat belum? reimy)

ye betul kerja aku update fb dan blog je,kenapa?kau tak senang nampak aku senang ke time kerja?

yang aku tahu result delivered (mana part aku,aku buat) dan aku tak pandai nak pretend rajin macam kau..kehulur kehilir macam sibuk sangat,apa yg kau buat aku tak amek tau pun.

kau yang aku kenal dulu student praktikal je kat sini,dan bukan bawah kendalian aku pun (aku pun memang tak nak handle student pratikal lagi,mensusahkan dan mensemakkan kepala otak je,pandai-pandai la belajar sendiri)

ko marah eh pasal aku marah kat ko guna lab aku sepah-sepah ye?alolololo busyuk-busyuk ..tak boleh kena marah rupanya arnab ni

memang aku marah,pasal handle ethidium bromide macam handle kuih raya je suka-suki nak pegang sana sini dalam lab tu,kalau kau sorang kena cancer ada aku kesah,tapi ni kau rebakkan glove tercemar kau dengan ethidium bromide kehulur kehilir..pegang sana pegang sini

pakai barang orang tak reti-reti nak jaga,dah la sampah EtBr korang aku yang buang,aku jugak nak jaga kebersihan lab,kau tau pakai je kan? aku berhak atas gaji aku atas apa yang aku buat.

memang selama ni aku sakit hati orang pakai lab aku sepah-sepah,lab viro takde orang incharge untuk bersihkan lab,so yeah atas dasar tanggungjawab aku,aku buat,harap kau yang student pun aku tak suruh pegang mop pegang penyapu guna lab aku.

dasar tak kenal di untung.

aku tak kacau hidup orang,sila jangan kacau kemaslahatan hidup aku

are we clear dear bucuk-bucuk arnab? (kang cakap kasar, marah plak...budak sekarang bukan boleh dimarah..tapi tak dimarah gini la jadiknya)

p/s: reimy bucuk meh tolong aku buat PCR projek baru CCV mahu,kita sama-sama buat optimization
PCR ni.....NOT!!

buat kerja lab:tunggu
PCR berapa jam?kadang-kadang sampai 5 jam...interval nak buat apa?reimy lu pikir la sendiri.aku bukan student masters ke Phd yang nak kena datang lab 24/7.

perlu ke setiap kerja aku nak buat kene tunjuk kat orang,nak buktikan aku bekerja>bukti aku bekerja dengan result dari kajian aku.duhh!why i am bothered to explained pun aku tak faham.



Dear Anders Dahlvig

Hello Anders,how are you..

i am one of ur store fan,really love ur store here in Malaysia.

but i have a problem,the only Ikea store in Malaysia is in Kuala Lumpur,the heart of Malaysia.I live in Penang (329 kilometres away from Kuala Lumpur). I just wish u can open another store up north that is in Penang,not in Kedah like ur previous store,that have been shut down due to not many customers coming in. (at that time,the location u choose still not yet develop,now it is in full gear in housing project,shopping malls and it is quite a hubbub town if u asked me)

i am lucky because my mom stays in Kuala Lumpur,so everytime i went to my mother's place,surely i will drop by to your store at any chance.

i love all the innovative products in your store,i love the concept and of course i love the price. :)

so i have some suggestion on where u can built another store here in Penang,Malaysia:




1. due to economic downturn early last year,there is a lot of abandon factories here in Penang. So maybe,just maybe u can open another ikea store. It is near to the airport,which is convenience for cargo and consignment.

2. or u can built another store at Seberang Jaya (one of the district in Penang,which is in the mainland) ,the land overthere is a bit cheaper compared to the island (if the cost bothers you,because i know price is everything at ikea,so u can sell ur product at a cheaper price)..there is still plenty of land there. Ask ur scout agent here in Malaysia to find a land at Seberang Jaya,sure they will find one that suitable for u ( just be careful not to get cheated by some bogus Dato' ( a state title given only by our ruler or governor) )

so there are some my pointers and i hope it is helpful.

thank you for your time reading this



Cheers;
your number 1 ikea fan in Malaysia


p/s: aku harap takde sape kisah ngan typo dan grammatical error di atas.hahaha..eh agak-agak dia baca tak..harapan!!

20 September 2010

maybe a politician?


Dato' Ziyyad

how to politik the Ziyyad way.

1.

hari tu di rumah nenek KL,Ziyyad di marah atuk kerana berkata "bodoh" pada babanya,so atuk just raising a note je kat Ziyyad by calling his name " Ziyyad!"

Ziyyad scamper away,takut pasal atuk naik suara kat dia,beberapa minit later,dia datang pada atuk kata apa tau "nak sayang atuk..." dan "nak peluk atuk".

politik kuat budak sorang ni..ini dinamakan politik,kalau dah bersalah tu bersalah juga,pergi ambil hati higher power balik,so lepas ni akan disayangi semula :P

2.

hari nak balik semual ke penang,umicik bermain dengan Ziyyad

so playfully umicik steal Ziyyad bantal peluk dan berkata "umicik punya!umicik punya!"

so ziyyad was smirking (kalau dia smirk tu maknanya ada lah tu idea dia)

so he asked umicik nicely "pinjam satttt.." (asking back his bantal)

bila umick hand over the bantal to him,he quickly run away and said "Ziyyad punya!Ziyyad punya!"

ini dinamakan politik melemahkan pihak lawan dengan cara menipu the subtle way..hahahah





Ziyyad,budak mulut pok pek pok pek,ada-ada je nak cakap...ada je nak cakap,hari tu dia buat tok uncle dia gelak aje

masa pergi rumah uncle man (tok uncle to Ziyyad,tak tahu la nak panggil tok apa,nama pun kampung urban,so panggil tok uncle man je..hahaha),tok incle brought Ziyyad to the back of his house,pasal ada old little tikes slide yang masih elok

tengah nak main tiba-tiba terdengar bunyi cicak

so Ziyyad said "ha! cicakk!"

tok uncle said back "cicak tu,kenapa takut ke?"

Ziyyad said back "takut...geliiii!"

tok uncle burst out laughing..tak sangka ayat geli tu nak keluar.




dear Ziyyad sayang;

if one day u decided to be a politician,jadilah politician yang telus,jujur,baik dan amanah..

love;
mama.



p/s:kang ada gak beli large turnlock wrislet tu karang...aduyaii.

18 September 2010

kedai beg jurulatih

remember this post

hari tu balik KL, saya beranikan diri masuk butik jurulatih,kat OU (je punnn,nak gi pavi rasa macam out of place plak,nak gi bukit bintang...lagilah..KLCC,is just not my playground,playground acik hanyalah di ikea dan daiso,bahahaha)

so memula macam segan duk bagan,tapi beranikan diri dengan confidentenya masuk dan buat-buat tahu.

the SA ada yg nice dan ada yg layan macam "kau-ni-dari-kampung-mana?" so biarlah,saya asal dari kampung sg penchala,ada masalah?deal with it.

so yeah,i was eying the alexandra range...do want because the beg name is alexandra,my nick dedulu...so sangatlah nak dan macam versatile,3 style in one bag.

so ada tanya SA tu ada tak dalam multi plum,dia kata "takdelah kak"..,..cakap bahasa malaysia je,nama pun satu malaysia,tak tau cakap bahasa malaysia memang saja la kan..tak kuasa ah speaking-speaking ni (some us thought masuk butik high end kita kena cakap english to appear classy or something i didnt even bother to know,kalau selesa berbahasa malaysia,go on,tak siapa marah.. duit tak de nak masuk? masuk jer lah nak beli tak beli belakang kira,always think this "saya customer layan saya,NOW!" wah diva gitewww awww...bahahha)

so yeah,saya masuk butik jurulatih tu ada la ulang tiga kali kot,nak tengok saiz si alexandra ni,just nice la the saiz..the leather are nice,tapi sateen pun ok juga..tapi harga dia,better u buy it oversea,murah dalam 4 atau 5 ratus macam tu termasuk postage...butik nak bayar sewa semua,jadi mahalnya berganda.


saya beli ke tak?tak pun kat butik tu...tengok kelaur masuk je...muka tebal tak tebal ada saya peduli?biarlah...saya kan customer :P

p/s:baru butik jurulatih,kecoww la kau nehh.hahahha

15 September 2010

6th sense

sebelum balik kl khamis lepas,i told husband to bawak a torchlight in case anythingnhappen we have prepared.

husband said no and takperlu pun.

sampai umah mama saya, ziyyad suka betul main torchlight.

la dalam kete nak balik ke penang,i so wanted to buy a reading light kat kedai mesra.but to no avail takdak juai pun(ala yg biasa duk jual dgn bateri tulah)

and i only saw a torchlights,i just stare at em...macam sesuatu disitu.

oleh kerana takde reading light i downloaded a light app thru androidapps (so adamant to read dalam kereta pasal nanti sure bosan ziyyad dah tido,the light akan stay on dan tepon takakan sleep)

tiba-tiba tayar sebelah kanan belakang start buat weird flapping sound pasal sebelumnya ada langgar bonjol apa kejadah kat highway(dangeres i tell u plus)

so in the end guna light apps saya nak tgk bawah kereta apadehal kan? lucky takde pape( all 4 tyres adalah baru tukar minggu lepas k)

and next time i will not ignore my insticts,dah byk kali mcm ni.i stare at something and the end i will need it later

p/s; baru sampai jambatan pulau pinang.traffic flows is great.
Published with Blogger-droid v1.5.3

13 September 2010

our Raya pics to see

ada yang dah kerja ke?jangan muram-muram,senyum sikit...makan kuih raya kalau ada yang bawa sebagai bekal pagi ni ;)

saya masih di KL bercuti.

so here is some our raya pics in kl (some tu macam 2,3 lai je pics pasal altogether ada dalam 500 kot kalau di kumpulkan semunya)



family En.Saharudin di Pagi Raya


muka pak haji kecik di malam raya,nak ke rumah nenek as usual ada takbir di sana dan makan-makan of course :D



muka cheeky :P



di rumah nenek usai solat maghrib,ziyyad gave me a peck on my cheek.



Ziyyad and yankee di rumah nenek



"hi aweks semua,nak main pinwheel dengan saya tak?"



bajet photoshoot cover majalah Nur...bahahahaha

p/s:nanti akan upload gambar lagi when i feel like it..hahahah.

11 September 2010

a story worth sharing

pagi ini di dapur bermasak-masak bersama mama dan mamalong.

seperti biasa ceritanya berkisar perihal keluarga,tiba-tiba mama becerita tentang seorang kawannya,dulu dia seorang kristian tapi kini dia seorang islam...Auntie Mariam namanya,sudah lama dia memeluk agama Allah itu,tapi sejak 2 tahun lepas rasanya,mak Auntie Mariam yang berusia 92 tahun,sakit tenat..pasal kat Belgium takdak orang nak jaga maknya,Auntie Mariam bawa maknya duduk dengan dia di Malaysia ni.

Auntie Mariam menang aktif bab-bab agama ni,rumahnya dianjurkan usrah,juga menganjurkan beberapa majlis agama lagi..sementelah itu pasai duk ngan anak,jadi maknya join dengar sekali,siap baca buku tafsir al-quran nak faham apa itu Islam..kita ada baca tafsir,ntah-ntah baca quran main lanyak je tajwid (tak tau tajwid sekarang banyak method ada,quran siap tajwid pun ada,atau pen digital alquran...ipad boleh beli kanlah pen nak baca quran tak boleh beli kott)

hari-hari Auntie Mariam berdoa pada Allah agar dibukakan pintu hati ibunya memeluk Islam.

dan sebelum ramadhan bulan lepas,lagi 6 jam sebelum emaknya nak meninggal dunia,dia tulias atas kertas dan beri pada Auntie Mariam,anaknya..tulisannya berbunyi,

"i want to be a Muslim"

subhanAllah,dengar cerita mama saya buat kami semua meremang bulu roma,bukan apa,hidayah tu sampai lagi 6 jam dia nak menghembuskan nafasnya yang terakhir....Allah hu Akhbar

dengan bersaksikan pegawai hospital pusrawi dan beberapa orang dari majlis agam,siap amek gambar nak rekod so lepas ni kalau jadi apa-apa dah ada bukti,mak auntie Mariam mengucap 2 kalimah syahadah dengan menulis dia tas kertas,pasal memang sudah sakit tidak boleh bercakap.

Ya Allah,untung betul...bersih semua dosanya macam bayi yang belum lahir dan pulang balik pada Allah,dengan kosong dosanya..

kita ni yang lama Islam pun tak tentu lagi wehhh...

aduh,insaf....

jadi teruskan amalan-amalan baik yang dilakukan masa bulan ramdhan terus ke bulan-bulan lain ye...

p/s:pada yang tinggal puasa tu,gantilah awal-awal ... :)

07 September 2010

to all my Muslims blog reader





get your free blog banner at emilayusof.com


selamat hari raya dari saya,andai terbaca entry di blog saya ada yang terguris hati,termakan hati apa-apa hati lah,maaf sangat-sangat na...yang penting berhati-hati di jalanraya..ingat orang yang tersayang,kepulangan anda untuk di rai bukan di tangisi

raya ni saya balik KL,sampai hari Isnin 13/9, kepada sesiapa yang nak mai umah di taman ehsan,silalah tepon saya dulu buat appoinment takut kang takdak kat rumah,naya saja kat hangpa mai jauh-jauh. (nak mai umah jumpak obefiend pun boleh,nak marah dia ka pasai tak percaya pada iklan tv3 raya tu..ahahaha)

terima kasih kepada yang wish selamat hari pada saya :)

p/s:raya eve yang paling terasa di hati saya,lepas tengah hari hari raya,semangatnya tu dah kurang..malam raya lah yang paling saya nanti paling saya suka,paling menusuk jiwa sanubari..rindu nak dengar suara babah takbir hari raya dalam rumah lepas subuh...

Tentang Ziyyad lagi best pada cerita pasal beca terbang

taken all from my Fb status updates :

1.

how to pujuk ur mama from geget balik ur pipi since u gigit her pipi first cara Ziyyad: mama"meh sini,mama gigit balik pipi Ziyyad,sakit tau pipi mama!" Ziyyad "ma mai sini,Ziyyad sayang elok-elok balik"...aaa tau pun takut.

2.

how not to go the pengasuh di pagi hari gaya Ziyyad : mama" Ziyyad bangun,pegi umah mak" (mak=panggilan pengasuh) , Ziyyad " mak takdak..." dan sambung tido balik.... emmm

3.

ziyyad way of saying hari raya while playing bunga api pop pop : " selamat hari raya!selamat hari raya! Melesha!" ( kan hari tu merdeka,jadi sambil main pop pop hari raya dia sebut Malesha ye bukan merdeka)

4.

how not to makan ubat at 2am in the morning gaya Ziyyad: "ma,bah..morning..minta maaf,sorry,na mo makan ubat!" dan berpura-pura tido. (Ziyyad batuk batuk semlam,sampai muntah balik susu,tu pasla kena makan ubat)

5.

mama "ziyyad nak baby tak?" Ziyyad "nak baby girl ma!" e'eh tak tanya gender lagi dah nak girl ye kamu,pandai lah..

6.

mama "ziyyad,rumah nenek kat mana?" Ziyyad "kedai kopok!" T_T"




ini sebahagian yang saya dapat,memang selalu update tentang Ziyyad,memagn mulut Ziyyad pok pek pok sekarang ini

macam pagi ini sedang sibuk mama men iron baju dan babahnya mandi,Ziyyad bermain dengan stuff animal dia ( a monkey,a crocodile,2 giraffe anak beranak dan seekor ulat)

while i busy myself ironing baju,Ziyyad came with his stuffed monkey..buat macam puppet,

monkey suara Ziyyad : hello mama!

mama:hello monkey!

monkey suara Ziyyad: nak sayang!

mama : ok,(sambil kis pipi monkey -_-" silly i know tapi layankan aje nanti lagi susah nak handle kalau ngamuk)

monkey suara Ziyyad: lagi sebelah! (sambl kalih muka monkey to be kissed by me)

mama: ok,emmuahhh!sayang monkey!

monkey suara Ziyyad : tima kasih,bye!

itulah hiburan di pagi hari..tapi yang tak laratnya bila bilik iron tu disepahkan Ziyyad dengan stuffed animal dia...agagagag!

tapi bila lagi nak layan,dah nama ibu bekerjaya..

Dear Ziyyad

Mama sayang kamu selalu :D


p/s: ada yg dah sampai kampung ke?

06 September 2010

iklan raya TV3 yg ada star of david!

IGT!

saya tak tau lah kenapa ada orang gigh sangat nak interprete iklan raya tv3 2010 sampai satu tahap yang merepek-repek

tapi memang konsepnya tak best langsung pun.macam tak berapa nak menarik. senang cerita tak menarik langsung.




for those yang belum tengok,bleh tengok itupun kalau belum ditarik balik oleh tv3

so mana stars of david tu?

pada gambar ni.

see the water drops,di sinilah En.Kalamul Haqq gigih sangat.

he edited it to this,to prove yang ada bintang david

but i also got time u see.

it cud be this,

or this

or this


memang korang sambung je lah dot-to-dot macam dalam buku tadika,sambung tetiba jadi bintang,bintang la dia,sambung jadi ayam,ayam lah dia...

sama kes macam isu sejadah dedulu



pandai-pandai je Pak Haji tu kata gambar orang buat seks,walhal aku tak nampak tang mana org buat seks pun..emmm (ke otak aku bersih?...emmm)

terlalu memikirkan benda yang sia-sia membuatkan aku sendiri bodoh sekejap,banyak lagi hal yang lebih besar dari memikirkan beca terbang serupa santa clause.

yang memang sepadan pak haji pakai ketayap tu adalam macam E.T je pun nengokkan



bicyle lebih resemble a beca than a sleigh kan? mungkin iklan TV3 tu adalah lebih kepada paranormal activities,they are trying to communicate with us,the martian..hohohohoho. (tak boleh gelak laguni kang kata aku santa klos plak kang,bukan boleh harap)


p/s:IGT = i got time.too much merbahaya juga. suka iklan raya TV3 yang ada adibah noor sebagai pembawa teksi tu :D

cerita sedekah sape lagi banyak

ini cerita lawak bodo bulan ramadha,ok,tak lawak pun tapi macam "apa hal kau ni?"

ceritanya begini

kumpulam pemuda parti politik A,telah memberi sumbangan hari raya pada fakir miskin dan orang kurang upaya,sumbangan berbentuk wang dan juga makanan (beras,minyak etc)

nak dijadikan cerita Group A ni beri sumbangan hari raya kat depan rumah salah seorang ahli Group B (another parti politik lah)..Ahli group B ni macam tak puas hati je beli Group A datang memberikan bantuan kat jiran depan rumah dia,

kebetulan,ahli Group B ni ada kedai runcit sendiri,jadinya pada suatu hari yang telah disuratkan, salah seorang ahli group A datang beli barang di kedainya.

oleh kerana hati sakit awat tak tau ahli group B dia pun start cerita pung pang kat seorang customer yang tak tahu menahu jadi mangsa keadaan,saja kuatkan suara supaya ahli group A ni dengar tentang kehebatan parti politiknya "KAMI HARI TU BAGI BANTUAN KAT SIPOLAN SIPOLAN,KAT blablabla yada yada " (aku malas nak taip,tapi tulah saja nak bagitau group A depa lagi hebat dalam bab menderma sedekah amal jariah)

tapi ahli group A ni macam cool je lah,dalam hatinya berkata "hang buat siye kat aku takpa,tak mau aku pergi kedai hang lagi"

kan ke rugi ahli group Bni bila kurang seorang customernya? nak politik tapi tak pandai nak politik ngan customer,jagalah hati customer,hal politik malaysia ni ko benci dengan yg pakai serban kopiah pun ko diam-diam sudah,asalkan customer mana-mana parti politik datang kedai kau,ni tak..kan dah rugi namanya..

baguslah kalau pembangkang ke kerajaan ke bagi sumbangan kat orang malaysia yang fakir,anak yatim,ibu tunggal dan kurang upaya..bagus,sama-sama berlumba membantu bangsa Malaysia sendiri sebelum bantu orang negara lain.

buat baik pun kau jaki sangat apahal ntah,kalau hati busuk tu busuk juga,bulam ramadhan orang kasik cuci hati,hati kau lagi berdaki kenapa?

semoga Allah memelihara amalan kita dan semoga sedekah yang diberi itu ikhlas dari hati yang suci bukan takat nak menunjuk kat berita,lihatlah donia kami lah parti politik prihatin..

Selamat Menyambut Hari Raya,maaf di pinta andai ada tersilap bahasa terkasar budi bicara.

p/s: group A ialah ________, Group B ialah _________. sendiri isi.hahahah

segalanya Raya..

orang beli baju raya,karpet raya,sofa raya..kami?

kami beli mop raya masa pergi living apa ntah exhibition kat Pisa last saturday..(ada pameran kalau nak reno rumah ke,refurbished rumah ke nak decorate rumah ke..) the mop cost us RM50..tapi macam jakun sket masa penjual tu bagi penerangan..teruja lantas beli sebatang.

the reason beli mop magic tu kerana,lately Ziyyad suka muntah malam,dia batuk-batuk lepas tu nanti dia paksa diri dia muntah,so habis la lantai dengan muntah pekat susu camput dengan makanan yg belum hadam..u get the picture lah kan..

so selalunya saya lah terbongkok-bongkok lap muntah Ziyyad..jadi belilah mop magic yang konon boleh mop sekali dengan rambut ke apa ke kan.

so semalam i put the mop to test at 1am..(ye 1 am ZIyyad muntah,gigih gila nak cuba mop magik) , kalini Ziyyad muntah sisa milo kotak+chunks of tidak hadam kentang goreng+dan ayaq liur+jus perut (cuba buka teks biologi,ada jus perut woo)

memang bagus la mop ni,memang dia boleh "angkat" sekali dengan kentang tak hadam tu...cumanya kena beberapa kali mop,baru muntah tu bersih dari lantai..yang penting tak terbongkok-bongkok tengah pagi buta k.

sorrylah gambar takde...lupa lah nak amik..

so lepas ni kalau raya ada bebudak yang tumpahkan air,i am more than happy to mop it all,pasal suka gila ngan mop magik ni...hahaha!(tolong jangan tumpahkan atas karpet,walaupun boleh guna mop juga tapi karpet makcik mahal...perahsannn!!)


p/s: jadi mak budak ni setakat handle tahi dan muntah anak tu alah bisa tegal biasa :) i hope one day Ziyyad juga alah bisa tegal biasa kalau saya tua dan sakit kelak,InsyaAllah.

04 September 2010

Shopping lagi ek?

semalam ada buat poll,sape yg shopping paling banyak raya tahun ni,most of u guys undi Ziyyad..

tapi salah!!!

Jawapan dia :

En.Anas

Why:

pasal setahun sekali baru ada chan nak beli seluar baru,tshirt baru,kasut baru,segala luar dalam baru lah habis cerita...time raya saja En.Anas akan membeli barang-barangnya kerana hari tak raya anak dan isteri dah shopping.

so takpelah,saya pun tak kisah sangat,ada duit lebih,abang beli lah mana hat patut...he did the shopping himself masa waktu rehat kerja...berjalanlah beliau seorang diri ke Sunshine square mencari seluar ka tshirt ka,takpun pergila ke Kompleks Bukit Jambul..

pasal hari lain susah nak sruh dia beli attire baru..lagipun seronok nampak dia shopping kali ni pasal perut dah turun,dan boleh lah bergaya sikit dengan tshirt tanpa perut menonjol sangat :)

yes,saya happy untuk dia dan saya sedikit cemburu memandangkan dia sudah kurus sket,bukan cemburu apa lah,kang En. Anas kurus saya gemuk,tak best la..saya pun nak kena turun gak perut saya yang gendang gendut tali kecapi kenyang perut i hate u! hahahahah

semalam makan nasi kandaq pun suku je,makan lauk lebih ( determination yang tinggi nak lawan kurus dengan husband), pasal saya tahu,En.Anas kalau nak sesuatu benda mesti dia akan capai punya.hoh!tak boleh jadik!

saya harap lepas ni saya akan terus mengekalkan cara pemakanan saya dan harus juga bersenam :) because i have flabby arms yg unflattering to see and to hold.. :P

p/s: senaman yang paling saya suka ilah whole body workout iaitu swimming.pasal macam best sambil main air sambil boleh bersenam (saya bukan kecebur kecebur tepi pool ye tapi swim 4,5 laps, statement tak boleh blah menyampah...hahahah)

02 September 2010

Biggest loser Sg.Ara.

starting Ramadhan tu ari,saya dan husband telah membuat satu contest,sape kurus dulu.

so,husband has been taking JusMate 5 (kenapa lah rambut Dr.Rozmey tu macam tak siap je,kata kaya,pegilah saloon ubah penampilan kasik segak sikit,kurus tapi tak kacak adalah macam tak compliment each other la Dr. :P ) dan saya ambil Rxlite,dengan harapan raya nanti kami nampak dashing dalam baju raya memasing (amek kau,dashing lagi ..:P)

so far,nampaknya perut husband dah kempis..selalunya kalau pakai seluar,its like muffin top (ampun bang,maaf zahir batin..) tapi sekarang dah kurang,memang nampak penurunannya. saya jelessss!

saya pulak, terima kasih la kat si aedes tu ari,saya tak berapa lalu makan..makanya turun gak perut buncits ni..tapi belum kurus lagi ye.. (eh,boleh plak terima kasih kat aedes ye...setiap kejadian ada hikmahnya kan?kan?kan?). Macam mana saya tau perut dah turun? sebulan lepas saya ada pergi first lady beli baju kurung,saya main capai je kat rak,tengok saiz amek bayar. saya amek XXL,namanya je XXL tapi rupanya baju tu cutting nya kurung pahang,bukan kurung biasa yang duk beli,makanya,bila pakai sangkut perut uoll! (ye XXL tak payah la teperanjat sangat...hoh!)

cacat penampilan betul lah! so saya ingat nak letgo ajelah baju tu..tapi bila pakai harini,voila! sudah boleh muat dengan elok :) saya tanya husband berkali-kali

"ok tak? " sambil pusing kiri kanan , 5 saaat lepas tu "ok tak bang?"..setiap 5 atau 10 saat mesti tanya

nak keluar rumah pun;

"ok tak bang?nampak gemuk tak?"

sampai husband kata apa tau

"abang malas nak cakap dah"

hahahah,padan muka saya..hahaha.

tapi saya masih jeles dengan husband pasal memang nampak turun betul perut kesayangan saya tu...

dear abang,

sila jangan kurus sangat,i still wanna hug u like im hugging a bear. xoxoxo


p/s: saya masih ada sekotak Rxlite not yet open,saya beli 2 kotak,saya nak letgo satu kotak tu dengan harga member RM99 (excluding postage),harga asal RM 138..siapa nak email saya di stashowale@hotmail.com.

oh yeah,jangan bela aedes atau berdiri luar rumah senja-senja semata-mata nak kene geget aedes nak kurus punya pasal, dapat denggi berdarah baru ada akai.

01 September 2010

ini dia si jali jali


gambar di ambil oleh umicik,semakin hari gambar yang diambil oleh umicik adalah sangat cantik dan unik pada pandangan mata sayalah.

gambar ini diambil masa nenek and atuk datang melawat saya di Penang,masa kene denggi tulah..

Ziyyad capai cermin mata umicik,disisip sendiri cermin mata diatas kepalanya,ambil pensel dan tulis-tulis atas kertas.

ntah mana dia belajar sisip cermin mata atas kepala saya pun tak tahu.

tekun betul menulis. dan ye Ziyyad ketika ini masih kidal dan saya takde niat nak betulkan pun.

pernah suatu hari,ada sorang makcik ni nampak Ziyyad tulis tangan kiri

cepat-cepat dia kata

"eh tu tangan taik,ulis tangan kanan tau...tukar tangan tu"

beriya-iya dia suruh Ziyyad tukar tangan masa menulis, beriya-iya dia kata tangan kiri tangan taik

kan lah Allah cipta tangan kiri hanya nak sapu taik lepas berak?

biarlah Ziyyad dengan pace nya sendiri,kalau dia nak tukar esok besau ke tangan kanan,terpulanglah,ikut selesa dia, lebih banyak benda besar perlu saya fikirkan pada fikir tangan mana anak saya nak menulis (the worrying things buat masa ni ialah mulut Ziyyad yang sekarang suka kata bodoh...nak kena bagitau dia hari-har tak boleh cakap bodoh kat orang,tak baik..)

orang suka sibuk dengan anak kita?apehal eh?

sama kes macam puting..siap kata kat anak-anak dia

"eeeiii tengok adik tu (reffering to Ziyyad) gelilah dia isap puting...gelikan?gelikan?"

u as a mother ajar anak supaya ejek orang terang-terang ke? kesian betul..cakap elok-elok tak boleh?nampak orang tak tutup aurat dedah sana sini tak nak pulak kau eeeeiii kan panjang-panjang ye?pick ur own size la woman.

macam la puting tu najis dadah,macam lah puting tu berdosa besar... hoi! im trying to stop his puting ye,so shut up..tapi instead marah,saya hanya tersenyum dan berlalu pergi..lagi layan lagi sakit hati manusia macam ni.

setiap anak ada pace nya sendiri :)

p/s: jali-jali ialah sejenis pook,harap tiada orang indonesia marah saya ambil title lagu depa buat tajuk,seram wooo kene baling taik nanti..eeeiii geli!

Di atas jalan.

1.

kereta saya ada satu saman,pasal speeding 80mph di atas jalan 70mph dan bukan saya yang bawak kereta tu tapi husband saya....tercalar dah rekod bersih kereta comel saya..uhuhuhu..RM300 melayang-layang je...seronok betul! (RM300 boleh beli baju raya anak beranak siap samping okeh)

2.

saya tampal roadtax pagi ni,tapi ada terkoyak sikit masa nak kupil dari kertas tu,akibatnya tak cantek dah roadtax saya kat cermin kereta...tak sukaaa laaa!tak cantik menarik da bomb!

3.

kereta saya dalamnya dah bersih gila,husband tolong clearkan,sampai sunscreen yang boleh lipat-lipat tu pun dibuangnya,katanya "kita pasang tinted yang bagus sikit kasik tak panas"...wah,RM300 baru je melayang-layang,sudah mau pasang tinted baru,takpe abang,it's ur money and it's my car,i am more then happy. terima kasih abang,i love u forever. :P

4.

tapi luar kereta dok sah cerita la,kotor yarabbi,namapun kereta putih...hari tu kan masuk bengkel,ada cap jari mekanik sana sini,dengan hubcab salah satu tayar dah hilang...dengan taik burung...eeeiii kereta sapa ni?! takpe sebelum balik KL hantar servis siap cuci wax okeh!

5.

kereta saya kereta kenari :P


p/s:nak balik kampung bawak kereta? servis kereta jangan lupa! :)