Search This Blog

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

15 August 2012

Selamat Hari Lebaran


can u spot the crescent moon and the star (the lil dot),captured it yesterday morning as i was about to go to work..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

kereta make sure tip top ok,lampu depan belakang,brek segaal mak nenek semua ok

semoga perjalanan selamat,biarlah lambat asalkan selamat

i will be heading back to KL,the journey would be breazy as semua org will be leaving KL,jadinya nak masuk KL aman damai,ini bermakna

tak perlu rebut parking kat IKEA,I LIKEEEEE!! (inb4 KL lengan boleh main golek golek atas jalanraya)



p/s:still will be working till Friday. mood kerja saya dah terjun jambatan pulau pinang.hahahah

12 August 2012

Morrocan Jubah for Lil Z



Hari tu pergi kompleks bukit jambul,cari jubah la konon utk Ziyyad,been meaning to carikan dia jubah ala morroco,tapi takde yang berkenan.Most of em kadang-kadang poorly made..Harga dalam RM70 mcm tu. Tapi takde saiz Ziyyad,siap akak kedai tu kata "kenapa tak cari awal-awal...sekarang ni tinggal ni jelah" saya malas cakap bayank aku senyum,dan kata terima kasih. Dan terus pi kamdar kat tingkat atas.

Oleh kerana saya ada asa menjahit,dan tengok patern jubah ni macam tak susah (sila tekankan ayat "macam") . i decided to brave myself to venture menjahit baju. Never in  my sewing career (career katanya...) menjahit baju. Agak daunting juga sebeanryna,lagi-lagi part leher tu.Seram sejuk...brrrrr

Did some googling pasal macam mana nak buat lubang leher yg ok,so i found this ukuran leher , on how to take the neck measurement. antara link-link that help me a lot ialah (semoga Allah balas kenaikan korang yg sudi share ilmu,dengan 1001 lagi kebaikan..amenn)

1. baju kurung tutorial <----meh beli mei tai carrier di sini juga :)
2.cara buat leher v (v neck shirt) <--- byk ajar pasal mcm mana nak jahit baju. :)

i did learn,once..kat sabah cara jahit baju kurung..tapi dan takat ambil ukuran saja,as makcik tu nak pindah semenanjung dah...kalau tak skearang ni saya pakai baju kurung jahit sendiri je...XD

jadi saya ambil ukuran Ziyyad,budak ni kan budak reti duduk diam,ambil ukuran siap nak berjoget kenapa..sia cakap "ma,bila nak habis ni?ambil ukuran lama sangat ni"...~_~" . Did made a pattern on paper,as i am not as good as kak neeza yg boleh freestyle je..wuwuwu..terer ok. Saya tak,jadi potong pola la nampaknya,pasal tamau membazir kain.

ada satu baju jubah morroco dia masa dia a year older and jubah husband pun ada dari situ saya teliti pattern dia..Saya ada buat sikit detailing pada poket,leher dan lengan baju ni...macam jahit lurus-lurus sebaris tu,bagila nampak macam decorate sikit..kononla...heee

dalam 2 jam macam tu siap,dari awal potong pola,potong kain,gedebak gedebik..siap :) , Achievement unlocked!!

sangat happy with result,Alhamdulillah.Ziyyad pun suka, ambil gambar bukan main peace bagai..dah mcm muallaf pun ada dah nengok kan

















raya ni tema kami warna biru, baju melayu En.Anas electric blue,saya pakai jubah warna biru BN,Ziyyad warna biru pertengahan antara saya dan babah dia..haa boleh.

Jubah Ziyyad ni warna dark blue,kain dia tak panas yang penting,pasal Ziyyad ni cepat berpeluh orangnya. masa saya cakap kat husband saya nak jahit sendiri jubah Ziyyad,dia kata "sayan gboleh ke jahit baji,nanti tak jadi macam mana?".. saya cakap padanya "InsyaAllahjadi,tengok pattern senang je" agak tercabar dgn kata-kata dia sebenarnya.hahahaha

tapi tulah,tanpa cabaran kita tak akan menolak diri sendiri untuk maju kehadapan...eh kau ni mcm suh join emelem je kekdahnya.. tapi betul,tak kira apa pun yg kita buat,always motivate diri sendiri untuk berjaya,walau terkadang lelah,letih hampir putus asa,bangunlah jangan mengalah.aaa gittew cik kiah. XD

p/s:can't wait to beraya in KL this year,will be in KL for a week InsyaAllah,thank you Allah for giving me a sensible husband :) . Dan tidak,saya tak ambil tempahan.heeeee~~~~

p/p/s:i see a lo of blue and green mint for tema raya tis year,ada kaler lain tak sesiapa?kang kata boria kampung melayu plak kang...hahahah XD 




05 August 2012

Grilled Seabass and Air Assam (recipe included!)





seperti biasa hujung minggu,akan berbuka dirumah mak (mak mertua..tapi mak saya la jugak kan..heee) , My mak teh decided to have grilled seabass for berbuka. Sedap habaq hangg..

The seabass was grilled,with sos ikan bakar..you can find it at mydin..sos dia memang sedap! Oh ayah Jatt (my brother in law) yang bakarkan ikan tu..dulu dia tauke keli d'bakar di pasar ramadhan..untung meniaga bulan ramdhan ni...heee

paling best cicah air assam,air assam ni banyak version.Ada version 2.0,3.0.. (ini semua salah bersih 3.0 yang kotor..propah sangat kan iklan nak dekat pilihanraya ni..korang pegi tengok sendiri the real deal dalam youtube yang media massa tak tunjuk dan pergilah nilai..eh sempat je nak selit agenda kann..hahahaha XD)

so tanpa membuang masa,kita pilih Malaysia,eh kan nak pilih singapore plak kan..eh melalut lagi.



sukatan?ikut suka korang...nak pedas buh la cabai lebih..tamau pedas buh cabai sikit..semua ikut rasa sendiri.

Letak semua bahan-bahan diatas yang telah dipotong kedalam blender,and blender away! Blend kasar-kasar,jangan halus sangat..apa barang air asam hancur kan..hehehehe

last sekali letak sikit perahan jus limau nipis :)

makan ikan bakar,dengan nasi panas cicah air asam je pun boleh menambah nasi okkk!hahaha..


minum pulak sirap sarbat chowrasta kan...ok siapa terliur saya tak tanggung..hahahah

selamat mencuba,semoga Ilmu hari ini dikongsi bersama dan diberkatiNya,InsyaAllah :)

p/s:siakap,kerapu,pari bakar.....fuhhh!memang la terbaik!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

28 July 2012

Menambat hati mertua :)


syukur,Alhamdulillah saya dikurniakan dengan mertua yang baik :) saya je menantu hantu..wahahahahhaih~~

jadinya semalam beruka puasa di rumah mak,sebagai menantu comel dan tidak hantu di bulan ramadhan,saya bawa caramel puding,dessert feveret yang mudah nak dibuat.


oklah,kita share ilmu,semoga keberkatannya kita kongsi bersama :)

Resepi ini dari kawan saya,thanks sity :)

1 cawan gula (untuk gula hangus)
2 cawan air
7 biji telur (utk elak hanyir telur,buang sac telur kuning,dia warnah jernic egg yolk punya sac)
1 cawan susu pekat (susu pekat takdak dah la ni depa guna krimer gantian dari kelapa sawit)
1 sudu besar tepung custard
sabar secukup rasa

note: cawan tu saya guna mug as a sukatan.must buy those measuring cup saw it kat giant tu hari

1.heat pan,and cooked sugar until it caramelize (i cooked it a bit brown, a lil bit pahit pasal the pudding will be tad to sweet,kata puding gula hangus u olls).Pour your caramelize sugar in a heat resistance dishware,or talam pun ok. Let it hardened.

2.whisk 7 eggs,susu pekat manis,2 cawan air and tepung castard.cook with low heat about 10 mins. Pour the pudding mixture on the hardened caramel

3.kukus jgn grill atau panggang. Kukus dalam 30 minit or so,lepastu masukkan dalam peti ais sampai keras elok.

4.Bawa pergi rumah mak mertua untuk berbuka dan sebelum tu letak disclaimer "sorrylah kalau tak sedap,harap suka.." hahahahaha XD

note:saya tiada pengukus,jadinya gunakan kuali,kasi tinggi sikit dgn pan stand dan letak air,dan shut it with the kuali lid :) improvise.

masa ramadhan ni setan malas pun kena ikat,tu yang saya rajin tu.hahahhaha~~

selamat mencuba.

p/s:hari ni nak masak fettucine carbonara utk berbuka dan dibawa ke rumah mak,carbonara ada cili padi kasi pedaih la sikit kan. 


24 July 2012

kerana teringin..

nope,i am not pregnant u guys..saya memang selalu je teringin..ahahahahahaizzz

Ramadhan datang lagi..Selamat berpuasa bagi yg baru dapat puasa macam saya..hahaha (orang start hari sabtu,saya start hari isnin...comel je kau dila)

Pasar ramadhan yg femes di pulau ni ialah pasar ramadhan bayan baru (dimana tempat para pemuda dan pemudi yang masih single mencari bakal pasangan masing-masing,entah kenapa...saya tak terlibat..maaf la ye..) 

dah lebih 7 tahun duduk sini (campur tolak masa belum kawen lagi) tapikan kat PaRam Bayan Lepas ni menu jualan balik-balik ituuuuu je. ayam percik,karamel,pulut udang.,nasi tomato..Gerai ayam percik aku rasa adalah dalam 4 penjuru. (buat dalam area parking masjid yg mmg khas,jadi kawasan tu persegi la)

saya nak ayam percik kelantan la!

pernah 2 tahun lepas,seorang makcik kelantan ni ,kami panggil dia Mak Ngah.dia jual ayam percik kelantan di pekan sungai ara,tapi dia buat sat saja..kenapala Mak Ngah menghancurkan hati saya..haizz

tapi tulah kenginan ayam percik kelantan hanya timbul time ramadhan saja,mengada kan?

jadi nya semalam saya google resepi (weh,boleh myresipi.com jammed pepagi nak masuk...gila lah korang..tapi takpe,bagus memasak lagi pada membeli je,bosan juga kalau selalu sgt beli makanan ni)

and stumble upon this blog aku bukan chef-resepi ayam percik kelantan ,resipinya pantas,tuntas yang penting jadi! 


ayam yang digrill atas Grill Pan sahaja,kerana saya tiada oven untuk kukus grill panggang! ahahahahhaihh



siap kuah percik kelatannnya!letak atas.. makan dengan nasi putih panas...sedap habaq hang

husband suka,dia kata sedap..saya dah cukup happy dapat pengiktirafan dari dia (husband seorg jujur dgn masakan saya kalau tak sedap,kurang garam,terlebih garam dia akan cakap dgn saya..kalau sedap tu makna kata sedaplah..puas masak sampai berasap rumah,the cooker hood tu dah letak 3 pun still la asap berkepui..kata grill dalam rumah kan...hahahahhaih)

saya tambah cili giling sesudu bagi pedas,orang penang tak makan pedas mmg tipu la kan..

resipi mudah sangat,cubalah! :)

p/s: apa agaknya nak masak petang ni ye...hmmm,mari fikir.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

19 August 2011

Brief


1.mata saya berkenan pada satu beg jurulatih,berkenan saja..banyak-banyak online shop,princessveevictoriacloset menawarkan harga terendah..tapi dah sold out u'oll!sad

2.setakat ni baju raya Ziyyad je berlambak..sale la katakan up to 70% kau..hah..saiz baju ziyyad ialah 4-5 atau 5-6..dia baru 3 tahun..membesar bagai mak dia..besaq nala...hahaha

3.saya rindu roti john babah say abuat...sedapp!

4.banyak-banyak murtabak jual kat pasar ramadhan,ayah mentua saya punya paling sedap,dah la sedap,free plak ...eheh! XD

5.im a bit slow in sewing department this fasting season,im sorry to all customer if have been waiting like forever...akan pos sebelum pos laju tak nak hantar dah sebarang pengeposan iaitu 22/8/11...after 22nd depa nak cuti bakaq lemang,and parcel send after 22nd lepas aidilfitri la ye sampai.kasila depa nak cuti gak...hangpa ni kan...

6.update atas permintaan kak tiara...hahaha!peace kak tiara >_<"

7.oh ye...ziyyad sudah tahu menggunakn screw driver,he knows how to open the toolbox,pick the screwdriver,dan melonggar segala screw pada kereta jentolak mainan nya..nak marah pun ada kagum at the same time. He has these ikea play tool,ada screwdriver la hammer la...oh hari tu mengamuk he hit me with the hammer..sakit woo!

8.raya tahun ni penang dulu,tak sabaq makan rendang tok dengan ketupat palas..yummyummm! (keje kau memang makan je dila...hahaha)

9.kawan-kawan semua tukaq duit raya awal-awal k...jangan nanti tukaq kat kedai apek ikan duit kecik,maka duit raya pun berbau ikan juga XD hahahaha

10.10 ramadhan terakhir..jom tingkatkan prestasi solat wajib dan solat sunat,kurangkan melangha tak tentu hala kan,rebut tawaran hebat ganjaran Allah di bulan Ramadhan ini,InsyaAllah





04 September 2010

Shopping lagi ek?

semalam ada buat poll,sape yg shopping paling banyak raya tahun ni,most of u guys undi Ziyyad..

tapi salah!!!

Jawapan dia :

En.Anas

Why:

pasal setahun sekali baru ada chan nak beli seluar baru,tshirt baru,kasut baru,segala luar dalam baru lah habis cerita...time raya saja En.Anas akan membeli barang-barangnya kerana hari tak raya anak dan isteri dah shopping.

so takpelah,saya pun tak kisah sangat,ada duit lebih,abang beli lah mana hat patut...he did the shopping himself masa waktu rehat kerja...berjalanlah beliau seorang diri ke Sunshine square mencari seluar ka tshirt ka,takpun pergila ke Kompleks Bukit Jambul..

pasal hari lain susah nak sruh dia beli attire baru..lagipun seronok nampak dia shopping kali ni pasal perut dah turun,dan boleh lah bergaya sikit dengan tshirt tanpa perut menonjol sangat :)

yes,saya happy untuk dia dan saya sedikit cemburu memandangkan dia sudah kurus sket,bukan cemburu apa lah,kang En. Anas kurus saya gemuk,tak best la..saya pun nak kena turun gak perut saya yang gendang gendut tali kecapi kenyang perut i hate u! hahahahah

semalam makan nasi kandaq pun suku je,makan lauk lebih ( determination yang tinggi nak lawan kurus dengan husband), pasal saya tahu,En.Anas kalau nak sesuatu benda mesti dia akan capai punya.hoh!tak boleh jadik!

saya harap lepas ni saya akan terus mengekalkan cara pemakanan saya dan harus juga bersenam :) because i have flabby arms yg unflattering to see and to hold.. :P

p/s: senaman yang paling saya suka ilah whole body workout iaitu swimming.pasal macam best sambil main air sambil boleh bersenam (saya bukan kecebur kecebur tepi pool ye tapi swim 4,5 laps, statement tak boleh blah menyampah...hahahah)

03 September 2010

Who has done the most shopping this coming raya?






cuba teka dan undi jawapannya,sape menang,Alhamdulillah.


p/s:shopping untuk orang lain juga dikira sebagai shopping terbanyak juga :D

02 September 2010

Biggest loser Sg.Ara.

starting Ramadhan tu ari,saya dan husband telah membuat satu contest,sape kurus dulu.

so,husband has been taking JusMate 5 (kenapa lah rambut Dr.Rozmey tu macam tak siap je,kata kaya,pegilah saloon ubah penampilan kasik segak sikit,kurus tapi tak kacak adalah macam tak compliment each other la Dr. :P ) dan saya ambil Rxlite,dengan harapan raya nanti kami nampak dashing dalam baju raya memasing (amek kau,dashing lagi ..:P)

so far,nampaknya perut husband dah kempis..selalunya kalau pakai seluar,its like muffin top (ampun bang,maaf zahir batin..) tapi sekarang dah kurang,memang nampak penurunannya. saya jelessss!

saya pulak, terima kasih la kat si aedes tu ari,saya tak berapa lalu makan..makanya turun gak perut buncits ni..tapi belum kurus lagi ye.. (eh,boleh plak terima kasih kat aedes ye...setiap kejadian ada hikmahnya kan?kan?kan?). Macam mana saya tau perut dah turun? sebulan lepas saya ada pergi first lady beli baju kurung,saya main capai je kat rak,tengok saiz amek bayar. saya amek XXL,namanya je XXL tapi rupanya baju tu cutting nya kurung pahang,bukan kurung biasa yang duk beli,makanya,bila pakai sangkut perut uoll! (ye XXL tak payah la teperanjat sangat...hoh!)

cacat penampilan betul lah! so saya ingat nak letgo ajelah baju tu..tapi bila pakai harini,voila! sudah boleh muat dengan elok :) saya tanya husband berkali-kali

"ok tak? " sambil pusing kiri kanan , 5 saaat lepas tu "ok tak bang?"..setiap 5 atau 10 saat mesti tanya

nak keluar rumah pun;

"ok tak bang?nampak gemuk tak?"

sampai husband kata apa tau

"abang malas nak cakap dah"

hahahah,padan muka saya..hahaha.

tapi saya masih jeles dengan husband pasal memang nampak turun betul perut kesayangan saya tu...

dear abang,

sila jangan kurus sangat,i still wanna hug u like im hugging a bear. xoxoxo


p/s: saya masih ada sekotak Rxlite not yet open,saya beli 2 kotak,saya nak letgo satu kotak tu dengan harga member RM99 (excluding postage),harga asal RM 138..siapa nak email saya di stashowale@hotmail.com.

oh yeah,jangan bela aedes atau berdiri luar rumah senja-senja semata-mata nak kene geget aedes nak kurus punya pasal, dapat denggi berdarah baru ada akai.

25 August 2010

recuperating

ingatkan dah keluar hari tu,saya dah boleh up and running,tapi gagal ye

sendi saya sakit-sakit dan lenguh-lenguh dan kepala masih berat,tapi sekarang ok sikit.

saya puasa juga,pasal sayang nak tinggal kan puasa bulan ramadhan,memang la boleh tak puasa tapi nak ganti puasa bulan lain pahala tak sama macam puasa bulan ramadhan (eh,boleh eh gitu?)

kerja kedaichomel ada sikit terabai,ada banyak pending orders,maafkan saya wahai customer,saya ingat saya gagah,balik spital terus nak terjah mesin jahit,tapi rupanya tak boleh,maafkan saya :(

saya nak cerita pasal Ziyyad,on how the bomba sound

saya: bunyi bomba macam mana?Ziyyad tahu tak?

ziyyad:tahu ma! (yakin gile) bom-ba!bom-ba!bom-ba!

bederai saya ketawa!apa plak bunyinya bom-ba!bom-ba!gitu plak nak oi.

saya perasan budak lelaki ni budak lelaki juga,kalau dia main perang-perang ke,main kereta ke,main helikopter mulut mesti ada sound effect punya.

semalam juga saya tengok how Ziyyad use his imagination,saya biarkan Ziyyad main dengan turtle magnet di dapur,sementara saya berehat atas kusyen.then saya terdengar ini

Ziyyad : kesian,jatuh...turtle sakit kaki,kita buh ubat...ok sekarang dah sihat,jom berenang! (sambil ada bunyi sound effect berenang...dan kemudian turtle itu boleh terbang ye)

saya perati je dari jauh,comel je mulut kecik tu buat bunyi,hehheh :)

sekarang juga kalau merajuk adalah klaka ,hari tu saya sedikit malas melayan dia,badan saya sangat lenguh,jadi saya tak layan dia,dan ziyyad masuk bilik dan duduk di sebelah babahnya yang sedang berbaring

saya datang pujuk,nak tau dia kata apa

Ziyyad : takpa....takpa...mama pi ngok tv,Ziyyad sorang-sorang kat sini,takpa...takpa...

bantai gelak la saya pun,kesian pun ada juge,lantas tutup tv dan main sekali atas katil,babahnya Ziyyad pun tak jadi nak baring-baring pasal tak tahan gelak dek mulut Ziyyad yang ada je nak cakap tu.

Ziyyad,2 tahun 1 bulan.

p/s: tu belum dengar keletah dia masa beli baju raya dia hari tu.. :)

21 August 2010

thumbs up

Dr.Awangku give me the thumbs up just this morning,the platlet count dah naik and no more demam.Alhamdulillah.

thank you for all the doa's ive been receiving thru Fb,dari sanak saudara dan juga teman-teman yang tak dapat datang melawat.terima kasih buat teman-teman yang sudi call tanya khabar.terima kasih buat mak ngah yang call dari melaka,terima kasih semua,terima kasih semua.

terima kasih juga untuk tips menaikkan platlet count,antaranya ialah:

1. minum air jus pucuk betik,dalam 2 sudu makan macam tu(kalau korang gila hebat,minumlah segelas terus,rasa dia pahit yang amat)

2. minum air jambu merah(red guava) , saya diberi minum yang dari dalam kotak peel fresh.

3. makan sup ketam , ada yang kata ketam nipah ada yang kata bunga.jadi saya tak tahu which yang betul.

4.minum banyak air,boleh flash out all the viruses.

tahun ini ramadhan saya di uji Allah, ntah saya lulus atau tak,harapnya pass. tapi tulah saya tak berpuasa dekat seminggu juga kerana sakit ni.

takpelah,pelan-pelan ganti nanti.

minggu ni konon nak gi beli baju melayu Ziyyad,esok InsyaAllah kalau di ijinkan Allah.

tak sabar nak balik.lalalalalala.

p/s:terima kasih semua atas doa kalian.berkat doa bulan Ramadhan :)

21 July 2010

resipi mudah untuk bersahur

ok oleh kerana saya dah jadi isteri serta mak budak,makanya adalah patut tahu what to have and prepared for sahur

so semalam ada beberapa jenis masakan yang mudah yet simple to prepare and cook,antara resipinya ialah

1. udang black pepper -blend bawang besar+bwg putih+halia+air secawan sesedap rase spy jadi cam bubur.tumiskan bende yg dh blend tu ngan minyak.agak2 dah kering sket ko masukkan black pepper serbuk banyak2+kicap manis+oyster sauce+garam.dah sedap rasenye tu ko masukkan udang yg dah digoreng.gaul rate.walahhh! Siap..<-- i ctrl+v ctrl+c je,kawan saya namaya Shikin yang punya resipi :)

2.telur asin + sambal cili api bilis

3.telur asin+ ikan bilis goreng cili kicap+ nasi panas-panas

4. sup ayam (mesti nak ada ayam goreng neh..hahaha)

5.ayam goreng kunyit letak bawang dan cili padi

6.buat sambal tumis banyak-banyak boleh simpan beberapa hari (bagus idea ni yong,aku suka..hahaha)

7. masak sardin buh cili and bawang (memang saya pun selalu gak buat gini..hehehe)

8. roti salut telur

9.telor mata + bawang besor goreng + cili padi +kicap + perah limau nipis = sedappppppppp <--kak ina la ni..haahah

10. bilis goreng ajer...+ bawang + cili api..perah limau...goreng telur dadar...jalannnnnn <-- mama rempit punya stail

11. roti bakar ditengah nya cheese :)

12. minum air kosong je pasal laki pun tak bangun sahur,furthermore kenot eat early morning rasa nak muntah..bagus betul la korang ni..hahahah

13. stock up sosej,burger ,meatball Azmy ke,nugget ke..so malas sangat,goreng je one go

14.tahap malas masak, call McD atau pergi makan je kat mamak atau KFC yg 24 jam tu

15 meggi? my mom pernah masak mee cintan sup tu ,tapi letak fishball,sayur bayam..emmm sedappp! how can ur mom cook megi or cintan so sedap? aduhhh lapar mee cintan mama saya plak dah.

yang penting bangun sahur,takat makan kurma dan minum air pun jadik lah,dapat pahala :)

bulan ramadhan seperti yang semua tahu,berlipat ganda ganjaran pahala walaupun kita buat hanya yang sunat sahaja

InsyaAllah kita semua bakal bertemu kembali dengan bulan penuh rahmat dan keberkatan ni

p/s: thank you kepada yang komen semalam dan yang beri maklum balas di Fb saya,hugss! ada nak tambah?comments away

25 August 2009

*and so i thought*

my menstrual cycle are going bonkers

last month my BFF since im 10 years old,come visit for 2 weeks!

2 weeks i tell you

never in my life,my BFF came more than a week

this is all salah my iud (well,i think so)

so i thought

"yeah..maybe nanti ramadhan my BFF would never come visit again,so i can puasa the whole month"

tapi tidak..my BFF itu sangat comel dan manja (dan mengada also..habes sakit pinggang and perut cramp tau ke..datang comel-comel aje tak boleh ke?)

dia datang lagi semalam pukul 6.30pm..comel kan beliau datang pada waktu itu,kenapa kau tak datang pukul 8pm jee haaa!

tapi takpe..perempuan memang Allah cipta macam itu

today ai raya yuuu...hahahaha

p/s::gelak la hahaha,esok-esok nak mengganti sekso dek badan...hahhaha

p/p/s:: bendera Indonesia la plak,asek jepun je kak KV...hehehe

berapa byk ps daa:: BFF? u know who...hehehe

24 August 2009

*resipi berbuka untuk dibawa kerumah mak mertua*

sempena ramadhan nan mulia

saya akan memberikan resipi manisan ramadhan,sesuai untuk dibawa ke rumah mertua (aii,kanlah nak lenggang kangkung makan free kat rumah mak mertua kot..bawak la buah tangan sket..hahahah)

pic courtesy of Familyapproved

hari ni Resipi Manisan Ramadhan kita ialah Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot.. (nama harus lah gah ye pemirsa sekalian)

bahan-bahan

1.Gula Melaka

2.Gula Kabung/Gula Merah

3.Gula Putih biasa aka gula prai (sedikit sahaja digunakan)

4.beberapa helai daun pandan

5.Santan fresh (santan fresh wangi ye bau dia ye puan-puan,takde santan fresh boleh juga guna santan kotak tu)

6. Sagu

cara-cara masak ye puan-puan

1. masak gula (campur semua gula kabung + melaka + pasir),masak sampai pekat,puan-puan agak-agak la nak manis macam mana..letak daun pandan kasik wangi gla tu,bila dah pekat,tapis gula tu kalau ada gula kabung tak hancur

2. set aside gula dah masak tu

3. basuh sagu atas tapis,masak sagu secara kukus ya (cara saya,ada yg masak terus),sagu yang masak berwarna jernih/tranparent

4. santan(fresh coconut milk) letak sikit garam (secukup rasa),sejukkan dalma peti ais

cara menghidangkan Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot ni

scoop sagu yang dah masak kedalam mangkuk, siram kan dengan santan sejuk yang fresh,kemudian letak gula pekat ke atasnya

letak sekuntum bunga orkid untuk hiasan,kalau teringin nak makan,silalah,tercekik..saya tak tanggung

siap di hidang dan meng impress kan mertua anda semua..hehehe

selamat mencuba,dan selamat menjalani ibadah puasa

p/s:: tapi jap lagi saya nak buat pudding roti je..cepat sket,tak yah masak-masak..resipi Puding Roti ala Ziyyad akan di berikan untuk rancangan esok ye puan-puan

p/p/s:: Jiji,aku tau ko suka sagu gula melaka kan?

*hujann..sejukkk..rasa nak tido*

::gambar:cadangan hiasan. picture taken by Tok Auntie Zenon.,Ziyyad masa ni nak tido tapi mengelemot sangat..::

Apa khabar semua..macam mana puasa anda hari ini?

apa pengisian ramadhan anda semua tahun ini?

saya dah isi ramadhan saya dengan ayam percik kelantan masa balik kl tuhari..hehehe (isi perut tu kak,bukan isi ramadhan..ceitt)

tapi kat penang takde plak ayam percik kelantan yg sedap tu..mmm

(kenapa kau cerita pasal makanan ni dila..tukar topik lain ye)

ehh..takde mood la nak update,tak larat taip.hahahah

p/s::zaman baginda rasulAllah dulu, puasa pun pergi beperang..yang kita ni dengan nafsu pun tak boleh lawan,nafsu makan,nasfu soping (oh ye kami dah beli baju raya...tak sabar raya..tahun ni sedondon!wahhh!).

p/p/s::jaga kesihatan ye anda semua :D
blogger-emoticon.blogspot.com

19 September 2007

::puasakah?::

semalam,bersama En Suami pergi ke bazaar ramadhan bayan baru.Memang terkanal sungguh bazzar tepi masjid bayan baru ni..tapi sepanjang bulan puasa ni,ni baru 1st day aku pegi

pemerhatian ::

1.
juadah hampir sama dengan tahun lepas,tade upgrade langsung..tak best..aku carik ayam percik kelantan pun takde org jual.

2.
orang2 berhimpit-himpit membeli makan; eg. sedang En.Suami membeli ayam percik untuk saya,seorang mamat memakai helmet mengasak saya dari belakang,nasib tak terjelepuk saya yang agak gagah ini.dengan memberikan the evil eye kepada belia kurang sopan itu,.huh...sungguh saya tak puas hati

3.
ada beberapa 'orang' mak nyah dengan pakaian yang boleh membuatkan pahala puasa berkurangan membeli lauk-pauk 'berbuka puasa'.mak nyah juga berpuasa ye kawan2,jangan la bersangka buruk.yeah right..hahahah

4.
minah2 melayu seksi banget dengan sleeveless menampakan apa yang tak patut dilihat sedang sibuk memilih kuih-muih yang pelbagai (habis kuih2 tu ketiak asemm!ewww)

5.
rumaja-rumaja melayu perempuan yang memkai baju adiknye yang sekolah rendah berjalan bergerombalan membeli nasi ayam madu...sambil di pheweetkan beberapa rumaja-rumaja melayu lelaki..

perbincangan::

tidak semua orang melayu itu Islam..terdapat juga orang cina,india yang beragama islam,jadi jangan pandang serong pada orang melayu yang makan selamba katak di kedai mamak.mungkin die bukan orang islam

kemungkinan besar mak nyah yang membeli makanan di bazaar tersebut masih terbuka hati untuk kembali menjadi lelaki sejati yang beriman dan beramal soleh.success begin with a small step.no?

orang2 yang menolak orang2 lain semasa membeli juadah berbuka adalah kerana anak2 ramai dirumah,jadi kalau tak dapat makan ayam percik mungkin anak2 nye mati kebuluran.kesiannye..not!hormati orang sekeliling,ada rezeki kamu dapatlah apa yang sangat tu.kalau ttak,memang itu bukan rezeki serta hak kamu.

kesimpulan::

sebelum pergi ke bazaar ramadhan sila fikir apa nak beli,jangan sampai di bazaar ramadhan baru fikir,kalau tak...anda akan diganggu dengan bau-bauan yang menusuk nafsu lapar.maka banyaklah makanan yang dibeli tanpa tujuan

pakailah pakaian yang bersopan ke bazaar ramadhan supaya apabila memilih kuih muih,ketiak anda tidak terdedah di atas kuih muih atau juadah lainnye

sentiasa berfikiran positif kepada orang2 yang suka berebut2 ini,kerana mereka sangkakan mereka kene stock up makanan ration kerana takut tsnami.barulah kita boleh berada dalam keadaan bersabar dan tranquill..hahaha

p/s::semalam beli ayam percik je.bolehlah tahan..

18 September 2007

::queh Ketayap::

hari ni kita memsak kueh ketayap (punyala aritu tak ingat nama die aku panggil kuih kopiah...hahaha)

bahan-bahan

1.tepung gandum
2.daun pandan beberapa helai
3.kelapa parut
4.gula melaka,gula merah,gula pasir (jangan guna gula-gula ye)
5.sebiji telur ayam
6.garam secukupnya

mula2 masak gula..campur semua gula di atas dan masak dengan perlahan,biarkan ia mencair..kemuadian tapis gula tersebut

serta merta campurkan kelpa parut dan gaul hingga sebati,jangan biarkan kelapa terlalu basah, jika basah tambah sedikit tepung ye

ok,sekarang kita nak buat kulit kuih ketayap ye..mula2 blend daun pandan bersama sedikit air.
kemudian tapis untuk mendapatkan airnye saja

masukkan air pandan didalam tepung,masukkan juga telur ayam dan sedikit garam.kacau bersama air..make sure betul2 cair..ala macam nak buat lempeng tu

panaskan kuali bubuh sedikit minyak,tuang sedikit sebatian tepung tadi kedalam kuali panas,buat macam lempeng tu..senang je..tapi jangan la besar sangat...sedang2 je..biar nipis sikit takpe.

masak sebelah side je ye..kasi rangup sikit,kemudian angkat letak dalam pinggan

sementara masih panas,letakkan inti kelapa tadi,sikit je ye..kat atas yg tak digoreng ranggup tu,kemudian gulung

voila..jadilah kuih ketayap..apa pasal nama die ketayap aku pun tak tahu

(kuih ini telah di bikin pada hari ahad yg lalu bersama En.Suami,untuk dipersembahkan kepada mak dan ayah mentua ku untuk berbuka..kami mendapat A- untuk kuih tersebut..mak kata inti nye sedapp...)

penghargaan yang takketerhinggaan kepada

Cik Intan taman ehsan (original recipe)
dan
En.Suami Sriacres

p/s::saya buat je lebih,tapi saya bukan suke snagat pun kuih ketayap..heheh