Search This Blog

29 August 2010

tentang Ziyyad

1.

baju raya Ziyyad sudah langsai semuanya,termasuk samping..songkok tak payah,dia pakai sat saja pehtu lempaq. masa try tu pun dia pakai dan 5 saat saja,pehtu melayang songkok tu dia lempaq

2.

di rumah kami tiada channel kartun,di mana saya berharap he learn english dari situ,tapi nampaknya tanpa channel kartun pun,Ziyyad boleh belajar,asalkan kami suami isteri rajin ajar dia memalam sebelum bedtime,walaupun taklah se intensive tengok elmo tapi ok la pada umor dia 2 tahun sebulan ni.

he know animal in both bahasa melayu and english.

cat = kucing
cow = lembu
buaya = crocodile
gajah = elephant
dog = anjing
snake = ulaq!

dan beberapa lagi binatang..say it either in malay or english,dia faham :)

ok tu aje,takde mood nak blog lelebih,hari ni dah keje la dude.heh.

p/s: mama "Ziyyad nak baby tak?" Ziyyad "nak baby girl ma!" e'eh siap gender ye kamu bagi Ziyyad. -_-"

26 August 2010

Pengajaran



1.

saya tak berapa nak mood raya the fact is raya kat KL tahun ni ,bukan apa,puasa ramadhan saya tak complete pasal tinggal pose due to sakit.cobaannnnn.

awal puasa hari tu saya dgn megahnya berkata pada diri sendiri

"pose tahun ni mesti penuh punya laa!" yakin!terlalu yakin!maka Allah kasik saya sakit tengok sape lagi megah.hoh! insaf terus

AstagfiruAllahalazim...

pengajarannya ialah,nak mula ramadhan hati kena bersih niat kena ikhlas bukan pasal tak perlu ganti pose,tengok sekarang, ada la dekat seminggu nak gantinya.

2.

saya sejak kawen tak pernah tempah baju raya,pasal saya selalu fikir

"alaaa,baju dah siap berlambak,beli je la.."

dan yang tak bestnya bila baju berkenan di jiwa

a.tiada saiz

b.saiz habis

c. kakak penjual kata "oh!ni cuttting kecik ni,adik tak boleh muat" ku sedar diri ini siapalah aku yg gemuk gedempol ni.benci kau kakak penjual baju kaftan ala hatta dolmat!hateyuuu!

tak de beza la ngan husband,the biggest size they sell baju melayu here (kat kompleks bukit jambul) adalah XL,naseeeebbb ada yang muat,tengok gak cutting pasal ada certain baju melayu nama je XL tapi kecits

baju Ziyyad?dont get me started lah eyh.

Ziyyad tinggi dan sedikit gebu,untuk baju melayu umo 2 tahun,too short,utk 3 tahun too long and big..akhirnya amek gak utk 3 yo,dan nanti saya akan jahit kan kasik pendek sikit pasal org dah tutup kedai jahit dah ramadhan ni.

Hoh!

pengajarannya ialah,next year kita tempah 4 bulan sebelum raya!Nahh!hambek ni.

lepastu tu jadiklah Boria Pulau Pinang Kg. Pelet tahun depan.siap baju ada ropol-ropol boria kat lengan. tsk.

3.

kesian seorang customer saya,luggage tagnya saya tak sempat siapkan,dia nak ke mekah semalam,saya dah buat separuh,tapi tak tersiap pula..

saya sedih sangat sedih,rasa inadequate sangat.

pengajarannya ialah,pegi spital tu lainkali bawak mesin jahit bukan laptop,boleh?

saya marah lah dengan diri sendiri.hoh!hateyuuu! <---tetiba hate?motif?

maafkan saya sangat-sangat ye pn.customer,kalau nak refund just let me know ye.

4.

this post is up kul 4 am,pasai tak boleh tidoq. pengajarannya ialah

"dila,kau tahu ni bulan ramadhankan?dan kau tahu kau pun pose tak penuhkan?apa kata ambek wudhu buat solat sunat kasi tampung ramdhan hang yang berlubang merata tu,ni tak hang ngadap blog jugakk,kalau masak tu len la cenghita...awat hang ni?apa nak jadi?"

kata ku membebel pada diri sendiri,lantas eat the frog first

p/s: toddles.

25 August 2010

recuperating

ingatkan dah keluar hari tu,saya dah boleh up and running,tapi gagal ye

sendi saya sakit-sakit dan lenguh-lenguh dan kepala masih berat,tapi sekarang ok sikit.

saya puasa juga,pasal sayang nak tinggal kan puasa bulan ramadhan,memang la boleh tak puasa tapi nak ganti puasa bulan lain pahala tak sama macam puasa bulan ramadhan (eh,boleh eh gitu?)

kerja kedaichomel ada sikit terabai,ada banyak pending orders,maafkan saya wahai customer,saya ingat saya gagah,balik spital terus nak terjah mesin jahit,tapi rupanya tak boleh,maafkan saya :(

saya nak cerita pasal Ziyyad,on how the bomba sound

saya: bunyi bomba macam mana?Ziyyad tahu tak?

ziyyad:tahu ma! (yakin gile) bom-ba!bom-ba!bom-ba!

bederai saya ketawa!apa plak bunyinya bom-ba!bom-ba!gitu plak nak oi.

saya perasan budak lelaki ni budak lelaki juga,kalau dia main perang-perang ke,main kereta ke,main helikopter mulut mesti ada sound effect punya.

semalam juga saya tengok how Ziyyad use his imagination,saya biarkan Ziyyad main dengan turtle magnet di dapur,sementara saya berehat atas kusyen.then saya terdengar ini

Ziyyad : kesian,jatuh...turtle sakit kaki,kita buh ubat...ok sekarang dah sihat,jom berenang! (sambil ada bunyi sound effect berenang...dan kemudian turtle itu boleh terbang ye)

saya perati je dari jauh,comel je mulut kecik tu buat bunyi,hehheh :)

sekarang juga kalau merajuk adalah klaka ,hari tu saya sedikit malas melayan dia,badan saya sangat lenguh,jadi saya tak layan dia,dan ziyyad masuk bilik dan duduk di sebelah babahnya yang sedang berbaring

saya datang pujuk,nak tau dia kata apa

Ziyyad : takpa....takpa...mama pi ngok tv,Ziyyad sorang-sorang kat sini,takpa...takpa...

bantai gelak la saya pun,kesian pun ada juge,lantas tutup tv dan main sekali atas katil,babahnya Ziyyad pun tak jadi nak baring-baring pasal tak tahan gelak dek mulut Ziyyad yang ada je nak cakap tu.

Ziyyad,2 tahun 1 bulan.

p/s: tu belum dengar keletah dia masa beli baju raya dia hari tu.. :)

21 August 2010

thumbs up

Dr.Awangku give me the thumbs up just this morning,the platlet count dah naik and no more demam.Alhamdulillah.

thank you for all the doa's ive been receiving thru Fb,dari sanak saudara dan juga teman-teman yang tak dapat datang melawat.terima kasih buat teman-teman yang sudi call tanya khabar.terima kasih buat mak ngah yang call dari melaka,terima kasih semua,terima kasih semua.

terima kasih juga untuk tips menaikkan platlet count,antaranya ialah:

1. minum air jus pucuk betik,dalam 2 sudu makan macam tu(kalau korang gila hebat,minumlah segelas terus,rasa dia pahit yang amat)

2. minum air jambu merah(red guava) , saya diberi minum yang dari dalam kotak peel fresh.

3. makan sup ketam , ada yang kata ketam nipah ada yang kata bunga.jadi saya tak tahu which yang betul.

4.minum banyak air,boleh flash out all the viruses.

tahun ini ramadhan saya di uji Allah, ntah saya lulus atau tak,harapnya pass. tapi tulah saya tak berpuasa dekat seminggu juga kerana sakit ni.

takpelah,pelan-pelan ganti nanti.

minggu ni konon nak gi beli baju melayu Ziyyad,esok InsyaAllah kalau di ijinkan Allah.

tak sabar nak balik.lalalalalala.

p/s:terima kasih semua atas doa kalian.berkat doa bulan Ramadhan :)

19 August 2010

rindu

ziyyad selalu datang petang-petang

setiap kali datang melawat saya,dia akan peluk dan kiss me on my cheeks

i in return hug him back so tightly.

ingin sedut segala bau yang ada padanya untuk bekal sampai petang esok.

cepatlah bagi aku sihat ya Allah,aku nak balik peluk Ziyyad.

p/s: :(

17 August 2010

lost track of time

saya tak tahu hari ini hari apa. yang saya tahu hari silih berganti siang dan malam.

saya dah tulis blog tadi.tapi terhilang pula.

nak retype dah takde moood.

mengantuk ni.baik aje saya tido.

bukan selalu boleh membuta ikut suka.hahahaa.

korang kerja baik-baik jgn byk main. :-)

ps: kukis raya di giant murah dan sedap.
Published with Blogger-droid v1.5.3

16 August 2010

jikalau ini takdirnya...

wah! tajuk mcm cerekarama tv3 plak ek. forthose who didnt know saya dah di hospital pantai selama 2 nights.

boring? not really, pasai ada wifi disini.

saya suspected denggi,hari ni retest balik blood. dan disuruh berpuasa dari pukul 3am pagi td.

dah beberapa hari saya tak lalu makan pasal tekak rasa pahit je. so yeah i lost a kilo or two maybe.heeee.

semalam, mama babah and umicik mai dari kl melawat saya.siap bawa bunga belon elmo kek coklat dan coklt mnm my all time feveret.. :-)

teharuu.

my mom in law siap masak sup ketam utk saya. kalau sihat tentu bedal ketam sampai licin.hahaha.

ziyyad? he take this situation like any 2 year old. the moment he wakes up.from sleep, he didnt see me on my bed and cries his lung out.

tapi lepas kena pujuk ngan babahnya, dialah orang prtama nak tengok mama dia. tapiiiii, sampai hospital dgn mulut pok pek pok hi auntie sana hai auntie sini, siap greet " morning" to all yg pass him by. jumpa mamanya kejap je lah pastu kehulur kehilir pegi bilik mainan.

apa-apa pun doakan saya cepat sembuh ye.korang jaga kesihatan ambil masa 10 minit setiap minggu utk bersihkan kawasan rumah dari air bertakung :-)

ps; teringin nak makan slurpee lah. emmmm

Published with Blogger-droid v1.4.9

13 August 2010

feverish

i am down with fever for 2 days,semalam kul 2am my temp. was 39degree.ntah kenapa tiba2 boleh demam.thank u dear husband yg tak tido sgt duk jeram badan saya dgn wet towel.

smlm gagahkan juga puasa.hari memang tak holeh tahan.dengan throbbing headachenya lagi.

i am bedridden.ni ok sikit pasal dah telan ubat.

u guys take care k.

ps;air dah minum byk dah.tapi tulah kalau nak sakit tu,sakit gak eh.

Published with Blogger-droid v1.4.9

11 August 2010

cinta yang saya lupa

ingat lagi tak entry saya susah hati nak bawak Ziyyad gi masjid ramadhan ramadhan ni.

tkaut dia lasak la ,saya tak boleh solat la, apa la yadayada yo gabba gabba.

baru balik dari baca entry kak lina, Tips Bawa Anak Kecil ke Masjid

saya betul-betul lupa tentang niat yang satu,iaitu

memupuk kecintaan Ziyyad terhadap masjid, kalau nak Ziyyad suka berada dalam masjid kenalah kenalkan dia pada masjid dulu..

terawikh tak penuh di masjid takpe,balik rumah boleh sambung.

saya boleh melepak dulu kat belakang dengan Ziyyad,kenalkan dia apa itu masjid,apa orang buat di masjid selain bersolat. (sambil lepak sambil baca quran pun dapat pahala kan? :) )

saya rasa di penang paling hampir,paling selesa ada aircond (penting neh) adalah di masjid bandaraya penang. memang pusat komuniti pun masjid besar penang ni,ada kelas ngaji ada kelas tajwid,ada kelas macam-macam.

luas,ada aircond.. (rasa dah cakap,tapi takpe,cakap balik)

jadi,ibu-ibu jangan selfish,ibadah wajib lebih utama,iaitu mendidik anak,memupuk sifat cinta terhadap rumah dan agama Allah,dan boleh jadi geng rakan masjid suatu hari nanti.InsyaAllah

p/s: saya selfish selama ni,mentang-mentang kerja kat perikanan,dengan perangai pun terbawa-bawa..haih.

cerita Ziyyad je la.

Ziyyad masih lagi tak makan nasi sebagai makanan ruji

mulanya agak membimbangkan saya,tapi lama-lama saya rasa ok,pasal Ziyyad makan roti,lettuce,tuna,telur,kek,keropok ikan ganu.

disamping minum susu :)


om nom nom

ini gambar semalam,lepas main kat playground terus nak makan roti,pasal nampak saya makan sandwich

oleh kerana badan berpeluh peluh baju basah lencun,so makan tidak berbaju -_-"

sandwich saya ada tuna,butterhead lettuce (oh so crunchy i like!) , cheese...dan dan babah dia pun nak sandwich juga..hehehhe

eat healthily k Ziyyad :)

p/s: terasa di tekak kesedapan sandwich,bulan ramadhan memang tekak ni mengada-ngada lebih. jangan diturutkan sangat.

10 August 2010

tentang Ziyyad

pagi ini saya bangunkan Ziyyad dengan membuat bunyi kucing

mama : meowwww meowwww meoWWWWWWW (dengki kan anak sendiri,tido best sangat,lantas jeles terus)

Ziyyad : jacokamiii! no!no!no! (jangan kaco kami = jacokami)

mama :wahh!bangun pagi-pagi gengster ye

Ziyyad : mama..luk! (mama peluk)

kekuatan nak bangun pagi kerana ini.. *blis*

oh ye di kesempatan ini saya nak ucapkan;

tahniah kepada mombloggers yang kini sedang menganung,jaga diri ye korang semua..

kepada mombloggers yang kini sedang di uji tuhan , i.e anak sakit , semoga kekuatan lebih dan semoga anak kalian sihat ceria semula bermain gembira (i cant stand seeing a child laying on the bed,kerana sakit..) segera sembuh anak kecil!

semoga ramadhan kali ini adalah terbaik untuk kita semua ye.

p/s: seronok tengok orang mengandung, teringin nak rasa heartbeat di perut sekali lagi...

09 August 2010

selamat datang wahai Ramadhan

mengharapkan ramdhan kali ini dapat buat banyak ibadah sunat selain memperbaiki yang wajib

mengharapkan dapat bawa Ziyyad ke masjid untuk terawikh,tetapi saya tak tahu macam mana?

persoalan:

1. masa saya tengah solat,kan nak biar Ziyyad sorang-sorang?

2. kalau tengah sujud macam mana nak tengok Ziyyad ye?

3. semuanya pasal Ziyyad je lah persoalannya

yelah,budak umo 2 tahun apa dia faham kalau dapat kawasan luas dalam masjid selain berlari-lari dan bergolek-golek

kepada ibu-ibu yang selalu bawa anak kecik bawah 3 tahun gi jemaah di masjid,tolong ajarin saya ya,gi mana caranya..supaya saya bisa memperoleh pahala lebih di bulan ramdhan

kan ke bagus kalau masjid ada nursery.

tapi kalau ada nursery,yang tukang jaga pun mesti nak rebut gandaan pahala di bulan ramdhan kan?kan?kan?

p/s: minta maaf kalau selama ni tulis blog merepek-repek takde sumber ilmiah,maaf zahir dan batin untuk smeua pembaca blog anasfadilah. :)

stretch and yawn


need i say more?

p/s: semalam tak boleh tido,we install a new aircond in the bedroom..the breeze like i always had with the old ceiling fan is not there. i need that breeze to fall asleep..kalau sejuk takde angin tiada makna bagi saya.

06 August 2010

ok this is weird

saya tak pernah sangat cerita pasal produk kecantikan pada korang pembaca semua

tapi ini harus di share bersama.

kulit muka saya boleh dikatakan mix,some part sangat berminyak dan some part kering gila.

saya ada pakai moisturizer vitamin E saya lupa jenama apa beli di watson tub warna coklat,saya pakai sejak dari matriks,memang boleh menghilangkan kesan parut i tell u.

tapi bila dah meningkat dewasa ni,saya rasa vitamin E cream ni dah tak funcion kat muka saya,masihada kering-kering sampai flaky sikit kulit pipi

bila pakai bedak tak rata,jadi tak cantik.

so yesterday saya beli Hada Labo face lotion

saya beli di guardian ada sale dapat dalam rm40++ kalau tak harga dia RM50+ yang boleh buat saya fikir 17 kali last-last tak beli

tapi pasal ada duit sikit ni,saya nak try,pasal the husband also sudah komplen katanya

"muka sayang ni macam kusam la"

boleh tak menggunakan ayat kusam pada saya... -_-"

pasal beli lotion dapat sample pencuci muka sekali saya try terus malam semalam.

memang best! pagi ni saya rasa kulit saya sungguh supple. i cant stop tekan-tekan my cheek pasal best gila ah pegang.

eh,nasib takde misai


pakai satu hari dah nampak kesan,oh saya memang sangat suka lah kan! tak perlu la tunggu 14 hari ke sebulan ke setahun baru nak nampak kesan. (nampak sangat tak sabar)

yang bagusnya,hada labo guna ingredient yang tiada alkohol,tiada colorant,tiada mineral oil,hanya guna ingredient semulajadi sahaja.

so yeah saya suka pasal takde pewangi :)

pencuci muka dia pun saya suka, foam di halus..dan tiada pewangi (siapa suka guna produk Simple,mungkin akan suka pasal takde pewangi)

so memang best dan tahap boleh beli la pada dompet saya. nak beli clinique tak mampu apa lagi la mer.hahaha

dan lagi satu produk dia takde toner,pasal saya malas pakai toner dan toner mengeringkan kulit saya yang sedia kering. (nampak sangat malas)

p/s:ini iklan tak berbayar,free ads. gambar click to source.

05 August 2010

ZIYYADDDDDDD!!

pagi ini ke opis,Ziyyad buat perangai,driving me up on the walls

saya : Ziyyad,cepatlah mama dah lambat niii
Ziyyad : *decided to baring terlentang atas lantai corridor,and make dust 'angel'*

sampai rumah kak maria

saya: Ziyyad masuk dalam rumah,jangan lari keluar
Ziyyad : na mau! nampak ni (showing his small fist at me), buk kang (tumbuk kang)

saya marah dia,as usual he said

"ma soli, nak sayang (give a peck in the cheek) ibuuu kaulah ratu tiii kuu!( ye siap nyanyi lagi)"

semalam di rumah mak tok,maktok main geletek geletek ngan dia,maybe he doesnt like it ke apa he said to mak tok

"fireeee! (fire gaya ultraman)'

slap forehead!

son,mama tahu kamu baru 2 tahun,tapi please jangan tiru sangat semua benda boleh tak?

just yesterday, wan (datuk according to the orang utara) said

" mampui aku.." (because sakit pinggang nak dukung Ziyyad)

and being Ziyyad the little xerox machine

"mampuiii kuuuuu"

*pengsan* <---mamanya lah.


p/s: semalam out of no where dalam kereta Ziyyad kata " ma nak makan nasi ngan ayam" eh eh since when u makan nasi and eat chicken? bila di suap asek "na mau" je kan?

04 August 2010

Mudball throwing?

pagi ini on the way ke opis,nampak satu banner,mudball throwing,onemillion apologies to mother earth

dari hari tu nampak banner ni dan siap ada nama kelang-kelang,estet-estet yang akan terlibat (estet takde,saja buh cukup rasa)

saya google up padia mudball throwing ni (gigih tak kena tempat)

so i found this

What is EM ??

E.M. is an abbreviation for EFFECTIVE MICROORGANISMS Microorganisms are tiny units of life that are too small to be seen with the naked eye and they exist everywhere in nature. Microorganisms are crucial for maintaining the ecological balance. They carry out chemical processes that make it possible for all other organisms including humans to live. There are friendly guys of the microbial worlds known as beneficial microorganisms and a not so friendly group called pathogens that are harmful and capable of producing disease, decay and pollution. Learn more here on EM and What is EM?

source

dalam mudball tu adalah komponen EM,so by throwing these mudballs dalam polluted waterways, polutants dalam air dapat dikurangkan oleh EM yang difermentasikan di dalam air,seterusnya membaik pulih kualiti air dikawasan itu (this is why u dont write ur thesis in malay,caca marba dah ayat,tunggang langgang,baca dek supervisor matilah kena correction je)

so ini adalah mudball tersebut,rupanya kuih cucuq badak saja..hehehe

so dengan membalingkan bebola in kedalam poluuted rivers and waterways,diharap dapat meninggkatkan kualiti air

ada satu tempat saya nak lempaq buang mudball ni,nak tau kat mana?


garisan merah itu ialah sungai cum loji kumbahan,bau dia MasyaAllah,busuk kemain. sungai tu tak tau apa nama dia,tapi orang penang yang selalu pergi kerja panggil nama jalan ni jalan belakang ftz (free trade zone).

memang situ banyak kelang-kelang dan juga ada ladang lembu dan juga ladang oink-oink

serius bau dia menusuk kalbu,sampai la ke tmpt kerja bau dia pepagi (dulu la,sekarang ni notice dah kurang bau sampai ke opis)

dulu sape nak duk batu maung,semua gara-gara bau ni lah,tapi sekarang rumah ak henggat unya harga,semua main juta-juta gara-gara jambatan no 2 nak naik,rumah flat antarabangsa (pasai ramai orang bukan mesia duk situ,pekerja kelang mostly) dah naik sewa dari 200 lebih ke 400 lebih..kamon la umah flat nak memahai pasaipa?)

so there,mudball or no mudball,kita sama-sama jaga alam sekitar k.leave something behind for our anak cucu in future :)


adik di rumah

this morning i have something brewing inside my head,tapi dah simmer down

lebih elok begini kalau tidak dalam blog hanya lah rungutan demi rungutan ,dan ketidak puasan hati,which is saya sendiri mual baca rungutan saya,juga membaca rungutan orang lain,the best way is to deal with it lah hoh?

adik bongsu saya dari usm kubang kerian turun ke usm penang,pasal kena jaga booth

tapi pasal tak pernah duduk lama dalam bas dan mungkin juga cuaca sekarang yang kejap panas kejap hujan menyebabkan dia demam dan tidak sihat

kesian betul tengok dia bila demam-demam macam tu

so sekarang kat rumah saya tengah berehat,hopefully sembuh dan dapat jaga booth semula

bukan semua orang boleh faham keadaan kita,yelah semua expect buat kerja sempurna,tapi kalau sakit nak buat macam mana kan.

kang pengsan ada kau kesah nak angkat adik aku,takde kan? jadi sebelum menyusahkan kau baik la dia rehat recharge balik tenaga,baru kerja pun mantap <---ini adalah baca dalam nada marah ye

p/s:hati ini betul-betul kesian padanya,cepat sembuh ye adik. hati yang berat siapa yang tahu ye dak?

03 August 2010

au revoir Chomelku semua.



Dear Chomels,

have a safe journey and i hope u safely arrive,be good in France ye..

Love;
Dila



i couldn't help but feel a lil bit sad as i parted with Chomel at the post office..ntah kenapa macam sayu sikit,tapi campur ngan takut dan hepi sikit

takut le custom or apa ke.

oh,hopefully selamat sampai semuanya.InsyaAllah.

p/s: bila la tuan chomel plak nak pi france ye...

02 August 2010

sudut mari berangan

saya adalah berangan mempunyai sebuah rak buku 3 x 1 kaki untuk meletakkan buku-buku saya,husband dan Ziyyad

well,abang has the most books dlam rumah tu,Ziyyad no 2 mama dia no last,pasal mama selalu beli untuk Ziyyad dulu,sampai chic lit mama sudah lama tidak dibeli dan lagipun takde masa nak baca buku chic lit asek baca buku craft saja,lalalalala

hari tu pegi giant jumpa satu rak buku dalam RM99 tapi warna beige kayu tu,tak cantik,tapi the desired demension lah,dan dah berangan cat kaler putih.

tapi abang insisted to tempah with his friend (which i dont know when, and saya nak cepat,boleh tak?)

dulu masa sekolah rendah saya bangga bila rumah ada small space yang boleh buat mini library..even dalam kelas masa tu cikgu setup satu ruang buat sudut membaca.

tapi tak boleh lawan library pak ngah saya le...buku berlambak-lambak..saya suka betul tengok buku-bukunya (suka tengok aje lah...hahahah) ada juga pinjam beberapa buku masa lepak rumah pak ngah melaka.

saya suka tengok buku tersusun elok dan kemas (lagi sekali,suka tengok je..hahaha)

soalan kepada tira : agak-agak kan book case expedit ikea boleh muat kereta babah tak?miaahahaha

tapi saya rasa rak buku gian tu dah cukup bagus,tinggal nak cat putih dan fasten it to the wall so it wall topple down if ever Ziyyad decided to climb on it,well u never knows kan..

berangan berangan...syok betul

p/s: oh yeah,saya nak oven in my small kitchen :) ...itu sudut berangan di lain hari. gambar source klik aje pada pic tu :)

Ziyyad 2nd birthday party,well kinda




semalam buat majlis makan-makan sikit untuk birthday Ziyyad.

ajak family and kak maria aje,bukan majlis besar-besar pun,private function...hahahahah

so yeah,saya selebet je pasal nobody to impress pun..still i look radiant (nak muntah pi tempat lain)


ada la jamu mee udang special dari Cik Kathy..heheheh,mak jangan marah aa (Cik Kathy =emak mertua saya paling rock steady sekali) , ima kasih maa for the delicious meeudang...anak hantu mu ini tambah sampai 2 kali..hahaha

pinggan dapat masa kawen tu akhirnya berguna juga..hahahaha


ZIyyad trying to open the gift using his teeth..haih.


habis camuk umah..


yang baju belang-belang tu namanya ayahJat,umo 27 masih single,yang bertudung pokadot purple tu namanya acuAweeen,umo 23 ke kot,tak ingat..juga masih single (sape berkenan mai RM100 baru kasik nombot telepon...hahahahaha)

apa-apa pun semalam memang best bila bersama dengan orang yang close to our heart :)

toddles.

p/s: rasa malas nak berblog pepanjang,juga mlas nak blog hop,malas baca cerita orang perempuan yang saban hari selalu merungut,sana tak kena sini tak kena,sana salah,sini salah..tengok aku pun dah merungut ni,sudahlah.