Search This Blog

29 October 2010

Ziyyad new pacifier?


no not this pacifier

but this as "pacifier"

yes,everytime Ziyyad wanna throw tantrum or i just want him to keep still and not run around i gave him my phone so he can play with toddler apps i downloaded for him

is it good for children below 5 years old to be introduced with such gadget?

ada pakar kanak-kanak kata ia tidak elok,sepatutnya mereka diajar secara tradisopnal like reading a book,build blocks, a 2 way communication for both parent and child.

tapi bagi saya,apa-apa pun mesti moderate

Ziyyad still have his toys and books, setiap malam ada baca buku,melukis,main kereta mainan dan main bola..

hanya kadang-kadang saya bagi dia hp saya untuk dia bermain game puzzle,abc flashcard dan macam-macam lagi

memang ini zaman mereka,zaman semuanya touchscreen, jadi memang tak hairan if a toddler belum sampai setahun tahu how to operate an Iphone or any touchscreen devices.


p/s:the best app in my hp right now is First Aids lengkap dengan gambar how to sekali. kot emergency senang nak tau apa nak buat :) , eh still buat cpr kena belajar dan qualified dulu ye baru boleh buat cpr,jgn sembarangan pula. :)

pic source:click on image

28 October 2010

Ziyyad at Petrosains


memang kalau di bawa budak umo 2 tahun masuk petrosains dia tidak akan tahu apa itu bahan polymer atau apa itu ikatan molekul,tapi ada aku kesah?nak bawak jugak..tujuan utama nak bawak tengok dinosaur and mission accomplished.

tiket masuk for adult RM12, ada kad mesra 10% diskaun..so gunalah barangan buatan malaysia,guna petronas sebagai bahan api kenderaan,bagus betul kad mesra ni aquaria diskaun petrosains diskaun..apa nak lagi? (eh eh iklan plak ni)

we tot masuk hari rabu ok tak ramai orang,sekali kauuuu...banyak gila rombongan sekolah,dari tadika ke sekolah menengah...agak chaotic gak lah,yelah anak murid ramai,cikgu pengiring ada la kot 3 orang..memang hiruk pikuk la semua benda pun buat main bukan nye ada cikgu terangkan apa guna ini apa itu apa ini,so lawatan pun macam useless,bebudak seronok naik flight simulator je kot agaknya

oh yeah,naik helicopter simulator ada height requirement ..so Ziyyad cant enter the helicopter simulator,naik terus pegi pelantar minyak saja.



tujuan utama tengok ini aja

Ziyyad was worried takut benda tu tetiba melompat ke hapa kan?


balik semua orang penat,penat bukan apa penat mengejar Ziyyad yang lari kesana lari kesini..tapi oklah..dia gembira dan seronok,tu yang penting pun

more infos pasal Petrosains

Ziyyad yang dah ngantuk dan cranky..

Ziyyad sekarang adalah fasa banyak bertanya..ma kenapa itu,kenapa ini..ma apa ni ma,apa tu ma..cakap dengan sapa ma..segala nya ditanya lah..jawab kan ajelah ye, and yet my sister said,budak start bertanya around umo 3 tahun..Ziyyad ter advance sangat pulok dah (adik saya belajar saikologi kanak-kanak..baguih la, banyak nak tanya ni hah)

oh yeah,tima kasih umicik for driving us to klcc oxoxxo


p/s: dulu masa muda gi klcc macam gah aje,tapi sekarang pergi apasal aku rasa macam boring je?baik gi ikea je takpun daiso..ahahaha.

27 October 2010

ini semua pasal Ziyyad

notes:ini di curi dengan kebenaran dari blog umicik,saya copy paste sini karangan dia ,umicik pandai ambil gambar yang cantik..(kasi bodek sikit,eh tapi mmg cantik pun)

Nama: Izzul Ziyyad b. Anas Iswari
Tempat lahir: Penang
Umur: 2 tahun 3 bulan
Kelebihan: mulut potpet macam bertih jagung dan banyak akal
Hubungan: anak menakan/saudara


Perbualan #1:
Situasi: Uncle Effs belikan Ziyyad a new book; My 1001 New Words. After belek-belek, he then put it on the floor and pijak.

Saya (Umicik): Ziyyad! Jangan letak buku kat bawah Ziyyad. Put it back on the table please
Ziyyad: *buat dekk*
Umicik: please Ziyyad. Nak main game kentut2 tak dengan umicik?
Ziyyad: nak!
Umicik: kalau nak, bubuh atas meja.

Lepas bubuh atas meja, he sat besides me and..

Umicik: Ziyyad, lenkali jangan bubuh buku kat bawah. Ziyyad kan budak baik. Budak baik letak buku atas meja. Okay?
Ziyyad: okay. Ziyyad baik umicik! (sambil tepuk-tepuk dada)
Umicik: kalau Ziyyad buat lagi, umicik cubit Ziyyad tau. Ziyyad nak kena cubit?
Ziyyad: tamau!
Umicik: kalau Ziyyad nakal, umicik cubit. Ziyyad nak kena cubit kat mana?

(..Pause for few seconds)

Ziyyad: *deep thinking* ....cubit kat babah!
Umicik and nenek : *ketawa*


Perbualan #2:
Situasi: Umicik gigih nak masukkan kain dalam washing machine. And then Ziyyad datang

Ziyyad: umicik buat apa umicik?
Umicik: umicik tengah masukkan kain. Nak basuh bagi wangi-wangi
Ziyyad: *tiru balik* ..basuh bagi wangi-wangi

6 saat kemudian...

Ziyyad: umicik buat apa umicik?
Umicik: umicik nak basuh kain. Kain umicik busuk. Ni nak bagi wangi-wangi
Ziyyad: *tiru lagi* ..bagi wangi-wangi..

5 saat kemudian...

Ziyyad: umicik buat apa umicik?
Umicik: *dah boring* Tengah main game
Ziyyad: hah?
Umicik: umicik tengah main game ni hah
Ziyyad: bagi kain wangi-wangi!
Umicik: haaa tau pun. Yang kamu pegi tanya sampai 10kali tu kenape. Haih la budak kecik ni *malas nak layan*

----------------------------------

Ya, itulah Ziyyad. Suka betul bertanya. Bangun pagi dia rajin tegur "umicik mai dah" atau "umicik bangun dah". Umur baru dua tahun, tapi celoteh dan karenahnya... Uih la jenuh la nak layan.

Kadang-kadang bila orang nak layan internet tu lah dia ajak main ball. Ada satu ketika, baru je warm up nak YM, dia ajak main ngan dia. So having my henfon kat sebelah, I can still online kan sepatutnya? Anda silap.

Perbualan #3:
Umicik: *busy typing something with the phone in the hand*
Ziyyad: *sambil pegang bola* umicik, bubuh atas meja umicik. (Sambil tangan tepuk-tepuk atas meja)
Umicik: ok ok. Jom main ball *bubuh fon atas meja*

2min kemudian..

Umicik: *amek fon balik sebab dengar ada notification masuk kat FB. Reply apa yang patut*
Ziyyad: *rampas henfon. Bawak few meters away ke meja satu lagi. And datang balik to me with his new book* Umicik, baca book umicik
Umicik: henfon umicik kamu letak mana? *buat muka dan amek the book. Opened and taught few words to Ziyyad*


So, tell me dear readers, perlukah saya emo bila budak kecik ajak mak menakan dia baca buku instead of membazir masa replying on FB? Nasiblah saya cool. Huahuahua

Ziyyad Ziyyad.... Ni baru sorang anak menakan. Kalau ada 10 yang macam ni? Aiyoooo!


*****end karangan umicik****

p/s:karenah Ziyyad :)



Ikea

so semalam secara impromptu (lagi!) pegi ikea,ini disebabkan auntie long adzua "cuti"..bahaha

so auntie long adzua and ahchu yan ambil kami di Taman Ehsan (kami:ziyyad,umicik dan saya), we went for ikea

so kali ni pergi siap buat bajet dan shopping list.so that terus shortcut markethall,amebk barang terus chio,ini kerana ada Ziyyad,kalau dia tiada,memang boleh melepak kat showroom..bahaha.

dapat juga beli reading lamp:Lersta reading lamp price at RM69

pasal nanti balik penang naik car atuk,so it means more space to angkut,hooray!

ada few lantern, spotlight for cabinet,frame and a shelve

balik hari sabtu or ahad,maybe scouting lagi kat ikea ke mana nak tau ke kan?kan?kan?

saya dan ikea memang tak dapat dipisahkan..tapii...tapiii

::far left:umicik,ahchu yan and auntie long adzua,both ahchu and auntie long are my cousins :) (kak long u still comel,no worries) ::

semalam lah first time baru dapat merasa makan meatball ikea yg femes tu..ok lah,rasa daginng,gravy tu yg buat sedap,time lapar pulak,lagilah sedap,kena belanja ngan auntie long adzua lagi bertambah lah sedap..teheheh

Ziyyad happy dapat main masa kami makan,so oklah (mama dia pun happy dapat makan..bahaha)


p/s:today Insyaallah petrosains,trex here we come! (stalker jgn follow saya,saya takutt)

26 October 2010

Aquaria KLCC



ingat nak pi petrosains semalam,tapi lupa isnin tutup,bleugrhh,tak dpat tengok dinosaur ngan Ziyyad

so,pasal dah bersiap semua,kami divert bawa ziyyad gi aquaria,as he never been there (kami:saya,umicik,uncle eff)

admission: RM 35, ada mesra kad 10% (mahal memang,tapi nak maintain aquarium yang cantik macam tu,it needs money,and a lot of it,so yeah rm35 is worth every penny)

dont expect banyak gambar,meamng banyak tapi saya tak kuasa letak semua as maybe dah ramai yg gi aquaria pun..tsk tsk tsk






ntah kenapa saya rasa macam banyak coral yang mati dan tengah tunggu replacement.

macam kosong sikit bila takde coral semua tu.

coral bukan senang nak hidup di habitat buatan,pH suhu semua nak kena optimum baru coral boleh hidup

bela katak je lah senang...hahaha

lepas tu keluar kat aquaria,kami semua sangat lapar..dan berjumpa dgn ahcgu yan...terima kasih ahchu yan belanja kami makan burger king,sedap holiao bila orang belanja ni :)

and tima kasih juga untuk set rescue car untuk Ziyyad :)

oh yeah,tima kasih umicik dan uncle eff pasal bawa kami kesana :)

p/s:tentatif hari ni tak tau lagi,we'll see how..

25 October 2010

bukan malas tapi tulah memang malas pun

saya kalau balik kl memang malas nak berjumpa kawan-kawan

orang penang kata "segan"

like malas to bersiap malas nak keluar dengan keadaan jalan di kl macam nurakka malas nak bersesak cari parking malas nak menuju ke tempat perjumpaan

malas semualah

itupasal kalau balik kl,anda hanya boleh nampak saya di taman ehsan rumah mama saya,atau di sg.penchala rumah nenek saya atau di ikea saja

pasal saya malas nak ronda kl yang jalan nya macam nurakka sesaknya

so yeah,if friends wanna meet me up boleh jumpa di rumah,lagi best,saya boleh masak,kita boleh chill tak bising dengan hiruk pikuk kota yang sesak saya tak suka!

tapi...tapii...tapiii

oleh kerana saya malas nak kemana-mana,maka friend pun malas nak jumpa saya..

bahahaha!

fair and square :P


p/s: my best friend my soulmate balik penang semalam,ouh rinduuunya...next weekend balik penang naik car atuk ,pasal atuk nak ronda penang plak.En.anas i miss u already sobsob :'((

penerangan lanjut:saya balik kl pasal saya kan tak kerja so ambil kesempatan lepak kl sat,pasal raya haji tak balik pasal En.anas ada program qurban itu pasal la saya balik kl ni,saya punya pasal lah kan...hahahaha. dah korang yang kerja pi buat kerja,i nak lepak ikea makan meatball,hari isnin tak ramai orang,heavenly kan? monday blues? saya tak ada...heee :)

23 October 2010

normal ke?

semua orang malaysia berharap lepas keluar U mesti dapat kerja

well,no sir,not me..kesian kan?tak jugak

saya seringkali ditanya soalan ini

"tak kerja ke?"

sejak tak pergi kerja ni..

all i can say is

"saya kerja dari rumah,buat menjahit sikit"

so yeah,bukan kerja gomen atau kerja di syarikat swasta yang hebat..semua orang pun harap dapat kerja hebat,sape yang tak

tapi kerja di rumah lagi hebat, boleh tengok tv boleh masak boleh..macam-macam lah

yang penting takde rabbit gila nak kata aku mengangkang lagi...hahaha

lepas ni balik kl mesti ada tanya "aih,tak kerja ke?"

and im prepared with answer

"hari ni syarikat cuti,saya bagi cuti pekerja saya.."

hahahah...gelak guling-guling!



p/s:aku suka entry Normal ni..apa yang boleh saya katakan, hanya orang yang berani je boleh menjadi luar biasa, sebab normal tak akan bawa kita kemana-mana :)

oh ye nak pergi ikea nak beli lattern..lalalala.

22 October 2010

dila's drama

i was awake at 3 am semalam,i was so mad thirsty...bancuh air sarsi boleh tak?bukannya nak minum air masak ke apa kan?gigih!

lepas dah minum tu i look at my phone..alamak! habis bateri plak,so masuk bilik jahit and plug in my phone,dah buka semua sempat tengok email and twitter..bahaha..pukul 3 pagi sape yang nak twit lagi ntah...

tiba-tiba i heard something,macam bunyi besi of some sort

"krekk kek kreekkkk kek"

bunyi dia tak kuat sangat,tapi slow and steady je

first di kepala otak ialah somebody was trying to break into our home,so saya capai my largest gunting kain,and walk slowly to check it out (wohh drama i tell u)

dalam kepala dah fikir if betul ada orang masuk nak je rodok dengan gunting ni..so i checked all the windows,grills and pintu, i even tiptoed...gila apakah aku ini di pagi buta.

tiba-tiba guruh kau siap kilat,sumpah macam dalam cerita horror movie plak..i put back my scissor dalam bilik tempat tidak dicapai oleh Ziyyad,dan masuk tido balik..

lepas tu kat dalam toilet plak tiba-tiba buny air dari bidet terbuka...i was like.."alamak...hantu ke?"

dah la kilat sabung menyabung kat luar dengan dentuman guruh plak tu..

tapi masih duduk keras terpaku atas katil,makin lama air makin kuat...i braved myself dan cek toilet..

paip pecahhh! bunyi kreeek kek krekkk tu rupanya water pressure yang sangat kuat dan memecahkan paip...boleh?

bongok tak drama pukul 3 pagi saya?

so i asked husband to turn it off ,habis basah seluar husband saya..habis cerita.

sekian,terima kasih.

p/s: drama kan?kan?kan?

21 October 2010

hei remaja kau ingat kau dah dewasa?

dulu saya ingat masa remaja saya dah besar,mak ayah tak boleh kontrol,saya marah bila mama babah tak kasik saya main bowling bersama kawan-kawan lelaki yang lain

saya tak faham kenapa,jadi saya marah. pada hati saya,kawan je main bowling je,apa salahnya

dulu masa remaja saya tak mau faham semua tau,saya tau apa dalam kepala otak je..saya marah bila mama marah saya telefon lelaki,keluar rumah balik lambat dari rumah kawan..eiii tak bebas

itu tak boleh ini tak boleh

tapi bila saya dah kawen dan ada anak,saya faham apa itu erti RISAU.

Ziyyad pun baru 2 tahun nak masuk 3 bulan,tapi saya risau fikir masalah anak-anak remaja kampung ni

anak dara katanya pergi sekolah,alih-alih boyfren bawa keluar jenjalan,waktu orang lain pulang ke rumah habis sekolah,dia pun pura-pura balik rumah.

ada pulak katanya pergi sekolah,tau-tau pi meronda ntah kemana hala..lepas seminggu cikgu tepon mai habaq kata anak puan dah lama tak mai sekolah

yang dapat nama sapa?

"alaa anak si Gayah tu lah,mana lagi...mak pak baik,anak parpu merapu"

"anak Haji Sood tu lah anak mana lagi yang kena tahan merempit,nama pak saja haji,anak teruk lagutu jugak"

mak bapak jugak dapat pangkat...mak ayah mana nak anak dia jadi jahat,mai habaq? siang malam duk tadah tangan mintak doa.tapi awat la ketegaq hangit piang sangat ni?

susah rupanya jadi mak bapak ni..bila dah ada anak dan tanggungjawab dan amanah bagi..takut pun ada

korang yg remaja ni,kalau mak ayah marah tu ada sebab,kalau saja suka-suka mrah tu saya tak tau la apa sebabnya.

jangan kena marah sikit lari (saya pernah lari,masa tu dah keje di penang masih bujang,next week balik kl,bawa bunga kat mama pasal dosa anak derhaka kang mati masuk neraka sapa nak jawab?...balik-balik mama dan babah kata apa tau "mama dan babah dah lama maafkan kamu"...sumpah tak nak derhaka lagi..)

sayang mak ayah,jaga dan taat pada mereka selagi mereka masih ada bernyawa,jangan kang dah takde baru terhegeh-hegeh macam penagih nak mintak ampun.

p/s: kalau boleh aku undur masa dah lama dah aku undur,tapi itulah..pengalaman ajar aku untuk jadi aku pada hari ini.

p/p/s: jahat takdak aih,nakal saja.

18 October 2010

busy ke?

Saya busy blog terabai

Takpelah blog terabai pun bukan femes dan bukan menjanakan banyak iklan dan bukanpun saya nak cari follower. Bahahahah.

Dah pegi buat kerja menganga pa lagi?

P/s: to my gomen collegue buat kerja leklok.ingat duit rakyat yg digunakan tu.put it to good use.chio.

P/s:beg LV ada pelepasan cukai.wah boleh beli 5..NOT!! Pelancong kunun.depa balik negera memasing siap ada outlet designer store k.
Published with Blogger-droid v1.6.2

13 October 2010

bukan malas tapi memang malas pun

sejak tak bekerja disitu dan bekerja di sini,saya jarang update blog,mostly because im busy doing my own work,balas email customer (wahh eh mcm banyak je customer kau eh dila?) dan saya sibuk twitter

sapa yang add saya di Fb tapi saya tak approve sila folo je twitter saya,banyak merepek di twitter compared to Fb pasal di Fb banyak mak menakan dan pak menakan,jadi kena jaga tatasusila sikit.heee

about Ziyyad,sekarang ini suka merajuk..tinggi suara sikit menangis siap sebek-sebek bejurai ayaq mata.

tapi sweet as usual,setiap kali kita bagi dia makan or pasang tv atau buat2 apa pada Ziyyad dia akan kata "tima kasih,ma" dengan nada suara sing song yang sweet yang rasa geram-kenapalah-comel-sangat-anak-aku-ni hahhahaha

sudah tau sikit-sikit baca doa,antaranya doa tido

cara Ziyyad baca doa tido

"bis..ilah..hima..him, *mumblingmumbling* wa amut,aminn"


lama-lama fasih la tu InsyaAllah.

dia bergurau dengan saya pagi ni..

mama: Ziyyad sayang mama tak

Ziyyad : tak pun..

mama: tak sayang ke?

Ziyyad: takkk.....eh tipu ja...sayang sangat

tell me how not to geram pasal comel sangat mulut tu geram macam nak cubit-cubit.hahahah.

ok tu je nak update,saya nak gi menjahit ni,baibai

p/s: ingat nak balik kl la kalau kerja siap ni...hehehe

11 October 2010

Chomel





custom luggage tags,instead of address u can also print it like this :) , cheeky eh? nak order, boleh pi SINI.



belt for ur kids, asked by a customer,to make a belt just like Ziyyad's, tapi belt ni version lebih kemas compared to Ziyyad's. panjang dalam 21 inches,nak order for ur kids?email je saya di erni.fadzila.saharudin@gmail.com :)

harga RM10 a piece,promo price ends on 31st October 2010,place ur order now!




Nursing Poncho,a new product from Chomel,

boleh digayakan dengan pelbagai gaya mengikut keselesaan,lebar 44x44 inci.





fully coverd back to front :)

visit KedaiChomel for more infos about Nursing Poncho

p/s: im happy,keep the orders coming in ye :D

10 October 2010

langkah bermula,lebih kemas kalini

saya mohon cuti bulan ni (dan mungkin sampai hujung tahun kalau harapan samar dan kebarangkalian tak nampak langsung dah) di tempat kerja

dulu pernah juga dicutikan atas sebab duit takdak senang citelah.

tapi kali ini saya lebih bersedia, En.Anas mula menunjukkan yang dia bersedia yang isteri dia mungkin akan jadi WAHM. its hard work,tapi saya ada husband untuk guide saya all the way memandangkan dia memamng dalam bidang marketing.

selama hampir 2 tahun saya tak kira cost semua,dan semalam En.Suami dah ajar saya macam mana nak letak pricing,cost calculation yada-yada (bukan dulu masa U tak amek kursus asa keusahawanan,tapi saya meamng tidak good in numbers,sungguh su*k a*s kalau suruh buat kira-kira, 17 tolak 6 pun saya akan guna calculator,sumpah tak tipu)

dia nampaknya mendorong saya untuk ke arah ini,ke arah perniagaan.

tapi ada juga katanya

"sambil-sambil tu cari juga kerja tetap,mana nak tau kan"

so sekarang ni,saya tumpu menjahit,dan Alhamdulillah the day i said to my boss saya nak cuti this month

orders are pouring in like nobody business,baik order NC mahupun luggage tag..Alhamdulillah Ya Allah,pada mu ku serah dan percaya segalanya.

percayalah pada Allah,InsyaAllah,He will show u the way.



p/s: kerja di rumah susah nak fokus,dgn tv lah,dgn nak fikir kemas,masak,yadayada..fuhh cabaran.

07 October 2010

marketing

saya ada banyak benda dalam kepala otak.

nak buat marketing tapi muka saya tak berapa tebal.

saya harap saya berjaya lalui fasa ini.

ok,saya nak balik dan fikir proposal.

toodles :)

p/s: u guys take care k

05 October 2010

How to kinda link ur blog to twitter

yaknowwhatimmasayin?

bajet jay-Z..wahahah.

ok,so how to link ut recent post automaticaly to twitter for blogspot user..really simple,mula-mula bayar RM2 ke paypal saya,baru saya kasitau..hahaha.ok serius sikit cikgu dila.

ehemmmehemmmm *clears throat*

mula-mula ada mesti ada a/c twitter,dah ada?bagus,pergi follow saya sekarang,sesiapa boleh follow. bagi sesiapa yang saya tak approve Fb add friend saya,maka digalakkan follow twitter saja,Fb is too personal bagi saya,pasal banyak sedara mara sanak saudara,ada certain thing i keep it to myself too u know. :D

dah setup a/c twiiter,dan ada blog?bagus..so how to lure ur victim to read ur blog.

pergi ke Twitterfeed .

register,dan add ur blog link. dengan twitterfeed anda boleh link recent entry post anda ke twitter dan juga Fb (Sape ada fanpage,bagus juga..ada blogshop semua ke apa kan..)

use this link to find ur RSS Feed link

mudah saja kan?

so itu saja,kelas blogger 101 dari Cikgu Dila,semoga dengan adanya ilmu sikit ni dapat beri manfaat pada semua :)

sebarang pertanyaan lanjut boleh tanya di twitter saya untuk mendapatkan feedback cepat dan tuntas,InsyaAllah :)

Sekian.


p/s: macam mana ye gaya saya kalau betul2 jadi cikgu?hmmm

04 October 2010

tungku dan marlboro

hari tu hajat di hati nak mengurut dan bertungku,jadi saya berjumpa dengan satu tukang urut yang terkenal kat kampung ni

tok ni memang dia urut orang lepas bersalin,siap tungku semua,sejak lahirkan Ziyyad saya tak pernah bertungku,pasal saya bersalin operate.

jadinya tok ni cek lah saya punya perut,ditekan-tekan bawah perut..dan dia kata "ni angin banyak ni,berketui-ketui..kena tungku urut 3 hari baru elok...memang besa kalau orang operate jadi lagu ni"

dia kata lagi " kalau operate,perut memang susah nak turun,kalau tungku urut boleh la kot turun sikit,ni peranakan hang pun jatuh duk bawah bukan atas"

dan lagi dia berkata "anak tok pandai jaga badan,seminggu sekali mesti bertungku " (if my mom a spa owner also my badan is cantik and hot like stpehanie liah ok makcik..dalam hati ku berkata-kata)

dan berkata-kata lagi untuk sekian kalinya tok ni "kalau tak urut ni susah nak ada anak lagi.."

so saya pun so eager beaver to book a slot mengurut,and u know what she said

"hang tepon dulu,tok penuh dah minggu ni,isnin lagi satu hang try tepon"

is like,tok ku sayang,cant u just booked me next monday?dont u have a record book or something to write in my name..nak calling calling tanya bile free bila tak..leceh la...dah la nak kena urut 3 hari berderet,so how?

rasa eager dah turun 50% dah,benda leceh-leceh remeh yang tak sepatutnya membebankan minda ok.

dan duk sibuk tok bercerita pasai kena jaga peranakan semua,tok mencapai kotak rokok malrboro nya,dan menyalakan sebatang rokok...berkepui-kepui asap rokok..

habis sihat la serviks aku macam ni gayanya

p/s: agak-agak tok nak tau cerita pasal kancer serviks dari saya tak?ahahaha!orang muda duk diam-diam,jangan banyak bantah..angguk angguk geleng geleng,bantah dalam hati diam-diam sudeyh.hahahah

tentang Ziyyad

in effort to stop his pacifier

mama: no puting,nak tido baru boleh puting
Ziyyad: *diam beberapa minit* ma...ngantuk pulak.
mama: aa pandai la kamu,tadi baru tido,nak puting kata ngantuk pulak ye
Ziyyad: heeeeeeee

budak nalo banyak cakap

mama: jangan la buat perangai,Ziyyad ni..mama bagi cocopie ni janganlah sepah-sepah
Ziyyad: besa (biasa) ni...buat pangai!
mama:kamulah buat perangai,tahu pun.

budak bangun pukul 3 pagi nak ajak tido sama-sama

Ziyyad:mama,nak tido sama...
mama: *groggily awake,and put Ziyyad on my side*
Ziyyad: assalamualaikum...
mama: waalaikumussalamm.....
Ziyyad:gud nite
mama:gud nitee
Ziyyad:i vev u (iloveu)
mama:iloveyu...*bila lah nak tido nehhh*
Ziyyad: emmuah emmuah
mama:emmmuahhh dah tido tdo kul bape dah ni

Ziyyad on being smarty pants

mama:Ziyyad,jangan lah nakal..nanti mama tak beli aiskrim kat Ziyyad nanti
Ziyyad: tak mo aiskrim,batuk la ma
mama: -_-"

Ziyyad on seeing my owl ring

mama:cantik tak ?
Ziyyad:cantikkk sangat
mama:ni apa ni? *sambil tunjuk cincin*
Ziyyad: hantu burung
mama:bunyi dia macam mana?
Ziyyad: hiiihiiiihiiiii~

Ziyyad on menambat hati orang tua

mama:mama cantik tak? *boleh tak soalan macam ni,hahah*
Ziyyad: cantikkk
mama:Ziyyad?
Ziyyad: hensem! *wah,masuk bakul angkat sendiri*
mama: baba apa plak?
Ziyyad: baba....comel!

Ziyyad sekarang makin nakal dan makin beremosi,tak boleh dimarah,akan marah balik..takpun menangis sebek-sebek muka...

anak baru sorang dah naik pening nak handle,syabas la pada anak dah 2,3 atau lebih dari tu,taktau la korang handle macam mana.

adik Ziyyad?lain tahun InsyaAllah..

01 October 2010

Jangan ada alasan,boleh?

kenapa ada certain orang yang tak bertudung,bila tanya bila nak bertudung dia akan cakap ini

" buat apa pakai tudung,orang pakai tudung perangai lagi teruk"

atau

"alaaa.ada yang pakai tudung labuh pun main ngan boyfriend sampai mengandung"

atau

"aku tak nak hipokrit,pakai tudung nampak alim,tapi buat juga perkara haram"

atau

"pakai tudung?pleaseee,kampungnya"

atau

"macam mana nak masuk club pakai tudung?"

dan bermacam-macam alasan lain yang kadang-kadang dengar adalah kasihannya pada yang bercakap

jangan beri alasan kalau memang pada hakikatnya sendiri yang taknak. Sendiri hati kata tak nak. lepastu salahkan hidayah Allah dengan berkata "belum sampai seru lagi" , Allah dah seru dalam quran lama dah,kalau diri sendiri tak cari manakan nak jumpa?

semua bergantung pada diri sendiri,Allah bagi 2 option syurga atau neraka,please choose.

yang bertudung,nak buat maksiat,teruskan...janji Allah itu pasti

yang tak bertudung,tapi baik sopan santun tertib....juga janji Allah itu pasti

dan ingat,syurga neraka milik Allah,bergantung pada belas ihsan Allah sape yang layak sape tak layak.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

Ar-Rahman,ayat 13

kalau rasa satu nikmat pun yang tak boleh di tipu,semua Allah bagi,jadi sendiri ingat,sendiri fikir


:iklan tak dibayar:

for those yang mencari apps alquran untuk BB,Iphone,Symbian or Android smartphone,boleh lawat link dibawah,ada masa senggang kot boleh baca sebaris dua pun dah bagus,siap ada terjemahan certain apps tu,masa kena denggi hari tu,ini peneman saya (takut nak mati kene denggi,tupasal baca,cuba tak kene denggi,memang jadi lupa daratan..) baca alquran dan zikir boleh bersihkan hati kotor :)


Iphone ALQuran Apps

BB ALQuran Apps

Symbian Alquran Apps (Nokia Smartphones)

Android AlQuran Apps



p/s: untuk ingatan diri saya sendiri,kadang-kadang lalai dan kadan-kadang lupa bersyukur.