Search This Blog

27 February 2009

*yo ho ho*

saya bukan pirate mahu private blog

saya cuma tutup kejap,bagi ini otak saya segar kembali

yo ho hoo!


udpated:


ni Ziyyad,saya ingat Ziyyad masih tak boleh duduk atas ni lagi...rupenye dah boleh

saya underestimate dia..Ziyyad,mama sorry...mama bukan apa,takut kamu terhantuk je

tapi tulah,letak je atas ni,abes dia geget palang putih tu..kotor la Ziyyad!




ini pula gambar bakal tokey restoran...

kakak tu bawa Ziyyad kat cashier,nasib la saya belum ajar Ziyyad tekan cash machine tu

kalau tak lama dah suruh Ziyyad tekan kasik rege murah-murah lagi...hahaha

kakak-kakak kat kedai kek ni semua nak pegang Ziyyad..

Eh hellooo! sekali pegang 5% discount ok makan sini..

and no,lambat lagi Ziyyad nak kawen...ape,korang ingat korang Rita Rudaini ke?




p/s::memang sengalistik saya tahu...lalalal

p/p/s: nenek Ziyyad nak mai penang petang ni,InsyaAllah...

24 February 2009

*crafter*

saya bukanlah crafster sangat

cuma bolehlah menjahit secara sambilan

menjahit merupakan salah satu hobi saya selain melukis,mewarna(??), dan mengumpul setem

ada banyak orang lagi di luar sana lebih kreatif,dan mereka sesungguhnye sangat rajin

siapa-siapa yang pernah buat quilting atau patchwork,saya salute anda...

saya pernah buat quilting dulu masa di Tingkatan 3 (KH kena buat kotak musik,pastu kena jahit tutup dia)

oleh kerana tersangatlah cantiknye quilting saya (perasan!) kotak itu telah diambil cikgu sekolah tanpa membayar wang upah saya!

hampeh! main ambik je,nak cakaplah..

menjahit perlu ada kesabaran,saya pelik...kerana saya orang yang kurang sabar,dan sering di label 'garang'

ramai craftters malaysia saya jumpa (well,saya blog walking and jumpa blog mereka)

dibanding saya dengan mereka ini,mereka adalah lebih hebat!

saya setakat jahit lurus je, mereka buat quilting,embroidery,patchwork,smoking dresses,ribbon sewing dan pelbagai lagi yang hebat2

nanti akan letak link crafster Malaysia di blog saya :)



p/s:: mesin jahit Jenome itu sangat hebat! dan mahal juge...jadi tidak mampu,i stick to my trusty Brother sewing machine,yang suka 'melompat' kalau jahit laju sangat...hahaha

p/p/s:: Runway Project guna jenama brother apa...ok la tu! (gaya kakak dato siti)

berapa banyak p/s daa:: Dulu suka tengok rancangan Carol Duvall :p

*orked la*

E is for Erni tralalala

A is for Anas traa la la la

Z is for Ziyyad...

bunga-bunga cinta...

acik bukan apa, sebenarnya nak tunjuk kat korang bunga yang acik jahit ni...comel tak? (angguk je la,kesian kan kat dia)

this is Ziyyad's pacifier holder..

sebenarnye dah dua dah beli pacifier holder ni

satu hilang

satu lagi babah Ziyyad dah patahkan

jadi saya tensen,saya jahit sendiri

jadi bunga-bunga kat atas tu tujuan dia sebagai hiasan nanti untuk pacifier holder

nantikan keluarannya minggu hadapan di KedaiChomel :)


p/s:: ada ke orang nak beli pacifier holder,parent macam takut2 nak bagi anak pacifier,Ziyyad nak tido kena ada pacifier,kerana mulut dia sejak lahir macam nak suckle something,dulu saya ingat dia lapar,saya menetek kan dia,tapi alih2 tido...bila saya tarik dari menyusu tu,terbangun plak..tu yang beli pacifier tu :)

p/p/s:: alkisah tersebut la kisahhhhh........toyyibbbbbb

23 February 2009

::song tag::

saya dah lama tak download lagu...jadi banyak nye dalam lappie ni,lagu lama-lama...dah tak hip la orang kata

saya dengar semua jenis lagu ikut mood (lagu britney pun layan..nightwish pun layan kan aje...)


RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing. (u don't have to if u choose not to ;))
6. Tag whoever tagged you so they know what you got!

DON'T CHEAT!

OPENING CREDITS:
Doesnt Really matter- Janet Jackson

WAKING UP:
Di Pintu Syurga - KRU (buat lagi tido boleh?)

FIRST DAY AT SCHOOL:
Ghazal untuk Rabbiah - Jamal Abdillah

PUPPY LOVE:
trouble - shampoo...hahahah

FIGHT SONG:
bowling for soup - Girl all the bad guy want

BREAKING UP:
Dua Insan - Siti Nuhaliza feat M Nasir (wahhhh!!)

PROM:
Leave Get Out -Jojo

LIFE IS GOOD:
Kenny G - forever in love

DRIVING:
Solla Alaikallah (Insap...wooo...bawa kereta kena tenang...i no cheat ok)

FLASHBACK:
i like girl - Coolio (i no gay ok)

TRUE LOVE:
There you'll be -faith hill (wahhhh...romantic nyesss)

WEDDING:
Gotta tell you - Samantha Mumba ( you need me rightttt...)

MOMENT OF TRIUMPH:
Dont know why -Norah Jones feat Micheal Buble (apakahhhh!)

DEATH SCENE:
Stand - Jewel (hmmmm?)

FUNERAL SONG:
I am what I am - Dido (wahh...seswaii la tu..acik jadik hantu bawak korang semua..)

END CREDITS:
Pudar - Rossa

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Untuk terakhir kali - marsya Af tu lah

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Pendita Penipu - Elly Mazlein (haruslah kata aku penipu cehh!)

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Kasihnya Balqis - Aisyah (hehehe...bagus..)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
If i were a boy - Beyonce ( hari ni saya upset sikit...tapi bukan pasal rumahtangga,pasal lain)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Im Glad - Jeniffer Lopez (im glad i found En.Suami...hehehe)

WHAT'S YOUR MOTTO?
In your Eyes - Kylie Minogue (boleh tahan..)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Come fly with me - Michael buble (saya orang yang easy breazyy)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Can i walk with you - India Arie

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Kerna Dia - Yasin (En.Suami i think of you very often... :) )

WHAT IS 2 + 2?
Cinta Kristal - M. Nasir

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Went you went away - M2M (gila lama lagu ni...)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
In the end - linkin park (hahahah!)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Ku berserah - Amylea Af (berserah je la ek...hahaha)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Rock with you - Alicia Keys

WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Cubana cubana - maksim (woahh...syok oo menari lagu ni..)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Terima Kasih Cinta - Afgan (sedih wooo woooo)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Wannabe - spice girls (ehh apalak hobby jadi wannabes ni)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Gelora Asmara - Siti Nurhaliza

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Alasanmu - Exist

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Cha Cha D'amour - Dean Martin (mari bercha cha semua...)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Getaran Jiwa - P Ramlee

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Perhaps,perhaps,perhaps - Doris Day

there you go Kak yan,ur tag sudah saya jawab...

p/s:: sekarang banyak dengar radio jerlah...dah jarang download haram hahaha.

p/p/s:: i would love to read uncle effs punya jawapan untuk tag ni,masalahnye dia tak jawab tag...ceh!

*ya habibi*

untuk tatapan bakal mentua Ziyyad...hahaha,dan juga tatapan Auntie Tim :) (ntah bila ntah tim kita nak jumpe...haihhhh)

::Ziyyad in hands me down baju melayu...im not cheapskate..im frugalicious...hahahahmpehhh!::


saya tak tahulah,tang mana

tapi kalau jalan-jalan,orang pasti akan tegur Ziyyad

"cute la dia,macam Arab"

saya belek anak sendiri.mana Arabnya Ziyyad

di matanya kah? di hidungnya kah?

tapi kalau ikutkan sebelah saya,dipercayai babah saya ada keturunan Arab..

jadi mungkin genetik yang dorman dalam badan saya,dipindahan ke Ziyyad masa mengandung..

nampaknye alel Arab ada dalam badan saya,cuma ianya resesif

(syabas erni, anda dapat A untuk kod kursus B1505 Biologi Asas)

kadang-kadang bila dalam lif crowded with people and also us (dgn stroller bagai..) orang secara tak langsung akan tengok Ziyyad..

macam bahan amusement sebelum sampai ke floor masing-masing

people will start cooing and playing with Ziyyad

kadang-kadang Ziyyad ketawa,kadang-kadang Ziyyad akan buat evil stare (Ziyyad, no! only mama boleh buat evil stare...ini akibat masa mengandung kan Ziyyad selalu buat evil stare kat orang,akhirnya terkenan anak sendiri...wooo wooo)

tapi saya ada sedikit bangga juga.. (weii tipulah tak bangga ada orang kata anak kita cute..kan..kan..kann)

Alhamdulillah...syukur (insap jap...)

Mama long pernah kata pada saya dulu,kalau saya tak melahirkan anak yang comel dan cute dia tak mau main dengan anak saya..

apakahhh!

tapi saya rasa,semua orang suka baby,dan semua baby adalah comel!



p/s::dulu saya tak boleh tahan dengan suara baby nangis sambil jerit-jerit

20 February 2009

*i got time*

Photobucket

::hasil kerja yang tak sberapanya..ni edit guna photobucket..::


in 2 hours i manage to sew 3 nursing cover

penat..ada la sikit

siang kerja..la ni duk ulang-alik USM (nampaknye tade sape nak belanja saya...woohooo sedih la)

buat keje lab letih menuggu,bukan apa

balik rumah,basuh pinggan ke kemas sikit ke..

malam nak jaga Ziyyad pulak

nak bagi susu, main-main denga dia (saya tak mahu kerja saya melampaui Ziyyad,saya sayang dia)

lepas tu saya mula menjahit

saya beruntung

kerana saya mempunyai En.Suami

kerana most of the time,dia yang tolong tengok Ziyyad,siram pokok,cuci baju,kemas rumah dan memasak juge...

memang suami yang bagus,baik dan prihatin (kadang-kadang suka menyakat juge)

terima kasih sayang ku :)



p/s::i got time,i got time




CHECK OUT KEDAICHOMEL FOR MORE NURSING COVER

19 February 2009

*Yu Es Em*

dah dekat seminggu bertapa kat USM (fakulti kaji hayat,buat TEM..sape2 yang duk usm nak belanja saya makan...ayuhh!!...hahaha...minggu depan saya pegi lagi...penat laa)

seronok tengok student-student ni

rasa macam nak jadi student balik pun ada

kalaulah masa boleh diputar kembali,saya ingin menjadi student yang :

1) tak mempunyai ramai kawan,lone ranger supaya saya study selalu,tak huhahuha sangat.student baik la kiranya (note to Fifah :ye aku gagal jadi baik...hahah...sama-sama mereng ada la..tapi rindu la korang semua)

2)belajar lebih tekun,dan tak plagiat lab report Soo Chin (tak plagiat 100%,tukar ayat sikit je...lalal...Soo Chin kasik ape...lepas tu kena belanja KFC..hahah)

3) selalu bertanya dalam kelas..kerana bertanya itu bagus..biar sampai lecturer kenal kita

4) tak berfikir "pasal ape aku takdak boifren lagi,aku cantik bukan tak cantik" bwahahaha..ialah,kawan-kawan semua ada boifren,saya je tade boifren..gatal meow-meow tu ada,tapi takat tu ajelah...hahaha (dengki pabila melihat kawan turun cafe ditemani boipren...i makan sorang-sorang u...sedeyyy la!)

5)lebih bijak dalam menangani masalah diri :)


::gambar di canselori..ini suku of the class,soochin amoi yang duk tengah-tengah..saya?with the peace sign..hahaha..fifah tade dalam pic plak.. :)::


tapi masalahnye..masa tak boleh diputar belitkan...lantas,jadilah saya pada hari ini

duk parpu lagi sampai la

hahaha

p/s:: takmau la jadi student balik..seronok dengan apa yang dah ada sekarang ini...En.Suami dan Ziyyad :)




NEW NURSING COVER,CHECK OUT KEDAICHOMEL FOR MORE INFO

*hooter hiders*

*STICKY MOOD,NEW ENTRY SILA SCROLL KE BAWAH :) *

hooter hider atau lebih di kenali dengan nama nursing cover

ma makna nusing cover?

nursing cover digunakan oleh para ibu yang ingin breasfeed anak mereka di khalayak umum

tapi kerana tidak mahu menayang boobies di khalayak ramai, nursing cover digunakan untuk lebih sopan dan discreet

kerana keprihatinan saya terhadap ibu BF malaysia sekalian

saya telah membuat nursing cover yang cantik untuk anda BF mothers

nursing cover saya mempunyai ring adjusment,supaya para ibu bf boleh mengubahsuai kepanjangan strap pada leher

dan nursing cover saya lebar

79 cm lebar dan 61 cm panjang,panjang strap pada leher ialah 76 cm


nursing cover saya juga mempunyai Peek-a-Boo window supaya ibu-ibu boleh mengintai anak semasa anak sedang sibuk BF

kain yang saya gunakan ialah daripada light cotton,ringan dan breathable

dan yang penting, nursing cover saya boleh di machine wash

dan ia juga datang dengan warna yang menarik dan cantik

saya membuka tempahan nursing cover,dan menawarkan warna kain yang menarik

untuk maklumat lanjut lawati KedaiChomel saya

atau click Contact Me diatas sana :) , atau link di bar kanan blog ini

saya menjual nursing cover ini pada harga RM 25 (excluding postage)

apa tunggu lagi..mari tempah nursing cover anda hari ini

p/s:: Ia juga sesuai untuk di buat hadiah untuk diberi pada bakal-bakal ibu,mesti seronok para ibu pula yang dapat hadiah kan?

18 February 2009

*pregnancy*

saya tak pregnant lagi,cuma perut buncit jadi nampak macam pregnant..hahah

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

tak plan ape pun,memang menikah je terus nak dapat baby,first time preggie gugur,2nd time,Alhamdulillah..

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

boleh tak En.Suami nak letak nama anak Lebai Man?..kalau korang nak jadi emak lah kan apa le agaknye korang rasa

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

Alhamdulilah,happy sangat..sebulan lepas gugur,bulan berikutnye mengandung semula..rezeki kami.. doktor tak advise sebenarnye cepat sangat..tapi pasal saya dah gatal meow-meow nak anak juge..wahahha

4. HOW OLD WERE YOU?

masa tu mengandung umur 25

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

period tak mai..pehtu tergedik2 beli pregnancy test,pehtu confirm ngan doktor...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

En.Suami yang dapat tahu dulu...ate nye dia yg belikan pregnancy test kit tu kan

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

yup. senang nak prepare apa patut...

8. DUE DATE?

27.7.08

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

jangan cerita la..tapi first trimester je,lepas tu ok

10. WHAT DID YOU CRAVE?

boleh tak makcik suka makan petai..tak pernah seumur hidup makan petai,time pregnant mengidam makan petai...nasib Ziyyad keluar wangi je,tak bau petai..hahaha

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

3rd trimester irritated dengan semua benda boleh tak?

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

Boy

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

tade lah..tak kisah pun..

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

berpound-pound,hahahah

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

teringin nak ada,macam best je

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

memang banyak complication la,dengan kurang darah la,Ziyyad nak keluar awal la,kena duk spital banyak kali,sakit tongking la..tak payah cerita la..

dah tu plak boleh deliver terlajak hari dari due date

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Pearl Maternity Hospital,pasal dekat dengan rumah,dan doktor perempuan...sape duk penang ni mesti kenal Dr.Rosita..

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

sejam macam tu,makcik tade blood show semua..tak pernah rasa pun..InsyaAllah kalau mengandung lagi makcik nak beranak normal..makcik nak tahu macam mana rasa sakit semua tu..koman-koman acik korang ni ada gak pengalaman kan?

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

En.Suami

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

Dr la watch..hahah

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

c-sect la...dah Ziyyad nak lemas dalam perut ni hah..ape lah Ziyyad..rilekkk aa

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

harus nyahhh...kena la amek..orang nak c-sect tak amek drug gila ke hapenye,,separauh body je pun.the whole process acik sedar,siap tengok jam,bersembang dengan anesthetis (betul ke acik eja ni) lagi..

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

3.25 kilos

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

28.7.08,pukul 7.30 malam.orang sibuk maghrib,Ziyyad sibuk nangis. acik tengok jam korang..hahah

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Izzul Ziyyad bin Anas Iswari

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

nak masuk 7 bulan dah pakcik kecik tu...malam semalam dari kul 1 am sampai 2.30 am tak mo tido..adoyaiii Ziyyad..kot ye nak belajar menonggeng pun,kat rumah mama kiah la esok pagi..hahaha

28. WOULD YOU DO IT AGAIN?

InsyaAllah,ada rezeki nak lagi..walalupun sakit segala,kuar masuk spital banyak kali...memang saya nak mengandung lagi

kalau tak kerana c-sect ni,tahun ni jugak mengandung lagi seorang...wahhh!cita-cita makkk!



sekarang mak-mak budak sekali,marilah menjawab tag

1) tiara
2)kak elyn
3)mama emily
4)yana mama ammar
5) mama qaisara
7) dong sancahi mama khayla (awat tak update blog..sibuk ek)
8)azza
9)jiji

p/s::ada tag lagi satu tak jawab lagi

17 February 2009

*malas*

hali ini saye kena peligi itu yu es em sana

saye sangat malas

buat kelija sikit

saye ada itu gambar aaa sama kak luna,tilak upload lagi

no mood today maa

hali-hali kelija,hali-hali kelija

p/s:: hidup pun susah..mati pun susah


p/p/s::pakcik dan makcik-makcik Ziyyad,sila jangan berkira sangat untuk Ziyyad...belilah barang baby yang banyak untuk anak sedara korang yang cute lagi kacak ni..bwahahaha

16 February 2009

*genius*

oleh kerana saya mahu anak menjadi genius

(ye seperti dalam TV,ada budak umur 6 tahun sudah pandai main piano)

saya belikan dia buku yang berharga RM16.90 ,di bahagian bargain corner...

(cheapskate,i know)

ini kerana mengaharap Mama Long,Achu FIqah,Micik atau Uncle Effs atau Auntie Tim tolong beli buku yang best (dan mahal) untuk Ziyyad

(Ziyyad minta ye,bukan saya..lalalala)

tapi nampaknye buku itu 'sedap' dibaca sampai digigit menjadi teether oleh Ziyyad

bagus Ziyyad,genius..

2 in 1, makan dan baca...tak rugi mama belikan kamu buku

saya juga sudah lama tak membeli buku untuk diri sendiri..kerana duit sering habis untuk Ziyyad



p/s::semalam kak luna datang rumah..bercerita pasal 28 tolak 28 sama dengan kosong..budak darjah 3 pun tahu...lalala

p/p/s:: apa yang 28 ye?hehehe

berapa banyak ps daa:: saya tak di hire lagi kerana kelembapan ekonomi,sedih?tak sedih pasal saya masih lagi mempunyai pekerjaan.. :)

13 February 2009

*not popular*

sila bace disini

macam sarkas dah menengoknye dari jauh

ada trapeze, ada badut, ada acrobat,ada freak show,ada puppets

ye...dumbo juge ada

hahaha

sebijik macam sarkas

kita namakan dia

the Royal Perak Circus

wahahahahahahaha

p/s::the clowns,dulu kat Perlis derhaka,la kat Perak..eh,korang 'dua' sama aje..hehehahaha

p/p/s::kita tengok plak macam mana pilihanraya kecik bukit gantang nanti..kat kuala terengganu,si anu tu pongpangpongpang nak menang,tapi sipolan tu plak yang menang kan...

12 February 2009

*ala el dila*

kenapa bila beli majalah Rasa,mesti ada nama resepi yang melampau panjang seperti

'kuih lapis zaman berzaman' (padahal kuih lapis biasa aje pun)

'mee rebus d klasika beauty' (ni nama mee ke produk kecantikan)

oleh kerana itu,recipe saya pada hari ini di beri nama

Fettucine Alfredo ala el dila (wah sungguh perancis + mexican gitu)

sebelum saya bagitahu pasal recipe rahsia ni..kita kena tahu jenis pasta ye acik-acik sekalian

ok acik-acik klik jenis-jenis pasta

(senang keje mengajar gini...terima kasih wikipedia dan google)



untuk memasak Fettucine Alfredo ala el dila (serve 2)

bahan-bahan

- satu paket fettucine pasta (jenama apa pun ok,asalkan fettucine,acik amek separuh je...satu paket byk sangat)

- minyak cap buruh atau olive oil atau low fat butter (saya ada minyak cap buruh aje di rumah...hahaha)

- freshly ground black pepper (saya belnder lada hitam serawak pemberian kakak saya)

-cheddar cheese 2 keping (guna parmesan lagi sedap,tapi parmesan cheese mahal la acik oi)

-tepung gandum sesudu

-susu segar low fat atau full cream 200ml(secawan..acik pakai full cream la kann..hahaha)

-button mushroom yang di hiris(lagi banyak lagi sedap)

- kalau acik-acik nak tambah chiken or seafood dipersilakan...hari tu rumah acik ada mushroom aje...


cara memasak

- mula-mula acik-acik kena masak fettucine,kalau tak masak,keras kejung...acane nak makan,acik tak tahulah...cara masak refer pada lebel kat bungkusan (ada yang masak in 6 minutes time ada yang 11 minutes...)

-jgn lupa buh garam sesuka hati acik-acik sekalian (acik buh minyak sikit sesudu macam tu)

-dah masak,toskan dan letak tepi (cara acik nak tahu masak ke tak,amek satu strand fettucine tu,pastu try makan...agak-agak rasa lembut dan tak bertepung..tu tanda dah masak la tu)


untuk buat kuah alfredo ala el dila pula

- panaskan kuali/periuk...

-letak la butter sikit..(acik guna minyak cap buruh,pasal butter habis..the word here is IMPROVISE ye...sama je fungsi dia...dua-dua lemak tepu..)

-kacau susu dan tepung dalam mangkuk dulu,agak-agak tak berketul dah tepung tu,baru tuang dalam kuali..

-kacau perlahan..jgn sampai mendidih...biar simmer je (api kecil aje ye)

-letak cheese..kacau lagi...sampai pekat

-nak kurang pekat buh air ikut suka hati acik-acik sekalian

-buh mushroom atau bahan lain yang acik-acik suka

-buh garam ikut lidah masing-masing

-masukkan fettucine...dan gaul sebati

-last sekali baru masuk black pepper yang dah dikisar


dah siap boleh makan! tak habis buat bekal jadi sarapan ke opis esoknye

mood normal semula

saya memang suka makan pasta..

makaroni sup,baked makaroni,macaroni and cheese,spaghetti daging,spagehtti sup tomat ayam,spaghetti carbonara,fettucine alfredo...

yummy...

pasal tu saya ada effort nak belajar dan buat sendiri...senang kan?



p/s::saya dah kata,blog makcik-makcik ni memang tempat bertukar resepi...hehehe

11 February 2009

*kalau dah vain*

vain

hari ini saya bersarapan Fettucine Alfredo (or is it Alfredo Fettucine?)

ah tak kisah la...sama aje pun

i have perfected my Alfredo...yay untuk saya


::tak main la instant alfredo dalam tin ok...ini buat from scratch..cuma ni dinner semalam,tak habis...jadi saya buat bekal pagi tadi....lalalala..::

mat perancis kata...kalau makan pasta kena minum dengan wine.. (Fettucine Alfredo biasa pair up dengan Pinot Noir...blah la mat perancis...aku nak makan pasta dengan teh ais...)

harus ke minum wine?haram ok

mengikut kamus makan saya, punya suka la nak minum dengan apa..


::jadi saya makan fettucine saya dengan teh o strawberry...makan fetucine pun buat breakfast kan...mana lah perut tak buncit kan?kan?kan?...oh ye ni meja kerje saya...sentiasa kemas...hahaha...seriyes ni...sentiasa kemas::

saya kalau minum teh o boleh satu liter...betul tak tipu,pasal tu saya guna tumbler bukan mug.

oleh kerana hari ini hari vain saya

saya nak menunjuk barang opis saya


::ni namanya 2 hold punch...kat opis suka naa hilang benda penebuk ni..apa korang makan ke::

jadi saya bawak sendiri punya puncher, kasik nama atas dia...hahaha..

(puncher dari zaman universiti dulu...gila lama simpan..)


::ni stationaries saya...semua pen,gunting,gam,pemadam,liquid semua saya buh nama saya...ape korang ingat ni hak kerajaan ke...no way jose...ni hak persendirian,beli guna duit sendiri bukan peruntukan MOSTI ye..::

oklah...itu saja episod vain saya hari ini


p/s::pandai pinjam pandai pulangkan balik ok kawan-kawan :)

*there is a time when*

when suddenly you dont have anything in mind to blog about?

adakah anda semua (pemblogger tegar.....kalau Pn.Tiara saya tahu dia memang pemblogger tegar dan memang dia mengaku pun...heheheh) selalu berfikir apa hendak di taip di blog pada hari ini untuk entry hari esok?

tak kisah la kisah makan roti arab ke (saya teringin nak makan roti arab cicah daging cincang) , kisah anak terjatuh katil ke , kisah beli henbeg (saya sengaja eja handbag gini ) ke ,kisah gaduh dengan boifren,kisah si polan yang buat anda bengang di opis ke..

tak kisah la kisah apa pun asalkan korang ada kisah yang hendak di kongsi bersama -sama dengan pembaca yang kisahkan blog anda

tapi semalam saya serupa tidak kisah lagi dengan blog ini..

malas nak amek kisah tentang dunia blog kadang-kadang

kerana bila baca blog orang lain,saya selalu jadi macam ni

"untung betul la dia ni...semua nak semua dapat...gila jeles ok" (Award blogger gila telah diberi kepada saya oleh kak Elyn,terima kasih mama wafiq..)

"uiii makkk...kayanye dia"

"gila comel anak dia ni...takpe...Ziyyad lagi comel...lalala"

"ek elehh cam hape-hape jer...cerita pasal gaduh ngan boifren pun kecoh jek...ceh" (ehh halo makcik...hang citer pasal anak je, tak kecoh ke?)

sampai satu tahap saya merenung diri sendiri dan bertanya

"kenapa lah aku tak cantik macam angelina Jolie..."

hahaha...takde maknenye.

saya muhasabah diri sendiri balik..

dan saya dah ok

kerana saya tahu Allah maha adil

sape yang berusaha dia akan dapat,rezeki masing-masing bukan?




p/s:: tak quit la,cuma kadang-kadang diri ini sedikit sengal bila tiba bulan itu

p/p/s::terima kasih keran sudi baca anasfadilah.blogpot..

berapa banyak ps daa:: Hi Fifah!Hi Nasriah! Hi anda yang sedang membace :)

10 February 2009

*when day seems so grey*


i have these two people i love the most

to make my day less grey..

the day is still grey...

but im ok



p/s::saya bercadang nak quit blogging....cadangan diterima anybody?



p/p/s::hello orang Agilent :) dulu saya berangan nak keje Agilent

*fussy baby*

Ziyyad tengah fussy+grumpy+cranky+moody for the past 2 days..

gara-gara gigi baru nak tumbuh lagi...

kesian tengok Ziyyad...tidur tak berapa nak lena..dahla dengan bunyi mercun pong pang pong pang sampai late night...tensenn wooo

kami dah bagi teether sejuk (buh teether dalam peti ais), nampak lega sikit Ziyyad...tapi setelah teether kemabli ke suhu bilik...

Ziyyad meragam balik

sampaikan En.Suami terpaksa mengorbankan jarinya untuk digigit Ziyyad

(make sure jari bersih ye mak-mak dan bapak-bapak di luar sana...jari bersih rendam sat dalam air ais..pastu gosok gusi anak pelan-pelan...)

kesian Ziyyad..

(mak orang pun kalau gigi atau gusi sakit...maunaik pelempang kalau orang duk bising-bisng kan...ini pulak baby..kesian dia)

kami dah try bagi kain untuk Ziyyad gigit (towel bersih)..tapi tak best..tak lawan jari babah dia...hahaha

(jari mama dia pun ok gak...tapi sakit ok kenan gigit dengan pakcik kecik..ggigi macam mata gergaji)

maybe nak beli bonjela nanti..


p/s::korang ada petua how to soothe baby gum dak?saya pun ada gak mengoogle ni...tapi naktau gak cara korang soothe baby sore gum...thanks ye :)

06 February 2009

*500 more*

ini post yang ke lima ratus

sudah banyak yang saya repek kan di sini

dari bujang,bertunang sampai dah ada anak

hari ni saya cerita pasal Ziyyad lagi (Uncle Effs, i couldnt help it...pimping Ziyyad best la...hahaha..)


::cukup payah amek gambar gigi tau..::


nampak tak 2 batang gigi comel?

sape tak nampak, 3 lagi jumaat la tu...hahaha

acah je..

akhirnya berjaya mencapture Ziyyad toothbuds..gambar blur sikit pasal,sebelah struggling pegang kamera,sebelah tangan lagi struggling nak buka mulut Ziyyad

Pakcik kecik start ada gigi masa dia 4 bulan..sekarang gigi dah suku cm kot,kalau Ziyyad menggigit,agak sakit jugaklah

gigi baru lah katakan,dia try test gigit jari mama dia

teether Ziyyad terdiri daripada

1.teether air fisher price

2.teether tolljoy

3.anthena bugsy lamaze dia

4.kaki inchworm lamaze

5.seberang objek yang boleh dicapai oleh Ziyyad termasuk bib, bumbo seat, duvet mama dia, kain blanket dia...

6. teether paling best ialah jari mama dia sendiri..

saya ingat nak soping buku la kat Ziyyad cuti ni...soft book ke apa-apa la asal buku...nak ikut jejak langkah abang Ammar ..


p/s::saya pun dah lama tak baca novel...tapi saya baca mostly chic lit saje...hahaha..

05 February 2009

*pengsan 2 saat*

Sis Emila drop a comment in my comment box..

pengsannn*

sape nak RSS dolly boleh tempah kat dia...so cute tau tak

anddddd

dia juga buat header...a custom made header for u...best tak?best tak?

Sis Emila saya cadangkan Sis Emila buat la template berbayar plak..

sure ramai nak beli...

yang ada birds,ada hearts...ada kucing pun kiut

most of the makcik here (korang makcik-makcik...mengaku ajelah...hahaha)

sangat suka template girly-girly ni

tapi nak dapatkan terhad,kalau ada pun,paid in USD

(Sis Emila pun ada guna paypal,dan juga BANKTRANSFER...phewiTtttt...saya soka!)

saya tade credit card dan tiada paypal pun...hhahaha

miskin...

saya tahu...hahaha



p/s:: free template pun ok juge Sis...eheheh...lalala

*fish are fren not food*


hello saya Ziyyad..

ini first time mama bagi saya makan..

mama kata ini beras perang

tapi dalam gambar ni,baba yang suapkan saya

mula tu rasa pelik-pelik

tapi macam sedap pula

selama ni saya tengok aje mama and babah makan...banyak betul mereka makan (ehh..Ziyyad janganlah pecah rahsia mama makan banyak plak...ceh..)

mama kata nanti mama nak blend bubur and carrot kalau saya dah start makan banyak

mama kata,nenek dulu suka buat bubur+carrot kadang-kadang ada ayam

macam mama je yang nak makan...(Ziyyad...kamu ni tak pandai simpan rahsia la..)

saya tak sabar untuk makan lagi

padanlah orang dewasa suka makan :)

kawan-kawan,mama korang bagi korang makan apa ek?share la ngan kita,supaya mama kita pun boleh rasa resepi mama korang plak

terma kasih ye :)

yang benar
Ziyyad

mama p/s:

saya ingat nak beli Ziyyad feeding set ni...ada kat ikea..ada warna hitam plak lagi!wahh!sangat suka...why?pasal bip tu plastik,jadi senang nak wipe off sebarang comot yang Ziyyad,kalau bip kain keje asik nak mencuci jer kan....Umicik sponsor la satu,bukan mahal pun...kaler apa pun tak kisah...tapi jgn pink la,pasal Ziyyad yang nak guna...mamalong pun boleh gak belikan...lalalala hehehehe

04 February 2009

*BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag*

saya tak tahu kenapa saya menyertai BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag

sudah banyak pertandingan saya masuk,saya tak pernah menang pun..

entah la...

akhirnya menjahit beg diaper sendiri,walaupun tak sehebat Gin & Jacqie,kira ok la beg diaper saya tu...hahaha




ini lah diaper beg saya yang tak seberapanye...saya jahit sendiri pasal dengki dengan Gin and Jacqie

pasal saya can never get enough of diaper beg saya jahit lagi satu





banyak dah koleksi jahit sendiri oleh yours truly

tapi pasal babyibu buat contest ni

dan hadiah dia diaper bag

saya pun try la lagi

sahih tak menang la kan...entry merapu gini

tapi saya sangat suka dengan bag diaper luna baby bag...




kalernye vibrant dan funky...tak macam beg diaper jahitan saya..

pastu ada plak changing mat...wah!sungguh bergaya la beg baby ni

(siap ada laptop sleeve lagituuu...harus beli laptop 13 inch supaya boleh buat dalam laptop sleeve tu,lappie sekarang 14 inch...hahahlalal..alasan baru untuk mendapatkan lappie baru ...hahaha)

harus la pemilik bangga (proud owner) kalau saya dapat beg ni

tak kisah la dia pink,dan Ziyyad adalah baby boy..

pasal saya yang nak bawak bag baby ni...hehehe...lalala

boleh la tambah lagi koleksi beg diaper saya...lalala

tapi bilalah nak menang kan...

hmmm

tengok sajalah lah labuuuu

*sarkas*

tak tahu kenapa,sama ada mereka ni ignorant tahap dewa atau memang super ignorantes..hahaha

boleh tak...

ada seorang lelaki (saya assume dia bapa) tengah menunggang moto

sebelah tangan pegang handle motor,sebelah tangan pegang baby

apakahh?

kamu ingat ni sarkas ke?

kamu ingat anak kamu prop sarkas ke?

kamu ingat kamu badut la,kelakar sangat bawa anak kamu macam tu?

sengal ek kamu ni

jalan kampung?

takde maknenye..jalan tu dah sibuk,dengan van kilang,dengan kereta ualng alik lalu shortcut bawah jambatan tu

tak pakai helmet satu hal..

sengalistik betul la kamu ni

susah aje mak baby tu mengandungkan 9 bulan,terboyot-boyot bawak kehulur kehilir

kaki bengkak,sakit belakang,muntah semua

nak bersalin satu hal

gila sengal ok mamat aka ayah baby tu

alsan kamu apa?

"dah biasa macam ni,tak jadi ape pun.."

a'ah la mangkuk...belum jadi lagi,esok-esok dah jadi baru la termonyeh-monyeh nak betulkan kesilapan...anak dah cedera parah ke,koma ke,mati ke..baru la

"maafkan bapakkk!anakkuuu!"

sory la mat, lu punya salah apesal anak jadi mangsa


p/s::erniemo..alasan? "hormon.."

03 February 2009

*mellow*

setiap malam tanpa gagal, Ziyyad pasti membuat saya tersenyum

tak kira sama ada saya tengah penat

atau sakit menahan sengugut (sejak ada IUD di situ,cramp perut sangat hazab,ditambah dengan kesan ceaser tahun lepas...ponstan dah tak larat telan...redha saja..)

senyum dia,nangis dia,golek-golek dia,nakal dia,merepek dia..

macam-macam yang pakcik kecik ni buat..

melihat Ziyyad tidur terbongkang boleh membuatkan saya tersenyum sendiri

"pe'el sape lah ni tiduk terbongkang ni..."

bisik saya dalam diam malam

"comel sungguh kamu,geram mama nak geget.."

setiap pagi tanpa jemu,sebelum menghantar Ziyyad ke rumah mama kiah,tatkala Ziyyad baru hendak membuka matanya,saya selalu berkata

"Assalamualaikum sayang mama,selamat pagi *sambil cubit pipi anak sendiri semahunya* "

sungguh...saya rasa nak gigit pakcik kecik ni..

walaupun saya tak dapat mengelilingi dunia,merantau melihat tempat orang (Cik Nafa hang pi Iran,tak bawak tikaq terbang kat aku ka?..hahaha)

saya tak kisah

pasal Ziyyad lah dunia saya sekarang


p/s:: cepat je dah Februari ek..

p/s/s::see Ziyyad's rambut serabai in Nizam papa Indah blog...hahaha...rambut sebelum di tarah,saya yang serabaikan rambut dia hahahaha!

*tweaking*

Hellow Yellow!

saya tukar template...tak habis tweaking lagi the xml template

jangan risau..saya tak private blog...

nak private blog baik buat diari stail simpan bawah bantal dan diari ada kunci serta lock...hahaha

saja gatal try template ni..

tak taulah bila nak ada kemahiran macam Gisele atau Emila

blog depa sangat girly and cute and birds and everything

blog template saya ni pun cari onlone,then saya tweak here and there,to suit my own satisfaction

sebenarnye takdelah suka sangat dengan 3 column template,tapi takpe..

saya cuba dulu

kalau bosan,tukar lagi

lalalala

p/s::kepada blogger yang suka baca blog makcik ni,rasa nak link...link saje,saya automatik link balik blog anda dalam blog ni... :)

02 February 2009

::saya menyibuk ke?::

semalam kami ke Giant....berjalan-jalan untuk membeli barang dapur

ada seorang makcik cina menahan stroller kami sambil berkata

"wah...banyak bulat mata baby"

seorang gadis jurujual india pula berkata

"comel ini budak...macam anak orang putih"

dan menyambung ayat akhir dengan

"kakak mengandung kaa?"

naseb kamu puji anak aku dulu baru kata aku mengandung...nak marah pun tak jadi

nasib la badan oii...tunggu la ada duit baru nak beli bengkung moden tu

sibuk berjalan mencari susu dan sebagainya

saya terjumpa pasangan dengan stroller juga

sebagai seorang makcik kepochi,saya intai dalam stroller tu

Alangkah terkejutnya saya melihat baby itu (mungkin muda dari Ziyyad),sedang menyusu dan botol susu di ampu oleh bantal

kalau tersedak,harus la kesihan kepada baby itu

jadi sebagai masyarakat prihatin dan lebih kurang kepochi,saya tegur ibu baby tersebut,secara sopan la harus

"kakak,Asssalamualaikum...kakak bahaya buat baby macam ni,takut tersedak boleh ma emm meninggal" (bunyi macam salegirl jual bengkung aje hah)

kakak itu

"ehh...dia dah biasa macam ni...tade ape pun jadi"

saya

"oh dah biasa...tapi akak hati-hati saje la k"

selepas tu blah,pegi cashier bayar..

selepas itu,saya rasa lega

tapi tak juga

saya rasa macam menyibuk plak..

itu baby dia,dia punya suka la nak buat macam mana...kalau jadi apa-apa pun punya pasal dia lah

ntahla...saya tak sampai hati tengok baby macam tu...kalau mati,baru nak menyesal...baik tak yah kan..

entah...kata mereka

"orang dulu-dulu buat gitu ok saje...tak de apa pun jadi"

saya bertanya pada suami,sama ada betul ke perbuatan saya tu menegur perempuan tu

En.Suami seperti biasa

"kita nak jadi masayaraket prihatin,bukan main cakap belakang saje...berpesan-pesan lah kamu walaupun satu ayat saje kan?..."

saya rasa lega sikit,saya harap baby tu ok.

tapi lepas tu rasa macam makcik kepochi plak...haih

p/s::harap tak bertembung lagi dengan mereka,haruslah dia kata "nilah makcik busybody tu"
wahhhh!tak sanggup!

p/p/s::cakap belakang semua orang boleh,pegilah tegur depan-depan kalau gentleman

::soljer::

ada budak tu kan,dia kan...dah botak!

rambut dia lebat,rimas makcik tengok...jadi kitaorang botak head kan Ziyyad...hehehe


::ni belum tarah lagi,tengah duk prepare pakcik kecik ni...nasib tak nangis masa mesin tu atas kepala::



hari sabtu lepas, pakcik kecik melawat aweks baru...nama dia Indah...hehehe...so small,so cute,sooo adorable :)

rupanye Mikyal itu nama betul ye,bukan nama psudo,atau nama timangan atau nama glemer

::mama Indah takmo masuk gambar sekali,pasal dalam pantang muka tak glemer katanya...hehehe :)..u look fine honey...::



Mikyal and Nazri,thanks for having us there...Nizam,nanti lepas pantang bawak mai Mikyal and Indah ronda penang naa..jalan-jalan pi umah kami pulak.. :)

Cik Tim,sebenarnye,anda tidak layak masuk bertanding meneka harga strawberry tu,tapi takpelah...kasik chan

and Uncle Effs pesan jgn pimp Ziyyad sangat,nanti cik tim geremmm

dan gambar last ni untuk tatapan Cik Tim


::Ziyyad trying to pick his own strawberry::



p/s ::

Mommy Adam:: Snow cap Ziyyad saya jahit sendiri,topi atas ni pun jahit sendiri...

Hafiy::lelaki menangis tu namanya sensitif,aweks suka sensitive guy... :)

Dils::tak sempat rasa the scones la...masa kat strawberry farm pun ada scones and tea,pun tak sempat rasa...InsyaAllah ZIyyad dah boleh jalan,ingat nak pi lagi...lalala

Ciktim and kak arin::Ziyyad first solid food beras perang,tapi ingat nak buat bubur sendiri la kot nanti...

Nazri papa Indah::muka asben saya tak tahulah apesal familliar sangat...dan dimmu bogir tu saya panggil lagu syaitan...hahaha...tapi Anette from nightwish suaranye best..