Hari tu pergi kompleks bukit jambul,cari jubah la konon utk Ziyyad,been meaning to carikan dia jubah ala morroco,tapi takde yang berkenan.Most of em kadang-kadang poorly made..Harga dalam RM70 mcm tu. Tapi takde saiz Ziyyad,siap akak kedai tu kata "kenapa tak cari awal-awal...sekarang ni tinggal ni jelah" saya malas cakap bayank aku senyum,dan kata terima kasih. Dan terus pi kamdar kat tingkat atas.
Oleh kerana saya ada asa menjahit,dan tengok patern jubah ni macam tak susah (sila tekankan ayat "macam") . i decided to brave myself to venture menjahit baju. Never in my sewing career (career katanya...) menjahit baju. Agak daunting juga sebeanryna,lagi-lagi part leher tu.Seram sejuk...brrrrr
Did some googling pasal macam mana nak buat lubang leher yg ok,so i found this ukuran leher , on how to take the neck measurement. antara link-link that help me a lot ialah (semoga Allah balas kenaikan korang yg sudi share ilmu,dengan 1001 lagi kebaikan..amenn)
1. baju kurung tutorial <----meh beli mei tai carrier di sini juga :)
2.cara buat leher v (v neck shirt) <--- byk ajar pasal mcm mana nak jahit baju. :)
i did learn,once..kat sabah cara jahit baju kurung..tapi dan takat ambil ukuran saja,as makcik tu nak pindah semenanjung dah...kalau tak skearang ni saya pakai baju kurung jahit sendiri je...XD
jadi saya ambil ukuran Ziyyad,budak ni kan budak reti duduk diam,ambil ukuran siap nak berjoget kenapa..sia cakap "ma,bila nak habis ni?ambil ukuran lama sangat ni"...~_~" . Did made a pattern on paper,as i am not as good as kak neeza yg boleh freestyle je..wuwuwu..terer ok. Saya tak,jadi potong pola la nampaknya,pasal tamau membazir kain.
ada satu baju jubah morroco dia masa dia a year older and jubah husband pun ada dari situ saya teliti pattern dia..Saya ada buat sikit detailing pada poket,leher dan lengan baju ni...macam jahit lurus-lurus sebaris tu,bagila nampak macam decorate sikit..kononla...heee
dalam 2 jam macam tu siap,dari awal potong pola,potong kain,gedebak gedebik..siap :) , Achievement unlocked!!
sangat happy with result,Alhamdulillah.Ziyyad pun suka, ambil gambar bukan main peace bagai..dah mcm muallaf pun ada dah nengok kan
raya ni tema kami warna biru, baju melayu En.Anas electric blue,saya pakai jubah warna biru BN,Ziyyad warna biru pertengahan antara saya dan babah dia..haa boleh.
Jubah Ziyyad ni warna dark blue,kain dia tak panas yang penting,pasal Ziyyad ni cepat berpeluh orangnya. masa saya cakap kat husband saya nak jahit sendiri jubah Ziyyad,dia kata "sayan gboleh ke jahit baji,nanti tak jadi macam mana?".. saya cakap padanya "InsyaAllahjadi,tengok pattern senang je" agak tercabar dgn kata-kata dia sebenarnya.hahahaha
tapi tulah,tanpa cabaran kita tak akan menolak diri sendiri untuk maju kehadapan...eh kau ni mcm suh join emelem je kekdahnya.. tapi betul,tak kira apa pun yg kita buat,always motivate diri sendiri untuk berjaya,walau terkadang lelah,letih hampir putus asa,bangunlah jangan mengalah.aaa gittew cik kiah. XD
p/s:can't wait to beraya in KL this year,will be in KL for a week InsyaAllah,thank you Allah for giving me a sensible husband :) . Dan tidak,saya tak ambil tempahan.heeeee~~~~
p/p/s:i see a lo of blue and green mint for tema raya tis year,ada kaler lain tak sesiapa?kang kata boria kampung melayu plak kang...hahahah XD
1 comment:
yeay..aku kat kl raya 2-5..bolehla dtg raya rumah kau....wieeeeee
Post a Comment