Search This Blog

06 September 2010

cerita sedekah sape lagi banyak

ini cerita lawak bodo bulan ramadha,ok,tak lawak pun tapi macam "apa hal kau ni?"

ceritanya begini

kumpulam pemuda parti politik A,telah memberi sumbangan hari raya pada fakir miskin dan orang kurang upaya,sumbangan berbentuk wang dan juga makanan (beras,minyak etc)

nak dijadikan cerita Group A ni beri sumbangan hari raya kat depan rumah salah seorang ahli Group B (another parti politik lah)..Ahli group B ni macam tak puas hati je beli Group A datang memberikan bantuan kat jiran depan rumah dia,

kebetulan,ahli Group B ni ada kedai runcit sendiri,jadinya pada suatu hari yang telah disuratkan, salah seorang ahli group A datang beli barang di kedainya.

oleh kerana hati sakit awat tak tau ahli group B dia pun start cerita pung pang kat seorang customer yang tak tahu menahu jadi mangsa keadaan,saja kuatkan suara supaya ahli group A ni dengar tentang kehebatan parti politiknya "KAMI HARI TU BAGI BANTUAN KAT SIPOLAN SIPOLAN,KAT blablabla yada yada " (aku malas nak taip,tapi tulah saja nak bagitau group A depa lagi hebat dalam bab menderma sedekah amal jariah)

tapi ahli group A ni macam cool je lah,dalam hatinya berkata "hang buat siye kat aku takpa,tak mau aku pergi kedai hang lagi"

kan ke rugi ahli group Bni bila kurang seorang customernya? nak politik tapi tak pandai nak politik ngan customer,jagalah hati customer,hal politik malaysia ni ko benci dengan yg pakai serban kopiah pun ko diam-diam sudah,asalkan customer mana-mana parti politik datang kedai kau,ni tak..kan dah rugi namanya..

baguslah kalau pembangkang ke kerajaan ke bagi sumbangan kat orang malaysia yang fakir,anak yatim,ibu tunggal dan kurang upaya..bagus,sama-sama berlumba membantu bangsa Malaysia sendiri sebelum bantu orang negara lain.

buat baik pun kau jaki sangat apahal ntah,kalau hati busuk tu busuk juga,bulam ramadhan orang kasik cuci hati,hati kau lagi berdaki kenapa?

semoga Allah memelihara amalan kita dan semoga sedekah yang diberi itu ikhlas dari hati yang suci bukan takat nak menunjuk kat berita,lihatlah donia kami lah parti politik prihatin..

Selamat Menyambut Hari Raya,maaf di pinta andai ada tersilap bahasa terkasar budi bicara.

p/s: group A ialah ________, Group B ialah _________. sendiri isi.hahahah

6 comments:

::Kak Sambal:: said...

hehehe...mcam2 perangai...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin

kak lyna said...

hahahaha

mungkin nak memotivasikan sesama sendiri :P

Kak Lia said...

selamat hari raya maaf zahir batin....mai la selatan... :)

Anonymous said...

wakakkaka.. nak fill in da blanks boley dilot???
hehe.. betui la. kat tb tu suma news sebelah kat depa.. last2 aku malas nengok berita tiga suku... bek aku layan anak aku tengok oasis ada indahnye iman... hakhakhak....

Anonymous said...

dilot.. aku lupa pword blog aku... tu pasai aku x tinggal nama blog... kalu hang nak tau sapa aku.. aku penah menang donut dan kek sebagai hadiah kemenangan dr hang... hehe

Anasfadilah said...

anon=babyelle?