Search This Blog

04 November 2009

*where do i go from here*

dah lama saya berfikir ini terlalu lama

saya sudah menjahit lebih setahun

mulanya sekadar hobi,kemudian bertukar kepada pernigaan kecil kerana hajat dihati ingin menolong suami semasa kegawatan ekonomi awal tahun ini

tapi saya mula berfikir

adakah saya hanya sekadar di sini dan tidak akan mengorak langkah yang lebih besar?

saya ingin sekali melihat ChomelNC di butik-butik baby seperti mothercare atau paling kurang pun moms care

mulanya kedai saya hanyalah di blogspot,setelah beberapa lama barulah saya upgrade kepada cubecart

oleh kerana wang menjadi batasan,saya belajar sendiri mengolah CSS dan memahami coding-coding didalamnya yang selama ni begitu asing buat saya

wang..satu perkataan besar buat saya

wang menjadi isu saban kali saya hendak memulakan sesuatu didalam perniagaan ini

modal saya hanyalah wang gaji setiap bulan (saya hanyalah seorang RA kontrak bergaji rendah,kurang RM1500)

saya ingin sekali mendaftarkan syarikat saya di SSM seperti okinokiyo , menjual hasil tangan saya di kedai sama sepertinya

tapi masalah saya ialah wang modal

untuk membuat bank account dengan nama syarikat memerlukan duit yang banyak

untuk mendaftarkan nama syarikat juga memerlukan duit

untuk packaging produk juga memerlukan duit (saya baru terfikir ini sebentar tadi)

ada sesetengah benda duit buat saya tak jadi masalah

seperti cubecart misalnya

saya tiada duit untuk mengupah orang membuatkannya untuk saya

tapi saya ada masa,saya ada saudara mara dan kawan-kawan menolong saya (saya juga ada google)

saya pasti ada cara lain

saya yakin.

p/s::one step at a time

p/s::entry luahan hati saja..sekadar berkongsi..mungkin korang ada tips atau pun,share la sama :)







Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

13 comments:

Eliss said...

saya pun ingin ada bisnes macam dilla..x per kayuh pelan2..lama2 mesti laju dan sampai kemana tempat yang nak dituju..

Mrs.R @ Emi said...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)

Insya Allah, kalo emily dpt adik lg bape tahun ntah..i leh beli nursing cover u kat mom's care :)

Kak Lia said...

akak pun tingin gak nk buat cam dila...tp akak lagi tk pandai sume2 tu...akak tau...terima tempahan..jait...serah..dpt duit...:P...syukur la...rezeki

Emma said...

kayuh pelan2....

biz akak lg tunggang langgang...

-mama emma®-

Jiji said...

Dilod, kita buang suma benda yang menjadikan duit sebagai penghalang.. ubah otak fikiran semua..

Memang susah..
(dan aku pon tak pernah berjaya pon..)

Bila semua toksik -ve dalam pikiran kita buang dalam tong sampah ijau, semua benda nanti nampak mudah.

Ada je nanti laluannya.

Walopon aku tak beli ChomelNC (pasal aku tak bleh benda tergantung kat leher.. penggeli amat)

Insyallah, aku bantu yang mana boleh. Cuma aku mintak sago gula melaka ececeh nak gak letak harga, ayat mcm ikhlas! MUAHAHA@!~ bila aku mai sana@!~

Elyn Sani said...

slow2 dilla i'allah ade rezeki tu!!

Mai Okinokiyo said...

I will share with you how yeah..ye, pelan2 kayuh..dulu biz kahwin i lagi la 3 thn baru la org perasan, dah tu rugi plak tu :p

kalau nak speed info tpi mcm ada lagging2 sket, u YM je i okinokiyo

Unknown said...

daftar Ent murah je tak silap. setahun < 50. tak silap ah. heheeh

Dayah @ Real Ummu said...

Dilla..insyaAlah , one u u'll make it. duit, buleh dicari..en Anas kan ade :)

A.H.A.D said...

slow n steady..janji maintain..insyaallah berjaya

Nur said...

Erni, daftar enterprise dengan SSM cuma RM60. Sdn Bhd susah skit.
Yati pun sama juga. Nak buat apa-apa pun, kena pakai duit. Tapi Erni kerja, walau pun kurang RM1500, kerja juga kan. Yati langsung tak kerja, suri rumah. Yati nak buat sesuatu, Yati roll duit untung hasil jual produk. Itu pun kalau ada, most of the time, tak leh rolling sebab kena cover duit dapur, minyak, tolong husband. Ye, buat satu-satu dulu. Jangan tengok orang. Tengok diri sendiri, mampu tak. Insya-Allah, boleh! Tuhan dah janji, kerja keras, hasilnya akan ada. Yati pun dah tahun kedua bisnes dari rumah. Alhamdulillah. Good luck ye. :)

tulip said...

for starting daftar SSM atas nama perniagaan (ROB). rasanya tak perlu account byk duit dlm tu. cek web www.ssm-einfo.my

arin said...

Agreed with Yati.
At least you have income untuk tambah2 sket mana perlu untuk modalkan business NC tuh..
Jangan biarkan duit jadi penghalang..insya allah rezeki dila anak beranak ada..