Search This Blog

17 January 2008

::idol::

Kenapa?

kalau sudah tahu suara anda itu tidak la sedap mana,KENAPA seksa org lain mendengarnya?

jawapan::pasal dia memang tak tahu suara dia tak sedap,bila Simon Cowell bagitau secara sinis,mengamuk la si perasan yang perasaan memiliki suara hebat...ceh!

semalam menonton di 711,sudah la suara nya sumbang,pakaian ala2 Jaba the Hut dari Star wars!!. Ada yang berpakaian ala Princess Leia,rupa yg sgt dorkie,bila tak terpilih,mengata peserta wanita yg terpilih mempunyai gaya rambut yg sama tak seperti dia,kerana ada rambut macam Princess Leia...cehh!! sendiri nyanyi macam lembu mahu beranak,macam mana Simon nak kata yes..huduh betul perangai.Ada pula yang memakai kostum angel,siap bersiap,tapi suara...macam banshee saje..nasib telinga ada dua saja kalau empat,berdarah semua...hahaha. (saya sokong simon cowell.walaupun kritikannya pedas,tapi dia betul!)

apa kurangnya dgn Malaysia Idol...banyak yg tak dapat menerima ketiadabakatan pada diri sendiri..seorang lelaki menyanyi lagu ala2 gaya Jacyln Victor...memalukan!! anda hanya layak masuk pertandingan LawaKing saja.Salah audition rupenye.Bila di kata suara tidak sesedap mana..mula lah marah2,kutuk2,maki2 para juri...sendiri pun tidak sedar bakat memang tenggelam bukan terpendam.

satu credit saja untuk mereka yg sendiri tiada kesedaran bahawa bakat mereka menag tenggelam...iaitu...ANDA BERANI! (walaupun lepas itu diketawakan orang,muka anda memang tebal,syabas kerana keberanian anda itu...)

apa2 pun bagi anda yang tak berjaya itu,terima kasih kerana menghiburkan saya dgn gaya nyanyian anda yang kelakar dan mencuit hati...lawaking pun tak kelakar macam anda...hahaha

p/s::saya tak berani,dan saya suara pun memang tak sedap

No comments: