ramai orang berkata pada saya tentang Ziyyad
"eh dah pandai cakap ye dia"
"anak saya dah 2 tahun tapi cakap apa pun tak pandai lagi"
apa yang boleh saya kata pada mereka ialah
"takpe,perkembangan budak-budak ni berbeza,ada pandai cakap dulu,lambat jalan,"
dan sebagainya
berbalik pada tajuk (ecewahh ayat)
tahnik atau lebih dikenali dengan belah mulut oleh kebanyakan kita adalah perkara sunat yg dilakukan selepas bayi lahir
kami mentahnikkan Ziyyad selepas 7 hari dia lahir kedunia dan mengadakan juga akikah.
apa yang saya ketahui,tahnik ini adalah melalukan benda manis yang belum di masak seperti tamar/kurma,jika tiada benda lain boleh lah menggunakan madu. (dan selepas itu diberi sedikit air zam-zam)
benda manis ni akan merangsang mulut bayi yang baru lahir,menguatkan otot mulutnya untuk menyusu nanti (no wonder la ZIyyad sucking susu punya kuat,sakit lo my breast, tapi baguslah kuat supaya dapat susu ibu yg berkhasiat,Ziyyad did menyusu 2 bulan pertama,dan lepas tu tak payah tanya,malas nak cerita,boleh?)
saya berpendapat,bahawa Ziyyad cepat bercakap kerana otot mulutnya telah dirangsang awal
setiap yang Rasullah s.a.w buat tu mesti ada hikmahnya,
jadi bagi ibu bapa yang bakal melahirkan anak, ambil sunnah ini pasti ada kelebihannya. dapat pahala lagi.
untuk mengetahui lebih lanjut perihal tahnik,boleh google :)
saya "suap" satu link,sila baca Sunah Tahnil
p/s:saya ingat belah mulut tu dulu,adalah memebelah mulut dengan pisau ke apa ke,saya sangat takut,tapi rupanya "belah" guna tamar. Buat ikut sunnah dapat pahala,buat ikut adat dapat membazir aje.
DSLR strap slipcover!RM15 only!
7 comments:
ya betul...kdg2 pelik ngn kefanatikan org2 melayu ngn adat....smpi ada yg tk leh terima teguran kita...adat disanjung terlalu tinggi..tp ibadat...? sori la dilla...akak teremosi di sini..heheh......saje nk meluahkan perasaan...huuu
belah mulut.. kat kelantan pun panggil cam tuh....
normally, anak lahir jer... my BIL dgn wife dia siap bawak semua benda.. so kira day 1 tuh dah kena balah dah mulut...
p/s: antara benda yang best kalau jadi menantu bongsu.. :)
hmm.. my mom pon ada letak kurma ngan zam zam.. tapi tak igt hari ke berapa.. and takde acara apa2 pon.. tetiba je dia teringat nak buat. hahaha!
ermm belah mulut.. biasa dengar.. tp 'tahnik'?? tak penah..
pada yan persekitaran pn mempengaruhi budak tu utk belajar cakap dgn cepat dan tak pelat.. contoh cam Qistina.. sebab dia bile siang ari tgl dgn MIL.. n kat umah tu ade 10 orang yg rajin melayan dia bercakap.. so mcm2 perkataan dia belajar. tu pendapat yan la...
semua anak2 akak ditahnikkan sebaik selepas selesai penyusuan pertama (lps kuar labour room dan naik ke wad)..sbb dlm beg persediaan baby, mmg dh taruk kurma dan air zam2 siap2..
tapi perkembangan percakapan mmg berbeza setiap seorang..yang sulung, seawal 1 1/2 tahun dh lancar bercakap..yg no.2, lepas umo 2 tahun baru paham butir patah perkataan..yang no. 3, sama gak ikut jejak abangnya yg no. 2..la nih yang bonsu (7bulan) rajin meratib (ataaa...ataaa...)...
hihihi...
so, bg akaklah, mmg perkembangan budak berbeza..sdgkn yang lahir dari perut yg sama pun berbeza perkembangannya, apatah lagi yg lahir dr perut lain2..
sara plak dlm labour room hsband dh belah dulu mulut dia..ngan air zam-zam ngan madu(kurma takde lak..huhu)..
tapi tu la..until now sara takley properly becakap lagi..
nice entry.
masa hadzim lahir dulu, mak i terus suakan dgn madu. n hadzim terus terer menyusu!
Post a Comment