Search This Blog

01 March 2010

*have faith have faith have faith and so i said*

terima kasih kepada teman-teman blogger yg tidak pernah putus mendoakan kejayaan saya selepas saya dicutikan dari bekerja

ramai yang menyuruh saya untuk percaya pada takdir Allah,ada rezeki yang lebih baik menanti saya,InsyaAllah

tapi adakah anda tahu,bahawasanya syaitan itu selalu menjolok hati lemah saya

dengan menanam rasa takut dan berfikir bukan-bukan

"macam mana nanti bulan depan,gaji dah takde"
"macam mana nanti nak bayar bills itu ini"
"macam mana itu"
"macam mana ini"

saya akui ,ianya susah

setiap malam,semasa menidurkan Ziyyad,saya berdoa setamak-tamaknya

supaya dilimpahkan dan dimurahkan rezeki,supaya saya punya kerja yg tetap

hari tu bersembang dengan bos

bos tanya tak dapat kerja mana-mana ke?

saya kata ada,tapi saya tolak

faktor masa memainkan peranan penting

tempat itu jauh,di seberang jambatan,nunnnn di bukit minyak

pukul berapa nak bangun?pukul berapa nak balik?pukul berapa nak main dengan Ziyyad?

berbaloikah gaji RM2500-3000 semata-mata, dan tiada masa untuk Ziyyad

berbaloikah?

bagi saya,ia tidak berbaloi

biarlah bos kata saya rugi dari segi seniority

dari segi gaji uwang berjuta (ehh,taklah sampai berjuta)

yang penting saya punya masa yang beribu lemon untuk dihabiskan pada suami dan ziyyad
seeing him grow is priceless

Allah punya jalan untuk saya,dan saya akan berusaha sehabis baik

saya melepaskan apa yang saya rasa patut bagi saya

dan korang pun buat apa patut pada hidup masing-masing

dan ini jalan hidup saya

p/s:;apa yg patut itu,hanya kita dan Allah saja yg tahu.




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

10 comments:

arin said...

insya allah.rezeki anas, dilot n ziyyad ada..

Emma said...

mcm hubby akak, otak jammed la nie sbb keje inhouse designer.. idea pun merapu je...akak suruh dia keje agensi, tp dia kata nnt xde masa nak main dgn anak2...

once dah kawen, org yg workaholic pun leh btukar...

-mama emma®-

3740Journal said...

saya doakan dimurahkan rezeki dan diberikan yang terbaik utk dila sekeluarga...

yatie said...

i was in same boat.. sanggup lepaskan seniority and gaji tinggi semata-mata nak jadi ibu and isteri yang baik... kalau kerja i only have 3 jam nak main-main ngan anak.. now whole day dengan anak... except time dorang pi sekolah.... worth actually.

and alhamdulillah rezeki sentiasa ada...no worry...

Queenin Murni said...

wa.. ntah angin apa bertiup kat muka ni, tetiba sayu pulak baca..

kalau dah mak tu, mak jugak kan.. pagi2 tinggal dia kat nursery pon sebak, blom dpt imagine days kalau tak dgr gelak rengek depa.

all the best. Try la fokus on ur biz, Got potential. and.. jgn silap bg no acc yer, nanti duit dpt kat org lain. hehhe!

Elyn Sani said...

i'allah rezeki ada dimana2.....

Unknown said...

insya'Allah ada, esp rezeki budak bijak n baik spt ziyyad

mummy_adam said...

InsyaAllah.. semoga dila sentisa dimurahkan rezeki :)

Anonymous said...

steve on singles [url=http://loveepicentre.com/]phone dating in houston texas[/url] adult on line personals ootawacanada http://loveepicentre.com/ gay dating online

ummuilham said...

salam kak..
betul cakap akak tu, sy ni pun ad masalah pasal nak cari kerja.
bila dah dapat jauh la pulak, ada yg kena buat shift.
kita ni dah ada anak rasa rugi plak bila tk dpt tgk ank kita membesar depan mata.
sy pun tgh pening dan klw boleh setiap saat tak lekang mulut, hati ni berdoa...
mudah2 mudahan ALLAH swt tu permudahkan semuanya. :)