Ziyyad sekarang kalau mengamuk,lempaq-lempaq barang
takde barang nak lempaq,dia baring atas lantai atau jalan atau tanah atau rumput ,dalam erti kata lain..ikut dan saja
hari tu mengamuk baring atas lantai lift yang sangat gross
kalau time sweet,memang sangat sweet
akan peluk kita,walau pun tak minta..lari-lari datang pada saya,dan terus peluk
akan kemas semula barang mainan masuk dalam bakul,masuk dalam drawer..susun elok-elok..lepas habis susun siap kata
"ma..dah simpan" and smiling ear to ear
akan lap tangan sendiri pada towel lepas basuh tangan,siap kata kalau tangan kotor
"ma..suh angan " (mama,basuh tangan) while showing his dirty sticky hand.
akan nak pakai bedak pada muka sendiri tiap kali nak keluar rumah..
sudah tahu menyambung lebih dari 2 patah perkataan untuk membentuk ayat
"ma..bum shini" (ma...baring sini) katanya masa ketakutan di kacau jin toncet
"ma..nak baca book kakak shushu" (kakak shushu adalah salah satu cerita pasal seorang perempuan penjual susu)
"ba..nak nek moto beshaq" (ba..nak naik motor besar) ,semalam babanya naikkan Ziyyad kat motor jaguh sape ntah,syok pulak Ziyyad :)
hari tu mengajak Ziyyad untuk solat
mama: Ziyyad jom solat
Ziyyad : olat? jom...jom
jadi saya hamparkan sejadah kecil
Ziyyad :ajid kecik! (masjid kecil, ziyyad kata sejadah itu masjid)
lantas terus mengangkat takbir
Ziyyad: Awahhh aba! (Allahuakbar!)
konsenrate dalam 10 second kemudian lari bermain dnegan traktor nya..agagaga
Ziyyad juga sedang berusaha untuk menyebut Bismillahirramnirahim , bunyi Ziyyad lebih kurang macam ini
Ziyyad : bis la awa him
ini kerana tiap pagi kerumah kak maria,nak drive saya akan baca bismillah secara kuat,dan mengajak Ziyyad ikut sama
dan ada juga CD yusuf islam pemberian mamalong Ziyyad.. :)
dalam CD tu ada lagu bulan-bulan islam,sampai bulan ramadhan je ZIyyad start nyanyi
Ziyyad : Madan! Madan! (sambil senyum gelak sorang sorang dalam carseat)
hari tu ada bersembang dengan baba Ziyyad tentang masa depannya
saya:kita masukkkan ZIyyad sekolah tahfiz mau tak?
en.suami: tak perlu
saya:la kenapa?bukan ke elok
en.suami:sekolah tahfiz menjurus pada satu bidang aje,kita hantar dia sekolah biasa pun ok
saya : ?????
en.suami:biar dia jadi jurutera,jurutera yang islam,dr? dr yang islam...kita perlu lebih banyak profesional islam untuk membantu balik orang Islam sendiri...biar dia ada kepakaran untuk membantu orang Islam... asal kan pekerjaan Ziyyad dapat membantu orang Islam itu kan lebih baik
saya : oooooooooooooo ok ok paham
pemikirang suami adalah lebih global dari saya,yang hanya pentingkan Ziyyad dan bukan orang islam lain...emmm,sekarang sudah paham. bangga plak dapat husband yang berfikiran global ni :P
Ziyyad,mama tahu kamu hanya pinjaman dari Allah,tapi selagi boleh mama akan sayang dan jaga dan didik kamu sebaik-baiknya,InsyaAllah.
p/s:: membaca ceirta ibu yang tak senasib,membuat hati lebih ingat pada-Nya.
5 comments:
syahdu part pinjaman dari Allah, thx kerana mengingatkan dilla...
Anis lagi lawak ko, semayang tang sujud dia tak reti tp sungguh sunguh nak sujud, tertiarap je jadinya.. dia kalo sujud jenis yang downward dog punya posisi. tak reti lipat kaki.
lepas tu baca doa, takreti mulut terkumat kamit je.. eksyen je lebih.
dilla,part merajuk sama ngan yenyen,mesti baring-baring kat mana dia suka,lempar brg...aduh hai.
comelnya nephew aku ni
suryati:baca blog mombloggers yang lain,anak mereka tak hidup lama,membuat saya terfikir..kalau Allah nak balik hak pinjaman dia bila-bila aje..sedih betul hari jumaat ni..emm
jiji::mulut kumat kamit..hahahah!gila kiut!
mmomyYen:mungkin phase mereka kut,tunjuk perasaan!heheheh
abg effi: kiut dan nalo at the same time..teehehehe
Post a Comment