Search This Blog

29 June 2010

*how a dead man change my life*

dulu ada orang mati di opis saya,seorang pakcik India yana bekerja sebagai tukang sapu

touching his lifeless body to make sure whether there pulse is still there or no at all

i was thinking,saya tak pernah melemparkan senyuman padanya..saya hanya tahu dia bekerja di sini menyapu sampah.

so on that day onwards,saya akan senyum pada sesiapa saja yang saya bertembung,regardless dia kaya,dia miskin,dia sapu sampah,dia buat apa-apa jelah..pasalsaya tak tahu bila orang itu akan mati,dan bila pulak saya akan mati.

so this morning,seperti biasa sebelum hantar Ziyyad ke rumah kak Maria,saya berhenti beli kuih..

tiap-tiap hari memang ada orang majlis perbandaran sapu kawasan sg ara ni

ada seorang bangladesh yang menyapu umur dalam 40 an mungkin,saya selalu senyum padanya,bukan mengorat,saya hargai dia kerana menyapu sampah di kawasan ini,dan menjadikannya bersih dan cantik

hari ini dia senyum dan melambai-lambai pada ZIyyad,Ziyyad pun senyum dan lambai-lambai pada dia,sambil menunjukkan car race pada pakcik bangladesh tersebut

kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya..tersenyum dan kadang-kadang ketawa melihat keletah Ziyyad dalam car seatnya

sebaik sahaja nak masuk kereta,pakcik bangladesh tu menyapa saya,katanya

"saya..sana bangladesh..ada anak..sama"

walau tak fasih berbahasa melayu,tetap saya fahami isi kandungannya,dari riak rindu seorang ayah pada anak,wajah ceria bercampur aduk dengan suka dan duka

saya mengangguk dan senyum,dan meminta Ziyyad melambai padanya..dan Ziyyad siap flying kiss lagi..tentu seronok hati pakcik bangladesh tu :)

saya pagi ini keluar rumah untuk ke kerja dengan hati yang maha berat,berat melangkah untuk ke kerja yang tidak menjanjikan saya apa-apa,baik kenaikan pangkat mahupun gaji...

saya mengeluh berat pagi ini,melihat Ziyyad tidur lena dalam katilnya,hati berat untuk ke pejabat..kenapa kerja kalau terpaksa?kenapa kerja kalau tak kemana?kenapa kerja kalau hati dah tak suka?

tapi pagi ini Allah pertemukan saya dengan pakcik bangladesh itu,supaya saya sentiasa ingat dan bersyukur,bukan semua orang senang macam saya,kerja dekat saja pun,naik kereta lagi..bukan suruh naik kapal terbang ke negara orang mencari rezeki

mungkin....mungkin., Allah suruh saya bersabar dan bertahan untuk seketika dlam keadaan keterpaksaan ini,kerana Dia ada jalan lain unuk saya.

p/s: orang yang tinggal di Kuala Lumpur, tak murah senyum..muka tegang masam mencuka,kenapa? saya kata orang yang tinggal di KL,bukan orang KL... banyak kali saya jalan di Ikea ke,SOGO ke,OU ke...any part of KL lah..senyum tu macam mahal sangat,senyum sikit,kasik kurang stress :)

p/s:muka tegang,botox mungkin

10 comments:

Unknown said...

yup. sometimes small things do change and give a big impact on us.

hey kakak. semalam kena panggilan hangit. tamau marah aa. tom&jerry is waiting for the lil one! :D

Farah said...

hehe dilla tak jumpe saya lagi kot..saya tinggal di kl tp suke senyum hahahaha

Lynn Nasir said...

salam,

bila kita mengenang kesusahan diri, lebih baik ketika itu berfikir ttg kesusahan org lain pula. mana tau, dgn cara itu kita lebih b'syukur. insyaallah, ada rezeki di mana2 utk kita.

org bandar ipoh pun susah nak senyum. mari kita kempen utk senyum :)))

Kak Lia said...

senyum itu sedekah....


Tapi kadang2 sedih gak ati bile kite snyum...orang buat tk tauu....

tp biarlah..janji kite senyummmm...walaupun sumbing...jgn sumbang... :)

Jiji said...

betul la dilod aku pon perati, kalo masuk toilet pompan pompan ni takan senyum langsung ngn makcik cleaner. Senyum kan sedekah..

sistyah said...

kadang2 bila kita dh senyum, org yg kita tujukan senyum tu, buat dekkk jeee.... nyampahssss kan....

Anasfadilah said...

sham: takpe,niat kita ikhlas,kita dapat pahala..saya selalu kena macam tu...takpelah,urat enyum dia putus,tu lapasal dia tak boleh senyum

jiji:makcik cleaner tu kaalu takde,bau kencing taik je lah jamban kan..baru lah teringat kat makcik cleaner kan?

mamarempit:senyum je buat tak kisah..tak balas senyum sudah,namanya dolah..hahaha.

Lynn:ayoh!kempen 1senyum 1Malaysia..wahh!sungguh politik..miahahaha!

Farah : :) <---ni senyum ni kat farah ni

tira: tom n jerry apa barang umicik,orang main ultraman dgn ben 10 jelah..hahaha..apa2 pun tima kasih,Alhamdulillah..rezeki Ziyyad :)

Dils said...

Sebab bile selalu senyum kat orang tak dibalas, last-last tidak senyum. Haha.

aZeeMaH said...

dia kedekut beb!

dia rasa senyuman dia mahai sgt..kekekke


tp klu terlebih merenyih...kang org kata gatai...ahahhaha

Anasfadilah said...

kak ina:jgn la merenyih..senyum secara miss world,mesti orang tak kata merenyih..hahaha

dils:yeah,maybe..