Search This Blog
31 July 2009
*keluarga bahagia*
sudah beberapa blog saya pergi yang menyarankn tips cantik depan suami
tapi kenapa isteri saja yang nak cantik,kenapa suami sekali tak nak hensem sama
suami gendut boleh?isteri gendut suami ada lesen carik lain ek?
bagi saya personally, terima pasangan seadanya dia
kalau dulu asal kurus la gemuk tu,saya no komen
dalam mencapai keluarga bahagia, solat jemaah bersama keluarga adalah penting
baca quran sama-sama,indah sungguh rasanya...tenang di jiwa
yelah,kalau atas bawah dah tip top tapi alih alih suami mencari hala tuju kepada perempuan baru
apa guna kecantikan/keseksian/kemontokan/keanjalan/kerapatan tu semua kan (uii siap bila stilletos untuk pakai di bilik tidur,beli online lingerie semua,semata-mata untuk suami)
memang betul kita kena menambat hati seami (bukan di perut saja ye,di tempat lain juga...lalala..yang dah kahwin faham la ye,yang belum tu,nanti dah kahwin faham la,InsyaAllah)
tapi tulah usaha saja tanpa doa dan tawakkal tak berguna juga
kita balik saja pangkal nya pada agama
usaha sudah,doa kena top up ikut atas
doa banyak-banyak,tamak pun takpe,Allah lagi suka kita minta pada dia
ada masa kalau korang rajin,dengan tips keluarga bahagia dari Dr.Fadilah Kamsah,dengar pun tak boring,kadang-kadang sengih sendiri pasal terkena batang hidung..hahaha
teringat kata-kata Dr.Fadilah
"kita dengan orang lain/pelanggan, cakap cukup lemah lembut,jaga semua,tapi dengan anak-anak/isteri/suami kasar bukan main"
saa pun macam tu,ye saya mengaku..kadang-kadang penat balik kerja atau penat menjahit saya selalu marah-marah (di sampuk syaitan barang kali..hahah).
percayalah,saya tak niat marah pun..tapi bunyinya nadanya adalah nada/bunyi orang marah (asben ai bagitau,so ai know la..hahah)
saya kena selalu ingatkan diri sendiri,selalu kena take a step back,tarik nafas,legakan diri baru cakap
kalau tak,kerjanya nak marah je (saya tak marah,tapi asben kata saya marah..kena praktis buat lontaran suara yang betul lepas ni.. mamamimimumu..mamamimimumu..haha)
saya bertuah dikurniakan husband yang understanding, dia paksi untuk menyimbangkan emosi saya ni..i wuff u abang (wah ayat tak boleh blah..tapi betul,itu dari hati saya sebagai isteri comel nan gebu)
lagi satu ye para isteri,jangan syak wasangka pada suami
Dr.Fadilah kata, syak itu lama-lama jadi doa
kalau dah duk syak ,laki duk jumpa minah indon duk merambu kat padang kota saja,jadinya betulalh dia merambu
Syak itu bisikan syaitan..syaitan datang bisik-bisik pada kita
itulah saya kata,banyakkan doa ,mohon pada Dia semuanya.
lagi kita ingat Allah, lagitulah Allah akan ingat kita
ini tak,suami dah lari menikah di siam,baru nak doa..tak dapek la den nak nolong
sekian sahaja tips keluarga bahagia dari AnasFadilah
p/s::kak ros said my blog is all about me,me,me..jadi hari ini ai bgi tips,ok tak kak ros?heheh
30 July 2009
*i sew to earn a decent living*
semalam badan terasa sangat letih
sebenarnya dah 3 malam macam ni,i need to eat supplement ke tongkat ali ke kacip fatimah ke kasih bertenaga sikit
by 9pm,rasa dah nak tidur dah..
tapi kena gagahi jua malam semalam
::NC sudah ada label :D,beli kat Skin,dia jual sikit-sikit and harga berpatutan..tak macam yang lain,jual paling minimum 2000 keping..habis semua saya letak label kang..hahaha::
penat menjahit,En.Anas datang masuk bilik jahit dan memberi saya
::refreshment,air sarsaparila dan sedikit cheezel..sarsarparila sejuk adalah sedap di kala penat :D terima kasih abang,i wuff u::
saya nak buat craft untuk diri sendiri pun tiada masa (masa ada,tak reti guna dengan betul aje,cukup dah Allah kasik 24jam tu)
::i bought loads of cute buttons,i have loads of idea,cuma ntah bila nak jalankan idea tu..huhuhuh::
see the difference in the pictures tak?
saya mencuba vigenetting,crossprocess untuk gambar-gambar di atas
saja cuba,saya hanya guna photoscape arakian tidak tahu menggunakan photoshop CS2..hahaha
p/s::selamat mencuba :D
29 July 2009
*tis is sticky icky entry::Alamak!Alapak!*
Dulu saya gemar menonton cerita Jangan Ketawa,walaupun macam lawak bodoh tapi ia berjaya membuat saya ketawa tak kering gusi
Rambo Chin,Moon,Dee,Robert,Harith Iskander dan the others (dulu dia kurus) memang lawak..
dengan Dee dan Moon yang selalu jadi aww..memang la lawak
sekarang ini kurang cerita lawak yang menghibukan hati
saya suka menonton whose line is it anyway? memang kelakar
ada juga cerita malaysia ala-ala gitu yang di buat oleh Afdlin Shauki,tapi bagi saya tak best
sekarang ini ada pula Alamak TV (nasib la ditayangkan diastro RIA,kalau bantai ditayang di WARNA tu,hampes je kena bayar…dah la semua cerita ulang-ulang)
Alamak! tv adalah arahan Woo Ming Jin and Zaid Zahari
menonton trailer nye membuatkan saya ingin tahu apa cerita sepenuhnya
adakah ia sepadan dengan jangan ketawa (at least)
mari kita tonton trailernye beramai-ramai
Alamak TV will be aired on 5th August 2009,jam 9.30 malam,104 (Astro RIA)
we’ll see how it goes
p/s::hope it will be different
*Alhamdulillah*
segala puji bagi Allah kerana memberi kan rezeki ini kepada saya
Ziyyad menang 2nd prize untuk MBP cutest baby in carseat contest
nasib la saya tidak berputus asa hari tu (putus asa adalah tidak baik sebenarnya)
terima kasih juga kepada
Emi,Dyla,Jiji,Kak Emma,Kak Oren,Azeemah,Mikyal,Suraya,Azure,Rieyizie Zainul,Az1ra,Yana,Mel,UmiChik,Kak Elyn,ShilaShowerKownAdam,Yaya,Mummy Adam,Eina,Mama Khayla,Gee Ryder,Cybermummy,Dayah (pintu masih terbuka untukmu..heeheh),CikPid,PadNani,Limaumanis (terim kasih atas jemputan :D),Azza,RAggedyanne, Kak Arin,Farah,Tulip,Nadiah (nani saya letak pic byk2,InsyaAllah,untuk tatapn Nadiah di US),Lin,Yatie Chomeyl
atas birthday wish kepada Izzul Ziyyad bin Anas
semoga doa kalian itu makbul,ameeen
mari datang bday bash Ziyad ye semua :)
p/s::hati gembira,padanlah tadi bawak kereta macam light headed je..terlebih endorphin kegembiraan..hehehe
28 July 2009
*Partayyyy*
*hari ni Bday Ziyyad! semoga jadi anak yang soleh,taat Allah,Agama,IbuBapa,orang tua dan seluruh umat manusia,jadi doktor sok besau,pasal doktor kurang di malaysia. :P *
Allahhh
kak emma, mai la nak mai pun
meh semua datang memeriahkan majlis hari lahir ismet ulam raja Ziyyad…hahaha
nak tanya jalan,nak tanya tempat kat mana boleh email saya
nanti saya kasi no telepon
Dayah,hang la sapa lagi dayah yg duk baca blog ni
when i mean semua,SEMUA..kalau rasa yang duk terengganu nak mai pun boleh (minyak,tol,tempat tinggal tidak ditaja..hehehe)
acara::makan,makan lagi seround,makan dan makan,ada games juga untuk kanak-kanak :)
p/s::adek beradek,kaum kerabat mai datang :)
27 July 2009
*1000 miles*
ini Izzul Ziyyad 9 bulan di luar perut saya
memang dia suka betul buat mulut 'O' gitu
esok Ziyyad setahun
Ziyyad dah boleh berjalan sikit-sikit
saya selalu duk perasan, baby macam Ziyyad suka perhati sesuatu benda dengan teliti
bila dia perhati betul-betul,nanti dia akan tiru macam kita buat
jadi jangan under estimate baby,baby adalah sangat bijak
jadinye Ziyyad nak setahun dah
saya ada buat sedikit makan-makan untuk anda yang sudi hadir (especially blogger mums di Penang ni,yang selalu baca anasfadilah.blogspot)
party aka kenduri ni akan di rumah mak saya,pasal ruang adalah lebih luas
landmark nak cari, cari sahaja Surau Sg.Ara,InsyaAllah jumpa (korang semuakan canggih dengan GPS semua kan)
sape-sape nak no.phone saya boleh email,kang di letak sini ada pulak stalker stalker tak di ingini menelepon plak kang...hahaha
harap dapat jumpa mikyal, siti sarah,drama mama (rumah dekat dah tuu..hehehe),ibu ariffa (ini pun rumah dekat),kak oren,kak luna,dayah...sesiapa la yang duk Penang yang selalu baca blog saya ni hehehe
kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis :)
takde theme apa-apa
malas nak pikir..hahaha..boleh tak?
theme caca marba
p/s::baru nak bincang denganmak apa nak buat untuk majlis ni..
*berita mutakhir*
dari windows XP ke windows vista!
hahaha!
terima kasih pakcik google kerana membantu saya
p/s::sini tiada IT people,so pandai-pandai la sendiri ye
p/p/s::nanti-nantilah giveaway anasfadilah ye..sekarang otak masih blur.
*sebelum pulang*
hari itu sebelum pulang ke semenanjung,saya sempat berjumpa dengan Shasha. one my best buddies kat seratas. ada lagi 6 orang,tapi masing-masing berterabur serata dunia :)
Dr.Shasha to be exact,bagus..i can get free consultation..in fact ada tanya Shasha about why my my c-sect scar prickles (macam scar harry potter plak ni prickle prickle..hahaha)
she said because of the womb wall is thin after the c-sect,that’s why it hurts and that’s why for whom had gone for c-sect must wait for 2 years,for the wall to heal properly
“tapi kan Sha kalau orang tu dia mengandung juga macam mana ye”
“risk untuk womb to rupture tinggi bila contraction”
“ngeriii ok dengan pun nyilu..”
tu adalah topik perbualan setelah like 7,6 years tak jumpa..hahaha
Shasha doktor di hospital tambunan,masih bujang,manis orangnye,nak ngorat/buat menantu sila tinggal comment kat sini…hahaha (nak buat bini no 2,3 atau 4 saya tak layan,sekian harap maklum)
Shasha belanja seafood di Gayang..sedap butter prawn dia.ada lagi sebenarnye the food yang do oder tapi masa ini belum sampai lagi
thanks sha pasal belanja :)
oleh kerana tambunan dan kk tu sejam perjalanan
jadi shasha decided to tumpang tidur kat our bilik hotel for a night
minta extra bed,dan kami bersembang sampai jam 12.30am
dan kene bangun kul 4am pasal flight airasia kul 7am..dalam flight saya tidur tapi tak berapa nak lena pasal sebelah adalah seorang lelaki,kacau betul.
p/s::bilalah nak dapat gathering lagi dengan diorang ni..*sigh*
24 July 2009
*final day*
::from left: benny,fadilah,tamrin (apa la juga yg kao sibuk tu bah).Dr.Julian,Dr.Azila(my bos),not in picture:veronica::
saya suka suasana sibuk lab universiti..tak tahulah kenapa,tapi saya suka keadaan messy lab u.
korang nampak tak udara (bubbles) yang keluar dari daun aquatic ni..pelik kan?
so hari ni sempat pergi ke KK
sempat pergi pasar pilipin dan ke CP
untuk tatapan teman baik ku yang kini berada di UPM, Nafa,dengan ucapan :sedap tu Yoyo! nanti aku kasi bekas kosong buat cenderamata untuk kau…hahaha: *kejam*
Yoyo chocolate pearl untuk kau Nafa…hahaha..jangalan jeles ye..
saya tapau 2,satu dah habis masa dalam teksi balik ke hotel,ada lagi satu nak minum dalam bilik hotel..hehehe
pergi di pasar filipin saya beli ikan terubuk,ikan masin (untuk En.Anas :D ), Amplang (sejenis keropok ikan berbentuk bebola,ranggup!) dan juga kristal
ini brooches untuk mama,kaknaz,tira,fiqah dan tuan punya blog (harus la ada satu jugak..adek-beradek later i post it to u guys ok..hehehe)
walaupun korang memang dah pernah duduk Sabah,tapi beli la juga..kasi adil ni semua orang
untuk anis,awen dan mak (mak punya yang paling bawah,yg hitam tu,mahal dari dua gelang yang atas dia,untuk menambat hati mak mertua harus kasi up sikit the price..hohoho)
adek-beradek::i didnt buy u guys the gelang pasal korang gelang kristal dah banyak,so kasi chan la ye,diharap adek-beradek tidak kecik hati,lalu meng abdul wahub kan adinda korang neh…huhhuhu
dan ini pula untuk 3 lucky readers anasfadilah.blogspot..nantikan kemunculan giveaway saya yang hamat mudah ye *wink* (punyalah baik tuanpunya blog,ingat juga dia pada korang pembaca ye…korang ingat tak tuan punya blog neh?)
p/s::tak sabar nak naik flight esok,nak hug ZIyyad puas-puas!
*jantung berdetak*
tadi berjalan di 1borneo (lagi!)
saya terserempak dengan seorang perempuan mengandung
dengan keberanian kuasa dewa,saya terketar-ketar mencari busines kad kedaichomel
saya approach wanita ini
dan menghulurkan kad sambil memperkenalkan apa itu nursing cover
wanita ini menunjukkan minat dengan bertanya dimana kedai saya
saya cakap hanya didalam internet dan alamat ada dibawah kad
saya dah berjaya kawan-kawan!
saya dah bagi kad saya pada wanita tu!
saya telah melepasi fear factor tersebut
i deserve another yoyo choclate pearl!
p/s::kaourang ingat senang ka mau kasi business kad..hahaha
*hari jumaat*
wahai para isteri sekalian,jagalah maruah suami kamu di mana saja kamu berada
pesanan ini di bawa oleh
komuniti 1borneo
p/s::jaga maruah,jaga aurat,jaga percakapan,jaga lah semua.
p/p/s::meningatkan diri sendiri dan juga pada yang lain.
22 July 2009
*day 4*
::cenderamata lagi aku kasi sama kao orang,ambil la bah::
ini kelapa puding..sedap rasanya
sepanjang jalan ke Tuaran,memang banyak orang jual kelapa
kelapa bakar,kelapa puding dan air kelapa
underneath pokok kelapak i wait for u..lalala <---- sing it everybody!
lepas balik saya memetakan 1 borneo
tiada yoyo juga disini,tapi adalah yang sama macam yoyo bah, ok la tu
jalan punya jalan..jumpa kamdar
beli la a few kain untuk kedaichomel..kaoorang buli pigi sini kalao mau tinguk
beli baju untuk Ziyyad and a book about animals..Ziyyad suka animals and cars (rinduuuuuuuuuuu!)
ada big apple juga disini,esok saja beli,kerana perut dah penuh makan coconut pudding
p/s:: hai lah masa,cepatlah berlalu..terlalu rindu dengan dia
p/p/s::hello kamu! :)
*hilang dah 2*
a view from the 6th floor this morning,while taking my breakfast
cepatlah sabtu,aku nak balik
p/s::semalam malam layan cerita drag me to hell dengan bos,bosanla citer tu..pompuan gypsy tu memang sengal,marah sikit sumpah marah sikit sumpah..deal with it old woman!
p/p/s:: hari tu tengok 122 la ni 120..hangpa 2 org tu merajuk ka aku tak follow balik?jangan marah na..
21 July 2009
*apa ye nak buat*
bawah hotel saya ni adas hopping kompleks
agak besar juga kaalu nak dipetakan
ada gsc..mungkin akan tengok wayang malam ni
ada kamdar dan gulatis,restock kain di kedaichomel mungkin
walaupun ada banyak masa untuk ME time
tapi saya rasa tak best lah kalau tak jalan dengan asben and si awang kenit tu
p/s::dah dapat me time tapi tak tau nak guna..hmmm
p/p/s::Tade idea nak update apa..*yawnnnn*
*tempat jatuh lagi di kenang*
as the plane landed
i cant help but smile…
Sabah..i feel like going home
banyak dah berubah,but the sky still very blue (the cuaca are fine..rasa macam nak bercanda di pasiran pantai..tapi masalahnye makcik pergi pasal kerja..)
tapi tidak apa..
masa nak mendarat tadi,i saw bukit vor dah diratakan..nampaknye tiada lagi penghadang angin semulajadi,memandangkan bukit vor terletak di tepi pantai
macam-macam bangunan ada..GSC dah banyak nampaknye di sini,dulu harapkan GSC ala kelas satu kelas dua gitu..hahaha
memori..itu yang bermain difikiran saya sekarang
masuk sahaja perkarangan UMS,saya rasa macam..
rasa macam
dah tua..hahaha
how i miss semua kawan-kawan
nampaknye sekolah sains dan teknologi,teringat terpksa bermalam dalam lab semata-mata nak habiskan final year project
susah senang..ada kawan-kawan
ok enough walking down memory lane
saya menginap di Courtyard hotel,di 1borneo
memang la saya bukan kaki shopping,pasal bawah hotel ni ada megamall… (nasib juga gaji belum masuk..kalau tak mahu dah masuk kedai poney beli baju Ziyyad…hahah)
saya rindu ZIyyad
pagi tadi dia extra manja
Ziyyad lentok kan kepala dia kebahu saya agak lama (comel dah sayu juga at the same time)
seakan tahu mama dia akan berpergian untuk 1 minggu
i couldt help myself but cry
::nah,cenderamata buat pembaca blog anasfadilah..goreng pun sodapppp::
p/s ::di sini semua makanan disajikan dengan su,tak kira la korang makan mee wantan sekalipun..mesti ada sup! saya oder kitchai ping tadi..esok nak makan roti kawen pula.. :)
p/p/s:: i wish En. Anas and ZIyyad were here to share my memories :)
20 July 2009
*ndak dapat tidur*
yelah,kang si awang kenit bangun nak menyusu
tapi awang kenit takde malam ni
supposedly saya kan tidur senang lenang
tapi nampaknye tak
saya rindu untuk menidurkan Ziyyad dalam dakapan saya
macam little angel yang comel bila Ziyyad tidur dalam dakapan saya
p/s:: layan movie la nampaknye..heheh
19 July 2009
*just maybe*
mungkin kerja di Sabah selama seminggu ini boleh merehatkan minda dari mesin jahit
its not that i dont love sewing,it just that im tired
terima kasih atas kata sokongan kalian
heart u all
dan terima kasih ketidakhinggan kepada husband kerana memberi motivational boost pada saya yang lemah dan tidak setabah orang lain
mungkin tidak seberpa bagi anda di luar sana
tapi ia cukup mengharukan
terima kasih husband for this lovely shoe
p/s:: ta-taa semua,saya nak pergi Sabah esok
p/p/s::saya phobia dalam diam bila naik kapal terbang,selalu fikir kapal terbang akan jatuh terhempas..
17 July 2009
i just cant
Im tired n im drained tis is exhausting, i can cope wit tis anymore
I just want to stop
I want to end tis
As i lift the scissor to cut all the beautiful fabric in front of me
I brokedown n cry my eyes out
Tis is hard
In my cry i pray
Ya Allah,give me strength to do tis,as i cant do tis alone
P/s:No,i didnt hope u guys 2 undrstnd.i just want to pour my heart content..
16 July 2009
*esok cuti*
sebab : nak ambil sijil SPM yang di kepam selama 9 tahun di sekolah raja tun azlan shah,sekolah ku yang tercinta
tentatif program : bertolak pagi,amek sijil,jumpa cikgu yang pernah ajar saya dulu,pegi zoo,pegi makan popiah basah bawah market apa ntah nama lupa plak,makan abc belakang bomba,makan mee udang kuala sepetang
(note::erni, kau nak pergi ambil sijil atau jalan-jalan cari makan?)
tapi tak jadi pergi taiping
sebab : today mama n babah ontheway pergi sini,terus ambil adik bongsu manja di changlun,alang-alang on the way mama tolong ambilakn sijil di taiping
perasaan sekarang : harapan musnah nak makan popiah basah, tapi lega juga tak perlu bayar duit tol/minyak semua
dahlah ptptn babah bayarkan,sijil spm pulak mama tolong ambilkan..
adoyaiii
sijil kalau semua A memberangsangkan juga kalau cik intan nak pergi amek
tapi A pun satu aje..(Ziyyad kamu mesti ada A sampai seguni tau,jangan malas macam mama)
p/s:: jasamu ayah dan ibu tiada boleh ku balas sampai hujung nyawa,tiada tandingan di dunia <----- waheiiii!ayat ahadiat akashah mana ni aku cilok
p/p/s:: cuti dah apply kan..so cuti ajelah..miahahaha!
*perbincangan tidak sulit laki bini*
"eh..mana boleh lagi...projek ni belum tentu lagi"
"tapi,dila penat la bang..nak rehat..malam-malam tak boleh tengok tv lagi" <--- alasan!
"tak boleh..kena buat juga sikit-sikit..pelan-pelan jahit"
" mana boleh pelan-pelan,lembab nanti customer marahhhh"
"tak perlu ikut orang..kita ikut pace kita..tak perlu kelam kabut"
"tapi dila tak nakk jahitttt dahhh"
sekian saja perbincangan tak sulit kami,kalau sulit takdak la ceq letak sini
p/s:: saya penat,saya tak macam mereka yang lain,gigih.
*saya memang tahu*
dalam hati saya kuat berkata,the gold coffin is empty
michael dah lama kena tanam
kan biasanye kalau orang kristian mati,coffin dia akan dibuka untuk tatapan umum
and biasanye mayat mereka (orang kristian) kena embalm (dalam melayu apa ye..senang citer di mummified kan dengan sejenis cecair untuk bagi mayat tak reput)
tapi itu hanya saya
yang lain terpulang
GiveThanks To Allah - Micheal Jackson
mari dengar lagu ni
kalau betul la MJ nyanyi..first time saya dengar meremang bulu roma
dan kalau betul matinya dia kerana conspiracy
biarlah Allah je yang uruskan mereka-mereka yang buat penganayaian kepada MJ
p/s: semasa saya kecik saya ada secret crush dengan MJ masa tengok video smooth criminal..heheh..shhh!
p/p/s::buat entry ni kerana dapat email soal konpirasi teori ni..macam2 dunia sekarang ni ye
15 July 2009
* i need brain surgery ASAP*
mahu tak nye
nombor akaun maybank telah disatukan dengan no ic sendiri (kau ingat kau buat plasmid insert ke erni?)
bodoh kan diri sendiri?
lepas tu customer dah masukkan duit ke akaun yang salah
naissss one there,erni
pasal ini interbank transfer,pasal tu tade tertera nama saya
hadoyaiii
rugi dah saya semalam
how can i silap taip the number u might ask?
heres how
the last 4 digit of my maybank a/c is 3662
and the last 4 digit of my ic no. ic 5772
i got mixed up, so jadilah tanaman tut di situ
pandaikan?
ada lagi satu kesilapan
i send 2 same NC to a customer (dia order satu,i send 2..how?)
nasib customer comel berhati mulia dan tolong poskan balik pada saya
satu lagi NC untuk customer lain
otak saya memerlukan brain surgery ASAP,ganti kan semua reseptor/neuron baru yang senang ingat tak cepat lupa
so,kak lisha,u are no alone
p/s:: i told En.Anas about his,and he said "takpe,rezeki ada kat tempat lain la tu,macam hari ni abang ada 3 projek baru"...ALhamdulillah :)
p/p/s:: jadikan pengajaran ye dilot
berapa p/s daa:: nah ambil semua! berderet-deret entry dalam satu hari!
*how*
tapi takde idea
seperti yang kita tahu,dewasa ini ramai antara kita yang set up e-shop
bila dah ada e-shop ni,kita kena lah war-warkan kepada semua orang
seperti saya juga saya ingin warwarkan pada orang ramai
tapi saya tak mau la penuhkan shoutbox orang dengan iklan saya yag berbunyi
"handmade nursing cover complete.."dan seterusnya
pada awalnya saya mengaku saya buat macam tu
tebal muka orang kata
orang nak maki kena spam pun tak pe,pasal ada diorang kenal saya?tak kan?...hahaha
tapi lama-lama saya rasa cara itu tak berkesan
buat orang marah pergi spam shoutbox adalah
salah satu cara macam mana nak invade shoutbox org secara berhemah ialah dengan mengadakan givaway
like i did
salah satu usaha promo juge kan
tapi dengan ganjaran!
sapa tak nak benda free oiiii
tapi kanlah selalu sangat nak buat giveway ye tak
jadi keluarkan sedikit modal untuk buat iklan
bagi saya facebook juga satu platform terbaek buat masa ni
atau mungkin anda boleh letak 2 shoutbox,satu untuk chat dan satu lagi khas untuk orang berjualan..sama-sama bantu perniagaan tak salah kan..(jangan korang dengki pergi ilmu hitamkan org tu sudah lah ye)
atau korang sakit hati sangat dengan spammer yang jual-jual ni korang ban terus ip adress diorang..nah,sekarang tade dah spammers
atau buang aje kotak shoutbox tu
jadi sahih tade spammer lagi
itu saja ilmu dan tips saya nak kongsi hari ni
moral of the story :
jangan spam shoutbox orang,kalau kita sendiri tak suka org spam shoutbox kita siap trolling lagi
p/s:: korang yang berniaga juga rajin2lah join forum yang berkaitan,introduce la perniagaan korang kat situ
p/p/s::jangan spam email orang juga..melainkan korang ada letak subscribe post unuk kedai korang..tu lain cerita
* kenapa saya ber facebook*
saya dah tahu lama dah ada facebook, dah lama ada akaunnye
tapi baru-baru ini saja saya aktif berfacebook
reasons?
1. most of my sedara mara, sepupu sepapat sebelah ayah and mak ada dalam facebook
selalunya hari raya baru dapat tengok muka
mulalah kata
“ehh..dah ada anak dah ke?”
atau
“anak dah besar dahhh..”
atau
“sama nama dengan Ziyyad la anak Pian ni”
*dush* rasa macam tak mabil tahu sangat pasal extended family
jadi dengan adanya facebook, makcik-makcik saya,sepupu saya dapat bertanya khabar secara terus..kadang-kadang rasa macam berkumpul di rumah nenek pula
rindu saat dimasa kami kecil..”kompol-kompol” orang boyan kata,iaitu gathering keluarga
taken from my niece facebook..kalau korang dapat carik saya,memang la terer :)
ini di rumah nenek,masa ni arwah atuk,arwah nek lang,arwah pak lang masih ada
ini semua pakcik,makcik, sepupu saya saya
rindu nak kompol-kompol lagi macam ini. :’)
kalau korang terer,carilah saya :)
dengan facebook,kami dapat berjumpa ru ruang dan waktu yang sama
ialah sekarang semua bersepah-sepah
ada di sarawak lah,ada di penang lah, ada kat melaka la..heheh
2. facebook is great for advertising
saya ade kedaichomel..jual Nursing COver
baru-baru ni saya masukkan add disitu
harga dalam usd,tapi consider as boleh mampu juga
kita tetapkan sendiri bajet untuk satu hari
dan fb ad tak akan exceed daily bajet yg kita peruntukan
keuntungan kedaichomel berlipat ganda bila saya masukkan ad saya
saya sangat soka!
3.jumpa kawan lama tak jumpa
tak dinafikan ramai yang jumpa balik kawan lama di fb
saya pun begitu
bercerita tentang Cikgu Bio yang garang,siap ingat tagline cikgu garang lagi
sekolah ada alam yang seronok bila kita ada kawan yang juga seronok
dengan adanya fb,saya boleh tahu satus mereka sekarang,dan boleh kata
“ehh tak kawen lagi ke dgn sipolan ni,dulu asyik naa bercinta”
atau
“uiih ada anak dah..comel nye”
atau
“humangaihh..balik amerika minum arak semua minah ni,dulu punya la baik”
atau
apa-apa saja yang terlintas di fikiran saya..saya juga manusia biasa ye..hahaha
jadi semua orang sila ber FB dengan beretika,time kerja, kita kerja..ada masa kita curik tengok,bila bos datang minimize cepat-cepat window fb ya..goodluck!
p/s:: ini adalah entry untuk Mommylina untuk saya menang buku rahsia pemasaran FB
*korang memang terbaek*
terima kasih
cybermummy,mikyal,jiji,farah,lin,kak tiara,azza,cik pid,eliss,kak long,mrs imran,mel,kak elyn,drama mama, hidet,rina ,dayah and nadiah
for ur kind words
semangat sudah ada untuk menjejaki kaki ke dewan kuliah A, 1st august nanti
(tapi tak dinafikan masih ada 20% kurang keyakinan diri..dan masih ada perasaan takut-takut)
kalau orang berkata yang bukan-bukan ia buat donno aje
dayah pun kata..ada je yang baby FM,so tade hal
buang semua negative thinking
Cathie Black kata kita kena grab oppurtinities..saya akan grab dan mencapai matlamat!
p/s::connie still didnt reply my email tho..but its ok..i have u all untuk boost my konfiden :)
updated ::connie said i am welcome,but kenot promot my business..hehehe...kalau kasi "tis is my card" can ah?
14 July 2009
*ok..i feel like...emm how to say eh*
well i tot of going..sambil-sambil tu mungkin boleh sebarkan flyers(yelah sangat..dengan saya yang super penakut ni,handling a flyer adalah satu tugas berat)
tapi kalau pergi,kene berangkut dengan Ziyyad dan husband
tapi Ziyyad tak breastfeed..kalau Ziyyad haus nanti kena minum fm
saya takut mereka-mereka yang pro bf akan memandang sinis pada saya
saya tkaut mereka akan berkata
"eh..dah la tak bf ada hati jual nursing cover"
atau
"u didnt bf ur baby,why are u here than"
atau
"ini tempat untuk orang bf saja"
aduhhh..saya takut la mereka semua marah saya atau memandang sinis pada saya
kalau saya tahu mungkin saya ada cara macam mana nak boost breastmilk dulu
saya tade lactation councelor pasal tak tahu cari dimana
macam mana nak buat ye..saya nak join event ni..tapi saya takut mereka-mereka pro bf pandang saya semacam
p/s :: saya selalu berasa fm ni macam satu dosa besar,mungkin hanya saya yang cepat terasa..ntahlah
p/p/s:: saya dah email Connie,saya ada tanya dia,tapi masih tunggu reply dari dia..mungkin dia pun benci saya..
13 July 2009
*rasa macam nak buka puasa,boleh?*
1. sijil SPM tak amek,slip result pula telah hilang,padankan muka sendiri
telefon orang MOE (mereka semua ramah,bagus dapat A+) ,diorang suruh buat repot polis,download borang sjil hilang,yadayada RM10 wang pos semua
nak buat polis repot satu hal..borang tak boleh download kene pergi jabatan pelajaran negeri plak
apasal la tak buat lagi senang
masukkan no ic terus dapat ke email ke apa ke
nak juga protokol macam tu..dah tu plak 4 minggu baru leh dapat sijil bengong tu
(sijil bengong pasal result bengong,pasal tu tak kuasa nak pergi ambik sijil at the first place,sekarang dah susah...hahah)
sudah 9 tahun tak mahu tengok sijil SPM,dan sekarang kena juga berhempas pulas nak dapatkannye
rasa marah pada diri sendiri
2. badan gemuk semua baju dah sempit
saya gemuk sangat,saya tak suka
semua baju semua sempit
rasa diri tak fashionable dah..macam badan makcik-makcik gemuk
tak suka tak suka tak suka tak suka!
baik tenangkan jiwa dulu..haih.
p/s:: dah,dah...jangan nak jual pb corset ke,herbalife ke kat aku,aku tade duit ni..*grumpy*grumpy*
*Ziyyad*
ini Ziyyad..semalam dia dapat aiskrim free
first time makan ice cream dia teperanjat..
tapi kami tak bagi makan banyak,pasal takut sugar high..hahaha
jadi ais krim tu makpak dia yg habiskan
Ziyyad :: M/gonna be 1/Penang
“ hi cik adik,sorang je..meh la join i naik doraemon”
cepat betul Ziyyad dah besar,dah tahu naik bendaalah rides ni semua
habislah kita bang,dibuatnye Ziyyad mengamuk takmo balik,berkampung la kita tepi doraemon tu..hahahaha
p/s::cubaan memakaikan Ziyyad tshirt putih berjya,dengan kotor minimal..bagus anak,keep up the good work
10 July 2009
*u cant cheat me*
and dapat email ini
its from maybank saying that my account kena suspended la konon, so dia suruh activate balik
oleh kerana saya ada KedaiChomel,and saya tak mahu nanti kalau ada orang nak bayar NC tak boleh masuk
saya terus klik kat link yang dia bagi tu
clearly stating the link is www.maybank2u.com.my
saya terus click dan terus pegi kat login M2U
tapi saya tengok balik address link kat atas
and link tu macam ini
http://www.rucx225m2u.com/M2ULogin.htm
untuk M2U login yang original ialah
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
semua transaction bank yang selamat harus ada
https:// bukan http://
so memang itu scam
so korang semua beware..senang-senang sekarang orang nak tipu kita..yelah kita risau akaun tak boleh masuk so kena reactivate..
bila kita risau otak jadi autopilot untuk selamatkan akaun,betul tak?
jadi hati-hati semua
'peragut' bukan hanya kat jalan
diorang juga ada dalam world wide web!
p/s::i tried calling Maybank service centre..haprak! tade sape layan. jadi acane acik nak mengadu ni..ate acik pun tampal le email scam ni untuk hangpa semua supaya lebih berhati-hati
note :: tak semua orang sedar akan scam kadang-kadang,kerana terlalu sibuk orang terlepas pandang,lantas memberi sahaja maklumat peribadi rahsia, im putting this up so people would realize and sit back and relax bila berhadapan dengan phishing/scam/fraud whatever they call it...sharing is caring,no? Dils : u didnt know,maybe kita telalu risau pasal tu kita bagi,not knowing itu ialah pendita penipu..maybe i would do the same like u kalau dah risau..next time kita berhati-hati sahaja :)