Search This Blog

30 July 2010

Rawak di Hari Jemaat




1. ikan paus itu ialah Bobby namanya,ini adalah cerita pasal Flapjack seorang budak yang inggal dalam ikan paus tu. All this while im hearing Ziyyad duk kata babi,tapi rupanya bobby, tapi bebudak yang tinggal area umah pengasuh,bila gaduh kata babi,so Ziyyad tot babi tu ialah bobby si ikan paus. i did ask him "Ziyyad,sape bobi?" he selambe je cakap while playing "ikan paus.. ma" , jadi tak boleh salahkan dia,he didnt know babi itu ialah sebebnarnya pig,yang selalu dia duk sebut itu ialah bobby si ikan paus -_-"


2. beberapa hari ni saya asyik memikirkan pasal Monavie..rasa macam nak try,tup-tup 2 hari lepas,husband bawak balik sebotol Monavie Pulse utk kami minum sama-sama katanya " abang beli minuman untuk kesihatan kita, kita minum sama-sama" awwww so sweet,he is like reading my mind..memang selalu jadi macam ni...if i was thinking something,nanti mesti akan husband cakap..lepas tu nanti saya kata"dila baru je fikir tadi abang dah cakap" and he in return "eh,sayang yang tiru abang" -_-"

3.

Ziyyad got a birthday present from Nennek and mama long :), tima kasih ye,Ziyyad suka,tapi maalm semalam dia ambil magicpen dan conteng atas board lukis-lukis biru..nasib la tanggal bila cuci ngan air -_-"

4. Hari Ahad ni nak buat makan-makan sempena birthday Ziyyad,family and kak maria aje pun,bua jamuan kecik-kecik saja,private party..cewahh

5.saya jumpa bra size calculator,bagus leh diguna oleh semua perempaun yang bra dah rosak atau besi dah tercabut macam siapa ntah tu..hahahaha

6.saya ingat nak beli buku la nanti,tapi ntah bila la nak baca ye...emmm

p/s:tu saje la kot utk hari ni,semua pic google link ada pada gambar :)

29 July 2010

Racist

kecoh soal racist sekarang,

semalam sepupu saya tag satu cerita pengalaman seseorang pasal tinggal di penang,macam mana dia rasa chinese di pulau itu racist padanya..

mungkin saya bernasib baik di mana saya tak pernah di racist kan atau mungkin saya yang tak perasan pun saya kena racist

saya duduk di penang hampir 6 nak masuk 7 tahun

memang tak dinafikan di pulau memang majoritinya ialah chinese,tapi di seberang ramai melayu.

melayu bukan tak boleh hidup di pulau ni,boleh..husband saya buat pest control dan dia pernah pergi beberapa buah rumah orang melayu yang dasyat-dasyat di penang, rumah semua harga juta-juta,paling koman kot rasa RM800K.

ada je melayu berjaya dan kaya duk sini..dan tak semua orang cina kaya di penang..samalah macam melayu jugak..ada kaya ada miskin,same goes utk orang india

di Malaysia,sesiapa yang berusaha dialah yang berjaya..tengoklah orang warga indonesia,bangladesh,myanmar..kenapa sanggup berhijrah ke malaysia utk kerja,semua pasal uwang..

pasal isu nuffnang,pada hemat saya mereka tak racist,yang menang kamera sony tu kalau korang tengok entry pemenang memang layak pun menang,kalau compare ngan entry saya memang jauh la beza

ada je melayu menang contest kat nuffnang tu,contoh paling dekat,kak ros,tahun lepas menang grand prize pergi disney hongkong,dua tahun lepas pun melayu gak

orang yang tuduh nuffnang racist ni saya rasa orang tu baru je join nuffnang, jadi sourgrape dan bitter gourd lah kan pasal tak menang. cuba kasik dia menang ada dia kata "asek-asek melayu je menang" tak akan ada ok isu

tapi tulah saya setuju dengan kata-kata Dils,nuffnang ada sedikit bias..tapi yelah mereka tu berbisness kenalah jemput orang yang traffic nya tinggi utk promote sesuatu benda kan? pasal tu asek-asek muka sama je yang di jemput.

tapi apa ada kesah

i blog for fun and maybe some money,ada duit adverts,adalah..takde pun bukan nye harap sangat

yang pening-pening nak tarik orang mauk blog lah,suruh jadi follower la dah raa macam kena masuk MLM plak dah

blog ni tempat rileks-rileks santai-santai je..nak beban kepala otak pikir apa tajuk nak tulis buat apa?

tapi kalau nak tulis betul2 nak curah ilmu,kasi betul2,jangan ilmu salah sudahlah ye :)

p/s: saya racist juga kadang-kadang,macam naik kereta ada bangla naik basikal tak tengok belakang ada kereta ke tak,main suka suki je lintas dapatlah "eh bangla ni nak mati ke apa" see, saya juga manusia biasa.

PC Fair: Should u go?

PC fair di penang this weekend..nak pergi atau tak?

seperti yang ramai tahu, kononnya jualan PC di pcfair adalah murah

tapi sebenarnya tak..saya sendiri bertanya dengan beberapa penjual komputer dan alatan komputer di BJ minggu lepas (saya cari printer paper,bukan beli komputer pun)

depa siap kata apa tau

"u tak payah pergi sana (pcfair) pun tak apa,sekarang semua disini sudah harga pcfair"

"sana pegi jammed jammed sesak sesak orang buat susah saja,harga sama maa"

"harga semua sama,cuma kasi lebih itu free gift saja"

talk about freegift kan, ada yang throw in free gift sampai 10,takpun 15 tak pun sampai 20!

freegift nye as usual lah mouse,mousepad,lapotop lock,card reader,cooler pad,usb mini fan,usb mini light,ntah hapahapa kabel i couldnt careless, throw in lagi a bunch of cd kosong, macam-macam lah.

tapi kalau nak beli jugak komputer kat pcfair,nak jugak-jugak,saya sarankan angkut orang yang tahu selok belok komputer ni,so that korang tak kena duped ke apa.

sama la macam gi lowyat,angkut orang yang tahu paal komputer ni

so there serba sedikit pasal pcfair

so its up to you,kalau saja jalan-jalan cuci mata survey-survey pergilah,aiman tak kisah.

p/s: suwa suwey kemorning,istimewa raja

28 July 2010

Happy Birthday Sayang Mama!!

Hari ini sayang saya yang banyak cakap tu dah 2 tahun! yeah!!!

milestones?tak larat keep up..he talkalot sekarang ni

mama itu mama ini,babah itu babah ini

macam-macam hal..tapi tulah penghibur dikala penat dan dikala penat juga kasi tambah penat lagi..hahahah..jadi mak ayah gitulah kan..hehehe.





ini Ziyyad tengah main ngan babah dia,dia nak kejutkan babah dia..:)

sudah berat gilers,tak larat nak dukung dah..

pagi-pagi akan bagi 'sayang otromen' or 'sayang kentut' (a peck in the cheek,buat bunyi raksasa atau bunyi kentut..ceh,busyuk punya orang)

sill doesnt want to eat rice..tapi badan tembun gak.

love to brush his teeth even use his toothbrush to gosok my teeth,geli lah Ziyyad!

p/s: gonna buy a wood thomas trainset,hari tu ada jumpa,macam best,as usual mama dia la psyched lebih

cerita lain:

iron sudah,jahit belum...

27 July 2010

the result are out

for sony Tx5 waterproof camera

saya tak menang,pasal kalau compare dengan winners memang jauh berbeza

the winners are

1. Chin Hui Ying (http://misshuiying.blogspot.com/2010/06/my-water-moments.html)
2. Wee Yin San (http://theeggyolks.blogspot.com/2010/06/my-water-moments.html)
3. Esther Teoh Yunn Pei (http://type89.blogspot.com/2010/06/my-water-moments.html)

personally i like eggyolk punya entry,memang lawak gila not to mention cute gak the drawing,very creative dan tak boring :)

so congrats to the winners

:)

it is a gift



seperti yang ramai tahu (kalau selalu baca blog ni lah), dari hari tu saya duk ekcoh pasal hp mana nak beli,siap buat comparison

so now, i am the owner of galaxy s :)

sebenarnya memula saya tak nak,tapi husband insisted to buy it for me pasal dah janji..jadi ini adalah sebagai hadiah

apps pertama saya install ialah Fb,kemudiannya ialah alat mengukur yang tak tahu nak guna bila pun,suka-suka install pasal macam jakun jap..apps no 3 sampai 6 semua apps untuk Ziyyad,main touch2 la main kad alphabet la..this is so fun,saya boleh lekakan Ziyyad lebih kurang sejam macam tu..

android market macam-macam ada,so kelabu mata sat pasal mostly apps free, saya suka

cumanya tulah,galaxy s masih takde casing best kat mesia ni,so kena tunggu,kalau ikut tak sabar saya saya order via ebay je..

buat masa ni masih terboleng je la hp tu,tapi dah jahit pouch dia

update:

Hi! my name is Orion

p/s:downloading apps..tehehe

26 July 2010

kang kata bodo kang marah

tapi sendiri yang memang bodo,tak boleh kata lah

situasi:

1. Laki orang
2. Bini orang

masing-masing dah tau kawen,siap ada anak ..tapi dua-dua gatal menghenyam..duk layan cucuk setan..memang pun bodo

tade penyakit cari penyakit

what can i say

seriusly,i dont want to know what is both of them problem yelah maybe gersang sangat ke apa kan

tapi kan sampai sanggup nak lintas sempadan dosa pahala tu

a'ah yelah mula dengan kenyit mata,cucuk pinggang..lepas tu nak cucuk apa lagi?

ada akai guna,jangan nak buat perhiasan je,juai pun tak laku

malas betul nak marah orang bodoh,dah nama bodoh,memang cakap pun tak guna

p/s:saya mood gumbira hahaha.

hi!

:-)

Published with Blogger-droid v1.4.8

23 July 2010

it is no secret

siapa nak tahu benda best?

heheheh

benda best mesti datang dengan percuma kan?

ok..

sesiapa yang nak Chomel Nursing Cover percuma bulan Ogos ini dapatkan majalah Pa&Ma keluaran Ogos

turn to page 170,and from there u know how to get my Nursing Cover for free,it is worth more than RM50 u know :)

grab ur copy fast mommies, tak banyak tau ada 10 helai aje :) (not mommies pun boleh grab apa,kasik hadiah utk kawan mungkin?)



p/s: to see Chomel in there,hati ada sikit berbunga..kasiklah chan,its my first time :)

so..yeah it friday

wahai hati sila bertenang dan tak gopoh

ini adalah ujian,sila bertabah (kak tiara saya curi pinjam ayat ini)

rasa gembira dan takut bercampur baur

Ya Allah semoga aku pass ujian dari mu ini

amin.

p/s:what happen to this blog after i die eh..do u guys wanna remember me apart of ur daily life routine that is reading blog..saya harap blog ini dapat meninggalkan ilmu berguna pada anda semua,berguna saja,bukan ilmu gugur anak..pfffftth.

22 July 2010

jangan berduka cita terhadap apa yang luput darimu, dan jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu (57:23)

p/s: sesuatu yang saya patut renungkan,dan mungkin juga pada anda semua

i want to tell u something, it is no secret to my Fb friends,tapi di blog ni mungkin tak tahu,tapi macam nak kasitau tapi macam tak nak,so how eh?

p/s: rasa macam giddy nak kasitau,tapi macam takut pun ada,takut tak dan siap,end of this month?gila lah,ingat aku kuda ke apa?

::updated::

oklah,bendanya tak besar pun,besar cuma pada saya je,saya je hype lebih..orang lain mungkin akan rasa.."Elehhh,tu pun nak kasitau" , jadi saya tak nak la orang kata macam tu pada saya (padahal bukan tau pun sape yang kata pun kan), tapi ntah,saya rasa tak best nanti, kata-kata itu doa,dan katalah hanya yang baik-baik sahaja. oh saya tak pregnant lagi,InsyaAllah suatu hari nanti,yg tu mesti hebahkan :) , ini pasal lain...mungkin suatu hari i decided to tell you,i tell k..utk kak emma:beul pasal NC. tapi biar je lah kawan Fb tahu :) love and hugs from me to you,and good day

oxoxoxo

21 July 2010

resipi mudah untuk bersahur

ok oleh kerana saya dah jadi isteri serta mak budak,makanya adalah patut tahu what to have and prepared for sahur

so semalam ada beberapa jenis masakan yang mudah yet simple to prepare and cook,antara resipinya ialah

1. udang black pepper -blend bawang besar+bwg putih+halia+air secawan sesedap rase spy jadi cam bubur.tumiskan bende yg dh blend tu ngan minyak.agak2 dah kering sket ko masukkan black pepper serbuk banyak2+kicap manis+oyster sauce+garam.dah sedap rasenye tu ko masukkan udang yg dah digoreng.gaul rate.walahhh! Siap..<-- i ctrl+v ctrl+c je,kawan saya namaya Shikin yang punya resipi :)

2.telur asin + sambal cili api bilis

3.telur asin+ ikan bilis goreng cili kicap+ nasi panas-panas

4. sup ayam (mesti nak ada ayam goreng neh..hahaha)

5.ayam goreng kunyit letak bawang dan cili padi

6.buat sambal tumis banyak-banyak boleh simpan beberapa hari (bagus idea ni yong,aku suka..hahaha)

7. masak sardin buh cili and bawang (memang saya pun selalu gak buat gini..hehehe)

8. roti salut telur

9.telor mata + bawang besor goreng + cili padi +kicap + perah limau nipis = sedappppppppp <--kak ina la ni..haahah

10. bilis goreng ajer...+ bawang + cili api..perah limau...goreng telur dadar...jalannnnnn <-- mama rempit punya stail

11. roti bakar ditengah nya cheese :)

12. minum air kosong je pasal laki pun tak bangun sahur,furthermore kenot eat early morning rasa nak muntah..bagus betul la korang ni..hahahah

13. stock up sosej,burger ,meatball Azmy ke,nugget ke..so malas sangat,goreng je one go

14.tahap malas masak, call McD atau pergi makan je kat mamak atau KFC yg 24 jam tu

15 meggi? my mom pernah masak mee cintan sup tu ,tapi letak fishball,sayur bayam..emmm sedappp! how can ur mom cook megi or cintan so sedap? aduhhh lapar mee cintan mama saya plak dah.

yang penting bangun sahur,takat makan kurma dan minum air pun jadik lah,dapat pahala :)

bulan ramadhan seperti yang semua tahu,berlipat ganda ganjaran pahala walaupun kita buat hanya yang sunat sahaja

InsyaAllah kita semua bakal bertemu kembali dengan bulan penuh rahmat dan keberkatan ni

p/s: thank you kepada yang komen semalam dan yang beri maklum balas di Fb saya,hugss! ada nak tambah?comments away

20 July 2010

apa eh nak masak untuk sahur

itulah yang asek saya fikirkan beberapa malam lepas

ntah apa yang nak di masak nanti

nak makan nasi kah,nak makan roti sajakah atau minum milo sajakah

apa ek nak masak

p/s: last year buah tamar masih ada dalam peti sejuk saya..banyak sangat,semua di beri orang,takde satu pun saya beli sendiri :)

tentang Ziyyad

pagi tadi on the way ke opis,as usual saya drop kan Ziyyad ke rumah pengasuh

mama: jom,cepat (sambil unbuckle his carseat)

Ziyyad: na mo! (tak mau!) ma,pasang..jom jalan,tengok moo moo! (suruh saya pasang balik buckle car seat nya)

mama: petang ni ZIyyad jalan ngan babah k,tengok moo moo,tengok traktor,nak tak?

Ziyyad: nak!

bangun pagi ini saya kejutkan dia sedikit tergesa-gesa,tu yang anginnya tak berapa baik di pagi hari

mama: Assalamualaikum!!,Ziyyad bangun la...

Ziyyad: (terpisat-pisat) na mo kawan! (sambil tido balik boleh?)

semalam saya main-main merajuk dengan dia pasal dia kata the word B lagi

mama : tak mau kawan dengan Ziyyad lagi,sape suruh kata b*** kat mama..tak mau kawan

Ziyyad : (nyanyi) goncang goncang mamam! solli mama (lagu mamee monster,solli =sorry)

dont ask me why he sing lagu mamee monster tu..tapi macam geram pasal comel..geget kang.

p/s:bulan ini Ziyyad 2 tahun :) am thinking to buy him an ultraman cake la..heheh..cake chocolate.

Operation Expenditure

OPEX

i learn a new word and a new thing today,thanks to my kakak Anaz..she teach me how to price right my NC

something big for me InsyaAllah will happen...(big at least to me)

right at the moment,saya berharap semua berjalan lancar,dan ini adalah batu loncatan untuk memperkenalkan NC saya

ramai yang kata NC saya ni ada big potential , tapi tulah,sebenarnya susah nak meyakinkan orang yang produk kita ni berguna untuk semua orang

even saya pernah email beberapa orang yang dianggap terkenal dengan penyusuan ibu ni,ada yang sekadar,ok..ada yg oooo..ada yang buat tak tahu

jadi sering kali saya bertanyakan pada diri "mana potential NC yang orang duk kata ni?"

tapi tulah mungkin berkat sabar dan usaha tak jemu, (<--- saya tak percaya saya kata benda ni,macam poyo je..hahaha) orang yang tak disangka mengorder NC cover saya

if malaysian sendiri tak percaya pada produk saya,tak apalah...Allah cipta bumi ini ada banyak negara lagi ;)

kepada my existing customer yang percaya pada kegunaan NC chomel, saya amat berterima kasih pada anda semua :D

p/s:bonjour!

19 July 2010

settle kah?

setelah puas menggodek header nak bagi elok,akhirnya saya settle aje dengan header atas ni

macam takde kerja lain ek?ada kerja,tapi macam "lek dulu,baru hari isnin" bahahaha

weekend lepas,saya hanya lepak-lepak di rumah mostly,hari sabtu,aswad anak mak teh saya bertunang..syabas aswad! setapak lagi je tu,InsyaAllah

mak teh banyak tolong kami masa bertunang dan kahwin dulu,hantaran belah husband saya,banyak mak teh yang coordinatekan :)

hari ahad,semua macam malas,jadi bawak Ziyyad main kat playground je

apal asorang budak tu,main kasar betul,kesian Ziyyad terhantuk sikit tu hari..

tapi nak jaga selalu pun tak boleh,it is part and parcel of growing up,jatuh terluka terhantuk sikit tu pengalaman..

kesian bila dia cakap

"ma,akit...antuk" (ma,sakit,terhantuk) sambil gosok dahi dia

dan the kid yang kasar tu dapatlah nasihat dari saya

"abang,slow-slow la sikit,jangan kasaq..tengok adik dah sakit"

nasib la anak orang,kalau tak panjang tangan je ni nak babab..hahahaha

so tu aje aktiviti hujung miggu yang penuh dengan mengulaq

p/s:konon nak kemas fabric remnants nak buat give away atau nak jual je,pun tak jadi..malas menghadap mesin jahit jap,hari ni rasa rajin balik,rasa je..hahaha

p/s: so how the new layout?

BAB 1

the thing that i feared has happen

Ziyyad sudah belajar itu perkataan bab 1, hantar ke rumah pengasuh yang ramai anak-anak,yang kalau bergaduh dan menyakat ada je perkataan keluar

Ziyyad tahu when and where to use the word bab 1..it is worrying me as a mother

memang ZIyyad masih kecil dan tak tahu maksud perkataan tu,tapi kalau dia kena marah dengan saya atau babhnya,perkataan bab 1 itulah yang akan kelaur dari mulu comelnya yang rasa macam nak cubittttt je,hish

setelah penat kami bagi Ziyyad time out setiap kali dia kata bab 1, saya try different approach

saya berlembut dengannya..

tapi setiap kali itu jugalah dia mencairkan hati saya dengan nyanian lagu "ibu..kau la...hatiku" missing notes tapi melodynya saya tahu..siap kucup pipi saya kiri kanan.

aihlah anak,kenapalah kamu ni menggunakan tektik keji begitu..cair teros.

tapi semalam another approach yang saya gunakan, sebelum tido..saya bercerita padanya

Ziyyad memang suka dengar saya cerita malam-malam sebeblum tido,jadi semalam saya cerita pasal "budak mulut jahat tak disayang orang"

the story goes something like this

"Pada suatu hari , ada seorang budak namanya ZIyyad,mulutnya jahat,suka kata bab 1, semua orang tak sayang padanya..Allah tak sayang,mama tak sayang,baba tak sayang, nenek tak sayang,mak tok tak sayang,wan tak sayang,atuk tak sayang,ibu tak sayang ,micik tak sayang..semualah tak sayang......"


ada lagi lah ceritanya malasa nak taip panjang-panjang...hahaha...so yeeah,mesti include semua yang Ziyyad sayang..micik tulah yang paling disebut kalau kena marah dengan mam dan babah dia..

so pagi ini saya bagitau dia

saya : " ingat tak apa cerita mama semalam?

Ziyyad " ngat!

saya: jangan sebut bab 1 lagi nanti micik tak sayang kan?

Ziyyad: kan! (ya)

saya:nak cakap lagi tak?

Ziyyad: na mau!

saya: janji?

Ziyad: janji!

tapi kan Ziyyad ni akalnya kreatif sikit,pernah kena marah hari tu pasal cakap bab 1,tau tak dia corner kot lain plak bunyi bab 1 tu antaranya ialah

baaaa, mamee,baby,biba...seriuslah dia tahu perkataan itu salah digunakan dii invent perkataan baru supaya tak kena marah...

tapi malam ni harus cerita lagi pasal "budak nalo bernama Ziyyad" ,i hope it works..


p/s: jadi mak bekerja macam nila,hantar rumah orang la nursery la ada aja yang diperolehi dan dipelajarinya..yang tak baik yang baik semua absorb sama sahaja.

bab1= bab*=oink oink

18 July 2010

Terbengkalai..like i care..pffttth

am trying to use the new blogger template

tak bagus ah..pasal tak de sidebar h2 punya css,i couldt put custom font face on my sidebar title,for 3 freaking days am trying,an im on the verge of menggigit laptop ineh

dah macam2 buat..agak tensen.

so yeah,im opening back this lousy blog unfinished tweaking,its like Iphone4 konon hype la semua tapi kena recall balik pasal ada problem ngan antenna..bleurghhhh wtfun!

GAH!

p/s:actually i care,pasal tu marah,if i dont care,tak buat apa-apa tindakan pun.esok isnin?arghhhh.kesian isnin ramai tak suka padanya kecuali workaholic

16 July 2010

*cakaran*

ini adalah gambarajah tangan saya yang saya cakar sendiri waktu tengah tido

saya pun tak perasan bila saya garu sebenarnya,kesan cakar ni sebab malam gatal-gatal,jadi garu

bangun pagi nak mandi ada rasa pedih-pedih,sekali tengok, banyak garisan cakar warna merah.

benda ni sebenarnya dah lama berlaku.

masa saya belajar di U dulu,kawan tegur tanya,kenapa ada kesan cakar kat belakang tengkuk saya,ada 5 semuanya (which is my kuku la semuanya)

jadi saya kata padanya "pontianak kot cakar,kan kecoh sekarang diorang nampak *balan-balan ngan pontianak"

my friend of course la freaked out..hahaha

tapi tulah,kuku saya pendek aje,tapi menghasilkan cakaran harimau...

tapi kan babah saya kata keluarga sebelah babah saya,ada saka harimau (macam cerita waris jari hantu tu lah) , saka nak waris anak perempuan je...

tapi tak mungkin la saka itu masih wujud,rimau dah pupus dan mungkin sekarang tengah buat show kat A famosa resort..miaahahaha..( Harimau should be in the wild,tapi sekarnag pun hutan dah kena tebang..seidh woowooowooo)

*balan-balan = penanggalan (bahasa sabah.)

p/s: eh kalau jadi harimau saya nak jadi harimau kutub,bulunya tebal-tebal...meowwwww! eheh meow pula..hahahah.


p/s:i cant take picture of my arm and paste it here, aurat maa.

15 July 2010

*Dear Fiqah my youngest sister*

sorry im not with u in USM kubang kerian at the moment

all i can saya ur so-call-fren adalah tahik! biarlah kakak tak tahu hujung pangkal,i always rooted for u,no matter what.

tapi tulah,kamu kena bersangka baik aje dengan coursemate kamu yang beberapa kerat tu,cuba dekatkan diri dengan mereka,have lunch with them,and ask them ada ke kamu buat salah dengan mereka...susah i know,tapi give it a try,dan jgn putus asa (atau u pay them to be ur fren..hahahaha..ok cadangan tak boleh pakai)

(dalam masa seminggu orientasi not one coursemate tegur my sister,i wonder why..does my sister appear RICH..dan di cap sombong..hendaklah kalian tahu yang kaya itu hanya Allah,dan Allah saja..yang lain tu hanya pinjaman dari nya saja,if only all of have this mentality tak akan sapa rasa tinggi tak sapa ada rasa rendah...sumpah bodoh siyal bila kita naik kereta besar,ada laptop,ada psp orang kata,berlagak gila..padahal the person are trying their damn best to be friendly..kenapalah dangkal dan jumud sangat pemikiran kau niiiii!GAHHHH! lainlah kalau datang buat muka sombong berlagak..i know my sister,she is the friendliest among us,yang paling sombong dan garang adalah saya,hahahahah)

adik,akak bermohon pada Allah dipermudahkan jalan untuk kamu,minor setback tu pasti ada,few bumps in the road mesti ada,tapi kalau sampai coursemate kamu yang 10 orang tu tak dpat sampaikan pertukaran jadual kelas pada kamu adalah tak boleh di terima,and mereka adalah retarded dan tak suppose ambil Psychology in the first place,dan memang meraka dah lama saiko.

kalau kamu rasa tak boleh carry this course do let mama and babah know. i know u can carry the subject tapi pasal kawan-kawan kamu yang lahanat tu menyusahkan hidup kamu pun buat apa, benda yang suppose senang jadi susah sebab coursemate saiko kamu ni

im mad,im pissed off with this whole situation.

ini adalah cadangan terakhir,have all ur lecturer phone number or maybe their Fb account,so minta pensyarah post kat wall Fb kalau ada pertukaran jadual, asked them nicely and said to ur pensyarah " coursemate saya tak nak kasitau jadual dah tukar pada saya,because they are jealous i am hot" or something to that effect la.... if ur lecturer ada twitter,better! the key is RAJIN JUMPA LECTURER dan kalau kena buat appoinment,buat je..jadikan diri kamu apple of their eye

bila lecturer suka,apa-apa they will tell u first,they will find u first..nak tak nak ur coursemate harus refer pada kamu. world domination!!!!!!

u can do it adik sayang..sure u will with all the leader aura in u..hugs and kisses from kami di penang,kalau ada apa-apa dont hesitate to misscall us,am sure to call ur back asap!

p/s: saya pun pernah di cap kaya,hanya kerana bawak kereta crv babah saya,babah saya suruh jaga,pasal mama and babah nak balik kl,masa tu saya di ums(lucky me,babah posting di sabah..lalalala).. so yeah memang femes la jap "budak perempuan bawak crv"..eleh pinjam mak bapak boleh la bai, lepas seminggu,kena pulang balik,naik la bas kolej yang sesak macam tin sardin tu,masa ni la pondan semua jadi lelaki,nak berebut-rebut..boleh blah la pondan hipokrit!bluwekk!

p/s: saya bawak crv babah,dan jadikan sebagai bas mini "telipok,telipok!inanam inanam!" kerjanagkut kawan-kawan yang pi kelas sama atau pi ke lab sama-sama..lucky we have like 130 plus coursemate,tak macam kursus saikoloji adik saya tu 10 orang je kot...ee saiko betul 10 orang je belajar,tak fun!

disclaimer :read at ur own risk, ni adalah entry emo..memang ada macam-macam perkataan akan keluar,kalau nak nasihat jgn jgn time ni,sahih tak dengaq punya,oh yeah,aku benci anon berlagak baik,boleh blah .end disclaimer.

*ini Ziyyad punya*

i sew a bucket hat for Ziyyad,although it is a bit crooked (da*n u circle,it is hard to sew u)

lepas siap je petang semalam, kebetulan Ziyyad ngan main kat bawah ngan babah dia,so saya campak topi ni dari tingkat 3 ke bawah,nasib saya pandai campak dan husband pandai tangkap :)


tudia,pakai terus tak mau tanggal

and this hat is reversible :D

happy with the turnout,it fits Ziyyad head perfectly..fuhh lega

saya kurang jahit barang2 utk Ziyyad,masa sebelum dia lahir,banyak saya jahitkan untuknya,the last piece i sew for him,ialah a memory game.

saya juga ada jahit fabric belt untuk Ziyyad

projek 30 minit aje,seluar ni adalah hands me down,the pinggangnya longgar sikit..saya nak betulkan getah sayang nak bukak seluar tu

jadi decide untuk buat belt aje :)

more about the hat and the belt can be found HERE

p/s: Ziyyad kata on the hat "ma..cantik,iyad nya" (mama, cantik,Ziyyad punya)..happy nya saya!

14 July 2010

*how to be rich with nuffnang2*

ini entry to mock a mocking bird wtfun

kalau nak hits tinggi,dan ramai orang ke blog write about hot news,sekarang ini hot pasal

Tom,mystars LG (the fact aku tak tahu pun perempuan ni..tertengok melodi baru tau dan kata"ohhh ni ke Tom!")

or pasal

Cut Tari,Luna Maya ,Kris Dayanti dan Ariel peterPorn..miahahah..just put one or two pictures of the said artists, kapowwww!berduyun la hits mencari nama-nama ini dalam bolog anda,dan akhirnya hampa pasal takde pun gambar blue atau video 3gp yg dicari..

or pasal

Fasha Sundial and his bf (like we didn't know that u are actually a couple eons ago, so yeah..pencari gossip artis move on please..cari berita baru dan betul lepas ni..)

or cari pasal dengan blogger lain yang famous macam RedMummia (oopsie daisy), or kelabkid or harass any politician dalam blog (opposition or not tak kisah,janji politician..hahaha)

sure ur nuffnang hit go kaboom and sure duit masyuk, tak caya try laa..

Good luck and good day to u :)


p/s: kalau korang try the last one tu mesti orang kata kau ni sebenarnya Attention Addicted Whore (AAW)..hahahha.


disclaimer: buat atas tanggungan sendiri,saya tak bertanggungjawab atas perkara-perkara bodoh yang anda lakukan.tamat disclaimer

*tentang Ziyyad*

Ziyyad mulut adalah macam bertih jagung

pok pek pok pek

belum masuk 2,tapi perangai macam orang tua..kalau kita bangun dari bersimpuh,org tua kan selalu kata "adoihh..ya Allah", dia pun serupa la

semalam saya tengah menjahit dalam bilik,jadi Ziyyad bawah pengawasan babahnya,ntah macam mana,saya terdengar bunyi cawan pelastik kena baling..dalam hati kata "sahih la tumpah air dalam tu" jadi saya keluar dan jengik..memang betul pun..ntah apa yang Ziyyad amokkan,habis basah baju tido nya,dan babahnya mestilah marah..

jadi saya tarik tangan Ziyyad masuk bilik untuk menyalin pakaian,saya cakap padanya "ziyyad janganlah nalo sangat,kan babah dah marah"

Ziyyad kata "ma..kak baju..basah..nak andi" (mama, bukak baju,basah,nak mandi)

saya kata padanya tak perlu lah mandi,lap sikit aje, terus dia tarik muka saya dan sayang pipi dan ntah apa angin nyanyi lagu "ibu engkaulah ratu hatiku"

adeh,tak tahan nak gelak pun ada...



vid atas ni cara Ziyyad nyanyi ulang suara his version is "ibu..kau hatiiiiii.....ku"

yang nanges kat hujung tu jangan percaya,as much he love crocodie (crocodile in Ziyyad language) ,air mata pun ait mata crocodile gak (crocodile tears)

Tentang Ziyyad 2

semalam malam kami call Acu Fiqah di USM kubang kerian,demam khabarnya dah seminggu tak sembuh..

jadi kami call dan loud speaker minta Ziyyad cakap dgn acu fiqah

Ziyyad : elo...acuuuu...kum...acu buat apa?

Acu:hello Ziyyad..waalakumussalam..acu baring-baring je

Ziyyad :wa..kum..lam..bye (waalaikumussalam,bye)

kira habis nak bercakap je..memang acu nya kerja gelak je kat hujung talian,kami minta Ziyyad nyanyi kat acu..jadi gembira sikit acu nye pun..yelah dah la duk jauh kan sakit plak..mesti la terkenang-kenang family kat rumah :)

so harap acu terubat sikit rindu dan jaga kesihatan tu elok-elok k :)

13 July 2010

*spelling bee*

sekarang ini dirumah saya dan husband terpaksa mengeja beberapa perkataan supaya tidak diketahui Ziyyad.

u think a toddler doesn't know anything u said? wrong! they knew..

so yeah dah dekat sebulan gak kami mengeja contoh la

mama : babah dah kosongkan A.I.R dalam P.O.O.L tak? (pool pelastik tulah)

babah: belum lagi

(if we said this out loud Ziyyad akan kata "ma,kak baju..nak mandi")

atau

mama: nampak tak P.U.T.I.N.G ziyyad?

babah:nampak,dah simpan dah.

(if we said this out loud Ziyyad akan kata "ma nak tingggg!" sambil nanges nak, kami dah kekang sikit kehendak Ziyyad ke atas puting,nak kamikaze terus kesian pula manja saya tu)

ingat budak-budak tak tahu ke?jangan lah underestimate budak-budak ni..

p/s: semalam saya mengalami meltdown,lucky i have my husband as my parachute whenever im felling so down...saya adalah kememeh dan manja,dapat husband yang faham perasaan dan situasi saya adalah satu rahmat dari Allah.

12 July 2010

*pissed off*

1. saya ada berjumpa dengan kenalan, dalam setahun ada lah dalam 5 kali, setiap kali jumpa mesti dia kata saya " eh makin sihat nampak" , dan saya berhati baik akan senyum dan kata " Alhamdulillah" , tapi tu la hari tu lain pula katanya, dia kata "nak berlumba badan ke dengan anas?" which is apa masalah kau? kalau dah lima kali kau jumpa aku,and the same thing u said to me,sure my badan dah sama dengan my husband..kalau takde benda baik nak cakap,tak perlu cakap k,senyap pun boleh,aku pun bukan mesra sangat...conversation starter la sangat,yang di apun badan dua kali lima,siap double chin apa kes..kalau ikut mulut tak insuran meamng dah lama dah balas,but my mama taught me better than that.

2. saya adalah tak suka kalau orang tanya "bila nak tambah anak?" sedangkan dia baru berkahwin dan kau lah dulu tambah anak,aku dah ada satu,kau tu satu pun takde,kecoh siot! bila saya start pening pasal minum kopi radix ,mula la tanya "hah! ada isi ke?" nakje aku jawap, isi dah buang dah pagi tadi kat jamban..sumpah annoying..bila nak tambah bila nak tambah,habis baik akan jawab ini " insyaAllah,ada la tu nanti" kalau ikut nafsu marah nak je jawab "esok,boleh? nak berapa?18 ?"

asal pening,mengandung,asal meloya mengandung...kenapa shallow sangat pemikiran kau ni.

kalau stranger mungkin la conversation starter tapi kalau orang yang kita dah kenal lama,sensitif sikit boleh?

3. ada certain insensitive b*atch yang kalau keluar kat mulut tu sedap rasa je,like contoh ada pasangan yang memang dah tahu mereka sukar mendapatkan zuriat,dah lama kahwen, rumah besar lagi pulak,dan keluar dari mulut ni kepada pasangan tersebut, "rumah besar,sunyi je,kalau ada anak-anak meriah sikit" , ape pasal mulut kamu ni..nak kata muda tak,dah berumur gak lah...sensitif sikit boleh?


if u have nothing better to say,shut up je boleh?

4. ada lagi satu kaum,kalau ke dia tu semua la hebat...semua la terpelajar,semua lah kaya,semua la living oversea..semua nak cerita..sampai dalam hati kata "biar betul cerita dia ni?"

banyak bercakap benda tak perlu buat tambah dosa je

p/s: pagi-pagi mood suwey,dah humban ke sini,ringan sikit.

p/s: semalam saya pergi ke house warming party, dan this new mother dia tidur kan anak dia dalam endoi,tapi dia terlangkupkan baby tu,which is the baby bernafas thru lubang-lubang kain endoi tu,and the baby kept on crying and crying,and the mother kept on tepuk kasi tidur th ebaby,which is to no avail,the baby nanges and wont go to sleep, terlihat itu saya rasa seperti nak selamat kan baby tersebut,tapi bila tanya tuan rumah dia kata "memang biasa tidoq lagu tu" , scaryyyyy ok..macam boleh lemas je..and one more thing,bawah endoi tu lapik bantal,yelah bila ayun kebawah tak kena lantai,dan baby tu muka akan tersemban sipa kali di endoi...sickening ok!am lucky Ziyyad tido atas katil bukan endoi.

08 July 2010

*jalan-jalan*

semalam cuti,so kami bawa Ziyyad pergi Butterfly farm yang terletak di Teluk Bahang,Penang.

kami naik melalui Relau,ke Balik Pulau seterusnya ke Teluk Bahang..

sepanjang jalan di Balik Pulau ke Teluk Bahang,boleh tengok banyak lagi durian atas pokok yang belumpun jatuh


bayaran masuk untuk orang Malayasia ke taman rama-rama ialah RM10 for adults,kid am not remember,Ziyyad free :)

mari kita lihat pemandangan dari mata saya :)



rama-rama bertelur...yang kuning-kuning tu ialah telur rama-rama ye adik-adik


yang ini ialah ulut bulu..saya tak perasan kata ada kepompong dangling kat bawah kanan tu...ulut bulu ni macam bulu-bulu lain macam tepi-tepi dia...

banyak rama-rama :)

nampak tak kupu-kupu besar pinggan tu, saya pernah nampak live kupu-kupu ni masa saya kecik di rumah nenek saya, i can't believe my eyes..saya bagitau sapa ntah masa tu,saya kata saya nampak kupu-kupu besar pinggan! and tiada sape percaya..sedih...hahahah


di taman rama-rama ada juga beberapa reptile..atas tu namanya ialah alligator turtle,besar betul...

Ziyyad and swimming tuntung..Ziyyad suka tengok turtle :)

sampai di Iguana pit,Ziyyad baut ini

he threw his water bottle dalam kolam air..tak sempat nak buat apa,cepat betul tangan Ziyyad, tau-tau dah selamat dah botol tu dalam air..haih~~

Ziyyad kena pegang,dia kata masa ni "baaaah!passs..passs" (bah,lepas,lepas..) , he was trying to pijak a rama-rama...adoih yai.

mula-mula Ziyyad takut dengan kumbang ni..tapi lepas saya cakap tak ada apa-apa baru dia nak datang dekat saya dan ambil gambar

lepas taman rama-rama ingat nak pi mandi kat taman rimab teluk bahang,tapi hujan lebat

so balik lah kami,lalu batu feregghi, tiba-tiba babahnya decide nak naik feri..




ombak dipukul feri :)



ini adalah Ziyyad tengah imitate a plane.. "vwuuuu" sambil tangan buat macam plane fly. kebetulan ada aeroplane fly masa naik ferry :)

itu ajae,dah habis dah :)

p/s: malas nak taip la,mood cuti ni..hahaha

07 July 2010

*dikau takhta dihatiku*

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you...loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I…I`ll be there for you



Happy 3rd wedding anniversary dear husband

p/s: baru perasan gambar togeder-geder ngan En.Suami adalah kurang.banyak gambar bertiga dengan Ziyyad

06 July 2010

*kenapa rasa macam lembab perjalanan hari ini..oh,ye esok penang cuti world heritage site,and also my wedding ani :) *



peace yo!

*Ziyyad early birthday present*


Ziyyad punya birthday this 28th July,tapi dah dapat hadiah dari uncle eff,umicik,acu fiqah and cik tim gf uncle eff

Ziyyad dapat book- Tresure Hunt book for Boys,by Priddy Books,sort of macam where's wally tapi versi kanak-kanak


the book spell FUN!FUN!FUN!

Ziyyad dan saya akan menatap buku ni punya lama satu page tu mencari dan mengira dan mengenal warna,sungguh seronok

suka tengok muka Ziyyad yang berkerut-kerut sambil mulut terkemam-kemam bila cari barang,bila dia jumpa je

"Haaaa! ni cro-co-die!" (ha,ni crocodile)

cakap pasal crocodile,hari tu ada biawak melintas,and quickly Ziyyad said "Ma! cro-co-diee!", anakku..itu bukan crocodile,itu biawak -_-"


"ma! lo-ket" (ma!roket!)

ini salah satu page dalam buku tu..UFO dalam bahasa Ziyyad ialah plane,when i teach him to say U-F-O it sound like this yuu-lef-ooo!

hadiah lagi satu adalah pemberian Cik Tim,a crayola markers yang comel berbentuk hayawan (haiwan)




hari ahad hari tu nenek,atuk and umicik singgah penang dari kelantan hantar acu masuk USM.

mula-mula Ziyyad eksaited nak color semua,lepas tu eksaited nak pegang semua dan baling macam guli dan tendang macam bola sambil kata " GOL!" , oh d d d dear!!

i always wanted to buy Ziyyad an easel,so he can draw anything he like,tapi saya tengok minat dia tak kesitu (coloring,lukis) , dapat crayon or pen dia akan start conteng diri sendiri dan conteng kusyen dan dinding.... kreatif ke arah lain seperti meletakkan crayon di atas track train,dan melihat sama ada train akan terbalik melanggar crayon atau train stop -_-"

another hadiah is a shoe given by umicik and acu,tak dak gambar,kasut cantik warna kelabu :)

terima kasih uncle Eff,umicik,acu and cik tim for the lovely hadiah,syukran jazeelan :D


p/s: i love priddy book,buku Ziyyad yang animal dulu pun dari priddy books :), ada tresure hunt for girls juga,comel bukunya kaler pink :) , Ziyyad love his books,bangun pagi capai buku tresure hunt,dan carik cro-co die! :D

05 July 2010

*tebiat nak mamp*

sila la habiskan ayat atas tu sendiri...ahahah

cantik kan?cantik kan?

Coach Alexandra in silver,berry

saya jarang letak gambar handbag sebenarnya tapi bila tengok coach ni,alololo comelnya..dah la kaler purpler,pastu versatile plak tu,

hand carry,sling or shoulder carry..ahkak suka dek non! tapi kalau boleh beli ,kalau boleh la..nak kaler hitam atau champagne, pasal purple susah nak matchy matchy.

the harga is RM1530.(source HERE)

lagi satu pasal nama dia alexandra,ini nama chat saya dulu-dulu, masa kat matrix kawan-kawan panggil saya Alex,pasal ada sorang tu nama macam saya,selalu confuse,so saya minta kawan-kawan panggil saya Alex,till today they still call me Alex.. (my fb fren may know this,pasal sometime org panggil dila,ada panggil erni ada panggil anas,ada panggil alex..nama pun gemini kan..banyak side..hahahah)

pernah tanya husband tentang beg mahal

saya: abang,percaya tak ada handbag harga ribu ribu

suami: percaya.

saya: kalau dila nak beli handbag ribu-ribu boleh tak agaknya

suami: boleh.

tengoklah semua jawapan pendek tiada eloborasi..macam,biar betul suami ku inehhh!

tapi tulah saya berangan je kuat,tapi kalau ada duit RM2K segedebuk tetiba,tak beli pun coach ni,saya beli apa tau.


industrial sewing machine,lagi best.

tapi tulah,KALAU ada RM2K,kalau takde,duk senyap-senyap sudah.

p/s: belakang nama alexandra tu ada satu lagi nama,konon ada anak permpuan nak guna la nama ni..tapi husband sohih tak kasik punya.berangan tak cederakan sesapa pun kan?

*agak-agaknye*



note: opinion needed,sila komen molek-molek deh.. ;)

saya hari tu pergi beli kain,saya belek-belek kain cotton ..sekali kat celah-celah kain cotton ada satu ulung kain yang chomel

tinggal sikit aje,saya minta 4 meter,tapi tinggal 3.75 M saja

terus saya ambil semua pasal comel (ke tamak? ahahaha)

::sumpah chomel ada kek,ada rabbit..cuteness!::

the fabric was so pretty,sangat suka..tapi kalau buat nursing cover ada orang nak beli ke ek?

saya masih tak letak dalam kedai,comtemplating sebenarnya sama ada nak simpan sendiri atau jual pada orang sebagai kain atau jual sebagai nursing cover

agak-agak korang lah kan,boleh ke kain ni buat NC memandangkan kain ni bukan corak bunga atau abstrak,more to cartoon like tapi cartoon sweet je..

on another note


saya stock up (lagi) kain baru di KedaiChomel..semua 100% cotton :)

p/s:setiap kali pergi kedai kain,macam pergi candy store,hari tu pergi kedai kain,husband sempat gi urut kaki refleksologi meamndangkan isteri dia kalau masuk kedai kain macam dah tak nak keluar dah..ahahah. kain baju raya toksah tanya,memang tak dak pun,nbaru dapat sepasang semalam ,itupun mama saya kasik :p

03 July 2010

*habisss!*

semalam memegang air yogurt Ziyyad

i told him to finish his cococrunch first before he get his air

u know what he did?

he poured all the remaining cococrunch in my bowl (i also end up eating cococrunch,bowl lain yg lg besar..tehehe) and happily said

"habissss! ma,nak ayaq.....plissss"

boleh tak?

siap plis ok..so pasal dah janji,bagilah jugak air tu

parenthood.

p/s: dengan budakbudak kena tetapkan peraturan yang details,habiskan makan bukan habiskan tuang kat pinggan/mangkuk mak ayah.. :)

p/s: saya support belanda dan harap depa angkat cup tahu ni..boo brazil,main kasaq poyo gila, si Melo tu buat gangster plak atas padang..Melo panas mungkin,kalau melo ais sejuk sikit,perangai elok sikit kot..wakawaka.

02 July 2010

*tulah sape suruh lambat*


felt alphabet dah sold out,harap maklum :)



Juai murah!

RM8 sekeping , ada clear vinyl, boleh letak business card, am using elastic here for safety purpose (kalau guna grosgrain ribbon panjang sangat,nanti sangkut kat conveyor belt airport plak,safety first!)

available colors


1.Black
2.Chocolate
3. Green
4.Orange


Free Postage!! (valid for felt luggage tag only)

felt tags tinggal 4,lai lai juai murah juai murah free postage lagi.

next?

ada sale untuk Alphabet Pillow..tu have to wait la k :)

apa-apa, email saya di stashowale@hotmail.com.

p/s: need to clear some stuff kat bilik jahit,dah rupa macam kedai runcit pun ada dah ni..

*observer*

saya perasan,masa Ziyyad setahun lagi,dia dah tahu his way to certain places

masa dia setahun,kami hantar Ziyyad ke nursery,tapi mungkin tak sesuai duduk nursery Ziyyad akan nangis tiap kali on the way ke nursery

he knows the route

bila sampai je kawasan perumahan dimana nursery tu terletak,dia dah start nanges meraung tak mau pegi

sampai la sekarang ni,dia tahu route dia

kalau lalu depan ice cream parlour,cepat-cepat dia cakap "ma, nak aiskelim"

kalau depan kedai kek " ma,nak kek"

kalau tak nak balik rumah "ma..na mau alik,umah wan..ikut sini" (tak mau balik,pergi rumah wah,ikut sini) sambil show us with his tiny lil fingers arah rumah wan..

kalau sampai hospital je he quickly show his kaki sambil kata "injet..injet" (injet di kaki la tu katanya)

this ability to know which route go which way,adalah ability saya semasa kecil, memang saya penunjuk jalan kepada mama saya kalau bawa kereta (masa tadika masa saya kecik tu)

dan kadang-kadang di minta sanak saudara jadi penunjuk jalan

dan ayat yang selalu di ulang suara oleh mama saya bab tunjuk jalan ialah

" peladang ikut sinilah,itu pun tak tahu"

yeah i said that to my mom,peladang tu ialah kompleks peladang di aloq staq sana..

p/s: ability nombor dua,mulut tak tapis macam laser basilisk...hahahaha