Search This Blog

18 August 2009

*1000 miles*

ini Ziyyad,sekarang sudah pandai memandu kereta kecil bewarna merah

siap buat lap lagik..aduhai anak,jatuh kang!

sekarang ini,pergi ke bilik tido pun naik kereta merah itu

hari itu saya main2 terowong dengan Ziyyad

saya dirikan terowong dari cushion sofa saya..heheh

saya pun boleh masuk dalam terowong tu...hahaaha ( dulu masa kecik selalu bina rumah cushion dari sofa kat umah nenek..hehehe)

Ziyyad tengah ragu-ragu nak masuk terowong

mungkin dia kata

"selamat ke terowong mama ni?tak macam smart tunnel pon.."

"selamat rupanya!"

seronok gak main terowong-terowong ngan Ziyyad ni

saya jadi tukang kutip tol di akhir terowong..hahaha

biarlah rumah sikit takpe,asalkan Ziyyad boleh mengembangkan imaginasinya

permainan tak semesti yang mahal-mahal

tak pelu beli educational toys yang mahal2 sampai ratus-ratus tu

dari dalam rumah kita boleh cari alat-alat yang boleh di buat main

macam Ziyyad drawer kat laci tv tu yg selalu dimain

di buka di tutupnya selalu

kami ajar Ziyyad, apa itu buka dan apa itu tutup

Alhamdulillah dia paham apa itu tutup dan buka

pembelajanran boleh berlaku dimana-mana

betul kata Kak Lyna :)

p/s::saya tak masuk contest anjuran MBP tu..tade idea la..lagipun dah ramai citer pasa educational toys ni.. :D

p/p/s::kereta kecik warna merah tu atuk n nenek kasih sempena bday Ziyyad aritu :)

6 comments:

Arin said...

waktu kita kat umah Nenek, yang paling takleh lupa bab tgk video ar..siap tido ramai2 depan tv, bentang tilam tgk tv..perghhhh...

Farah said...

saya dulu pon main terowong2 ni haha pastu mak nampak menjerit..lintang pukang kitorg lari

myfr3ak said...

dulu masa kecik selalu bina rumah cushion dari sofa kat umah nenek..hehehe

teringat zaman kecik-kecik dulu, merajuk dengan orang tua ja, bina "rumah sofa" pehtu dok sorang-sorang.. Hehehe

Cool said...

Aku setuju..

(Ini pendapat peribadi je tau! sebab aku sedar aku tak berkemampuan,eceh ceh.. kalo aku banyak duit aku pon beli segalanya@!~ :P )

Pada pendapat aku, mainan yang segala macam-macam untuk anak neh lebih kepada mengisi masa mereka supaya kita boleh buat kerja lain.

Untuk ganti diri kita yang tak dapat/letih/malas meluangkan masa untuk dia.

Letak dalam babycot campak toys. Dah. Selamat.

Tapi kalo kita main juga ngn mereka, ajar mcm mana nak main mainan tu.. itu different story.

Jiey^Mien said...

Bila la Ian nak pandai bawak kete kecik kaler merah nih..
Tunggu..Tunggu.. *sambil ketuk jari*

Izan Ishak said...

anak2 izan sampai skrg masih main bina2 umah dgn kusyen...
seronok...seronok...