Search This Blog

30 June 2010

*1000 miles*

Ziyyad,Ziyyad,Ziyyad

pagi ini dimarah saya,lalu saya beri dia time out dgn mengurungnye di dalam bilik (dah la dah lambat pegi kerja Ziyyad buat perangai,memang jadi rasaksa ultraman ok)

jadi saya kurung dia,dan kata (gertak)

mama: jom babah,tinggai kan Ziyyad,nalo sangat sepah-sepah makan (cococrunch)..tinggai dia bah..

Ziyyad: *nangis on top of his lung* maaa!ukak pintuuuu!

mama: janji jangan tendang-tendang mama lagi (he did tendang ,very slow punya tendang,siap cakap "tendang..tendang")

Ziyyad : *the tears turn to small sobs*

pasal i was already late to work,time out jadi macam 1-2 minit je

bila bukak pintu,kasut dah tertanggal (dah siap pakai kasut nak keluar,dia buat perangai)

so saya dukung dia dan letak atas katil,and i said to him very sayang-ly to him

mama : janji jangan tendang mama,nanti mama kurung Ziyyad

Ziyyad : *mata berair* plisss...plisss....maa *tarik my face and gave me a kiss on my cheek*..

alololo...macam mana nak sambung marah?habaq mai?...



cerita 2

kalau saya bercerita waktu tido untuk Ziyyad,my stories always resolve around animals..mesti macam cerita turtle dan monkey,elephant and moo moo...tak kisah la binatang apa pun,dalam tu mesti ada unsur moral i.e: sharing, love,peace,tolong menolong

tapi kalau babahnya cerita adalah tajuk yang aneh seperti crocodile dan pendekar keropok lekor ,dinosour dan posmen...like apakah punya cerita ni...

kalau babahnya cerita,saya memang ketawa ajelah...dah tajuk merapu..jalan cerita lagi lah..hahaha

Ziyyad,Ziyyad...

p/s: sebulan lagi genap la Ziyyad 2 tahun. :) adik? ada rezeki,insyaAllah :)

29 June 2010

*Price Reduce!!*


Chomel Felt Alphabet RM50 (excluding postage)

save RM30, free drawstring bag!

only 2 left!

email me at stashowale@hotmail.com

p/s:and what with all this exclamation marks!!

*how a dead man change my life*

dulu ada orang mati di opis saya,seorang pakcik India yana bekerja sebagai tukang sapu

touching his lifeless body to make sure whether there pulse is still there or no at all

i was thinking,saya tak pernah melemparkan senyuman padanya..saya hanya tahu dia bekerja di sini menyapu sampah.

so on that day onwards,saya akan senyum pada sesiapa saja yang saya bertembung,regardless dia kaya,dia miskin,dia sapu sampah,dia buat apa-apa jelah..pasalsaya tak tahu bila orang itu akan mati,dan bila pulak saya akan mati.

so this morning,seperti biasa sebelum hantar Ziyyad ke rumah kak Maria,saya berhenti beli kuih..

tiap-tiap hari memang ada orang majlis perbandaran sapu kawasan sg ara ni

ada seorang bangladesh yang menyapu umur dalam 40 an mungkin,saya selalu senyum padanya,bukan mengorat,saya hargai dia kerana menyapu sampah di kawasan ini,dan menjadikannya bersih dan cantik

hari ini dia senyum dan melambai-lambai pada ZIyyad,Ziyyad pun senyum dan lambai-lambai pada dia,sambil menunjukkan car race pada pakcik bangladesh tersebut

kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya..tersenyum dan kadang-kadang ketawa melihat keletah Ziyyad dalam car seatnya

sebaik sahaja nak masuk kereta,pakcik bangladesh tu menyapa saya,katanya

"saya..sana bangladesh..ada anak..sama"

walau tak fasih berbahasa melayu,tetap saya fahami isi kandungannya,dari riak rindu seorang ayah pada anak,wajah ceria bercampur aduk dengan suka dan duka

saya mengangguk dan senyum,dan meminta Ziyyad melambai padanya..dan Ziyyad siap flying kiss lagi..tentu seronok hati pakcik bangladesh tu :)

saya pagi ini keluar rumah untuk ke kerja dengan hati yang maha berat,berat melangkah untuk ke kerja yang tidak menjanjikan saya apa-apa,baik kenaikan pangkat mahupun gaji...

saya mengeluh berat pagi ini,melihat Ziyyad tidur lena dalam katilnya,hati berat untuk ke pejabat..kenapa kerja kalau terpaksa?kenapa kerja kalau tak kemana?kenapa kerja kalau hati dah tak suka?

tapi pagi ini Allah pertemukan saya dengan pakcik bangladesh itu,supaya saya sentiasa ingat dan bersyukur,bukan semua orang senang macam saya,kerja dekat saja pun,naik kereta lagi..bukan suruh naik kapal terbang ke negara orang mencari rezeki

mungkin....mungkin., Allah suruh saya bersabar dan bertahan untuk seketika dlam keadaan keterpaksaan ini,kerana Dia ada jalan lain unuk saya.

p/s: orang yang tinggal di Kuala Lumpur, tak murah senyum..muka tegang masam mencuka,kenapa? saya kata orang yang tinggal di KL,bukan orang KL... banyak kali saya jalan di Ikea ke,SOGO ke,OU ke...any part of KL lah..senyum tu macam mahal sangat,senyum sikit,kasik kurang stress :)

p/s:muka tegang,botox mungkin

28 June 2010

*Luggage Tag Chomel*



Juai murah!

RM8 sekeping , ada clear vinyl, boleh letak business card, am using elastic here for safety purpose (kalau guna grosgrain ribbon panjang sangat,nanti sangkut kat conveyor belt airport plak,safety first!)

available colors

1. Yellow (sold)
2.Red (sold)
3.Light Purple(sold)
4. Dark Purple (sold)
5.Black
6.Chocolate
7. Green
8.Gray (sold)
9.Orange
10.Pink (soldout)

Free Postage!! (valid for felt luggage tag only)

hurry up while stock last

for unique personalize Lugagge Tags head HERE!

email me at stashowale@hotmail.com

*ini Ziyyad kami*

orang lain ada anak,saya pun ada anak..saya nak cerita pasal anak saya je kat sini,kamu pedulik apa.. (saya pernah kena dengan statement "macam la orang lain tak de anak" , ingat best ke kena tempelak,nasib la keluar dari mulut orang tua yang saya hormat,kalau orang tua saya tak hormat,nasib la kena hambur balik )

ini ruang saya,tak suka ruang ni...get lost. (aihh makngah,garang nampak..)..a'ah garang ni..

berbalik pasal anak kesayang pinjaman Allah untuk saya ini

Ziyyad tahu berkemas,pernah berdoa suatu hari Ziyyad pandai kemas dan simpan barang menannya semula..(a dream for a mother,well at least to me)

Alhamdulillah,Ziyyad pandai berkemas..tak percaya? (tak percaya sudah nama mu dolah..ahahaha..sorry my FB fren je boleh tengok,upload guna blogspot tak nak plak dia)



selepas berkemas,saya gorengkan Ziyyad keropok ikan kesukaannya :)


tengok makan tangan mana tu..haih..

Ziyyad dapat first luka di playground hari sabtu hari tu..bercalar dah kaki..tapi tupun nak main lagi dengan kaki berdarah-darah tu..ultraman la katakan..konon..hahaha

p/s: dolah dalam entry ni tiada kene mengena dengan sapa-sapa yang hidup atau dah mati atau dah tukar jantina..ahahaha

*My Sunday*

first of all, terima kasih banyak kepada suami chomel saya yang meneman saya semalam..teman jaga gerai,disamping teman bersembang dan teman gelak ketawa saya

ramai kata "bagus la husbandboeh tolong kasi kita ketawa ", bagus juga kadang-kadang,saya selalu tense tanpa sebab..untunk melonggarkan tense tu,suami selalu buat lawak,yang kadang-kadang hanya saya je faham dan tukang gelak. :)

upper penang road ni memang terkenal dengan club dan pub pada malamnya..ialah nama pun dekat dgn E&O,cititel, dan bayview hotel..it attract tourist,dan mostly semalam pun ramai mat saleh dan chika-chika saleh yang pakai semua 'men*tek' je (menet*k is a term pada perempuan yang pakai nampak lurah segala)

dah la nampak lurah datang tanya pasal nursing cover aku pulak yang balik segan...teehehe..

depan booth saya betul-betul satu bar nama smoky jack..tengahari semalam panas gila,datanglah bar tender depa ni juai ayaq atas dulang

i asked her "ada alkohol tak?" she said no sambil gelak-gelak,sorilah i memang kampung,tak minum alkohol..ahahaha...matilah statement

beli la peach tea kat amoi ni...saya rasa dia adalah chomel :)

jiran booth saya seorang minah saleh,dia menjual all thing owl...chomel! (i rant a lot about her jeweleries in my FB yesterday)

rantai-rantai tu sangat chantek! tapi saya pakai tudung besaq jadi tak nampak la kalau kot nak menunjuk sangat...kan nak pakai macam medal kot kan...hahahaha.


ada brooch juga,ada ring,ada bracelet...chomel!!


ive been eying this particular owl ring...yang tengah-tengah (kepada Dils yang bertanya semalam di FB :) ) harga dia about RM120..satu dia jual satu minah saleh tu pakai...serius if i had money semalam,dah splurge dah..nasib duit takde sangat

ada konsert gak semalam,semalam ialah minggu jepun...so ada pottery class,ada booth nak try yukata atau kimono..

semalam juga saya berhadapan dengan situasi chomel

ada seorang chinese boy age 3, he was fiddling with my felt alphabet..mak dia panggil..dia pun tak tahu je..lama jugak dia fiddle dengan felt alphabet tu

dia tahu semua huruf2 yang ada,dia sebut satu-satu..

so i said la to his mom,if u want it i can give u discount

tengok dia teringat Ziyyad

so i gave his mom discount,and he is happily filling the felt alphabet in the drawstring back (come with every purchase of felt alphabet)...happy betul dia...

sangat chomel!!

tapi saya rasa this is the last time i went selling kot kat LPSM,target market kat sana banyak tourist,tourist suka souvenir je...takpun makanan..hahaha

p/s : * = e

p/s: jual ada lah jugak,dan banyak juga bertanya pasal NC;)

25 June 2010

*tentang Ziyyad*

Ziyyad,where do i start..emmm

Ziyyad saya perasan,kalau di dimarah oleh babahnya,mesti dia memberontak balik i.e:baling barang,tutup suiz tv terus kat plug,sembur air liur

selalu saya lah yang cakap cara lembut pada dia,implementing the word please everywhere possible

contoh : " Ziyyad pelase,jangan sepah-sepah makan", "ziyyad please simpan shoe balik" "ziyyad please jangan gigit mama" -_-"

mula-mula dia macam reluctant tapi lepas tu dia akan obey..slowly but surely

sekarang ayat pelase itu senjata Ziyyad melembutkan hati mama dia

macam semalam saya saja nak kacau dia yang sedang khusyuk tengok video di hp babah dia,saya pun gigit-gigit manja kaki dia

Ziyyad yang annoyed lalu berkata dengan lemah lembut berbudi bahasa

Ziyyad : "mama..no..plis..pliss"

so tak jadilah mama dia kacau Ziyyad

tu je cerita ,sekian,terima kasih

:P

p/s: mata berair,hidung berair..bersin sana sini..sejuk 2,3 hari ni..

*in case u r wonder girls*

in case u r wondering,im currently occupied with other things


semalm buat price tag,handmade price tag :)


dan juga bertukang buat atas ini serta price tag


ok,tu je nak update, busy ni (ayat geli plak bila taip)

p/s: saya cuti hari ini :)

23 June 2010

*majulah dila utk kedaichomel*




p/s: dalam gambar ada felt luggage tag,nursing clip dan nursing cover. i need to quit my day job,seeing all the colors kat atas, membuatkan hati nak jahit banyak-banyka,suka tengok end product depan mata :)

22 June 2010

*PrintSini*

sorry,blog entries terbanyak dalam satu hari. ala bukan selalu pun,so deal with it..hahaha

hari ahad ini 27th June 2010 saya akan berjualan disini


di upper penang road (dekat dengan E&O hotel,belakang Citybaview hotel,,tepi ada sup hameed,malam-malam memang happening la upper penang road pasal banyak bar and clubs)

jadi pasal nak berjualan selain add produk , suami kata why not buat flyer

mula-mula inagt nak print satu lepas tu fotostat aje lah,tapi saya fikir alang-alang buat flyer buat terus yang elok sikit rupanya

barulah orang pandang,kalau buat flyer pun selebet je,orang pun tak nak pandang kita

oleh kerana sepupu saya,kak arin ada bukan kedai printing saya pun cubalah.



dah siap print out,InsyaAllah sampai hari khamis

nak tengok hasil design flyer saya (ye saya design sendiri guna CS2 je,serius takde pengalaman guna photoshop..kira ok lah tu,bajet takdak sangat)



serius ok,saya sangat suka...saiz A5 (separuh dari A4,bagi yang tak tau,saya tak tau saiz apa,jadi saya cakap ngan kak arin "nak separuh dari A4..."..rupanya saiz A5..ooooo baru tau..hahah)

banyak lagi tak prepare ni..nursing cover ada lagi 7 helai kot tak siap, paci clip lagi belum buat, memory game belum ada satu pun...wooohuhuhuhu

hag tag baru nak terkial-kial buat (print simple-simple aje..teehehehe)

En.Anas pun ada tanya macam mana nanti nak decorate stall..he really into this,thanks abang pasal sama-sama dengan dila pasal hal ini..*tears*

saya takut la..rasa macam bedebar-debar gitu (gila ah poyo)

bagus juga ada En.Anas sama di stall nanti,pasal En.Anas ni ramah tamah mesra orangnya..saya ni timid sebenarnya (eh timid ke),pendiam la senang cite (eh pendiam ke)..eh apa apa lah.


p/s:produk nak jual tak siap lagi nehhhh! semalam jahit 3 helai,rehat sat tengok portugal men bola...akhirnya penat,tertido terus..wahh!gila lah takde kemajuan betul


p/s: sebab nak berjualan di sini pasal nak luaskan market,bukan hanya sekadar atas talian saja,InsyaAllah,semoga semua berjalan lancar,tak hari tak hujan.

*takut gagal*

takut gagal

takut barang tak terjual

takut tak laku

takut orang mengata

takut nanti takde order

takut nanti di kata meniru

takut!takut! takut!

masa saya nak berniaga via online dulu banyak yang berlegar dalam kotak kepala saya,kesemua diatas tu

saya jual barang handmade..so yeah banyak idea datang dari internet

saya takut kalau saya buat nanti takde orang nak,tak de order

tapi yang penting ialah usaha,put some effort

kalau idea tu datang dari internet,ubah suai sikit jangan ambil bulat2

kalau benda yang di jual itu sama,mungkin jual dgn harga lain atau jual dalam bentuk pakej...improvise sikit mana patut

langkah pertama yang paling susah,lama-lama langkah dah ok dan lambat laun langkah akan jadi lebih kemas

kalau ada orang jual sama benda dengan kita,perbaiki kualiti barang-barang kita,promote gila-gila (letak la iklan kat mana,paid atau tak paid ads) , tingkat kan usaha , luaskan pasaran

betul,rezeki ada tak kemana,tapi kena juga ada usaha ;)

p/s:don't let others dampen ur spirit.kalau kita buat kerja halal kenapa nak takut,lain la buat syabu kat umah ..tu lain cerita la. macam orang jual beg,ada lagi 10 orang jual beg kat luar sana,beza? customer service,harga,kualiti dll :)

p/s: banyak entry merepek kot hari ni,banyak sangat dalam kepala otak,kena tumpahkan dalam blog ni sikit-sikit.

p/s:: kak emma ku sayang,dila tak tuju kat sapa pun aih,entry menaik semangat kononnya :)

*kawen*

pernah dengar tak orang kata ini

"orang nak kahwen,ko pun nak kahwen,tapi tak reti jaga laki,dibiar tinggal..sorang duk hulu sorang duk hilir"

tapi saya rasa kalau sorang duk hulur sorang duk hilir mungkin atas sebab kerja

kalau dua-dua kerja maka memang la terpaksa

tapi ada isteri yang sanggup berhenti kerja (lepaskan jawatan tinggi,lepaskan gaji and watsnot) semata-mata nak berada di samping suami,nak jaga makan pakainya,kebajikannya,keperluannya...

takut nanti ada orang lain disamping suami..ehehe..gurau je jangan marah

tapi betul tau, selagi kita cari duit,selagi itu duit tak akan pernah cukup

bila dah dapat 100,nak 1000,bila dah dapat 1000 nak 10000..dan so on

tapi bila dah duduk jauh antara satu sama lain,yang isteri ingat ye

awak dah kahwin buat cara dah kahwin,bukan time nya lagi nak huhahuha partayyy! lagi

ingat sikit,awak tu dah bersuami, jaga nama suami jangan sampai orang kata

"dia ni dah kawen,tapi duk keluar dgn kawan lelaki selamba je.."

mungkin suami izinkan,tapi letak kat tangan kita (isteri) dari umpatan dan fitnah masyarakat

kalau korang jenis tak kisah-selamba -lantak orang nak kata-tebal muka, tak dapeklah nak nolong.

tepuk dada tanya iman.

semalam baca utusan di rumah ayah

isteri kata ada kursus kat mana ntah,berkawan baik dengan seorang pekerja ni umo 21..rupa-rupanya ada hubungan sulit

dan suami sendiri yang intip dan bagitau jabatan agama,kesian la suami,dah diberi izin keluar bekerja,macam tu pulak isteri dia buat

isteri ingat ye,tak cium bau syurga kalau derhaka dengan suami.

betulkan niat kita (para isteri) untuk keluar bekerja,kenapa kerja? nak up kan ekonomi rumahtangga atau nak ringankan beban suami.

setiap hari keluar bekerja,betulkan niat.

saya juga begitu,tiap kali nak menjahit saya betulkan niat nak tolong suami,bukan nak cari poket money nak beli hp..bwahahahah! (disamping la,tolong suami pun ye,ada lagi lebih boleh shopping..teehehehe)



p/s: awal perkahwinan banyak cabaran,masa utk kita serasikan diri dengan suami dan keluarganya,come wat may,sabar is the key. api tak boleh lawan dgn api,nanti lagi marak memakan diri...ada apa masalah bincang dengan yang lebih tua,yang lebih banyak pengalaman dalam alam perkahwinan. bukan lari dari masalah :)

p/s: saya nak kerja tapi nak kerja dari rumah boleh? hahahah.

21 June 2010

*dila, apa masalah kau*


iphone ke samsung galaxy s (pic source)

ok ini adalah masalah negara dila

1. iphone 4 memang la best,tapi vid call hanya melalui wifi,apa kejadah pun tak tahulah.

2.iphone 3g,3gs boleh upgrade OS i4 (multitasking,yadayada go google urself lah ha) tapi dengan processor 3gs adalah hanya 600Mhz..(source :gsmarena)boleh ke nak multitask?

3. samsung galaxy s , ada semua,ada satu masalah..takde silicon skin yang best..tak macam iphone,berlambak..kalau gi kedai handphone kat BJ tu kalau tak skin utk iphone mesti casing utk BB,serius menyampah,double standard! wek!

4. app store?takdemasalah..iphone sure lagi banyak,tapi andromarket (samsung galaxy s,OS dia ialah android) pun semakin banyak dari hari ke hari..apa yang ada kat iphone mesti ada kat andromarket

5. tiba-tiba macam taknak iphone..tapi macam nak,tapi macam taknak..oh no! tak dapat buat pilihan.sedih.

p/s: ini pun pening,macam takde benda lain nak dipeningkan.

*plis plis plis kamu jangan nakal*

Ziyyad favorite word sekarang ialah plis

semua pun plis

semalam ahad,jadi i decided to tido balik lama sikit..

tapi Ziyyad adalah bangun awal,bile dia merengek dalam crib dia diminta supaya dibawa keluar,saya pura-pura tido,tapi last-last angkat juga pasai pa nak tau dak?

Ziyyad : Ma..plis..nak kuar..plis

dengan suara yang paling suweet sekali..oleh kerana ada perkataan plis, saya pun bangun pagi dan terus menyediakan sarapan (mood pagi2 secerah metahari menyinar :P)

semua pun plis, "ma..asuh angan plis" , "ma nak book plis"

sebutan plis Ziyyad sangat comel pada pendengaran saya lah,orang lain ada aku kesah..ahahaha.

cerita pasal Ziyyad,hari sabtu ZIyyad dapat traktor..



traktor/jengkaut watever its name la hoh

to date Ziyyad ada 3 pushcar including jengkaut tu,dan satu tricycle motor..tricycle and pushcar lagi satu ada kat umah mak tok,2 ni (dalam gambar) ada kat umah.

kereta kecil warna merah tu nenek ngan atok beli masa birthday ZIyyad last year,jengkaut tu babah belikan..harga dia RM50 aje, ye RM50 bukan 2nd hand ye...pasal di beli di kedai pemborong,dapat harga borong :)

seronok plak tengok ZIyyad duk main-main ngan jengkaut tu,rasa nak join sekali,dan rasa sahih akan reban kalau mak dia yang naik..hahahaha

sekarang ke bilik tido merempit dengan jengkaut ok,tak main la kete kecik warna merah tu..

tanya pada En.Anas hari Sabtu hari tu

saya : untung,betul Ziyyad jadi anak sulung,macam-macam dapat,kalau ada anak perempuan nanti macam mana plak bang?

en.Anas : kita beli cara perempuan plak

awww!so suweet..cubit pipi sikit...ahahaha.

tapi tulah saya teringin nak beli train set kayu untuk Ziyyad,macam best (ni utk mak nye ke utk anaknya..emmm)

saya tak puas jadi kanak-kanak,jadi kalau Ziyyad ada menan saya akan join sekaki.. :)

p/s: :)

18 June 2010

*Luggage Tag kain terbaru dari kedaichomel*




ada kain baru untuk buat luggage tag,ada kain japanese linen yang snagat lah saya suka macam nak simpan je sayang nak gunting,tapi nanti kena hisab kat akhirat kang naya je..saya takut nanti kain-kain tu kata "kenapa kau tak guna kami,kau beli kami,tapi tak guna..membazir itu amalam syaitan"

san mulut masa kat akhirat tak boleh cakap,nanti tangan kata "dia klik kat komputer suruh buy,jadi aku pun klik,memang salah aku" kata tangan

ohh nooooooo! takutttt!

so yeah,saya akan buat luggage tag...

another breed of luggage tag,from synthetic felt


tapi saya belum buka order lagi,ini untuk jual di little penang street market nanti :)

tapi kalau,kalaulah ada yang berkenan dgn jenis felt ni,don't hesitate to email me

stashowale at hotmail dot com

untuk tempahan luggage tag jenis fabric dan print on,sila ke Blog KedaiChomel , only the chomels for you (eh betul ke ayat ni..biarlah..buat tak endah sudah)


p/s: barang-barang yang kita beli tapi tak guna atau jarang guna itu nama pembaziran , esok kat akhirat di hisab semuanya..jadi jangan pasal kasut yang berlambak berkodi tu buat berat timbangan dosa je..kalau tak guna jual ke,sedekahkat saya ke..ehehe..kesitu palk dia..haip!haip!

p/s: kasut tu contoh la.contoh lain pun bulih juge.

*eh memang la aku muda lagi*

korang ingat saya tua ek...hahaha..alolololo..sedih laaaa,ni kena beli cream la mer yang rege RM800 sebiji tu,baru muka nampak muda manis 17 tahun kekdahnya..

tua muda tak kisah la ok.

so secara tiba-tiba semalam,En.Anas nak belanja makan, jadi pegi mana lagi..pegi makan resepi rahsia la...jadi tengok gambau je la ye



Ziyyad comot makan kek coklat stoberi..satu slice of cake dia punya sorang.


makan tak nak orang suapkan, sendiri suap.


ice latte mocha,i never like whip cream on my drinks,tapi macam terlupa semalam nak kasitau,bedal je lah,jangan banyak cerewet


my all time favourite,tapi semalam masin sangat la pulak,or its the sign im getting old,and my taste palette gone bonkers already.


cinta hati, in case u r wondering,Ziyyad is trying to make a piece sign,ini piece sign baru,satu tangan satu jari je..hahahaha.

we ordered another slice of cake,choc indulgence , Ziyyad dah kenyang kot,tapi dia ketuk-ketuk kek sampai dah tak rupa dah.,....huhhuh..tapi saya tapau gak bawak balik rumah (stuff sangat) , jangan membazir,ada apa yang tertinggal tu tapau je la bawak balik..selalu mama saya buat macam ni..kalau ada lauk makan tak habis,tapau..kalau tak kita makan,kasik kucing makan.

tapi duk flat manade kucing,nak tak nak saya lah makan..jadi tong sampah. hahahahah.

tima kasih abang,belanja dila makan semalam :x

p/s: banyak benda nak settle ni..harap segalanya berjalan lancar.

17 June 2010

*Gelukkige Verjaarsdag*

saya sah menjadi warga tua teras masyarakat hari ni

pencapaian?

ada la sikit-sikit

1. will be joining little penang street market this end of month

2. will be joining Pa&Ma for a joint promotion this coming August,for bulan penyusuan (agak terkejut terima panggilan dari majalah kegemaran ibu-ibu di luar sana,dan saya berharap dari sini ia membuka seribu lagi peluang lain,InsyaAllah)

3.pagi ini dihantar suami ke tempat kerja :)

4. dipeluk Ziyyad dengan erat dan kasih sayang,terasa seluruh sayang di dunia adalah milik saya tiap kali dipeluk oleh Ziyyad

5. belum ada tanda Ziyyad bakal dapat adik,so tira stop asking..or else i will ask u bila nak get married,lagi haru ok...hahahah

6. iphone masih tak nampak bayang-bayang..mungkin tunggu iphone 4 kot (gila lah optimis)..hauhauhau

7. saya ada damask label sudah untuk kedai chomel..hoorey!

8.itu sahaja,sekian terima kasih :)

p/s: Gelukkige Verjaarsdag = happy birthday in Afrikaan,kan tengah world cup neh..saya dah tua,umo 27 dah.

16 June 2010

*update cincai boncai*

1. ntah apa mimpi ZIyyad semalam,bangun tido,nampak saya je "uwekkk...uwekkkk! ma,baby!"...siap gaya baby nanges tak tahan,so i scoop him up,and immediately he hug me,and i said "Ziyyad baby mama" :) pagi yang sayu,malas mo pigi kija..huhuhuhuhu

2. 16 nursing clip dah siap buat semalam,saya duk bertapa semalam dalam bilik jahit,i love the outcome, to date ada 10 nursing cover,16 nursing clip,3 bantal,3 felt alphabets...apa lagi aaa..lupa plak..hahahha..baru nampak macam nak berjualan..

3. husband really want to help me with this lil market of ours :)

4. watch portugal main semalam,i was like "eh apa la team ivory cost ni main kasar betul " atau "referee ni buta kayu betul" atau "besar betul orang ivory ni,baju sendat plak tu..a size to small mungkin" atau "buruk gila rambut mamat ivory cost ni" hahahaha, end up husband suruh masuk tido pasal bising snagat tengok bola mengalahkan bunyi vuvuzela tu..wakakaka,btw vuvuzela is freaking annoying la..

5. Ziyyad sekarang ni suka melawan babah dia..i hope it is just a phase,Ziyyad is not yet 2,tapi bahang "terrible two" dah dirasai sejak 3 bulan lepas..aduhai.

6. Ziyyad suka tengok motorcross pasar motor tu lompat-lompat, sekarang babah dia ada geng tengok ESPN,now how i am suppose to watch my channel E! ?

7. saya sakit kaki,dengan itu sekian terima kasih.


p/s: tetiba lak batuk...

15 June 2010

*aku malas la update blog*

tapi tulah kesian plak kat korang nanti tunggu-tunggu update blog ni..ahahaha..matilah perasan.

sebelum gambar kena kepam baiklah saya siarkan sahaja..

kami pergi Taiping last Sunday with kak Maria(pengasuh Ziyyad) and some of her kids

Ziyyad tengok gajah,tangkap nanges woo..like seriyesly menangis..takut. emmm

tapi tulah dah kata,kalau gi zoo tepen,jangan pegi tengah hari,nak tau kenapa?


singa tido...singa tido terbongkang dalam zoo je,sama macam kucing,kalau dia rasa selamat dan tak terancam,dia akan tido terbongkang kayak gini.


semua tido


beruang pun tido



badak pun tido eh



harimau pun tido la jugak...geram nye,rasa nak cubit misai je rimau ni,comel :)


ada gak la binatang yang tak tido..

zebra :)


giraffe


ini angsa,tido atau tak,saya tak pasti,tapi statik je atas air.


i patted the elephant's runk,Ziyyad holding me for dear life..he cried like there is no tomorrow..bila anak gajah ni masuk balik kandang,Ziyyad kata

"abesss..." lepas tu siap bunyi gajah dan tiru belalai gajah dgn tangan -_-" (dah habis baru berani)


Ziyyad was the happiest masa pergi Zoo,sekor-sekor binatang dalam zoo dia sebut dan tunjuk,excited sungguh.

Fakta menarik bulan ini :

tahi gajah adalah sangat besar..

Fakta lain

1. tiket dewasa RM12,kanak-kanak 3-12 tahun RM8, rasanya orang perak dapat harga istimewa raja kot...tak tanya plak...teehehehe

2. last beli tiket adalah pukul 6 pm

3. the zoo taiping juga ada night safari,pasai tu mungkin the animals tido saing,malam depa buat part time...hahahahaha!




p/s: ada piknik gak kat taman tasik taiping,kak maria masak nasi daging..sedap woo! gambar takdak..pasai lapaq sangat,malaih nak pikiaq dah.

11 June 2010

*1000 miles*

*love*


Ziyyad sekarang kalau mengamuk,lempaq-lempaq barang

takde barang nak lempaq,dia baring atas lantai atau jalan atau tanah atau rumput ,dalam erti kata lain..ikut dan saja

hari tu mengamuk baring atas lantai lift yang sangat gross

kalau time sweet,memang sangat sweet

akan peluk kita,walau pun tak minta..lari-lari datang pada saya,dan terus peluk

akan kemas semula barang mainan masuk dalam bakul,masuk dalam drawer..susun elok-elok..lepas habis susun siap kata

"ma..dah simpan" and smiling ear to ear

akan lap tangan sendiri pada towel lepas basuh tangan,siap kata kalau tangan kotor

"ma..suh angan " (mama,basuh tangan) while showing his dirty sticky hand.

akan nak pakai bedak pada muka sendiri tiap kali nak keluar rumah..

sudah tahu menyambung lebih dari 2 patah perkataan untuk membentuk ayat

"ma..bum shini" (ma...baring sini) katanya masa ketakutan di kacau jin toncet

"ma..nak baca book kakak shushu" (kakak shushu adalah salah satu cerita pasal seorang perempuan penjual susu)

"ba..nak nek moto beshaq" (ba..nak naik motor besar) ,semalam babanya naikkan Ziyyad kat motor jaguh sape ntah,syok pulak Ziyyad :)

hari tu mengajak Ziyyad untuk solat

mama: Ziyyad jom solat

Ziyyad : olat? jom...jom

jadi saya hamparkan sejadah kecil

Ziyyad :ajid kecik! (masjid kecil, ziyyad kata sejadah itu masjid)

lantas terus mengangkat takbir

Ziyyad: Awahhh aba! (Allahuakbar!)

konsenrate dalam 10 second kemudian lari bermain dnegan traktor nya..agagaga

Ziyyad juga sedang berusaha untuk menyebut Bismillahirramnirahim , bunyi Ziyyad lebih kurang macam ini

Ziyyad : bis la awa him

ini kerana tiap pagi kerumah kak maria,nak drive saya akan baca bismillah secara kuat,dan mengajak Ziyyad ikut sama

dan ada juga CD yusuf islam pemberian mamalong Ziyyad.. :)

dalam CD tu ada lagu bulan-bulan islam,sampai bulan ramadhan je ZIyyad start nyanyi

Ziyyad : Madan! Madan! (sambil senyum gelak sorang sorang dalam carseat)

hari tu ada bersembang dengan baba Ziyyad tentang masa depannya

saya:kita masukkkan ZIyyad sekolah tahfiz mau tak?

en.suami: tak perlu

saya:la kenapa?bukan ke elok

en.suami:sekolah tahfiz menjurus pada satu bidang aje,kita hantar dia sekolah biasa pun ok

saya : ?????

en.suami:biar dia jadi jurutera,jurutera yang islam,dr? dr yang islam...kita perlu lebih banyak profesional islam untuk membantu balik orang Islam sendiri...biar dia ada kepakaran untuk membantu orang Islam... asal kan pekerjaan Ziyyad dapat membantu orang Islam itu kan lebih baik

saya : oooooooooooooo ok ok paham

pemikirang suami adalah lebih global dari saya,yang hanya pentingkan Ziyyad dan bukan orang islam lain...emmm,sekarang sudah paham. bangga plak dapat husband yang berfikiran global ni :P

Ziyyad,mama tahu kamu hanya pinjaman dari Allah,tapi selagi boleh mama akan sayang dan jaga dan didik kamu sebaik-baiknya,InsyaAllah.


p/s:: membaca ceirta ibu yang tak senasib,membuat hati lebih ingat pada-Nya.

*jin toncet kembali*

tak jin toncet dah tak kacau Ziyad,tapi jin toncet kacau mak Ziyyad,tapi di opis

memang banyak dengar cerita-cerita mistik kat opis saya ni

the latest ialah my friend,nafa..kena teman dek hantu masa tengok youtube kat lab on saturday ( she is doing her PhD studies,dan terpaksa la lepak lab like 24/7 kan..selamat maju jaya lah pada kau nafa...aku pun tak sanggup,kau je tabah)

she saw the thing standing behind her,reflecting on her lappie screen...eeekk!

and unfortunately the thing followed her home...double eekkk!

so the thing now kacau me yesterday

i was on the cell culture lab,well cell culture lab has many sliding glass doors..

i was feeling rather tak sedap hati petang semalam at about 4.30pm liddat, so i wanted to lock the door,as dah pun nak balik

masa tengah nak kunci,somebody said to me,in a low,deep female voice

"hoi...."

jadi saya kali ke belakang,ingat ada sapa-sapa nak kacau saya ke apa,

tengok takde orang..eh eh

saya pandang kiri kanan,nobody...

pintu dah kunci tapi lampu masih tak tutup,takut punya pasal,saya fleet from the scene..

sebelum nak balik saya pesan pada 'dia'

"aku tak kacau hang na,jangan la ikut aku balik tau..aku tak kacau hang"

really bersopan punya permintaan....

sepanjang perjalanan balik adalah memasang nasyid yusuf islam Ziyyad punya CD,jadilah kan..

kadang-kadang benda-benda aneh ni jadi,akan mendekatkan lagi diri kita pada Allah...tengok macam saya,dan-dan dengar nasyid,berzikir,selawat...siap baca ayat-ayat ql-quran (kalau tak,masuk kereta pasnag fly.fm dulu..teehehe)

bercakap pasal al-quran,esok,hari Sabtu,bertempat di Tabung Haji Bayan Lepas,Penang ada rawatan perubatan AL-Quran oleh Darul Hikmah, datang lah pagi-pagi... bayaran RM5o kalau tak silap untuk pendaftaran

yelah kadang-kadang pegi ulang-alik hospital,bertahun duk makan ubat yang sama tak baik-baik jugak,mungkin boleh cuba rawatan alternatif cara Islam,insyaAllah dengan kuasaNya sembuh..

ada satu penyakit je tak boleh ubat...iaitu mati.

p/s: usaha,doa dan tawakkal.

10 June 2010

*my water moments*

ada contest baru anjuran nuffnang,dapat kamera sony cyber shot terbaru lagi..wah!teruja




iklan atas ni bukan lady gaga ke holding the camera in the water..rasa macam lady gaga lah.. (focus,focus! this is not about lady gaga olala)

mengambil gambar dalam air menggunakan kamera saya?mustahil!mustahil!imposibble!

i wish i can..pasal selalunya saya duduk di gigi air,di tepi kolam pasal takut camera kena air..sungguh bosan bila tengok Ziyyad and En.Anas bermain air..i wish i can join the fun but instead i have to pegang the camera capture the fun moment..

benci!

"splish splash!"


have to take this picture far away..or else my camera will kena the water splashing by my son...



awesome wave i tell u dat day,i wish i can jump in and play with them,but with my camera how leh? have to sit far away from the water and fun obviously to take this picture..hate u no-fun-not-waterproof camera!





this picture?! can't even see my son some more. if i have cybershot TX-5 sure this will not happen, as Cybershot Tx-5 have CMOS sensor,it provide smear free images..no more smear i tell u lah!



take 10 pictures in 1 second time frame! vivid sharp image no smear.. my son picture playing with water will be clear like a glass


can take pictures in the rain summore if i have TX-5. (dancing in the rain and taking pictures..fun factor up by 100%)


is that all with this TX-5? waterproof..then? so what.there is other digital camera that is also waterproof

TX-5 is using carl zeiss vario tesser lense, if u guys didn't know,carl zeiss is notable lense maker,the lenses are widely used in microscope.

microscope ok,bukan lense bodo-bodo je


this is an electron microscope , i once did used it at USM..so big laio this microscope.



ok,TX-5..waterproof,good lense..ok,now what?

there is more... i tell you





TX-5 have this Intelligent Sweep Panorama,taking panoramic view effortlessly..its like having a wide lense without having the wide lense,get or not what i mean?

anddddd

TX-5 can take HD movie quality at HD 1920x1080i (AVCHD).. nowadays all in high definition i tell u

even to watch the world cup now all in HD,giving u the crisp clear picture

andddd (there is more kah?)

yup there is more

Sony Cybershot TX-5 is the lightest waterproof compact camera there is in the market,weighing approximately about 128 grams (body only)

wait wait there is still more

it has 3 inch touch screen LCD...soooo iphone one...and it come in 5 cool colors namely green,silver,pink,red and black...coolness factor up by 100% percent!!

so,there..

if u want to know more,wait until i win the sony TX-5, i am sure to tell u more

:)

p/s: need details about the camera spec,head HERE.

*Jin Toncet*

the Jin as mention yesterday yang mengganggu gugat tidur malam Ziyyad dan secara langsung mengganggu gugat tidur kami sudah tiada buat masa ni dan berharap tiada lagi seterusnya..wahhh!dalam satu ayat

semalam saya ada minta air penawar pada seorang collegue,pangkat ayah juga collegue saya ni..dan orangnya pandai juga berubat orang yang disampuk atau diganggu sitan atau jin

air penawar tu satu botol besar mineral 1.5 liter..di pesan supaya merenjiskan ,mula dari kiri rumah sampai seluruh perimeter dalam rumah di renjiskan

tapi akibat adalah macam malas

saya baca bismillah sedikit dan sedikit selawat,tuang air dalam cawan dan beri Ziyyad minum

Alhamdulillah,berkat usaha dan doa,Ziyyad tak lagi menanges tak tentu pasal malam semalam

rasa air tu?

ada manis-manisnya...air penawar lah yang terbaik <--tiru shila majid air diomond..hehehahaha.

terima kasih kepada cadangan anda yang sudi membaca entry tersebut dan memberikan idea bernas yang boleh diguna pakai di masa akan datang

renung-renungkan dannn selamat beramal

:)

p/s:: air tu boleh disimpan sepanjang hayat,agak-agak tinggal sikit,just top up dengan mineral weter..top up air zam zam pun lebih elok, air hai-o water filter pun rasanya boleh.eheh kesitu plak dia

09 June 2010

*what's up in 2010*

saya adalah gelabah sikit bulan ini

first time nak join little penang street market

first time submit borang ada sikit dup dap dup dap

dan akhirnya lyndy sangat teruja dengan hasil dari kedaichomel,terus luluskan borang saya

tapinya...

item untuk berjualan adalah masih sikit,like hanya ada couple of bantals,3 lai chomel NC,1 nursing clip..like apakah!!??

lepas tu macam kena pikir macam mana nak bungkus all the items,LPSM said kene green,no plastic..mati kutu di situ(tapi dah dapat idea macam mana,tapi macam kena keluar duit,tapi duit nak bayar credit card,eh benci tau)

lepas tu pikir pulak,nak kena buat duit tukar..kang kena kasik RM50 untuk barang RM5 mati kutu nak cari kalau takde duit tukar..lepas tu macam kena pegi stall orang lain minta duit tukar,nanti mesti kena maki dalam hati leh owner stall tu...ahhh,benci betul bila kena fikir details

lepas tu fikir, kurang lebih 2 minggu lagi nak berjualan,dan masih tak siapkan item utk jual..mati lah..

bila nak jahitnya?siang kerja,malam ada hantu <--bongok betul alasan.

nampak gaya kena bangun kul 3 jugaklah nampaknya

benci betul bila kene kerja siang ni,nak kerja di rumah je boleh tak? benci lah

lepas tu pikir plak,mana tempat nak solat ntah..oh ada masjid kecil kat belakang tu,so ok rasanya,takde masalah

benci bila kena fikir every single details

benci lah,rasa nak balik sekarang dan terus menjahit.

benci betul kat hantu yang kacau Ziyyad tu,benci benci benci

p/s: benci jek ek.

p/s:: terima kasih atas tips dan petua untuk cara-cara menghalau jin dan sitan di bawah,sakit hati betul dibuatnya,nak jahit pun susah (eh..padahal penakut)

*update caca marba*

1. Ziyyad disampuk jin, dah 2 malam bangun dan nangis samapi muntah,sambil kata " mama, mama akut..akuttt" , kenapalah Ziyyad is prone to jin, saya pun tak tahulah..puas saya baca ayat qursi dan baca bismillah 21 kali dan tiup pada nya..tak juga nyah-nyah jin ni..apa saya salah tajwid ke membaca qursi..agagaga

2. semalam En.Anas terlelap masa nak tidurkan Ziyyad,masa nak bangun tu,dia kalih dia ternampak seekor anjing hitam kat dalam bilik tu

3.and now how suppose i want to sew until wee hour in the morning..mai habaq sat..saya badan je besar tapi hati kecil

4.masa Ziyyad nanges-nanges panggil saya,saya dukung dia,danZiyyad peluk saya tak nak lepas sambil kata "ma akutt...akut" sungguh manja dan comel,tapi mama pun seram nak oii...takpe baba ada...

5. husband saya boleh sense something ada pada sekeliling (read:makhluk halus) , kalau tiba-tiba dia suspicious tu,saya dah start cuak,dan kadang-kadang husband saja usik saya,which i don't like,because i am a scaredy cat..

6.pernah suatu masa saya takut nak tido,so saya kelubung dengan comforter saya,husband boleh kata apa tau "tutup la semua,nanti dia mai tarik pelan-pelan selimut tu baru tau..eeii tak taula abang..eeii", he is so not helping..so saya tido separuh tutup badna dgn selimut,katup mata rapat-rapat

7.maybe the jin like Ziyyad so much because Ziyyad has special mystical powers,eh who knows kan..kesitu plak mak Ziyyad neh,pegi cari ayaq penawaq lagi baguih.



p/s: i am more content when i am at home, u see.

07 June 2010

*Teluk Bayu*

Teluk Bayu,Sungai Batu,Teluk Kumbar , Penang

berapa banyak teluk daa

di Penang ni banyak pantai,yang bersih ada yang kotoq pun ada,yang bersih biasanya secluded atau pun hak milik hotel..hahahaha

Teluk Bayu pantai yang secluded, only locals je tahu mana tempat ni..kena masuk celah kampung di Sg.Batu,Teluk Kumbar ni baru akan ketemu Teluk Bayu

what so speacial about teluk bayu?

tempat nye cantik,banyak pokok,redup aje,ada satu bekas lombong yang dah jadi tasik di situ.



cantik,redup,nyaman je...



2 cinta hati,yang comel-comel dan gebu-gebu :D



posing kegemaran Ziyyad..mencangkung :P



mengkorek pasiaq :)




Ziyyad is actually afraid of the wave,petang semalam ombak agak kuat jugak..malam tido Ziyyad adalah mengingau ye.."akut...laut..akuttt" dalam tido,kesian Ziyyad.



ini adalah geram geram saya rasa nak cubit pipi setiap hari

pagi sebelum ke teluk bayu,saya menonton cerita Belalang di channel 611,lagu belalang ni catchy,jadi saya pun nyanyi la

mama: belalang oh belalang,belalang oh belalang..

Ziyyad: ba la lan ba la lann!! la lann! *out of tune nyanyi sesuka hati*

i burst out laughing..apadaa Ziyyad nak tiru tak agak-agak

semalam dalam kereta saya bersembang dengan babahnya,cerita pasal mumaiz,Ziyyad pun tiru

Ziyyad : mmmumaiz,mmumaiz

(cerita pasal bawak Ziyyad ke masjid..)

Ziyyad juga adalah suka menyakat mama dia (mana tidak tumpah kalau bukan ke nasi),malam sebelum nak tido,as usual saya bercerita padanya

Mama: pada suatu hari

Ziyyad : abisss!*sambil buat tangan tanda habis*

Mama : belum habis la cite..*sambung balik* pada suatu hari..

Ziyyad : abisss! *sambil gelak-gelak*

Mama : ohhh usik mama ye,siap la *main geletek-geletek Ziyyad*


oh,isnin kenapa kau datang..

p/s: saya baca kisah alanna qish,takziah buat keluarga Alanna Qish atas pemergiannya,syurga itu pasti buat si kecil itu.