Search This Blog

29 October 2009

*baby adalah seperti spongebob*

baby adalah sangat cepat belajar dari orang dewasa

ajar lah apa pun mesti di ikut dan di tirunya

like i teach Ziyyad making animal sounds (does Giraffe make sound?i dont thing so..)

hari tu ada ajar dia sampah buang dalam tong sampah

tapi dia macam endah tak endah

masa nenek and atuk (and acu fiqah) mai penang,tido di seri malaysia

Ziyyad kutip tiket parking atas meja

so we told him

"sampah,letak balik atas meja..jangan usik"

but instead, ZIyyad ambil juga the ticket

and buang tiket parking dalam tong sampah

kami semua astonished

dan dia kutip lagi kertas-kertas kecik dan buang dalam tong sampah

saya percaya membentuk anak ini perlu dari kecik

kita buat benda baik,dia akan tiru benda baik

jadi jaga tingkah laku kita,jaga pertuturan kita

InsyaAllah,anak-anak dapat serap yang baik-baik aje :)

p/s:: but still "ek ek ek" for a giraffe is cute though...hahahah



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*i am lazy today*

i am lazy to update my blog today

i hate u maybank

thank you,selamat hari khamis semua orang

ouh yeah,i miss Ziyyad..semalam dia tiru saya buat bunyi haiwan..masalahnya bila time Giraffe saya tak tau bunyi giraffe macam mana,saya buat bunyi

"ek ek ek"

boleh tak Ziyyad tiru juga

"ek ek ek"

ok sekarang saya dah ajar anak saya ajaran yang salah..

tapi masalahnya,dia kiut bila tiru saya

cute atau salah?

i choose cute.

hahahhaah



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

28 October 2009

*1000 miles*

hari ini Izzul Ziyyad genap setahun 3 bulan (15 bulan)

semalam petang saya ada beli biskut chipsmore (untuk saya sebenarnya,teringin makan choclate chip cookies)

saya letak dekat atas meja

Ziyyad capai biskut tu dan bagi pada saya suruh buka

so i tear the plastic open

break the biscuit into small pieces

and handed him a small piece

tapi dia nangis! merajuk,lari duduk belakang sofa

i was like nak gelak,pasal apa perangai macam ni pulak

saya pun pegilah kat belakang sofa,duduk mencangkung sebelah dia and handed him the small piece biscuit

he cried even louder and geleng-geleng kepala,siap bercucuran air mata

and then i handed him the biscuit in whole,satu bulatan penuh biscuit chipsmore tu

baru dia gelak and senyum-senyum,take the biscuit from me and eat the biscuit happily

ambooiiiii tak mau yang kecik,nak yang besaq,tak padan mulut kecik ye

nanti mama belikan Ziyyad chipmore mini k

p/s:;saya tak bagi dia satu keping biskut tu penuh,pasal saya tahu makan sikit lepas tu dia buang.(dia buang saya kutip,tiup-tiup sikit saya pun ngap! 5 second rule applicable untuk saya je tau..heheh)



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*success*

sebelum pergi kerja pagi tadi sempat layan MHI

saya tertarik dengan kata-kata seorang pensyarah UITM ni

" biasanya kejayaan itu diukur dengan benda yang kita dapat lihat,seperti kereta yang di pandu,rumah yang didiami, ini semua kejayaan superficial

kejayaan sebenar ialah bilamana kita perbaiki diri kita setiap hari

hari ini lebih elok dari sebelumnya

seperti contoh,seseorang yang mengabdikan diri pada kerja-kerja amal,memag kita tidak nampak kejayaannya secara superficial, tapi dia berjaya untuk memperbaiki hidup orang lain..dan itulah kejayaan sebebnarnya "

p/s:: tepuk dada :)


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

27 October 2009

*gempar sejadah berdiri di sri acres*

::bila husband tak dak keja len::

hari tu tengok tv3 kecoh isu sejadah berdiri kat kelantan,kedah dan tak ingat kat mana lagi

sejadah tu semua membentuk jemaah,dan ada sejadah paling depan dipercayai imam

mula-mula bila engok berita tu,saya syak ni mesti kat sekolah ni (memang betul pun sekolah agama apa ntah..)

kalau kat sekolah tentu-tentunya bebudak sekolah tak dak keja len buat prank kat sekolah sendiri

cumanya depa tak buat surprise macam wakenabeb tu tu

masa saya kat sekolah asrama dulu, ada beberapa helai sejadah tak boleh digunakan kerana kononya kalau dilipat-lipat akan membentuk gelas arak la

kalau lipat lagi boleh membentuk gambar kad judi la

lipat ikut lain jadi gambar syaitan lah (???!)

saya punya mulut memang la ringan

jadi saya tanya la depa yg rajin lipat sejadah nak cari gamba-gambar yg heboh diperkatakan tu

"yang korang pegi lipat sapa suruh?..yg korang lipat kata gambar gelas tak rupa gelas pun macam mangkuk adalah"

they fall silent masa tengah sibuk lipat-lipat sejadah

and the next day saya kena pulau. fineeee!

bongok!

::mata korang nak tengok apa yang korang nak tengok..ada paham tak?,seriyesly i dont see any people having sex pun::





tak perlu tunggu sejadah bediri ke sejadah sujud ke sejadah terbang ke

kepercayaan pada Allah kena ada

tak payah contoh sejadah tu semua

korang pikir oksigen sudahla

tak nampak tapi oksigen tu la yg sambung korang nyawa hari-hari

itu kebesaran Allah.

lepas buat entry ni saya terjumpa artikel ni,sila baca di SINI

p/s::just because i have my own mind..

Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*Viruspadu in ChomelNC*


VP is using Chomel Tango (retailing at RM55)

to see her more wearing ChomelNC,visit her HERE

come visit ChomelNC now,selling at even lower prices,sarting from RM18 a piece

now everyone can breasfeed in public!



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

26 October 2009

*eyeliner*

ntah kenapa rasa macam nak pakai eyeliner (celak gitu bahasa melayunya)

hari jumaat pergi ke watson,cari pensel eyeliner murah-murah

tapi tak jadi beli (pakai pencil la dulu,dah terer kang pakai liquid pulok)

balik umah singgah kedai stationary depan umah,beli manila kad (manila kad sekrang nipis ya ampun..macam paper biasa je)

kedai stationary tu saya suka sangat,selalu beli benang juga di situ

lepas tu terjumpa eyeliner murah sangat,RM 1.50

terus la beli kan..berapa RM sangat pon (pasal baru nak mengada pakai eyeliner..jadi kita beli yg ni dulu, buat praktis)

so balik rumah,gigih google cara macam mana nak apply menatang eyeliner ni

saya tanya husband

"abang,dila nak pakai eyeliner boleh?"

husband tanya balik

"eyeliner?"

"celak lah abang..boleh tak dila nak pakai?" balas saya

"oooooo..pakai la" husband kata

jadinya masa tengah praktis tu saya tanya husband saya tentang aplikasi (??) eyeliner saya tu

"abang, ok tak?" (sambil kedip-kedip mata)

"cantikkk..." kata husband bersahaja

jadinya, hari ini ke opis pakai eyeliner

tapi tadi dah tergenyeh mata sebelah kiri

dah tanggal dah pun sebelh kiri punya eyeliner

RM1.50 punya eyeliner kejap aje la pun kan tahannya.....hahahhaha

p/s:: terlupa pakai eyeliner,tu yang tergenyeh tu... :p



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*A Z M Y*

kami tak jadi pi jom heboh hari ahad,pegi hari sabtu,pasai hari sabtu hari kerja lagi

jadi tak ramai orang :D

kami pergi semata-mata nak jumpa uncle Azmy and uteh

dah lama tak jumpa diorang,last jumpa masa saya dalam pantang

hari raya tak sempat jumpa pasal petang kami balik,depa mai umah mama saya sebelah malam...tsk tsk

Ini lah tokey burger Azmy, uncle Azmy saya (the one with the cowboy hat)..if im not mistaken..dia start dari jual burger kat stall burger tu aje (ada betul ke Uteh? ooo dulu kira ngorat uncle kat stall burger la ek...hahaha)

tengok la sekarang...ada burger sendiri

macam best plak ada burger nama sendiri (tengah berangan nama Burger Erni...hahaha)

ini uteh saya (adik mama saya), memang pesen begambar adik beradik mama saya beginilah..memang makcik-makcik saya kelakar semuanya

kalau depa berkumpul ramai2,kecoh la umah nenek saya tu..kami anak-anak ini,duk diam aje... (nora..yelah tu kita diam je..hahaha)

ini Nora,sepupu saya,kami sebaya...saya panggil dia CEO...hahahha

yg pegang mikrofon tu adik nora, nama dia eddy..dia memang banyak mulut dan hobi bercakap..jadi memang layak la dia yg pegang mikrofon tu...hahahaah! (kiranya spokeperson la konon..)

ini lagi satu adik nora..pemalu hamat...tapi rajin,tengok dah gelap dah kulit :P

depa ada lagi satu adik lelaki,tapi belajaq lagi



antara product AZMY ialah burger,nuggets and meatball

korang patut rasa the meatballs

very succulent and juicy!

(kalau pun bukan sedara sendiri, saya tetap kata meatball itu sangat sedapppp!)

kami beli 3 paket,2 paket meatball dan satu chikenball (kaknaz,kami support perniagaan adik beradik tau ka...)

burger daging dia mengingatkan saya pada Crabby Patty dalam spongebob...beef patty AZMY ni gemok-gemok...serius sangat succulent! berasa sangat dagingnya..(terliuq dah ni....)


oh,yang pegang belon tu,duta tak rasmi AZMY

ada ka eddy kata kat mirofon

"beli burger 2 untuk RM10 percuma Ziyyad!!"

nak kena sekeh meh...ada ka percuma manja saya,nak kena ni..

korang boleh dapatkan produk-produk AZMY di Jusco, Giant, Tesco dan cold storage (cold storage kot kalau tak silap...)

sila try Meatball AZMY lagi sedap pada meatball IKEA tu.

p/s:: uteh,nanti dila bagi alamat ye,boleh hantar satu kontena burger untuk bayaran advert ni...MIaHAHAHHahhaa.

24 October 2009

*what dei todo*

apa mau buat hari minggu

esok pepagi dah cadang nak pegi Jom Heboh kat batu kawan

kalau jadi pi esok,itulah first time nak jejak kaki kat Jom Heboh

selama ni tak pernah pi

saya tak suka tempat sesak-sesak ramai orang (tu pasal pergi pagi)

kalau tak kerana Nora si tokey burger tak ada la saya nak pegi sana heheh

p/s:: mai turun orang penang pi Jom Heboh,singgah booth Azmy Burger,saya lepak kat situ! kira macam duta la ( booth lain ada artis,booth Azmy ada blogger tau..blogger is the new artist!)



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

23 October 2009

*push the tempo*

Ini Ziyyad

semalam tak mo tido sampai pukul 9 malam

jadinya semalam saya menjahit dengan dia

pasal saya tahu,saya sibuk waktu siang

jadi walau sibik waktu malam sekalipun,saya akan beri perhatian pada dia juga

waktu ini,waktu pebesaran untuk dia

waktu ini,waktu dia membesar

biar lah sibuk macam mana pun,do have time for u kid(s)

husband ada,tapi dia ke toilet and pegi minum jap (and whyyyy i tell you this?!)

saya usap-usap kepala Ziyyad masa dia tengah main

saya pandang matanya semasa kami bermain

dia main benang-benang yang saya dah susun elok

takpe,benang boleh disusun semula,masa yang berharga dengan Ziyyad tak boleh di cari lagi

dia tiup-tiup lubang kat benang tu

saya ketawa..

dan Ziyyad turut ketawa

Happiness = Priceless :)


p/s:: sepenat mana pun,sesibuk mana pun,hargai anak kita,bukan dia pinta lahir ke dunia,kita yang nak pada anak..dah dapat,sila hargai,seharga-harganya :)




22 October 2009

*i want to see my maneki neko on kulitmanggis stamp*


Mangosteenskin's giveaway yay!

Magosteenskin is one talented lady

she carves rubber to make stamp

and all her stamp are beautifully carved (tangan macam surgeon ini orang,sangat teliti)

Dear Mangosteenskin;

i really want to see my maneki neko in a form of stamp

what is a maneki neko u might ask?


maneki = lucky
neko = cat

in japanese

my maneki neko has a name

her name is Karen.

she always wait for me while i read my blog


truthfully
Fadilah Wanda


so sesiapa nak handcarved stamp boleh juga tempoh pada kulitmanggis :)

p/s::mangosteen,buat contest tak perlu lama-lama,saya tak sabar menunggu keputusan..heheh






*adik Ziyyad?*

dah ramai kawan-kawan blogger saya sekarang sedang mengandung anak ke dua

saya?

tak tahulah

memang betul saya ceaserean,kena tunggu 2 tahun lagu tu nak pregnant lagi

tapi ada je yg tak ikut 2 tahun tu,dah rezeki Allah kata pregnant,maka pregnant la

tapi saya rasa macam nak manja puas-puas dengan awang kenit tu dulu,baru nak ada baby kot

tak tahulah

when the time comes,it just come <--- ada betul ke ayat ini?macam tak betul jek bunyi dan makhrajnya macam semacam...hahaha

dari segi ekonomi saya sekarang cuma cukup untuk 1 orang anak sahaja

tapi orang kata,anak tu ada rezeki masing-masing

kata orang...emmm

p/s::baru nak kempis perut,dah citer pasal ngandung plak ye..hahahah




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*kempis?*

semalam lepak tengok TV

husband rub my tummy,and he said

"eh,dah kempis la perut sayang"

and i was like

"ehheheh.." *blush*

but to tell u the truth ,lately, i am hungry all the time

my meal everyday since last week

breakfast : nasi lemak bungkus dan teh tarik

lunch : nasih sesenduk setengah +ayam goreng kicap +teh ais

dinner : biscuits or fruits or sandwich( telur mata kobau+cheese+sos cili)

maybe because i dont take any heavy meal on dinner kot..ehehe

but i do feel my tummy a bit flatter then before

:)

p/s:: no i dont take any supplement nor wearing any corset.

p/p/s::saya hantu teh..


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

21 October 2009

*bebird?nonet?*

How do I answer my toddler's questions about genitals?

My 18-month-old daughter has been pointing at and asking about genitals — both hers and ours. How should I respond?

Expert Answers

Susanne Ayers Denham, developmental psychologist

No need to worry. Keep it short and sweet, and your toddler will follow your lead.

As parents, we can get anxious when children ask about anything remotely sexual. But your child's curiosity about genitals is no different than her questions about eyes, ears, feet, noses, and other less private parts. And genitals are pretty interesting, as body parts go. Her questions are only natural — after all, she has to learn about private parts from someone, and it's best for that someone to be you.

How should you respond? Be direct, and stay matter-of-fact. Follow the rule of thumb: "Is this how I would tell her about elbows or knees?" Give her the anatomically correct name for the body part ("vagina," "penis") and avoid baby talk — using funny or silly words will just confuse her and, if anything, makes the discussion a bigger deal. If she asks what they're for, you can say that genitals are for going to the bathroom. If you feel comfortable mentioning that they're also used for making babies, that's okay, too. She may not get it, but a child this age has no understanding of sex and won't make that connection.

She may also ask why Daddy's or her brother's genitals are different from hers. Point out that each person is unique: Her best friend's eyes are blue while hers are brown, and Grandma's nose is smaller than Grandpa's. In the same vein, boys' private parts look different from girls'. Keep it simple, and if you don't act embarrassed, she won't be, either.

source HERE

biasa kita melayu akan guna ayat2 rekaan macam bebird or nonet to indicate penis

saya pernah berbincang dengan husband tentang ini masa pakaikan dipaer kat Ziyyad

saya panggil itu nonet tapi husband insist it is k*te (bunyi kasaq sangat)

so,husband u are right on this

but dont leh kata k*te katalah zakar..sopan sikit..hahah


p/s:: O , oh ye,ini pendekatan omputih,pendekatan org melayu lain pula..masa saya kecik saya fikir baby keluar ikot mulut tau..hahaha

p/p/s:: i subscribe to babycenter,very useful info u know..kak lisha hari tu ada pasal toddler yg bitting semua tu,macam mana nak handle and kenapa dia bite semua ada,lupa plak nak buh sini..nanti cari balik :D



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

20 October 2009

*coaster to coaster*


order dari customer

have u got urs today?

RM5 per piece/free postage

a set of 4 RM20 excluding postage

get ur cosy coffee coaster HERE

*there's tiger prowling at my backseat*

nampak tak tiger?

itu Ziyyad punya tiger

dalam umah ada the whole safari..

Ziyyad can distinguish mana tiger,lion,elephant,giraffe semua

cuma dia sebut tak berapa reti

kalau kita cakap

"Ziyyad,mana tiger?,mama nak tiger.."

nanti dia tekedek-kedek cari tiger bagi kat saya..

cuteness!

itu rupa backseat kereta saya..dah ada anak ni,itulah rupanya,hahaha

dengan fish mobile la,dengan soft toy la..macam-macam

tak larat nak kemas,kemas sepah kemas sepah

talking about Ziyyad,hari itu dia demam

rupanya first molar nak tumbuh

rasanya ada lagi satu incoming,tang cuspid

to date ZIyyad ada 9 1/2 gigi...(1/2 tu cuspid,dah dapat rasa dgn jari bawah gusi dia)


::carta gigi Ziyyad::

bila gigi dah banyak,saya jaga gigi dia elok-elok,bersihkan gigi semua..sayang gigi kalau tak jaga

pasal saya tak pernah ada gigi cantik,gigi saya jarang-jarang,kawan-kawan sekolah selalu ketawa

tapi kawan-kawan yg ejek ai,ai kawen dulu tauu...HaHahaHAahha..now who get the last laugh?

p/s:: ................

19 October 2009

*to all mombloggers out there*

sila buat watermark pada gambar-gambar yg di upload ke blog

pasal sekarang ramai psycho/mental di luar sana

contoh gambar di watermark


::muka mak senyum macam apa je...hahahha::

memang watermark akan cacatkan gambar,pilih watermark yang lutsinar tu..ok sket..



p/s:: ada certain blog yg disable right click,tu kene pegi cari kat google la macam mana ye..tapi masih boleh print screen..jad watermark jelah

p/p/s::kes amek gambar anak orang,pastu masukkan dalam contest,pehtu boleh plak menang..hampes kan?


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*the fun theory*

*the internet is killing me!*

sorry for the lack of updates <---yes,with s

salahkan orang di IPP sana, kes tak bayar tunggakan bil,ni pakai maxis prepaid boradband ha,gigih tak nak update punya pasal

satu hari tak tengok blog,boleh dimaafkan lagi,kalau seminggu sorry beb

boleh kena sawan berbuih mulut tu

i need my daily dose of blog,email and facebook (and occassionally artist gossip..hahaha)

oh ye,saya beli henpon baru..nokia E63 saja pon,tak de nye Iphone segala..so takyah la tunjuk gambar henpon kat sini.. (Henpon canggih je tunjuk,henpon tak canggih simpan dalam kocek)

saya beli dari usaha saya menjahit selama ini,dapat la merasa nokia E63 AP set (ap murah sikit..hahah,beza AP dengan ori set ialah warranty saja..memandangkan saya tak ke argentina mahupun zibabwe,warranty local saja susah memadai..takyah zitron bagai semua)

bila dah ada QWERTY keyboard,seharusnya saya menaip sms secara penuh dan bukan short from (kalau tiada qwerty keyboard pun,saya tulis penuh juga)

semalam dapat SMS ini

"sowi,clap 6ber ni"

puas saya translate apa kejadah sms ni bunyi

clap sixber?apakah!!!??

oh rupanya SILAP NOMBER

apa ke bangang sangat,kalau malas sangat nak tulis nombor tulis je lah no. yg tersasau pegi 6ber tu pahal (maaf atas kekasaran,saya anti org tulis sms kayak gini,mau aja gua tamparim muka lho,mengerti nga?!)

sengal ok!

so, kawan-kawan semua sila la sms dengan betul,jangan diikutkan sangat shortform merapek tu..samapi tak boleh di baca..cacat bahasa di buatnya

p/s:: habis cerita,call je.








Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

15 October 2009

*im thinking to buy nokia E63.what do u guys think?*

am thinking to buy Nokia E63, ada sape2 yg guna and give me honest feedback please

saya suka E63 compare to E71 pasal E71 too bussiness-y, tak fun...E63 ada kaler merah which i adore

oh ye,sudahkan anda mendapatkan Chomel Coaster anda? saya jual dalam harga sekeping for RM5 (free postage) atau dalam set of 4 RM20 (excluding postage)


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*360*

korang ada tonton tv3 tak last night, 360?

isu pasal anak di taska

korang tahu tak orang indon(esia , eh im trying to be polite here k..hahah) , tak boleh jad pengasuh?

mak su yah habaq kat kami (mak su yah owner taska and tadika)

taska dan tadika pun tak boleh under one roof,kene separate macam Taska Amal Pintar kelolaan Mak su yah

semua pengasuh kena ada sijil asuhan dan berdaftar dengan JKM

bangunan yang nak dijadikan taska atau tadika mesti ada kompoun (yard la bahasa omputih nye,atau bahasa lainnya tanah lapang )

kalau taska tu takde tanah kompuan memang tak boleh buat taska

did i tell u,taska mak su yang adalah rumah banglo siap kompoun..

Taska mak su yah ok semua,tapi Ziyyad yang tak serasi di situ,barangkali dibuli budak lain

please parent,spend some time to mengintip,skodeng kalau hantar anak ke taska,buat lawatan terkejut pun takpe

intip sikit taska anak-anak yang dihantar tu

tanya sijil JKM semua ada ke tak ada,pengasuh ada sijil kelayakan ke tak

kalau korang ada aduan pasal taska sila telefon

TALIAN NUR : 15999 (cepat simpan dalam hp korang ye..heheh)

bak kata Majidol

“Jangan nanti baru nak tengadah”

 

p/s:: i love my son?do you?

13 October 2009

House Warming Contest | Want to win a Blog Makeover?

Halooo Jiji...kau buat blog makeover ye

hehehe..i always love Jiji's design..kedaichomel punya header Jiji la buat

cantik tau

blog badge kedaichomel , pun Jiji yang buat

Jiji memang bakat!

untuk memang blog makeover kena lengkap slogan kat bawah ni

Jiji u better kasi I menang Blog Makeover ni kalo tak……! kasi,takpelah Jiji.. u nak kasi u kasi,kalau tak kasi nak buat macam mana bukan rezeki I..I tak suka paksa-paksa ni..kalau u ikhlas bagi u bagilah..U tak kasi pun i tetap sayang kat u..pasal u banyak tolong i Ji

tu saja slogan yang boleh difikirkan di kala ini..hahaha




Syarat-syaratnya nak join contest:


1. Satu (1) blog entri bertajuk House Warming Contest | Want to win a Blog Makeover?


2. Kembangkan (haha!) ayat ini di dalam entri tersebut “Jiji u better kasi I menang Blog Makeover ni kalo tak……!!


3. Dialog Anis Manis kepada kepada saya.. Contoh: “Mii..jangan makan banyak, nanti gemuk lagi, cemana Abbi nak belikan seluar jeans?

House-Warming-Contest

4. Copy dan paste syarat-syarat ini di dalam entri tersebut.

5. Jangan lupa sertakan link http://triplecolourlife.com

6. (Optional) Copy paste Blog Contest Badge pada entri atau sidebar atau mana-mana la yang anda suka.

Blog-Makeover-Contest-Badge

saya mengaku saya copypasta! miahahaha


p/s:: Jiji always help me dalam bidang2 design-desing ni..adore her design so much!


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*Chronicles of Ziyyad's babysitter 4*

day 1 Ziyyad ok,he smell naissss masa balik! i kiss and smooch him endlessly

semalam mak saya kata kat rumah macam opis

ramai tanya pasal Ziyyad nak mengasuh dia..tiba2 hot stuff plak anak ku seorang ini

tapi saya dah suka pada Kak Maria,anak dia pun suka pada Ziyyad dan Ziyyad nampaknya suka pada anak-anak kak Maria

cuma pagi tadi dia nanges sikit,selepas di pujuk tengok ayam and cat (umah kampaung ada real life chiken i tell you..hahaha) baru reda sikit tangisan dia

saya harap kak Maria akan jaga Ziyyad elok-elok kalaupun tak sayang pada Ziyyad, cuma belas kasihan dan ihsan saja pada ZIyyad sudah memadai bagi saya

hari itu,malam sebelum Ziyyad dihantar ke kak maria buat pertama kali,sebelum Ziyyad tido

saya bisikkan ke telinganya

"manja mama Ziyyad,esok mama hantar ZIyyad rumah pengasuh baru, Ziyyad jangan nangis- nangis tau,mama baba pegi kerja kejap je,lepas tu balikla

Ziyyad jangan nangis teruk-teruk tau,nanti susah hati mama,nanti mama risau"

Ziyyad buka mata sikit masa saya cakap,dan lepas habis cakap dia terlelap semula

melihat Ziyyad tido dalam dakapan saya pada waktu malam yang hening,membuatkan hati menjadi cair dan sayu...

p/s: Kak maria told us " Ziyyad faham apa orang cakap kat dia ye,suruh tido dia tido suruh pejam mata dia pejam,suruh kemas barang dia kemas balik" saya senyum je sambil hati berbunga-bunga,itulah anak saya Ziyyad :)






Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*jangan kau bawak mulut longkang kau tu ke mari*

yesterday a neighbor came to my mom in law house

and she told us a cerita,and it sound like tis

" ada orang habaq, maksu yah (nursery owner) kata Anas (my ever so darling husband) selalu pi mai pi mai nursery tengok Ziyyad, macam tak percaya kat kami (nursery) nak jaga anak dia ,

dila jangan pi bagitau Anas plak na..nanti jadi apa pula adik beradik"

and my mum said apa tau

" sekarang tak usah pikiaq nursery ke apa,semua dah berlalu,pikiaq la ni saja"

see my mum in law rocks! hehehe

and i ask the makcik " sapa yang bawak cerita ni makcik?"

and the makcik said "adalah orang"

adalah orang itu lah mulut macam longkang!

nak pecah belahkan adik beradik saudara mara, ingat membawa fitnah aka gossip murah itu berdosa besar

and to all ladies who read this

jangan cepat percaya cerita orang (kalau dari ur best friend or ur mother or sister its find to believe)

kalau cerita dari kawan yang kadang-kadang kawan tu tak payah la pecaya sangat

ntah betul ntah tak penceritaan dia

p/s::jangan bawak mulut longkang kehulur kehilir...


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

12 October 2009

*coffee ring*

im selling coaster for RM20/4 pieces, say no more to coffee stain or rings on your desk!

It is washable

made from 100% imported cotton

stylish too!


Oriental Blue


Pink Autumn


Brown Garden


or choose ur fabric from my coaster fabric collection,custom made!

Autumn Blue


Autumn Red

Autumn Pink

Autumn Brown

Red Garden

Blue Garden

i am also selling it for 1 piece

RM5/a piece

for more emquiries,questions or orders dont hesitate to email me

stashowale@hotmail.com

price excluding postage




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*chronicles of Ziyyad’s babysitter III*

tadi,lagi satu pertemuan untuk mencari bakal pengasuh Ziyyad

dengan bantuan mak dan ayah,kami dipertemukan dengan kak maria

En.Anas kata orang nya tak banyak cakap,lemah lembut (saya tak dapat jumpa kak maria tengah hari itu,jaga ZIyyad,demam panas gigi geraham nak tumboh)

anak ada 7,yang paling bongsu darjah satu,pernah menjaga budak seramai 5 orang dulu

Kak Maria akan hanya menjaga Ziyyad seorang saja, tiada budak lain kecuali anak dia sendiri saja

saya membaca komen di entry Chronicles of ZIyyad’s babysitter 2 (CZB 2), saya baca komen dari kak ros dan rumiza rashid,betapa cekal hati mereka ni

komen nieda pula yang sanggup berhenti kerana kasihan pada anaknya

terima kasih atas komen dan doa dari kalian semua,ia amat ber erti buat saya,walau tak pernah jumpa,kita saling mendoakan antara satu sama lain :’),semoga Allah mempermudahkan urusan harian kalian ye :)

ntah lah, mungkin saya tahu rasanya di tinggal bersama orang lain untuk di jaga dan di asuh sewaktu kecil,saya bagaikan tidak mahu langsung Ziyyad sama seperti saya

saya tahu,waktu dulu,mama juga bekerjaya, mama juga terpaksa

saya harap kak maria ok,saya harap dia belas kasihan pada Ziyyad

p/s:: this is an autopublish post. this entry is written on Sunday, 1.30pm.am supose to go to 2 open houses,tapi Zyyad demam pula,kasihan dia..macam2 dugaan Ziyyad hadapi kecik2 lagi…hmmm

p/p/s:: to date we seek almost 6 person to be ZIyyad’s babysitter.. memang kena ada resume jugalah depa ni,senang nak tengok..kihkihkih


chronicles update:: send Ziyyad tis morning to Kak Maria, and she doesnt have a working hp..my worst nightmare just begin ealry in the morning..sungguh discouraging betul lah!GAH! seriyes rasa nak benti keje.sungguh!!

09 October 2009

*chronicles of Ziyyad's babysitter 2*

Sorry i cant wait for monday to post about Ziyyad's pengasuh babysitter (although i knew,nobody would read this on weekend,membuktikan ramai mengulat masa kerja on weekdays..kihkihkih..)

semlam petang kami mencari pengasuh baru untuk Ziyyad,menghantar Ziyyad semula ke Mary Kay adalah langkah tidak bijak

jadi,mak saya cari lah kawannya yang mengasuh budak,makcik tu dah tak boleh jaga pasal dah ramai budak tapi menantunya kata boleh (meanantu dia pun mengasuh budak)

masa kami tanya,dia kata boleh

tapi hari ni kata tak boleh plak..hancur hati saya

diberi harapan tapi dirampas semula

tadi jumpa pun,saya dah diam..takdak mood dah nak sembang..maaf katalah..saya kalau tiba2 sentap macam tu saya akan senyap je

takpelah,lebih elok bagitau sekarang kalau tak boleh jaga,pada jaga nanti halai balai (cincai) saja jaganya

petang tadi saja ada 3 orang pengasuh jumpa

semua saya tak berkenan

sorang tu garang,tak mesra langsung, sorang tu memang dah banyak jaga budak,sorang tu memang dah tak mau jaga dah,malas katanya

sekarang ni nampak macam dead end je dah

ada sabtu and ahad nak mencari pun..

saya tahu saya yang patut jaga Ziyyad,saya tahu

hati ni dah tawaq tak tau nak kata lagu mana dah

buat apa nak harap kat orang,saya ni mak dia,saya lah jaga

ikut jiwa ni nak benti saja kerja,duk rumah jaga anak

tak tahulah la ni lagu mana,kita tunggu pula part 3

p/s:: kan dah keluar slang utara..haih...

p/p/s:: thank your for all of ur comments at my previous post,im am truly sorry for not able to replying them one by one,as i dont have the time..busy cari pengasuh...doakan penemuan pengasuh yang baik dan solehah di temui ye kawan-kawan..






Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*chronicles of Ziyyad's babysitter*

Ziyyad nampaknya tak sesuai di nursery

haritu kan dia masuk hospital masul muntah2 (macam dalam cerita exorcist..) <---teruk betul mak Ziyyad ni kan,ada plak samakan dengan exorcist tu punya hantu..hahah :p

masa hari dia dah baik tu, kami hantar lagi ke nursery

memang muntah lagi,tapi sekali saja la

saya ada habit tau masa nak ambil Ziyyad dari nursery, iaitu saya suka skodeng

saya skodeng ikut tingkap depan,nak tengok apa bebudak ni buat dalam nursery

dan meamng sedih juga bila skodeng bebudak ni

ada yang main sendiri ,ada yang menangis tak de orang peduli

and i saw Ziyyad were playing alone,tengah kutip apa ntah kat alas kaki toilet

u know la kids,kutip2 masuk mulut

memang satu pemandangan yang paling kesian jugaklah saya tengok bebudak ni

cikgu masa tu nowhere to be seen (lagipun namanya skodeng,mana nak nampak semua kan?)

time hantar Ziyyad ke nursery la lagi satu masalah negara

belum masuk simpang kawasan rumah dimana nursery terletak,Ziyyad dah nangis meraung dalam kereta

punyalah tak nak pergi nursery

mungkin la pasal baru ke apa..tapi dah seminggu dah

tak tau la apa yang trauma melanda sangat kan..

hantar nursery tulah kan,mana Cikgu2 (pengasuh) nak cek satu2..bebudak kan ramai

jadinya kaalu diambil Ziyyad tu,memang selekeh betul la..dengan taik idung nye bekumpul,dengan hingus kering tepi hidung,dengan sisa makan tepi mulut,bau badan tu meamng ashem la...(walaupun dah mandi,tapi kalau main balik,peluh balik kan?)

kelmarin ambil Ziyyad balik dari nursery ada 3 lebam kecik kat muka,dah muka Ziyyad jadi macam muka crook drama yusof haslam je dah..

gitulah kalau bebudak dah ramai kan

jadi apa kesudahan Ziyyad dengan cerita pengasuh ni?

tunggu untuk sambungan esok,saya nak pergi menjahit ni...heheh

p/s: tis is autopublish post,im not working for two days now...



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

07 October 2009

*sepi*

Bila berkata-kata sudah tidak punya makna

Bila setiap perbuatan baik tidak diambil kira

Biar saja aku diam seribu bicara

p/s::ego?tidak..mana ada lagi..dah lama mati

06 October 2009

*yawnnn*


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!



being a parent certainly is not an easy task

tido kurang dari 5 jam sehari adalah satu perkara yang rutin bagi ibu bapa kepada cahaya mata kurang dari umur 3 tahun (apakahhh?! ayat seperti ceita dokumentari saja)

Ziyyad masih lagi diarohea,penangan ubat untuk membersihkan ususnya,tapi dr kata no need to worry

mungkin kerana sympathy effect,kami pun diarohea juga

makan je,terus nak membuang (free flow omputih kata...hahah..nah!sila bayangkan masing-masing...hahahah)

mujur ada prudentialBSN,pembayaran hospital tak perlu risau lagi .. (saya tiada syarikat yg bayar segala perubatan tu..makcik kan kontraktor je)

the first day ZIyyad kena adalah sangat menyentuh jiwa

minum susu je muntah balik,minum muntah minum muntah

sampai last saya tak mahu bagi minum pada Ziyyad,takut dia muntah

tapi dia ambil botol susu dari dalam beg susunya,dan letak dalam tangan saya, mengatakan dia memang lapar,meamng saya tidak akan lupa hari itu.

sayu sungguh hati melihat anak kecil yang tidak tahu lagi bertutur,tapi sudah tahu apa yang diinginkannya.

mau tak,perut memang kosong,semua yang diminum dan dimakan semua keluar balik

bila kita dah ada anak ni

setakat muntah,najis tu semua dah jadi mangli..kita lebih kasihan pada anak kita dan mahu dia segera sembuh

p/s::adik ipaq saya geli geleman bila kami cerita kami sedut selesema Ziyyad,saya kata "tunggulah dah kawen ada anak nanti,baru tau"

terima kasih atas doa-doa kalian yang prihatin : )

04 October 2009

Warded


Ziyyad been warded since frday.
Dlm usus ada infction,tp bkn rota atau pnemowatitsname
Harap esok ok,tak muntah lg.
Doakan dia cpt sembuh ye
P/s:via hp.*gigih*

Warded


Ziyyad been warded since frday.
Dlm usus ada infction,tp bkn rota atau pnemowatitsname
Harap esok ok,tak muntah lg.
Doakan dia cpt sembuh ye
P/s:via hp.*gigih*

02 October 2009

*MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest*

ziyyadinred1

Izzul Ziyyad Bin Anas

28th July 2008

siapa tak kenal Ziyyad angkat tangan..(ceh,poyo betul maknye ZIyyad neh)

stroller, benda yang paling mengujakan semasa mengandungkan ZIyyad

bila pergi department baby kat shopping complex,saya suka perati stroller orang

macam best jek pakai stroller mahal..(hahaha,keji,i know)

so oleh kerana saya bakal melahirkan cucu sulung dalam keluarga

saya menggunakan privilege yang ada untuk mengepau nenek dan atuk Ziyyad..hahaha (lagi sekali, keji..i know)

saya menggunakan Peg Prego Pliko travel system

alasan:: boleh attach car seat sekali atas sroller..canggih kan?

pengalaman menggunakan Peg Prego Pliko P3 travel system ::

the car seat cum baby carrier are wayyyy heavy..kalau omputih tu lain cerita la,depa besaq-besaq, kita asian petite je (adakah saya petite?besar gadang macam gajah lagi ada)

tapi kalau saya yang besar gadang pun kata berat,memang berat jugaklah car seat tu

Tapi the stroller i really love the most

in a jiffy je utk set up stroller tu,sebelah tangan pun boleh

bila lipat, dia lipat macam payung..memang senang la

boleh tahan ringan juga,ok lah..sape biasa angkat beg golf tu,ringan lagi stroller ni

handle dia adalah height adjustable,kalau orang tinggi, kita boleh ubah ketinggian handle stroller

bottle tray juga boleh ditanggalkan kalau tak mahu pakai

part yang paling penting saya rasa ialah compartment penyimpanan barang

campartment untuk stroller Ziyyad ni,besar dan ample,tapi tulah,probelm sikit kalau nak masukkan beg diaper dia,nak digantung pada handle,semak..so kena tonyoh-tonyoh jugak la nak masukkan barang kat compartment barang tu

stroller ni juga ada brake kat wheel dia,so tak risau stroller to meluncur ke apa masa korang sibuk shopping..hahaha!

the harness adalah 5 point harness,maknanya walaupun Ziyyad di harness, tapi masih bebas untuk begerak dan melasak and watnots dalam stroller

canopy untuk stroller ni boleh tutup habes sampai ke bottle tray,if let say hujan ke apa,tak kena ke anak la macam tu

dan stroller in muat dalam boot kereta kenari saya!wehoo!

dan juga stroller ni digunakan sejak Ziyyad baby sampai sekarang ni..jadi satu stroller ni jelah sejak beliau (??!) lahir :D *thumbs up*

antara tips pada para ibu bapa yang ingin beli stroller ::

stroller1click to get a bigger image :)

kebaikan menggunakan stroller ::

mempunyai stroller memudahkan kita untuk membawa anak yang masih tidak tahu berjalan

kalau kita berjalan-jalan,senang anak nak tido dalam tu

kalau pakai baby carrier,kita cepat letih/lenguh..tapi ikut suka hangpa la,takde sape larang..ikut sesuai masing-masing (dah,jgn tuduh saya anti baby wearing plak..miahaha)

time kita makan,dia duk je dalam stroller,senang kita nak makan..hahah

stroller juga bagus untuk jadi tempat sangkut beg-beg shopping..kiranya multi task la ,bawa anak sekali bawak beg shopping gitu (ramai jek buat macam ni,jangan tipu diri sendiri,tipu dosa)

a contest brought to u by

many thanks to

and

p/s:: tak tau boleh menang lagi ke dak..harapan tak terlalu tinggi untuk ini,kalau menang ALhamdulillah,tak menang,cuba lagi lain kali :)

*win-win situation*


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!


pertemuan semalam berakhir dengan baik

saya bercerita tentang mary kay

semuanya elok dan tertib

tiada yang teguris hati hatta perasaan sekalipun

di hari baik,bulan baik

adalah lebih baik untuk melepaskan,dari menyimpan jarum yang patah di dalam peti (eh,apa saya merepek ni?)

selebihnya itu urusan tuhan

siap di jamu laksa,ketupat dan rendang lagi (kebetulan open house)

sedap laksa tu,kuah pekat penuh dengan ikan..saya suka!

buat balas baik di balas baik,buat jahat dapat lah balasan dari tuhan..hehehe



p/s::
kalau ada jarum yang patah jangan di simpan didalam peti
kalau ada sila dan salah,jangan di simpan di dalam hati


p/p/s:: sejak dihantar ZIyyad ke nurseri,kaki kami ni panjang aje..ade je la tempat nak pegi hatta kedai tujuh sebelas sekalipun..miahahahha!

01 October 2009

*1000 miles*

hari tu hantar Ziyyad ke nursery genap umur dia setahun 2 bulan

macam-macam dah akal pakcik kecik ni

pagi tadi semasa tunggu babahnya bersiap,saya curi masa main dengan ZIyyad

saya tepuk bantal,suruh dia tido atas bantal tu

dia pun ikut tepuk dan terus letak kepala,lepas tu dia tarik tangan saya,suruh tepuk dia pulak,kalau saya tak tepuk,dia tepuk kan diri sendiri..hahaha!

macam tu lah Ziyyad sekarang,kalau dia nak kita buat sesuatu untuk dia

dia akan tarik tangan saya.

mulut tu toksah cerita,kepoh je..ade jelah bunyi keluar dari mulut..

kalau kita orang dewasa bersembang,lepas tu gelak..nanti dia pun ikut gelak sama,macam tahu je apa yang kitaorg sembangkan..heheh

hari tu paling saya tak boleh lupa dia buat bunyi kucing..kiut!

sekrang ni,sejak hantar nursery saya jadi bertambah sayang pada dia

rasa nak peluk je 24/7 tak mahu lepas!

*menjaga hati*

nadiah sidek: betul tau,kita sibuk jaga hati orang,ada orang nak jaga hati kita

tapi tulah..

tentang Mary Kay, semalam saya dan suami bercadang nak pegi jumpa dia pada waktu malam

Ziyyad, kami panggil Jad (adiq ipaq,lelaki,masih single umo 26,suka/pandai jaga budak-budak) untuk jaga dia di waktu malam

tapi Mary Kay takde,pi keluar..hari ni buat open house

En.Anas kata pada saya

“kita bagi dia sebulan gaji,pasal tak bagitau dia awal-awal..kesian kat dia,ini punca pencarian dia juga jaga budak..

cuba kalau kita kena retrenched,tak dapat pampasan,sakit hati jugak kan

jadi kalau kita bagi dia duit bulan depan,kurang-kurang boleh tampung dia sementara cari baby baru untuk jaga“

baik betul la En.Anas ni kan..kita pikir nak bagitau straight to the point je

hati orang sakit sape yang tahu,kalau di jaja cerita bukan-bukan pasal kami kat orang lain macam mana

jadi untuk menjaga hati,kami bagi dia duit jaga bulan 10 punya (saya nampak note RM50 berkeping-keping ada sayap berterbangn ni..huhuhu

dahla baru bayar gaji mary kay bulan lepas,pastu kena bayar pendaftaran Ziyyad kat nurseri,la kena bayaq plak untuk bulan 10 punya gaji..dekat RM1k gak la semua sekali..dah pulak gaji saya dapat awal hari tu,bulan 10 mana dapat gaji awal lagi (saya kontrak je)

menjaga hati punya pasal

p/s:: ZIyyad semakin banyak akal sejak duduk nursery neh.