Search This Blog
28 August 2009
*snazzynsuch 20000 visitors giveaway*
saya terjumpa blognya dahulu masa mengandungkan Ziyyad
dan saya beli beberapa magnetic clasp dari kedainya
oleh kerana Tini akan buat giveaway saya ingin join juga
pasal berangan mungkin akan dapat fabric dari Tini
hehehehe
berangan tak salahkan
dan sekarang saya hanya perlu jadi pengunjung bertuah yang ke 20 000
harap saya bertuah
sekian
*clutch*
dah lama tak buat benda untuk diri sendiri (crafting for my own stuff)
so semalam saya download di sini
oleh kerana ada membeli kain-kain remnants semasa di IKEA minggu lepas
jadi saya pun dengan gigih menjahit clutch sendiri :D
nak tengok tak?
malula,tak kemas sangat (saya suka menghabiskan kerja dgn cepat,pasal tak sabar tengok hasil..maybe 2nd time buat adalah lebih kemas,tapi byk2 clutch nak buat hapa?)
mari kita tengok hasil keras-tangan Acik Dila korang
Button tu saya beli di Yoonie,besar sangat button ni,saya soka!
saya suka gambar ni pasal background dia putih seamless,saya try and error ambil gambar produk macam Kak Emila (kalau saya tak letak border tu gmabr produk tu akan sama je dengan background,saya suka tengok..bersih dan kemas macam produk kak Emila :D )
ini ialah pertama kali saya jahit dart (lisu bahasa melayu nye),ok juga,tak sesusah mana yang saya sangkakan,dalam masa 1jam atau 1 jam setengah dah siap dah
saya skip buat piping..pasal saya tak suka buat piping (elehhh,tak reti tu cakap je lahh..hahaha)
kalau ikut asalnay,paern ni guna snap button,tapi saya taknak saya tukar guna button besar gadang tu..dia ads personality gitu nokss,hahahah
sekarang boleh humban long wallet,handphone dan juga card holder saya..dan lepas tu humban clutch ni dalam diaper bag Ziyyad,jadi taklah terabur hp dan wallet dalam diaper bag dia,kalau takkkkk,jenuh la cari hp dalam diaper beg awang kenit tu
p/s::semalam tanya En.Anas "cantik tak abang clutch ni?" ntah berapa kali,hati nak kena convinced baru leh pakai...kasihan dia jawap byk kali..tapi dia jawap jugak..cuma sampai satu tahap dia kata.."tak cantik lah!" saya muncung..pastu dia bagitau.."kan lah abg nak kata gitu,mestilah cantik"..saya senyum balik! :D
27 August 2009
*ooo tak pose ekkkk*
tapikan kalau korang lapar gila (yang tak puasa la)
adakah korang
1. pegi drive thru mana-mana,order buat selamba aje..balik opis makan dengan member perempuan lain tak puasa kat stor
2. pegi drive thru,order tu siap pakai cermin mata hitam pakai mask (nasib H1N1,boleh cover sket), order,lepas tu pecut kereta laju-laju,makan nyorok-nyorok bawah meja
3. pegi 7E (contoh) masuk selmaba je..tengok air selamba je..beli air kotak,browse biskut ke apa ke..pegi cashier bayar..selamba je,pasal ialah,perempuan pun,rileks la beb
4. sanggup tahan kelaparan sampai balik umah...hahaha
5. dah tau tak pose,bawa bekal siap-siap dari rumah,kan ke senang
saya adalah memilih no 3
baru je balik tadi..nasib la cashier perempuan melayu islam,so gua lepak je beb...hahahah!
tapi kalau lelaki saya dah sedia jawapan siap-siap dalam otak kalau ditanya
"tak puasa ek?"
jawapan saya yang paling berhemah yang akan di conjure ialah
"kenapa?kamu susah ke saya tak puasa?"
hahahahahambekkk tanya lagi sape suruh
nasib tak de orang tanya,kalau tak meamng menguji kesabaran je jawapan saya tu..miahahaha!
korang macam mana ek?
p/s:: so please la lelaki-lelaki semua,jangan tanya saya kalau tak nak dapat jawapan kuang ajaq dari saya...hahahaha
p/p/s:: tapi saya makan nyuruk-nyuruk,malu juga orang nampak kalau tengah sedut srott srott air milo kotak..hahahah! Jadi temen-temen yang tak puasa,hormati orang yang puasa ok :D
*Bernina Bernette or Singer Confidence?*
Bernina adalah sangat sleek
dari segi function rasa sama je
drop bobbin semua
harga rasanya bernina tu RM2000++ kot
Singer tu RM1400++, kat sini senang cari service center kalau singer ada problem
bernina tak tau la plak kat penang ni mana service center,tapi ada orang jual kat queensbay tu
saya nak mesin jahit yg sturdy,tak jumpy bila saya jahit (mesin jahit saya yg brother tu suka lompat lompat kalau saya jahit laju..hahaha.)
saya nak mesin jahit yang boleh semua ketebalan,kira harung je la tebal pun
mesti ada fuction one step button hole<----harusss
dan boleh buat free motion juga (untuk quilting,tapi saya bukan hard core qulting pun,saje nak cuba-cuba)
kawan-kawan saya specially yg crafter tu,berilah cadangan untuk memudahkan saya memilih mesin jahit saya yg baru nanti,InsyaAllah :D
do drop me a comment ye,thankies :)
p/s:: bernina ada 28 stitches,manakala singer ada 50 jenis..saya memang suka banyak2 jenis jahitan ni..hehehe
26 August 2009
*pengalaman*
emm..memang akan efek korang punya menstrual cycle
korang punya BFF flow akan jadi macam empangan pecah (bukan paip bocor lagi)
seriyes saya tak tipu
dalam masa 2 jam ur pad will be soaked wet (it drips too sometimes)
u can feel ur BFF flows non stop,memang tak selesaaaa ya ampunnn!
dalam satu hari memang kena banyak tukar la..(rasa nak pakai yg extra long untuk night punya tu,tapi kalau tido selesa la pakai yg itu,kalau siang nak berjalan rasanya macam punggung itik pun ada..hahahah!)
berapa kali dah BFF ni nak sangat tengok dunia,habis dia langgar semua kain baju kurung ni
nak je bawak baju spare gi opis
tapi kadang2 BFF ni keluar pun macam nak tak nak je
pakai la pad sekalipun,balik mesti bersih jeee
mengada-ngadakan BFF saya yang comel ni sejak bertemu kawan dengan si iud tu,lempang dua-dua kang,baru tau
dan semenjak guna si iud ni,memang la akan perut cramp sangat,sakit pinggang macam dah nak terbelah dua (macam masa mengandung dulu punya sakit pinggang..sekso badan menanggung nye
p/s:: tak berdisplin nak makan pil,kadang2 tu malas
p/p/s::anggap ini artikel ilmu untuk para wanita sana ye.
25 August 2009
*and so i thought*
last month my BFF since im 10 years old,come visit for 2 weeks!
2 weeks i tell you
never in my life,my BFF came more than a week
this is all salah my iud (well,i think so)
so i thought
"yeah..maybe nanti ramadhan my BFF would never come visit again,so i can puasa the whole month"
tapi tidak..my BFF itu sangat comel dan manja (dan mengada also..habes sakit pinggang and perut cramp tau ke..datang comel-comel aje tak boleh ke?)
dia datang lagi semalam pukul 6.30pm..comel kan beliau datang pada waktu itu,kenapa kau tak datang pukul 8pm jee haaa!
tapi takpe..perempuan memang Allah cipta macam itu
today ai raya yuuu...hahahaha
p/s::gelak la hahaha,esok-esok nak mengganti sekso dek badan...hahhaha
p/p/s:: bendera Indonesia la plak,asek jepun je kak KV...hehehe
berapa byk ps daa:: BFF? u know who...hehehe
*cramp*
lepas tu sakit pinggang
lepas tuu.....
threeee
hahahaha
p/s::kalau tak paham takpe..hehehehe
24 August 2009
*resipi berbuka untuk dibawa kerumah mak mertua*
saya akan memberikan resipi manisan ramadhan,sesuai untuk dibawa ke rumah mertua (aii,kanlah nak lenggang kangkung makan free kat rumah mak mertua kot..bawak la buah tangan sket..hahahah)
pic courtesy of Familyapproved
hari ni Resipi Manisan Ramadhan kita ialah Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot.. (nama harus lah gah ye pemirsa sekalian)
bahan-bahan
1.Gula Melaka
2.Gula Kabung/Gula Merah
3.Gula Putih biasa aka gula prai (sedikit sahaja digunakan)
4.beberapa helai daun pandan
5.Santan fresh (santan fresh wangi ye bau dia ye puan-puan,takde santan fresh boleh juga guna santan kotak tu)
6. Sagu
cara-cara masak ye puan-puan
1. masak gula (campur semua gula kabung + melaka + pasir),masak sampai pekat,puan-puan agak-agak la nak manis macam mana..letak daun pandan kasik wangi gla tu,bila dah pekat,tapis gula tu kalau ada gula kabung tak hancur
2. set aside gula dah masak tu
3. basuh sagu atas tapis,masak sagu secara kukus ya (cara saya,ada yg masak terus),sagu yang masak berwarna jernih/tranparent
4. santan(fresh coconut milk) letak sikit garam (secukup rasa),sejukkan dalma peti ais
cara menghidangkan Sagu Gula Melaka Bersantan Ala Dilot ni
scoop sagu yang dah masak kedalam mangkuk, siram kan dengan santan sejuk yang fresh,kemudian letak gula pekat ke atasnya
letak sekuntum bunga orkid untuk hiasan,kalau teringin nak makan,silalah,tercekik..saya tak tanggung
siap di hidang dan meng impress kan mertua anda semua..hehehe
selamat mencuba,dan selamat menjalani ibadah puasa
p/s:: tapi jap lagi saya nak buat pudding roti je..cepat sket,tak yah masak-masak..resipi Puding Roti ala Ziyyad akan di berikan untuk rancangan esok ye puan-puan
p/p/s:: Jiji,aku tau ko suka sagu gula melaka kan?
*hujann..sejukkk..rasa nak tido*
apa pengisian ramadhan anda semua tahun ini?
saya dah isi ramadhan saya dengan ayam percik kelantan masa balik kl tuhari..hehehe (isi perut tu kak,bukan isi ramadhan..ceitt)
tapi kat penang takde plak ayam percik kelantan yg sedap tu..mmm
(kenapa kau cerita pasal makanan ni dila..tukar topik lain ye)
ehh..takde mood la nak update,tak larat taip.hahahah
p/s::zaman baginda rasulAllah dulu, puasa pun pergi beperang..yang kita ni dengan nafsu pun tak boleh lawan,nafsu makan,nasfu soping (oh ye kami dah beli baju raya...tak sabar raya..tahun ni sedondon!wahhh!).
p/p/s::jaga kesihatan ye anda semua :D
22 August 2009
*rss feed*
i cant seem to update my cubecart to 3.0.20 manually,gagal!
cubecart saya versin 3.0.17,takde rss
saya minta tolong Mercumaya,tapi depa tak boleh tolong,i have to update my cubecart manually
i ask mercumaya to update their fantastico in cpanel for the cubecart to be the latest version,they cant do it
i ask them to install installtron (macam fantastico jugak tapi labeih senang nak update ni semua) pun depa tak boleh,katanyaaaa
so i fail to rss my website,dissaponted?you tell me
so now takde rss feed for my .com
p/s::sape2 tahu to rss my website easily,sila bagitau. habis dah google saya guna and apply all the mothod tapi Gagal,with capital G.
21 August 2009
*ingat nak keluar..tapiiii*
saya ingat nak keluar pi jalan TAR
cari kain tambah koleksi di kedaichomel
tapiiiii…
macam mana nak bawak Ziyyad dgn keadaan swine flu ni
emmm
p/s::mama kata kita doa banyak-banyak pada Allah dijauhkan penyakit ni semua
20 August 2009
19 August 2009
*kenapa kauuu taipp macam ni haaaaa!*
KejAp BesaR kejap KeciK
Mau MuntaH tAu Ke biLa BacA
kAu TaK peNat Ke Taip MacaM ni Haaa?
saya tak boleh teruskan menaip begitu,rasa melugai dah ni
p/s::LaGi sakit JiWa kaLau Taip DenGan TeXt BewarnA waRni
p/p/s::takdak masa la naa nak taip kaler male ni..siapa yg taip macam kat atas ni kesimpulan dia satu je :: TERLEBIH RAJIN! oopps terlebih sudaaaa
minta maaf tok,cucu tumpang taip sini..hahahah
*ChomelNursingCover.com*
thanks to Kak Ros aka lilmama and my ever so talented friend Jiji (she made the header..cute eh?go ask her to made one for u....murah-murah je Jiji boleh buat header untuk korang..pegilah blog dia,cantik betul header dia
saya hanya beli domain n hosting for RM98 for a year
then i installed cubecart (original plan nak pasang wordpress with ecommerce plugin)
tapi dah ada cubecart buat apa plugin lagi ye tak?
terima kasih juga kepada Pakcik Google
saya belajar CSS,php and watnots (kepala senoneng dah ni..serius....need a break from pc la)
terima kasih kepada Abang Effi pasal tolong test apa semua
terima kasih kepada En.Anas kerana membenarkan saya meluangkan masa yang banyak depan komputer hari minggu lepas..i love u!
sebenarnye ada je yg cubecart siap design semua,tapi kena bayar ratus-ratus la..bagi org yg ada duit,cheap la..tapi bagi saya yang working on a tight budget,i learn and it takes time
memang la masa pun precious,tapi kerana duit pun tade,redha jelah belajar CSS template semua
so now its open for public
wanna see?
Click HERE
bila dah tengok sana,mai komen kat sini,berilah cadangan dan kritikan membina (membina saja,tak membina ai nanges)
oh lagi satu,macam mana nak buat kedai saya tu appear dalam search engine ye,such as Google and Yahoo..sapa2 yang tahu,kindly help me boleh..pleaseeeeeee..
p/s::balik KL esok,wehoooo..saya perlukan cuti.
18 August 2009
*1000 miles*
siap buat lap lagik..aduhai anak,jatuh kang!
sekarang ini,pergi ke bilik tido pun naik kereta merah itu
hari itu saya main2 terowong dengan Ziyyad
saya dirikan terowong dari cushion sofa saya..heheh
saya pun boleh masuk dalam terowong tu...hahaaha ( dulu masa kecik selalu bina rumah cushion dari sofa kat umah nenek..hehehe)
Ziyyad tengah ragu-ragu nak masuk terowong
mungkin dia kata
"selamat ke terowong mama ni?tak macam smart tunnel pon.."
"selamat rupanya!"
seronok gak main terowong-terowong ngan Ziyyad ni
saya jadi tukang kutip tol di akhir terowong..hahaha
biarlah rumah sikit takpe,asalkan Ziyyad boleh mengembangkan imaginasinya
permainan tak semesti yang mahal-mahal
tak pelu beli educational toys yang mahal2 sampai ratus-ratus tu
dari dalam rumah kita boleh cari alat-alat yang boleh di buat main
macam Ziyyad drawer kat laci tv tu yg selalu dimain
di buka di tutupnya selalu
kami ajar Ziyyad, apa itu buka dan apa itu tutup
Alhamdulillah dia paham apa itu tutup dan buka
pembelajanran boleh berlaku dimana-mana
betul kata Kak Lyna :)
p/s::saya tak masuk contest anjuran MBP tu..tade idea la..lagipun dah ramai citer pasa educational toys ni.. :D
p/p/s::kereta kecik warna merah tu atuk n nenek kasih sempena bday Ziyyad aritu :)
17 August 2009
*macam mana nak daftar paypal*
khusus untuk orang yang berniaga sebagai salah satu cara pembayaran
bagi mereka yang memiliki perniagaan online,mempunyai akaun paypal adalah merupakan kuasa yang hebat
pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan credit card tanpa sebarang masalah,dan juga paypal adalah selamat.
untuk para peniaga anda boleh meilih a/c paypal yang biasa atau upgrade acount anda kepada premier atau business
Premier accounts are for members who will have a high transaction volume, need to accept credit card payments, or would like access to our special features not offered with Personal accounts. Premier accounts include all the benefits of Personal accounts, as well as our special features.
Business accounts allow you to do business under a company or group name, accept all payment types for low fees, and accept payment from customers without PayPal accounts. Business accounts include all of the benefits of Premier accounts, as well as our special features.
(ctrl+c dari paypal )
bagi kita orang malaysia, kita tak boleh buat bank transfer menggunakan paypal,cuma boleh guna credit card sahaja (paypal is america base ye kawan-kawan)
dan macam mana nak guna credit card itu untuk keluarkan duit yg pelanggan dah bayar
ada yang sarankan guna kad dari public bank
tapi saya ada solution lebih mudah
guna Tune Card dari air asia ni(updated::for those yg ada Maybank debit card u can use that too! thank CY 3.5 for the info :D )
Apply saja tunecard ni dari website dia,within 14 days korang akan dapat Tune card (tune card ialah prepaid Visa card), diorang akan hantar terus ke rumah!
so first thing first apply ur Tune Card ,before buat akaun paypal bagi mereka yang berniaga online,for those yang nak shopping tu takyah apply tunecard neh,guna je kad kredit platinum ke gold ke apa2 ke yang korang ada tu
bila dah dapat tune card activate kad tune korang
dan sekarang boleh pegi ke paypal
cara apply memang senang,straight foward saja
p/s::tapi kan saya belum pernah guna tune card untuk keluarkan duit dari paypal tau,tapi should be no problem,pasal memang saya penah pegi forum-forum bincang pasal tune card and paypal ni. saya guna paypal dulu kunun bukak kedai kat Etsy. tapi saya tak boleh compete dengan orang yang dah ada nama lebih lama dalam etsy tu. :P
p/p/s:: saya ada ilmu sikit ni saya kongsi disini,bukan ilmu saya pun,ilmu Allah yang kasik..maaf la pada sesiapa yang tak tahu pun ape kejadahnya fantastico tu semua..for those who knows dan ada masalah untuk uninstall Wp tu saya harap artikel saya sedikit sebanyak membantu :D
*ustad akhil dan waheeda bernikah?*
memang betul pun
tak dak gambaq na kat sini
tulah jadi iartis
korang mengaku dari awal kan senang
ini tak
“saya no komen”
atau
“biar Allah saje yg tentukan”
atau
“kami hanya kawan”
hanya kawan? My FOOT! la
p/s::pi carik gambaq unstad akhil kawen..muka beseri macam menikah pertama kali..ahahahah
p/p/s::bukan Maizawati (bekas ieteri ustad rock) kasi ustad kawen ngan waheeda ke? bukan waheeda tak mau jadi isteri 2nd ke? atau ustad cerai kan maizawti,pehtu kawen dgn waheeda.lepas dah kawen dgn waheeda baru rujuk balik maiza,jadi WAheeda nak sangat jadi 1st wife kan..so maiza jadi 2nd wife lah…hahaha..pandai ustad akhil ni..otak bergeliga boleh buat batu cincin
*Gimana caranya membuang akaun WP dari Cpanel*
miahahaha (tak boleh blah okeh tajuk atas ni)
godek punya godek,rupanya fantastico tu boleh autoinstall Zencart (read below entry on how to install WP.org using cpane>fantastico deluxe)
pada install WP dengan plugin e commerce tu baik install Zen Cart terus
(kak emma,FAntastico boleh autoinstall Jommla!)
jadi konon nak unintall WP la terus,ingat senang macam buang file/folder biasa
so saya buang manually (tick semua WP folder and tekan delete)
little that i know i was heading for BIG trouble
di fantastico ada uninstall WP secara auto..tapi pasal saya dah kacau folder WP dalam file manager,makanya..autouninstall tu incomplete
so i cant install Zen Cart (dalam satu domain eg. www.yourdomain.com tak boleh ada 2 skrip eg macam Blogger lepas tu ada plak WP)
jadi dah tunggan langgang dah cpanel saya (saya yang tunggan langgang…HAHAHAHA)
so saya tanya support team mercumaya,saya bagitau kata saya manually uninstall WP dan guna juga khidmat fantastico..tapi still tak boleh install Zencart,macam mana nak buat (dalam istilah IT ni,kita issue tiket,tiket ni macam solan untuk support team rasanyalah)
tapi memang thumbs up la kat support team mercumaya
saya issue ticket problem saya tu kul 11 pm semalam,dan saya ingat depa nak balas pagi ni..tak ok! diaorang balas kul 11.22pm,hari yg sama,malam yg sama
bagus,bagus…macam nilah bagus
jadi depa kata diorang reset je balik account saya,bagi yang fresh punya,tapi of course la data hilang semuanya
reset la En.Mercumaya,saya tak kisah,data apa la sangat pun
so a lesson learn (again,by mistakes)
so next time,kalau guna fantastico untuk install apa-apa pun,fantastico juga lah yg uninstall kan untuk kita
jgn buang secara manually,nanti langsung salah..kene plak nak reset-reset cpanel tu
for more info what im talking about..korang google lah ye, kerana guru saya sebelum ini pun google juga! (now i give u the joran and u all go fishing ok!)
p/s::WP= wordpress
15 August 2009
*ftp?php?apa kejadahnya!*
saya merasakan seperti masuk ke kelas IT 101
aduhh,pening otak tua saya nak belajar pasal IT terms ni
ftp= file transfer protocol..nak upload ftp ke server wajib ada ftp client
banyak free ftp client,tapi saya suggest guna cofeecup,senang untuk 1st timer macam saya ni
saya ada membeli hosting dan domain dari mercumaya (harus masuk affiliate program neh)
byk problogger guna hosting dari luar negara pasal depa kata sana kurang cuti kononnya
oleh kerana saya nak support Malaysian made product (wa duit takde la beb..hahaha)
mercumaya menawarkan pakej menarik bawah RM100,saya suka..lagipun mercumaya ni dah lama kat malaysia
lagipun kalau saya ada masalah (almaklumlah,bukan buta IT dah,tuli pun ye gak) saya telepon je depa ni senang (cakap melayu je,kalau cakap omputih tak reti,ahaks!)
punyalah berhempas pulas nak upload all the file kat ftp selama 4 hari (ye 4 HARI!)
abg azwar kata mercumaya ada autoinstall wordpress (ye AUTOINSTALL! sengal ok kepala otak nak upload file ke server..kalau guna filezilla matilah asek time out,atau cannot connect server..saya hampir menangis pasal ni..rasa give up pun ada dah..siap minta ‘ i want my money back’ kat mercumaya..hahahah!)
tap sampai 5 minit,my wordpress dah install tak ke shiiila _ _ namanya(sila isi tempat kosong dgn hurup2 konsonan dan vokal yg seswai..nanti apa plak org label saya kan..ahahahah :P)
wordpress ada satu plugin yg best (byk plugin best sebenarnya) antaranya ialah E-commerce dan eshop
memudahkan orang berniaga macam saya dengan bajet cukup makan sahaja buat eshop sendiri :)
its great for those yg jual craft sendiri..
terima kasih ketakhinggaan pada En. Azwar Ansori dan Puan Adzreena dari Andari kerana membantu sepupu mu yang bengong neh (saya ber YM dengan mereka,kelas jarak jauh :P) will belanja u guys makan roti nan garlic/cheese/biasa…u guys choose je :D
rasa nak nangis bila dapat tau ada autoinstall tu (dalam cpanel>services>fantastico deluxe)
p/s::saya domain sendiri?tungguuuuuuu (wa belum habis godek la beb..hehehe)
p/p/s::for those yang nak setup paypal,nanti saya akan buat tutorial di sini k :D
13 August 2009
*Chef Pian*
dalam cerita alamak saya suka lawah chef pian..lawak ok!..hari tu gelak2 juga lah,pasal dia meniru aksi chef-chef malaysia yg terkenal
tengok alamak semalam?
tak tengok ek?
takpe alamak ada rerun show
- Every Wednesday, 9.30pm at Astro Ria
- Re run show :
a) Thursday : 5.30pm
b) Friday : 11.30am
c) Saturday : 1.00am & 1.30pm
d) Sunday : 10.30am
e) Monday : 3.00pm
korang ada idea lawak yg lagi bagus..hantar ke kat email atas tu..untung2 boleh tengok lawak sendiri kalau terpilih
*tis is a rage post*
for whom who thinks my bahasa is not appropriate for a mom,dipersilakan untuk bermain jauh-jauh..ini entry marah berapi
pagi ini masa nak hantar awang kenit tu ke mary kay,mary kay tiada dirumah..dari 7.30 am,melarat sampai 8.30am..last2 saya minta cuti aje pada bos
mary kay tak habaq nak pi mana,telefon bukan takdak..telepon tak boleh ka?
aku hangat dah tak ingat,awat buat lagu ni?apa ingat aku kerja kompeni sendiri ka?
aku hangin,last2 ambil awang kenit punya susu semua,pi breakfast ka luaq (merasa makan nasi lemak tun sardon)
aku call lagi kul 9.30 am,still takdak sapa angkat,pi mana? marketing hai o ka?
she cause me my job, and my husband job to,dah la En.Anas ada appoinment dgn client..tak ke haru..
memang after raya will send Ziyyad to nursery
on why i’m delaying hantar ZIyyad ke nursery,heres the reason
- Ziyyad still cant walk properly,kesian dia kaalu kena buli budak yg lebih besar dan budak yang boleh jalan..because i saw Ziyyad hari tu,kesian dia…dia still merangkak,tapi dia nak berkawan..tapi tulah masalahnya,kalau dia boleh berdiri tak wobbly atau jalan dgn betul baru lah kuat nak tahan dari kena push atau pukul.kalau dia merangkak,bayangkan kalau dia kena push and pukul oleh budak2 baya dia..tak samapai hati babe tengok dia macam tu. jadi biar dia boleh berdiri dan berjalan dengan betul dan kuat,baru pegi nursery (and buli balik sapa yang buli Ziyyad k sayang,defend urself,don let others push u around k).kita tak tau,mungkin anak kita tu yg suka buli orang,who knows kan..hahaha
-
masa saya buat entry pasal mary kay tu,the next week saya pegi outstation,oleh yang demi kian,pada malamnya mary kay jaga. 2 minggu lepas tu,saya pegi sabah pulak..jadi memang malam-malam yang saya outstation tu mary kaya kan jaga, dan kami bayar lebih pada nya. itulah punca kenapa saya masih hold dulu hantar Ziyyad ke nursery.
-
lagi satu,kalau hantar nursery pad masa itu,baby ada 8 orang,yang jaga cuma 3 sahaja,saya dah tengok tempat macam mana baby dijaga. baby bahagian atas tapi ada safety gate la kat tangga. baby ni ada yang tido dalam endoi dan ada yang tido atas tilam. memang ikut regulation, endoi tak boleh digunakan. tapi tulah ada baby2 ni dari rumah dah diajar guna endoi untuk tido. oelh kerana ZIyyad masih baby lagi,tu yang saya tak hantar. biar lah tunggu Ziyyad boleh jalan dan berdiri dnegan betul,only then saya akan hantar dia ke nursery
itu sahaja sebab kenapa saya tak hantar Ziyyad ke nurseri lagi..being a working mom is not easy,u constantly get worried of ur child..bila timbul perasan tu,mulalah nak berhenti kerja jaga anak
saya rasa sapa2 yang nak hantar anak ke pengasuh/baby sitter korang kena buat black and white. buat perjanjian..biarlah orang tu baik macam apa sekalipun..ini memudahkan kita di kemudian hari. manusia tetap manusia.
state kat situ dari jam berapa sampai berapa nak letak rumah pengasuh..kemudian hari tak di ungkitnya . pasal bayaran macam mana,kalau jaga lebih bayar macam mana,,kalau jaga kurang bayar macam mana
kita adalah employer dan pengasuh tu employee..bukan kita kena turut kehendak diorang ni
kami ni silap,terlalu baik,terlalu bertimbang rasa,terlalu nak jaga hati orang..tengok where it get us..menyusahkan sahaja kadang-kadang
dalam seminggu 3,4 kali suh ambil awal..dalam 11.40am macam tu..nasib husband kerjanya flexible sket..tak la susah sangat
tapi kalau selalu macam tu,kompeni pun boleh bankrap ok.
takdelah semua buruk pada MK,tapi cukp samapai sini hati saya bersabar,cukup sampai sini saya ikut kan saja kehendaknya..saya hormat MK pasal dia lebih tua pada saya,tapi jgn ingat orang muda boleh diambil kesempatannya,saya juga punya suara.
p/s:: tengahari MK ada dirumah,jadi hantaq awang kenit ke MK,lepas tu pi kerja..i have a day job to keep u know.
p/s/s::takdela bahasa kesat sangat pown..ahahaha
11 August 2009
*serabut sikit*
sorry kawan-kawan semua,saya tak sempat nak tinggal komen kat blog kawan-kawan
kebelakangan sibuk sikit
banyak yang saya autopublish entry saya
oh ye,semalam ZIyyad tidur lena,betul la kot Farah,hantu gi makan eskrem agaknya…hahahaha
p/s:: whats up with me?tungguuuu jeng jeng jenggg
*seram malam keliwon*
malam keliwon malan jumaat ye temen-temen
kan semaam saya cerita Ziyyad semalam tido mata pejam tapi menangis,gara-gara pergi taman botani,Penang
begini kisahnya
8.30pm
saya hendak menjahit,jadi saya tinggalkan Ziyyad bersama suami dalam bilik,pasal setahu Ziyyad dah tido,tapi alih-alih dia menjerit dalam tido.
saya dah rasa tak best dalam hati,memaksa suami ambil wudhuk dah baca ayat qursi,keudian ambil ibu jari lekapkan padi lelangit sendiri. lepas lekap pada lelangit,calit sikit kat belakang telinga ZIyyad,kening Ziyyad,di pelipat lengan dan pelipat kaki ZIyyad
Ziyyad tido semula…
tak lama lepas tu,dia jerit balik dalam pejam matanya
saya jadi tak sabar (marah pun ada,apa pasai nak kacau anak aku)
saya pangku ZIyyad,saya baca ayat qursi sepenuh hati dengan yakin saya baca
“zuppp” meremang bulu roma saya
bacaan pertama saya hembus umbun-umbun Ziyyad
bacaan kedua saya sembuh di tapak tangan,saya sapu seluruh badan bermula dari kepala ke kaki
bacaan ketiga pun saya bat serupa dengan yang kedua
lepas tu saya baca bismillah sampi habis sebanyak 21 kali,yakin dengan maksud bismillah iaitu dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
saya tepuk Ziyyad hingga dia lena
dan Alhamdulillah dalam pukul 9.30pm Ziyyad tido
10/8/09,jam 7.00 pm
petang semalam kami nak tidurkan Ziyyad
Ziyyad banyak merengek-rengek,tak tahu la kenapa
masa tengah main-main dengan Ziyyad (dengan harapan dia penat bolehlah tido)
En.Anas main azan-azan dengan dia,masa tu Ziyyad main kat tepi En.Anas atas katil,saya lepak-lepak relax je
tengah En.Anas azan,Ziyyad pandang bucu almari yang ada semua soft toys dia,saya ingat dia nak main la dengan toys je
dia pandang tajam kat situ,lepas tu cepat-cepat paling dan tekapkan muka kat atas perut suami saya
lepas tu dia tengok balik penjuru tu,dan palingkan muka seolah-olah ketakutan, lepas tu dia menangis
saya dah cuak (saya macam berani tapi takut-takut ayam tu masih ada)
suami tanya “hantu ada kat situ ye”, kemudian marah “dah semua keluar,ziyyad tak mau main dah,balik semua!”
alih-alih pintu terkuak..(saya assume angin saja..lalala) <----dasar penakut!
pintu memang tak tutup rapat,tapi hampir rapat juga
suami sambung lagi
“balik terus,jangan mai dah,pi beli aiskrim kat mamak tu” (refer gambar mamak jual aiskrim semalam )
lepas tu saya ambil wudhuk dan baca suruh al-mulk (bacalah ayat apa pun..nak baca surah jinn panjang sangat pulak :P )
masa nak tido kan Ziyyad saya baca ayat qursi dan 3 qul,nampaknya ok sahaja,InsyaAllah tiada apa2.
sekian saja karangan cereka dari saya :D
p/s::kadang2 menjahit di waktu malam gives me goose bumps,InsyaAllah takde pape,”dia” pun makhluk Allah juga.
10 August 2009
*Taman botani penang*
kami ke taman botani semalam
penat tawaf taman botani..cantik juga
sekali sekala berjalan di taman menghirup udara segara adalah bagus juga
Penat jalan,kita pekena aiskrim dulu
padanlah ramai yang exercise kat sini ada yg tak kurus-kurus..hahaha
p/s::malam tu ZIyyad meracau,mata pejam tapi melalak dalam tido..ada la yang berkenan sangat nak berkawan dengan Ziyyad tu agaknye.
p/p/s:: saya singgah baca blog kawan-kawan,tapi tak tinggai komen la na,ceq penat
*Chomel Tango Nursig Cover*
07 August 2009
*Mannequin*
niat asal hanya nak jual sikit-sikit saja
tapi dalam hati saya terdetik
"how far will i go.."
(maybe should opt for Hai-O instead,in 5 month can drive BMW X3)
did u guys see something different about my sewing space? (sorry bout the mess..heheh)
saya beli mannequin lah! kawan-kawan..heheh
husband said..
"dah jadi macam studio kecik pulak.."
i cant help but feel proud of myself
tujuan beli :: untuk menampakkan lebih cantik bila tangkap gambar,tak la orang tanya..
"ini Apron ke?"
saya beli female torso mannequin di Mudah.com.my,RM 35 including postage
saya rasa gambar item/produk yang hendak di jual haruslah jelas dari segi corak,bentuk dan cara pemakaiannya/cara guna
baru orang tertarik nak beli
jangan bubuh gambar kabur..customer akan sakit hati dengan anda nanti..hahaha
(free tips oi i give u blogshop owners out there)
this is another way u can style Chomel Nursing Cover..
from this angle over here,u can see how the peek-a-boo window form
dengan adanya mannequin ini saya rasa gambar Chomel Nursing Cover adalah lebih cantik dan seragam
saya masih lagi ragu untuk hire orang buat web template kedai Chomel,web kedai yang betul-betul kedai punya
di Little Kittle ada package tu around RM288,tapi saya masih ragu untuk keluarkan duit dan mempunyai dot com kedai sendiri
mungkin suatu hari nanti akan ada juga,InsyaAllah
takpe,one step at a time
p/s::i wake up at 4 am today,untuk jahit NC customer..*yawnnnnn*
06 August 2009
*cherry bloom*
buttons,buttons..give me more buttons!
i love buttons,last night i made several brooches out of buttons and some scrap fabric
the buttons came in many shape and sizes
they came in delightful colors too
i made the brooches with some felts too,u can adorn this lovelies on the lapel of ur favourite jacket
and i love to take picture using natural light :P
all the brooches are for sell,the price will be revise later
interested?
email me at
stashowale at hotmail dot com
p/s::apesal entry blog hari ni macam karangan english darjah 3 aje ni..hahah
p/p/s::i bought the buttons from Buttonplanet and Jusco Queensbay
05 August 2009
*kamal singgah wallah wallah*
tonton
ALAMAK @ Astro Ria, 9.30 pm, every Wednesday
i really need a good laugh nowadays
p/s:: Jangan Lupa Saksikan Komedi Terkini.
*loop turner*
what is loop tuner?
A loop turner is one of the tools designed for turning a fabric tube right-side out after it’s been sewn. Loop turners are made of metal and average about 12 inches (30.5 cm ) long. At one end, they have a large circle through which you can hook your finger to pull them along, and at the other end is a latch hook that can be placed in the open or closed position. A loop turner can be used to turn fabric for purse handles, all kinds of shoulder straps including spaghetti straps, button loops, frog closures, and belts.
ini ialah loop turner (pembalik bulatan??)
saya baru beli hari tu di Queensbay,RM15 saja (sapa nak order saya charge RM2,boleh?)
bila saya buat nursing cover,the neck strap i have to terbalikkan
korang tahu,sebelum saya beli loop turner ini saya guna apa?
hehehe
saya guna ini
this thing over here, i made it myself..
it serve it purpose though.. over 100 of my nursing cover neck strap used this thing
so i give it a rest,and bought a new shiny and rigid one
how to use a loop turner?
go to Burdastyle
i still have to master it first,kinda tricky..kang balik guna tool lama buatan sendiri juga..hahaha
sekian sahaja kelas kraf kita hari ini
Wabillah hi taufeeq wal hidayah,Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh
p/s::Improvise didi!
04 August 2009
*kongsi ilmu*
apa pendapat korang pasal kongsi ilmu
lebih2 lagi bagi orang berniaga?
contoh kata la
anda menjual karipap paling sedap di abad ini
tiba-tiba datang seorang ini,yang menanyakan resipi karipap anda
adakah anda
a: memberi saja resipi,tak kisah pun..ilmu kalau di kongsi lagi berkat,rezeki Allah nak bagi kat sesiapa saja
b: memberi resipi,tapi ada bahan-bahan yang dirahsiakan. Nanti kata kedekut Ilmu,tapi kasi jugaklah sikit-sikit..hahaha
c: nak bagi resipi?nak mamp*s? nanti kalau dia jadi pesaing macam mana?gulung tikar la aku!
d: suruh orang tu carik resipi kat google aje,senang..macam resipi ada
macam mana ye?
topik ini dibahaskan saya dan En.Anas semalam
saya kata baik share,Ilmu hak Allah
En.Anas kata, ini strategy perniagaan,can not reveal all .
so apa pendapat korang pula?
*kereta sape ni angkat tangan*
i received an email today..about this reckless driver who drive Kia warna kelabu plat number JHU 6537
rumusan dari email tu
kereta ni bawa reckless,lepas tu orang yang buat surat ni hon la JHU ni,lepas tu pemandu JHU yg macam bangkai ni pantang di hon gitu kekdahnya
lalu menyekat laluan penulis surat tak puas hati ini,dengan memperlahankan kereta dalam 60 kmp/h.. jadi penulis ni tak puas hati lah,pasal dalam kereta penulis surat tak puas hati ni,dalam kereta dia ada family dia
nak tahu cerita lebih lanjut bace je bawah ni :)
p/s:: sekarang jangan main-main tak puas hati sikit blog je..kan kak arin kan?hehehe
p/p/s::power to the people
03 August 2009
*terima kasih :D*
layan kan aje gambar ye,hari ni malas nak menaip :P
::kesian brader ni,budak-budak kerumun dia nak ballons.. boleh tak oder macam ni “abang,bentuk beruang 4” dan “abang bentuk pedang nak kaler biri satu pink satu” gila pening la brader ni..tapi saya kan bawa bday boy,harus la potong Q, MiAhahahaha! ::
::budak-budak memang suka kat ayah,pasal ayah ada jual aiskrim malaysia,jajan ,ais blended kat simpang jalan..tu yang ramai budak-budak tu..ada la games sikit and sape meang dapat hadiah :D ::
::ini nama dia Indah,dia sangat garang,makcik sanagt takut :p, thank you mikyal and Nazri** for coming :) ::
::drama mama aka Baizurah pun datang,abang irfan handsome ooo macam pelakon hindustan..hehehe,thank you baizurah and husband for coming :) ::
::Dayah pun datang,thank u for coming all the way from permatang pauh..sunggoh teharu :D ::
::makan…abundance of food..habis semua,ALhamdulillah..saya ingat makan 2 ,3 jenis je..tapi macam-macam pula…akibat dari sanak-saudara yang merahsiakannya dari saya.. ada ayam goreng,ada mihun sup daging,ada pulut ang gulai telur,ada hotdog and chicken nuggets..kek ada 2 jenis…Alhamdulilah rezeki ZIyyad ::
::Bday boy yang kejap cranky kejap happy :P , bila orang nyanyi lagi bday kat dia , dia ikut goyang-goyang, anak oii lagu bday bukan lagu untuk berjoget la::
::mak tok,wan,atuk and nenek::
p/s::En.Anas ada nyorokkan satu ayam goreng untuk saya,tapi bila saya nak ambil ayam tu dah tade..huhuhu
** dah berapa kali makcik salah nama pak hang Indah oii..heheh..sori ye Pn.Mik'yal