Search This Blog
31 May 2009
*another one?*
yeah baby..its 2 in 1
i sew it at 11.30 pm and finish around 1 am
because im always tidak sabar menunggu hasilnya
this is my first time jahit batting,macam selebet sikit..but tak kisah lah
i love my new bag to bits
wanna see?
:)
tadaa! this particular fabric over here,ada dalam KedaiChomel untuk buat NC, tapi saya amek sikit buat bag ni..
this is my first time doing batting,and i think it is not that kemas
yep,its padded..thats why its a laptop bag cum sleeve :)
clever kan? (perahsan!..)
i put magnetic clasp to secure my pink lappie,so it does not fell out from the bag
i sew some pink linen as the lining,i like the color contrast between green and pink. The handle i sew some *interfacing to give it some body thus streghten it up
so there you go. i am one happy camper so does my pink lappie :)
*interfacing :: kain keras biasanye iron on yang saya guna,kain keras ni datang dalam warna putih,tahap kekerasan mengiku peringat,daripada lembut hingga yang paling rigid.
p/s::tak sabar nak bawak pegi opis esok, nak bergaya dengan bag ni :)
29 May 2009
*pil gugurkan kandungan khas untuk pelanjur*
LAGI SEKALI
kalau kamu belum kawin dan berzina,dan mengandung
JANGAN JADI BODOHLAH,BODOH!
sekian,terima kasih.
p/s:: pelanjur = orang yg sengaja melanjurkan diri berzina..muahaha..saya type title atas tu,tengok berapa ramai lagi yang masih mencari keyword tu.
p/p/s::pelanjur macam sama dekat dengan pelacur la plak..
berapa banyak ps daa:: pintu taubat masih terbuka
*yikes!*
Ziyyad dah 10 bulan!
cepat nye masa berlalu
as much i dont want him to grow up so fast
i so want him to be able to walk and run soonest possible
boleh main kejar-kejar,aci ligan semua
supaya dia lebih mengenali dunia Allah yang terbentang luas ni
supaya nanti kalau pergi shopping sibuk nak kepung awang kenit ni lari-lari...hawahwhahw
apa pendapat korang pasal baby harness?
ada orang kata macam binatang letak tali gitu (korang pun tahu bianatang apa kan?)
tapi bagi saya,pendapat peribadi saya lah
ianya invention yang bagus bagi budak yang lasak tak reti duduk diam dalam stroller nak mengenali dunia lebih dekat lagi...wohh panjangnye
lagipun kalau dibiar saja dalam stroller saja,nanti jadi macam malas pula
sekali-sekala kena juga dilepaskan untuk berjalan
yelah dengan kes culik yang berleluasa sekarang ni..saya rasa harness ini sangat membantu
ada juga harness yang disguise as a bagpack atau pun datan gdengan bentuk haiwan yang comel
saya rasa saya nak beli satu bila Ziyyad dah mula menjelajahi dunia dengan kedua kaki kecilnye itu
saya nak beli bentuk monyet
kat MYBBSTORE ada jual RM40 saja :)
tapi husband saya tak sukala dia kata macam apa je..
talking about safety
hari tu Ziyyad dah pandai buka laci dapur (naik walker kan,dari hujung rumah sampai jamban nak diteroka)
dalam laci tu ada ubat-ubatan kami
dia dah grab satu peket ubat kami
nasib nampak,kalau tak abes dah semua masuk mulut
so we decided to buy something like this nanti di Queensbay
angle lock untuk almari atau laci,boleh dapat di MyBBstore juge
masa jumpa 2 bulan lepas the lock,i told husband to buy it
boleh En.Suami kata apa tau.."tak perlu lahh,buat apa"
see now abang sayang,anak kita tu dah pandai segala...nasib tak ditelan je ubat tu
tulah cakap dila tak mau dengar..pok pek pok pek (inilah punca isteri membebel,laki tak dengaq kata..ketegaq!)
p/s::kat Queesbay sudah ada kids care! yay! bagus...saya suka,sangat suka :)
*external hard drive*
korek-korek sekali jumpa gambar lama-lama
mari tengok gambar lama saya :)
ni gambar masa di Karambunai,ada BBQ dengan all biotech 1st year,2nd year and 3rd year students,masa ni kami semua 3rd year... :) ini baru suku of the class,ada yg tak datang..sibuk buat final year project
yang datang ni sama ada dah siap atau release tension atau saja nak berjimba! (Dils pinjam ur berjimba word)
from left:: Achim (dah beranak ko ye Chim...heheh), me (always cacat like that),mariani,soochin and nafa (nak kawen bulan 12 ni :) )
kami tak merokok,merokok merosakkan ovari ye wanita semua
eksen sat dengan rokok si najib
kurus tak saya...ahahaha
korek-korek gambar jumpa si Jojo
tis is Jojo,dia dah RIP dah pun..arwah la orang melayu kata..dia comel dan manja..saya sayang dia sangat-sangat.
dia baka Bermian,saya beli dia di penang dengan duit gaji saya.
kat penang harga dia RM400,kalau kat KL mau sampai RM1000 lebih
sejak kecik memang berangan nak beli kucing oren bulu mid tebal,tak nak tebal sangat
hobi Jojo ialah menonton drama korean yang didonlod dari internet secara haram..ahaha
and she is potty trained too..baguskan?
itulah saja kisah saya semasa muda dan gila
sekian terima kasih
p/s::rindu gila dengan coursemate semua!bila nak jumpa lagi?!
p/p/s::cakap pasal Sabah..korang orang Malaysia semua,meh vote Pulau Sipadan for the new 7 wonders kategori Island
go HERE
Malaysia boleh.
most of the island i only see thru travel and living saja..tapi tengok kat tv pun cantik woh
28 May 2009
*ya ummi*
haha..tak delah..itu bukan isu sebenar
saya nak cerita pasal wanita bekerja lebih khusus pada para ibu yang bekerjaya
di petik dari blog didikcinta
Tasawwur Kerja bagi seorang ibu bekerjaya:
SATU :: Untuk mencari nafkah membantu keluarga - hukumnya harus, bukan WAJIB
DUA :: Untuk menyumbang kepakaran dan memenuhi keperluan fardhu kifayah terhadap masyarakat (i.e Dr,Guru..)
TIGA :: untuk infaq fi sabilillah, sebagaimana Zainab binti Jahsy, isteri Rasulullah yang menyama' kulit kambing dan sedekah hasilnya
EMPAT :: Kerja untuk pangkat dan kemasyhuran - Big NO!
kenapa saya bekerja
niat asal,untuk menolong menambah pendapatan kami anak beranak,yelah dengan susu,dengan bil letrik,bil itu bil ini,kereta,dan segala bala
tapi tak cukup dengan kerja di lab,saya ada buat jahit-menjahit sikit
ekonomi merundum awal tahun ni kan,jadinya ada efek pada husband saya juga..
nak tak nak,bersengkang mata juga menjahit,badan penat macam mana pun pada siang harinya,malam saya gagah kan badan menjahit
kalau dikira penat,semua orang pun penat
bukan nak bermewah sangat pun
sekadar untuk hidup lebih selesa.
dapat menyediakan keperluan yang sedikit lebih baik.
dipetik dalam blog Pendidikan Cinta juga ayat ini
Biasa dengar, "kalau I tak kerja, sampai mati la tak boleh nak beli pinggan mangkuk baju cantik2 yang I nak. Bila minta dengan suami, macam menyusahkan aje!" Yang ni masuk dalam Tasawwur Kerja keEMPAT tu.kita semua ni masuk kategori mana?
1 kah? 2 kah? 3 kah? 4 kah?
tepuk dada tanya iman.
betul saya tak tipu,kadang-kadang lelah juga mencari sesuap rezeki yang halal,akhirnya habis bayar bil saja,saki baki tu bolehlah nak dibuat belanja.
Ya Allah,tabahkan hati hamba mu ini,kau jauhkan segala sungutan dan rungutan dalam diri ini ya Allah.
dan ayat akhir dipetik dari blog pendidikan cinta
di akhirat nanti subjek utama yang akan ditanya Allah pada seorang wanita adalah hal KEIBUANNYA! Apakah dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik?
kerja-kerja juga beb..anak-anak jangan main lepas aje..tak gitu
bukan semua orang boleh jadi SAHM...
jadi..
renung-renungkan dan selamat beramal!
p/s::baju kerja ku ini sudah 6 tahun tak berganti.
p/p/s::kalau bab2 ilmu akhirat ni,kurang komen nak dapat..hmmmm
*DUO*
27 May 2009
*rambut*
baru 2 kali tak silap
pasal di sini susah nak cari pemotong rambut wanita muslimah menyediakn tempat potong rambut untuk wanita bertudung seperti saya....wohh panjangnye
dulu saya main bedal aje,cina pun cina la yang gunting,asal stylo rambut saya ni..unisex pun ok
peekaboo pun pernah pergi..pasal saja nak melayan saloon mahal sekali sekala..muahaha (dulu saya lain... ..masih lagi 'liar' ingin mencuba...tak caya tanya budak satu course dgn saya di UMS..ahahaha)
walaupun bertudung saya nak rambut saya cantik
lagi2 dah kawen ni,saya nak sentiasa cantik depan suami
tapi sekarang..rambut macam mak nenek daa..di sanggul aje,senang...kalau dilepas akibatnye nahas la...
Peminat celik saya di rumah tu memang suka tarik rambut cantik saya ni...muahahah
last saya potong rambut di tmn ehsan,oleh adik bongsu saya
she chop off my hair,well literally...tu yang sekarang bila tumbuh macam mop atas kepala aje
jadinye tadi saya pergi kedai D Hair Shop depan komplek Bukit Jambul atas restoran mamak khaleel tak silap
saya pergi D Hair Shop ni pasal banner dia menyatakan ada bilik khas untuk wanita bertudung gunting rambut
saya pergilah...
dan hasilnya memuaskan..saya suka environment dia,ada aircond lai..wohh nyaman sekali
dan tukang gunting rambut yang pentingnya ialah perempuan Islam
rambut saya dah cantik..saya rasalah..wash+cut+blow = RM20
kira ok apa
jadi bagi siapa yang duduk berdekatan sini, yang mementingkan aurat tak terlihat oleh lelaki ajnabi atau orang kafir
boleh lah pergi sini..InsyaAllah aurat terpelihara
p/s:: "wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"
p/p/s:: mesej komuniti petang-petang ni..selalu duk jadi parpu je.
*sape nak tengok2*
satu nama satu undi..nick lain orang sama pun kira satu undi gak
anak kepada emak pun dikira satu undi ye
2 kaki 2 tangan dari orang yang sama tetap satu undi..
muahahah
lagi 6 baru boleh publish
sampai kul 5 petang ni aje
kemudian undian ditutup dan kalau tak cukup 20 saya tak publish gambar :)
p/s:: baca ini untuk tahu pasal apa
p/s/s::weh hangpa..nama tak betul tipu2 tak main k..ni tokngah aku tak terlibat naa..hahah
26 May 2009
*sape nak tengok*
tengok apa?
tengok hadiah saya yang kaler pink tula
kalau nak tengok ada syarat
1.seekor ayam kenny rogers dengan 6 side dish (ayam pulut kuning tak main la )
hahahah..takdelah
syarat dia senang aje
kalau komen box ni cecah 20 komen,kata nak tengok, InsyaAllah saya letak gambar hadiah kat sini
kalau tak cecah 20 saya tak letak
yelah..orang tak teringin nak tengok pun saya nak menunjuk apaadehal kan..hehehe
p/s::selamat angkat tangan k :)
p/p/s::bukan saya tak mahu tunjuk,takut dikata menunjuk dan berlagak dan riak pula nanti..kalau ada ramai nak tengok..bolehlah saya tampal kat sini..jangan salah faham ye...dah timbul fitnah ye tak..
*tis is for u umicik*
p/s:: scheduled post,saya ke Ban Merbok ambil ikan : )
25 May 2009
*masih mencari ke?*
kalau kamu mencari kerana kamu belum berkahwin dan sengaja melanjurkan diri berzina...tolonglahh jangan kamu gugur kandungan itu
anak itu tak bersalah,kamu yang salah,apesal bayi itu yang kamu hukum (baik kamu buang diri sendiri..lagi pekdah)
tolonglah saya merayu..jangan bunuh anak itu.
kamu juga perempuan,kamu tidak punya perasaan keibuan ke melihat anak itu
ya Allah,betapa sedih hati saya dengn bayi yang dibuang dan digugur itu
ya Allah,apa dosa anak ini ya Allah
kenapa ya Allah,mereka in kejam ya Allah
pic:: credit to google
saya tak mahu meng google lagi pic baby kena buang..sedih,sayu hati saya
di India setiap hari bayi perempuan di buang ditepi jalan...macam sampah aje mereka buang..sedih saya
nyawa bayi ini bagai tak bernilai langsung
jadi untuk kamu yang masih mencari pil menggugurkan kandungan kerana kamu sengaja berzina..hentikanlah
kamu tak akan jumpa apa yang kamu cari
kamu hanya mencari kemurkaan Allah..biar Allah saja balas perbuatan kamu.
p/s:aku kata jangan-jangan..pelemPANG karang,baru nak paham ke.
saya harap sesiapa yang buang bayi,ada hantu bawah katil dia..kacau hidup dia sampai terseksa...muahahaha
pic:: google
*putih*
pasal kat TV tade cerita menarik
En.Suami duduk di beranda makan limau
tiba-tiba,dia meluru masuk
saya tak suspect apa-apa aneh pun
lepas tu En.Suami cerita
"sayang,tadi abang nampak benda putih terbang pergi balik kat tangki air sekolah"
dan saya dah mula takut
apa kes ni cerita benda putih ni
cerita la benda pink ke,jalur-jalur ke,polka dot ke...asal hantu aje putih asal hantu ke putih
saya dah takut,hatta nak buat susu Ziyyad pun nak berteman..muahahah
sape suh citer benda putih malam-malam
tapi kena kuat semangat,nak menjahit malam ni...eeii serammmm
lupa nak cerita::
padanlah ZIyyad nangis-nangis tak mahu tido...dekat pukul 9.30pm kitaorang pujuk dia tidor..kitaorang siap baca ayat qursi semua...lama sikit baru tido...kalau tak..nangis macam nampak...hantuuuuu...eeeiiii seramm la
p/s::tak dapat bayang kalau hantu pocong pakai kain stripey-stripey...mesti cantik,orang pun tak takut sangat.
p/p/s::pernah tengok ghost hunter tak?..scary i tell u
*so i drew a new face and i laughed*
macam best kan?
tapi saya tak tahulah target market orang di pulau ni..bukan macam orang KL yang selalunya memang kaki belanja (bagi orang pulau, kalau ada jual steak harga RM18 itu dikira mahal ye)
tapi saya tak berapa nak yakin PB boleh laris di pulau..mungkin saya tak optimis,well better jual Pati Halia Yusmira Rm25 sebotol,berkesan,mujarab dan ia murah..hehehe
atau bengkung moden..senang nak pakai pada corset lagi saya rasa...(i tell u i have triumph corset back then,just so i can fit into my wedding gown..yes nampak cantik..tapi bila nak makan beradab,serupa tak yah makan...senak perut makcik hangpa ni...minta nyawa la pakai corset..)
ok,malas nak bercorset la..kita cerita lain pulak
hari sabtu hari tu pegi Nothram Tower,kunun ada IT warehouse sale and camera
sale lah sangat...harga serupa dengan tak sale aje..ada satu Golla beg,cantik rege RM180, padahal semalam cek internet ada this one guy jual the same bag harga RM130 aje! total rip off punya warehouse sale,ceit!
oleh kerana tiada beg lappie yang berkenan,seperti biasa saya jahit aje bag sendiri,puas hati.
its a lappie carryall, not padded pasal laptop saya ada laptop sleeve,jadi tak padded pun tak apa rasanya...Golla pun akdak design macam ni...tak sampai sejam siap jahit dah..( but i think i have to strengthen the holder la..macam nak tak berapa nak kuat)
ok,mari tengok Ziyyad tunjuk gigi cantik dia..lalala..
juga untuk tatapan mama Long,Umicik,uncle Effs juga (umicik tunjuk kat nenek and atuk sekali tau)
now..i have one stupid question
how do i rotate this video to an upright position? sakit tengkuk teleng-teleng kepala menengok video ni.
harap anda yang tahu sudi membantu
p/s:: cantik tak laptop carryall saya? :)
24 May 2009
22 May 2009
*pink is my new obsession*
apa yang pink?
apa yang pink menyebabkan saya tidur lewat semalam?
adakah kerusi yang dibeli di ikea ini menyebabkan saya tak tidur semalam? (RRP:RM49)
comelkan kerusi ni,sebenarnya kerusi ni kerusi jahit saya...pasal agak murah compare kerusi kat Giant yang berharga RM79 bewarna biru macam kerusi opis kerajaan,tu yang saya beli tu.
lagipun kaler pink ni macam kaler bubblegum,macam boleh makan kan warnanya..hahha
ok,saya tahu semua orang masih tertunggu dan tertanya-tanya
apakah punca saya lambat tidur semalam
ada kata Hp,ada kata laptop,ada kata laptop pink dell,ada kata hadiah dalam mimpi saje
sebenarnya saya dapat
............
.........................
....................................
..............................................
eh,korang sakit hati tak tunggu lama-lama ni?
hehehe
saya dapat hadiah mouse pink neh!
comel tak?
comel kan?kan?kan?
ahahha
jangan marah aaa,nanti kena jual
p/s::hint::beli hadiah itu dapat mouse ini,ape dia?
*aneh*
keterujaan ketakhinggan
hadiah yang mama bagi ni best betul la
dah la kaler pink
tu yang saya masih tak tido tu
duk kerjakan hadiah ni lah
hahaha
apa dia ek?hehehe
esok pagi saya bagitau la
nak tido,tapi tak boleh...teruja gile neh!
tira,thanks for telling babah straight to ampang point..hehe
p/s::malam ni tido mimpi hadiah ajelah..heheh
21 May 2009
*sisters*
20 May 2009
*boy i hear u in my dreams*
maknanya En.Suami la yang jaga ZIyyad semlam
bila saya balik rumah aje
Ya Alllahhhh!
.....
rumah bersih aje,kain pun siap basuh..bagus betul En.Suami saya ni
ZIyyad pun wangi
saya memang percaya En.Suami boleh jaga ZIyyad tanpa masalah..
hehehe..cuak je ek korang..ingat rumah saya kongkalikong macam kapal karam
semalam saya nak tergelak tengok ZIyyad
lepas tengok Matahari kat tv3 (saya tak paham watak nisdawati tu...macam identity crisis pun ye), ada siaran azan maghrib
Ziyyad yang tengah naik walker pegi betul-betul depan tv (rosak mata anakku itu)..
tau apa dia buat
dia ikut orang azan!
siap mendayu-dayu lagi..kelakar betul
bunyi azan dia lebih kurang macam ni
"aaaaAAAAAaaaooooooaaaaaaaooaaaa"
suatu hari nak jadi bilal mungkin..hehehe
untuk tatapn mamalong di sarawak
abaikan suara ala Rana esculante itu, itu pasal saya tak masuk AF,OIAM atau bintang RTM..wakakaka
ye,benda kecik aje..tepuk tangan..tapi saya sangat gembira dan teharu..Ziyad dah makin membesar..sobsobsob
p/s:: pergi google apa itu Rana esculante
19 May 2009
*tentang blog*
by the way is a good tip..korang boleh baca kat link atas ni
things that annoy me bila blogging ialah
1. bila saya tulis komen kat blog orang,tuan punya blog tak reply balik komen saya
- biasa nye kalau komen tu berbentuk pertanyaan...kita tanya,tapi tak terjawab pun..bengang ok! ayat pertama yang akan terlintas di kepala saya kalau jumpe blogger macam ni
"kerek seh dia ni"
kalau sekadar saya komen, "good luck k", saya tak de lah harap sangat tuan blog nak reply..tapi kalau dia reply dengan "thanks" pun ok..
orang melayu kan berbudi bahasa...tak gitu geng?
tapi tulah tak semua orang ada masa nak reply komen kita
kalau komen dah 800 macam mana nak reply semua ye tak
tapi tulah kadang-kadng saya pun lacking dalan department membalas komen ni
kadang-kadang saya pun tak tereply
tapi saya akan make sure, the next post saya buat khas untuk reply komen-komen blogger lain
kiranya macam menghargai la komen-komen diorang ni
bukan senang orang nak drop komen kat blog kita
saya rasa suka sangat bila ada orang drop comment kat blog saya..ada juga orang nak membaca entry merapu saya
bagi saya kalau kita nak reply komen,biarlah komen yang ikhlas,jangan la komen pendek-pendek aje macam "k", "oohhhh", "ye ke?"... macam tak ikhlas kan,take time to reply all the comments..tu pasal saya kata tak semua orang ada masa nak jawab komen..kang komen tak ikhlas lagi buat orang marah kan?
nak drop komen juga bukan boleh suka hati mak limah aje he..mestilah dengan hemah
tapi tu cerita lain kali saje
p/s::masa awal2 start blog dulu,dapat komen 1 pun dah suka tau ke..betul kata kak ros,semua orang start dari bawah :)
*bom bom pow*
Ziyyad sihat,Alhamdulillah
cuma anak mama Kiah kena chiken pox,jadi kami takmau la Ziyyad kena sekali
ntahlah bila akan sembuh anak mama Kiah tu,WaAllahualam
serba salah saya dibuatnya semalam masa telefon bos kata nak minta cuti
nak diberi Ziyyad jaga oleh mak saya, mata mak pun dah tak berapa terang,and summore dah tak larat jaga awang kenit yang semakin melasak tu. lagipun mak ada banyak kerja nak buat.
nak minta tolong adik ipar pun tak sampai hati,dia pun ada anak lelaki 2 orang age 5 and 3..meh la habaq lagumana nak tambah lagi sorang baby boy yang sama gaya melasak dah sekarang neh
nak di hantar ke KL nun,macam takde kerja aje...mama pun banyak hal lagi nak buat,cukuplah saya menyusahkan mama selama ni...pehtu tambah beban jaga anak saya pula..tade maknenye
oleh kerana Ziyyad itu anak saya,nak tak nak kenalah saya juga yang jaga. apeadehal suruh orang jaga ye tak?
bos nak marah,saya tak boleh tolong..nak buat macam mana,bukan kehendak saya. gaji potong?takpelah..InsyaAllah ada rezeki lain
memang ada cadangan nak ambil cuti tanpa gaji selama satu minggu. tapi tulah masalahnya,berapa lama anak kak kiah akan sembuh,tupun kalau tak berjangkit pada yang lain
kalau berjangkit pada yang lain...seminggu?2 minggu? ke nak cuti
memang tak dinafikan kalau saya amik setengah bulan gaji...ratus-ratus ajelah yang tinggal
kang saya bawak Ziyyad gi opis kang.. tak pasal je..
p/s::korang ada cadangan tak?
p/p/s::Ziyyad dah boleh clap bila saya nyanyi lagu tepuk amai-amai!.. :D teharunyess sayess!
18 May 2009
14 May 2009
*bulibakalaukau*
itu bahasa sabah,cube korang cakap laju-laju bulibakalaukau
contoh penggunaan ayat
"erni,buli kau tolong aku?"
"bulibakalaukau"
tadi SPR di Sabah menelefon saya
menyatakan alamat saya masih di Bukit Vor,Putatan
(silap saya tak menukar alamat,patut buh alamat penang..senang nak mengundi,kang tak pasal ada pengundi hantu nama Erni Fadzila kat Sabah tu nanti,bukan boleh harap sangat SPR ni)
kena cepat tukar alamat ni (padahal apa ke *nama tempat tukar ic ni dekat aje dengan rumah saya, depan rumah aje ponnn! TET!)
Sabah
tempat yang cantik
the first thing i saw bila jejak kaki di KK ialah
how blue the sky was,compared tu KL
udara bersih sangat
hopefully one day dapat pergi KK balik dengan En.Suami and Ziyyad ,swim kat pulau manukan atau naik gunung kinabalu (almost 4 years duk sana,sangat rugi tak join ekspedisi daki gunung kinabalu..)
moral of the stories ::
tukar alamat cepat kalau nak mengundi di kawasan anda.. supaya "depa" tak lagi dapat majoriti...wahahaha!
*pejabat pendaftaran negara,baru ingat...hahaha
*jangan salahkan*
korang kalau nak beli makeup minta duit suami atau guna duit sendiri?
korang kalau beli baju cantik,guna duit suami atau duit sendiri?
kenapa kalau suami kurus kering,serabut je..orang kata isteri tak jaga suami
tapi kenapa kalau isteri lekeh,tak cantik,gemuk orang kata isteri tak pandai jaga diri
dah tu bila tak cantik,salahkan isteri pegi cari bini no2.
kenapa orang tak salahkan suami bila isteri tak cantik menikam qalbu?
patut kah suami bagi duit suruh isteri cantik-cantik?
tapi nanti kata isteri perabih duit suami
bukan memang tanggungjawab suami bagi nafkah kat isteri ke?
bukan itu memang hak isteri ke minta duit kat suami dia,nak cantik2 beli baju,beli makeup,pegi spa,pegi saloon semua
dah kata nak cantik,bak mai la duit
tade duit..tak cantik la
jadi kalau takde duit,jangan la nak komplen sana sini
p/s::abih,isteri kerja cari duit,gunalah duit tu nak cantik-cantik untuk suami. Kenot. isteri nak shopping...lalalalal
13 May 2009
*kena tampar baru sedar*
"kan ke bagus kalau rumah sekarang atas tanah"
"kan ke bagus kalau banyak duit"
"kan ke bagus kalau semua nak semua dapat"
"kan ke bagus kalau ada komputer baru"
"kan ke bagus kalau boleh upgrade hp kokak ni"
"kan ke bagus ada dslr sebijik"
ni antara ayat-ayat orang-orang kurang bersyukur seperti saya
ada aje sungutan rungutan dengan apa yang dah ada sekarang
itulah..terlalu banyak fikir apa takde dari yang ada
bila fikir macam tu mula la rasa kurang
itu takde ini takde
kalau ada rezeki lebih tu lain la.
bukan ke lebih baik bersyukur dengan apa yang Allah dah beri
saya memang kena selalu muhasabah diri sendiri
jangan asyik tengok "jiran" sebelah aje
semua ada
Jiran ada sofa baru,dia nak sofa baru. Jiran ada kereta besar,dia nak kereta besar
melingkup la kalau ada fikiran macam ni
saya bertemu dengan sebuah blog yang indah.
blog ini menarik saya semula ke bumi
dia yang menasihatkan saya supaya kerja dengan hati yang ikhlas,walaupun gaji sikit,tapi ia berkat
esok datang kerja,saya bertekad untuk bekerja dengan ikhlas supaya rezeki yang saya dapat saya beri pada Ziyyad penuh dengan keberkatan dari-Nya
biarlah takde duit juta-juta,kalau juta-juta pun tak berkat takde makna
memang ada orang kata "duit bukan segalanya,tapi sekarang semua memerlukan duit"
Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”
Sementara dalam kumpulan riwayat (Al-Futahal Makkiyah) Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu kebanyakannya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan, sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka berasa puas dengan yang banyak.”
copypasta from HERE
ada juga yang kata "kalau dah banyak duit,lagi senang nak bersedekah tanpa halangan"
betul..dan lebih baik kalau masa kita takde duit kita bersedekah,itu lebih baik.
kalau ada rezeki lebih,Alhamdulillah.
p/s::nak kejar duit..kejarlah.sampai mati pun belum tentu cukup. akhirnya yang bawa mati cuma 3 aje,duit takde dalam senarai.Cuma kain kapan semua tu kena beli la..heheh
*it takes 2 to tango or even dangdut*
*abondon ship!ahoy!*
betul,kalau kerja niat bukan lillahita'ala,kerja tak berkat
Dr.Fadzila Kamsah ada kata
"kalau nak anak itu cemerlang dalam pelajaran,sentiasa baik dan taat,ibu bapa yang bekerja ni kena kerja kena betul-betul,tak boleh curi tulang,kena ikhlas, baru rezeki yang masuk kedalam perut anak itu berkat dengan hasil titik peluh kita"
sentap saya dengar,betul kata Dr.Fadzila Kamsah.
saya kena kerja dengan ikhlas,walaupun benci dengan kerja ni. saya kena perbetulkan balik niat dan sucikan hati sendiri utnuk hati lebih teneng berkerja disini
(kerja lab depend pada sample yang ada,tade sample boleh la nak blog macam hari ni )
terima kasih Sueleen menyedarkan saya :)
dan lain-lain juga
saya tak harap orang faham kedudukan saya,dan perasaan saya dengan apa yang saya alami,tapi meluahkan apa yang terbuku di ruang hati ini adalah sungguh memerdekakan.
p/s::
Gelisah, ku gelisah
Mengenangkan masa depan
Ku harus kerja Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja Oh! Papa kedanaaa!
12 May 2009
*sigh~~~*
*record*
selalunye kalau saya dah bosan menulis,menaip what ever, saya akan tukar template
tapi tulah,ada banyak sebab,kenapa saya malas dah nak tukar template
1. nak kena copy all the links kat bar sebelah kanan tu.banyak dah list nak kena copy,all my daily blog dose pun kena copy jugak
2. all the widgets nanti hilang,so all the html code kena gak copy
3.banyak template ready mate tinggal nak copy pste je,tapi saya suka mengodek balik xhtml code...saya besarkan font ke atau kaler ke,tukar format tarikh ke..jadi tadelah sama dengan orang lain walaupun ready made
senang cerita,saya dah malas
maybe bila dah sangat bosan tengok template ni,saya akan ubah lain
buat masa ni malas,mlas,malas,bosan,bosan,bosan
p/s::my emo rules
11 May 2009
*bosan*
balik-balik cerita anak dan saya
bosanla.
apa-apa pun semalam kami telah meraikan mak untuk harinya
secara impromtu saja,tak dirancang
alih-alih,mak masak mee kuah yang super delicious,mak teh dari seberang datang dengan puding buah dan kek walnut, ayah masak agar-agar dan saya beli kek coklat
kami makan-makan dirumah mak semalam.
seronok makan ramai-ramai macam ni
kebetulan perut sangat lapar,dapat mee kuah yang emak masak tu..hoh! makan pun tak angkat muka dah.
mak mertua ke,pak mertua ke,mak menakan ke...tak perasan dah
sampai mak kata pada saya
"dulu masa pertama kali dila mai sini,malu-malu nak makan mee"
saya tersengih je
"mak jangan la habaq kuat-kuat hehehehe"
kene sound seround dengan mak...hahahah..tapi mak saya cool je :) dia tak kisah pun
mama saya pula sekarang ni ada di aloq setaq,adik saya dapat matriks di Changlun
pandai-pandai bawa diri la ye adik..heheh :) bosan-bosan naik bas turun penang,habis cerita
saya,anis,mak,mak teh yun (mak teh masak kek sangat sedap kalah secret recipe)
dia yang membuatkan saya menjadi mama pada hari ini
crown band,for the lil girls yang takdak rambut nak guna clip rambut,the band still have to be perfected,its for girls actually..sape nak email saya..untuk sambut birthday ke apa-apa ke
Crown clip with manikRM 5.50
email me at stashowale at hotmail.com
p/s:: nak tulis blog yg berilmu tak reti,so how?
the lucky follower is
(kecoh ek saya ni,orang lain follower sampai berauts-ratus,tade pun depa nak bagi hadiah ke apa,sebagai pernghargaan la gitu..saya,sayalah...depa biaq pi kat depa.. :) )
08 May 2009
*saya tahu saya adalah sengal*
banyak sangat utang tag neh..tapi tak terbuat-buat
i really do appreciate is sooooo much
sumpah,rasa dihargai bila kena tag (oi makcik,tak baik sumpah-sumpah,jaga sikit bahasa tu..*yela*yela..xgdhsde%&) <---- monolog dgn diri sendiri,suka berkonflik jiwa
scroll down senarai yang kena tag..sekali ada nama saya..rasa terharuuu :' )
ingat juga hangpa pada ceq naa,ceq suka (gatai..hahaha)
saya tak nak la cincai boncai je jawab tag,tag kena ada soul (poodahh,byk cakap..buat ajelah alasan berkodi..*jiwadila can u please shut up,u irritate me ok..stop menyampuk for a sec boleh?)
kadang-kadang saya suka bercakap dengan diri sendiri saya panggil dia jiwadila (hye u ol :) )
jiwadila memang suka bertanyakan soalan merepek dan suka menyibuk bila saya taip blog
ok..saya rasa saya gila tak pun psycho..ahahah
suraya kata saya memang pelik dan aneh (sue,thanks la kau ingatkan aku..hahah)
cant wait for weekend,sewing project here i come! (u hope my dear...u hope *shaddap u*)
p/s::ingat nak pegi chowrasta cari craft book or magazine for less la..heheh
p/s/s::im a gemini..and now u know
to all anasfadilah.blogspot follower (macam cult plak..huahaahah) ehem*serius sikit dila*
saya akan randomly pick one of u untuk diberi hadiah misterius (ye misteri la sangat..)
i cant think of one exactly,tapi benda ni saya buat sendiri. (apron pun macam cantik kan?bag pun ok?maybe clutch ke apa ke..i'll try to search all my craft link kat bawah nun for ideas,or maybe korang boleh bagi idea apa-apa)
i'll let all of u know sape yang bertuah dari senarai follower blog ni hari Isnin 18/5/09
selamat membaca blog ni ye,i wefff u all
*kek kerek kok kek*
semalam saya berhempas pulas men jahit 6 helai nursing cover..berkobar-kobar betul nak siapkan
ini adalah bertujuan supaya esok dan weekend saya tak jahit ada masa lepak-lepak ngan ZIyyad dan En.Suami
tapi saya cadang nak jahit satu benda untuk diri sendiri
dah lama tak buat projek menjahit untuk hobi ni..selalu buat untuk orang saja
ingat nak buat wall organizer la untuk my sewing space tu..heheh
Mothers day dah dekat,tapi saya dah bagi hadiah awal-awal pada mama saya masa balik kl tu hari
saya buatkan dia Half Apron untuk mama,easy peasy je...semua orang boleh jahit,cuma kena ada determination dan sikit sabar untuk dapat hasil yang kemas :)
lebih kurang macam nilah pattern Half Apron untuk mama saya,cuma corak kain aje yg berbeda,boleh tengok sini untuk pattern and how to nya
cadang nak buat macam ini
korang tengoklah apron yang saya link kat atas tu,gila comel woo..rasa macma nak masak selalu aje kalau pakai apron macam tu punya cantik
keesokkan paginya saya turun dapur,tengok mama sedang masak..
saya tanya mama "kenapa mama tak pakai apron dila buat tu ma?" (macam nak merajuk,tapi melampau la kan,dah jadi mak budak pun nak merajuk mengada bagai)
mama "sayang nak pakai..."
saya "ohhh...heheheh" (suka balik...tak jadi merajuk)
betul lah kata orang,bila kita dah jadi emak ni,baru kita tahu perit jerih susah senang jadi parent ni... apa-apa pun saya suka jadi mama!
p/s::Happy Mother's Day untuk semua :)
07 May 2009
*5,6 tahun*
pagi ini saya buntu untuk memakai baju apa ke opis (ecehh padahal keje lab aje pun,nak berpesyen-pesyen)
eh,sukahatila..
mostly baju saya ada dari saya form 5 dan matriks..kebanyakan ialah baju kurung dan jubah-jubah
setelah 5 hingga 6 tahun atau 7 mungkin 8,saya rasa dah bosan dengan wardrobe saya
dari Isnin hingga Jumaat,saya akan rotate baju kerja saya
Tapi hari ni saya dah bosan lah dengan baju kurung dan jubah-jubah saya tu
Jeles tengok orang ada fangsyen sikit beli baju ada fangsyen sikit beli baju
Padahal macam baru je beli baju
Ada plak merengek tade baju nak attend majlis,padahal memang tahu pun memang banyak baju
terus beli baru
Gila kaya la ok
Baju bukan cap Giant ke apa,cap Bernard Chandran..designer la abes cerita
Suka tengok org berfesyen
ada empire waist la,bishop sleeve la,manik bagai la
saya asek-asek baju kurung,jubah,baju kurung,jubah pegi opis
tudung plak hitam aje.ada la kelabu dan hijau..tapi hitam gak jadi pojaan hatiku
pulak tu dah dekat 5,6 tahun pakai
saya bukan nak sangat designer punya baju ke apa,saya cuma nak beli baju kurung baru
senang bekerja dalam baju kurung ni(bagi saya lah)
kalau jalan-jalan tu saya pakai seluar la..ape kes plak nak jalan-jalan pakai baju kurung ni,macam baru balik kenduri aje..wakakaka
bilalah wardrobe saya nak berganti baru nih..7 tahun baju itu juga duk pusing-pusing.
tapi tulah saya ada tabiat anih..
selagi baju tu elok dipakai dan masih muat,saya akan pakai
tu pasal la umur baju kurung saya ada 5,6,7 tahun
Kalau ada baju kurung 3 helai RM10 kan ke bagus
p/s::saya tak kedekut cuma memilih sikit bab-bab baju ni
p/p/s::saya dulu kurus atau memang sedia gemuk ek...hahahah
*there is no need to rush*
Ingat tak anda semua,saya ada tulis milestones Ziyyad untuk 9 bulan,yang dia masih lagi belum berdiri sambil pegang furniture and start cruising?
Sejak 3 hari semalam ZIyyad dah boleh. Perlahan-lahan dia tolak badan dia dengan kaki untuk berdiri,sambil berpaut pada badan kami yang tengah berbaring
Setapak demi setapak Ziyyad mula melangkah menyusur dengan berpaut pada badan kami
Cepat sungguh masa berlalu,baru minggu lepas mama ‘komplen’ kamu tak boleh agi berdiri,tengok hari ni..voila! sudah boleh
Hatta kamu belajar berdiri dan crusing pada pukul 2am anakku,mama andbabah tetap layan dan sayangkan kamu
Nampaknye masa sungguh dengkikan kita nak. Masa nak kamu membesar dengan cepat.
Taklama lagi jenuh kami nak kepung kamu berlari kehulur kehilir untuk mengexplore dunia lebih teliti
Sedih la plak..
Banyak baju Ziyyad yang infant saya lipat dan simpan dengan elok. Mungkin akan di hands-me-down ke adik nye.mana nak tahu kan?
Sedang asyik melipat baju infant Ziyyad,saya sedih mengalir air mata. Cepat sungguh kamu membesar anakku.sedar-sedar dah nak dekat setahun. ;’ (
Untuk Ziyyad sayang mama and babah
Walaupun kamu membuatkan kami tak tidur malam kerana bimbang dan risau akan kamu, kamu tetap bertakhta di hati kami
Walaupun kamu membuat kami berjaga malam melayan kerenah kamu untuk bermain, kami tetap sayangkan kamu tiada sempadan
p/s::kalau nak tulis surat kat ZIyyad,panjang berjela,20 kajang panjang surat pun belum tentu terluah apa ada dalam hati dan qalbu ni.
06 May 2009
*contest..again??*
siapa nak masuk pertandingan nak kalah ye tak?
kali ni pertandingan in conjunction of mother's day
tak lain tak bukan MBP telah bergandingan dengan AliceWonders (AW)
dah banyak kali masuk pertandingan anjuran AW,tapi tak pernah menang..tsk tsk
i really love their bags.
cantik and really affordable (still,saya masih tak terbeli-beli..*sigh*)
ada juga yang designer inspired dari Mulberry bayswater..cantik bag tu
tapi bag idaman saya dulu kini dan selamanya ialah Flower Power Netbook Shoulder and Sling Bag
Im part time researcher, part time crafter and full time mother and wife
for my son and family, i do some craft and sell them off so i have extra pennies to live for the emergencies
it is not easy being a mother with so many things to do (i am lucky to have an understanding husband)
with this contest i hope i can win this adorable yet practical bag
so i have this motivation to work harder for my son. (beg cantik akan membakar semangat waja untuk lebih bekerja keras mencari rezeki halalan toyibba)
p/s::saya harap boleh menang,pasal kalau kalah,saya punya self esteem jadi sangat low.tapi kalah memang adat pertandingan.tapi saya nak menang juga.tak kira.
p/p/s::korang semua jangan join contest ni.nanti harapan saya nak menang adalah tipis..hahaha
*pemenang*
eh sory la kawan-kawan lupa la pasal giveaway (giveway atau giveaway ye..hmm) shy-shy cat tu
pemenang nye ialah
ur both akan dapat felt foodchain..yay!
clap clap clap
diharap Nik mama tasneem boleh email saya alamat ye :)
*pocketful of sunshine*
i seriously NEED a camera.
all these times saya mengambil gambar guna hp camera aje,kualiti tak berapa elok.
gambar kain nak letak kat kedai pun bila org tengok tak cantek
padahal kain tu semua cantek-cantek
tapi pasal kamera cap hp ni memang la tak ok langsung
semua tu kains yang baru di beli,sape berkenan boleh pergi tengok di KedaiChomel
new hair clip for girls,CrownClip
RM5 saje not including postage :)
email me at stashowale@hotmail.com
p/s::hari ini bersemangat,pasal semalam bersemangat jahit 4 NCs. :) bila hati dan minda kata boleh,semua boleh..DilaBoleh!
05 May 2009
*jenis-jenis orang yg pergi IKEA*
pergi ke Ikea,ambil beg kuning/trolly. Pusing seluruh Ikea..at the end tak beli apa,sekadar tengok-tengok aje.
Jenis 2
Pergi ikea,ambil beg kuning trolly, pensel +kertas+tape measure...amek jam,magazine file ,benda-benda kecik,sampai kaunter tak jadi beli humban beg kuning dalam tempat kembalikan beg kuning sekali dengan barang-barang yang diambil tadi
Jenis 3
Pergi Ikea,lepak-lepak atas sofa,katil atau dapur..saje amek feel.
Jenis 4
Pergi ikea amik semua pensel kayu free,boleh bagi kat anak atau cucu di rumah. (pernah sekali terjumpa this ah soh amek semua all the pencil and simpan dalam handbag..nice)
Jenis 5
pergi ikea pasal nak makan kat situ
Jenis 6
yang betul-betul nak pergi beli barang. seperti saya...lalalalala
saya beli ;
swivel chair kaler pink = RM49 (ganti kerusi menjahit saya yang dah patah sebelah kakinye,dah paku balik tapi senget plak)
kain apentah nama
ingat nak beli baby high chair untuk Ziyyad,tapi tade stock plak
tapi hujung minggu lain kita penuhkan IKEA lagi...
p/s::mari penuhkan IKEA setiap hujung minggu..heheheh
*throbbing*
kepala berat sangat sakit
hari ni pun masih sakit kepala,tapi tak seteruk semalam
im lacking at the sewing department lately
kena buat juga malam ni despite of kepala sakit weng weng ni
ok..semua mula bekerja..jgn berblog saja..wakakaka :P
p/s::kpd semua yg dah oder NC,malam ni saya jahit k..sorry ye. :)
02 May 2009
*1000 words*
::my best buddy back in school,Suraya and her husband..makcik neh tengha pregnant 5 mo..ayokk ayokk sakit wooo beranakk...saje kasik cuak..kihkihkih..by hook or by crook baby akan keluar juga Sue..heheh::
::dengan harapan berdoa semoga boleh terbang...::
::if u guys closeup tis pic.boleh nampak half of Ziyyad's teeth..::
::heehhe,mari kita "berkemas" di rumah nenek pula::
::mama,ape ni?...rimas la::
::agak2 korang la kan..kalau Ziyyad ada adik perempuan macam ni tak muka dia?..hehhe::
::bulu mata guna extra long lash..hehhe..mama kamu pun tak macam tu Ziyyad bulu matanye::
::alah!lupa nak tengok Jim Jam and Sunny la hari ni::
thanks umicik for all these lovely picture,harapkan mama Ziyyad,hampehhh
p/s::enjoy al the pics,esok dah nak balik penang..huhuuhuhu..tak mahuuu,wo pu yauuu!
p/p/s::ye,kami angkut ngan walker-walker tu bawa balik kl..tu pasal la kengkonon nak beli exora,kalau gini la gaya,kena beli pickup truck baru ok...hahahaa