Search This Blog

17 September 2008

::investment::

mari..siapa nak invest.no risk,senang je nak invest..interested?

heres how

1.baca quran banyak2 bulan ramadhan ni,dan teruskan pada bulan lain2 juge

2.zikruallah banyak2,selawat

inikan bulan Ramadhan,meh invest saham Akhirat pula

alihkan duri dari jalan pun dapat pahala,kan ke senang investment ni..

ada duit lebih?Alhamdulillah,lagi bagus

1.sedekah kepada yang hak

dah bayar Zakat sekalipun,pegi sedekah lagi

kalau boleh beli Manolo Blahnik atau Christian Laboutin,sedekah la banyak sikit,jgn la Rm2 je ye..

tak tau nak sedekah kat mana,pegi beli Harakah..kat dalam tu banyak iklan minta derma..

Pasti dapat ganjaran kalau kita invest pada jalan Allah. Sahih dapat kalau kita ikhlas.

Rasulullah ada 3 dinar kat rumah dia pun,dia risau,pasal dia takut,kalau2 3 dinar itu bukan hak dia,hak orang yg lebih memerlukan.

jangan asyik tengok senang orang,meh kita tengok org yg susah pula,pasti kita akan rasa bersyukur masih punya tempat teduh sempurna walaupun tak hebat mana,masih boleh makan ayam walapun bukan di Burj Al Arab,masih boleh baju raya walaupun bukan dari kain Rm100 semeter,masih boleh berkereta waalupun bukan Bugati Veyron.

Alhamdulillah.

Semoga kita semua di dalam kalangan orang yang sentiasa bersyukur...InsyaAllah

kan saya dah kata,kita semua kaya!

masih sempurna sifat,punya sepasang kaki,sepasang tangan,hidung terletak,semua sempurna..kaya lah tu!

p/s:tulah asyik tengok senang orang je,diri sendiri rasa miskin pasal tade Bugati Veyron.ceh!

p/p/s:;ubat sakit hati ialah membaca quran,berzikir.tak sakit hati pun bace quran jugak,besar ganjaran nye lebih2 lagi bulan Ramadhan ni..

disclaimer::penulisan di atas tade kene mengena dengan yg telah meninggal dunia,hanya untuk orang hidup aje...::

3 comments:

Elyn Sani said...

terima kasih kerana mengingatkan saya utk invest :D

Obefiend Weiland said...

thanks

dila. abang tukar free ads untuk bulan ni. nak bagi ruang kepada muslim quraban aid. mana la tahu dapat la titis-titis pahala. ehem ehem

kamu pun busy ngan baby ziyad. kedai chomel retire kejap ok

Taichee~@! said...

Dila...

ayat kita semua ni kaya tu kan...
macam pernahku dengar semasa di meja makan bulat..

hehehe~@!

Tu sebabnya, bulan Ramadhan ni bulan yg lebih baik dari seribu bulan. pahala berlipat ganda..

InsyaAllah kalau kita berniat dengan niat yg betul kerana Allah Taala...Allah pulangkan balik apa yg kita beri tu dlm bentuk lain, bukan je dapat pahala, tapi lebih murah rezeki, sucikan diri dari dosa.

Kalau kat umah ada sekeping roti pun, kalau separuh disedekahkan pada yg memerlukan alangkah baiknya.

Jom sesama kita beli saham akhirat. Tak akan jatuh kerugian malah makin besar dan tinggi pulangannya, insyaAllah.

Sebenarnya kita semua takde apa, kerana apa yg kita ada itu milik Allah semata. Sebab tu kena beri pada yg hak. Allah nak tarik pun anytime aje. Syukur alhamdulillah krn limpah nikmat dan rahmatNya, kita mampu dapat apa yg kita ada sekarang dan cukup segala sifat.

wallahua taala a'lam