Search This Blog

31 December 2011

2011,saya hilang satu organ

on 27th od December,i was having a bloated stomach..so bloated even minyak yuyi cap limau cant make me kentot.

Susah nak kentut,susah nak berak...perut kembung sangat,sebenarnya masa balik kerja i feel weird kat perut. Macam,kenapakah perut aku sungguh buncit hari ni? (selalu pun buncit tapi tak sebuncit hari tu XD )

malam tu i tot,lepas letak minyak,husband urut kaki semua,angin boleh keluar tapi memang tak boleh kentut. ya Allah kentut tu nikmat sangat tahu ke kawan-kawan? Lepas tu i have a fever,demam menggigil. Teringat deman gigil gilagila ni masa tahun lepas ke denggi. I said to myself "haih,janganlah denggi lagi,tak sanggup la minum air pucuk betik lagi" (pucuk betik muda+ air+kisar,tapis...minum airnya,untuk naikkan platlet darah) the taste is,horrible!

husband gave me some paracetemol to ease down my fever.Kesian dia malam tu,frantic+risau tengok keadaan isteri dia,pasal badan saya sejuk,dia demah dgn hot water.Tapi tangan melecur pula terkena air panas,kasih sayang suami,jelas terasa (before im hahing a fever and shivering tu did asked him "abg,sayang dila tak?" ) mengada,i know...hahahaha

on 28th of December,decided not to go to the office,still nausea and drowsy. Pagi tu straight pegi klinik dulu,Dr cek air kencing semua takut air keincing kotor,lepas tu dia tekan perut,belah kana memang sakit bila tekan macam perut kulit nak terburai rasanya. Terus buat letter masuk hospital.

dah dekat tengah hari,i am still not taking my breakfast,masuk hospital, Dr Yeoh checkup lagi..memang sah appendiks,at 3.30pm macam tu,terus operate,pasal peurtku memang sahih kosong dari semalamnya,wuwuwuwu. kelaparan yang amat sangat pasal after operate selama 48hrs still kenot eat.

that night jugak my mama and babah,shoot pergi penang with my sister and her friend. And malam tu jugak depa balik as tomorrow morning kena pegi Kelantan. Mama dan babah sedaya upaya,susah payah..syurga tempat meraka ya Allah..(maybe Isnin come back here,i told not to,pasal menyusahkan aje..kesian depa baru balik Kuching,pi penang pulak..pi kelantan..nak adil dengan semua anak-anak walaupun dah besaq dongga hatta ada yg dah kawen...heeeee)


my lil swollen appendix. geli plak aku nengok lama-lama.hahahahah XD

31st of December ,hari ni baru discharged. Perut still pedih but yeah im recovering. Thanks for the doas thru twitter and fb.. :')

what a way of ending my year eh...hilang dah satu organ,walaupun Dr kata tak penting,tapi aku yakin setiap ciptaan Allah tu ada gunanya :D

Happy New Year semua , semoga kita sentiasa dalam rahmat dan barakahNya :D


p/s: husband said to me "nanti balik rebus appendik tu buat minum" yeauch! his kidding u guys.hahahaha. Terima kasih suamiku kerana selalu ada di sisi oxoxox


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

19 December 2011

Chomel DSLR Strap Slip Cover


Back by demand. :)

Easily slip and slide onto your original DSLR strap. Line with interfacing.

Measuring around 3 x 24 inches wide (2.75 inches between seems) . Fits standard Nikon and Canon strap. (do check your camera strap width and length first before buying)

come with pocket for lens cap :)

RM20 (excluding postage.Pos ekpress RM6,box)

to order or any inquiries,email me at erni.fadzila.saharudin at gmail.com





Cuppies! (sold)

Paisley (reserved )

Purple Dots! (sold)

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

16 December 2011

Karangan Cuti Sekolah



Semalam Nenek dan Atuk saya mai dari KL.Saya sangat seronok!Memang hari-hari saya harap nenek dan atuk datang Penang.

Hari dimulakan dengan sarapan pagi di Kayu Nasi Kandar di belakang vistana.Favorite place atuk and nenek for their teh ais.Saya pun suka makan roti canai sini.
Lepas sarapan pagi,nenek and atuk ajak pergi naik bukit bendera.Mama saya tak pernah bawa pun pergi bukit bendera. 

Bukit Bendera new train. It is fast,ada aircond boleh naik ramai orang :)

Tiket untuk budak kecik macam saya RM4,Nenek and atuk masing-masing RM4 juga Mama je RM8. Warga tempatan make sure tunjuk kad pengenalan ye :)

Saya,nenek dan atuk.


Mama kata dulu masa dia kecik pun dia ambil gambar disini juga. Mama kata lagi sinilah tempat femes nak bergambar.

i am a kid,and i am always curious like a cat.

"macam mana agaknya nak bawak balik train ni letak kat rumah"

Saya dan nenek!

Sini ada kanopi walk,tapi canopy walk dah usang,jadi telah ditutup.

saya dan atuk! saya manja.walaupun dah besar dan berat atuk masih dukung saya lagi.

sini juga ada buggy ride.RM30. bawa pusing pusing bukit bendera tengok rumah-rumah lama.
Jalan-jalan penang memang menyeronokkan. :)


Nukilan intrepretasi Mama,Idea Ziyyad :D


p/s:karangan malas.hahahahaha XD

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

13 December 2011

putus asa la macam niiii



bila tengok orang lain dah start jahit nursing cover,aku rasa nak give up..ntah hapa hapa.

bila dah kerja ni susah nak tumpu pada side business yang satu ini.Banyak idea nakl buat,nak buat produk baru..tapi bila tiba weekend adalah susah nak laksanakan plan.maka tinggallah plan dalam kepala je.Tak terluah menjadi satu produk pun.Weekend aku rasa nak rehat je setelah hari weekdaysnya bekerja dengan teruk

susah nak cari masa bila semua kena bahagi ikut hak.Paling hak mendapat perhatian aku tetulah keluarga.Terutama anak dan suami (tengok tu anak come first...hahahaha)

sangat envious bila tengok crafters lain menjahit dengan kemas dan cantik..jeles betul...rasa nak give up bila tengok produk sendiri yang macam tak boleh nak campete dipersada kraftangan malaysia (persada kauuu....a'ah yelah)

mana hilangnya semangat menjahit aku ni?mana hilangnya semnagat nak sama-sama bersaing dengan crafters lain.Aku pun nak buat yang terbaik juga.

Rasa yang kurang enak,seperti makan nasi basi kekdahnya.Tak sedap.

Rasa sila hilang,rasa yg tidak enak tidak perlua ada. Semangat untuk bersaing,semngat untuk menghasilkan yang terbaik perlu ada.Tolonglah sapa-sapa datang sepuk belakang ni,kasi semangat balik sekaligus menghapuskan rasa-rasa kurang enak ni.

Hiyearghhhh!

ada kain baru di kedaiChomel Japanese Cotton semuanya.RM40 saja untuk sehelai  Nursing Cover.Siap upah :D
  

p/s: Mesti.Rajin.Mesti!





{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

03 December 2011

Allah beri apa yang kita perlukan

aku selalu berdoa,supaya aku dapat kerja baru...tak pernah la putus doa aku ni.Beria ria la doa,kasiklah kerja lain,kasiklah kerja lain,kasiklah kerja lain

sampai buka jobstreet tu ntah berapa kali satu hari aku pun tak terkira.Sampai aku sendiri call syarikat nak buat appointment interview.Desperado tahap dewa eh. One of the reason why i am so eager to change job,pasal gaji sikit.My career path dari dulu tak memberangsangkan akaun bank. 

Kadang-kadang sedih dan terfikir,mana kurang doa aku ni?kenapa doa tak dimakbulkan ni?aku kurang sedekah amal jariah ke?ye..sehingga mempersoalkan qada dan qadar tuhan..Astaghfirualllahalazim...

sampai satu masa...boss datang panggil aku,and said he want to send me for a training.And maybe later will be discussing about a pay raise..

balik dari kerja,sepanjang perjalanan 30 minit tu..aku terfikir.Macam kena langgar keretapi rasanya...Allah tak beri apa yang kita nak,pasal dia tahu apa yang lebih baik untuk kita.Dia beri kita apa yang kita perlu.

Dan,malam ini menonton cerekarama tentang Nur Ain,seorang yatim piatu.Diambil anak angkat oleh satu pasangan yang agak kaya. Tapi the adopted parent ni buat dia macam hamba,minum arak semua,tak solat,dera budak Ain ni. Oh,pasangan ni adopt Ain pasal the wife can't give birth anymore.

Tulah kadang-kadang terfikir,kenapa Allah tak beri zuriat pada certain couple,ada sebabnya.tapi yelah bukan semua sebab tak baik,ada sebab yang hanya Allah tahu kenapa.Jadi jangan putus asa,teruskan berusaha dan berdoa.

Jika Allah tak beri kita di dunia,berkat sabar kita..syurga balasannya :)

p/s:ALhamdulillah kedaiChomel pun makin berkembang,sama kembang macam tuan dia.kembang semangkuk XD






{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

21 November 2011

motivasi dimana kau menghilangkan diri?





my sewing modjo seems going down the drain,my god...rasa malas gile gile

tapi kalau customer dah aorder perlu lah siapkan,itu amanah..tapi takat orders jelah yg dibuat..projek sendiri ntah bila nak dilaksanakan.

i bought 3 wooden letters,and still not mod podging it,bahhummbug @_@

seriyesly,masa hari jumaat there a tonnes of things nak buat,macam-macam nak buat dgn semangatnya,tiba weekend,terus semangat evaporate macam wap air...ya Allah hu rabbi,apa malas sgt tak tau.

somebody need to slap me real hard to get me going again.

                                   

the letters that i want to mod podge,bought these letters at RM2 each,cheapo.Mod podge tu RM30 for 236 ml. i think if u have pva glue also can,1 part glue 2 parts water,mcm dalam art attack duk selalu guna.boleh ko,rasanya.Beli kat craft haven di One Utama.Mod Podge tu beli di papier the curve.

ramai org tanya pasal twill tape di entry ini ,twill tape tu macam satu tali putih kadang-kadang pink pucat ada dijual di kedai stationary atau kedai jahit berhampiran. Murah je dalam RM2 macam tu,few metres jugak la.

my crafty side of me dah getting rusty and need to be polish ASAP.

p/s: kena.rajin.kena!



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

16 November 2011

Some updates, copy paste from my fb statuses. Im lazy liddat



Was teaching Ziyyad to imaginary catched
my flying kiss and put it in his
heart,sometimes he put it in his
pocket,sometimes he let it go and said "bye
bye!" to the kisses that flown away,banyak
akal sangat pakcik kecik ni awat tak tau.... -
_-"

"Pada satu hari ada sekor badak, dia tak
suka share. Ziyyad suka share tak? " "TAK
SUKA SHARE! " "kalau mcm tu Ziyyad boleh
kawan dgn badak la ye" "whatever... " LOL!

"tiba-tiba dtg seekor crocodile,nak berkawan
dgn badak tu,tapi badak tamau share
mainan dia,crocod ile berkata.." "ma!
crocodile mana boleh cakap..crocodile
makan org..ngap ngap warghhh!"
"eh,Ziyyad ...ni cerita mama ke cerita
Ziyyad,mama tido kang " setiap malam
sebelum tido inilah yg berlaku XD

ziyyad was standing beside me yesterday
while i was busy sewing.he look at the
sewing machine so intently,e ventually i
asked him "Ziyyad tgk apa sayang?".. he
pause before he could answer and said
"ma..mana button off mesin ni?" -_- " he
wanted me to read him bedtime story like
the usual,but im so busy,sorry la ziyyad.


Ziyyad demand masa main dia dari saya. Kesian dia. Kadang kadang dia dtg masuk bilik jahit saya dgnmuka frowning. katanya bosan sorang sorang takde kawan..  :-(



Bought cheap cooking play set for ziyyad. Semlm satu hari tak jahit as i promised to play with him. Budak budak mcm ziyyad, imaginasinya tinggi dan kelakar selalunya.



Ziyyad. Banyak mulut banyak akalnya. :-)

P/s: updated using email.apps blogger di android mcm nak kena tampa je rasa

Hello

Testing 1,2,3..cubaan suara 1,2,3

12 November 2011

My Happiest Moment





Happy,happy

Happy as happy can be

Happy to be surrounded by family


This picture was taken during a kenduri doa selamat cum my son's 3rd birthday at my mom's house.These is half of my cousins and nieces. We rarely meet each other (thanks but no thanks to distance,some of us living far away like Penang for instance XD) . This picture taken by my aunt Zain Zubir using her camera of course. I so want the Olympus PEN mini now,so that i can capture my own happy moments :)



do want!


Happy Photography,proudly brought to you by Olympus and Nuffnang :)


07 November 2011

Ziyyad.


this happen in 1 same night


scene 1

Ziyyad came in my sewing room as i was busy sewing nursing covers. He covered his mouth with his hand,and another hand like holding something according his imagination

Ziyyad: Pssssss....psssssss. Mama!tutup mulut cepat!
Mama: kenapa pula?
Ziyyad:Ziyyad tengah sembuq nyamuk ni,banyak asap! pssssss psssss

scene 2

Ziyyad came in my sewing room as i was busy sewing nursing covers (again,eventually he is getting bored if i dont teman him watching tv). Again,he covered his mouth with his hand,and another hand like holding something according his imagination

Ziyyad: Zrengggg zrenggggg.. Mama!angkat kaki cepat!
Mama: apa pulak kalini encik,tadi encik kan dah sembuq nyamuk area saya ni
Ziyyad: saya tengah potong rumput ni encik mama. zreng zrenggg
Mama: -_-" ye baiklah..
Ziyyad: ok siap.satu ringgit encik mama
Mama: nah! *hand him imaginary duit*

scene 3

Ziyyad came again,now he doesnt have any imginary pemotong rumput or penyembuq asap aedes,instead he looks rather sad. And i am still sewing

Ziyyad: mama...jomlah teman Ziyyad tengok tv.Ziyyad sunyi lah
Mama: sat la sayang,sat lagi mama teman la..satu jer lagi ni (actually there was a few NCs need to be sewn)
Ziyyad: *hug hismother so ever tightly* stop la mama jahit...jom la teman Ziyyad tengok tv.
Mama: ok lah...ok lah

eventually saya berhenti sekejap menjahit dan teman dia.kesian la anak mama ni,siang malam kerja ye Ziyyad.

p/s:semua rahsia Allah.Kita jangan putus asa. :)



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

24 October 2011

Janganlah bosan,please XD







some of the clucth yang telah disiapkan weekend semalam :)

 Fern Out Fabric

 this fabric you guys can see it in KedaiChomel Nursing Cover

this is a designer fabric by Anna Maria,another one is in red,u can see it at Chomel Passport Holder 

For any enquiries,email saja saya di

erni.fadzila.saharudin at gmail.com






{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

19 October 2011

Dots!

Been meaning to upload this lovely fabrics this week,due to time constraint adalah lamabt sikit nak upload,kasi pekasam dulu bagi sedap lagi kekdahnya XD

Dots yang comel! :)

 some lovely patterns :)


made from Chomel Nursing Cover leftover fabrics

the above fabrics is for Chomel Foldover Clutch/Fabric Lanyard and also Customa made luggage tags :)

do email me for any enquiries 

erni.fadzila.saharudin at gmail.com



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

15 October 2011

Klinik hitam la sangat

few years back i did post an entry pasal satu klinik yang boleh buat abortion. I did my IUD thre cause people said its cheap (yes its cheap,and now my IUD is down in the drain,hilang derr...sekarang keje lab test condom..abih cerita la...hahaha)

so the story is,there is one comment i get from an anonymous asking where is the clinic as this anon said he/she/shehe wants to do the IUD (according to him/her/whatever la)

of course being me,malas nak layan.Pasang IUD kat klinik bersalin pun boleh,kau pandai sampai blog aku,apesal kau tak GOOGLE je "klinik pasang IUD" ...aku tau kau mesti google pil gugur kandungan kan?

waima kau dah kawen sekalipun nak gugur kandungan mungkin pasal apa aku tak kisah nak ambil tahu sangat,pergi la klinik/hospital mana-mana.

lepas tu dahla aku tak balas komen dia,dia boleh kata "sombonglah admin blog ni" something like that la..eh tahu takpelah aku memang sombong.bagus,dah pergi main korek-korek tempat lain. Dah sedap kena korek,mengandung nak gugur plak,tampa nak? (Disclaimer: this apply untuk pasangan belum nikah gatai sangat,BUKAN untuk yang kena rogol.dah kawen dsb)

lepastu yang paling best,dia padam komen dia kat entry tu eh..

click for larger image :)


bak kata Usop Wilcha : "Nampk sangat menipunyer"

p/s:apesal tanak tanya pasal condom?ni nak mengandung baru terhegeh-hegeh,nak berzina sekalipun cerdik sikit boleh? 

p/s: berzina dosa besar,cerdik sikit boleh?


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

14 October 2011



The Park : Made from 2 different fabric pattern,mid weight cotton,with interfacing in between to make it sturdier. Dimension when Fold 7 x 8.5 inch
RM25 (excluding postage)

email me for details: erni.fadzila.saharudin at gmail.com

p/s:am sorry u guys,nak i put proper update okies..


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

13 October 2011

More on Chomel Foldover Clutch


ANNOUNCEMENT:  at the moment all 4 chomel foldover clutch sold out! will sew more : )

Chomel Foldover clutch up for grabs!



Hippie Flowery : made from heavy cotton,dimension when folded 7 X 8.5 inches.
 RM25



 Digitally Yours:  Made from light weight cotton,with light interfacing in between to make it sturdier. Dimension when folded 7 x 8.5 inches
RM25


 
*Booked*

Pink Polka Peacock : Made from 2 different pattern,light weight cotton.with light interfacing in between to make it sturdier. Dimension when folded 7 x 8.5 inches
RM25


for details,email me at erni.fadzila.saharudin at gmail.com

all prices are excluding postage :)



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

12 October 2011

Chomel Folover Clutch - Update


 ( the Pink polka with peacock feathers has been booked...)

in between melayan kerenah Ziyyad semalam,i managed to sew these Chomels. But still tak sipa sebenarnya,rivet and button belum pasang.engah malam mengetuk sana-sana ada yang maki empunya diri ni..hahahaha XD

Masa di bahagikan sewajarnya,ada untuk jahit,ada untuk suami dan ada untuk Ziyyad

Kadang-kadang rasa nak marah Ziyyad every time i was busy sewing,dia datang mengendeng...tapi mana boleh marah dia,dia nak hak masa dia dengan saya...

Jadi dengan muka senyum aje melayan kerenah dia...saya pun pelik dengan diri sendiri semalam,i was happily sewing and layan kan Ziyyad (husbad was away ada hal)

hasil jahitan lebih kemas,kalau kita happy...itu yang sayadapat semalam. Kalau jahit memarah sana sini,mesti ada je jahitan silap dan kena buka dan jahit bali...annoying tau kena buka jahitan balik

I am "sew" happy!!

so tell me what kind of pattern you would like to see as a clutch (and would probably buy ke nanti..eheh) ,burung-burung ke?abstract ke?flowery ke?simple ke?dots ke? 

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 October 2011

Chomel FoldOver Clutch - For Sale!

i sew a foldover clutch yesterday,it can fit your galaxy tab,or maybe your wallet or phone :) ( or like me,campak segala mak nenek termasuk calculator XD )

selling for RM 20 (excluding postage) right at the moment, I'm selling this fabric pattern first, It will be more soon :)








email me for details : erni.fadzila.saharudin at gmail.com


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

09 October 2011

A Little Boxy



i sew this little boxy pouch with the lil help of this tutorial over here  

a structured pouch.Im using Ikea medium cotton with interfacing giving it the boxy structure :)



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

03 October 2011

ada sebab


hari tu sepupu saya datang penang,dan kami meronda cari makan...penang apa yang best?makan lah!

sepupu saya anaknya tiga,yang paling besar dalam 5 tahun rasanya dan yang paling kecil 8 bulan...

tengok dia bersama anak-anaknya membuat kan saya juga teringin ada anak ramai..macam seronok tengok keletah dan kerenah anak-anaknya...

jadi saya utarakan pada husband saya malam itu

"bang...bestlah anak ramai...jom la kita tambah anak lagi"

husband selatankan balik soalan saya

"ada sebab kenapa Allah kasi kita anak satu dulu..tengoklah ZIyyad..dah sama macam 3 orang anak dah"

tidak dapat tidak,saya tak membantah dan mengiakan kata-katanya

perangai Ziyyad ni makin rasa nak kena cubit je selalu...kalau sabar tu boleh di beli,lama dah saya beli buat stok simpanan.

tapi tulah memang geram...dia suka-suka teriak keriau nangis dalam kedai mamak kalau nak apa-apa benda. bila dah beli..nampak yang lain keriau nak lain pula.tangan memang rasa nak lepuk je..tapi khalayak ramai..kang kata apa pula. nangis di pandang,pukul juga kang dipandang..huih.susah wo

saya tau ada je anak tertib takdil,duduk diam je,dengar kata je,senyap je tak macam anak saya...(memang ada,acap kali saya cerita pasal anak saya,anak dia je yang paling tertib takdil...hahahah) sepertinya ada anak seperti Ziyyad ni teruk sangat..jadinya malas nak bercerita hal anak kalau bertemu dengannya...

dan saya terfikir juga kenapa sesetengah pasangan yang masih lagi tidak dikurniakan anak setelah bertahun-tahun berusaha...ada sebab. yang penting jangan putus asa :)

Allah ada perancangan,ita juga ada perancangan..tapi perancangan Allah itu yang terbaik.

p/s: mungkin tahap kesabaran kak arin tinggi,dan saya memang la kurang sesangat.Bagi saya sendiri,saya kagum tengok ketabahan kak arin,ntah kenapa.memanglah iron lady,boleh bawa ketiga-tiga anak berjalan tanpa suami (suami kerja) dengan jayanya.saya bawa Ziyyad sorang pun pikiau 20 kali.huhuhuhuh


28 September 2011

Ziyyad,train dan bangladeshi





hari tu balik KL,sempat kami bawa Ziyyad naik komuter,dari Kepong sentral ke KL sentral dan patah balik XD


Ziyyad was super excited masa tunggu train...mata diabersinar-sinar..it was so funny to see him like that..hahaha




masa pergi kl sentral,he was sitting quietly,still fascinate dengan train,time nak balik dah tak reti duduk diam..

saya duduk pada mulanya,tapi bangun untuk berikan tempat duduk saya pada pasangan warga tua,Ziyyad being peniru dan saja cari alasan utk bangun turut berdiri dengan saya

masa tengah berdiri,i asked him to duduk supaya bila train brek,dia tak jatuh (well u know inertia semua tu kan..gugel inertia please kalau nak tahu lebih lanjut) ,dia duduk sebelah warga bangladesh

lelaki bangladesh tu,bukan main suka Ziyyad duduk sebelah dia..ajak bersembang la,siap peluk peluk Ziyyad lagi,rindu mungkin pada anaknya disana..who knows kan?

mesti korang kata "eiii Ziyyad kena peluk bangla...eeeiii busuk!"

kenapa eh..bangla bukan manusia ke?kenapa kena double standard..kenapa kalau bangla mesti busuk..ntah-ntah dia lebih wangi dari kita?

bukan bangla je selalu kena malah nepal,indon,vietnamese pun selalu kita double standard kan diorang..apa mulia sangat ke melayu? (aku melayu lah,bangsa lain aku tak selidik plak penerimaan depa terhadap warga asing ni)

Ziyyad anak kecil yang meniru lagak orang dewasa sekelilingnya,bila aku bangun untuk memberikan tempat duduk untuk pasangan warga tua dan orang sakit,dia turut bangkit dan memberikan tempat duduknya.

dan beli kita kata "eiii busuk la kena peluk dengan bangla" what do u expect tindakan dia?

baru sebentar tadi membaca twit dari sepupu yang kini berada di Egypt untuk meneruskan pembelajaran,dia di harass oleh seorang Arab,yang tidak sukakan Malaysian..sedih kan?

jadi layanla orang sekeliling anda dengan hormat,seperti mana kita mau dihormati begitulah jua org lain...lain kalau dia kurang hajaq sangat.hahahhaha XD

kita sama-sama manusia di bumi tuhan...


p/s:tak perlu la kerek sangat dengan benda duniawi awak tu,dalam kubur bawak kain kapan dengan amalan je.eheh



15 September 2011

i am so sorry


sorry for the late email replies

been busy working siangnya..

only at night (sometimes early in the morning) baru dapat balas email

my days has been hectic day and night

mencari sesuap nasi dan nak beli bag jurulatih..hahaha XD

im a bit demam,but its ok

because tomorrow is holiday!

hooray hooray its a holi holi day!

going to Melaka,bertunang abg dan berjalan sekali

so want to go to jonker street...heee

p/s:saya cuti sampai Isnin.moody mondy tiada dalam kamus ye.hahaha XD




07 September 2011

kadang-kadang


kadang-kadang,kita teringin nak sesuatu....macam handbag berjenama ke,kuali mahal ke,kasut mahal ke..

tapi biasanya (org biasa macam saya la,org kaya tak lah...org kaya duit byk anytime beli je) kita dahulukan keperluan orang lain..keperluan anak-anak biasanya

macam babah saya,dari dulu dia nak jam rolex,tapi dek kerana pikir kan anak-anak,dia tak beli..kerana anak-anak lebih penting,dan jam rolex tu lain tahun la beli

tapi babah still tak beli-beli waima dah pencen beberapa tahu,pasal duitnya dia simpan bawa melancong aje ngan mama saya..seronok kan? (time pencen ni la nak berdua,anak-anak dah besau ye dak)

semua orang ada keinginan...teringin nak pakai beg designer misalnya..teringin set pinggan mangkuk noritake ke,nak pegi melancong ke...keinginan berbeza-beza antara kita manusia kan..

ada yang simpan duit sikit-sikit..lepas tolak semua keperluan macam takaful,education fund,bills etc...simpan sikit-sikit untuk membeli keinginan

hee...saya pun ada keinginan..tolak sana tolak sini,ada la dapat sikit hasil usaha menjahit.heee

:)

p/s:korang da teringin nak membeli apa-apa tak?ke aku sorang je rasa mcm ni?hahaha




31 August 2011

Raya 2011 di Sg.Ara Penang.





A raya picture...i felt weird pakai tudung merah,98% of my tudung is black..bila pakai merah rasa macam..merah nye kau dila...hahah



Ziyyad who refuse to smile properly..ini budak haa suka buat muka tau. i wear my crocs,the most comfiest heel ever!period.

did cooked some nasi lemak and masa lodeh untuk 1st syawal..malam ada kawan2 husband datang rumah..habis lincin..Alhamdulillah :)

pergi beraya rumah orang,semua dah tak mau jamu rendang,eat soto and nasi beriani..rumah mak je ada rendang..i need my dosage of rendang now!

taking herbalife kinda blocked my appetite..rasa nak makan,dah panaskan rendang..tetiba appetite hilang..kapish!oh god..adalah susah nak turun berat badan,jadi pasrah je T_T

sejak bila orang penang pandai masak lodeh di pagi raya ni?confused...

i need my dosage of rendang now!..eh dah cakap eh tadi...heee

esok balik KL,InsyaAllah,baru terhegeh-hegeh balik kampung...hahaha..kampung sg.Penchala kira kampung tak?

bought Ziyyad a new car seat..and a PSP to keep Ziyyad senyap dalam kereta..kalau tak hingaq sepanjang jalan penang-KL...tensi woo..tu baru sorang anak tu.hewhewhew

am waiting for my barang to arrive..lagi 2 weeks or so mcm tu..heeeee

amacam raya korang?kancing baju kurung masih ok atau dah burst?saya maintain je...pasal tak cukup dpsage rendang..kalau ada rendang..herbalife melayang la...hahaha




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

27 August 2011

raya di tepi korner


direct translation yang gagal,raya is around the corner..hahha

1.saat ini,samping,songkok and kasut ziyyad still tak de..

2.i bought raya shoes..its not raya shoes though..its for hari hari shoe..

3.baju raya for me this year,is jubah..like every raya aku pakai jubah..pasal,baju kurung selalu baru aku nak pegang je,salegirl kata "tu takde saiz besar la kak"..ye..i geddit...so jubah it is.jubah doesnt come cheap yang betul-betul cantik.i bought jubah jordan for rm300..pakai la sampai koyak.hoh.

4.kuih raya yg order ada 3 je,2 tu je dah samprit (im a fan of samprit!) dan satu lagi kuih moden apa ntah namanya..aku fail sikit nama kuih moden ni..selebihnya kuih beli kat giant..sedap kuih kat giant ni...aci kerat jari kuih raya ni tak habis sampai raya haji..hahahaha!

5.lagu raya dah mula berkumandang...lagu raya feveret saya..ialah lagu dari p.ramlee dan siti nurhaliza..hahaha!

6.i lose weight..sebulan sebelum puasa aku dah consume herbalife,been watching my food intake,nampak dah turun n susut sikit my waistline..husband suka :)

7.am thinking to sell my coach wrislet la..nak beli lain..hahahaha!

8.kereta dah servis semua,so boleh balik dengan keyakinan yang tinggi serta tawakkal dan berdoa semoga perjalanan selamat,u guys out there yang balik kampung tu be careful ok.

9.selamat hari raya untuk semua pembaca blog anasfadilah,kalau ada sebarang ssalah dan silap saya mint amaaf sangat.

10.lepas raya,ganti puasa cepat-cepat k :)

p/s: what is ur favorite kuih raya?


19 August 2011

Brief


1.mata saya berkenan pada satu beg jurulatih,berkenan saja..banyak-banyak online shop,princessveevictoriacloset menawarkan harga terendah..tapi dah sold out u'oll!sad

2.setakat ni baju raya Ziyyad je berlambak..sale la katakan up to 70% kau..hah..saiz baju ziyyad ialah 4-5 atau 5-6..dia baru 3 tahun..membesar bagai mak dia..besaq nala...hahaha

3.saya rindu roti john babah say abuat...sedapp!

4.banyak-banyak murtabak jual kat pasar ramadhan,ayah mentua saya punya paling sedap,dah la sedap,free plak ...eheh! XD

5.im a bit slow in sewing department this fasting season,im sorry to all customer if have been waiting like forever...akan pos sebelum pos laju tak nak hantar dah sebarang pengeposan iaitu 22/8/11...after 22nd depa nak cuti bakaq lemang,and parcel send after 22nd lepas aidilfitri la ye sampai.kasila depa nak cuti gak...hangpa ni kan...

6.update atas permintaan kak tiara...hahaha!peace kak tiara >_<"

7.oh ye...ziyyad sudah tahu menggunakn screw driver,he knows how to open the toolbox,pick the screwdriver,dan melonggar segala screw pada kereta jentolak mainan nya..nak marah pun ada kagum at the same time. He has these ikea play tool,ada screwdriver la hammer la...oh hari tu mengamuk he hit me with the hammer..sakit woo!

8.raya tahun ni penang dulu,tak sabaq makan rendang tok dengan ketupat palas..yummyummm! (keje kau memang makan je dila...hahaha)

9.kawan-kawan semua tukaq duit raya awal-awal k...jangan nanti tukaq kat kedai apek ikan duit kecik,maka duit raya pun berbau ikan juga XD hahahaha

10.10 ramadhan terakhir..jom tingkatkan prestasi solat wajib dan solat sunat,kurangkan melangha tak tentu hala kan,rebut tawaran hebat ganjaran Allah di bulan Ramadhan ini,InsyaAllah





12 August 2011

Fakta tentang saya


  1. saya mempunyai day job yang dimana keadaannya saya tidak dibenarkan bermain komputer kerana saya bekerja di testing lab.
  2. saya test kondom mengikut standard ISO/WHO dimana jika telah memegang kondom alamat ber lubricant la tgn saya,berlemuih la org kata
  3. sementelah tangan sudah berlemuih menjawab email/sms/telefon adalah sukar kerana hp adalah touch my body,eh tidak touch skrin (habis canggih la konon kan?)
  4. saya menjawab email usai maghrib atau usai sahur (gile ah lambat)saya tahu sebahagi customer jika peniaga/penjual tidak menjawab email dengan kadar kalajuan cahaya (read:cepat) customer akan marah..i know this very well as im also and avid online shopper (hah!kantoi)
  5. saya meminta jasa baik hangpa yang comel menghantar email pada saya untuk bersabar sikit je untuk memberi masa dan ruang untuk saya menjawab secara teliti usai balik rumah ye.saya tahu anda semua sabar-sabar orangnya :)
  6. terima kasih atas sokongon,siapalah saya kalau tiada customer..eheh XD

p/s:kejap je dah 2 minggu puasa kan?



09 August 2011

Safiyya


most probably some of u sudah tahu,tokey KedaiChomel dah keluar safiyya ahad lepas..

pada yang terlepas nak tengok,ulangan hari Khamis jam 10am,atau boleh tengok di tonton.com.my safiyya episod 32

satu pengalaman yang saya tak akan lupakan dan juga satu pencapaian di tahun 2011 :)

got positive reviews..i do have jitters u know,but managed to masked all the nervousness behind a fake confidence...hahaha

baba (my dad) did said i mumble a bit..with these kind of teeth (macam pagar tak siap) meamng u can help but mumble..

i does look fat,tapi kan hari yang sama,kawan mama saya mai buat ceramah pasal kesihatan sekaligus jual Herbalife u olls!

tarikh rakaman tu juga saya start herbalife saya..hopefully badan tak macam guni beras lagi...hahaha XD

that is all,cheerios :)

p/s:besar rahmat ada gigi tau walaupun jarang,takde gigi nak makan bubble tea ada pearl pun tak mulehh..hee




pssst...nak headband ribbon ni tak? mai la singgah SINI


05 August 2011

Melayu ke?Islam ke?


suatu hari di pusat membeli belah di bulan Ramadhan

duduk keletihan di bangku-bangku yang disediakan..terlihat satu awek hot berseluar hotpants berambut panjang..

wewwitt..seksi..eh,lupa..puasa kott

Macam melayu?tak kan kott..ramadhan ni..mungkin Chindian..opps,Malaysian. (nowadays i tell you ppl cepat terasa,i dont know why)

tiba-tiba telefon awek hot berbunyi,dan lagunya ialah

"Ucaplah ALhamdulillah..syukur kita kepada Allahh~~~"

errr tak kan chindian lagi kottt

lalu mencuri dengar perbualan (abeh depan mata kott dia berenti)

"haa yee,sat,lepas beli makan kat pasar ramadhan,orang balik la sebelum maghrib"

TETTT

eh..wait masih bersangka baik

Dia bukan Islam barangkali,beli makan lauk pauk kat kawan serumah mungkin..

dan dia suka mendengar nasyeed dari kumpulan Raihan,tupasal jadi ringtone phone

hangpa ni buruk sangka banyak sangat..err,termasuk aku sekali la kott

tapi tulah,kan senang kalau namanya Islam tutup aurat,pakai tudung..baru la tahu Islam ke dak,ye dak?

eheh..peace!

p/s:dah 5 Ramadhan,mcm mana pengisian?



03 August 2011

Selamat Berpuasa






i think it is still not to late to wish u Selamat Berpuasa :)

come visit KedaiChomel

new pre order fabric and new ready made ones :)





Breastfeeding moms!meh bergaya pegi raya rumah orang dan breasfeed in style k :)