Search This Blog

07 September 2009

*Cuti banyak sangat la Malaysia ni*

Cuti terlampau banyak adalah sangap di rumah (sangap = bosan)

dengan keadaan H1N1 ni.kami duduk dirumah saja

dah berapa lama tak jejak kaki ke Queensbay

takpela sabar sikit,InsyaAllah H1N1 ni segera terhapus (bulan Ramadhan ni byk kan doa ye)

apa saya bikin cuti-cuti ni?

bermain dengan Ziyyad la apa lagi

tengok la tu,lagak seperti orang dewasa sahaja membaca..hehehe

vocab dah banyak dah awang ni..

mulut tu pok pek pok pek je

sekarang tido pun tak mau dah kena dukung

nak tido sebantal dengan mama dan baba dia

mengamuk no.1,lambat susu sikit suka nak merempan (merempan = mengamuk ,satu ciri genetik saya telah diturunkan dengan jayanya kepada Ziyyad..)

tiap kali tengok Ziyyad mengamuk,saya ketawa..sebijik macam mama dia

haih...

alang-alang cuti banyak,masa pun banyak

jadi saya oil kan mesin saya ni

saya sayang tau mesin ni..biarlah harga dia tak mahal

tapi saya tetap jaga tau

nampak macam baru je

padahal dah setahun lebih dah mesin ni berkhidmat dengan saya :)

(can see or not my quilt project,dah siap tau! tapi saya bagi C jelah..tak kemas sangat pon..hahah)

main bunga api la apa lagi cuti-cuti ni

hahahhha!

anak panah tu tunjuk ada orang jual bunga api,selang beberapa rumah dari rumah mak saya..

supply dekat senang nak main...hahaha

(cuti2 buka puasa di rumah mak la,apa lagi...semalam Cik Khaty buat laksa oiii..sedap kauu..try makan laksa dengan rempeyek..sedapp! saya kalau makan laksa Cik Khaty sahih tambah..ikan banyak,fresh pula)

p/s:: masa kecik2 memang puas main bunga api,mercun katak la mercun gasing,mercun papan la mercun mancis la..tapi dah besau ni main saja je..mengimbas kenangan silam. tapi tak lawan En.Anas lah..dia dulu main meriam buluh.


Chomel Nursing Cover

5 comments:

Elyn Sani said...

owh penang cutik ek?? ptt la sunyi sepi opis ni..... lega org sane x call heheeh

Dils said...

uih... orang yang baru lepas kena keje wiken sabtu ahad ni, jangan disebut cuti itu tak cukup. Hahaha

mama danial said...

masa kecik-kecik dolu, yang tukang supply bunga api ialah Uncle Man...ingat tak? dah laa tuh, bunga api yang kaw-kaw punyer!

p/s: kat melaka tak jumpa orang jual bunga api, kena supply untuk Danial dari KL...banyak lak requestnya tuh!

Eliss said...

syoknya...lama tak main bunga api :P
dulu ms kecik2, lepas maghrib, mesti mak hulur 4 batang bunga api sorang sampai laa abes pose..huhuhu

Nazri Ahmad said...

comey ja ziyyad baca buku tu..mcm professor henry jones