Search This Blog

18 December 2012

not a day goes by...

not a day goes by,...i didn't regret sending Ziyyad to his babysitter

he is almost 5..memang sometime dia nak pegi rumah "mak" (as he called his babysitter) pasal boring duduk rumah sendiri. Yelah sana ada ramai orang nak layan dia.

Memang Ziyyad tak rapat dengan aku..aku akui,cuma kalau dia jatuh ke apa baru lah dia keriau cari aku. 

Tapi bila orang kata itu salah aku sebab Ziyyad tak rapat dengan aku..aku hanya mampu duduk,membisu.

salah aku kah menghantar Ziyyad ke rumah pengasuh sementelah aku pergi kerja mencari duit?

salah aku kah yang mahu sangat pergi kerja,petang baru balik?

tahu tak letih,layan perasaan yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal.

tak kerja duit tak cukup untuk tampung keperluan. Harapkan duit suami memang tak cukup..

memang ikut hati,dari dulu lagi tanyalah kawan-kawan se uni , lepas belajar,kerja,kawen,berhenti keje jaga anak.

memang aku nak jaga anak aku sendiri..tangan aku sendiri,depan mata aku sendiri..

takde pengasuh ke,maid ke,mak ayah ke yang jaga.

tapi menjadi ibu sepenuh waktu dewasa ini luxury (bagi aku..) jadi ibu yang duduk dirumah jaga anak urus rumah.Itu memang impian aku

siapa tak sedih...bila kata aku punca anak tak rapat dengan mama dia sendiri.

memang sedih tahu,kena kecam sebegitu..dan kau tak punya pilihan melainkan telan.

kau tak sebak ke bila anak cakap ini di waktu pagi

"ziyyad tamau mainannn...Ziyyad nak mama je!"

bila aku pujuk acap kali hendak ke pejabat..aku katakan aku akan belikan dia mainan bila tiba petang.

letih fikir..kongsi masalah hanya menambah beban akhirnya ditempelak. Simpan sendiri makan hati lama-lama boleh mati..tak terluah,tak tertelan. 

p/s:esok ada training,2 hari di KL..yelah tinggal lagi..salah aku lagi. hooray!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 December 2012

Big Bad Wolf 2012


sebelum apa-apa meh la cuci mata..hahahah.

arrived at KL around 12.30am (Saturday) terus pegi BBW dengan adik. I did bring along my luggage bag with wheels. memang tak menyesal la bawa. Penuh beg tu hari.

ingatkan tak ramai orang around 1 am macam tu..tapi giler ramai. Tapi dalam MIECC tu still ok to roam around cari buku. (Tawaf children section 2 kali sementara tunggu nak bayar..the line beratur nak bayar gila..queued up almost 2 hours..and adalah peghak mana cut our Q..jgn buat susah orang nak dibalas tuhan)


sebelum pergi BBW i did made a list of books that i want to buy..seperti rajah di atas..saya mmg berniat nak belikan Ziyyad buku Mr.Men and Little Miss, sekali jumpa terus la borong. RM 5 a piece,kat Borders box ser RM180 if not mistaken.


antara lain buku Ziyyad..buku human body 3D tu last sekali nak bayar baru jumpa,tawaf children's section dekat 2 kali tak ketemu. masa beratur nak bayar memang hampir kecewa. Dalam list mmg ada buku tu untuk beli buat Ziyyad. Niat sangat-sangat. Sampai adik kata pada saya "takpelah,tak rezeki Ziyyad" habis je dia cakap macam tu,saya mcm ternampak kelibat buku biru ada otak, dicelah kotak-kotak yang orang abundant ,capai dan tengok buku tu! ALhamdulillah rezeki Ziyyad. 



These are my books..cook books dan juga buku merepek nak baca gelak-gelak. Nak beli chick lits macam ntah beli nak baca. Dan saya masih ada lagi buku chick lit yang belum dibaca...ahahahaha XD. Buku memasak saya semua hard cover. Nigella punya buku RM30 a piece,same goes to Jamie punya buku. Hardcover bawah Rm30 memang sapu la..tunggu lagi?

so we went back at around 530 am..walaupun queue panjang giler,tapi kudos to all the staff. Sangat helpful sangat friendly sangat awesome la habis cerita. Still can put up a smile tgh pagi buta tu baguslah kan,helpful sangat!


Penuh dgn buku,baju saya letak beg plastik je..no kidding.

saya budget RM300 tapi under budget RM283 untuk semua buku diatas. Sekarang ni masalah dia,rak buku dah penuh. with my books,Ziyyad lagi babah dia lagi punya kitab-kitab...we need expedit. Takpun custom made shelves,pasal ikea takde kat sini.heh.

p/s: tak sabar nak baca buku Mr.Men dgn Ziyyad..hehehehe :)

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

03 December 2012

hai...

lama dah tak memblog..ada ke yang kisah?hahahah

anyway lets make this short and sweet

1.will be back to KL this weekend,seorang diri pasal gigih nak pegi big bad wolf.tahun lepas kirim kat sepupu adn adik,tis year,saya pergi sekali. Mama kata saya mhu sgt nak eprgi paal buku tu..wuwuwuw

2. i have stop taking bird sea nest collagen as muka saya berjerawat lepas makan,sedih wehh,ingat kulit remaja ke nak jeratwat jerawat ni. and no,i dont sell them.

3.masuk disember dah..ntah apa pencapaian saya tahun ni ntha..takde rasanya.hahahah haih~~

happy monday to all.




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

05 November 2012

bird sea nest

sekarang ni,semua pakat duk sibuk guna kollagen. Saya pun teringin juga nak cantik,gebus dan mulus. Tapi apakan daya kollagen from renowned name such as kinohimisu tu mahai.

Jadi ntah macam mana berjumpa denga ibu kollagen atau nama saintifik dia  Eucheuma cottonii (boleh google tentang journal yang ramai penyelidik dah buat)

rumpai laut ni kaya dengan iodine,magnesium,yada yada blabla..go read ok.hahaha

so does this rumpai laut contained collagen?the answer is yes. nah baca,kalau malas nak google http://en.wikipedia.org/wiki/Collagen 

banyak dah sekarng orang jual ibu kollagen,i like to called it seaweed aje.well obviously it is seaweed.duhhh. ada banyak harga,korang pilih la rasa berkenan ikut memasing,tapi memang  murahla,saya beli dari kawan RM15 saje per 100g. Ye rasa sikit kan,tapi try la mask dengan 2.5L air. tu macam stok sebulan punya kollagen. most of these seaweed datang dari Semporna,Sabah,kerana perairannya yang sesuai.

preparation memang renyah,tapi nama pun murah kan...nak siap sedia minum bayar la mahal dengan segala additif lain. yang saya beli memang rumpai laut kering tu hah dia bagi,packaging pun tak fancy,pelastik je u olls.

bila dapat tu,terus basuh bilas banyak kali to get rid of the hanyir,dah basuh bilas (saya siap ramas) rendam overnight. dah rendam overbight bilas lagi a few times,letak bawah running water pun ok. Masak kan rumpai laut yang dah bersih tadi dalam 2.5 liter air. masak sampai dia larut macam jadi jelli. dah sejuk simpan dalam peti ais.

the smell is still there,tapi tak la hanyaq sangat.boleh tahan lagi. bau dia macam bau laut (dey,whaddaya expect the rumpai laut tinggal kat laut kann..hahah) . how i used it?

1. campur sesudu dalam air sunquick minus the sugar,larut kan sat jeli rumpai tadi,lepas tu minum je macam biasa takde ketul jelly pun

2.ambil je jelly tu sikit,sapu kat muka jadi masker,been doing tis for few days, Ziyyad kata muka saya nampak putih,tapi macam tak yakin as my skin is fair.tapi mungkin bertambah seri ke apa wallahualam.

3.sometime i drink it with milo. Milo Kollagen,kau mampu. hahahahah! XD

baru start on 2/11/2012 haritu,tengok la hasil dia macam mana nanti,beseri macam datin rosmah ke apa ke kan. eh.


gambar besar: rumpai laut yang dah direndam overnight,sebelah dia tu dia dah sejuk jadi jelly, setiap pagi saya ambil sesudu bancuh dengan sunquick,siapa dare devil makan je lah sesudu tu,tabah jelah nak cantek katanya.

barang di ingat,rumpai laut kaya snagat dengan iodine,pengambilan yang terlebih boleh menyebabkan keracunan iodine. kalau terasa demam,cirit berit muntah,minum segelas susu,tak nak minum susu pegi klinik jumpa tabib. XD

dulu kat sabah saya selalu je nampak orang jual tepi jalan,tapi ntah kenapa tak berminat sangat nak ambil tahu. Siap buat ulam ini rumpai laut bah,tapi saya ndak pernah cuba.

banyak kandungan nutrient dan ada wound healing property juga. macam gamat. I do take gamat healing masa DnC suatu masa dulu, 3 bulan lepas tu ada ziyyad dalam rahim.eh,kesitu pula. itu semua kuasa Dia, kita berusaha je kan :) Minyak gamat langkawi tu sentiasa ada dalam rumah ni,kat bilik tidur kat dapur kat ruang tamu semua ada. senang,luka sikit buh,calar sikit buh. cepat darah berhenti dah luka ceat sembuh. 

tak mustahil anti kanser juga nanti,memang ada kajian dah dimana seaweed inhibit dan supress tumor semua,itu korang kena cari journal dan baca.

p/s: semua penyakit ada ubat,kecuali mati.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

21 October 2012

red velvet acresville




Akhirnya,first attempt to baked my own red velvet jadi. Ini kata pengulas

"sedap,tak manis sangat.." - Kak Ros pembuat tegar red velvet
"kek dia boleh perbaiki,cream cheese  atas dia ni sedap" - Ayah,pereka makanan dan pengkritik makanan 
 "dok aih,kek dia mmg laguni,bukan moist,sedap dah ni" - Emak,well if she said its true,its definitely true

"pandai dah ni baking...sedap!" - Mak Teh Yun,pakar memasak dlm family 

resipi?

seriously senang juga membaking,saya pernah dengar macam-macam pantang larang,macam..kalau gaul adunan tak boleh lawan jam nanti kek tak naik. Ntahlah,saya guna food processor je (on pause button la) pasal my hand mixer gone kaput already.

ok kalau nak buat here is the recipe ( i bet there are tonnes of recipe out there,mine is not too sweet)

saya ambil dari Myresipi ,

  • Bahan kering
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula icing (saya guna gula halus je,tu pasla la tak berapa maneh,me thinks)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti) (ada recipe yg guna 2 tablespoon of cocoa powder kalau tamau rasa coklat sgt,tapi saya suka setengah cawan ni..hahaha)
  • Bahan basah
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran) (i skip this altogether,no wonder ayah said my cake a lil bit dried..no minyak sayur la ayah..hahaha)
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu) ( i did this using the milk and lemon method hee)
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 sudu kecil cuka putih (i substitute this with lemon juice too,cause i cant find white vinegar)
  • 1 sudu besar pewarna merah ( do u know the othername for red food coloring is Cochineal? puas cari red color rupanya nama dia ialah cochineal..hahaha,lame aku ni..cochineal ialah bug tapi jgn risau ni pewarna tiruan not really from the bug. Mula2 terasa wah sudu besar??!! tapi percayalah nanti bila letak dry ingredients dia akan ok)
  • Cream cheese topping
  • 125 gm cream cheese ( i used tatura cream cheese)
  • 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted) (i used buttercup,still tasted good.heee)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu besar perahan lemon

resipi lain utk cream cheese:

CreamCheese resipi Shila kasi :

1 cup icing sugar

Philadelphia cheese

unsalted butter tatura 

- whip all! 


Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree celcius
  2. Ayak bahan kering ( i no sift my bahan kering,dump it all together XD,no sifter la nanti ai beli k)
  3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati (saya guna food processor on pause mood,why pause mood?kita tamau udara hilang dalam adunan)
  4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed) (what i learn from the cooking channel and my friend yg ada sijil bakery , masukkan sikit sikit the dried ingredients,gradually baru kek naik cantik)
  5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit (saya masak 19 minit..ambil tengah-tengah)
  6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk
 

seriusly senang je nak buat cake ni,takdelah remeh sangat. Baking memuaskan hati sendiri dan orang lain..seronok juga :D



comel kan kertas cupcake saya,walaupun lepas tu dibuang -_-"  tapi ntah,bila serve kat orang cantik-cantik ni hatta kek tak sedap pun dia membuka selera :)

p/s:ada kedai jual bahan kek baru buka di sunway bayan baru.dekat dengan rumah, saya suka! the highlighted ones tu komen saya,dan apa saya buat kat ruangan resipi dan cara-cara.selamat mencuba! 






{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

19 October 2012

*EASY* mac and cheese

when i say easy,it is easy..sayalah jenis menaip cari resepi, ayam percik kelantan+easy. itu saya taip kat google bar,tak perlu teperanjat.hahahah

semua nak easy lah kan.. XD


nah cuci mata dulu..hahahaha!keji kan perangai XD

recipe :

  • 2 cups of milk ( i used full cream..)
  • 2 Tablespoon of flour (tepung gandum cap sauh)
  • 3 Tablespoon of butter or majerine
  • 1 teaspoon of salt
  • 8 keping cheddar cheese (sebenarnya kena guna grated cheese)
  • 1/2 a packet of macaroni (i used san remo tu,sebenarnya guna 1 pack,tapi half of pack pun dah banyak bagi saya,makan berdua jewww)
Preheat oven to 350oF dalam 177oC.

cooked your elbow macaroni al dente,according to the instruction kat belakang package.

melt butter, add flour and salt. Mix well,cooked for 2 minutes or until bubbly. Gradually add milk. GRADUALLY, sambil tu stir to avoid lumps. tamau stir u can whisked it. Reduce heat to low. (dari mula saya guna apa sederhana je) simmer for 3-5 minutes until thickened. Letak cheese,kacau sebati,and tossed in the macaroni yang telah ditoskan airnya.Janganlah pi masuk dgn air-air sekali,terus la jadi sup mac and cheese nanti XD

resipi atas ni saya ada add pepper cayyenne,u can add paprika/chilli flakes if u want,. If tak letak i think the taste will be bland je..Lidah melayu mesti ada nak pedas sikit. rasa dulu sebatian tadi. kut kurang garam nak tambah pedas ke apa ke kan.

lepas dah gaul all the cheese and mac,letak dalam casserole dish,bake for about 20 minutes. Sebelum letak tu saya ada tabur breadcrumb kasi rangup sikit bila bakar dan sprinkle some pepper cayyenne. ikut hati saya buh cabai burung potong je,pedas sikit. XD ..apakahhhh

hidang panas-panas baru best!all the cheesy goodness tu melted...uuuu bestt wooooo,makan pulak dengan roasted chicken rosemary...terbaik!





see the chicken? all the crispy goodness.see the mac and cheese?. I owe myself an hour of walk for about 4 miles. criessss! 

p/s: selamat mencuba : ) tak sedap jangan marah tau. pecah kaca pecah gelas sudah baca tak perlu balas XD

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

11 October 2012

sombong pada sudut pandangan berbeza


situasi: di kenduri kampung,kampung belah belah utagha.

lauk pauk hidangan semua masakan kampung, gulai perut, gulai rebung,acar buah,ikan kering.. saya dari bandar. Saya tak pernah merasa ini semua. Oleh kerana taste pallete saya tak berapa nak berasa kampung,bukan pasal saya sombong tapi tak pernah rasa. Perut?errr no thanks. Lemak,ke urat pun saya tak makan,pasal satu macam emm lembik lembik.hahahaha! jadi yg saya makan di kenduri tu hanyalah nasi+acar+ikan kering. Orang cap saya sombong dan berlagak.

tapi saya memang tak reti nak makan. Adapun hanya ambil kuah gulai saja.huhuhuhuhu.

situasi: open house raya rumah saya.

saya masak spaghetti daging. Kuah daging kisar with tomato and mushroom and cheese. Saya hidangkan pada tetamu,mostly my husband's friends. Adapaun mereka makan hujung-hujung senduk je. Depa kata depa tak besa makan akan laguni. Makan ala2 italian ni semua tak besa..weh,hampa makan pizza boleh na.

dan saya boleh kata diorang berlagak tak? agak-agak?

tak,saya tak kata diorang berlagak mahupun sombong. Diorang just tak biasa dengan spaghetti lagi,just like i didnt eat babat,perut buat gulai kan.

tapi tulah,the sad part is,saya je nak paham keadaan ketakbiasaan orang...

tu je citer,sekian,terima kasih XD






{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

08 October 2012

Weekend cooks

Yay!already bought the oven, i choose pensonic,mainly because the height :)

tak sabar guna!weekend terus la memasak guna oven, from breakfast to dinner. Semua la baked. Dasarr.

masa beli tu,i lugged the oven myself dari kereta ke atas rumah. En.Anas did told me to wait dan biarkan oven tu dalam kereta,biarkan dia angkat ke atas.

Masa sampai rumah,he called me "macam mana oven?" i said "heee,dah bawak naik dah..heee" he said back knowing his wife punya perangai tahap tidak sabar gedik menggelupuq "abang agak dah..."

hahaha...sanggup weh angkat oven besar pemeluk tu..gagah kekdahnya. Dimana ada kemahuan disitu ada power ali cafe! XD

so back to weekend cooks.



made some choc chip cookies with Ziyyad,he had fun mixing the flour,cracked the eggs and all. Baked garlic rice,roasted rosemary chicken and egg cup. Oh i really love the rosemary chicken. rangup kat luar,juicy kat dalam. the kentang sangat lembut,sedap. all the gravy tu dari ayam. Resipi? mixed herbs,dried herbs,coarse pepper,salt. gaul gaul,perap sejam. letak kentang sekali dlm pan, roast dlm oven 250 degree celcius 1 jam.or sampai ayam masak,nak lebih gelap lamakan la sikit.

suka bila rumah berbau wangi masakan dari dapur,especially masakan oven. Masak dengan oven,campak2 dalam dish,put in the oven and u can go mandi,buat kerja lain,layan suami ehem ehem eh XD atau apa apa la. 

hopefully semangat memasak menggunakan oven kekal tinggi. Kalau tak nanti kena bahan dengan suami..hahaahah XD

p/s:lucky husband tidak makan nasi,so recipe baked or roasted adalah sgt mudah. baked macaroni,baked salmon..oh my!banyaknya idea XD misi utama: red velvet cuppies.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

30 September 2012

Why Maybank should give me tickets to Legoland


the above bricks is original from LEGO,it sticks better together.And i built it myself! hah! XD .Maybank should give me tickets to Legoland because i want to bring my son there. Ziyyad has been begging me since he saw Legoland's commercial, the one with the dragon roller coaster. Please,Maybank..give my 4 y.o the oppurtunity to go to legoland, i will enjoy it too,as i grew up playing lego with my siblings :)

it would be a dream come true for my son. Thank you in advance. i love you Maybank,do you know i have an account with you. Here,have some cookies.eh. XD




26 September 2012

Baking!

selalu kalau tengok channel 703,707 or 706 (kalau tayang bab masak memasak) , saya adalah teringin nak oven. Kalau kat rumah mama,boleh la buat Pavlova ke biscuit ke,egg cup ke...ada dalam blog ni saya buat,pegila search je.

tapi rumah saya takde built in oven,memang nak sangat ada,tapi jangan cerita yang takde. takde built in oven kita beli electric oven je sudah. :)


i did some survey juga..harga dalam range below RM300. Bila search google,Pensonic tu la on top of the list,second maybe TRIO,bentuk dia tu cantik kemas.Mistral tu mcm hmm besar ni..tapi bentuk tak cantik. Pensonic and TRIO buatan Malaysia (rasanya TRIO tu imported barang dia dan letak nama dia tak macam Pensonic) Mistral is from singapore. Harga diatas adalah di Jusco ye.

Husband mencadangkan to scour kedai letrik kat batu maung tu,apantah nama dia lupa dah for a cheaper price :)


oven belum beli,dah beli remekins dulu. Dasarrrr! kat Daiso je. Tapi make sure kat bawah dia ada tulis utk oven and all,kalau tak,nangis. My remekins karer pink...ingat nak ambil yang oren,tapi tadek la lak kan utk oven ke apa ke. Nanti boleh buat Souffle. Haa tak menahan nak buat souffle katanya..

The last time i baked was on 2010..hahahaah...adeh.

Resepi Egg Cup , Pavlova , Choc Chip Cookies dari saya :)

p/s: need to organize the kitchen,lepastu nak beli baking tray,cupcakes tray..lallalala!so want baked salmon with white chives sauce,lepastu nak masak RV cakes,lepastu,lepastu,lepastu....hahahaha!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

14 September 2012

Magnetic IG pics {tutorial}

Bil abalik rumah,macam mana penat pun memang terasa nak crafting kadang-kadang..dah lama tak buat sesuatu..

so here is what you need.

1. magnetic sheets (with adhesive side,easy to stick your pics,no glue no mess), i get mine from Daiso. RM5 a piece. It comes it various sizes. There is also magnetic tape,magnetic tag and also magnetic printer paper.. I'm having a hard time to choose. XD

2.An Instagram ac (follow me @Anasfadilah ... eh sempatt) ..but i download my Insta pic from my phone to my laptop via bluetooth,easier that way.

3.Inkjet printer and photo paper. I'm using Hp advanced photo paper,type glossy (well i think better used semi gloss or matte) but i make do on whatever i have in hand :) 

so how to do it,refer to pictures below...heeee


Remember the day i decided to print my IG pics? I already put it up!

hahahaha! Did the frame myself (toldya...). a hard type cardboard,purchased at nearby stationaries shop. RM4, quite big.

The frame is 5x5 inches.






Now,the project is finish.Whats next...hmmm


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 September 2012

My Instagram pics,printed!

i was this closed to print my insta pics online via Picstgram,but being me the money pincher,or you can say frugal..

i print it myself.


how?

print guna Hp photo advance paper,saya guna type glossy. RM35 untuk 25 helai saiz A4.

satu A4 boleh muat 6 gambar as saya buat 3 inci kali 3 inci.

saya guna photoscape utk pegridan (as in grid),if u have picasa ke photoshop ke boleh gak.

sekarang saya tengah cari cara buat frame DIY atau pegi kedai cheap cheap tgk frame sesuai (dasar cheapskate tapi nak bergaya gak..hahahaha XD)

instagram resolution kecik,kalau print besar-besar kang grainy plak gambar.tapi suits you la k

endless possibilities i tell yuh!

p/s:gambar koko the succata turtle tu yang paling saya suka tengok,entah kenapa. Oh ye rasanya kalau matte or semi gloss lagi cantik gambar,tapi saya guna je apa yang ada.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

07 September 2012

dan kau kenapa nak berlagak sangat

pada suatu hari,saya bertemu dengan seorang yang boleh dianggap kakak. On the first on meeting her..dia dah cerita"saya kerja di *some part of aussie i couldnt careless* sana saya kerja *insert watever* gaji lumyan,dalam RM8000 tukar duit kita...bos saya sayang saya...ni saya balik pun pasal mak saya sakit..Suami saya orang arab..(this is where she show me her husband punya gambar) ,dia lecturer...mak mertua saya,orang kaya arab, business woman. Mak mertua saya sayang sama saya tau,saya kawen denagn orang arab,orang gaji ramai ..*this is the part when i just looked at her,dengar tak dengar..like is she for real,tapi sangka baik aje dan angguk angguk* mak mertua saya belikan saya satu apartment di burjkhalifah *this is where i go WOW!..well memang aku ter wow depan dia la,kaya nak mampus mak mertua* tapi saya tak suka,saya balik,saya merajuk dengan mak mertua saya..bla bla bla...."

kadang-kadang kau tengok penampilan orang kau tau dia kaya atau tak,tapi mungkin,mungkin dia low profile tamau menunjuk..

tapi mak mertua kau bagi apartment di burj khalifah kau tak suka?kegilaan apakah ini!! *tarik rambut*

tapila,kalau betul ini semua cerita bohong,sekadar nak berlagak dengan aku yang tak punya apa..aku rasa tak perlu. Aku sekadar dengar,angguk angguk,wow sana sikit sini sikit,pasal aku hormat orang. Aku dengar apa orang nak sampai.Tapi sampai tahap penceritaan melampau ni start la aku nak buruk sangka je.Hati ni je pujuk suruh sangka baik...

inilah dia penyakit hati,kalau agak nak berlagak pun kau tengokla orang dulu..tak sesuai nak berlagak dengan aku pun...aku takde apa nak diberlagakkan..

haihh~~

p/s:tak mati tahu tak kalau merendah diri ni.

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

31 August 2012

gemuk dan suami lari

one night after getting Ziyyad to sleep,husband and i was having a chat..

Husband : sayang tahu tak,tadi kawan abang pi pukul sorg mamat ni duk kacau bini dia..sampai pi klinik emua,tapi orang cerita,bini dia sibuk duk layan lelaki tu.Lelaki tu bujang.Lelaki tu memula tak mau,tapi selalu duk layan bagi makan la apalaj mana tak syok.. 

Yang lagi satu,kawan pak xxxx kawen nombor 2...tapitulah isteri first janganlah salahkan orang ja,kena tengokla juga diri,badan gedempai,laki balik selalu nak marah marah je,suami balik kerja muka masam..datang perempuan caring tanya awat muka masalah ja,nanti suami pun syok la kat perempuan lain

Saya : *lantas memotong* ooo badan isteri tak cantik terusla cari perempuan lain,macam tu?

Husband: taklah..tapi isteri jagalah penampilan,kasi elok,dulu sebelum kawen badan cantik,lepas kawen menggelebeh..dah tu cakap tak pernah nak elok,kasaq dengan suami..kalau ada perempuan lain caring kat dia..macam mana?

Saya : Masalah dia bukan pasal isteri tu gemuk,kenapa isteri saja nak kena tanya suami bila balik kerja "kerja mcm mana bang..?" kenapa suami tu pi tanya isteri dia "awat muka masam ni sayang..kenapa marah-marah?" Tak boleh la harap isteri je tanya suami..dua-dua kenalah duduk berbincang..kenapa perlu luah masalah kat orang luar? bukan hal rumahtangga kena simpa suami isteri ke?

at this point of conversation,ada argue sikit,dan saya drama,dan merajuk..eh padahal takde kena mengena pun dengan saya..dasar kaki merajuk mmg macam ini (tak hairanlah Ziyyad dapat this part of susunan ATCGGTCGC yg macam ni gaya,is spells gen kuat merajuk mcm mama)

so husband did pujuk..dia kata "kalau abang tak sayang,sayang..abang nak sayang siapa?" we hugged  and...eh eh over kan nak tahu semua hangpa niii.....haip haip

sometime i did marah-marah kat rumah,yelah penat kerja opis semua balik basuh pinggan etc etc,tapi kenala juga kredit dia,as pagi-pagi siapkan ziyyad to school semua..tapi tulah bila otak penat,tak dapat pertimbangan wajar.. tapi in the end,hsuband always..always asked kenapa saya marah marah...vise versa

selesai masalah sama-sama...tapi tulah.

masa raya cuti seminggu tu,banyak cerita penceraian yang saya dengar. Ada lakinya ceraikan isteri dia,nak kawen dgn perempuan umo 50 tahun plus-plus,ada lakinya nak kawen muda pun ada...sebab apa becerai ini bukan urusan saya..

tapi tulah kalau alasan isteri gemuk,muka masam selalu marah-marah itu bukan alasan kukuh nak kawen lain,isteri gemuk,suami pegilah ajak ajak isteri ke gym bersama,diet bersama. kulit kusam ke isteri tu,suami belilah barang sekotak dua epyhra ke..eh. Tapi tulah perkahwinan,perlukan 2 orang,tapk perlu orang ketiga errr kecuali kounsellor perkahwinan la..eh

tapi ada pula isteri bukan main cantik,taukey saloon..badan A tiptop tapi pon suami duk galak cari perempuan lain..mana salahnya,apa punca saya pun tak tau (isteri queen control ke,suami byk duit sgt ke..ntah la)

tapi tulah,doa lah semoga perkahwinan kekal bahagia dan aman tanpa gangguan makhluk..kita berdoa dan merancang,Allah jua sebaik baik penentu.

update: tapikan rasa macam kesian tau,kalau katalah tak mampu nak beli epyhra,nak beli herbalife,nak beli alpha lipid,nak beli clinique ke SKII ke...macam mana nak cantekkkk!


p/s: selamat menyambut kemerdekaan yang ke 55 Malaysia! harap orang malaysia tak buang sampah merata-rata lagi.eh

p/p/s: saya juga normal,ada ups and downs.tak la perfect tiada cacat celanya. masih lagi dalam proses pembelajaran yang tak pernah habis..eh lapar la pulak.tiba-tiba

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

27 August 2012

gambar raya yg isu



gambar malas,snap from umicik dslr je..hahahah.Ziyyad sentap,babah dia dah terkoyakkan kopiah dia lantas merajuk.Lantas gambar raya jadi mcm ni as Ziyyad tamau keluarkan jari dari mulut.

habislah kamu Ziyyad,sampai kamu tua la orang akan mengatakan akan hal ini...hahahahah!

am still at KL,kerja postponed till 27th,patut dah habis 23rd August lagi...sakit otak aku la bos!( dan drama sangat,malas aku nak taip sini,buat sakit hati sakit otak,sakit jiwa..)

En.Anas and lil Z dah balik penang on 25th lagi..rindu tahu tak..

nasib la En.Anas survive bawa balik Ziyyad dari KL ke Penang,feww...risau tahu..risau sangat!!

dah ini saja update raya,raya kerja makan dan makan dan makan.hooray!!

p/s:rindu pakcik besar dan pakcik kecik.rinduuuuu~


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

15 August 2012

Selamat Hari Lebaran


can u spot the crescent moon and the star (the lil dot),captured it yesterday morning as i was about to go to work..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

kereta make sure tip top ok,lampu depan belakang,brek segaal mak nenek semua ok

semoga perjalanan selamat,biarlah lambat asalkan selamat

i will be heading back to KL,the journey would be breazy as semua org will be leaving KL,jadinya nak masuk KL aman damai,ini bermakna

tak perlu rebut parking kat IKEA,I LIKEEEEE!! (inb4 KL lengan boleh main golek golek atas jalanraya)



p/s:still will be working till Friday. mood kerja saya dah terjun jambatan pulau pinang.hahahah

12 August 2012

Morrocan Jubah for Lil Z



Hari tu pergi kompleks bukit jambul,cari jubah la konon utk Ziyyad,been meaning to carikan dia jubah ala morroco,tapi takde yang berkenan.Most of em kadang-kadang poorly made..Harga dalam RM70 mcm tu. Tapi takde saiz Ziyyad,siap akak kedai tu kata "kenapa tak cari awal-awal...sekarang ni tinggal ni jelah" saya malas cakap bayank aku senyum,dan kata terima kasih. Dan terus pi kamdar kat tingkat atas.

Oleh kerana saya ada asa menjahit,dan tengok patern jubah ni macam tak susah (sila tekankan ayat "macam") . i decided to brave myself to venture menjahit baju. Never in  my sewing career (career katanya...) menjahit baju. Agak daunting juga sebeanryna,lagi-lagi part leher tu.Seram sejuk...brrrrr

Did some googling pasal macam mana nak buat lubang leher yg ok,so i found this ukuran leher , on how to take the neck measurement. antara link-link that help me a lot ialah (semoga Allah balas kenaikan korang yg sudi share ilmu,dengan 1001 lagi kebaikan..amenn)

1. baju kurung tutorial <----meh beli mei tai carrier di sini juga :)
2.cara buat leher v (v neck shirt) <--- byk ajar pasal mcm mana nak jahit baju. :)

i did learn,once..kat sabah cara jahit baju kurung..tapi dan takat ambil ukuran saja,as makcik tu nak pindah semenanjung dah...kalau tak skearang ni saya pakai baju kurung jahit sendiri je...XD

jadi saya ambil ukuran Ziyyad,budak ni kan budak reti duduk diam,ambil ukuran siap nak berjoget kenapa..sia cakap "ma,bila nak habis ni?ambil ukuran lama sangat ni"...~_~" . Did made a pattern on paper,as i am not as good as kak neeza yg boleh freestyle je..wuwuwu..terer ok. Saya tak,jadi potong pola la nampaknya,pasal tamau membazir kain.

ada satu baju jubah morroco dia masa dia a year older and jubah husband pun ada dari situ saya teliti pattern dia..Saya ada buat sikit detailing pada poket,leher dan lengan baju ni...macam jahit lurus-lurus sebaris tu,bagila nampak macam decorate sikit..kononla...heee

dalam 2 jam macam tu siap,dari awal potong pola,potong kain,gedebak gedebik..siap :) , Achievement unlocked!!

sangat happy with result,Alhamdulillah.Ziyyad pun suka, ambil gambar bukan main peace bagai..dah mcm muallaf pun ada dah nengok kan

















raya ni tema kami warna biru, baju melayu En.Anas electric blue,saya pakai jubah warna biru BN,Ziyyad warna biru pertengahan antara saya dan babah dia..haa boleh.

Jubah Ziyyad ni warna dark blue,kain dia tak panas yang penting,pasal Ziyyad ni cepat berpeluh orangnya. masa saya cakap kat husband saya nak jahit sendiri jubah Ziyyad,dia kata "sayan gboleh ke jahit baji,nanti tak jadi macam mana?".. saya cakap padanya "InsyaAllahjadi,tengok pattern senang je" agak tercabar dgn kata-kata dia sebenarnya.hahahaha

tapi tulah,tanpa cabaran kita tak akan menolak diri sendiri untuk maju kehadapan...eh kau ni mcm suh join emelem je kekdahnya.. tapi betul,tak kira apa pun yg kita buat,always motivate diri sendiri untuk berjaya,walau terkadang lelah,letih hampir putus asa,bangunlah jangan mengalah.aaa gittew cik kiah. XD

p/s:can't wait to beraya in KL this year,will be in KL for a week InsyaAllah,thank you Allah for giving me a sensible husband :) . Dan tidak,saya tak ambil tempahan.heeeee~~~~

p/p/s:i see a lo of blue and green mint for tema raya tis year,ada kaler lain tak sesiapa?kang kata boria kampung melayu plak kang...hahahah XD 




07 August 2012

Final Week!




final week to place your order (NC dah tak terima tempahan ye,tapi ready made ada!yay!! eh)

next week 13-16/8/2012 tarikh penghantaran last.

KedaiChomel will be closed from 17-26/8/2012

get your ready made NC HERE 

:)




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

05 August 2012

Grilled Seabass and Air Assam (recipe included!)





seperti biasa hujung minggu,akan berbuka dirumah mak (mak mertua..tapi mak saya la jugak kan..heee) , My mak teh decided to have grilled seabass for berbuka. Sedap habaq hangg..

The seabass was grilled,with sos ikan bakar..you can find it at mydin..sos dia memang sedap! Oh ayah Jatt (my brother in law) yang bakarkan ikan tu..dulu dia tauke keli d'bakar di pasar ramadhan..untung meniaga bulan ramdhan ni...heee

paling best cicah air assam,air assam ni banyak version.Ada version 2.0,3.0.. (ini semua salah bersih 3.0 yang kotor..propah sangat kan iklan nak dekat pilihanraya ni..korang pegi tengok sendiri the real deal dalam youtube yang media massa tak tunjuk dan pergilah nilai..eh sempat je nak selit agenda kann..hahahaha XD)

so tanpa membuang masa,kita pilih Malaysia,eh kan nak pilih singapore plak kan..eh melalut lagi.



sukatan?ikut suka korang...nak pedas buh la cabai lebih..tamau pedas buh cabai sikit..semua ikut rasa sendiri.

Letak semua bahan-bahan diatas yang telah dipotong kedalam blender,and blender away! Blend kasar-kasar,jangan halus sangat..apa barang air asam hancur kan..hehehehe

last sekali letak sikit perahan jus limau nipis :)

makan ikan bakar,dengan nasi panas cicah air asam je pun boleh menambah nasi okkk!hahaha..


minum pulak sirap sarbat chowrasta kan...ok siapa terliur saya tak tanggung..hahahah

selamat mencuba,semoga Ilmu hari ini dikongsi bersama dan diberkatiNya,InsyaAllah :)

p/s:siakap,kerapu,pari bakar.....fuhhh!memang la terbaik!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

28 July 2012

Ziyyad is 4 today!




Ziyyad,kamu dah 4.

mulutnya banyak tak pernah penat

Selamat hari ulangtahun baby Mama.

sebelum tido semalam,he wear his sock on his own. I said "Ziyyad pakai sock sendiri eh,nak mama tolong?" dia kata "Ziyyad dah abang la ma,Ziyyad nak buat sendiri" with the determination on his face putting the sock. Walaupun pakai senget benget,tapi dia nak buat sendiri. Tunggu adik la Ziyyad,kalau kamu nak jadi abang..

babah dia kacau dia semalam sebelum tido "babah nampak ziyyad duk ngan perempuan eh.." dia tak kata apa ,dia tunduk..senyum cheeky sangat..and finally said "mana ada la bah..."

Ya Allah,anak aku dah besar.

p/s:ye kadang-kadang saya panggil dia baby,pasal dia baby saya lagi..guguggugu



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

Menambat hati mertua :)


syukur,Alhamdulillah saya dikurniakan dengan mertua yang baik :) saya je menantu hantu..wahahahahhaih~~

jadinya semalam beruka puasa di rumah mak,sebagai menantu comel dan tidak hantu di bulan ramadhan,saya bawa caramel puding,dessert feveret yang mudah nak dibuat.


oklah,kita share ilmu,semoga keberkatannya kita kongsi bersama :)

Resepi ini dari kawan saya,thanks sity :)

1 cawan gula (untuk gula hangus)
2 cawan air
7 biji telur (utk elak hanyir telur,buang sac telur kuning,dia warnah jernic egg yolk punya sac)
1 cawan susu pekat (susu pekat takdak dah la ni depa guna krimer gantian dari kelapa sawit)
1 sudu besar tepung custard
sabar secukup rasa

note: cawan tu saya guna mug as a sukatan.must buy those measuring cup saw it kat giant tu hari

1.heat pan,and cooked sugar until it caramelize (i cooked it a bit brown, a lil bit pahit pasal the pudding will be tad to sweet,kata puding gula hangus u olls).Pour your caramelize sugar in a heat resistance dishware,or talam pun ok. Let it hardened.

2.whisk 7 eggs,susu pekat manis,2 cawan air and tepung castard.cook with low heat about 10 mins. Pour the pudding mixture on the hardened caramel

3.kukus jgn grill atau panggang. Kukus dalam 30 minit or so,lepastu masukkan dalam peti ais sampai keras elok.

4.Bawa pergi rumah mak mertua untuk berbuka dan sebelum tu letak disclaimer "sorrylah kalau tak sedap,harap suka.." hahahahaha XD

note:saya tiada pengukus,jadinya gunakan kuali,kasi tinggi sikit dgn pan stand dan letak air,dan shut it with the kuali lid :) improvise.

masa ramadhan ni setan malas pun kena ikat,tu yang saya rajin tu.hahahhaha~~

selamat mencuba.

p/s:hari ni nak masak fettucine carbonara utk berbuka dan dibawa ke rumah mak,carbonara ada cili padi kasi pedaih la sikit kan. 


24 July 2012

kerana teringin..

nope,i am not pregnant u guys..saya memang selalu je teringin..ahahahahahaizzz

Ramadhan datang lagi..Selamat berpuasa bagi yg baru dapat puasa macam saya..hahaha (orang start hari sabtu,saya start hari isnin...comel je kau dila)

Pasar ramadhan yg femes di pulau ni ialah pasar ramadhan bayan baru (dimana tempat para pemuda dan pemudi yang masih single mencari bakal pasangan masing-masing,entah kenapa...saya tak terlibat..maaf la ye..) 

dah lebih 7 tahun duduk sini (campur tolak masa belum kawen lagi) tapikan kat PaRam Bayan Lepas ni menu jualan balik-balik ituuuuu je. ayam percik,karamel,pulut udang.,nasi tomato..Gerai ayam percik aku rasa adalah dalam 4 penjuru. (buat dalam area parking masjid yg mmg khas,jadi kawasan tu persegi la)

saya nak ayam percik kelantan la!

pernah 2 tahun lepas,seorang makcik kelantan ni ,kami panggil dia Mak Ngah.dia jual ayam percik kelantan di pekan sungai ara,tapi dia buat sat saja..kenapala Mak Ngah menghancurkan hati saya..haizz

tapi tulah kenginan ayam percik kelantan hanya timbul time ramadhan saja,mengada kan?

jadi nya semalam saya google resepi (weh,boleh myresipi.com jammed pepagi nak masuk...gila lah korang..tapi takpe,bagus memasak lagi pada membeli je,bosan juga kalau selalu sgt beli makanan ni)

and stumble upon this blog aku bukan chef-resepi ayam percik kelantan ,resipinya pantas,tuntas yang penting jadi! 


ayam yang digrill atas Grill Pan sahaja,kerana saya tiada oven untuk kukus grill panggang! ahahahahhaihh



siap kuah percik kelatannnya!letak atas.. makan dengan nasi putih panas...sedap habaq hang

husband suka,dia kata sedap..saya dah cukup happy dapat pengiktirafan dari dia (husband seorg jujur dgn masakan saya kalau tak sedap,kurang garam,terlebih garam dia akan cakap dgn saya..kalau sedap tu makna kata sedaplah..puas masak sampai berasap rumah,the cooker hood tu dah letak 3 pun still la asap berkepui..kata grill dalam rumah kan...hahahahhaih)

saya tambah cili giling sesudu bagi pedas,orang penang tak makan pedas mmg tipu la kan..

resipi mudah sangat,cubalah! :)

p/s: apa agaknya nak masak petang ni ye...hmmm,mari fikir.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}