Search This Blog

18 December 2012

not a day goes by...

not a day goes by,...i didn't regret sending Ziyyad to his babysitter

he is almost 5..memang sometime dia nak pegi rumah "mak" (as he called his babysitter) pasal boring duduk rumah sendiri. Yelah sana ada ramai orang nak layan dia.

Memang Ziyyad tak rapat dengan aku..aku akui,cuma kalau dia jatuh ke apa baru lah dia keriau cari aku. 

Tapi bila orang kata itu salah aku sebab Ziyyad tak rapat dengan aku..aku hanya mampu duduk,membisu.

salah aku kah menghantar Ziyyad ke rumah pengasuh sementelah aku pergi kerja mencari duit?

salah aku kah yang mahu sangat pergi kerja,petang baru balik?

tahu tak letih,layan perasaan yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal.

tak kerja duit tak cukup untuk tampung keperluan. Harapkan duit suami memang tak cukup..

memang ikut hati,dari dulu lagi tanyalah kawan-kawan se uni , lepas belajar,kerja,kawen,berhenti keje jaga anak.

memang aku nak jaga anak aku sendiri..tangan aku sendiri,depan mata aku sendiri..

takde pengasuh ke,maid ke,mak ayah ke yang jaga.

tapi menjadi ibu sepenuh waktu dewasa ini luxury (bagi aku..) jadi ibu yang duduk dirumah jaga anak urus rumah.Itu memang impian aku

siapa tak sedih...bila kata aku punca anak tak rapat dengan mama dia sendiri.

memang sedih tahu,kena kecam sebegitu..dan kau tak punya pilihan melainkan telan.

kau tak sebak ke bila anak cakap ini di waktu pagi

"ziyyad tamau mainannn...Ziyyad nak mama je!"

bila aku pujuk acap kali hendak ke pejabat..aku katakan aku akan belikan dia mainan bila tiba petang.

letih fikir..kongsi masalah hanya menambah beban akhirnya ditempelak. Simpan sendiri makan hati lama-lama boleh mati..tak terluah,tak tertelan. 

p/s:esok ada training,2 hari di KL..yelah tinggal lagi..salah aku lagi. hooray!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

1 comment:

Diyanazman said...

adoila... semua mak-mak bekerja feeling gini kot. sabar jela ye dear... ziyyad dah umur berapa skrg?