ini terjadi pada saya sendiri, to be precise husband saya
saya pendekkan cerita saja ye,kejadian ni jadi masa akhir tahun 2008
husband saya seorang yang periang,happy go lucky,dia sabar tak pernah nak marah-marah tak tentu pasal
tapi ntah kenapa masa saya start gugur, husband jadi panas baran tak tentu hala
takut saya dibuatnya, ada time elok..eloklah dia..ada time angin ribut tsunami memang takut saya dibuatnya
husband ada mengadu dia selalu sakit tengkuk,selalu juga saya picit-picitkan,tapi tak penah nak elok
ntah macam mana,masa tengok TV,terbuka channel astro ria,cerita expose mistik
tentang perubatan islam
kebetulan hujung minggu nak balik Kl,kami sempat pegi gombak untuk bertemu seorang ustadz
appoinment semua dah buat
saya tak dapat pergi temankan,pasal masa tu saya dah star mengandungkan Ziyyad,mama suruh stay di rumah saja
jadi husband pun pergi dengan babah saya
ustadz mengarahkan beberapa orang dari masjid yg hafaz alquran membaca potongan ayat-ayat al-quran tertentu,sementara badan husband saya di scan dengan sebiji limau
masa scan tu,tiba-tiba limau tu berhenti di bahagian tengkuk husband
ustadz tu baca-baca ayat al-quran sikit
dia pun menarik sesuatu dari situ
di belahnya limau tersebut,dan sebatang jarum yg masih berkilat ada di situ
jumlah jarum yang di jumpai ada 2 semuanya,dua-dua kat tengkuk dan masih berkilat,ustadz kata, ini baru lagi ni,tak karat maknanya tak melarat lagi
ntah,katanya ada orang tak puas hati,tu yang di mandremkan
kita sangka kita selalu jaga mulut,jaga hati,tapi selalu aje orang yang iri hati,dengki,tak puas hati..ada je yang tak kena dengan kita pada mata org
jalan terdekat pergi bomohkan
berlainan cerita dengan makcik saya
suami dia dibomohkan perempuan,pasal perempuan tu nak harta suami dia
makcik pergi juga ke ustadz tmpt husband saya berubat dulu
ustadz keluarkan 2 jarum di mukanya,ustadz kata orang ini (orang yg bomohkan ni) letak ilmu pengasih kat suami,ilmu pembenci kat isteri. (pembenci supaya bila suami tengok benci kat isteri,cemuih orang penang kata)
makcik juga sering bermimpi didatangi dengan perempuan siam...
kesian juga makcik saya tu,tapi suaminya tak mahu berubat
korang perempuan semua, janganlah dekat dengan ilmu-ilmu syaitan yang menyesatkan ni, nak lelaki kaya korang mandremkan lelaki tu. nak lelaki kaya,pakai seksi-seksi dan jadi artis k,bakat takde pun takpe..heheheh
sentiasa berdoa,semoga kita sentiasa dilindungi dari sihir-sihir ni semua. (dalam ma'thurat ada doa dilindungi dari sihir-sihir ni)
disini saya terpanggil utk letakkan alamat semua untuk perubatan cara Islam (cara islam guna al quran)
Alamat Perubatan Islam(dulu saya google sendiri carik,hari ni sya tolong kawan-kawan semua kot-kot ada yang perlukan bantuan)
cerita lucu plak
kawan suami saya,mak mertua nya dipatuk ular,orang Semeling,Kedah
maknya kena patuk ular tedung selar
puas la dia nasihatkan mak dia pergi hospital
tapi mak dia pergi jumpa bomoh.
ye bomoh.
sampai satu tahap kakai dah bengkak,daging dah mati,baru gi hospital
nak tergelak pun ada,kesian pun ada
ada certain orang ygmemang percaya pada bomoh.
p/s:: dalam dunia ni bukan kita aje tinggal menumpang.
p/p/s:: ada penyaki yang perubatan moden tak boleh ubati,pakcik saudara saya,isterinya meninggal kerana santau. pegi hospital dr kata takde apa-apa,tapi setiap hari muntah najis. macam mana tu?