Search This Blog

30 September 2009

*report day 2*


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

day 2

Ziyyad nanges sekejap waktu dia dihantar ke nurseri

tapi sekejap jelah,lepas tu mula bermain seperti biasa

tapi tulah,setiap kali diambil pulang waktu petangnya,saya berasa sayu campur kasihan menatap wajah kecil Ziyyad

bila diambil sahaja dari tangan Cikgu (pengasuh) ,dia terus wave and say "bye-bye"

nampak benar,ketaksabaran untuk pulang ke rumah

tentang Mary Kay. dia masih lagi tidak mengetahui ZIyyad tak akan lagi di hantar kepadanya

oleh kerana Mary Kay dan Mak Su tu adalah saudara sepusat sepusing juga

jadi En.Anas tidak mahu hubungan saudara menjadi keruh (ada sebab,tapi hal saudara-mara tak usah di hebahkan sangat disini)

antara perbualan mereka ialah

E.A :: ni Mary Kay, sabtu ahad saya ngan dila dah nak kena keja lebih masa..jadi tak dapat hantar Ziyyad

M.K :: takpa, Mary Kay boleh jaga. Ziyyad dah besar...kalau Mary Kay nak pegi mana-mana boleh bawa dia (Ziyyad) sekali,takpun boleh tinggal kat si anu (nama dirahsiakan) atau si anu (nama dirahsiakan jugak)

jadinya,En.Anas tengah memikirkan apa pula nak bagitau Mary Kay nanti

saya kata,straight to ampang point je la abang,senang..tak susah pikir-pikir nak putaq alam

tapi tulah,En.Anas tak mahu sakitkan hati sape-sape

itu pasal sampai la, mary kay tak dak tau apa pun.

bagus kan mary kay, tinggai anak saya kat orang len..dan dia pergi kemana waAllahualam..

hujung bulan dia dapat gaji,yg jaganya orang len..

ini dinamakan ekonomi! hahahaha

ntah la..urusan Mary Kay,husband yang uruskan..saya sudah tidak mahu fikir

p/s:: saya rindu Ziyyad :(


29 September 2009

*preloved BabyGap, Calvin Klein and Carter's to let go from RM10 only*

::ALL SOLD OUT,thank you::



im selling off Ziyyad's old rompers,making space in his wardrobe..sad i know..he is growing so fast

im selling his rompers for affordable price,and cheap not to mention

no tawar-menawar,pasal sudah murah sangat compared to Brands outlet :)

serious buyer only :)

for any enquiries/or u want to buy it

email me at : stashowale@hotmail.com

price not including postage.




Carter's baseball red :: RM15
condition:: good as new, wear once or twice
for :: 3 months old baby


carter's baseball blue,2 piece set :: RM20
conditon:: used,still in good condition
for :: new born baby



calvin klein jeans romper :: RM10
condition :: used,still in good condition
for:: 0-3 months old baby



BabyGap sleepwear romper :: RM12
conditon :: worn once only,good condition
for :: up to 3 months baby



BabyGap Red Romper : RM10
conditon:: never worn,good as new
for :: up to 3 months baby


*report day 1*


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

semalam tidak ke ofis,kerana mendaftarkan Ziyyad ke taska Amal Pintar (taska milik mak su Yah,adik beradik jugeklah org utagha kata)

risau?TATAP! walau adik beradik..

Ziyyad meamng ok dengan orang lain,masa maksu Yah ambil Ziyyad dari saya,Ziyyad tak toleh belakang pun

pasal,masa kami hantar dia pada waktu main bebudak tu

so,Ziyyad excited nak join group bebudak ni semua

saya intai dia kat luar melalui tingkap,seronok dan leka bermain

baguslah kata hati kecik saya,yg sememangnye kecik sejak semalam

masa tengahhari pula,Anis (adik ipaq) pi tengok Ziyyad,kebetulan mak su Yah ada buat kelas fardhu ain untuk bebudak tadika juga

Anis,lepas hantar Iz (anak menakan yg suka bakugan,dulu ben10) , Anis pi tengok Ziyyad

kata Anis,Ziyyad nanges sekejap,pasal tiba2 tersedar mama and babah dah takde,tapi kejap je nanges

lepas tu ok. (dalam hati dah "fuhhhh lega aih")

tapi masa kami datang nak ambil Ziyyad pukul 5.30pm lebih sikit

saya intai dulu Ziyyad ikut tingkap. Mak su Yah dah perasan saya,dia kata Ziyyad duk meronda satu rumah (yelah,baru dapat P..meronda la awang tu)

masa duk intai tu, Ziyyad nampak saya kat tingkap, terus nanges macam tak jumpa punya lama

alahaiii,sedih plak tengok Ziyyad nanges macam apa je..terus mak su Yah dukung dia,hand Ziyyad over kat saya plak

terus plak kata bye-bye (vocab yg paling jelas bunyinya) kat Mak su Yah..wahh! rindu sangat kat mama dan babahnye ye Ziyyad.. i miss u too son!

Taska/Tadika Amal Pintar, sewa 2 buat rumah banglo, satu rumah untuk tadika satu lagi untuk Taska,tak risau bebudak besaq pi buli hat adik2 kecik ni

dan taska ni mengambil baby seawal 2 bulan untuk bayaran RM270 sebulan

siap makan,tido,main sampai lebam cuma nya tak cuci baju je

baju,bawa balik sendiri cuci

kami tak bagitau Mary Kay lagi..hahahaha..kami memang sengal

taklah,memang nak bagitau,tapi ada je halangan masa nak bagitau tu,tak yah la elobarate kat sini..buang karen jek..kahkahakhak

day 1: Ziyyad ok. And i have to write Ziyyad's name on all his belongings..gila ah,rasa macam duk kat asrama dulu-dulu...hahahah

28 September 2009

*si chomel berbaju raya contest*

dah lama tak masukkan Ziyyad contest montest bagai

so,oleh kerana kerujinan tahap melampau (atau lebih tepat banyak na masa nak bazir,kan elok pegi zikir ke bace quran ke apakan)

saya join contest by Babyibu ibu kepada si ensem Ammar (chinese look yo!)

oleh kerana contest si chomel berbaju raya,mari kita lihat Ziyyad berbaju raya,yay!

ini sichomel saya namanya Izzul Ziyyad bin Anas, lahir pada 28th July 2008

gambar ni yang paling saya suka sekali dalam 1000 keping gambar dalam kamera (tipu jelah,mana ada sampai 1000,hahaha)

gambar ni Ziyyad nak pegi kutip duit raya naik kereta biru..hehehehe

hadiah untuk contest dari Babyibu ni banyak dapat tajaan woh

antaranya ialah Gin & Jacqie, eoe online , leanalittleshop , isherrygo , thereishappiness , Mia and Niko

p/s:: jangan lupa mai singgah link kat bawah ni ye,trimas!


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*his 1st day*

Ziyyad,hari ini akan dihantar ke nurseri

semoga mereka belas kasihan serta ihsan pada dia yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa lagi

anak,

maafkan mama mu ini,andai bukan tangan mama sendiri yang menjaga kerperluan dan kehendak mu

andai kelak kamu bisa mengerti hati mama ini, sesungguhnya berat melepaskan kamu pada jagaan orang lain

bila kamu boleh membaca akan luahan hati mama,

mama cuma mahu kamu tahu dan mengetahui

mama sayang kamu lebih dari mama sayangkan nyawa mama sendiri

untuk mama mencari sesuap rezeki yang halal, mama tinggalkan kamu pada mereka

doa mama, semoga kamu sentiasa dilindungi Allah yang maha mengasihani.

::tengok muka Ziyyad,cheeky tak cheeky..ada jer idea nak buat apa tau::

p/s:: gambar atas,caught in action..tengah masukkan cotton bud dalam mulut..haih la anak,itu bukan candy floss tau ke.

Chomel Nursing Cover

27 September 2009

*to all who own a DSLR!*

Many of us nowadays own at least a DSLR camera,no matter what the brand is

good news for all of u who own a DSLR

i am selling handmade DSLR slipcover strap for ur precious DSLR camera(s)

how does my slipcover strap work u might ask?

here's how


Take one end of ur strap,and thread it through in the middle opening of the strap slipcover towards one of the end openings. Pull it through as shown above

Repeat for the other end,and voila! now ur DSLR are different with others :)

it is machine washable too!

made from 100% Cotton with interfacing/stabilizer or u can choose heavy cotton for more durability

for the above picture,im using a Nikon D90 strap

for those who own a different DSLR camera brand such as Canon EOS send me the size of ur DSLR strap

here's how to measure

Fold ur strap in half, and give me the Lenght x Width in cm/inches (do take the measurement as shown above,from the leather part)

Choose ur fabric today for a promotional price of RM15 per strap (excluding postage)


1,2 are heavy cotton

3,4,5,6 are 100% cotton with interfacing

promotion ends October 15th!

hurry up and get ur DSLR Strap Slipcover today!

email me for any enquiries or questions

stashowale@hotmail.com








Chomel Nursing Cover

24 September 2009

*Order urs today!*

KedaiChomel are now open for new orders of Nursing Cover

cepat dapatkan nursing cover anda

klik sahaja link dibawah ini


*dah keje ke?*

ada yang dah keje ke?

saya belum lagi

sibuk beraya di Taman Ehsan ni

jangan marah aaa,nanti kena jual!

hahahaha


Chomel Nursing Cover

17 September 2009

*untuk anda pembaca Anasfadilah*



andai ada yang terguris dengan kata-kata dari penulisan saya selama ini,maafkan saya

untuk anda yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing

servis keta anda,tukar apa patut,bukan tukar sport rim untuk menayang penduduk kampung ye...hahah

berhati-hatilah di jalan raya,semoga anda selamat tiba,ucapan selamat hari raya,dari anasfadilah untuk semua!

:)

*ok lemme clarify something here*

saya tak benci/menyampah/melugai/meluat untuk beraya di penang

saya looking foward untuk raya disini

merasai suasana berhari raya di Kg.Sg. Ara to be exactly

ye,memang tak dinafikan

mana boleh nak sama 100% suasana raya di kampung sendiri

yang sedari kecik hingga dewasa kat kampung sendiri

sedih memang sedih,perasaan tidak boleh di empang

tapi saya bersuami ni,kena lah gilir-gilir

saya tak gaduh pun dengan suami,kira give and take la kan

mungkin ada di anatara anda menganggap saya ni tak nak beralah ke apa

terpulang la,pendapat korang,suka hati la kat hangpa..

eh,malas lah nak explain...buat apa nak explain kat korang

yang penting saya dan suami yang tahu

heh!

p/s::saya duk di pulau,kira bandar la jugak kan..ala-ala KL di pagi raya...sunyi sepi.orang kata,kalau nak main baring golek-golek atas jalan TAR tu memang takde masalah lah..hahaha.




Chomel Nursing Cover

*biskut raya moden*

semalam memabeli biskut 3 RM10

well,tentang rasa tak boleh komplen,memandangkan harga murah

jadi memang kalau biskut bentuk ayam,bentuk bunga,bentuk cendawan

semua rasa sama je lah ye,kalau sape2 datang umah saya beraya nanti..maaf zahir dan batin ye..hahah

citer pasal biskut raya ni

apa kata tahun ni kita beli pula biskut lain sikit dari orang lain (belilah babe,mana dan nak buat kuih sendiri..hahaha)

senarai kuih yang boleh di beli ganti kuih yang sedia ada

Biskut Famous Amos : sedap jangan tak tau..lagi2 ada biskut macadamia dgn chocolate chips,sure tetamu puji usaha korang nak jamu diorang..hehehe

Kjeldsens biscuit : butter cookies yang tersedap...sedap sangat..ala,yang saya beli 3 kotak RM10 tu pun planta+gula+telur+perasa je pun..jadi hidang Kjedsens ni pun lagi sedap, kalau tak nak beli Kjeldsens,beli la generic brand macam biscuit butter cookies dari tesco/carrefour/giant..rasa sama je..tapi saya rasa esco punya butter cookies adalah sedap juga :)

Oreo :: Twist,lick,dip in milk and makanlah! sedapppp...tetamu datang hidang sekali dengan susu fresh milk sejuk..woahhh!best wo..lain sikit dari orang lain kan

Chipsmore :: ini ganti biscuit Famous Amos la,famous amos kan mahal,100g dah bape hengget kan..so beli la chipsmore tu..kalau nak letak dlam balang Vantage korang tu,beli Chipsmore mini,kecik molek je sesuai la tu dengan balang kuih raya bunga ala inggeris korang kan..hahaha

pis source:picasa

Biskut Timbang :: susah-susah sanagt beli je biskut timbang ni..nak bentuk apa? ayam?itik?kapal terbang?bulat?bersegi? semua adaaaa! murah plak tu..hehehe


p/s:: biskut yg saya nak cari ialah semperit..yang sedap :)


Chomel Nursing Cover

16 September 2009

*masih tak prepare apa pon!*

baju je la dah,baju saya selai je..malas nak pikior..tu pun baju ready made

kuih raya takde satu pun

saya jual rempeyek kat opis,masalahnya rempeyek saya punya,saya tak oder

macam mana tu..sape nak jawab?

sarung kusyen tak hantar dobi lagi

aa nasib la,kalau tamu datang,kunsyenless+togel sofa kitaorang

langsir pun tak tukar (langsir adalah milik pemilik rumah lama,dia tak mo,dia tinggal..kami gi cuci je,elok lagi..saya duk umah ni dah 2 tahun..tak tau la dah berapa umur langsir tu..hahahah! orang kat Sik Kedah tu lagi la,langsir pun tade..kira bersyukur juga walau lama tapi tetap ada)

rendang?ketupat?...En.Anas kata cilok dari rumah mak je..hahhha..

taktaulah kenapa

semangat raya saya takde

semangat tu datang bila

pasang langsir,buat kuih,anyam ketupat,buat rendang,bakar lemang,kumpul adik beradik,susun kuih dalam balang,hias rumah dengan cantik,prepare masak lontong...

keriuhan yang saya dambakan tiada di sini

kat sini tak riuh,tak meriah,tak happening la abes cite

bila malam raya..semangat raya lebih terasa bila

orang datang takbir dari rumah ke rumah..kat Sg. Ara takde macam ni..semangat kejiranan tak di hidupkan dengan cara ini

raya tahun ni saya di Penang,tak kisah sangat sebenarnya..

tapi tulah Raya Spirit takde la kat sini..tak feel.

Raya bagi saya hanya raya pertama..raya kedua ketiga dah tak feel raya

p/s::kang ada yang puasa nam raya kedua kang...hahaha

p/p/s:: mungkin bila pegi umah mak nanti,kumpul adik-beradik baru terasa kot..well we'll see macam mana..

will miss my adik beradik di taman ehsan..kekecohan jelas terasa di jiwa..ok better stop now..rasa nak nanges dah ni.




Chomel Nursing Cover

15 September 2009

*complaint much*

saya mendengar radio era tatkala menaip entry ini

ruang keluh kesah besama Pak Nil

orang ini mengadu,katanya persiapan raya tiada apa-apa pun

ala kadar je

korang nak tengok tak ala kadar yang true punya

rumah ini terletak di Sik Kedah

En.Anas bersama rombongan Jejak Fakir,telah menjejaki fakir-fakir di bahagian Kedah

memang banyak fakir di sini

Rumah itu didirikan oleh orang kamung untuk mereka

kata En.Anas

"makcik tu jemput kami naik rumah,tapi kami takut nak naik,takut reban" (reban = runtuh)

sumbangan yang diberikan antaranya berupa beras dan sedikit uang

hasil sumbangan orang ramai

bukan mereka tak berusaha

yelah korang yang kaya raya kan selalu kata

Allah tak kan ubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang ubah nasib

tapi kan

makcik yang duduk 'rumah' ni

tua sangat,sakit dan uzur pula

hanya mengharap simpati masyarakat keliling

nak buat pinjaman tak mampu,kalau boleh buat pinjaman sahih dah jadi jutawan dan boleh melancong ke luar negara secara percuma dan pakai kereta porche cayenne , tak gitu


kalau banding rumah korang dengan rumah pakcik ni

agak-agak sofa lama korang yang korang kata buruk sangat yang nak ganti baru tu

buruk lagi tak pada mata korang? (kalau korang tak nak, sedekah je kat org yg lebih perlu :D )

rumah pakcik ni elok sikit dari yang lain

kadang-kadang kita lupa,kita shopping bagai nak rak untuk raya

tapi ada tak kita sedekah pada orang yang lebih memerlukan

kalau kita boleh belanja RM1000 untuk kelengkapan diri,boleh tak kita sedekah barang RM500 pada orang yang lebih perlu daripada kita

ingat,macam mana kaya pun kita,duit itu bukan hak kita..

betul sedekah mana yang termampu

tapi kalau gaji 16 angka kasik derma 2 angka je..lu fikirlah sendiri..

dan ingat,kalau kita susah, ada orang lagi susah pada kita

p/s:: when Ziyyad dah besar sikit,will bring him along ikut jejak fakir,tak lah sibuk nak barang branded je,kasik brain wash sikit..kihkihkih

p/p/s:: kita bayar zakat,tapi kenapa masih ada fakir miskin di Malaysia ni ye? keluar berita TV3 kelmarin,rumah dia dari kadbod je,anak ramai,paling kecik 6 bulan rasanya,minum susu pekat je (breastfeeding hardcore jgn nak mengata plak bukan-bukan,kalau korang hardcore sangat pegi sampaikan ilmu kat ibu tu..dia takde internet nak tengok susuibu.com,dan takde duit beli mendela, jgn cakap pung pang pung pang saja..saya terasa juga hari tu ada orang kata "nasib baik takde susu harimau,kalau tak mesti (ibu FM) bagi dah" wah muluttt, klas kau nyah)

susu tu pun bukan kamu punya,Allah yang bagi,jangan riak sangat,esok-esok kering kontang, jangan sampai kena jilat ludah sendiri balik sudahlah ye.

kalau bagi susu lembu anak lembu la ek..kalau kasik susu soya..anak pokok soya la ek?

dah,aku emo ke mana hala plak dah ni..haih!

take a chill pill :)

::updated::

read HERE for the controversial issue (itu olang aa sudah kene nasehat lorr..)

(tapi kan dia yang pung pang pung pang pasal AL-Quran semua,tapi kenapa statement macam ini boleh keluar pula ye..ohhh,saya lupadia juga manusia seperti kita semua,bukan anak pokok soya mahupun anak rimau ye kawan-kawan semua..hahaha...maafkan saja keterlanjuran dia)

Doa saya,semoga anak-anak kita menjadi insan yang ihsan pada orang lain,InsyaAllah,ameennn.


Chomel Nursing Cover

*nasi lemak Cik Intan Kini di Acresville*

akhirnya saya berjaya juga memasak nasi lemak ala Cik Intan Taman Ehsan

paling best bila En.Anas kata

"sedap,macam mama buat"

senyum je saya dengar,kembang kempis hidung ni hah

buka periuk nasi je,bau harum santan dari nasi lemak naik

En.Anas kata

"san betul bau nasi ni" (san = sedap)

senyum melere sampai ke pagi tau..heheh

saya masak nasi lemak masa berbuka semalam

balik kerja terus beperang kat dapur

saya dengki dengan Elissimie sebenarnya

pegi blog dia,berbuka mesti masak,ada aje gambar masakan dia

tertanya saya pada diri sendiri

"rajin betul dia ni..macam mana boleh ada masa plak masak ek?"

oleh kerana dengki,saya pun dengan azam yang tekad

masak jugalah,mana boleh kalah..hahaha

sudah beberapa hari juga saya memasak

dan akibatnya En.Anas kata

"sayang jangan masak selalu lah,nanti abang jadi gemuk,tambah nasi 2 kali"

:))))))))

Elissimie,thanks ye..anda andalah sumber inspirasi saya untuk rajin memasak walau seharian penat bekerja (penat ke dila?hahahah)

p/s:: kita kadang-kadang bila sampai peringkat terpaksa,kita akan berusaha sendiri. macam saya, teringin betul makan nasi lemak Cik Intan,oleh kerana Cik Intan duduk di taman ehsan,nak tak nak saya kena masak sendiri.. Cik Intan raya buat nasi lemak,tu yang paling laku kalah ketupat rendang.

p/p/s:: habis la kena suruh masak nasi lemak balik Kl kang..hahaha.



Chomel Nursing Cover

14 September 2009

*1000 miles*

budak cheeky

tengoklah ambik gambar siap jelir jelir lidah

Ziyyad sekarang sudah tahu apa itu Giraffe,Elephant,Zebra,Peacock and Monkey (dan juga patung ultraman..hahaha)

bila kita kata

"Ziyyad,tolong ambil kan mama ultraman tu?"

nanti dia tekedek-kedek ambik patung ultraman yang tiup-tiup tu

kalau kita kata

"sayang dulu monkey tu(munkee sebenarnya,soft toys monyet pemberian mamalong)"

dia kasih slobbery wet kiss kat monkey (mainan patung sepah-sepah ada giraffe,monkey,ultraman,dia tahu mana satu monkey giraffe semua)

ye Ziyyad juga sudah tahu sayang (kiss on cheek) macam mana :)

kalau orang kata

"mana hidung Ziyyad yang cantik tu"

nanti dia kerut-kerut kan hidung (crinkle his nose), serius comel sangat

and saje je suruh dia tunjuk hidung comel beberapa kali sampai dia buhsan,hahaha

mainan yang paling dia suka main ialah tolak-tolak tarik tarik traktor (husband ikat tali pendek kat traktor tu ,so Ziyyad boleh jalan sambil tarik traktor tu)

dan juga naik kete merah,siap buat lap lagi..

he knows how to ride the red car before he can walk...hehehhe

p/s ::buku yang saya beli untuk Ziyyad (Baby Zoo) semuanya gambar haiwan yang real,bukan kartun-kartun,so that dia tak keliru bila pegi Zoo kelak



Chomel Nursing Cover

13 September 2009

*Anasfadilah Raya Giveaway!-result*

setelah menilik dengan teliti dan menerima pakai nasihat ahlil nujum negara

maka 3 orang yang bertuah ialah

1. Anne Fauzi

2. Wan Amira Wan Salleh

3. Nurul Qastalani

tahniah!

yang lain jangan putus asa,dosa..Allah tak suka :)

ketiga-tiga mereka tekah dihubungi melalui Facebook msg masing-masing

atau sila emailkan alamat dan no tel. anda ke stashowale at hotmail dot com

terima kasih anda semua yang menyertai Giveway raya dari saya

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan

" Kereta dah servis belum nak jalan jauh balik kampung tu? dan Maaf Zahir dan Batin"

hehehehe

p/s::cepat bagi alamat,cepat saya hantar,sebelum raya boleh dapat,masa raya boleh la bergaye,tak gitu kawan-kawan :D


Chomel Nursing Cover

*Ziyyad,mana sayur pucuk mama?*

Sayur pucuk hilang sebentar tadi

puas cari merata kat dapur

siap tanya Ziyyad lagi

pakcik kecik ni lah yang nyorokkan sayur pucuk untuk lodeh saya petang nanti

tau tak mana jumpa sayur pucuk saya?

pakcik kecik nyorokkan dalam drawer bolehhh

sib baik la jumpa

Ziyyad ada bersama saya masa saya sibuk prepare untuk masak lodeh,potong mana yang patut

kita kedapur,dia pun kedapur sama, "kemas" apa patut

p/s:: selama 3 hari saya ajar Ziyyad minum guna sippy cup,akhirnya berjaya. saya tahu patutnya time ni Ziyyad sudah tahu minum guna straw..takpelah..better late than never kan?..hehehe :D






Chomel Nursing Cover

12 September 2009

*my latest acquisition*

apa? ingat handbag Chanel ke?wakakaka...(minta ampun tok nenek,cucu tumpang blogging kat sini..jgn marah aaa nanti kena juai!)

hari tu gi pecahkan tabung ayam kat Queensbay,kat Q gallery beli alatan quilting

ingat nak beli pembaris Omnigrid tu je (RP: RM 40.90 sen, 15x30cm), tapi ternampak plak FatQ dan blade refill tu..belilah sekali

pastu nampak cotton batting,beli la sekali juga...senang..hehehe :P

Q gallery ni banyak jual kain japanese cotton yang cantik-cantik,mau tak eh rambang mata saya yg sedia rabun ni..heheh

nasib En.Anas tidak marah setibanya di rumah :)

p/s:: itu hali aa ada sorang pelempuan aa,manyak belagak one u know, she said aa " I tak nak la LV lagi,i nak beli Channel la plak" eh..halooo,cakap pun salah ada hati mau pakai 'Channel',ceh!

p/p/s:: Chanel = shanell/shah-nell







Chomel Nursing Cover

11 September 2009

*you,yeah you who read this*

Last Call for Anasfadilah Kerongsang Raya Giveaway-click!

hari ni last,ayoh join giveaway mudah bangat ni

ingat sampai pukul 5 pm saja

p/s::hangpa tak mau benda free ka?


Chomel Nursing Cover

*macaroon*


picture source : Google

clockwise : candied apple, macaroon, pavlova

semua salah mamat ni


boleh tengok citer Chef at Home di Asean Food Channel 702,tiap-tiap hari :P

husband selalu kata kat saya

"sayang tengok cerita masak-masak,tapi tak pernah buat masak pun"

saya kata *defensive mood on*

"belilah oven boleh la masak macam dia"

alasaannnn mu lah dila..hahaha


p/s:: Pavlova tu boleh je buat, provided kalau ada oven la..heheh SINI ada resipi pavlova,kot raya nak try buat Pavlova ke apa kan..hehehe

10 September 2009

*raya lagi?*

preparation raya dah siap

preparation akhirat amacam kawan-kawan?

kejar 10 malam terakhir di bulan ramadhan ni ye

kejap sangat masa berlalu

Chomel Nursing Cover

*about Aidilfitri*

raya checklist?

saya tak de pun,bab baju raya saya lah paling malas,En Anas yang tolong ingatkan

saya dah beli baju raya 1 ramadhan hari tu,masa balik KL

sempat memetakan Jalan TAR

mula2 ingat nanti2 je beli baju raya

tapi ternampak satu baju melayu cotton yang comel untuk Ziyyad

terus la beli,alang-alang kat gerai tu pun ada jual baju melayu lelaki dewasa

En.Anas pun beli la sekali,sepesen dengan Ziyyad (sedondon la gitu)

En.Anas tanya saya

"tak nak beli baju sayang sekali ke?"

saya kata

"nanti-nanti lah"

tapiiii!

jalan punya jalan,terjumpa satu jubah yang matching dengan baju melayu kedua-dua lelaki chenta hati saya

so beli la terus,pasal dah tahu size senang sikit,tak payah fitting room semua..hahaha

dah nama pun kat Jalan TAR,beli la tudung sekali,kasik matching jubah tu

baju-baju ranggi Ziyyad semua dah ada,rezeki anak...nenek atuk mak tok wan kasik baju kat Ziyyad

baju ranggi saya dan husband?tak payahlahh..

nak melaram raya pertama je..hehhe (raya ketiga recycle balik baju raya sedondon,nak balik KL lah katakan..hehehe)

Raya tahun ini first time saya jauh dari family di KL,tak kisah laa..

mak awak mak saya juga mak saya mak awak juga..tak gitu.. :D

cuma suasana mungkin berbeza,juadah raya juga sudah tentunya berbeza ( Cik Khaty dah tahu buat lopeh daun pisang tau,bukan main pakai acuan tau ka..sedapppp!)

di sini (Sg. Ara,penang) tak de orang takbir dari rumah ke rumah,tak syok la,tak syahdu gitu kekdahnya

Saya pasti rindu akan rombongan takbir itu,suasana raya lebih terasa di hati

p/s:: orang cerita pasal checklist raya,saya pun nak jugak cerita..tak nak kalah tuu

p/s:: lately saya banyak post entry dalam satu hari..emm


Hey You,yeah you..dah join giveaway saya meh join sekarang,esok dah tutup tau!

Anasfadilah's Kerongsang Raya Giveaway!


Chomel Nursing Cover

*susah hati*

saya susah hati

susah hati saya mengenangkan Ziyyad

dahi Ziyyad benjol (lagi!)

mary kay bagitau Ziyyad terhantuk

antara percaya dan tidak,saya hanya mengangguk mengiakan kata-katanya

saya sudah tidak mampu bergaduh dengan perasaan sendiri

anak, andai kamu boleh berkata-kata alangkah bagusnya

tapi anak ku,berkatalah hanya yang benar,dan benar-benar belaka

kerana hati terlalu gundah

kerana hati terlalu runsing

saya telefon Cik Intan dan En.Saharudin

terubat sikit gundah di hati bila mengadu kepada Cik Intan tadi

lepas raya Ziyyad ke nursery pula, untuk kami membiasakan dirinya bersosial dengan kanak-kanak lain

Ziyyad maafkan mama kerana bukan mama sendiri yang jaga kamu

p/s:: Cik Intan tak percaya saya akan balik KL hanya pada raya ketiga bukan pertama,takpelah ma,tinggalkan adik sikit sambal sotong,sayur goreng,lontong dan lopeh untuk bahagian adik ye. Nampaknya raya tahun ni takdelah adik dalam gambar raya keluarga kita. InsyaAllah, balik juga kami kesana nanti..sedih la pulok..


Chomel Nursing Cover

*where did i begin*

Where did we beginsewing is always my passion since i am a small girl. When i was a little girl, i always sew my own barbie doll dresses. Well, its not really that good (my sewing that is) but i do enjoy cutting the fabric and sew it.

Since that day, i always play with my mom’s old Singer sewing machine.

But now,after i got married, i really took up sewing seriously,as my hobby

i have my own sewing workspace,which i love so much!

i know about quilting back in 1997 (i was about 15), in Malaysia we are required to take this subject called Living Skills (kemahiran hidup). It includes from sewing,to mending pipes. I love when it comes to sewing session.

My teacher teach me how to do quilts. Patching up fabric are so much fun!

but years after that, i forgot how to quilts

only this year,at the age of 27 (ok,so now my age is not a secret anymore..hahaha), i learn back how to quilt, i even bought a book at Borders on how to quilt (Its a bargain,RM 31.90 only! its a quilting kit complete with free rotary cutter!)

P9040513picture above show my sewing space. That is my block i’m working (white arrow). See the book prop against my magnetic notice board (should ask my husband to hang it later..hahaha). I’m trying to make my first Ohio Star.

Well..as u can see,i still don’t have a proper cutting mat and a quilter’s ruler,soon i will buy it!

P9040515

close up from the book,its a pretty easy project (and so i thought!).

P9050495 can u see my Ohio Star? Its not really that good. But hey, practice make perfect. ( i don’t want to focus on my Ohio Star Wall Hanging because its not pretty,so i divert your attention on my Brother sewing machine..hahaha)

so thats it,my story on how did i begin quilting

p/s:: Robyn, my english is not that good, i hope u can understand my simple english :)

p/s:: and,quilters out there help me if u can ... what is UFO in quilters term?unfinish object?

09 September 2009

*cutting mat*

i did found cheap cutting mat for my quilt project

i found it at a stationary shop (saya beli di Young One,bayan baru berhamoiran sunshine bayan baru)

basically cutting mat ni digunakan untuk potong memotong (be it paper atau fabric) supaya tak calar pemukaan meja kita

kalau nak beli brand Olfa tu memang mahal la kalau size macam saya ni..

ada jual kat queensbay,di Q gallery (harga satu RM80 atau RM90 macam tu lah)

yang saya jumpa ni RM46 saja (self jealing mat juga tau ni,tapi maybe satu side jelah ada grid,and grid dia dlm cm je,tapi tak kisah la...)

nanti nak cari ruler pula,quilter's ruler tu

brand olfa tu kat mesia sampai RM70+ mahal betul (masa ni saya rasa macam nak duduk US je..hahaha..)

takpelah pakai je lah ruler biasa tu dulu :)

buku kat atas tu saya beli di Seni Z

tu je nak bagitau,sekian terima kasih

p/s::ada sesapa nak letgo quilts ruler dia,bagitau ye..

p/p/s:: kalau semua nak brand olfa memang tak mampu la saya


Chomel Nursing Cover

*tarian pandet*

kecoh je Indonesia ni

nak sangat tarian pandet tu amek la

taknak claim mee bandung ke? kan korang punya tu..amek la semua

sirap bandung taknak claim gak ke?

sengal ok

indonesian semua..korang tak nak claim barack obama ke?

p/s::depa (indonesian) agak2 nak claim saya tak?nama saya Erni..dulu kawan saya mak dia suka panggil saya dengan nama Erni Sulastri..hahahah

Chomel Nursing Cover

08 September 2009

*Pil gugur kandungan,klinik gugur kandungan*

Disinun mencari pil gugur kandungan ye?

Disinun cari klinik gugur kandungan ye?

kalau disinun nak tahu

bayar disini RM300 dulu baru disini bagitau dimana klinik tu


p/s::alang-alang depa duk cari sangat klinik gugur kandungan,baik saya buat duit..boleh gak buat duit raya kan...hahahah

korang jgn salah paham refer entry INI untuk lebih tahu, masih ada yg mencari hal itu

hangpa puasa-puasa pun buat maksiat nooo..


Chomel Nursing Cover

*facebook and my collegue*

ia adalah kelakar tapi benda ni terjadi

i add a few of my collegue in facebook (i add my boss too :) , rule of thumb,never talk crap about your office in facebook,mind ur language )

we dont talk (sembang-sembang) in real life (well maybe not that much)

but in facebook we somehow 'talk'

from leaving comments at each other notes or thoughts

funny how life works

but somehow,facebook manage to pass the barrier of the 'segan' ess in me (segan = malu)

bukan saya tak mahu menyembang,tapi saya segan la kawan-kawan

:)

p/s::terima kasih facebook







Chomel Nursing Cover

*my all ime favourite Lagu Raya!*

ahhhh...Lagu raya..

saya paling suka lagu raya dari iklan EON zaman 80an dulu

part paling saya suka ialah

"ucapan selamat hari raya dari eon untuk semuaaaaa"

nostalgik sungguh lagu tu




apa lagu raya feveret korang ye?

p/s:: saya rasa lagu raya wajar dimainkan sepuluh malam terakhir ramadhan,baru terasa meresap di jiwa bile dengan lagu raya...hehehe

p/p/s::dulu taksub donlod lagu Mek Siti sesuci lebaran masa raya buat ringtone,tak boleh blah ok..



Udah Join Kerongsang Raya Giveaway saya?kalau tak mehla klik SINI


Chomel Nursing Cover

07 September 2009

*Cuti banyak sangat la Malaysia ni*

Cuti terlampau banyak adalah sangap di rumah (sangap = bosan)

dengan keadaan H1N1 ni.kami duduk dirumah saja

dah berapa lama tak jejak kaki ke Queensbay

takpela sabar sikit,InsyaAllah H1N1 ni segera terhapus (bulan Ramadhan ni byk kan doa ye)

apa saya bikin cuti-cuti ni?

bermain dengan Ziyyad la apa lagi

tengok la tu,lagak seperti orang dewasa sahaja membaca..hehehe

vocab dah banyak dah awang ni..

mulut tu pok pek pok pek je

sekarang tido pun tak mau dah kena dukung

nak tido sebantal dengan mama dan baba dia

mengamuk no.1,lambat susu sikit suka nak merempan (merempan = mengamuk ,satu ciri genetik saya telah diturunkan dengan jayanya kepada Ziyyad..)

tiap kali tengok Ziyyad mengamuk,saya ketawa..sebijik macam mama dia

haih...

alang-alang cuti banyak,masa pun banyak

jadi saya oil kan mesin saya ni

saya sayang tau mesin ni..biarlah harga dia tak mahal

tapi saya tetap jaga tau

nampak macam baru je

padahal dah setahun lebih dah mesin ni berkhidmat dengan saya :)

(can see or not my quilt project,dah siap tau! tapi saya bagi C jelah..tak kemas sangat pon..hahah)

main bunga api la apa lagi cuti-cuti ni

hahahhha!

anak panah tu tunjuk ada orang jual bunga api,selang beberapa rumah dari rumah mak saya..

supply dekat senang nak main...hahaha

(cuti2 buka puasa di rumah mak la,apa lagi...semalam Cik Khaty buat laksa oiii..sedap kauu..try makan laksa dengan rempeyek..sedapp! saya kalau makan laksa Cik Khaty sahih tambah..ikan banyak,fresh pula)

p/s:: masa kecik2 memang puas main bunga api,mercun katak la mercun gasing,mercun papan la mercun mancis la..tapi dah besau ni main saja je..mengimbas kenangan silam. tapi tak lawan En.Anas lah..dia dulu main meriam buluh.


Chomel Nursing Cover

05 September 2009

*Craftastic Tutorial:how to make a magnetic notice board*

::tujuan beli frame ni kunun nak buat collage gambar Ziyyad,hampeh je..tak jadi pun::

::saya tak perasan di jari ada epoxy glue,lepas tu selak rambut..nah! sekarang rambut saya ada epoxy glue..GAH!..memang kena guna dua2 tu dan kuantiti mesti sama..baca tentang Epoxy::


::make sure its Tin/besi not aluminium sheet ye::














itu sahaja Tutorial saya yg tak seberapanya ini

dan selepas sahur,sementara nak tunggu azan Subuh,saya try buat Quilting,ini first time! ( TAK PERLU KOMEN :: SEPATUTNYA MASA NAK TUNGGU SUBUH,BACA LA QURAN KE SOLAT SUNAT KE..tak perlu komen gini...saya bukan budak-budak :P..harus la semua caps..hambik)



sekian terima kasih

p/s:: memberi ilmu juga ibadah



Chomel Nursing Cover

04 September 2009

*Anasfadilah Raya Giveaway!*

dah buat persiapan raya?

nak kerongsang raya tak?



kalau nak meh join giveaway saya yang tak seberapa nye ni

senang je nak join

1. Be a fan of Chomel in Facebook (anda perlu ada facebook account ye,sapa yang masih ada friendster tu bertukar kepada facebook,korang boleh bertani dan mencuri tanaman jiran korang..hahah)

Chomel on Facebook


2. leave me a comment stating that u already a fan in Chomel facebook page (give me ur facebook name,so i know u have already be a Chomel fan)

3. For those who already a fan to Chomel, kindly leave a comment here with ur facebook name

4.winners will be selected via lucky draw,ada 3 kerongsang,maka nya 3 orang la yang menang :)

5. for those yang nak Ugg boots for free (they do shipped to Malaysia u know) boleh klik banner di bawah

ugg boots




tarikh tutup penyertaan ialah pada 11/9/2009 jam 5.00 pm

meh la join,manatau kot dapat kerongsang free untuk raya ni :)

p/s:: ehh..lalu lalang je ke?...meh la join..benda free tuu,tak mau ke..


Chomel Nursing Cover

03 September 2009

*mertua*

saya mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk betul-betul serasi dengan mertua

tak tahulah bagi anda semua,tapi bagi saya itu masa yang lama

kenapa 2 tahun baru betul2 serasi?

ntahlah..bila kita (menantu) masuk dalam sesebuah keluarga baru

kita perlu beradaptasi dengan persekitaran,kita perlu terima pembaharuan

kita perlu terima dengan hati yang terbuka apa yang keluarga suami suka buat tapi kita tak suka buat (dululah..)

tak perlulah saya detail sangat,serupa membuka pekung di dada pula nanti

bila kita dah dapat terima kekurangan kelebihan semua tu

baru terasa seronok

tak tahulah bagi anda di luar sana yang mungkin ada terasa pahit dengan mertua

saya tinggal berasingan dengan mertua,tapi rumah kami tu dekat aje (orang kata kalau kentut pun boleh bau le jauhnya tu..hehehe)

masih banyak yang perlu saya baiki untuk menjadi menantu contoh (miahahaha..contoh la sangat..menantu baik la senang cerita)

apa-apa pun semalam saya seronok berbuka dengan mak dan anis dan juga Ziyyad,pasal yang lelaki semua pergi surau berbuka (Ayah,En.Anas,ayah jat,pak su,Wan, Is dan adik adik :) )

walaupun berbuka bertiga sahaja dirumah mak,tapi saya rasa lengkap :D

p/s:: Cik Khaty buat lopeh woo semalam, sedappp! ingat nak minta Cik Intan poskan lopeh dari KL,nampaknye tak perlulah untuk raya ni..hehehe..cuma nak minta resipi lontong je dari Cik Intan ni...rindu la lontong Cik Intan makan dengan sambal sotong..slurppp!


Chomel Nursing Cover

02 September 2009

*syukur?*

Adakah syukur itu cukup dengan ucapan Alhamdulillah?

Adakah syukur itu hanya bila dapat kemewahan yang diimpikan,dan baru itu kita bersyukur?

Allah kata,hanya segelintir saja yang bersyukur atas nikmatnya

kita bersyukur ke?

beli makanan di pasar ramadhan,tak sedap..komplenn,marah

ingat tak kita,itu rezeki kita untuk hari itu?

berapa ramai yang kata,kalau dapat makanan/minuman tak sedap

"Alhamdulillah,rezeki hari ni..takpelah" (esok jgn la pi beli lagi kedai sipolan tu,pegilah kedai lain,cuba gerai lain pula)

kita kena ingat setiap saat tu ada saja nikmat Allah bagi

Kita masih boleh merasa makanan tu tak sedap,maknanya lidah kita berfungsi baik,nikmat la tu,cube tengok kalau deria rasa lidah hilang..

tak sedap,basi,hanyir kita tibai elok je...hahaha

boleh bernafas tu nikmat kan?cuba kalau hidung tersumbat pasal selesema

dapat tak nikmat bernafas dengan sempurna?

sekadar berkata "Alhamdulillah" semua orang boleh,tapi kenapa Allah kata hanya segelintir saja yang bersyukur akan nikmat yang diberi?

sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.


p/s::berapa ramai yang berpuasa tapi solat tinggai,angkat tangan?

p/s/s:: saya juga terkadang lupa.

01 September 2009

*solat terawikh di rumah?*

kenapa saya solat terawikh di rumah?

1. makcik-makcik suka cop tempat solat saf pertama,kalau solat terawikh dah nak mula, kawan dia tak mai lagi,dia tak bagi orang lain solat tempat kawan dia tu,jadinyaaaaa saf tu rompoong (eee-seeng-semartilem)...tapi oleh kerana saya ni perangai suka rebel,saya penuhkan juga..makcik nak marah makcik punya pasai..(boleh tak letak beg telekong untuk cop kan tempat kawan dia..haihhhh! tepuk dahi ok)

2.apabila disuruhkan rapatkan saf,makcik-makcik suka nak jarangkan balik,panas katanya..kalau jarang sikit ada udara..senang nak nyawa (bernafas)..Assalamualaikum makcik (kang kata Helo kang kata kuang ajaq plak),nak sejuk takmo panaih,balik umah solat sorang-sorang..duk bawah kipaih ka aircond ka

3. makcik-makcik suka bersembang dengan saya. kadang-kadang time imam dan jemaah lain berzikir munajat,makcik-makcik suka tanya saya "mai dari mana?" "duk di mana?" dan lain lain lagi..kang tak jawab balik kata kuang ajaq.. tapikan makcik, orang lain tengah berzikir la..nanti lepas abes solat kita sembang la mahu sangat sambil makan moreh,pekena ayaq teh!

4. makcik-makcik tak mahu penuhkan saf..malas sangat nak pergi kedepan penuhkan saf,pernah saya tepaksa tarik tangan seorang makcik untuk berginjak kedepan..dan saya mendapat 'evil stare' dari makck tersebut..maaf makcik anak cucu tumpang solat sini..hahahah!

5. makcik-makcik kalau tak de sejadah dia tak akan injak rapatkan saf,padahal ada je karpet masjid cantik bewarna hijau berciri islamik..kata makcik "sejadah ni makcik punya bawa dari rumah"...kauuuu sanggup tarik tu tak kasik orang lain sujud kat sejadah dia yang beli di mydin tu...tarik la makcik,takpe aiman tak kisah..kalau saya lambat habis kang,takut makcik nak balik awai tak boleh plak..(redha ajelahh)

masjid mana ni saya pi,tak perlu saya habaq..orang balik surau/masjid bawa pahala,saya balik bawa apa?moreh? duk komplen sana-sini..pa dapat?

tapi saya suka pergi masjid USM dan masjid negeri (masjid negeri ada aircond yuuuu,best woo..sejukkk...hahahah) time ramadhan

p/s::rindu la dengar tazkirah..haihhh.

*Ugg?*

Ugg boots?

nak free?

hehehe

pegi sini

ugg boots

p/s:

If Australian can wear Ugg boots,Malaysian can too!

Myths about Ugg Boots :

Ugg Boots are too hot for Summer

Come on how much do you know about Australia? The climate here (in Australia) is a million times hotter than the US and UK. We wear ugg boots year round even our winters are still hotter than your summers. We’re a beach country, ugg boots were invented within our surfing culture.

*notice something different?*


apa yang lain dengan sewing corner saya? hehehe

Dear Kak Emma ku sayang ;

saya juga tak selalunya kemas,ada harinya saya malas..tengok la laci kain saya ni sebgai bukti...hahahaha (deii,apahal plak kan tunjuk kat orang ramai laci besepah ni nok..hahaha!)

oh yeah..saya nak decluttering barang-barang Ziyyad,jadi saya nak jual Bumbo seat ni.

Bumbo seat ni saya beli 2hand di mudah,com dengan harga RM90

memang ada sikit retak masa saya beli tu,tapi masih ok lagi,dia tak ganggu struktur seat ni

so sape2 nak beli email saya di stashowale@hotmail.com (sila jgn spam inbox saya ye, terima kasih,jasamu dikenang)


------>SOLD!::tengok arrow tu,bahagian retak, tapi still ok,beli bumbo seat,percuma padding tali sroller/car seat..so soft..saya suka! (absen adalah tidak suka kerana dia kata macam perempuan je sof soft ni..elehh,eksyennn..hahaha)::


Selling for RM50 (No Negotiation please,thank you),not including postage (nanti saya timbang berapa berapa mendealah ni,nanti saya bagitau kepada yg berkenan nak beli k)

very helpful tau bumbo seat ni :D

reason of selling: Ziyyad dah besau,mana tau nak duduk..nak berdiri dan meyepahkan rumah je..hahaha

p/s:: perasan tak apa yg lain kat sewing corner saya tu?hehehh