today is wednesday
the office today feels like graveyard..silent
most of my collegues start balik raya dah.
well,i ll be going back to kl,esok..
going to bring some home made kuih raya for mama (kuih goyang dangdut,kuih lame-o cornflakes)
semalam berbuka kat queensbay..makan kat manhattan fish market,saya dah lama tak makan moussel and udang2 di situ..(En.Suami ingat nak makan ikan bakar kat telok tempoyak je,tapi org tu tak berniaga bulan ramadhan ni)
kereta nak kena servis skit (hari merdeka hari tu dah service dah,cuma nak tambah coolant je)
antara barang2 yang perlu ada dalam kereta semasa perjalanan jauh:
1.tisu (penting untuk pelbagai kegunaan)
2.towel muka basah (untuk En.Suami mengelap muka kalau agak2 tak segar,saya belajar guna towel lembab ni dari bunda saya..)
3.minyak kapak(agak2 towel basah tak boleh jalan,sapu je minyak kapak kat mata...hahah..taklah..ini guna die bagi segar gak,tapi ukan buh kat mata..hahah)
4.torchlight (in case ada driver lain yang mengantuk,kita suluh mata die dengan lampu ni..hahaha..taklah..ni kalau lah ada apa nak suluh nanti bolehlah)
5.emergency car kit (make sure ada semua dalam tu,dengan screwdriver2 semua lah..penting ye)
antara yang terpenting semasa memandu jauh ialah persediaan driver.pemandu kena lulus beberapa aspek utk berjaya dalam pemanduan (dengan izin Allah,amin)
1.ujian mata (kalau mata rabun,pi la lpakai spek ek,pastikanmata segar dan terbeliak semasa memandu,kalau ngantuk sangat berhenti je kat RnR yang terdekat,tidor jelah sekejap)
2.mempunyai lesen memandu yang sah bukan lesen cap terbang atau cap rasuah atau cap kroni atau cap ayam
3.mempunyai pengalam memandu jauh yang di sahkan lembaga senat (mak,ayah,atau yg plaing senior dalam keluarga.bagi pemandu baru dalam perjalanan jauh,anda di galakan bawa teman berbual supaya tak mengantuk,kalau tade nyanyi la sensorang ke apa ke)
4.sentiasa alert dengan keadaan supaya tak lalai dan leka (yelah kata dah pengalaman kan,tapi jangan la riak plak..)
5.BERHEMAH sentiasa dan BERSOPAN di jalan raya/lebuh raya
6.patuhi had laju ye.
kereta juga perlu dalam keadaan yang boleh dipercayai semasa memandu.antaranya ialah
1.pastikan kereta telah diservis dari pusat servis bertauliah bukan pusat servis cap ayam,pastikan dah servis kita cek dulu enjin,tengok dia dah tambah coolant/air dalam reservoir tu..kang kering kang,hanpa jugak yang merana.
2.pastikan tayar anda bagus tidak botak bunganya,tidak pecah,tidak ada paku melekat etc yg berbahaya
3.ada tayar bagus tade angin pun tak guna,pastikan tayar anda cukup angin jgn terlebih kang meletup tak pasal..
4.make sure wiper ok,tak haus dan air guna basuh windshield tu ada sabun sikit,kot la ada najis burung tertempek senang sikit nak meng wiperkan benda alah tu.
5.agak2 break pad dah haus,tukar je,pastikan yang original jangan yg tiruan ye.
(bukan orang lelaki je kena tahu pasal kereta,perempuan pun kena tahu jugak tau,ini penting bagi perempuan2 yang ada kereta bukan sekadar tahu bawak je tapi tahu sikit2 pasal kereta sendiri)
kepada para penumpang kereta anda juga memainkan peranan penting dalam hal ini.anda mestilah:
1.pakai seat belt belakang tu,ia bukan sekadar di letak untuk tujuan hiasan ia bertujuan menyelamatkan nyawa anda dan nyawa orang yang duduk di depan (dengan izin Allah)
2.kalau anda pulang dengan keluarga,orang yang duduk di belakang driver adalah sangat penting dimana orang itu perlu memicit micit bahu driver sekiranya driver keletihan memandu (dulu masa balik kampung dengan family,abang saya yang diberi tugas penting ini...hahaha)
3.kalau dah balik satu family,adik beradik janganlan gaduh2 kalau duduk kat belakang ye,ini menggangu konsentrasi pemandu (ini berdasarkan kisah benar saya sendirik..hahah)
pastikan balik raya ni anda sampai sebagai manusia yang masih bernyawa InsyaAllah..jangan rakus.penat..rehat..banyak RnR.. kalau balik guna highway la..make sure badan segar untuk menyambung perjalanan...mulakan perjalan dengan bismillah dan dah sampai akhirkan dengan alhamdulillah ye..peace!!
HAVE A SAVE JOURNEY HOME Y"ALL
p/s::balik kampung oh oh oh,balik kampung..lalala
1 comment:
3.kalau dah balik satu family,adik beradik janganlan gaduh2 kalau duduk kat belakang ye,ini menggangu konsentrasi pemandu (ini berdasarkan kisah benar saya sendirik..hahah)
hahahha!...
Betol! Betul! Setujukkk!
Post a Comment