dulu masa saya kecik,kalau azan mama suka suruh perlahankan TV/radio bagi menghormati laluan azan yang berkumandang
sampai besar saya terbawa-bawa dengan perangai ini
sehinggalah saya mempunyai anak sendiri,saya buat benda yang sama pada Ziyyad
pada awalnya memang Ziyyad would go grumpy on why he must turn the volume down bila sibuk tengok channel 613
tapi lama-lama dia biasa dan tahu untuk hormat azan
hari tu kami dinner lagi sikit nak waktu maghrib,dan azan mula berkumandang selepas itu
the tv is still on dan volume kuat;
Ziyyad:ma..remote mana?
mama:ziyyad nak buat apa dengan remote tv?
Ziyyad:nak pelankan tv la,kan azan..shame-shame la mama ni.
ye hari itu saya kena shame-shame dengan ziyyad,bukan sekali ini saja saya di shame-shame kan ziyyad
pernah suatu hari saya sibuk menjahit,sampai la nak ke maghrib.kebetulan bilik jahit kongsi ngan ruang solat
jadinya pakcik imam kenit masuk sambil pakai kopiah
Ziyyad :ma,benti sat..Ziyyad nak solat ni,bising la mesin mama ni..
mama: sorry la imam muda Ziyyad...
kadang-kadang anak anak yang didik kita jadi orang.Agak malu dan merah muka bila anak kecik belum sunat tegur macam ini..hahahah XD
p/s:saya ada seorang sepupu,dulu masa dia masih darjah-darjah bapa dia selalu bawa dia pi jemaah di masjid. Sampaikan suatu hari sepupu saya tu tegur imam pasal bacaan fatihah imam adalah salah. kita ada berani tego imam?renung-renungkan dan selamat beramal.hati anak kecil ni telus kan?
No comments:
Post a Comment