kebiasaan,aku akan pulang kerja pada pukul 5.30 petang. Di salah satu traffic light disitu, ada seorang pakcik india (mungkin) linkungan umur 50 an, selalu datang meminta sedekah dengan membawa sebekas botol minuman yang telah dipotong atasnya
dia menagih simpati pada yang sudi memberikan dia barang sekupang dua. keadaanya yang kusut,memaki sniker putih yang sudah lusuh sambil berjalan bertengkak-tengkak cukup membuatkan aku terfikir
dari satu kereta ke satu kereta yang berhenti semasa lampu merah akan disuakan bekas air separuh itu untuk meminta belas ihsan pemandu didalamnya.Bekas separuh di hulur pada kereta,lori mahupun motosikal . ada yang memberi tapi ramai yang tidak peduli dengan kehadirannya
kadang-kadang aku perhatikan,ada yang menghulurkan rokok padanya,dia terima. ada yang menghulurkan dua kupang pun dia terima. Tapi hari ni ada sebuah kereta kancil yang disinggahinya,dia dapat RM5. dalam hati kecil ku "wah untung pakcik hari ni" lantas aku senyum sendiri
tak kira la cina,india atau melayu,ramai saja yang menghulurkan wang untuk pakcik itu hari ini. Mereka memberi tanpa rasa syak (rasa aku,kalau syak tak mungkin la dia hulur duit ye dak?). Aku selalu saja terdengar luahan hati orang yang tidak puas hati dengan kehadiran pengemis pengemis "Ah!jangan di ajar depa ni,nanti lagi menjadi..lagi kaya depa pada kita". aku tersenyum saja. Terpulanglah,duit hangpa,hangpa punya suka pada sapa hangpa nak bagi
mungkin ye pakcik tu lebih kaya berbanding aku. ye mungkin juga duit itu di buat beli dadah,sape yang tahu? mungkin duit itu dibuat modal judi,nombor ekor dan sebagainya
pernah terdengar ceramah Dr.Asri,katanya.."kalau nak bagi tu bagi aje,niat kita sedekah.dia nak buat apa dengan duit dia,itu urusan dia dengan tuhan. Niat kita sedekah "
mama aku pesan hari itu semasa datang ke penang minggu lepas..."nak Allah luaskan rezeki kita,rajin-rajinkan sedekah" (mama kaa macam ni kat aku pasal aku masih mencari kerja XD)
jadi kesimpulannya,nak sedekah, sedekah aje..mulut jangan jalan sama :) , kalau tak nak bagi jangan duk kata orang tu,kita tak tahu hidup dia macam mana :D
p/s:kita selalu fikir kita susah,walhal ada orang yang lebih susah hidup dia.
1 comment:
I like it.
pernah terdengar ceramah Dr.Asri,katanya.."kalau nak bagi tu bagi aje,niat kita sedekah.dia nak buat apa dengan duit dia,itu urusan dia dengan tuhan. Niat kita sedekah "
Rase lega hati dengar. Cuma kenkadang terpikir gak.
Post a Comment