di kala malam saya menjahit,husband akan teman dan jaga Ziyyad, setiap kali menjahit,beliau (??) akan masuk dalam bilik jahit dan memberi saya minum air sejuk sarsi...
kalau penat balik kerja,husband akan kemas rumah dan saya akan sidai baju,masing-masing punya tanggungjawab masing-masing
kami juga kadang-kadang bergaduh, (sila nyanyi...sedangkan lidah lagi er gigi apa pula suami isteri)
tapi EN.N (my collegue which is like a dad to me) kata
"kadang-kadang gaduh ni elok juga,tak la boring sangat,tapi gaduh kena hati-hati,bila gaduh syaitan mai duk cucuk hati,tu yang kadang-kadang keluar ayat yang tak sepatutnya keluar"
gaduh kami pun tak lama,lepas tu manja balik..biasalah orang kata asam garam (wahhhh macam kawen dah lama sangat kau ek dila)
husband selalu kata ini lepas kami bergaduh
"kita duduk dalam rumah ni 3 orang aje,abang,sayang dengan Ziyyad,buat apa nak gaduh-gaduh"
ye,memang selalu husband yang pujuk,pasal husband chomel,tak perlu mengeluarkan ayat saya sudah pun dipujuk dengan jayanya...hahahah
husband saya seorang yang supportive, dia pendorong saya untuk terus jahit tatkala saya super malas tahap dewa malas
betul lah orang-orang tua kata
dalam perkahwinan kena banyak sabar,kena banyak tolak ansur,kena banyak mengalah,tolong menolong antara satu sama lain
my husband is such a gem
bukan Jem and the halogram
tapi
tapi gem stones yang precious :)
support husband penting (bagi saya) kalau nak buat apa-apa pun..dorongan dan semangat yang diberi buat saya lupa seketika tentang sakit yang dialami (sakit sikit kecoh la kau,orang lain sakit kronik pun tabah lagi)
kenapa saya tulis ini?
saya rasa bersyukur dikurniakan husband seperti En.Anas
kerana adalah seorang ni, yg punyai masalah rumahtangga,dimana husband dia seperti tidak memahami dia,dan segala masalah anak dipikulnya sendirian
dengan kerja rumah lagi,dengan anak lagi,dengan keje opis lagi..seakan-akan husband dia not in the husband and wife picture (u get or not what i mean?)
terbeban sendirian,mana istilah perkongsian dalam perkahwinan?
saya berdoa dia tabah,dan suaminya memahami dia
anda juga jagan lupa untuk tamak dalam berdoa k :)
p/s:: mungkin saya tak kaya gila babeng,tapi saya bersyukur punya husband begini,dah precious macam gemstone kan?kan?kan? jem and halogram un ok gak,janji rock!