Search This Blog

28 July 2012

Ziyyad is 4 today!




Ziyyad,kamu dah 4.

mulutnya banyak tak pernah penat

Selamat hari ulangtahun baby Mama.

sebelum tido semalam,he wear his sock on his own. I said "Ziyyad pakai sock sendiri eh,nak mama tolong?" dia kata "Ziyyad dah abang la ma,Ziyyad nak buat sendiri" with the determination on his face putting the sock. Walaupun pakai senget benget,tapi dia nak buat sendiri. Tunggu adik la Ziyyad,kalau kamu nak jadi abang..

babah dia kacau dia semalam sebelum tido "babah nampak ziyyad duk ngan perempuan eh.." dia tak kata apa ,dia tunduk..senyum cheeky sangat..and finally said "mana ada la bah..."

Ya Allah,anak aku dah besar.

p/s:ye kadang-kadang saya panggil dia baby,pasal dia baby saya lagi..guguggugu



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

Menambat hati mertua :)


syukur,Alhamdulillah saya dikurniakan dengan mertua yang baik :) saya je menantu hantu..wahahahahhaih~~

jadinya semalam beruka puasa di rumah mak,sebagai menantu comel dan tidak hantu di bulan ramadhan,saya bawa caramel puding,dessert feveret yang mudah nak dibuat.


oklah,kita share ilmu,semoga keberkatannya kita kongsi bersama :)

Resepi ini dari kawan saya,thanks sity :)

1 cawan gula (untuk gula hangus)
2 cawan air
7 biji telur (utk elak hanyir telur,buang sac telur kuning,dia warnah jernic egg yolk punya sac)
1 cawan susu pekat (susu pekat takdak dah la ni depa guna krimer gantian dari kelapa sawit)
1 sudu besar tepung custard
sabar secukup rasa

note: cawan tu saya guna mug as a sukatan.must buy those measuring cup saw it kat giant tu hari

1.heat pan,and cooked sugar until it caramelize (i cooked it a bit brown, a lil bit pahit pasal the pudding will be tad to sweet,kata puding gula hangus u olls).Pour your caramelize sugar in a heat resistance dishware,or talam pun ok. Let it hardened.

2.whisk 7 eggs,susu pekat manis,2 cawan air and tepung castard.cook with low heat about 10 mins. Pour the pudding mixture on the hardened caramel

3.kukus jgn grill atau panggang. Kukus dalam 30 minit or so,lepastu masukkan dalam peti ais sampai keras elok.

4.Bawa pergi rumah mak mertua untuk berbuka dan sebelum tu letak disclaimer "sorrylah kalau tak sedap,harap suka.." hahahahaha XD

note:saya tiada pengukus,jadinya gunakan kuali,kasi tinggi sikit dgn pan stand dan letak air,dan shut it with the kuali lid :) improvise.

masa ramadhan ni setan malas pun kena ikat,tu yang saya rajin tu.hahahhaha~~

selamat mencuba.

p/s:hari ni nak masak fettucine carbonara utk berbuka dan dibawa ke rumah mak,carbonara ada cili padi kasi pedaih la sikit kan. 


24 July 2012

kerana teringin..

nope,i am not pregnant u guys..saya memang selalu je teringin..ahahahahahaizzz

Ramadhan datang lagi..Selamat berpuasa bagi yg baru dapat puasa macam saya..hahaha (orang start hari sabtu,saya start hari isnin...comel je kau dila)

Pasar ramadhan yg femes di pulau ni ialah pasar ramadhan bayan baru (dimana tempat para pemuda dan pemudi yang masih single mencari bakal pasangan masing-masing,entah kenapa...saya tak terlibat..maaf la ye..) 

dah lebih 7 tahun duduk sini (campur tolak masa belum kawen lagi) tapikan kat PaRam Bayan Lepas ni menu jualan balik-balik ituuuuu je. ayam percik,karamel,pulut udang.,nasi tomato..Gerai ayam percik aku rasa adalah dalam 4 penjuru. (buat dalam area parking masjid yg mmg khas,jadi kawasan tu persegi la)

saya nak ayam percik kelantan la!

pernah 2 tahun lepas,seorang makcik kelantan ni ,kami panggil dia Mak Ngah.dia jual ayam percik kelantan di pekan sungai ara,tapi dia buat sat saja..kenapala Mak Ngah menghancurkan hati saya..haizz

tapi tulah kenginan ayam percik kelantan hanya timbul time ramadhan saja,mengada kan?

jadi nya semalam saya google resepi (weh,boleh myresipi.com jammed pepagi nak masuk...gila lah korang..tapi takpe,bagus memasak lagi pada membeli je,bosan juga kalau selalu sgt beli makanan ni)

and stumble upon this blog aku bukan chef-resepi ayam percik kelantan ,resipinya pantas,tuntas yang penting jadi! 


ayam yang digrill atas Grill Pan sahaja,kerana saya tiada oven untuk kukus grill panggang! ahahahahhaihh



siap kuah percik kelatannnya!letak atas.. makan dengan nasi putih panas...sedap habaq hang

husband suka,dia kata sedap..saya dah cukup happy dapat pengiktirafan dari dia (husband seorg jujur dgn masakan saya kalau tak sedap,kurang garam,terlebih garam dia akan cakap dgn saya..kalau sedap tu makna kata sedaplah..puas masak sampai berasap rumah,the cooker hood tu dah letak 3 pun still la asap berkepui..kata grill dalam rumah kan...hahahahhaih)

saya tambah cili giling sesudu bagi pedas,orang penang tak makan pedas mmg tipu la kan..

resipi mudah sangat,cubalah! :)

p/s: apa agaknya nak masak petang ni ye...hmmm,mari fikir.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

16 July 2012

Penang Heritage Day


Last week 7/7/2012 was Penang Heritage Day,my friend and i decided to hunt street art by Ernest. 

The whole lebuh Acheh,lebuh cannon,lebuh armenian tutup for the whole day.Memang awesome. Did when to Khoo kongsi,menjelajah area tu.


these are some of his painting. Clock wise from left: Lebuh Ah Quee,Lebuh Armenian,Lebuh Ah Quee and Lebuh Cannon (other drawing we did not found that day situated at Lebuh Muntri,Love Lane,Chew Jetty Pangkalan Weld, and Penang Road)





some of the picstaken during Penang Heritage Day.

at the same day juga my cousin from Melaka datang,jadinya malam and the next day,Sunday meronda lagi at the same place.it was fun! Siang buat batik painting :)


some of the pics saya ambil dari Facebook @Adzua ...aka kak long :)

the one in the baju tu namanya Ammar,dia kupu kupu ziyyad (kupu kupu = 2 pupu bahasa ziyyad)

seronok jadi tourist di tempat sendiri.

places i still didnt go in penang is The Clan Jetties.

p/s:orang melaka,nanti mai lagi penang k :)


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

11 July 2012

Ready Made Nursing Cover



1,2,3,4,5,6,7,8,14 : RM50/piece


9,10,11,12,13,17 : RM35/piece


15 & 16: RM40/piece

Different price,different fabric quality :)
limited stock.
no waiting period,it is ready made,siap sudah dijahit NC :)
email me for inquiries


erni.fadzila.saharudin at gmail.com






Bag Tag!



custom made bag tag! now u can choose your own font (well it depends really,just email me the fonts that u want,will try to find it :D )

make it personal,add address or email or just name like Ziyyad's tag (ada Mr.Men lagi,if u want..i can made it for u..)

3 tags RM 20 (minimum) 1 tag RM7 (black and white printout) ,color? email me for quotation :)

my email?

erni.fadzila.saharudin at gmail.com


07 July 2012

Happy 5th wedding anni




cinta hati,menerima kekurangan dan kelebihan seadanya


"ana uhubbuki fillah" katanya dulu sewaktu mula bertemu


harap sampai syurga bertemu lagi


sayang abang ketat-ketat


sekarang dia dah kurang bulat


masih tetap mata,hati dan jiwa 


syukur tuhan atas kurniaan rezeki cinta dan sayang


heh XD


p/s:dan kenapa kau taip macam tak siap ni hah.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

01 July 2012

Komtar,Penang



Komtar,Penang. A view from parking lot 1st Avenue 5th Floor. A Sunset :)

Discovery




Kesian gile aku,baru tahu tentang kewujudan payless store,di 1st Avenue,Penang..kesian sangat...Jadi gila sat semalam kat payless...hahha

semalam Saturday,kena kerja (dipaksa senang citer..hahahah..nampak sgt tak ihklas bahahhaa) well..did went for lunch disitu,tiba-tiba ternampak iklan payless..terus aku kata pada collegues.. "jom singgah sat!" (weh,aku sorang je baru tahu ada,depa yg lain tahu lama dah..dasar noob) mampuih,rambang mata! the shoes are damn affordable and cantik and berkuality i tell yuh!

dan ada saiz sampai 11US..merasa la kaki gajah nak pakai kasut cantik dan comel kan...bahahahahah!


sebenarnya nak ambil satu kasut je,the Purple Camelia,by Lower east side (right box) retailing at RM83,tapi ada 50% off..Then terjumpa plak the gold cassidy by Brash, retailing RM69 andddddd 20% off..miahahahah! (pembelian kasut adalah atas restu suami,tapi tanya satu belinya 2,peace abang,love u many many more..hahahah)

i am one happy camper :D

lagi satu discovery yg memeranjatkan..

Ziyad can recite ayatul qursi in full..just found out yesterday mas anak tido..sebelum tido saya selalu ajar alfatihah,al ikhlas dan annas..tak pernah ajar dia ayat qursi pun. Pasal saya rasa.."alaaa kecik lagi..masakan boleh menghafaz ayat begitu panjang"

ye,ibu bapa seperti saya selalu merendahkan kebolehan dan keupayaan otak a soon to be 4 yr old kid.

and he did recite ayatul qursi really well..terperanjat juga sebenarnya.Rupanya all this while husband yang ajar dia rupanya.

saya boleh hafaz ayatul qursi masa darjah 1 atau 2 macam tu,babah saya ajar saya pasal i always had trouble sleeping masa tu...heeee

budak-budak macam Ziyyad,hatinya kudus,tiada dosa. Apa yang kita perkatakan akan diserap.Yang baik tak baiks semua sedut sama rata je. Ajar baik,baiklah tangkapannya..ajar yg bukan-bukan..bukan-bukanlah hasilnya.

p/s:never underestimate a child's potential or..their ability to get into more trouble.hahahahah XD

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}