ini cerita kakak nasi lemak feveret saya. nasi lemak dia memang best pasal sambal dia superb
kakak ini berniaga nasi lemak pagi-pagi sampai la tengah hari,dengar cerita dia juga buat bisnes jual henpon semua,waallahualam..yang pasti dia berniaga nasi lemak
dengar cerita dia dah janda,suami dia ceraikan dia.talak berapa dont ask..saya pun tak tahu
orang cerita,kakak ni berniaga kuat sangat,sampai lupa suami semua. itu orang cerita...
baru-baru ni husband berkesempatan beli nasi lemak kat dia,dan bertegur sapa dengan dia,kakak ni cerita.Ini cerita kakak tu sendiri
"dia tu keluar dengan janda sana janda sini..saya bagi duit suruh bayar rumah,dia tak bayar sampai rumah nak kena tarik..dia buat hal kenapa saya nak tanggung?"
kesian kakak ni,penat cari duit. kononnya nak tolong suami ringan kan beban,buat jual nasi lemak sikit kot boleh bayar rumah,ke bayar duit bil ke,sekali suami dia sapu belanja perempuan lain
mahu ke tak hangin..kesian kakak tu.
nanti kita dengar cerita suami dia plak...boleh gitu?
p/s:saya selalu terbaca MLMers ,yang perempuan dah kawen...selalunya suami tak support dia dari awal,jadinya dia kena susah payah sendiri..balik malam semua. sekarang dah berjaya la pasal tu cerita waktu jaman "susah"..aku tengok takdelah susah pon,selalu je makan-makan kat pavi gak,beli henbeg mahal gak..eh,bukan itu maksud aku,suami tak pernah pun minta kita susahkan diri sendiri,sendiri yang nak buatkan?tapi tulah,suami tolong support isteri kalau dia nak buat benda elok ye :D . yg isteri jgn la aibkan suami plak,kalau time dia tak support tu,ada la tu sebab dia.eh..padai plak aku,baik aku jaga rumahtangga sendiri je.lantak la korang....boleh gitu XD