Search This Blog

28 January 2017

kadang rasa nak jerit "gunalah EO ni!berkesan tau keeeee!"

Memang kadang rasa nak jerit,tapi in the form of typing kat wall fb orang.. Tapi kan aku suka hati nak pi suggest kat orang yang anak dia tengan selesema hidung tersumbat malam tidur tak boleh

Puan,sila guna RC Essential Oil Young Living,antara EO paling murah dan berkesan untuk RESPIRATORY CONGESTION
Hard sell sangat.. tapi bukan nak sell just nak cadang. Sama lah ada sesetengah parents letak bawang la,letak vicks (this is dangerous ye pasal ada camphorboleh bahayakan baby ye).. Well kenapa taknak try Essential Oil kan

Nak salahkan orang pun tak boleh. Aku ni pun terbuka hati guna pasalnya husband ada issue..turn out Essential Oil help him a lot,reduce stress and reduce sakit tengkuk dia semua (cerita husband sakit tu aku simpan dulu la,lain kali je cerita)


Minyak Pati Tumbuhan..bukan aku tak tau benda alah ni. Tahu je,alah yang jual kat teddy tales tu berlambak..lavender sebotol baru RM30 kot. Tapi serius, tak pernah suka pun dengan bau bau EO teddy tales..pening,kuat gila sampai ke medula oblogata rasanya (tipu betul sampai medula..tapi paham la,kepala sakit la senang citer)

TAPI..essential oil young living bau dia tak macam tu..bau dia susah nak cerita..bau dia buat kepala kau diselubungi bauan yang bes..nyaman,tenang..rasa segar. Kalau korang berkesempatan bau EO Young Living,pergi ambil bau je jadilah

lepastu ingat bau YL EO dan compare lah dengan mana mana EO yang RM15 30ml ke apa kan. Dari situ go and compare sendiri..kalau aku cerita kang,kata aku bias pulak an.hahhahaha

I did help my sister in law masa anak dia kena jaundice..i gave her a belnd of geranium and lavender kot,tak ingat,wih V6 (as a carrier oil la,baby nak pakai neat* tak digalakkan). This blend letak kat tapak kaki je kerap kerap..Alhamdulillah turun kuning dia. Tapi the testimonial aku tak war warkan pun..pasal ikut akta jualan langsung la..lagipun YL sendiri beri guideline,tak boleh warkan warkan merawat penyakit.

kita ni ikthiar je..orang boleh suggest kau macam macam..Tapi tertakluk pada diri sendiri. TAPI ingat apa apa pergi la klinik dulu jumpa orang yang layak. Yang lain lain tu ikhtiar. Tapi kalau boleh ikthiar pun biar dengan sedikit ilmu la ye


disclaimer: produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penayakit

(disclaimer is a must..ikut guideline YL and also KKM..akak ni menurut perintah..aku buh situ boleh rawat kanser mampuih.. TAPI korang rajin la google,banyak je jurnal pubmed,science direct pasal essential oil and cancer ni dan penyakit lain)

*neat = direct apply tanpa perlu campuran apa apa minyak tumbuhan such as virgin coconut or olive oil

ps: geranium bagus untuk liver support. Aku letak kat muka je sebelum tido..buat serum la apa lagi. 




Tetiba muncul setelah tenggelam lama,kini bernyawa apakah panjang tanjuk kau ni

Semalam ada bertanya pada kawan kawan Facebook,

"Berapa ramai disini yang masih suka baca blog?"

terus terang aku tak sangka ada yang masih suka baca blog. Kudos temen temen,ada sangat hebat. 3 tahun dulu bab mengarang blog aku pun suka. Siap buat kawan di kalangan para blogger lagi. Tapi aku blogger picisan sahaja.. 

Dahulunya banyak bercerita perihal Ziyyad..dan tadi sebelum menaip entry ini pun, aku buka kembali satu persatu kisah Ziyyad yang aku coretkan disini, sambil Ziyyad ada di sisi.. kami mebaca bersama-sama. Mungkin ada bagusnya aku tak buang langsung ansfadilah.blogspot ni, ada juga benda yang boleh aku tinggalkan buat tatapan Ziyyad esok besar.

Nampak dia baca dan rasa terharu.. Ziyyad dah Sembilan tahun dah..masih tak punya adik. Kawan kawan blogger lain ada anak nak masuk 4-5 dah. Alhamdulillah.

Dalam beberapa tahun tak kemaskini blog ni,memang tak sangka kenapa terarah halatuju (halatuju??) hidup aku kini buat MLM. haa kau MLM. Multi Level Marketing. Aku jual Young Living Essential Oil.. Haaaa aku pun terkejut dengan pilihan aku ni sebenarnya. Dulu,aku adalah antara orang paling mengutuk keras akan orang-orang MLM yang ntah hapa hapa. Jual produk merepek tak masuk akal. Lepastu tunjuk lifestyle dengan handbag jenama yang kau sebut pun ntah betul ntah tidak,lepastu beli beemer tunjuk tanda bagus.

Tapi tulah,jangan mengata sangat. Tengok sendiri pun join MLM. TAPI! TAPI...haaa ada tapi dia..

Tapi tu aku cerita lain hari jelah..korang ni kang aku cerita MLM mula la kata aku nak ajak minum kopi buat pinjaman bank ke apa ke.HAHHAHAHAA..

oh dear me..