Saya belum dapat kesempatan untuk menceritakan kisah dan pengalaman sewaktu melakukan umrah bulan April..tiba tiba terinagat nak tulis,kerana mama dan babah saya akan pergi menunaikan haji bulan ini.
Makkah,selalu orang sebut rindunya nak pergi lagi. Sayamemang tak faham dulu..apa yang rindu sangat ye? Tapi memang betul,siapa yang diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk pergi ke Makkah,memang bila balik,rindu tu amat sangat. Seronoknya lahai duduk di Masjidilharraam,tengok kaabah je dah dapat berganda keberkatan dan pahala,apantah lagi kalau beribadah.
Penagalaman umrah saya...heheheh ada yang kelakar ada yang memang tak tersangka.
Sebelum ke Makkah, kami singgah Jordan kemudian BaitulMaqdis,Palestin,kemudian beru ke Makkah dak Madinah. Sewaktu di Baitul Maqdis,kami dah sampai agak lewat, ini kerana kelulusan utnuk memasuki pintu Israel agak sukar dan lewat, tapi apa pun Alhamdulillah, dapat pergi juga. walaupun hanya sampai dekat waktu maghrib,usai solat subuh esoknya perlu keluar segera ulang ke Jordan untuk menaiki flight ke Jeddah.
Gambar ini diambil dari Mount Olive, kubah emas itu dome of rock, yang hitam kiri tu Al-Aqsa :) . Angin waktu ni sangat kuat.. |
Sewaktu berjalan untuk solat Isyak di Dome of Rock,tu saya memang dah nampak buah strawberry dijual ditepi jalan....Ya Allah punyalah gemuk stoberi depa,nak berhenti beli tak sempat,kerana mengejarkan solat maghrib berjemaah di temat Nabi di bawa naik kelangit. Telan air liur aje sepanjang jalan,dengan niat nanti lepas isya' balik nanti dan lah beli. Isya kami jemaah di Masjidil Aqsa. Alhamdulillah cita cita saya ke situ tercapai. Allah huakbar..
lepas isya' jalan jalan sekeliling tu,tak sempat pun tengok wailing wall,yelah kekangan masa...tapi takpelah tu. Bila nak balik semula ke hotel lalu tempat yang sama,rezeki saya belum ada...gerai semua dah katup,stoberi pun dah takde...balik sedikit hampa. Tapi hati memujuk,takpelah..mungkin adalah tu rezeki cara lain pula Allah nak bagi.
semasa di Makkah,saya tak ingat hari yang ke berapa..usai solat Isya,balik ke hotel..well hotel kami ni hotel 3 bintang aja..jadinya saya tak harapkan buffet yang grand sangat..Alhamdulillah kenyang makan itu sudah memadai. Biasanya mereka jamu buah potong seperti oren or tembikai....tapi tulah hari itu mereka jamu Strawberry! Siap ada coklat hershey lagi ... Ya Allah... Padanlah kakak saya pandang saya kata dia kata "Dila,hari ni rezeki kamu.."
SubhanAllah,walhamdullillah,Walailahaillallah,Wallahuakhbar
Dan celah mana lagi kita nak nafikan kekuasaan,kehebatan dan keagungan Allah?
Tapi ni cerita best ada juga cerita pengajaran...tapi itu nanti saya cerita.. Seronok pula rasanya Mama dan Babah dapat pergi haji tahun ni..semoga Allah mempermudahkan perjalanan haji mereka,semoga perjalanan mereka easy,breezy and cool aje. Semoga mendapat haji yang mabrur,InsyaAllah.
Seronoknyaaaa!nak pergi Masjidilharaam lagiiiii... Pasang niat kita ye kawan-kawan untuk jejak kaki ke sana,rezeki Allah nak beri itu dalam pelbagai rupa..sepertu umrah saya ni pun,memang tidak tersangka juga.
p/s: masa duduk Makkah,berat badan saya susut juga,yelah ulang alik jalan kaki ke hotel dan masjid. bagus juga kan...heee :)