majlis di dewan sime darby bukit jelutong,sepupu saya kawen :)
sebelum majlis kita tidurkan Ziyyad dulu,dengan harapan dia tidak run amok dalam majlis kalau ngantuk
peacefully aje tengok kan..
lepas dah cas,Ziyyad adalah secergas energizer bunny tapi on streoid.. -_-"
aktiviti mengukur panjang karpet merah end to end,parent adalah penat,so asked uncle effi to run instead to lose some buncits on his stomach..hahaha
ingat dah tido tak amok,tapi tak ye,masi amok juga
"nak ituu nak ituuu!" kata Ziyyad begging for some oranges
"nanti babah pegi amek lagi,ziyyad tunggu sini" kata babah Ziyyad
tapiiii
nak sangat tapi dapat lambat lantas berbaring atas lantai
siap relax lagi -_-"
akhirnya dapat juga duduk secara berhemah dan bersopan santun,kiraan masa? tak lebih 1 minit,run wild balik
dimasa org kawen juga,adik saya yang bongsu,belakang saya tu,dapat tahu dia diterima masuk ke USM kubang kerian,taniah la adik ( buat aksi manja plak kat babah, tolak masuk perigi baru tau..hahah<---sindrom dengki adik beradik)
last but not least,urs truly , apprentice photog ambil gambar semua macam harem je..hahahah
oxoxox
gaya +10 kualiti gambar -10 :P
ganbar pengantin byk dalam Fb adik saya saja..lalala
p/s: kepada smeua di bawah yg komen, sayang la korang mseua..cayalah :) ,kak emma sayang bucuk link kedai ceq letak,nanti ceq letak link blog plak naa,jgn majuk. :)
tapi adalah rasa macam takde kepentingan lagi nak beli benda alah ini, ada satu craft work saya saja yang perlukan mesin jahit tepi ni.. tak tau lah sama ada perlu ke tak..masih bekira-kira
bagi sayalah kan, saya ada cara macam mana nak beli benda 2nd hand especially mainan kat Ziyyad
ye lah kalau jenama fisher price beli kat Toy R Us adalah mahal
so i opt for pre loved item
banyak sekarang ni kat web jual 2nd hand item
so mcm mana nak beli bagi mereka yang takut nak beli online
1. make sure gambar clear.
2.make sure the seller state kat situ condition item, out of 10 , mungkin 8 atau 9 tu ok lah kan..seller kena state kat situ in details,jangan harap pada customer nak tahi semua,customer expect the best of the best of the best,yeah althought the item is preloved, i know..but as a customer, saya nak rasa duit saya tu berbaloi nak beli,kalau saya tak ksiah pasal duit baik beli kat Toy R Us saja
3. beli online is not for fussy buyer,sumpah tak tipu..kadang-kadang yelah,ada customer yg super cerewet..tanya soalah yang sangat halus lagi berseni micro..sebagai seller kene sabar,layan every soalan hatta soalan kadang-kadang memang macam..apakah??!!
4. compare harga dengan kedai lain,jangan terburu-buru buat purchase
5. memang kadang-kadang tak dinafikan, ada yang menjual mahal pada barang baru lagi..saya pernah kena tapi pasal saya compare harga saya selamat di situ.. item yang nak di beli tu ialah Ikea baby high chair,yang baru kat ikea jual RM50,but this person jual RM70,like..apakahhh??! mahal plak dari barang baru,ko punya 2nd hand item je..saya tulis kat shout box dia,komplen,seperti biasa kene delete lah..kan nak untung,tapi agak-agak aaa bai nak untung pun kan
6.as a buyer,do ur research..contoh nak beli kerete little tike,kita pegi la kat laman web little tike atau search kat google,kerete tu baru macam mana,tayar ada berapa,ada stereng tak,ada lampu tak, kalau dalam gambar web kedai 2nd hand tu tayar tiga je,stereng takda..jangan la hangpa pi beli..lepaih dah beli,menyesal pula..sapa suruh tak pi research dulu..
7. kalau boleh jangan beli carseat 2nd hand,pasal takde manual pun...bahaya tau ke? salah pasang nanti macam mana..tapi saya rasa boleh cek di youtube on installation most of the wellknown brand,kalau cap sweet cherry macam Ziyyad manual 3 helai je kot, tak macam peg pereggo dia dulu,manual 3 buku!! sampai nak muntah baca..gagagag
8. kalau tak puas hati gak pegilah je lah toy r us tak pun jusco je..tunggu sale murah sikit..macam car seat Ziyyad dulu,saya lagi sikitttt je nak beli online,tapi bila compare harga,saya rasa baik beli baru..
9. bijak lah berbelanja :),bertanya lah banyak manapun,sepatutnya seller kena jawab,dia jawab lebih kurang atau kurang ajar,its the seller lost lah..kuang aja sangat sape suruh,bukan kamu sorang je jual menan 2nd hand tau..blah la <--eh emo?hahahah
10. saya peniaga saya juga adalah customer,so yeah,saya tahu rasanya macam mana menghadapi customer yang banyak soalan pasal mereka nak tahu, jadi kita jawab baik-baik..tak rugi pun..kalau customer dah tanya banyak-banyak tapi tak nak beli anggap baik je,bukankah rezeki Allah itu terbentang luas :)
Mama : Ziyyad,buat peace Ziyyad mama nak ambek gambar ni.
Ziyyad : pisss! *tangan masih berusaha membentuk peace sign*
Mama: kan umicik dah ajar tu hari,lagi sekali
Ziyyad : piss *sambil garuk-garuk kepala fikir macam mana nak buat peace sign*
Mama : cuba lagi,dah boleh dah tu *tangan sibuk pegang camphone*
Ziyyad : piss! * tangan kiri dah ok,tangan kanan tu tetap satu jari je*
Mama: ok meh mama amek gambar banyak-banyak
Ziyyad: *dah boring dah agaknya,penat buat peace sign*
Mma : eee!geram nye..buat muka ye *cubit pipi Ziyyad, pasal dia buat muka kerek seperti dibawah ini*
"ada masalah ke?"
situasi diatas di rakam sebelum gerak gerak gerak khas ke rumah mak maria,saya nak gi keje sekali,sebelum saya di jinxed di atas jalan pagi tadi pwqrt%#ike~!??? gagagaga
semangat hilang separuh dah ni,akibat hampir melanggar seketul motor pagi tadi..melayang jap roh saya..aaa tensen
p/s:: layan jelah gambar ZIyyad ni,aritu ada org komplen saya dah kurang pimp Ziyyad..
teknik keji mendapatkan perhatian #2 :cara memujuk ;
mama: Ziyyad meh sini pakai baju,cepat!
Ziyyad: na mo na mo na mooooo (tak mau tak mau tak mauuuuuuu)
mama: sape tak pakai baju,lain kali tak boleh mandi bubble ngan mama lagi
Ziyyad :babel? *quickly run towards mama,dan peluk erat-erat sambil kata* eluk mama,eluk mama(peluk mama,peluk mama)
semalam tengok cerita Dora the explorer,dalam citer tu Dora berjaya bawa baby dinosaur jumpa mama dia,jadinya mama dinasour and baby dinosaur pun peluk-peluk lah
jadinya,Ziyyad datang pada saya dan kata "mama..eluk" (mama peluk) sambil peluk saya
Ziyyad..nanti dah besar peluk mama selalu tau :)
oh ye,Ziyyad dah makan real food dah sekarang
hari tu beli Subway sandwich, Ziyyad nampak dan dia kata nak
jadi saya suapkan sikit,dan dia nak makan!wah sungguh gembira!
walaupun dah seminggu saya craving sandwich tu,tapi tak kisah la kongsi ngan Ziyyad that 8 inch long sandwich..hati puas tengok Ziyyad makan penuh selera.
Ziyyad bukan takmau makan tapi dia picky,dia nak cuba sesuatu makanan tu,tapi kalau tak kene dengan taste palette dis akan luahkan balik makanan tu dari dalam mulut.
sandwich tu sandwich tuna, baru saya teringat,masa ngandundkan Ziyyad saya memang suka gila makan tuna with mayo yang jual dalam tin tu,sapu atas biskut la sapu atas roti la,kadang-kadang makan macam tu je..
oh,ini sew over the weekend. cuba cari apa yang salah.
saya selalu dengar pasal save the malayan tiger,right about now cuma ada few hundreds je tiger di malaysia ini
thanks but no thanks to penebang balak haram yang mungkin jabatan perhutanan sudah kene rasuah and ada menteri terima sikit hasil juga..wah!allegation tu..aah persetan mereka yang memang sitan itu..sitan!sitan! (bak kata Ziyyad)
dah la harimau dah makin pupus dan ada pula rimau kene abuse dalam captivity
oh no!
look at the video,and it happen in A Famosa resort,yes the one in Melaka yang ada pakcik Ali Rustam sebagai pak menteri itu (kenapa ntah bagitau..tak de kene mengena pun)
so help spread this word maybe to pakcik Karam Sigh Waliah at Aduan Rakyat,this is mengadu for a reason not mengadu pasal "eh,longkang kami tersumbat tolong bersih boleh" , dah korang yang buang sampah dalam longkang tersumbat la,pegi la gotong royong jiran tetangga semua harap majlis perbandaran nak buat..sendri buat sampah sendri bersih la! (ok..ini sudah melalut)
p/s:: saya sayang kucing.. :), please lah korang semua,jangan la ambil gambar dgn rimau tu,kesian dowh tengok..have some heart ok..the tiger kenot speak if angry but sure the tiger can cabut some legs or even head maybe easy peasy if the tiger is angry. nanti kalau dia dah cedera kan orang the tiger juga kene tembak..siapa yang salah?manusia seperti kita lah yang salah,tapi bukan kita yang kene tembak,its not fair! i hate u all (eh tetiba emo)
sekarang sibuk orang cerita pasal budaya memakai tudung ikut fesyen sanggul arab
ma makna sanggul arab?
satu aje saya fikir bila tengok fesyen sanggul ini,harap tidak bekecil hatil dan hantar hate mail serta simbah cat merah kat kete saya (terus terlintas dalam kepala benda alah ini...maaf ye semua)
* * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * *
* * * *
cantik itu subjektif..ye saya tahu
p/s:: pasal tu Rasullah s.a.w kata,kat neraka ramai perempuan aje...insap ni..
"mama ada book,sapa tak makan ubat,tak boleh baca book ngan mama"
lepas tu mesti kelam kelibut makan ubat
tapi kalau babahnya
"sapa tak makan ubat,tak boleh jadi ultraman"
Ziyyad pun apa lagi kelam kelibut gak makan ubat
-_-"
meh take a look of Ziyyad's books
ini buku sebelum tido mesti baca oleh Ziyyad,dia akan drag buku fable aesop tu cambil kata
"ma..cite" (ma..ceria)
ada lagi satu buku,dia panggil buku tu buku o'ook' (berak),why u might ask?
dung is taik,no?
ni mama long Ziyyad belikan buku ni..and it is funny as hell, saya pun baca buku ni ulang-ulang kali kat Ziyyad
lain-lain buku Ziyyad,some of it dah relai,pasal selalu sangat buka tutup buka tutup baca punya pasal
buku GWR tu,babahnya punya...dalam tu banyak gambar,Ziyyad love to see the pictures inside..pun dah relai gak the book
owhhhhh...ini bukan Ziyyad yang punya,ni mama yang punya...hoooo ini tak boleh bagi Ziyyad,sayang wooooo...nanti Ziyyad dah besar macam darjah-darjah dah tahu selak buku secara berhemat baru leh kasik..ada lagi satu buku of C&H compilation tak beli lagi,baru cukup a set
saya beli kat chowrasta (tempat jeruk terfemes kunun kat penang,kat atas tu ada 2nd hand bookshop) buku tu a piece dalam RM35 aje,kalau kat Borders dalam RM80 or 90 mcm tu..
same goes to buku guiness world of record tupun beli di chowrasta
pernah bawa Ziyyad kat situ,berpeluh-peluh dia kat situ (takda aircond macam Borders), tapi bila ajak balik takmau,nak book...jadi adegan melalak-lalak nak book berlaku,beli lah satu buku (nasib la murah,kalau hari tu kat Borders tarik buku satu rege RM90..hujung bulan mana ada duit nak oii...note to self: pegi borders kalau bawak Ziyyad gi awal bulan)
ini?ini bukan saya yang punya..this is husband's , i remember masa birthday ke 24 kot,he gave me satu buku,tajuk? La'Tahzan (Jangan Bersedih Lagi)..see the book yang ada tabung masjid tu?buku tebal warna kuning tu aje buku saya,yang lain tu buku husband
dimana buku saya?
ini bulu saya,simpan dalam meja study..hahahha,supaya Ziyyad tak boleh capai..semua buku saya saya nyurukkan...hehehahahaha
p/s:: Ziyyad akan duduk diam-diam bila time saya baca,kalau babahnya baca,Ziyyad nak lompat la nak lari la..jadi saya lah tukang pencerita.
bagi sesiapa yang tak kenal lagi, ini Ziyyad,penawar hati luka saya (kadang-kadang juga adalah punca amarah naga sakit jantung saya...)
Ziyyad dah ambil shot H1N1 di Hope Children Speacialist dengan bayaran RM80 sekali cucuk
for a kid,vaccine ni perlu 2 kali,lagi a month Ziyyad akan dicucuk sekali lagi
comel aje appoinment reminder ni ;)
Dr.Ooi kata Ziyyad dah besar dan banyak cakap :P (dan berat sekarang ialah 12 kelo)
masuk je bilik Dr..
"ephant!ephant!" (elepahant!elephant!) sambil tunjuk sau ukiran kayu gajah kat dinding
tapi yang saya musykil tu,Dr suruh buka mulut paham dan obey je..kalau saya suruh buka mulut,menggeliat sana menggeliat sini..mungkin tiada ukiran gajah pada dinding di rumah kot..hahha
paling lawak ialah bila Dr.Ooi injet dia,dia nanges
tapi kejap gila,lepas dah pakai seluar balik,siap kata apa tau
"injet..abiss, jom alik" (injet habis, jom balik)
-_-"
ye lah,kita balik lah..
p/s:: bila ditanya balik,siapa kena injet,dia angkat tangan sambil kata "iyyadd!!" tunjuk kat peha dia sambil buat gaya injet dan ada sound effect nangis...hehehe
usually saya akan start weekend saya pada petang jumaat
saya akan buat benda-benda yang best
seperti,memasak benda baru,menjahit atau apa-apa je lah yang best
pasal pada saya,hujung minggu tak boleh dibazirkan,mesti digunakan sebaik mungkin nanti rugi
jadi petang jumaat saya telah memulakan aktiviti best hujung minggu
apa yang best?
melipat roti surai aka roti jala
ayah mertua saya memang pandai memasak,saya tukang lipat je..hahaha
mak mertua pula membuat gulai daging ter awesome sekali,hoh!best gila.
tu belum buat murtabak lagi,memang Pak Hassan punya murtabak terbaek dari ladang..(tira kamu jangan jeles, sini ada murtabak sedap...hahahahah!)
ok,dah habis cerita makan.
sabtu gi tengok freddy kruger..adalah tak suka ceritu itu kerana Freddy Kruger ialah seorang pedophile dan seorang hantu gatal yang hansap..meamng patut mati kena bakar pun.
buy a book for Ziyyad at borders...punya lah dia suka masa dapat tu...terus lepaskan remote control car dia dan dapatkan book :) (buku aesop fable..so bedtime stories sekarang tak perlu saya mereka-reka cerita lagi..heheh)
hari ahad tak apa sangat pasal,husband dapat stomach ache due to salah makan..
saya dah lama tak bersolat zuhur di surau kuarantin
sebab?
1. time saya solat kat depan,kat belakang berborak macam takde sape solat dalam bilik tu.. borak punya kuat,sampai saya pun rasa nak join borak sama
2. bergelimpangan orang tido,space nak solat,nak begerak tinggal sekakang kera
tapi ada cerita pula sekarang ni dah takde orang tido kat surau,katanya selalu kena hempit oleh makhluk halus la,mimpi yang bukan-bukan la
saya percaya dalam surau memang ada jin Islam,seperti yang diceritakan husband saya
10 tahun lepas,husband pernah ikut sorang ustadz ke surau pekerja airport penang
ada orang kata kat surau tu haunted
so ustadz pun pergi la tengok apa boleh buat,sesi becakap dengan jin pun berlakulah
jin tu jin islam,dia duduk dalam surau tu nak beribadat semua,lepas tu jin ni komplen, dia kata ramai masuk surau nak tido,lepas tu suka pula mengumpat
hambek kau!jin komplen..hahahhha
berbalik cerita surau kuarantin tu,memang dah tak terbela,takde sorang pun ambil inisiatif nak basuh telekung yang dah berdaki kuning bawah dagu tu...eiii (kadang-kadang tu lap lipstik kat telekung,apa ke cetek sangat akal pun saya tak taulah)
dulu kalau saya dan rakan-rakan lain solat di surau tu,kami ambil giliran cuci telekung every friday, kebetulan lab saya ada washing machine,apanya susah,campak je dalam washing machine,sidai kering siap!
tapi sekarang saya buat ruang solat sendiri aje,tak denya saya tiap kali nak solat tiap kali nak sakit hati,kita nak ngadap Allah elok-elok,ni dah jadi marah-marah dengan perangai org duk lepak melagha dalam surau
p/s:: telekung kepam sungguh tak selesa nak solat tau ke?
saya rasa marah betul,tapi saya tak tahu nak buat apa
benda -benda bodoh macam ni buat saya malas nak kerja malas nak ambek port malas segala (dengar dek mama saya cakap malas gini sure kena sound baek punya)
ada je bangkai-bangkai hidup yang mengganggu gugat keamanan hari saya
benci betul lah.
ntah la dah malas
baik saya tumpukan seluruh tenaga dan usaha saya kat kedaichomel
saya tumpukan kat kedai dapat pulangan modal,tumpu kerja kat sini dapat dosa je pasal hari-hari duk marah,hari-hari tak puas hati,gaji pun ntah dapat ntah kan tidak
Ibu mithali ibu yang sejati Kasih sayangmu kasih yang suci Pengorbananmu disanjung tinggi Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni Kelembutanmu menyentuh hati Semai kasihmu dalam jiwaku Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci Tulus ikhlasmu mendidik daku Sanggup bersusah dan menderita Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi Bakti amalmu tidak terperi Beramal soleh berperibadi Mentaati Allah juga suami
saya masih jauh lagi nak jadi ibu mithali,tak tau sampai tahap macam mama saya atau tak
banyak dah saya buat dosa dengan mama saya,ada sampai mama saya nangis pasal kelakuan buruk saya
tapi mama tak pernah pernah simpan dalam hati,mama tetap maafkan saya walau sejahat mana perangai saya
even till today,as a mother of myself,mama tetap bantu saya dalam apa jua yang mama mampu
mama tak pernah minta banyak,yang selalu mama pesan ialah
"dapat doakan mama sihat selalu pun dah bagus"
mama sanggup bersusah,kadang-kadang sampai kena marah dengan babah pasal perangai anak-anak yang macam ragam
tapi mama tak pernah nampak marah atau kecewa atau apa..
anak-anak mama yang lain; kaknaz,abang effi,tira and fiqah
kita kena jaga hati mama dengan babah dengan sejaga-jaganya..mama dan babah tak pernah minta apa-apa pulangan duit atau apa yang banyak diberi dan dilabur pada kita..tak pernah sekali pun, cuma mama dan babah minta kita doakan kesihatan mereka je..
dah jadi parent ni,baru dila tahu susah senang membesarkan anak...
i cant write anymore,as my eyes are fill with tears
baca entry semalam dahulu,baru baca entry ni,nanti tak tau hujung pangkal
so,yesterday..a day to remember for me
pakcik gardener ofis saya died due to heart atack maybe,he is 68 years old
mungkin lepas penat sapu sampah dia duduk lalu pengsan,who knows
saya tak tahu CPR,kalau (aku benci ayat kalau!!) saya tahu..mungkin saya boleh tolong apa patut
saya cuma tolong dial 999 aje :(
sepanjang saya hidup ni kali ke 3 saya tolong orang yang memerluakn bantuan kecemasan, 2 kes eksiden (pasal saya org yang kiranya pertama sampai,takde org lain masa tu) dan satu kes pengsan macam ni
it was a busy day for us back here in the office,dengan esok nak seminar,prepare goodie bags and everything
and suddenly came bursting my 2 boses masuk bilik opis
"nih u all tahut ak ada orang pengsan!!"
i quickly went outside to check on what happen
and i saw,pakcik tukang kebun was laying there in the car shed
i check his pulse,while brushing off some ants that already climbing his body
i check and recheck again to make sure,but there is no pulse left on pakcik tukang kebun
my boss at that time were panicking,and i grab her phone and quickly dial 999,the least i could do..i don't know CPR (need to learn that later..)
i feel sad at the moment,what if i'm the one who were laying there..it was so heart wrenching
the ambulance come only when it is to late
but they did a good job on trying to find back the pulse of pakcik tukang kebun..tapi apakan daya,maut itu tidak dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat
i have no heart to take picture of his face..it is so heart wrenching,because i did see him up close to check the pulse before the emergency unit come to the rescue
what a day...dan saya insaf melihat orang yang sudah tiada nyawa di dunia ini, mata pakcik ini memandang ruang kosong,bagaimana pula pengakhiran hidup saya didunia...
p/s:: happened lepas lunch hour tadi :( , i need to attend emergency handling classses wateveritsname lah..serius.
saya dapat order dari kak weween,my long lost neighbour back in JB (tima kasih facebook)
kak weween order a memory game consist of a lion,hose,dinosaur and a cat for he son Ezkl :)
i made the memory game, this time bigger than the previous one i made for Ziyyad
this time around i made it 5x5 inches..senang nak pegang :)
and i put some ring to hold em together,so lepas main boleh simpan sekali harung,tak lah satu bawah meja,satu bawah katil,satu dalam bonnet kereta mainan (this happen ,trust me..)
hari tu bawa Ziyyad gi klinik kesihatan sg ara untuk monthly cek up nya,baru saya tersedar yang Ziyyad masih tak kenal warna lagi
so i made this memory game cum memory card for Ziyyad to play and learn about colors
blue,green,yellow and red :)
i hope this time around Ziyyad lepas main tak letak one of the square atas kepala and try to balance it like before..ade je idea dia..tapi kids will be kids.. -_-"
meoww meowww mau makan blue fish :)
ada lagi satu set saya nak siapkan,ingat nak jual,ada farm animal untuk set tu.. :)
p/s:: sapa2 rasa macam berminat nak order boleh email saya di stashowale@hotmail.com
p/s:alalalatok alalatok tolong jangan saman,tolong....dah tak payah nak saman-saman,pegi undi saya kat bawah ni lagi bermanfaat,boleh gak tolong derma kat org susah,RM10k tau derma..
semalam beliau telah mengkomplen secara peribadi kepada saya
"sayang ni asyik ceria pasal Ziyyad aje,cerita pasal abang bawak jalan ke,bawak makan ke tak tulis ke?"
kata En. Anas dengan nada tak puas hati
baiklah sayangku,kerana abang sayang, dila akan turutkan kehendak abang..besar tapak tangan nyiru dila tadahkan (macam rasa salah je ayat ni,tapi abaikan saja..huahuahua)
so yesterday makan lunch pukul 4 petang..kerana tengahhari tu Ziyyad tido,dan saya sibuk beperang dalam bilik jahit,so tak masak
Ziyyad bangkit tido,siap-siap..terus pegi makan kat area USM,ada satu cafe ni nama dia sport cafe..
jadi malam tu konon tak nak makan..tapiiii telahan adalah salah
kami lapar gila malam tu,dalam kul 9 macam tu rasa nak makan,tapi macam letih nak turun pegi kedai tom yam kat bawah
so En.Anas dengan mulia hatinya dan comel sekali berkata
Assalamualaikum kakak,apa khabar?harap sihat hendaknya. Dah lama saya tak nampak akak,mana akak pergi?
hanya yang saya nampak saban pagi sekarang ini hanya stall akak yang tidak berpenghuni dan payung buruk yang terlipat kemas terletak elok di atas meja stall akak
setipa pagi hendak ke kerja tanpa jemu,saya menunggu akak,kalau-kalau akak berniaga hari ni,tapi selalunya saya hampa kecewa
mana akak pergi? dah seminggu akak tak berniaga termasuk lah minggu ni..saya rindu la sambal ikan bilis yang akak buat..sedap,saya suka
saya rindu nak makan sambal tu dengan telur mata kerbau yang cair telur kuningnya..uhh sedap betul rasanya,ditambah dengan ikan bilis garing dan kacang goreng..
tapi hari tu baru husband saya bagitau,kenapa akak hilang tak berniaga nasi lemak bubuh lagi. Husband saya kata akak dah join MLM.. saya terkilan..bukan dengki akak join MLM,tapi saya bet,akak lepas ni dah kaya mesti lah tak jual nasi lemak lagi
siapa saya nak menentukan apa yang patut akak buat,saya harap akak maju jaya dan pendapatan akak lepas ni lebih lebat dari menjual nasi lemak. Kalau dah naik BMW 7 series jangan lah akak lupakan saya
kalau agak-agak akak boring dah jual korset dengan water filter tu,akak jual la nasi lemak sekali sekala, takpun akak jual la korset dengan water filter bersama nasi lemak bubuh akak yang super sedap tu
takpun dah kaya nanti akak buat restoren plak..sure saya datang makan selalu.
saya akan sentiasa menanti nasi lemak bubuh buatan akak
seharusnya saya patut lebih banyak memblog berkenaan dengan craft
kerana blog ini ada didalam senarai blog craftzone Malaysia..
rasa bersalah kerana banyak merepek dari berkraftangan
oh...maafkan saya
p/s:ada ongoing project,tapi belum siap (nama pun ongoing.. -_-") , will post up some picture bila habis..banyak nak kena buat sebelum akhir bulan May.