Search This Blog

Showing posts with label Ziyyad. Show all posts
Showing posts with label Ziyyad. Show all posts

19 April 2014

And April is almost at its end.

Quarter of 2014 is over. Apa pencapaian setakat ini? Ada azam azam yang sudah pun tercapai?

saya ada  (perghhh...kau berlagak)...Takla..achievement unlock la kiranya. Saya target apa yang saya mahu dalam hidup. Saya usaha, selebihnya kita berserah pada Allah.

Antara kemahuan saya (kau gitu...kemahuan kan) ialah memiliki seekor kucing dirumah. Saya tahu suami saya seorang penggeli kucing. Agak menghairankan,memandakan dia ada bela a few tarantulas and a few snakes even. Kucing is adorable u know. Tapi ntah bagaimana dalam diam rupanya dia carikan saya seekor kucing. Cweet cangat. Memang saya tak harap pun dapat bela kucing dengan keadaan dia yang tidak berapa suka kucing dan juga rumah kami flat je pun kan..management marah habislah (shhhh...dont tell the management ok...peace)

                                       
Meet Coco,she is half mainecoon half american curl...adorable kan..rasa nak pijak kasi penyek. Its been nearly two months she is staying with us. And i never feel so complete in my life. You know the sayaing about a home without a cat is just a house. Lebih kurang la.. She is now 6 month of age.


Ini muka orang merajuk...pasalnya haritu kena hantar pet boarding selama 4 hari. Adik ipar saya kawen,majlis bertandang kat KL. Merajuk,dipanggil tak mahu pandang. Ye,kucing pun ada perasaan. Nak bela kucing agak costly juga with all the vaccination,makan dia kalau sakit semua kan. Tapi takdelah mahal sangat..oklah. Area Bayan Baru ni masih lagi affordable. Siapa siapa area Bayan Baru nak hantar cat grooming,boarding or vaccination (they have vet visitation every Saturday) boleh datang ke Petzilla Catstore. Semuanya keperluan kucing. Yay!

Move on to the list is how much I wanna change my car. Kalau baca pos pasal Sloktober adalah perihal kereta ini. InsyaAllah dalam next week dapat lah. 


Kereta kenari ni saya dah pakai hampir 7 tahun. Dari zaman bujang lagi...banyak jasa dia. Kami survive driving in Penang. U know what they say about Penang's driver kan...hahahaha. Tapi Ken (nama kereta saya) ada sikit dented kat pintu. Itu suami saya punya hal lah tu... walaupun saya pemandu wanita saya adalah pemandu yang baik,tidak slow di lorong kanan dan boleh side park belakang dulu tanpa bantuan seperti kereta ford focus tu.hahahaha XD Ken ni bawa kerusi kerusi ikea saya...angkut segala macam barang masa Ziyyad baby dulu masa balik KL. 


This pic was taken on 28/9/2013. Berangan masuk showroom testdrive semua. Start dari haritu saya tanam azam. Waima bukan beemers tapi kalau azam tu biarlah realistik XD . Alhamdulillah ala kullihal.I picked a hybrid pasal harga minyak makin naik so said my sister yang kerja di OnG and with all the price hikes,kena la start jimat somewhere. Tazabar!

Oh ye,Ziyyad dalam pic atas tu bambam sekarang dia dah kurus,hemsem tau (puji anak sendiri adalah totally can)


sejak dia bersekolah dan saya tukar susu coklat dtch lady to susu putih rasa madu, he lost weight. Baguslah turun berat badan,dari di ejek gemuk oleh orang. Pernah dia diejek gemuk kat tadika lama dia dulu, Esok takmau pergi sekolah pun. Lagipun obese adalah tidak bagus. And he also can read in a moving vehicle (totally unrelated story pun disini...hahahah)

All in all, Q1 for 2014 Alhamdulillah bagus untuk saya. Setbacks last year tu ajar saya supaya lebih sabar dan tidak terburu buru. Kalau Allah hendak sesuatu perkara itu jadi,maka jadilah ia. Lagipun manusia hanya merancang dan berusaha,selebihnya tu kerja Dia.

p/s: Tahun ni jga adik ipar saya dan adik  saya sendiri bakal menamatkan zaman bujang. Adik ipar dah,tunggu turn adik saya bulan 6 nanti InsyaAllah. Am so happy for em both :)

p/s #2 : i found out ramai yang still reads about DIY:l abel tu..baguslah kalau ia dapat membantu anda semua. Maaf saya tak ambil tempahan dah. InsyaAllah senang je buatnya. Yang penting sabar :) Maaf juga kalau saya tak dapat nak reply satu satu comment as i am mostly on twitter and instagram nowadays. Jarang buka blog. Majulah DIY craft utnuk kita semua ^_^

22 January 2013

awat hang tak boleh duk sengap..

since having my own kid,tak pernahnya makan di luar aman damai..

kejap kejap Ziyyad would run around,sometime he climb the chairs,disturb kakak cashier,duduk bawah meja,you name it

acap kali aku baca twit orang,

"pasaipa la mak bapak dia buat bodo je kak anak dia memekak?"

"children should be ban in this restaurant la,bising,tak romantik tau nak din din dgn boyfie i *flip hair*"

ye,dan pelbagai lagi cacian dan tohmahan dilemparkan *menangis lari hempas badan ataih katil*

suakan PSP,ipad atau tab? ntah...Ziyyad disuakan PSP duduk tertib sat saja,dan la nak telan nasi sekali dua..aku ikat hang ataih kerusi baru hang ada akai Ziyyad..

hehehe,takdak la ganaih tara tu sekali,saya cuma cakap dalam senyum and gritted teeth 

"balik rumah sat nanti,Ziyyad kena la..tunggu sat na..."

sometime,memang tak larait pun,biaq pi la dia hingaq...hahahah.tak..memang saya biarkan aja.dia penat nanti dia diamlah. XD

p/s:yg selalu duk komplen orang bujang.atau masih belum rizkinya ada anak lagi..dan acapkali mereka ini akan mengeluarkan kata-kata "nanti kalau saya ada anak,saya tak buat la lagutu" i wish u well and good luck :D


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

27 August 2012

gambar raya yg isu



gambar malas,snap from umicik dslr je..hahahah.Ziyyad sentap,babah dia dah terkoyakkan kopiah dia lantas merajuk.Lantas gambar raya jadi mcm ni as Ziyyad tamau keluarkan jari dari mulut.

habislah kamu Ziyyad,sampai kamu tua la orang akan mengatakan akan hal ini...hahahahah!

am still at KL,kerja postponed till 27th,patut dah habis 23rd August lagi...sakit otak aku la bos!( dan drama sangat,malas aku nak taip sini,buat sakit hati sakit otak,sakit jiwa..)

En.Anas and lil Z dah balik penang on 25th lagi..rindu tahu tak..

nasib la En.Anas survive bawa balik Ziyyad dari KL ke Penang,feww...risau tahu..risau sangat!!

dah ini saja update raya,raya kerja makan dan makan dan makan.hooray!!

p/s:rindu pakcik besar dan pakcik kecik.rinduuuuu~


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

12 August 2012

Morrocan Jubah for Lil Z



Hari tu pergi kompleks bukit jambul,cari jubah la konon utk Ziyyad,been meaning to carikan dia jubah ala morroco,tapi takde yang berkenan.Most of em kadang-kadang poorly made..Harga dalam RM70 mcm tu. Tapi takde saiz Ziyyad,siap akak kedai tu kata "kenapa tak cari awal-awal...sekarang ni tinggal ni jelah" saya malas cakap bayank aku senyum,dan kata terima kasih. Dan terus pi kamdar kat tingkat atas.

Oleh kerana saya ada asa menjahit,dan tengok patern jubah ni macam tak susah (sila tekankan ayat "macam") . i decided to brave myself to venture menjahit baju. Never in  my sewing career (career katanya...) menjahit baju. Agak daunting juga sebeanryna,lagi-lagi part leher tu.Seram sejuk...brrrrr

Did some googling pasal macam mana nak buat lubang leher yg ok,so i found this ukuran leher , on how to take the neck measurement. antara link-link that help me a lot ialah (semoga Allah balas kenaikan korang yg sudi share ilmu,dengan 1001 lagi kebaikan..amenn)

1. baju kurung tutorial <----meh beli mei tai carrier di sini juga :)
2.cara buat leher v (v neck shirt) <--- byk ajar pasal mcm mana nak jahit baju. :)

i did learn,once..kat sabah cara jahit baju kurung..tapi dan takat ambil ukuran saja,as makcik tu nak pindah semenanjung dah...kalau tak skearang ni saya pakai baju kurung jahit sendiri je...XD

jadi saya ambil ukuran Ziyyad,budak ni kan budak reti duduk diam,ambil ukuran siap nak berjoget kenapa..sia cakap "ma,bila nak habis ni?ambil ukuran lama sangat ni"...~_~" . Did made a pattern on paper,as i am not as good as kak neeza yg boleh freestyle je..wuwuwu..terer ok. Saya tak,jadi potong pola la nampaknya,pasal tamau membazir kain.

ada satu baju jubah morroco dia masa dia a year older and jubah husband pun ada dari situ saya teliti pattern dia..Saya ada buat sikit detailing pada poket,leher dan lengan baju ni...macam jahit lurus-lurus sebaris tu,bagila nampak macam decorate sikit..kononla...heee

dalam 2 jam macam tu siap,dari awal potong pola,potong kain,gedebak gedebik..siap :) , Achievement unlocked!!

sangat happy with result,Alhamdulillah.Ziyyad pun suka, ambil gambar bukan main peace bagai..dah mcm muallaf pun ada dah nengok kan

















raya ni tema kami warna biru, baju melayu En.Anas electric blue,saya pakai jubah warna biru BN,Ziyyad warna biru pertengahan antara saya dan babah dia..haa boleh.

Jubah Ziyyad ni warna dark blue,kain dia tak panas yang penting,pasal Ziyyad ni cepat berpeluh orangnya. masa saya cakap kat husband saya nak jahit sendiri jubah Ziyyad,dia kata "sayan gboleh ke jahit baji,nanti tak jadi macam mana?".. saya cakap padanya "InsyaAllahjadi,tengok pattern senang je" agak tercabar dgn kata-kata dia sebenarnya.hahahaha

tapi tulah,tanpa cabaran kita tak akan menolak diri sendiri untuk maju kehadapan...eh kau ni mcm suh join emelem je kekdahnya.. tapi betul,tak kira apa pun yg kita buat,always motivate diri sendiri untuk berjaya,walau terkadang lelah,letih hampir putus asa,bangunlah jangan mengalah.aaa gittew cik kiah. XD

p/s:can't wait to beraya in KL this year,will be in KL for a week InsyaAllah,thank you Allah for giving me a sensible husband :) . Dan tidak,saya tak ambil tempahan.heeeee~~~~

p/p/s:i see a lo of blue and green mint for tema raya tis year,ada kaler lain tak sesiapa?kang kata boria kampung melayu plak kang...hahahah XD 




28 July 2012

Ziyyad is 4 today!




Ziyyad,kamu dah 4.

mulutnya banyak tak pernah penat

Selamat hari ulangtahun baby Mama.

sebelum tido semalam,he wear his sock on his own. I said "Ziyyad pakai sock sendiri eh,nak mama tolong?" dia kata "Ziyyad dah abang la ma,Ziyyad nak buat sendiri" with the determination on his face putting the sock. Walaupun pakai senget benget,tapi dia nak buat sendiri. Tunggu adik la Ziyyad,kalau kamu nak jadi abang..

babah dia kacau dia semalam sebelum tido "babah nampak ziyyad duk ngan perempuan eh.." dia tak kata apa ,dia tunduk..senyum cheeky sangat..and finally said "mana ada la bah..."

Ya Allah,anak aku dah besar.

p/s:ye kadang-kadang saya panggil dia baby,pasal dia baby saya lagi..guguggugu



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

01 July 2012

Discovery




Kesian gile aku,baru tahu tentang kewujudan payless store,di 1st Avenue,Penang..kesian sangat...Jadi gila sat semalam kat payless...hahha

semalam Saturday,kena kerja (dipaksa senang citer..hahahah..nampak sgt tak ihklas bahahhaa) well..did went for lunch disitu,tiba-tiba ternampak iklan payless..terus aku kata pada collegues.. "jom singgah sat!" (weh,aku sorang je baru tahu ada,depa yg lain tahu lama dah..dasar noob) mampuih,rambang mata! the shoes are damn affordable and cantik and berkuality i tell yuh!

dan ada saiz sampai 11US..merasa la kaki gajah nak pakai kasut cantik dan comel kan...bahahahahah!


sebenarnya nak ambil satu kasut je,the Purple Camelia,by Lower east side (right box) retailing at RM83,tapi ada 50% off..Then terjumpa plak the gold cassidy by Brash, retailing RM69 andddddd 20% off..miahahahah! (pembelian kasut adalah atas restu suami,tapi tanya satu belinya 2,peace abang,love u many many more..hahahah)

i am one happy camper :D

lagi satu discovery yg memeranjatkan..

Ziyad can recite ayatul qursi in full..just found out yesterday mas anak tido..sebelum tido saya selalu ajar alfatihah,al ikhlas dan annas..tak pernah ajar dia ayat qursi pun. Pasal saya rasa.."alaaa kecik lagi..masakan boleh menghafaz ayat begitu panjang"

ye,ibu bapa seperti saya selalu merendahkan kebolehan dan keupayaan otak a soon to be 4 yr old kid.

and he did recite ayatul qursi really well..terperanjat juga sebenarnya.Rupanya all this while husband yang ajar dia rupanya.

saya boleh hafaz ayatul qursi masa darjah 1 atau 2 macam tu,babah saya ajar saya pasal i always had trouble sleeping masa tu...heeee

budak-budak macam Ziyyad,hatinya kudus,tiada dosa. Apa yang kita perkatakan akan diserap.Yang baik tak baiks semua sedut sama rata je. Ajar baik,baiklah tangkapannya..ajar yg bukan-bukan..bukan-bukanlah hasilnya.

p/s:never underestimate a child's potential or..their ability to get into more trouble.hahahahah XD

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

18 June 2012

Birthday cum Father's day brunch




well yes,i cooked..kakak aku tak percaya dowh...hahahaha XD ,well kaknaz i did cook at home,kat rumah mama je jadi sous-chef je kalau kat rumah mama i.e potong bawang,siang udang,basuh sayur...hahahah XD

masak nasi lemak,dan juga bergedil daging..bergedil tu ada orang teringin makan.Nama dia en.anas..hahaha


family saya sebelah penang,meraikan pengantin baru juga. Ju and Jat (Ju is in lime tudung,jat the person who tries to dance like an ancient egyptian..lolol!)

petang pula,husband nak belanja makan..jadi saya nak makan kek.Hari lahir musti ada kek,tahu?!!


saya nak choc indulgence tapi takde,org SR cadang makan white chocolate hazelnut kot nama dia.. saya kata kat dia "tak sedap,jaga..hari ni birthday saya" so the manager kata "takpe,tak sedap saya bayar.."

nasib sedap ye.. kalau ke SR kek saya selalunya choc indulgence atau choc banana..lain takmau rasa. Ye,saya bukan adventerous bila tiba bab makan.hahahah

Oleh kerana saya dah kecoh pasla birthday,org Sr baik hati decorate plate saya...comel je siap lilin..Nak tahu sapa excited lebih?

Pakcik kecik...dia sibuk nak tiup lilin bagai..

Ziyyad bagi hadiah..hadiahnya ialah..buku counting bears dia,yang dia balut dalam blanket monkey dia..hahahah!Ziyyad ni sangat thoughtful la..tima kasih Ziyyad (mama tahula tu trick last minute..hahaha XD)

Happy Father's day buat Babah saya ,En.Saharudin, buat ayah saya En.Md.Hassan dan Babah Ziyyad,En.Anas  :)

p/s:dah 29 tahun..cepatlah nak baby lagi sorg before hitting 30. Another boy would be awesome :D..nama adik ziyyad dah ada tawu..tanya Ziyyad apa nama adik dia...hahahah XD
{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

01 May 2012

Instagrammers?


Follow me at Instagram : @anasfadilah

hahahahah!sempat promo ok..tak kira..sekarang instagram je saya guna,dulu streamzoo.



Picture taken at Rope Walk,Penang...


Ziyyad and Safiyya,picture taken at Parit Buntar

some of the pic on my instagram. Saya android user.Tangkap gambar guna my old trusty samsung galaxy s (the first samsung galaxy s..nenek moyang segala galaxy s)

saya rasa filter di instagram so-so je..tapi oklah..yang buat tak best ialah gambar panning dah ok,sekali upload instagram kena crop eh.tapi takpelah..nak jadi hipster kena tabah XD (saya tak pernah tengok apps ini di iphone,jadi saya tak tahu sangat apa yang lebih apa yang kurang)

tapi saya tak bergantung harap pada instagram filter saja,ada saya guna apps lain baru upload di instagram such as PixlrOMatic,Photo Art, Pics Art 

android ke iphone ke,bergantunglah pada individu..saya bergantung pada duit.hahahahah XD

ada duit lebih,belilah iphone..takde duit sangat,pakailah android as android ni byk phone guna os dia.

p/s: safiyya tu comel je senyum dia,sepesen je :)


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

24 March 2012

Dinosaurs.

When i was kid, im really inti dinosaurs.Dalam darjah 5 and 6 macam tu tak silap.

Masa tu saya duduk johor,oleh kerana minat,saya ada kumpul magazine Dinosaurs by Orbis play and learn. 


this is exactly the magazine that i once collected. Siap ada 3D glasses lagi.Awesome childhood memories. And also,in every issues akan bagi satu glow in dark Trex punya bones. U have to collect em all,to build your own trex.

bila dah besar ni,dah jadi mak orang pun..i want Ziyyad to know juga all baout dinosaurs. Well yes beside trucks,aeroplane semua tu..heee


Well,these is some of Ziyyad things to learn alla bout Dinosaurs,a book and some dinosaurs figures. Sambil tunjuk bentuk bentuk dinosaurs tu semua,kita cari dalam buku bila zaman dia tinggal,apa dia makan,dan tentulah apa nama dinosaur tu.

Nampak tak little flashlight with triceratops tu,tu sebenarnya macam shadow play,malam-malam,gelapkan bilik,buka la torchlight tu,nanti it cast the shadow of the triceratops.Kinda cool. I bought it a Jusco for RM20 if not mistake. Ada dino lain gak,kita boleh cabut dan pasang kat depan torchlight tu.


Nilah rupanya Dinosaur Torch dalam pakej asal.

The first time i saw this thing kat tempat permainan tu,teruja abes.hahahaha. Biasalah,dalam soal ini,mak je yang hover.hahahahaha! XD

Maybe next kita boleh belajar pasal planet pulak kan Ziyyad,boleh la mama beli Planet torch plak...hahahaha!

Learning should be fun,both parents and kids :D

p/s: yang tak bestnya,while he was playing with his little dino figurines dan meyepah,saya terpijak tanduk triceratops,adalah rage! tahu tak..huhuhuhuh


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

27 February 2012

Mindef.

Sabtu yang berkualiti.time was spend rather wisely.

hatta berjalan tengah panas sekalipun,adalah mengembirakan bila bersama yang tersayang (minus all the crankiness "nak airrrr....panasss la" frm yrs truly and Ziyyad la sapa lagi)

lepas sarapan (rather late breakfast,saya dah bedal nasi kandaq,lapaq punya pasai) di restran kayu belakang vistana,i said to husband

"jom,jalan pi tanjung...kita pi ronda" (tanjung tu town la sayang sayang sekalian)

kebetulan sampai di padang kota ada pameran mindef...










memang selalu niat nak bawa Ziyyad tengok bomba dari dekat,kebetulan rumah kami mmg dekat dengan balai bomba bayan baru tu...

akhirnya dapat juga naik,dan merasai pengalaman berada di dalam kereta bomba (eh,ni Ziyyad ke maknya yang naik kereta bomba ni...)

ada wartawan juga ambil gambar Ziyyad,suratkhabar NSTP katanya...kalau kot keluar paper,mai la habaq kat kami na.Terima kasih oxoxox

p/s: keseronokan percuma,keriangan yang priceless



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

21 February 2012

Melancong bersama Ziyyad

Disastrous or it will be a joy ride?

Travelling with kids or a kid,will it be fun? budak semua umur bawah 5...yang kalau tak di "ikat" dalam stroller akan lari bertempiaran macam ayam putus kepala..

tak boleh imagine la  how...if travel dalam negara je rasanya boleh lagi kot,but what if travelling ke negara orang?

pernah berbincang hal ini dengan suami,katanya kalau nak melancong baik luar atau dalam negara biarlah Ziyyad faham dan boleh recall apa jadi masa melancong

saya masih ingat masa tu umo saya 4 tahun kot,mama dan babah bawa kami pergi melancong ke lake toba..saya masih ingat suasana...walaupun tak berapa detail.

but still...saya tahu,saya dah pernah pegi lake toba walaupun masih kecil dan kenit XD

this year Ziyyad will be 4...kalau ada rezeki,InsyaAllah (doakan saya please) kami akan pergi melancong.

tapi kalau boleh saya tak mahu berangkut stroller mak nenek bagai (that peg is berat for travelling..nak beli umbrella stroller semata-mata nak travel..kem salamlah..mampuih tak beli.I still remeber kena angkut peg sebelah tangan,sebelah tangan lagi kendong Ziyyad when he was a year older,naik fireflyz,ground attendant said takde sapa nak bawakkan naik flight...lepastu tangan rasa nak patah...sebelah tangan angkut peg,bayangkan..serem!)

tapi the thoughts,Ziyyad is not in his stroller sangat mencuakkan...will he behave?will he not run around like headless chicken? menakutkannnn!

korang ada idea/cadangan/atau apa-apa pendapat...tolong beri tunjuk ajar...i badly need it.

kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih..eh. XD


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

11 January 2012

PASTI


Ziyyad dah besar,dia dah pegi sekolah

*cries*

he was excited telling me stories on his first day of school

*cry again*

roll me in another baby!!

p/s: sape sape nak amek tutorial saya letak di blog,silakan...letak link back ja,tak letak pun hangpa punya pasai la.saya kira sedekah je.harap ilmu saya yg tak seberapa tu berguna pada hangpa sekalian.kalau kata hangpa buat juai,jangan lupa sedekah sikit pada org yg lebih memerlukan...eh eh XD


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

02 January 2012

He is gonna be 4 tis year.




Isn't he a big boy now, *sobs,cries* 

eh takde pertandingan anak comel naik pocket bike ke?nak masuk ni?trolololol XD

apa pun this year Ziyyad will be going to preschool,tapi pergi tadika PASTI ajelah, RM45 a month. Tupun babah dia cadangkan hantar sejam je pagi..belajar tulis-tulis,baca doa semua. Lepastu hantar rumah pengasuh balik. Nasib la waktu kerja babahnya flexible.

Doa yang dah dihafaz Ziyyad Alfatihah,doa makan,doa tido. Zikir biasa tu bolehlah.Bila kenyang cakap Alhamdulillah...macam tu lah. Ambil wudhu pun dah tahu tertib,hari tu he corrected while i was warded due to appendicitis,asking why air tak diratakan kat tangan.My hand was dripped thus making the air wudu tak sampai...budak-budak baya dia memang macam spongebob.Serap aje semuanya.

Year 2013 barulah nak hantar dia ke preschool yang lebih serius.InsyaAllah :)

Harapan mama macam biasa la Ziyyad,

Jadi anak yang soleh,yang berguna pada agama.Menjadi anak yang cerdas dan cergas selalu,taat perintah Allah dan Rasul.Baik pada kedua ibu bapa. kalau mama dah tua jangan campak rumah org tua tua XD

p/s: i will be on Mc till Wednesday. what a way to start my 2012 ye..heeee


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

16 December 2011

Karangan Cuti Sekolah



Semalam Nenek dan Atuk saya mai dari KL.Saya sangat seronok!Memang hari-hari saya harap nenek dan atuk datang Penang.

Hari dimulakan dengan sarapan pagi di Kayu Nasi Kandar di belakang vistana.Favorite place atuk and nenek for their teh ais.Saya pun suka makan roti canai sini.
Lepas sarapan pagi,nenek and atuk ajak pergi naik bukit bendera.Mama saya tak pernah bawa pun pergi bukit bendera. 

Bukit Bendera new train. It is fast,ada aircond boleh naik ramai orang :)

Tiket untuk budak kecik macam saya RM4,Nenek and atuk masing-masing RM4 juga Mama je RM8. Warga tempatan make sure tunjuk kad pengenalan ye :)

Saya,nenek dan atuk.


Mama kata dulu masa dia kecik pun dia ambil gambar disini juga. Mama kata lagi sinilah tempat femes nak bergambar.

i am a kid,and i am always curious like a cat.

"macam mana agaknya nak bawak balik train ni letak kat rumah"

Saya dan nenek!

Sini ada kanopi walk,tapi canopy walk dah usang,jadi telah ditutup.

saya dan atuk! saya manja.walaupun dah besar dan berat atuk masih dukung saya lagi.

sini juga ada buggy ride.RM30. bawa pusing pusing bukit bendera tengok rumah-rumah lama.
Jalan-jalan penang memang menyeronokkan. :)


Nukilan intrepretasi Mama,Idea Ziyyad :D


p/s:karangan malas.hahahahaha XD

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

07 November 2011

Ziyyad.


this happen in 1 same night


scene 1

Ziyyad came in my sewing room as i was busy sewing nursing covers. He covered his mouth with his hand,and another hand like holding something according his imagination

Ziyyad: Pssssss....psssssss. Mama!tutup mulut cepat!
Mama: kenapa pula?
Ziyyad:Ziyyad tengah sembuq nyamuk ni,banyak asap! pssssss psssss

scene 2

Ziyyad came in my sewing room as i was busy sewing nursing covers (again,eventually he is getting bored if i dont teman him watching tv). Again,he covered his mouth with his hand,and another hand like holding something according his imagination

Ziyyad: Zrengggg zrenggggg.. Mama!angkat kaki cepat!
Mama: apa pulak kalini encik,tadi encik kan dah sembuq nyamuk area saya ni
Ziyyad: saya tengah potong rumput ni encik mama. zreng zrenggg
Mama: -_-" ye baiklah..
Ziyyad: ok siap.satu ringgit encik mama
Mama: nah! *hand him imaginary duit*

scene 3

Ziyyad came again,now he doesnt have any imginary pemotong rumput or penyembuq asap aedes,instead he looks rather sad. And i am still sewing

Ziyyad: mama...jomlah teman Ziyyad tengok tv.Ziyyad sunyi lah
Mama: sat la sayang,sat lagi mama teman la..satu jer lagi ni (actually there was a few NCs need to be sewn)
Ziyyad: *hug hismother so ever tightly* stop la mama jahit...jom la teman Ziyyad tengok tv.
Mama: ok lah...ok lah

eventually saya berhenti sekejap menjahit dan teman dia.kesian la anak mama ni,siang malam kerja ye Ziyyad.

p/s:semua rahsia Allah.Kita jangan putus asa. :)



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

12 October 2011

Chomel Folover Clutch - Update


 ( the Pink polka with peacock feathers has been booked...)

in between melayan kerenah Ziyyad semalam,i managed to sew these Chomels. But still tak sipa sebenarnya,rivet and button belum pasang.engah malam mengetuk sana-sana ada yang maki empunya diri ni..hahahaha XD

Masa di bahagikan sewajarnya,ada untuk jahit,ada untuk suami dan ada untuk Ziyyad

Kadang-kadang rasa nak marah Ziyyad every time i was busy sewing,dia datang mengendeng...tapi mana boleh marah dia,dia nak hak masa dia dengan saya...

Jadi dengan muka senyum aje melayan kerenah dia...saya pun pelik dengan diri sendiri semalam,i was happily sewing and layan kan Ziyyad (husbad was away ada hal)

hasil jahitan lebih kemas,kalau kita happy...itu yang sayadapat semalam. Kalau jahit memarah sana sini,mesti ada je jahitan silap dan kena buka dan jahit bali...annoying tau kena buka jahitan balik

I am "sew" happy!!

so tell me what kind of pattern you would like to see as a clutch (and would probably buy ke nanti..eheh) ,burung-burung ke?abstract ke?flowery ke?simple ke?dots ke? 

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

28 September 2011

Ziyyad,train dan bangladeshi





hari tu balik KL,sempat kami bawa Ziyyad naik komuter,dari Kepong sentral ke KL sentral dan patah balik XD


Ziyyad was super excited masa tunggu train...mata diabersinar-sinar..it was so funny to see him like that..hahaha




masa pergi kl sentral,he was sitting quietly,still fascinate dengan train,time nak balik dah tak reti duduk diam..

saya duduk pada mulanya,tapi bangun untuk berikan tempat duduk saya pada pasangan warga tua,Ziyyad being peniru dan saja cari alasan utk bangun turut berdiri dengan saya

masa tengah berdiri,i asked him to duduk supaya bila train brek,dia tak jatuh (well u know inertia semua tu kan..gugel inertia please kalau nak tahu lebih lanjut) ,dia duduk sebelah warga bangladesh

lelaki bangladesh tu,bukan main suka Ziyyad duduk sebelah dia..ajak bersembang la,siap peluk peluk Ziyyad lagi,rindu mungkin pada anaknya disana..who knows kan?

mesti korang kata "eiii Ziyyad kena peluk bangla...eeeiii busuk!"

kenapa eh..bangla bukan manusia ke?kenapa kena double standard..kenapa kalau bangla mesti busuk..ntah-ntah dia lebih wangi dari kita?

bukan bangla je selalu kena malah nepal,indon,vietnamese pun selalu kita double standard kan diorang..apa mulia sangat ke melayu? (aku melayu lah,bangsa lain aku tak selidik plak penerimaan depa terhadap warga asing ni)

Ziyyad anak kecil yang meniru lagak orang dewasa sekelilingnya,bila aku bangun untuk memberikan tempat duduk untuk pasangan warga tua dan orang sakit,dia turut bangkit dan memberikan tempat duduknya.

dan beli kita kata "eiii busuk la kena peluk dengan bangla" what do u expect tindakan dia?

baru sebentar tadi membaca twit dari sepupu yang kini berada di Egypt untuk meneruskan pembelajaran,dia di harass oleh seorang Arab,yang tidak sukakan Malaysian..sedih kan?

jadi layanla orang sekeliling anda dengan hormat,seperti mana kita mau dihormati begitulah jua org lain...lain kalau dia kurang hajaq sangat.hahahhaha XD

kita sama-sama manusia di bumi tuhan...


p/s:tak perlu la kerek sangat dengan benda duniawi awak tu,dalam kubur bawak kain kapan dengan amalan je.eheh