Search This Blog

Showing posts with label merepeks. Show all posts
Showing posts with label merepeks. Show all posts

29 February 2012

To my dear customers

Kehadapan;

Pelanggan kedai Chomel yang chomel chomel belaka

saya,tuan kedai amatlah kecewa dengan diri sendiri kebelakangan ini. Sejak bekerja di lab saya sekarang,masa saya semakin tiada (walhal Allah kasik 24 jam)

balik kerja sudahlah penat,tanggungjawab menjadi ibu dan isteri paling utama,baru urusan kedai dapat saya laksanakan selepas itu

saya sedar,dan amat mengetahui akan urusan membalas email anda semua amatlah perlahan,kerana di lab/ofis saya tidak menghadap kmputer seperti pekerja biasa.

adapun begitu,saya berusaha menjawap semua email anda semua yang amat saya sayangi di waktu malam,saya sedar ini adalah tidak elok untuk perniagaan saya

kesabaran anda semua dalam menunggu balasan email dari saya amat amatlah saya hargai

saya amat sedih kerana tidak dapat membalas email anda semua pronto seperti dulu.ada je email masuk,zuupp balas terus.

apa apa pun jangan bosan ye dengan saya,saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik,dan memperbaiki mana yang kurang (banyak wehh nak baiki)

terima kasih kerana sudi baca.

pecah kaca pecah gelas
sudah baca,tak perlu balas XD

Yang sedar diri,

tokey Chomel. 
 

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

07 September 2011

kadang-kadang


kadang-kadang,kita teringin nak sesuatu....macam handbag berjenama ke,kuali mahal ke,kasut mahal ke..

tapi biasanya (org biasa macam saya la,org kaya tak lah...org kaya duit byk anytime beli je) kita dahulukan keperluan orang lain..keperluan anak-anak biasanya

macam babah saya,dari dulu dia nak jam rolex,tapi dek kerana pikir kan anak-anak,dia tak beli..kerana anak-anak lebih penting,dan jam rolex tu lain tahun la beli

tapi babah still tak beli-beli waima dah pencen beberapa tahu,pasal duitnya dia simpan bawa melancong aje ngan mama saya..seronok kan? (time pencen ni la nak berdua,anak-anak dah besau ye dak)

semua orang ada keinginan...teringin nak pakai beg designer misalnya..teringin set pinggan mangkuk noritake ke,nak pegi melancong ke...keinginan berbeza-beza antara kita manusia kan..

ada yang simpan duit sikit-sikit..lepas tolak semua keperluan macam takaful,education fund,bills etc...simpan sikit-sikit untuk membeli keinginan

hee...saya pun ada keinginan..tolak sana tolak sini,ada la dapat sikit hasil usaha menjahit.heee

:)

p/s:korang da teringin nak membeli apa-apa tak?ke aku sorang je rasa mcm ni?hahaha




17 June 2011

28!


28 ...

anak baru sorang..

sebelum hitting 30 nak tambah lagi sorang InsyaAllah

terima kasih tuhan beri aku sambung nyawa untuk setahun lagi

terima kasih tuhan untuk segalanya :)


p/s: hari ini birthday saya...esok mungkin kena keje..well wat to do..takde plan apa pun.kita celebrate dengan kondom berkotak-kotak tu je lah nanti

p/p/s:aku keje testing lab condom.. tu pasal dgn kondom ada paham semua?bagus :)


03 June 2011

Rumusan minggu ini


1.Ziyyad has been hospitalised last week due to infection in his intestines,demam panas and muntah muntah,tapi Dr kata memang musim,Ziyyad ok sikit yang lain banyak jangkitan kuman..tapi budak-budak,nama je sakit...dengan dripped dengan tiang dripped tu juga di anak berlari kehulur kehilir nak berlari macam apa je..kita yg risau duk ikut kehulu ke hiliaq..gugugugu

2.Ziyyad dah sembuh semua,hari Isnin dah kuar spital,anak pengasuh pula dudduk spital tak keluar lagi.Deman panas dekat 40oC tapi dr still tak tau punca,anak dia ada di GH penang..Seeing how privileged my kid yg dapat gi spital swasta,aku insaf doe..masuk wad paed GH hati aku sayu..budak sekolah rendah duk satu wad dengan baby..sakit bercampur-campur duduk wad sekali...it is heart wrenching seeing baby dengan tiub kat hidung semua...huhuhuh

marilah kita apply medicard prubsn...eheh iklan.i know bukan semua boleh bayar tapi kalau ada duit sikit tu labur la kat takaful macam ni. :)

3. Husband la sekarang jaga Ziyyad kat rumah as saya susah nak dapat cuti..so yeah..I thank u husband for the time and effort. kemungkinan minggu depan pun husband will continue jaga ziyyad. Semalam dia pi keje sat angkut pi sekali dengan Ziyyad...hewhewhew

4.Lately time lunch saya suka merempit ngan moto kawan kerja saya...hahahaha!pi makan cuq cicah kat chowrasta.hehehe...im glad that i have some friends i can hang out with..sometime lepas balik keje lepak queensbay...memandangkan rumah satu jalan,jadi detour la sat ke queensbay.hee

5.pasal adinda evans?hmm malaih nak cerita.doa semoga tiada kita ada keturunan kita jadi macam tu..doa banyak-banyak.Raising kids these days memang mencabar.i raise my concern kat husband masa mengandung..about my fear raising kids these days..Husband said "kita sama-sama jaga,kita doa banyak-banyak kat Allah" memang doa tu tak pernah putus.untuk Allah mengurniakan anak yang soleh dan solehah,taat dan sebagainya..

6.i m having a throbbing headache,kepala macam nak terbelah 2,tapi pegi keje still as boss said i edi cuti banyak..(saya MC bukan cuti suka suki :p )

ok,tu aje,take care peeps :)

p/s:banyak pula org ngandung bulan ni,congrats ye korang..bila lah aku nak folo suit..huhuhu



30 April 2011

Dengar cerita....


ini cerita kakak nasi lemak feveret saya. nasi lemak dia memang best pasal sambal dia superb

kakak ini berniaga nasi lemak pagi-pagi sampai la tengah hari,dengar cerita dia juga buat bisnes jual henpon semua,waallahualam..yang pasti dia berniaga nasi lemak

dengar cerita dia dah janda,suami dia ceraikan dia.talak berapa dont ask..saya pun tak tahu

orang cerita,kakak ni berniaga kuat sangat,sampai lupa suami semua. itu orang cerita...

baru-baru ni husband berkesempatan beli nasi lemak kat dia,dan bertegur sapa dengan dia,kakak ni cerita.Ini cerita kakak tu sendiri

"dia tu keluar dengan janda sana janda sini..saya bagi duit suruh bayar rumah,dia tak bayar sampai rumah nak kena tarik..dia buat hal kenapa saya nak tanggung?"

kesian kakak ni,penat cari duit. kononnya nak tolong suami ringan kan beban,buat jual nasi lemak sikit kot boleh bayar rumah,ke bayar duit bil ke,sekali suami dia sapu belanja perempuan lain

mahu ke tak hangin..kesian kakak tu.

nanti kita dengar cerita suami dia plak...boleh gitu?

p/s:saya selalu terbaca MLMers ,yang perempuan dah kawen...selalunya suami tak support dia dari awal,jadinya dia kena susah payah sendiri..balik malam semua. sekarang dah berjaya la pasal tu cerita waktu jaman "susah"..aku tengok takdelah susah pon,selalu je makan-makan kat pavi gak,beli henbeg mahal gak..eh,bukan itu maksud aku,suami tak pernah pun minta kita susahkan diri sendiri,sendiri yang nak buatkan?tapi tulah,suami tolong support isteri kalau dia nak buat benda elok ye :D . yg isteri jgn la aibkan suami plak,kalau time dia tak support tu,ada la tu sebab dia.eh..padai plak aku,baik aku jaga rumahtangga sendiri je.lantak la korang....boleh gitu XD





05 March 2011

MA ,ma LAS, las MALAS

maaf sangat pada ynag bertanya pasal fabric id tu,saya tak jawap lagi

penat sangat balik keerja tak sempat nak jawap komen korang

kat lab pun mana nak ada masa tgk internet

hari tu balik kerja terus suami bawa pegi urut thai area queensbay

lega badan saya ni,segala lenguh ni hilang

tima kasih abg

birthday nak dekat dah, 9/3 ...tapi hadiah dah beli tu ari

hehheh

meja laptop ikea,ok pe :D

love u long time :D








12 January 2011

adik beradik


ye, aku akan marah

ye, aku akan melenting

ye,aku akan emo

kalau ada orang kutuk adik beradik aku

melainkan kau yang takde rasa sayang kat adik beradik

atau ko mungkin takde adik beradik langsung

kesian kat kau





p/s:merepek kerepek pasal mengantuk,boleh? Eh apron cantik-cantik bawah tu,takde yg berkenan ke u oll, :)


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by
Chomel}

18 December 2010

bosan

i went for penang career exhibitions kat PISA

i walk around aimlessly..ada la deposit resume seketul dua,tapi ntah..pandang kiri engineering pandang kanan engineering..

setengah jam menyemak kat situ,aku blah terus..dah la kepala berdengung tambah selesema,apa orang cakap pun aku tak dengar,and i have to kinda menjerit sikit bila cakap.

so sesapa ada degree dalam engineering pergilah carik kerja kat sana,mana tau kor rezeki hangpa ada ka apa ka

mami pusing-pusing kasi penin ja duk dalam pisa tu

dah la aku malas nak merepek,kepala aku sakit ni,Nurofen dah habis,hafta to stock up ni

p/s: dulu saya ada kawan dgn seorang gay,dia dulu anak imam..dia ada tanya saya ubat apa nak jadikan rambut cantik lebat macam perempuan,saya kata pada dia, "ko telan ubat apanye nok, ko pakai rambut palsu je sudah" dengan pondan pun saya berkawan..mereka ni baik tapi mulut tu aje aku tak koser nak layan,setakat kena sundal dgn depa ni alah bisa tegal biasa.

one of my pondan fren cikgu sekarang,dah tak pondan dah...

and the pondan always offer me bila kat Watson "pompuan,ko beli satu dapat free satu lipstick ni,aku amek satu..kita bayar la 50-50,boleyh?" hahaha...seronok shopping barang mekap dgn depa ni,dapat khidmat nasihat percuma yg ikhlas pada SA kat situ..

dulu aku kutuk gak depa ni,last-last satu course siap jadi kawan lagik,nyah,nyampahss tak koser nak layan.

p/s:aku nak join haiO dapat income riban-riban,nak start macam mana,bape ribu kena ada eh?



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}

09 December 2010

bukan nak kata,tapi tengoklah sendiri





sekali tengok macam budak-budak kat timesquare pun ada



suami Maizawati vs tokio hotel singer



source:blogserius, ohBulan

p/s: haip!haip! jangan komen lebih-lebih...hahaha. suami muda u jangan jeles


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}

16 November 2010

uncle attention seekers

first : i never like this dude,cerita cari hantu dia tu macam menipu je,pernah dia di interview seorang mat saleh cari hantu juga dia translate pontianak jadi bitch dan mat saleh tu betulkan "oh,u mean banshee?" ceh malu je.

second : why on earth baru sekarang kau nak cerita keburukan bekas permaisuri agong? apa tujuan? buka aib orang kat dunia,esok Allah bukak aib kat akhirat

third : kalau korang tengok rupa uncle tu lah kan,korang nak percaya ke cakap dia? ada certain orang kita tengok muka pun kita tau tak boleh percaya,macam muka as mizal tulah..eheh.kesitu plak,opps.

fourth : congrats Ana Raffali dapat masuk final muzik-muzik degan lagu Tolong Ingatkan Aku. suka dengar liriknya :). and tahniah to the rest too

fifth : dah pegi buat kerja,apa melangut kat sini lama-lama..ahahaha

p/s: dulu saya suka gelang india,yang stacking stacking tu..dulu saya ada warna shocking pink and warna hijau merak,ntah kemana ntah perginya.

p/p/s: or maybe dia sudah kena mandrem ke mana nak tau? u know he knows all this jin and hantu setan..eheh speku ye,haip!haip!

22 October 2010

dila's drama

i was awake at 3 am semalam,i was so mad thirsty...bancuh air sarsi boleh tak?bukannya nak minum air masak ke apa kan?gigih!

lepas dah minum tu i look at my phone..alamak! habis bateri plak,so masuk bilik jahit and plug in my phone,dah buka semua sempat tengok email and twitter..bahaha..pukul 3 pagi sape yang nak twit lagi ntah...

tiba-tiba i heard something,macam bunyi besi of some sort

"krekk kek kreekkkk kek"

bunyi dia tak kuat sangat,tapi slow and steady je

first di kepala otak ialah somebody was trying to break into our home,so saya capai my largest gunting kain,and walk slowly to check it out (wohh drama i tell u)

dalam kepala dah fikir if betul ada orang masuk nak je rodok dengan gunting ni..so i checked all the windows,grills and pintu, i even tiptoed...gila apakah aku ini di pagi buta.

tiba-tiba guruh kau siap kilat,sumpah macam dalam cerita horror movie plak..i put back my scissor dalam bilik tempat tidak dicapai oleh Ziyyad,dan masuk tido balik..

lepas tu kat dalam toilet plak tiba-tiba buny air dari bidet terbuka...i was like.."alamak...hantu ke?"

dah la kilat sabung menyabung kat luar dengan dentuman guruh plak tu..

tapi masih duduk keras terpaku atas katil,makin lama air makin kuat...i braved myself dan cek toilet..

paip pecahhh! bunyi kreeek kek krekkk tu rupanya water pressure yang sangat kuat dan memecahkan paip...boleh?

bongok tak drama pukul 3 pagi saya?

so i asked husband to turn it off ,habis basah seluar husband saya..habis cerita.

sekian,terima kasih.

p/s: drama kan?kan?kan?

07 October 2010

marketing

saya ada banyak benda dalam kepala otak.

nak buat marketing tapi muka saya tak berapa tebal.

saya harap saya berjaya lalui fasa ini.

ok,saya nak balik dan fikir proposal.

toodles :)

p/s: u guys take care k

05 October 2010

How to kinda link ur blog to twitter

yaknowwhatimmasayin?

bajet jay-Z..wahahah.

ok,so how to link ut recent post automaticaly to twitter for blogspot user..really simple,mula-mula bayar RM2 ke paypal saya,baru saya kasitau..hahaha.ok serius sikit cikgu dila.

ehemmmehemmmm *clears throat*

mula-mula ada mesti ada a/c twitter,dah ada?bagus,pergi follow saya sekarang,sesiapa boleh follow. bagi sesiapa yang saya tak approve Fb add friend saya,maka digalakkan follow twitter saja,Fb is too personal bagi saya,pasal banyak sedara mara sanak saudara,ada certain thing i keep it to myself too u know. :D

dah setup a/c twiiter,dan ada blog?bagus..so how to lure ur victim to read ur blog.

pergi ke Twitterfeed .

register,dan add ur blog link. dengan twitterfeed anda boleh link recent entry post anda ke twitter dan juga Fb (Sape ada fanpage,bagus juga..ada blogshop semua ke apa kan..)

use this link to find ur RSS Feed link

mudah saja kan?

so itu saja,kelas blogger 101 dari Cikgu Dila,semoga dengan adanya ilmu sikit ni dapat beri manfaat pada semua :)

sebarang pertanyaan lanjut boleh tanya di twitter saya untuk mendapatkan feedback cepat dan tuntas,InsyaAllah :)

Sekian.


p/s: macam mana ye gaya saya kalau betul2 jadi cikgu?hmmm

04 October 2010

tungku dan marlboro

hari tu hajat di hati nak mengurut dan bertungku,jadi saya berjumpa dengan satu tukang urut yang terkenal kat kampung ni

tok ni memang dia urut orang lepas bersalin,siap tungku semua,sejak lahirkan Ziyyad saya tak pernah bertungku,pasal saya bersalin operate.

jadinya tok ni cek lah saya punya perut,ditekan-tekan bawah perut..dan dia kata "ni angin banyak ni,berketui-ketui..kena tungku urut 3 hari baru elok...memang besa kalau orang operate jadi lagu ni"

dia kata lagi " kalau operate,perut memang susah nak turun,kalau tungku urut boleh la kot turun sikit,ni peranakan hang pun jatuh duk bawah bukan atas"

dan lagi dia berkata "anak tok pandai jaga badan,seminggu sekali mesti bertungku " (if my mom a spa owner also my badan is cantik and hot like stpehanie liah ok makcik..dalam hati ku berkata-kata)

dan berkata-kata lagi untuk sekian kalinya tok ni "kalau tak urut ni susah nak ada anak lagi.."

so saya pun so eager beaver to book a slot mengurut,and u know what she said

"hang tepon dulu,tok penuh dah minggu ni,isnin lagi satu hang try tepon"

is like,tok ku sayang,cant u just booked me next monday?dont u have a record book or something to write in my name..nak calling calling tanya bile free bila tak..leceh la...dah la nak kena urut 3 hari berderet,so how?

rasa eager dah turun 50% dah,benda leceh-leceh remeh yang tak sepatutnya membebankan minda ok.

dan duk sibuk tok bercerita pasai kena jaga peranakan semua,tok mencapai kotak rokok malrboro nya,dan menyalakan sebatang rokok...berkepui-kepui asap rokok..

habis sihat la serviks aku macam ni gayanya

p/s: agak-agak tok nak tau cerita pasal kancer serviks dari saya tak?ahahaha!orang muda duk diam-diam,jangan banyak bantah..angguk angguk geleng geleng,bantah dalam hati diam-diam sudeyh.hahahah

18 September 2010

kedai beg jurulatih

remember this post

hari tu balik KL, saya beranikan diri masuk butik jurulatih,kat OU (je punnn,nak gi pavi rasa macam out of place plak,nak gi bukit bintang...lagilah..KLCC,is just not my playground,playground acik hanyalah di ikea dan daiso,bahahaha)

so memula macam segan duk bagan,tapi beranikan diri dengan confidentenya masuk dan buat-buat tahu.

the SA ada yg nice dan ada yg layan macam "kau-ni-dari-kampung-mana?" so biarlah,saya asal dari kampung sg penchala,ada masalah?deal with it.

so yeah,i was eying the alexandra range...do want because the beg name is alexandra,my nick dedulu...so sangatlah nak dan macam versatile,3 style in one bag.

so ada tanya SA tu ada tak dalam multi plum,dia kata "takdelah kak"..,..cakap bahasa malaysia je,nama pun satu malaysia,tak tau cakap bahasa malaysia memang saja la kan..tak kuasa ah speaking-speaking ni (some us thought masuk butik high end kita kena cakap english to appear classy or something i didnt even bother to know,kalau selesa berbahasa malaysia,go on,tak siapa marah.. duit tak de nak masuk? masuk jer lah nak beli tak beli belakang kira,always think this "saya customer layan saya,NOW!" wah diva gitewww awww...bahahha)

so yeah,saya masuk butik jurulatih tu ada la ulang tiga kali kot,nak tengok saiz si alexandra ni,just nice la the saiz..the leather are nice,tapi sateen pun ok juga..tapi harga dia,better u buy it oversea,murah dalam 4 atau 5 ratus macam tu termasuk postage...butik nak bayar sewa semua,jadi mahalnya berganda.


saya beli ke tak?tak pun kat butik tu...tengok kelaur masuk je...muka tebal tak tebal ada saya peduli?biarlah...saya kan customer :P

p/s:baru butik jurulatih,kecoww la kau nehh.hahahha

06 September 2010

iklan raya TV3 yg ada star of david!

IGT!

saya tak tau lah kenapa ada orang gigh sangat nak interprete iklan raya tv3 2010 sampai satu tahap yang merepek-repek

tapi memang konsepnya tak best langsung pun.macam tak berapa nak menarik. senang cerita tak menarik langsung.




for those yang belum tengok,bleh tengok itupun kalau belum ditarik balik oleh tv3

so mana stars of david tu?

pada gambar ni.

see the water drops,di sinilah En.Kalamul Haqq gigih sangat.

he edited it to this,to prove yang ada bintang david

but i also got time u see.

it cud be this,

or this

or this


memang korang sambung je lah dot-to-dot macam dalam buku tadika,sambung tetiba jadi bintang,bintang la dia,sambung jadi ayam,ayam lah dia...

sama kes macam isu sejadah dedulu



pandai-pandai je Pak Haji tu kata gambar orang buat seks,walhal aku tak nampak tang mana org buat seks pun..emmm (ke otak aku bersih?...emmm)

terlalu memikirkan benda yang sia-sia membuatkan aku sendiri bodoh sekejap,banyak lagi hal yang lebih besar dari memikirkan beca terbang serupa santa clause.

yang memang sepadan pak haji pakai ketayap tu adalam macam E.T je pun nengokkan



bicyle lebih resemble a beca than a sleigh kan? mungkin iklan TV3 tu adalah lebih kepada paranormal activities,they are trying to communicate with us,the martian..hohohohoho. (tak boleh gelak laguni kang kata aku santa klos plak kang,bukan boleh harap)


p/s:IGT = i got time.too much merbahaya juga. suka iklan raya TV3 yang ada adibah noor sebagai pembawa teksi tu :D

segalanya Raya..

orang beli baju raya,karpet raya,sofa raya..kami?

kami beli mop raya masa pergi living apa ntah exhibition kat Pisa last saturday..(ada pameran kalau nak reno rumah ke,refurbished rumah ke nak decorate rumah ke..) the mop cost us RM50..tapi macam jakun sket masa penjual tu bagi penerangan..teruja lantas beli sebatang.

the reason beli mop magic tu kerana,lately Ziyyad suka muntah malam,dia batuk-batuk lepas tu nanti dia paksa diri dia muntah,so habis la lantai dengan muntah pekat susu camput dengan makanan yg belum hadam..u get the picture lah kan..

so selalunya saya lah terbongkok-bongkok lap muntah Ziyyad..jadi belilah mop magic yang konon boleh mop sekali dengan rambut ke apa ke kan.

so semalam i put the mop to test at 1am..(ye 1 am ZIyyad muntah,gigih gila nak cuba mop magik) , kalini Ziyyad muntah sisa milo kotak+chunks of tidak hadam kentang goreng+dan ayaq liur+jus perut (cuba buka teks biologi,ada jus perut woo)

memang bagus la mop ni,memang dia boleh "angkat" sekali dengan kentang tak hadam tu...cumanya kena beberapa kali mop,baru muntah tu bersih dari lantai..yang penting tak terbongkok-bongkok tengah pagi buta k.

sorrylah gambar takde...lupa lah nak amik..

so lepas ni kalau raya ada bebudak yang tumpahkan air,i am more than happy to mop it all,pasal suka gila ngan mop magik ni...hahaha!(tolong jangan tumpahkan atas karpet,walaupun boleh guna mop juga tapi karpet makcik mahal...perahsannn!!)


p/s: jadi mak budak ni setakat handle tahi dan muntah anak tu alah bisa tegal biasa :) i hope one day Ziyyad juga alah bisa tegal biasa kalau saya tua dan sakit kelak,InsyaAllah.

01 September 2010

Di atas jalan.

1.

kereta saya ada satu saman,pasal speeding 80mph di atas jalan 70mph dan bukan saya yang bawak kereta tu tapi husband saya....tercalar dah rekod bersih kereta comel saya..uhuhuhu..RM300 melayang-layang je...seronok betul! (RM300 boleh beli baju raya anak beranak siap samping okeh)

2.

saya tampal roadtax pagi ni,tapi ada terkoyak sikit masa nak kupil dari kertas tu,akibatnya tak cantek dah roadtax saya kat cermin kereta...tak sukaaa laaa!tak cantik menarik da bomb!

3.

kereta saya dalamnya dah bersih gila,husband tolong clearkan,sampai sunscreen yang boleh lipat-lipat tu pun dibuangnya,katanya "kita pasang tinted yang bagus sikit kasik tak panas"...wah,RM300 baru je melayang-layang,sudah mau pasang tinted baru,takpe abang,it's ur money and it's my car,i am more then happy. terima kasih abang,i love u forever. :P

4.

tapi luar kereta dok sah cerita la,kotor yarabbi,namapun kereta putih...hari tu kan masuk bengkel,ada cap jari mekanik sana sini,dengan hubcab salah satu tayar dah hilang...dengan taik burung...eeeiii kereta sapa ni?! takpe sebelum balik KL hantar servis siap cuci wax okeh!

5.

kereta saya kereta kenari :P


p/s:nak balik kampung bawak kereta? servis kereta jangan lupa! :)

17 August 2010

lost track of time

saya tak tahu hari ini hari apa. yang saya tahu hari silih berganti siang dan malam.

saya dah tulis blog tadi.tapi terhilang pula.

nak retype dah takde moood.

mengantuk ni.baik aje saya tido.

bukan selalu boleh membuta ikut suka.hahahaa.

korang kerja baik-baik jgn byk main. :-)

ps: kukis raya di giant murah dan sedap.
Published with Blogger-droid v1.5.3

30 July 2010

Rawak di Hari Jemaat




1. ikan paus itu ialah Bobby namanya,ini adalah cerita pasal Flapjack seorang budak yang inggal dalam ikan paus tu. All this while im hearing Ziyyad duk kata babi,tapi rupanya bobby, tapi bebudak yang tinggal area umah pengasuh,bila gaduh kata babi,so Ziyyad tot babi tu ialah bobby si ikan paus. i did ask him "Ziyyad,sape bobi?" he selambe je cakap while playing "ikan paus.. ma" , jadi tak boleh salahkan dia,he didnt know babi itu ialah sebebnarnya pig,yang selalu dia duk sebut itu ialah bobby si ikan paus -_-"


2. beberapa hari ni saya asyik memikirkan pasal Monavie..rasa macam nak try,tup-tup 2 hari lepas,husband bawak balik sebotol Monavie Pulse utk kami minum sama-sama katanya " abang beli minuman untuk kesihatan kita, kita minum sama-sama" awwww so sweet,he is like reading my mind..memang selalu jadi macam ni...if i was thinking something,nanti mesti akan husband cakap..lepas tu nanti saya kata"dila baru je fikir tadi abang dah cakap" and he in return "eh,sayang yang tiru abang" -_-"

3.

Ziyyad got a birthday present from Nennek and mama long :), tima kasih ye,Ziyyad suka,tapi maalm semalam dia ambil magicpen dan conteng atas board lukis-lukis biru..nasib la tanggal bila cuci ngan air -_-"

4. Hari Ahad ni nak buat makan-makan sempena birthday Ziyyad,family and kak maria aje pun,bua jamuan kecik-kecik saja,private party..cewahh

5.saya jumpa bra size calculator,bagus leh diguna oleh semua perempaun yang bra dah rosak atau besi dah tercabut macam siapa ntah tu..hahahaha

6.saya ingat nak beli buku la nanti,tapi ntah bila la nak baca ye...emmm

p/s:tu saje la kot utk hari ni,semua pic google link ada pada gambar :)