Search This Blog

Showing posts with label erniemo. Show all posts
Showing posts with label erniemo. Show all posts

18 April 2011

Competition


tempat kerja aku sekarang ni susah sikit nak cari makan masakan melayu time lunch,kat bawah opis memang sedia ada kedai mamak.Tapi lalu ke tiap tiap hari nak makan lauk mamak je?

jadinya ada satu astaka (tempat makan,banyak gerai,depa duk utara panggil astaka). Tapi mungkin pasal area tempat aku kerja ni belum membangun sangat,gerai makan ada dua tiga ketul je

ada satu makcik ni buat lauk tengah hari,dia start meniaga kul 11 macam tu,kul 1 aku rehat lunch,lauk semua habis. Korang bayangkan lah,dah la penat keje,gi tempat dia (astaka tu ) kene berjalan agak jauh tak jauh sangat la

sampai-sampai je,semua bekas makanan tinggal kuah.Lauk semua elek pochik.Bayangkan jalan dah jauh,berpanas dengan perut lapar ingat ada mood ke lagi kalau nampak lauk habis

alasan makcik ni "takut lauk tak terjual kalau buat banyak sangat". hello makcik,aku tengok ramai je rehat kul 1, tiap kali datang gerai kau,nasi pun habis.Kesian giler tengok kontraktor yg buat pembinaan area ni datang kedai kau penat-penat hampa, pasal lauk habis

sebelah kedai makcik ni,ada juga kedai makan. tapi dia bukak kul 3 petang macam tu alasannya "tak nak la buka sama-sama" . ini kes jaga hati tak kene gaya. betul tak disangkal niat mulia,tak nak la bersaing jiran sama jiran berniaga. Tapi jiran meniaga kau ni lauk asek habis. Kau bukak jelah makcik gerai kau kul 12, biar makcik sebelah tu berakai sikit.

Bersaing itu elok dalam berniaga, it teach us how to improve our product. bersaing cara elok la,bukan cara gi bomoh dukun tak tentu hala tu.

Kemon la makcik,bersaing je lah..nak takut apa,kalau betul kau punya lauk sedap orang tetap akan datang kedai kau. Tapi kalau lauk ko habis awal je selalu memang la lari customer kau kan,macam aku ni,tak kuasa nak moody moody datang gerai kau hampa lauk habis. dah la lapar,moody plak tu. memang mengundang tsunami jiwa la kan.

dan sekarang kau memang target nak jadi mayor je kat kedai mamak wonderlite bawah opis aku ni,hari-hari check in 4sq kat situ.hahahahha XD

Jadi ingat,if somebody sell the same thing like ur thing,improve ur product make them better.kalau dah tak boleh better kan,improve tang lain,macam customer service ke,apa ke..sendiri la nak pikir,lagi aku nak ajar percuma ke.RM50 suku tau ilmu aku ni.hahaha.matiklah statement

p/s:orang melayu takut bersaing. Aku pernah kene tempik ngan makcik jual nasi lemak kat astaka taman ehsan.macam haramjadah je perangai. nak tau kenapa?pasal aku tak duduk kat kerusi meja kedai dia,aku duduk kat kerusi meja orang jual roti canai,jiran gerai dia. Bongok.aku tetap makan nasi lemak kau ok.tapi dengar cerita,seakrang nasi lemak dia kurang laku,bukan orang bomoh.Tokey dia memang perangai macam syaitan,sapa nak pi beli lagi ntah.


11 March 2011

jumaat u'olls!


satu pesanan aku hari jumaat ni

kalau bos suruh buat kerja,buat aje k..

biar la mula dari bawah sekalipun,jadikan ia yg terbaik

jadi aku,dengan ini

berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi lab technician yang terbaik waima terpaksa start dari bawah

(waima post ini utk dip,so korang bayang la aku dapat gaji diploma aje ye,tak banyak mana)

kalau setahun tak naik gaji kita nyanyi lagu

segera angkat kaki

hahahaha!


p/s:harap boss tak baca ini,ataupun collegue aku y lelainnya...lalala



02 February 2011

syukur


ada orang bila dah dapat duit berkepuk-kepuk,dapat beli barang mahal baru ucap Alhamdulillah...jangan lupa dengan kekayaan lain,seperti kaya kesihatan sebagai contoh :)




p/s: sorry,aku agak mual dengan certain blogs yg hari-hari sibuk bagitau macam cara dapat duit lebih. duit duit duit,memang tak salah.aku je allergik sikit. eh ada sape nak beli lanyard meh la jgn segan-segan.hahahah



13 January 2011

bukan aku nak biadab



aku bukan nak biadab atau kurang ajar,tapi kadang-kadang orang yang kurang ajar dan biadap dengan perasaan aku.

maaf,kalau kita baru kenal mungkin mengajukan soalan "bila nak tambah adik?" tu relevant. Yelah soalan standard bila bertemu orang baru,soalan icebreaker namanya.like "kerja mana" , "dah kawen belum" so it is a standard question kalau kita jumpa orang yang baru kenal

tapi yang menjengkelkan perasaan saya apabila,we know for so long. And sometime you always inject me with the same question every other day, if u are my relative mungkin aku akan daya tahan sabar yang sikit tinggi mengahadapi soalan begini

mungkin aku hanya berseloroh dengan mereka (the relatives) dengan jawapan yang baik dan molek seperti "InsyaAllah ada lah tu nanti" atau "pelan-pelan lah,ada rezeki ada"

tapi yang bukan sedara mara ni,more to say a colleague la contoh, just because u didnt use any prevention and u still have a small baby let say 4 month dan kau dah mengandung,and u want me to follow suit? And the question kadang-kadang macam berbunyi perli atau mungkin aku je rasa macam tu aku tak tau lah...makin lama makin sakit hati aku dengar soalan tu.

selalu aku jawap baik-baik je dan shrug it off, tapi sorry to say,angin semalam tak berapa nak baik. I was SO not it the mood,and aku telah curse kat twitter, kalau orang tahu aku,aku bukan kaki curses. Serius tak. tapi sampai satu tahap,u hit the wrong button on a wrong day,i am not sorry for my action.buat apa nak sorry? memang aku sedar perbuatan aku bukan keadaan lalok ke apa ke.

cara nak stop this qustion kadang-kadang dengan cara macam ni aje,cara kasar.

asek-asek tanya bila ziyyad nak dapat adik,bila ziyyad nak dapat adik,why not u ask god instead? mungkin doa dikabulkan aku mengandung ke apa ke

aku rasa mseua orang tahu nak pregnant bukan macam buat RV cake (aku rasa red velvet tu macam kek mentega cuma kaler merah,i googled it the recipe konon nak buat,tgk apa ingredient yg sedap sangat,tgk resipi,ek eleh macam butter cake je,ok tu citer lain hari)

seriusly sayang,Kalau Allah mengkehendaki sesuatu dia akan beri pada kita,kalau bukan hari ni,mungkin esok atau lusa,sape tahu.

sekarang kita fair,aku terasa kau pun terasa,boleh?

p/s:berapa orang anak perlu ada supaya this question akan stop ditanya kat aku?adu kuota ke? i just want 2 kids. ada lebih,Alhamdulillah <--- see i can be nice u know :)





{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

03 December 2010

Minyak naik lagi!

baca tajuk kat atas macam tora datang lagi!

kalau tak silap,rasanya kakitangan kerajaan baru je dapat RM500,tup-tup gula and minyak naik..it is a tell-tale sign,when 'they' give u money, all barang-barang will kena price hike. it is always like that. Eric Leong kata "Surprise!" hahaha

aduhai,nak buat macam mana,menurut perintah je la kita rakyat marhaen ni,nak tak nak kena juga beli minyak,beli gula. minyak naik for sure semua barang pun akan naik harga.

so the new price are:

*Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram

sumber malaysiakini

hangpa orang kerajaan best la kurang-kurang ada RM500 (kecuali pekerja kerajaan Penang,depa dapa RM800) ,ni hat yang menjana pendapatan dari rumah secara kecil-kecilan ni,apa cenghita?

takpelah,rezeki Allah tu luas,bukan takat duit je rezeki Dia,macam-macam bentuk rezeki lagi ada.

its ok its alright kamon dila fight fight!!

p/s:apa yang nak di fightkan?nak mati kena ISA?tahun depan undi la mana patut. kan la nak ajar,nak kena suap,nak kena brainwashed lagi kot..eheh kesitu plak dia..besa ni dia ni.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}


02 August 2010

Ziyyad 2nd birthday party,well kinda




semalam buat majlis makan-makan sikit untuk birthday Ziyyad.

ajak family and kak maria aje,bukan majlis besar-besar pun,private function...hahahahah

so yeah,saya selebet je pasal nobody to impress pun..still i look radiant (nak muntah pi tempat lain)


ada la jamu mee udang special dari Cik Kathy..heheheh,mak jangan marah aa (Cik Kathy =emak mertua saya paling rock steady sekali) , ima kasih maa for the delicious meeudang...anak hantu mu ini tambah sampai 2 kali..hahaha

pinggan dapat masa kawen tu akhirnya berguna juga..hahahaha


ZIyyad trying to open the gift using his teeth..haih.


habis camuk umah..


yang baju belang-belang tu namanya ayahJat,umo 27 masih single,yang bertudung pokadot purple tu namanya acuAweeen,umo 23 ke kot,tak ingat..juga masih single (sape berkenan mai RM100 baru kasik nombot telepon...hahahahaha)

apa-apa pun semalam memang best bila bersama dengan orang yang close to our heart :)

toddles.

p/s: rasa malas nak berblog pepanjang,juga mlas nak blog hop,malas baca cerita orang perempuan yang saban hari selalu merungut,sana tak kena sini tak kena,sana salah,sini salah..tengok aku pun dah merungut ni,sudahlah.

23 June 2010

*majulah dila utk kedaichomel*




p/s: dalam gambar ada felt luggage tag,nursing clip dan nursing cover. i need to quit my day job,seeing all the colors kat atas, membuatkan hati nak jahit banyak-banyka,suka tengok end product depan mata :)

11 June 2010

*1000 miles*

*love*


Ziyyad sekarang kalau mengamuk,lempaq-lempaq barang

takde barang nak lempaq,dia baring atas lantai atau jalan atau tanah atau rumput ,dalam erti kata lain..ikut dan saja

hari tu mengamuk baring atas lantai lift yang sangat gross

kalau time sweet,memang sangat sweet

akan peluk kita,walau pun tak minta..lari-lari datang pada saya,dan terus peluk

akan kemas semula barang mainan masuk dalam bakul,masuk dalam drawer..susun elok-elok..lepas habis susun siap kata

"ma..dah simpan" and smiling ear to ear

akan lap tangan sendiri pada towel lepas basuh tangan,siap kata kalau tangan kotor

"ma..suh angan " (mama,basuh tangan) while showing his dirty sticky hand.

akan nak pakai bedak pada muka sendiri tiap kali nak keluar rumah..

sudah tahu menyambung lebih dari 2 patah perkataan untuk membentuk ayat

"ma..bum shini" (ma...baring sini) katanya masa ketakutan di kacau jin toncet

"ma..nak baca book kakak shushu" (kakak shushu adalah salah satu cerita pasal seorang perempuan penjual susu)

"ba..nak nek moto beshaq" (ba..nak naik motor besar) ,semalam babanya naikkan Ziyyad kat motor jaguh sape ntah,syok pulak Ziyyad :)

hari tu mengajak Ziyyad untuk solat

mama: Ziyyad jom solat

Ziyyad : olat? jom...jom

jadi saya hamparkan sejadah kecil

Ziyyad :ajid kecik! (masjid kecil, ziyyad kata sejadah itu masjid)

lantas terus mengangkat takbir

Ziyyad: Awahhh aba! (Allahuakbar!)

konsenrate dalam 10 second kemudian lari bermain dnegan traktor nya..agagaga

Ziyyad juga sedang berusaha untuk menyebut Bismillahirramnirahim , bunyi Ziyyad lebih kurang macam ini

Ziyyad : bis la awa him

ini kerana tiap pagi kerumah kak maria,nak drive saya akan baca bismillah secara kuat,dan mengajak Ziyyad ikut sama

dan ada juga CD yusuf islam pemberian mamalong Ziyyad.. :)

dalam CD tu ada lagu bulan-bulan islam,sampai bulan ramadhan je ZIyyad start nyanyi

Ziyyad : Madan! Madan! (sambil senyum gelak sorang sorang dalam carseat)

hari tu ada bersembang dengan baba Ziyyad tentang masa depannya

saya:kita masukkkan ZIyyad sekolah tahfiz mau tak?

en.suami: tak perlu

saya:la kenapa?bukan ke elok

en.suami:sekolah tahfiz menjurus pada satu bidang aje,kita hantar dia sekolah biasa pun ok

saya : ?????

en.suami:biar dia jadi jurutera,jurutera yang islam,dr? dr yang islam...kita perlu lebih banyak profesional islam untuk membantu balik orang Islam sendiri...biar dia ada kepakaran untuk membantu orang Islam... asal kan pekerjaan Ziyyad dapat membantu orang Islam itu kan lebih baik

saya : oooooooooooooo ok ok paham

pemikirang suami adalah lebih global dari saya,yang hanya pentingkan Ziyyad dan bukan orang islam lain...emmm,sekarang sudah paham. bangga plak dapat husband yang berfikiran global ni :P

Ziyyad,mama tahu kamu hanya pinjaman dari Allah,tapi selagi boleh mama akan sayang dan jaga dan didik kamu sebaik-baiknya,InsyaAllah.


p/s:: membaca ceirta ibu yang tak senasib,membuat hati lebih ingat pada-Nya.

09 June 2010

*what's up in 2010*

saya adalah gelabah sikit bulan ini

first time nak join little penang street market

first time submit borang ada sikit dup dap dup dap

dan akhirnya lyndy sangat teruja dengan hasil dari kedaichomel,terus luluskan borang saya

tapinya...

item untuk berjualan adalah masih sikit,like hanya ada couple of bantals,3 lai chomel NC,1 nursing clip..like apakah!!??

lepas tu macam kena pikir macam mana nak bungkus all the items,LPSM said kene green,no plastic..mati kutu di situ(tapi dah dapat idea macam mana,tapi macam kena keluar duit,tapi duit nak bayar credit card,eh benci tau)

lepas tu pikir pulak,nak kena buat duit tukar..kang kena kasik RM50 untuk barang RM5 mati kutu nak cari kalau takde duit tukar..lepas tu macam kena pegi stall orang lain minta duit tukar,nanti mesti kena maki dalam hati leh owner stall tu...ahhh,benci betul bila kena fikir details

lepas tu fikir, kurang lebih 2 minggu lagi nak berjualan,dan masih tak siapkan item utk jual..mati lah..

bila nak jahitnya?siang kerja,malam ada hantu <--bongok betul alasan.

nampak gaya kena bangun kul 3 jugaklah nampaknya

benci betul bila kene kerja siang ni,nak kerja di rumah je boleh tak? benci lah

lepas tu pikir plak,mana tempat nak solat ntah..oh ada masjid kecil kat belakang tu,so ok rasanya,takde masalah

benci bila kena fikir every single details

benci lah,rasa nak balik sekarang dan terus menjahit.

benci betul kat hantu yang kacau Ziyyad tu,benci benci benci

p/s: benci jek ek.

p/s:: terima kasih atas tips dan petua untuk cara-cara menghalau jin dan sitan di bawah,sakit hati betul dibuatnya,nak jahit pun susah (eh..padahal penakut)

03 June 2010

*hanya di radiO*



i listen to the radio almost every morning while going to work

yesterday i'm listening to hot.fm,the topic was what have u achieved for the past 5 month this year

a woman called,and she told that she had a fight with his father early this year..and in the past 5 month she did not contact her father and she felt miserable

and then suddenly for 3 nights a row she dream about her father coming to her house,and quickly after that she called her father,but to no avail..nobody were picking up the phone

she tried to search hi and lo for her father (she live in Sarawak while her father is a masseur in chowkit,KL)

so Fafau (the DJ) said to the woman,to tell the description of her father over the radio

to cut the story short

later that evening, hot.fm was told that Abang Atan (her father nickname) had passed away

what a sad day yesterday to me,and i hope today no more sad story so i listened to Fly.fm this morning

another sad story pop up

a man tried to help an accident victim who is pinned inside the car at 3 am in the morning ,and he saw the car is about to caught in fire

so he drive back his car and reach a petrol station less than 500 meters away from the scene,he did call the 999 before reaching the petrol station

the man asked the person behind the kiosk counter to open the door so he can get the fire extinguisher inside the kiosk

but the kiosk worker won't open the door for him giving him lame excuses,and the man started to yell and scream at the petrol station worker,but the worker did not budge and told the man,they will report him to the police..

so the man drive back to the scene,empty handed..and saw the car already half burnt,with the girl inside screaming for help,until the scream faded as the fire engulf the entire car

he saw the girl,burn alive..something u can't easily erase in your memory i must say


a picture about the accident can be view at ondscene.blogspot

just got this from FB,the man who tried to help the poor girl


sad,sad,sad day for me today.

how life of other affect me so much.

moral of the stories
1. jangan derhaka pada ibu bapa
2.have ur own mini extinguisher in ur own car,i have one provided by perodua.

25 May 2010

*Izzul Ziyyad bin Anas*

Mama : Ziyyad,buat peace Ziyyad mama nak ambek gambar ni.


Ziyyad : pisss! *tangan masih berusaha membentuk peace sign*

Mama: kan umicik dah ajar tu hari,lagi sekali


Ziyyad : piss *sambil garuk-garuk kepala fikir macam mana nak buat peace sign*

Mama : cuba lagi,dah boleh dah tu *tangan sibuk pegang camphone*


Ziyyad : piss! * tangan kiri dah ok,tangan kanan tu tetap satu jari je*

Mama: ok meh mama amek gambar banyak-banyak

Ziyyad: *dah boring dah agaknya,penat buat peace sign*

Mma : eee!geram nye..buat muka ye *cubit pipi Ziyyad, pasal dia buat muka kerek seperti dibawah ini*

"ada masalah ke?"


situasi diatas di rakam sebelum gerak gerak gerak khas ke rumah mak maria,saya nak gi keje sekali,sebelum saya di jinxed di atas jalan pagi tadi pwqrt%#ike~!??? gagagaga

semangat hilang separuh dah ni,akibat hampir melanggar seketul motor pagi tadi..melayang jap roh saya..aaa tensen

p/s:: layan jelah gambar ZIyyad ni,aritu ada org komplen saya dah kurang pimp Ziyyad..

22 May 2010

*hear them roar*

saya selalu dengar pasal save the malayan tiger,right about now cuma ada few hundreds je tiger di malaysia ini

thanks but no thanks to penebang balak haram yang mungkin jabatan perhutanan sudah kene rasuah and ada menteri terima sikit hasil juga..wah!allegation tu..aah persetan mereka yang memang sitan itu..sitan!sitan! (bak kata Ziyyad)

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

'Get



dah la harimau dah makin pupus dan ada pula rimau kene abuse dalam captivity

oh no!



look at the video,and it happen in A Famosa resort,yes the one in Melaka yang ada pakcik Ali Rustam sebagai pak menteri itu (kenapa ntah bagitau..tak de kene mengena pun)

so help spread this word maybe to pakcik Karam Sigh Waliah at Aduan Rakyat,this is mengadu for a reason not mengadu pasal "eh,longkang kami tersumbat tolong bersih boleh" , dah korang yang buang sampah dalam longkang tersumbat la,pegi la gotong royong jiran tetangga semua harap majlis perbandaran nak buat..sendri buat sampah sendri bersih la! (ok..ini sudah melalut)

do join Stop Animal Abuse in A Famosa at FB and spread the words

p/s:: saya sayang kucing.. :), please lah korang semua,jangan la ambil gambar dgn rimau tu,kesian dowh tengok..have some heart ok..the tiger kenot speak if angry but sure the tiger can cabut some legs or even head maybe easy peasy if the tiger is angry. nanti kalau dia dah cedera kan orang the tiger juga kene tembak..siapa yang salah?manusia seperti kita lah yang salah,tapi bukan kita yang kene tembak,its not fair! i hate u all (eh tetiba emo)

13 May 2010

*surau haunted?*

saya dah lama tak bersolat zuhur di surau kuarantin

sebab?

1. time saya solat kat depan,kat belakang berborak macam takde sape solat dalam bilik tu.. borak punya kuat,sampai saya pun rasa nak join borak sama

2. bergelimpangan orang tido,space nak solat,nak begerak tinggal sekakang kera

tapi ada cerita pula sekarang ni dah takde orang tido kat surau,katanya selalu kena hempit oleh makhluk halus la,mimpi yang bukan-bukan la

saya percaya dalam surau memang ada jin Islam,seperti yang diceritakan husband saya

10 tahun lepas,husband pernah ikut sorang ustadz ke surau pekerja airport penang

ada orang kata kat surau tu haunted

so ustadz pun pergi la tengok apa boleh buat,sesi becakap dengan jin pun berlakulah

jin tu jin islam,dia duduk dalam surau tu nak beribadat semua,lepas tu jin ni komplen, dia kata ramai masuk surau nak tido,lepas tu suka pula mengumpat

hambek kau!jin komplen..hahahhha

berbalik cerita surau kuarantin tu,memang dah tak terbela,takde sorang pun ambil inisiatif nak basuh telekung yang dah berdaki kuning bawah dagu tu...eiii (kadang-kadang tu lap lipstik kat telekung,apa ke cetek sangat akal pun saya tak taulah)

dulu kalau saya dan rakan-rakan lain solat di surau tu,kami ambil giliran cuci telekung every friday, kebetulan lab saya ada washing machine,apanya susah,campak je dalam washing machine,sidai kering siap!

tapi sekarang saya buat ruang solat sendiri aje,tak denya saya tiap kali nak solat tiap kali nak sakit hati,kita nak ngadap Allah elok-elok,ni dah jadi marah-marah dengan perangai org duk lepak melagha dalam surau

p/s:: telekung kepam sungguh tak selesa nak solat tau ke?




have u VOTED for us?

12 May 2010

*petty?*

masalah bodoh macam ni yang saya tak suka

saya rasa marah betul,tapi saya tak tahu nak buat apa

benda -benda bodoh macam ni buat saya malas nak kerja malas nak ambek port malas segala (dengar dek mama saya cakap malas gini sure kena sound baek punya)

ada je bangkai-bangkai hidup yang mengganggu gugat keamanan hari saya

benci betul lah.

ntah la dah malas

baik saya tumpukan seluruh tenaga dan usaha saya kat kedaichomel

saya tumpukan kat kedai dapat pulangan modal,tumpu kerja kat sini dapat dosa je pasal hari-hari duk marah,hari-hari tak puas hati,gaji pun ntah dapat ntah kan tidak

p/s::sabarla sabariahhhh. hari-hari org suruh sabar,hari-hari suruh sabar..




have u VOTED for us?


03 May 2010

*surat cinta untuk si dia penjual nasi lemak*

kehadapan kakak penjual nasi lemak bubuh
depan flat hijau
sg ara,11900,penang


Assalamualaikum kakak,apa khabar?harap sihat hendaknya. Dah lama saya tak nampak akak,mana akak pergi?

hanya yang saya nampak saban pagi sekarang ini hanya stall akak yang tidak berpenghuni dan payung buruk yang terlipat kemas terletak elok di atas meja stall akak

setipa pagi hendak ke kerja tanpa jemu,saya menunggu akak,kalau-kalau akak berniaga hari ni,tapi selalunya saya hampa kecewa

mana akak pergi? dah seminggu akak tak berniaga termasuk lah minggu ni..saya rindu la sambal ikan bilis yang akak buat..sedap,saya suka

saya rindu nak makan sambal tu dengan telur mata kerbau yang cair telur kuningnya..uhh sedap betul rasanya,ditambah dengan ikan bilis garing dan kacang goreng..

tapi hari tu baru husband saya bagitau,kenapa akak hilang tak berniaga nasi lemak bubuh lagi. Husband saya kata akak dah join MLM.. saya terkilan..bukan dengki akak join MLM,tapi saya bet,akak lepas ni dah kaya mesti lah tak jual nasi lemak lagi

siapa saya nak menentukan apa yang patut akak buat,saya harap akak maju jaya dan pendapatan akak lepas ni lebih lebat dari menjual nasi lemak. Kalau dah naik BMW 7 series jangan lah akak lupakan saya

kalau agak-agak akak boring dah jual korset dengan water filter tu,akak jual la nasi lemak sekali sekala, takpun akak jual la korset dengan water filter bersama nasi lemak bubuh akak yang super sedap tu

takpun dah kaya nanti akak buat restoren plak..sure saya datang makan selalu.

saya akan sentiasa menanti nasi lemak bubuh buatan akak

apa-apa pun saya berdoa semoga akak sukses selalu




yang benar;

Pencinta sambalikan bilis nasi lemak bubuh mu




p/s:: have u VOTE us?


20 April 2010

*Hai awak!*

Hai awak..ye awak la,silent reader ye...geget kang :P

kisah isu sensitif semalam dapat respons yang baik juga

macam-macam perangai orang ni,nak paham satu-satu payahlah

sedangkan adik-beradik sendiri pun ada yg kita tak paham sangat perangainya

sabar,sabar jugak....

tapi tulah..nak buat macam mana lagi kan

takpelah,life goes on,kalau saya ada peluang yang lebih baik,for sure akan looking forward <--ayat apa ni?tunggang langgang

p/s :: tak paham takpe,yang faham kisah semalam,terima kasih atas respons korang semua :)

19 April 2010

*this is sensitive..maybe*



for password,email me at

stashowale@hotmail.com

regular readers u are welcome to email me

comments are off,feedback are welcome thru email


p/s:: saya encrypt this entry nak jaga hati orang tertentu,some people are too darn sensitive.sorry for the post pasal dia takde perenggan,which is pain in the a** juga nak baca.

05 April 2010

*what a night!*

hari itu,saya rasa nak nanges sangat

flight pukul 7.30pm,it's Ziyyad waktu tido and dia sangat cranky

no thanks to lambat boarding,kul 8pm baru boarded.

sebelum board tu Ziyyad dah super cranky,dia rolling atas carpeted floor lah,dia baring atas tu la,lepas tu lalu bawah apanama tali merah tu lah

dah bawak tengok aeroplane melalui tingkap tapi berjaya sekejap jela,pastu cranky balik

lepas tu panggil boarding,saya dah lipat siap stroller Ziyyad,hopefully the attendant ambil

masa nak check in tu,i told the attendent "jgn lupa ye stroller,saya letak tu..tepi counter"

and u know what she said back to me

"akak boleh bawak sendiri tak?kamo tak cukup orang"

i was like "whaaaaa?!"

dengan Ziyyad sebelah tangan wriggling out of me,dan nak bawak stroller lagi sebelah tangan. kau ingat aku wonder woman agaknya

nak tak nak,takut the attendent lupa.saya hangkut jugak,dah la kena turun 2 flight of stairs,dah tu pulak hujan!

memang di sediakan payung,tapi how leh i want to hold the payung,with two of my hands dah occupied?!

lucky me,ada good samaritan tolong angkat stroller,a passenger jugak

so dapat la saya pegang payung

lepas tu sampai-sampai aje, Uncle Effs ambik dari airpoer.boleh la plak sesat hala sunway piramid sebeblum tiba ke kepong (nasib landed di subang tak hujan,and all the way dalam flight Ziyyad tido,lega tok sah habaq la)

letih tok sah cakap la ye.


now i will remember this:

1. never beli tiket petang,beli tiket pagi so Ziyyad tak cranky

2. kalau hujan jangan beli tiket Firefly.hahahah




p/s::sesat pasal tak fokue kat jalan fokus kat chelsea lawan man u boleh?



Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

02 March 2010

*aku tak tawu kau ni paham bahasa ke tak*

 

aku bukan santos,yg menganggap diri adalah sempurna dan maksum

tapi aku kan dah cakap,aku tak akan tolong orang yg melanjurkan diri secara rela sehingga mengandung dan nak buang anak atau bunuh anak dalam kandungan tu

Is,kau pernah tengok cerita Juno tak?

kau tahu tak baby tu dah ada kuku...

kau tau tak baby kau tu manusia bukan tikus,atau ayam atau kucing?

mufti penang dah letak fatwa,sesiapa yg buang kandungan kerana berzina,jatuh murtad

kau tahu Is apa makna murtad?

dah lah,aku bukan mak kau nak membebel macam murai batu

kau dah suka-suka mengangkang dengan jayanya
sekarang termonyeh-monyeh nak buang

apa kata,kau tanggung sorang

aku tak nak shubahah dengan kau

dan aku tak pernah gugur kandungan

aku keguguran bodow. aku nak anak,tapi Allah tak kasi aku lagi time tu

sekian,terima kasih

p/s::maaf kan aku Is atas ayat aku.aku tak harap kau paham,dan aku pun tak nak paham situasi kau. berani kangkang secara haram,berani la kau tanggung.

sesiapa nak tolong Is,sila email dia (cek my shout box,have her email there), tak kuasa la aku.

*updated* 

  



kalau korang nak tolong lahkan

aku pernah email ada sorang ni,dia hantar email mana nak cari pil gugur
aku directkan email nya ke umah kebajikan wanita

setakat tu aje aku mampu lakukan sebagai masyarakat

nak aku repot polis tak agak-agak..email ada tu,boleh je track kan?kan?kan?

kalau dah kurang ajar macam ni sape nak olong kau Is?

kau ingat aku bidan hitam gugur kan kandungan ke?

chih sin!


27 February 2010

*i blame the mother*

for obvious reason

berboyfriendkan seorang pengganas,pendera

apa dia buta?

bekas suaminya dulu masuk penjara

dan kini bf nya juga bakal disumbatkan juga ke penjara (di harap gantung terus,tak penuh penjara tu nanti)

kenapa perempuan selalu silap pilih

adakah kerana bad boys sexy?

dia anak kecil yg baru berumur 3 tahun,apa yang dia tahu

dan si ibu itu pula bersekedudukan dengan bf binatangnya sehingga dia mengandung 4 bulan

ibu..... mana letaknya kasih sayang mu pada anak kandungmu sendiri?

ye saya tahu saya menghukum
hati saya beremosi melihat arwah yg suci bersih setelah dikafankan

mendengar pula pengakuan saksi yang menolong arwah

hati saya panas,hati saya sedih

p/s:: BinaTAnG!!

p/p/s::hei ladies,cinta pakai otak.




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!