Search This Blog

30 April 2011

Dengar cerita....


ini cerita kakak nasi lemak feveret saya. nasi lemak dia memang best pasal sambal dia superb

kakak ini berniaga nasi lemak pagi-pagi sampai la tengah hari,dengar cerita dia juga buat bisnes jual henpon semua,waallahualam..yang pasti dia berniaga nasi lemak

dengar cerita dia dah janda,suami dia ceraikan dia.talak berapa dont ask..saya pun tak tahu

orang cerita,kakak ni berniaga kuat sangat,sampai lupa suami semua. itu orang cerita...

baru-baru ni husband berkesempatan beli nasi lemak kat dia,dan bertegur sapa dengan dia,kakak ni cerita.Ini cerita kakak tu sendiri

"dia tu keluar dengan janda sana janda sini..saya bagi duit suruh bayar rumah,dia tak bayar sampai rumah nak kena tarik..dia buat hal kenapa saya nak tanggung?"

kesian kakak ni,penat cari duit. kononnya nak tolong suami ringan kan beban,buat jual nasi lemak sikit kot boleh bayar rumah,ke bayar duit bil ke,sekali suami dia sapu belanja perempuan lain

mahu ke tak hangin..kesian kakak tu.

nanti kita dengar cerita suami dia plak...boleh gitu?

p/s:saya selalu terbaca MLMers ,yang perempuan dah kawen...selalunya suami tak support dia dari awal,jadinya dia kena susah payah sendiri..balik malam semua. sekarang dah berjaya la pasal tu cerita waktu jaman "susah"..aku tengok takdelah susah pon,selalu je makan-makan kat pavi gak,beli henbeg mahal gak..eh,bukan itu maksud aku,suami tak pernah pun minta kita susahkan diri sendiri,sendiri yang nak buatkan?tapi tulah,suami tolong support isteri kalau dia nak buat benda elok ye :D . yg isteri jgn la aibkan suami plak,kalau time dia tak support tu,ada la tu sebab dia.eh..padai plak aku,baik aku jaga rumahtangga sendiri je.lantak la korang....boleh gitu XD





Jaga dan Izin


masa kita muda-muda dulu,mesti kita macam berazam

"kalau mak sakit nanti,aku nak jaga mak"

tapi bila dah kawen kita banyak sangkut dengan pelbagai perkara

izin suami,masa,jarak,anak dan sebagainya

aku pernah tanya husband aku sendiri

"abang kasi tak kalau dila duduk rumah KL jaga mama ke babah ke kalau diorang sakit?"

ye aku tanya,pasal aku nak tahu suami aku izinkan atau tak..

pernah dengar cerita zaman rasulallah tak,bilamana isteri dia tak pergi melawat ayah dia meninggal kerana husband dia outstation. Bila suami dia outstation tak dapatlah dia minta izin keluar rumah? dulu mana ada twitter nak tanya,hp apa ntah lagi

jadi bila si isteri tak dapat tanya minta izin suami,isteri pun duduk dirumah aje..tak dapat tengok ayah dia for the last time

bilamana suami dia balik,isteri pun cerita semuanya..suami pun kata "kenapa tak pergi sahaja melihat ayahmu?" punyalah taat pada suami sampai macam tu sekali

malam tuayah dia datang dalam mimpi si isteri ni,ayah dia kata "kamu anak yang soleh,taat pada perintah suami"

kalau jadi pada kita? on the wa gi rumah parent baru nak call agaknya...itupun kalau sempat

jadi isteri ingat ye,nak keluar kemana-mana minta izin suami..call bagitau pun jadilah,sure suami kasi punya :)

betullah orang kata,mak sorang boleh jaga anak yang ramai,anak ramai belum tentu dapat hadap mak dia sorang 24 jam...pasal anak ada yg dah kawen ada tanggungan lain,ada yg duk jauh dan sebagainya.

p/s:entry aku caca marba,pasal otak aku pagi-pagi ni dilanda tsunami perasaan.





20 April 2011

flu bug


sejak semalam saya meamng rasa badan tak sihat.tapi saya pergi gak keje,konon macam nak jadi pekerja harapan la.bluwekk

kat opis emalam dah muntah-muntah macam apa je,tak koser k ngadap mangkuk tandas tu,ada kang aku muntah je dalam kondom tu,ikat dan buang..hahaha

so today,saya bersiap hendak ke kerja..meamng dah siap pakai baju tudung semua nak keluar

sekali time husband bangun nak solat subuh,ziyyad terbangun nak susu,jadi saya jaga dia kejap sementelah husband solat

so saya duduk tepi katil tunggu ziyyad habis minum susu and he said to me

"mama,baringla.."

so saya pun baring..usai husband habis solat,saya nak bangun pegi keje semula..tapi kepala dah berat,tekak sakit,mata panas je (ke perasaan je ni XD)

so yeah..eventually sata tak gi kerja..badan tidak pada tahap yg optimun nak buat kerja..jadi kita smabung baring dan tido aje dengan Ziyyad

heeeeee

p/s: ziyyad bangun,rasa my forehead...and kiss me on my cheek.sweet aje budak pendek ni kadang-kadang XD




18 April 2011

Competition


tempat kerja aku sekarang ni susah sikit nak cari makan masakan melayu time lunch,kat bawah opis memang sedia ada kedai mamak.Tapi lalu ke tiap tiap hari nak makan lauk mamak je?

jadinya ada satu astaka (tempat makan,banyak gerai,depa duk utara panggil astaka). Tapi mungkin pasal area tempat aku kerja ni belum membangun sangat,gerai makan ada dua tiga ketul je

ada satu makcik ni buat lauk tengah hari,dia start meniaga kul 11 macam tu,kul 1 aku rehat lunch,lauk semua habis. Korang bayangkan lah,dah la penat keje,gi tempat dia (astaka tu ) kene berjalan agak jauh tak jauh sangat la

sampai-sampai je,semua bekas makanan tinggal kuah.Lauk semua elek pochik.Bayangkan jalan dah jauh,berpanas dengan perut lapar ingat ada mood ke lagi kalau nampak lauk habis

alasan makcik ni "takut lauk tak terjual kalau buat banyak sangat". hello makcik,aku tengok ramai je rehat kul 1, tiap kali datang gerai kau,nasi pun habis.Kesian giler tengok kontraktor yg buat pembinaan area ni datang kedai kau penat-penat hampa, pasal lauk habis

sebelah kedai makcik ni,ada juga kedai makan. tapi dia bukak kul 3 petang macam tu alasannya "tak nak la buka sama-sama" . ini kes jaga hati tak kene gaya. betul tak disangkal niat mulia,tak nak la bersaing jiran sama jiran berniaga. Tapi jiran meniaga kau ni lauk asek habis. Kau bukak jelah makcik gerai kau kul 12, biar makcik sebelah tu berakai sikit.

Bersaing itu elok dalam berniaga, it teach us how to improve our product. bersaing cara elok la,bukan cara gi bomoh dukun tak tentu hala tu.

Kemon la makcik,bersaing je lah..nak takut apa,kalau betul kau punya lauk sedap orang tetap akan datang kedai kau. Tapi kalau lauk ko habis awal je selalu memang la lari customer kau kan,macam aku ni,tak kuasa nak moody moody datang gerai kau hampa lauk habis. dah la lapar,moody plak tu. memang mengundang tsunami jiwa la kan.

dan sekarang kau memang target nak jadi mayor je kat kedai mamak wonderlite bawah opis aku ni,hari-hari check in 4sq kat situ.hahahahha XD

Jadi ingat,if somebody sell the same thing like ur thing,improve ur product make them better.kalau dah tak boleh better kan,improve tang lain,macam customer service ke,apa ke..sendiri la nak pikir,lagi aku nak ajar percuma ke.RM50 suku tau ilmu aku ni.hahaha.matiklah statement

p/s:orang melayu takut bersaing. Aku pernah kene tempik ngan makcik jual nasi lemak kat astaka taman ehsan.macam haramjadah je perangai. nak tau kenapa?pasal aku tak duduk kat kerusi meja kedai dia,aku duduk kat kerusi meja orang jual roti canai,jiran gerai dia. Bongok.aku tetap makan nasi lemak kau ok.tapi dengar cerita,seakrang nasi lemak dia kurang laku,bukan orang bomoh.Tokey dia memang perangai macam syaitan,sapa nak pi beli lagi ntah.


07 April 2011

Fake eggs in Penang,be aware




Saya rasa saya penah dapat telur tiruan ni.the egg yolk a bit runnier n mudah pecah.

Saya sangka busuk.tapi bila di bau.takde plak bau.

Oh my...dangerous la sekarang.even an egg pun bahaya.

These eggs are made of chemical and one of the component is paraffin wax.yeuch!

So u guys careful k.

posted from Bloggeroid