Search This Blog

04 August 2010

Mudball throwing?

pagi ini on the way ke opis,nampak satu banner,mudball throwing,onemillion apologies to mother earth

dari hari tu nampak banner ni dan siap ada nama kelang-kelang,estet-estet yang akan terlibat (estet takde,saja buh cukup rasa)

saya google up padia mudball throwing ni (gigih tak kena tempat)

so i found this

What is EM ??

E.M. is an abbreviation for EFFECTIVE MICROORGANISMS Microorganisms are tiny units of life that are too small to be seen with the naked eye and they exist everywhere in nature. Microorganisms are crucial for maintaining the ecological balance. They carry out chemical processes that make it possible for all other organisms including humans to live. There are friendly guys of the microbial worlds known as beneficial microorganisms and a not so friendly group called pathogens that are harmful and capable of producing disease, decay and pollution. Learn more here on EM and What is EM?

source

dalam mudball tu adalah komponen EM,so by throwing these mudballs dalam polluted waterways, polutants dalam air dapat dikurangkan oleh EM yang difermentasikan di dalam air,seterusnya membaik pulih kualiti air dikawasan itu (this is why u dont write ur thesis in malay,caca marba dah ayat,tunggang langgang,baca dek supervisor matilah kena correction je)

so ini adalah mudball tersebut,rupanya kuih cucuq badak saja..hehehe

so dengan membalingkan bebola in kedalam poluuted rivers and waterways,diharap dapat meninggkatkan kualiti air

ada satu tempat saya nak lempaq buang mudball ni,nak tau kat mana?


garisan merah itu ialah sungai cum loji kumbahan,bau dia MasyaAllah,busuk kemain. sungai tu tak tau apa nama dia,tapi orang penang yang selalu pergi kerja panggil nama jalan ni jalan belakang ftz (free trade zone).

memang situ banyak kelang-kelang dan juga ada ladang lembu dan juga ladang oink-oink

serius bau dia menusuk kalbu,sampai la ke tmpt kerja bau dia pepagi (dulu la,sekarang ni notice dah kurang bau sampai ke opis)

dulu sape nak duk batu maung,semua gara-gara bau ni lah,tapi sekarang rumah ak henggat unya harga,semua main juta-juta gara-gara jambatan no 2 nak naik,rumah flat antarabangsa (pasai ramai orang bukan mesia duk situ,pekerja kelang mostly) dah naik sewa dari 200 lebih ke 400 lebih..kamon la umah flat nak memahai pasaipa?)

so there,mudball or no mudball,kita sama-sama jaga alam sekitar k.leave something behind for our anak cucu in future :)


adik di rumah

this morning i have something brewing inside my head,tapi dah simmer down

lebih elok begini kalau tidak dalam blog hanya lah rungutan demi rungutan ,dan ketidak puasan hati,which is saya sendiri mual baca rungutan saya,juga membaca rungutan orang lain,the best way is to deal with it lah hoh?

adik bongsu saya dari usm kubang kerian turun ke usm penang,pasal kena jaga booth

tapi pasal tak pernah duduk lama dalam bas dan mungkin juga cuaca sekarang yang kejap panas kejap hujan menyebabkan dia demam dan tidak sihat

kesian betul tengok dia bila demam-demam macam tu

so sekarang kat rumah saya tengah berehat,hopefully sembuh dan dapat jaga booth semula

bukan semua orang boleh faham keadaan kita,yelah semua expect buat kerja sempurna,tapi kalau sakit nak buat macam mana kan.

kang pengsan ada kau kesah nak angkat adik aku,takde kan? jadi sebelum menyusahkan kau baik la dia rehat recharge balik tenaga,baru kerja pun mantap <---ini adalah baca dalam nada marah ye

p/s:hati ini betul-betul kesian padanya,cepat sembuh ye adik. hati yang berat siapa yang tahu ye dak?

03 August 2010

au revoir Chomelku semua.



Dear Chomels,

have a safe journey and i hope u safely arrive,be good in France ye..

Love;
Dila



i couldn't help but feel a lil bit sad as i parted with Chomel at the post office..ntah kenapa macam sayu sikit,tapi campur ngan takut dan hepi sikit

takut le custom or apa ke.

oh,hopefully selamat sampai semuanya.InsyaAllah.

p/s: bila la tuan chomel plak nak pi france ye...

02 August 2010

sudut mari berangan

saya adalah berangan mempunyai sebuah rak buku 3 x 1 kaki untuk meletakkan buku-buku saya,husband dan Ziyyad

well,abang has the most books dlam rumah tu,Ziyyad no 2 mama dia no last,pasal mama selalu beli untuk Ziyyad dulu,sampai chic lit mama sudah lama tidak dibeli dan lagipun takde masa nak baca buku chic lit asek baca buku craft saja,lalalalala

hari tu pegi giant jumpa satu rak buku dalam RM99 tapi warna beige kayu tu,tak cantik,tapi the desired demension lah,dan dah berangan cat kaler putih.

tapi abang insisted to tempah with his friend (which i dont know when, and saya nak cepat,boleh tak?)

dulu masa sekolah rendah saya bangga bila rumah ada small space yang boleh buat mini library..even dalam kelas masa tu cikgu setup satu ruang buat sudut membaca.

tapi tak boleh lawan library pak ngah saya le...buku berlambak-lambak..saya suka betul tengok buku-bukunya (suka tengok aje lah...hahahah) ada juga pinjam beberapa buku masa lepak rumah pak ngah melaka.

saya suka tengok buku tersusun elok dan kemas (lagi sekali,suka tengok je..hahaha)

soalan kepada tira : agak-agak kan book case expedit ikea boleh muat kereta babah tak?miaahahaha

tapi saya rasa rak buku gian tu dah cukup bagus,tinggal nak cat putih dan fasten it to the wall so it wall topple down if ever Ziyyad decided to climb on it,well u never knows kan..

berangan berangan...syok betul

p/s: oh yeah,saya nak oven in my small kitchen :) ...itu sudut berangan di lain hari. gambar source klik aje pada pic tu :)

Ziyyad 2nd birthday party,well kinda




semalam buat majlis makan-makan sikit untuk birthday Ziyyad.

ajak family and kak maria aje,bukan majlis besar-besar pun,private function...hahahahah

so yeah,saya selebet je pasal nobody to impress pun..still i look radiant (nak muntah pi tempat lain)


ada la jamu mee udang special dari Cik Kathy..heheheh,mak jangan marah aa (Cik Kathy =emak mertua saya paling rock steady sekali) , ima kasih maa for the delicious meeudang...anak hantu mu ini tambah sampai 2 kali..hahaha

pinggan dapat masa kawen tu akhirnya berguna juga..hahahaha


ZIyyad trying to open the gift using his teeth..haih.


habis camuk umah..


yang baju belang-belang tu namanya ayahJat,umo 27 masih single,yang bertudung pokadot purple tu namanya acuAweeen,umo 23 ke kot,tak ingat..juga masih single (sape berkenan mai RM100 baru kasik nombot telepon...hahahahaha)

apa-apa pun semalam memang best bila bersama dengan orang yang close to our heart :)

toddles.

p/s: rasa malas nak berblog pepanjang,juga mlas nak blog hop,malas baca cerita orang perempuan yang saban hari selalu merungut,sana tak kena sini tak kena,sana salah,sini salah..tengok aku pun dah merungut ni,sudahlah.