Search This Blog

22 October 2008

::tidak bermotivasi::


i let out a huge humongous sigh yesterday

HaiHHHHHHhhhh

sangat tidak bermotivasi untuk bekerja lagi

tiada kenaikan gaji,tiada kenaikan pangkat,tiada itu dan tiada ini

(EPF ada ye kawan2,insuran pun ada..)

adakah saya tidak bersyukur?

bukan itu masalahnya..

saya bekerja sudah menghampiri 3 tahun di sini...

saya masih di takuk lama...tidak move on

sudah tidak bersemangat melakukan kerja yg menjadi rutin setiap hari

bosan?

mungkin..

saya curah perasaan saya semalam kepada En.Suami

dia kata

"bersyukur lah ada keje, ada orang kat luar sana tak keje pun"

ye,ye,saya tahu...tapi tak maju lah macam ni...tek kemana-mana

dia kata lagi

"takpelah,pelan-pelan..sabar...sekarang pun sayang tengah cari kerje lain kan,kerja ni dulu,takpe"

in the time of recession masih ada orang mahu mengambil pekerja kah?

.........

takpelah,kerja ni dulu,kurang-kurang hujung bulan gaji masuk,walaupun tak lah banyak mana..

lepas lah duit kereta tiap bulan,duit astro,bil air,bil letrik..

dapat gak la Ziyyad ada menan baru nanti,InsyAllah

p/s::bila lah nak dapat netbook wind ni...HaiHHHHH~~~~

p/p/s::berhenti kerje is not an option.

21 October 2008

::dah!tak payah gaduh-gaduh k::

bilamana ditanya muka anak saya ikut sapa

orang kata

"muka mak dia la..."

"telinga ikut ayahnye"

"dagu dia ikut dila la.."

ceh!tak payah gaduh k..

MyHeritage:

Ziyyad ikut muka mak ayah dia..sekian.

p/s::lalalala

::maintenance fees::

Keskeskes

semalam sempat menonton Buletin Utama TV3..

ada isu pasal ada 8 buah flats yang berhutang 1.2Juta..

Lift rosak dan Lift tak dibaik pulih..

jadi terpaksa la ada jenazah dari tingkat 12 terpaksa di bawa turun melalui tangga

dan seorang pakcik tua baru lepas operation nak tangga ke rumah nya di tingkat 8

dah juga orang menghantar tong gas masak men cas RM1 setiap tingkat

punca?

penduduk tu sendiri tak bayar mantenance fee

macam mana management nak repair lift rosak

saya sendiri duduk di flat,di tingkat 3

sebulan bayar RM70

saya tahu,mahalnye nak repair lift if rosak

ada yang tinggal di tingkat satu,mengomel

"buat pa nak bayaq maintenance,kami duk tingkat satu,naik tangga saja"

Hello Pakcik/Makcik!!

duit maintenace bukan setakat repair lift aje, ia digunakan untuk menyalakan lampu di koridor depan umah pakcik/makcik,saya,dan orang lain juge.

duit maintenance juga digunakan untuk menggaji orang menyapu sampah dan membersih koridor depan rumah pakcik/makcik,saya dan orang lain juga

duit maintenance juga digunakan untuk menjaga taman permainan kanak-kanak (dan kadang2 vietnam,indonesia,nepal dan bangla juge) supaya boleh diguna oleh anak/cucu makcik/pakcik/saya dan orang lain juga

duit maintenance juga digunakan untuk menggaji pak guard yang menjaga kawasan tempat tinggla pakcik/makcik,saya dan orang lain dari ancaman anasir jahat

Pakcik/makcik janganlah mementingkan diri sahaja,kita hidup berjiran..esok mati pun ada jiran.

Jangan sombong sangat (sekali kasik belakang tangan baru ada akai!)

YE,saya tak nafikan mereka ini pakcik/makcik ada yg angkuh,siap kata

"mampui pi la,aku tak bayaq maintenance dah"

biar makcik/pakcik itu jika esok-esok mati,jenazahnye turun ikut tangga.Jangan tergelincir turun tangga dah le ye pakcik/makcik... ( >:) )

p/s::kecoh la pakcik/makcik ni RM70 pun berkira! rantai emas kat leher besaq tali kapai boleh beli plak!

p/p/s::mentaliti dunia ke tiga ni malas aku nak layan!





ANDA YANG TINGGAL DI FLAT/APARTMENT/PENTHOUSE JIKA DIMINTA MAINTENACE FEE BAYAR SAHAJALAH.INI UNTUK FAEDAH BERSAMA.MAKE SURE MANAGEMENT JALANKAN TUGAS SETELAH KITA BAYAR MAINTENACE FEES.








20 October 2008

::cheesy::

Berapa ramai di luar sana,merasakan nama-nama kereta tempatan kita cheesy? (saya tak tau apa ayat ganti bagi cheesy dalam Bm..bukan keju ye kawan-kawan)

nama seperti

Wira,Waja,Rusa,Kelisa,Kenari,Savvy,Perdana,Persona..etc

saya tak kutuk sesiapa yang pakai kereta tempatan,malah saya juga pemilik bangga (proud owner? +P) kereta tempatan..

baru-baru ini,Proton telah mengadakan pertandingan menamakan MPV pertama Malaysia

saya join..kot2 mana tau dapat MPV yang saya namakan tu..hehehe (ameeennnn)

bukan setakat bagi nama sahaja, korang kena bagi tagline dan juga sebab kenapa namakna MPV ni sedemikian.

so my MPV proton namanya :: Proton MERDEKA

the tagline :: freedom on the move (pasal MPV ni luas katanya...)

sebab saya letak nama ni,saya dah lupa lah...keskeskes

saya tahu banyak orang di luar sana,tak berapa nak pandang kereta tempatan,ada je komplen

besi tin milo lah,power window jammed la,bocor sana sini...ye saya tak nafikan ada kereta tempatan macam tu...tapi ada juge kereta tak tempatan pun ada masalah macam ni kan? (betul kan saya kalau saya salah k)

masalah kereta saya:: getah kat tingkap tu suka terkeluar-terkeluar lah...haih.

apa-apa pun bersyukur pasal ada kereta,boleh bawa Ziyyad jalan2 tanpa kene hujan dan panas :)

p/s:: apa korang rasa dengan nama proton MPV saya ni?agak2 boleh menang tak?

p/p/s::tarikh pernyertaaan dah tutup dah... :P

::Jom Jalan-Jalan::

i dont have any good stories to share..jadi tepek gambar Ziyyad di sini,buat tatapan mamalong,uncle Effs,umie chik and achu fiqah. (nenet and atuk dapat MMS..note to achu fiqah/umie chik::tolong configure setting GPRS/MMS mama,call digi k..pasal byk mms Ziyyad nak hantar ni..baba je dapat mms)

:: Mamalong...tengok Ziyyad dah boleh pakai t-shirt yg beli aritu..dah muat dah!and the jeans newborn tu fit,cumanya seluar askar dia je tak muat lagi..gedobos..panjang sangat!sure one day will fit...buckle up and lets go!::

:: restoran ini tidak stroller friendly :( , anyho Ziyyad sleep soundly masa kitaorg makan..tapi la ni kami makan di tahap kelajuan luarbiasa, hahahaa,supaya boleh gilir-gilir jaga ziyyad kalau dia terjaga nanti..(nasib tak tercekik jek +P ) ::


Cerita Lain

::sementelah mencuba sedaya upaya,Ziyyad terlena kepenatan untuk membuat 3 point turn...hahaha...takpe cube lagi k::


p/s::hari jumaat lepas ada 3 entry saya buat,tapi saya padam semua..macam dah hilang modjo nak tulis..jadi kemungkinan blog ni akan hanya ada cerita Ziyyad di pimping oleh bundanya....heheheh +P