Search This Blog

04 March 2021

hi!

dah lama tak tulis kat sini.

rindu ziyyad dah lama tak jumpa

13 tahun yang aneh.

akhirnya bercerai.hahahahha

takpelah itu dah jalan Nya. Saya redha dan saya ok

kalau esok esok saya mati, saya nak semua benda saya disedekahkan pada yang perlu

ada ke harta?rasa nya kereta tu aje yang ada

Ziyyad dan Aaisyah anak mama, doakan mama ye, bekalkan mama dengan doa anak soleh solehah.

mama sayang korang berdua,

love.

mama.

20 January 2018

Atas nama cinta

Why..

kenapa saya start nak berniaga secara general. Pasal nak bantu suami,of course. Isteri sekarang kena rajin cari duit juga. Tapi tulah kalau dah start meniaga ni,ada la pincang sikit urusan rumahtangga. Macam lambat basuh pinggan ke,terlepas nak sidai kain ke,so on. Kalau anda dapat suami yang memahami alhadmulillah (macam saya) kalau tak dapat yang supportive agak susah

Yelah sekarang semua dalam talian,memang kadang kerja menghadap handphone. Tak perlu laptop canggih dah pun sekarnag kalau nak berniaga. Nak menjual? buka akaun instgram, rajin update content and start selling. Tapi proses nak buat poster ke ayat ayat quote ke,memang guna hp je sekarang dah senang. Nampak dek suami kerja isteri menghadap handphone ,ada nampak papa nak happy ke? hahahahha

Its hard juggling between times,it is hard and sometimes it even get frustrating. All the hours you put into your business,tido paling lambat,bangun paling awal..yeah those sort of stuff. Sampai satu tahap kau pun dah tak tahu apa yang kau buat ni betul ke?bagus ke?elok ke? Haih.. sumpah rasa give up.dan malas nak fikir,i just want to sleep.

siapa kata MLM senang memang tipu. It is your business,you put all your focus and energy.Adakah mendapat pulangan? Dapat,kalau kau rajin. MLM ni ramai orang salah anggap ermasuk la saya dulu pun. rupanya brand macam Tupperware,Avon,Shaklee tu semua MLM. Direct selling yang tak tipu suruh kau melabur duit bagai. Purely jadi ahli ,bayar la jadi ahli tu..and literally starts selling if you really like the product and you know the products are very good. Takdelah kau menipu kata tupperware kau ada kuasa solar boleh memanaskan makanan dengan letak dalam peti ais ,atau lipstik kau ada kuasa boleh mbegbah dna supaya kekal gebu sampai mati. You get what im saying tak.

dan sekarang ni pun essential oil dah femes,dan cakap lah EO young living mahal pasalnya MLM. Sukati kamulah nak kata apa,google ada banyak,pergilah baca. tahu tak France ada banyak ladang lavender,tapi ladang Pure Lavender ada berapa ketul je yang lain banyak hybrid pasal nak bagi bau yang sama je sentiasa,this is usually for Perfume Industry la. Tapi kalau EO Young living ni,bau batch by batch tak sama,pasal YL tak ubah genetik pokok tu (pergi seacrh pasal GMO sana)

ada pulak berlagak kata 5ml lemon dia RM20 je. Hello sayang,EO YL lemon baru RM54* untuk 15ml,celah mana EO kau morah. Erghh. Dan EO YL range harga berbeza ikut material la. Dah lemon banyak,murah la. Ni nak tumbuh pokok Juniper pun ikut musim,ikut suhu,nak tumbuh pun tengok keadaan nak jual satu RM20 ke 5ml? Tak agak agak la logik kau kak. Tu nak mabil minyak Luban tu,kau ingt senang senang nak takik pokok pak arab kat Oman tu. Kena ada lesen nak dapat yang paling berkualiti. Pergi beli yang luban hijau raw punya,tanya 1kg berapa ringgit malaysia. Luban banyak grade tau

Rules FDA: 5% pure EO dalam sebotol 5ml EO kau pun dah consider Pure Essential Oil. Pasal tu ada certain EO yang tulis Pure Essential Oil ada yang 15ml cuma RM30. Selebihnya EO apa wallhuaklam,kau pergi tanya orang yang kau beli EO tu ye

dah la,penat bebel..nak pergi sambung basuh pinggan. hahaahaha

*jadi member dapat la harga ni. Takde obligation kena menjual pun kalau jadi member. Ada orang jadi member pasal nak harga murah je.

30 October 2017

MLM?

Siapa nak sangka saya yang dulu anti MLM ,terjebak dalam MLM bisnes. Young Living is a Network Marketing business or yeah,as we called it MLM.

Saya grab opportunity without learning the system first,pasal masa tu bos potong gaji saya sampai RM1k dek kerana saya menjaga suami saya terlantar di hospital early last year. Sejak dari itu I was determined to find another income that can sustain my living whenever bos potong gaji.Hah kau

Memula I didnt know it is an MLM/network marketing punya bisnes..really tak tahu. Orang kata macam tupperware la avon la.. sama la tu direct selling is a network marketing business. MLM yang saya baca memang legit cuma some company manipulate orang cari downline,tunjuk kemewahan apa semua, enticing people dengan beemer la rumah la duit la, not solely selling their products

raise your hand,kalau korang pun meyampah dengan MLM gaya menunjuk kerea la,handbag branded belasan ribu semua? you are not alone

anyway, at first i was kinda shy to posT anything about Young Living Essential oils in my facebook or instagram,dah lama lama as my business starts to take off..i said to myself..you know what, i can totally do this. My commission dah lebih pada gaji sendiri! Woha

Tapi tulah,siapa cakap buat network marketing benda senang buat duit sekelip mata,percayalah itu semua bohong belaka. All i can say it,it requires hardwork,preserverance,dedication,passion and sacrifices. And a good team too. Ada a few times I really wanted To quit,pasal tak nampak hasil. Saya rasa tak nampak pasal saya tak sabar. Saya tak result then and there

Awal dulu boleh nangis pasal takde orang nak beli. kelakar betul. Tapi ada guidance yang betul on how to sell the EOs without overclaiming them, how to approach people without being salesy dan ada few tips lagi.. I managed to really sells.

my upline are super supportive,my team mates pun positives. Im just glad we crossed path. Semua pun wanite, mostly housewives. Working mums like me pun ada. Jadi belilah EO dari kami independent distributor ni, para suri rumah dan working mum yang ingin mencari duit lebih untuk keluarga.hehehehe..

and now here I am, a proud Young Living Independent Distributor! and yes i'm still working full time.. #duakerja hahahahah

BE A MEMBER TODAY,AND ENJOY 24% OFF EVERY YL PRODUCTS

instagram : @chomeloilers

28 January 2017

kadang rasa nak jerit "gunalah EO ni!berkesan tau keeeee!"

Memang kadang rasa nak jerit,tapi in the form of typing kat wall fb orang.. Tapi kan aku suka hati nak pi suggest kat orang yang anak dia tengan selesema hidung tersumbat malam tidur tak boleh

Puan,sila guna RC Essential Oil Young Living,antara EO paling murah dan berkesan untuk RESPIRATORY CONGESTION
Hard sell sangat.. tapi bukan nak sell just nak cadang. Sama lah ada sesetengah parents letak bawang la,letak vicks (this is dangerous ye pasal ada camphorboleh bahayakan baby ye).. Well kenapa taknak try Essential Oil kan

Nak salahkan orang pun tak boleh. Aku ni pun terbuka hati guna pasalnya husband ada issue..turn out Essential Oil help him a lot,reduce stress and reduce sakit tengkuk dia semua (cerita husband sakit tu aku simpan dulu la,lain kali je cerita)


Minyak Pati Tumbuhan..bukan aku tak tau benda alah ni. Tahu je,alah yang jual kat teddy tales tu berlambak..lavender sebotol baru RM30 kot. Tapi serius, tak pernah suka pun dengan bau bau EO teddy tales..pening,kuat gila sampai ke medula oblogata rasanya (tipu betul sampai medula..tapi paham la,kepala sakit la senang citer)

TAPI..essential oil young living bau dia tak macam tu..bau dia susah nak cerita..bau dia buat kepala kau diselubungi bauan yang bes..nyaman,tenang..rasa segar. Kalau korang berkesempatan bau EO Young Living,pergi ambil bau je jadilah

lepastu ingat bau YL EO dan compare lah dengan mana mana EO yang RM15 30ml ke apa kan. Dari situ go and compare sendiri..kalau aku cerita kang,kata aku bias pulak an.hahhahaha

I did help my sister in law masa anak dia kena jaundice..i gave her a belnd of geranium and lavender kot,tak ingat,wih V6 (as a carrier oil la,baby nak pakai neat* tak digalakkan). This blend letak kat tapak kaki je kerap kerap..Alhamdulillah turun kuning dia. Tapi the testimonial aku tak war warkan pun..pasal ikut akta jualan langsung la..lagipun YL sendiri beri guideline,tak boleh warkan warkan merawat penyakit.

kita ni ikthiar je..orang boleh suggest kau macam macam..Tapi tertakluk pada diri sendiri. TAPI ingat apa apa pergi la klinik dulu jumpa orang yang layak. Yang lain lain tu ikhtiar. Tapi kalau boleh ikthiar pun biar dengan sedikit ilmu la ye


disclaimer: produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penayakit

(disclaimer is a must..ikut guideline YL and also KKM..akak ni menurut perintah..aku buh situ boleh rawat kanser mampuih.. TAPI korang rajin la google,banyak je jurnal pubmed,science direct pasal essential oil and cancer ni dan penyakit lain)

*neat = direct apply tanpa perlu campuran apa apa minyak tumbuhan such as virgin coconut or olive oil

ps: geranium bagus untuk liver support. Aku letak kat muka je sebelum tido..buat serum la apa lagi. 




Tetiba muncul setelah tenggelam lama,kini bernyawa apakah panjang tanjuk kau ni

Semalam ada bertanya pada kawan kawan Facebook,

"Berapa ramai disini yang masih suka baca blog?"

terus terang aku tak sangka ada yang masih suka baca blog. Kudos temen temen,ada sangat hebat. 3 tahun dulu bab mengarang blog aku pun suka. Siap buat kawan di kalangan para blogger lagi. Tapi aku blogger picisan sahaja.. 

Dahulunya banyak bercerita perihal Ziyyad..dan tadi sebelum menaip entry ini pun, aku buka kembali satu persatu kisah Ziyyad yang aku coretkan disini, sambil Ziyyad ada di sisi.. kami mebaca bersama-sama. Mungkin ada bagusnya aku tak buang langsung ansfadilah.blogspot ni, ada juga benda yang boleh aku tinggalkan buat tatapan Ziyyad esok besar.

Nampak dia baca dan rasa terharu.. Ziyyad dah Sembilan tahun dah..masih tak punya adik. Kawan kawan blogger lain ada anak nak masuk 4-5 dah. Alhamdulillah.

Dalam beberapa tahun tak kemaskini blog ni,memang tak sangka kenapa terarah halatuju (halatuju??) hidup aku kini buat MLM. haa kau MLM. Multi Level Marketing. Aku jual Young Living Essential Oil.. Haaaa aku pun terkejut dengan pilihan aku ni sebenarnya. Dulu,aku adalah antara orang paling mengutuk keras akan orang-orang MLM yang ntah hapa hapa. Jual produk merepek tak masuk akal. Lepastu tunjuk lifestyle dengan handbag jenama yang kau sebut pun ntah betul ntah tidak,lepastu beli beemer tunjuk tanda bagus.

Tapi tulah,jangan mengata sangat. Tengok sendiri pun join MLM. TAPI! TAPI...haaa ada tapi dia..

Tapi tu aku cerita lain hari jelah..korang ni kang aku cerita MLM mula la kata aku nak ajak minum kopi buat pinjaman bank ke apa ke.HAHHAHAHAA..

oh dear me..



16 December 2014

Apa Cerita?

Nak di buang sayang..nak disimpan,macam nak buat apa je kan blog ni..hahahha

anyway ini jawapan terkumpul pada sesiapa yang tanya mana nak beli washable transfer paper tu ada jual kat kedai memang khusus jual catridge printer semua,depa ada jual paper utk print gambar,transfer paper ni pun ada. Jangan tanya harga,pasal tu tahun bila,la tahun2014 semua benda naik harga (although oil prices has already gone down...but yeah..u get what im saying)

2015 semakin hampir,next year Ziyyad will be 7 years old,i feel old, my baby is growing up he is still my baby nonetheless and yes Ziyyad is the only child at the moment. hahahahaha!

ada yang rajin jugak lah pi komen kat entry tahun 2009...dia aih.Gigih tahap apa ja hangpa ni. Tapi yang best tu ada juga yang masih nak baca blog yg hidup segan mati tak mahu ni.hahahahah. Sad betul blog ni.

Tahun ni BBW tak pergi..pasal emmm nanti kena marah pasal beli buku beratuih ringgit,mana nak pi letak buku tu..XD

ps: be kind. 



19 April 2014

And April is almost at its end.

Quarter of 2014 is over. Apa pencapaian setakat ini? Ada azam azam yang sudah pun tercapai?

saya ada  (perghhh...kau berlagak)...Takla..achievement unlock la kiranya. Saya target apa yang saya mahu dalam hidup. Saya usaha, selebihnya kita berserah pada Allah.

Antara kemahuan saya (kau gitu...kemahuan kan) ialah memiliki seekor kucing dirumah. Saya tahu suami saya seorang penggeli kucing. Agak menghairankan,memandakan dia ada bela a few tarantulas and a few snakes even. Kucing is adorable u know. Tapi ntah bagaimana dalam diam rupanya dia carikan saya seekor kucing. Cweet cangat. Memang saya tak harap pun dapat bela kucing dengan keadaan dia yang tidak berapa suka kucing dan juga rumah kami flat je pun kan..management marah habislah (shhhh...dont tell the management ok...peace)

                                       
Meet Coco,she is half mainecoon half american curl...adorable kan..rasa nak pijak kasi penyek. Its been nearly two months she is staying with us. And i never feel so complete in my life. You know the sayaing about a home without a cat is just a house. Lebih kurang la.. She is now 6 month of age.


Ini muka orang merajuk...pasalnya haritu kena hantar pet boarding selama 4 hari. Adik ipar saya kawen,majlis bertandang kat KL. Merajuk,dipanggil tak mahu pandang. Ye,kucing pun ada perasaan. Nak bela kucing agak costly juga with all the vaccination,makan dia kalau sakit semua kan. Tapi takdelah mahal sangat..oklah. Area Bayan Baru ni masih lagi affordable. Siapa siapa area Bayan Baru nak hantar cat grooming,boarding or vaccination (they have vet visitation every Saturday) boleh datang ke Petzilla Catstore. Semuanya keperluan kucing. Yay!

Move on to the list is how much I wanna change my car. Kalau baca pos pasal Sloktober adalah perihal kereta ini. InsyaAllah dalam next week dapat lah. 


Kereta kenari ni saya dah pakai hampir 7 tahun. Dari zaman bujang lagi...banyak jasa dia. Kami survive driving in Penang. U know what they say about Penang's driver kan...hahahaha. Tapi Ken (nama kereta saya) ada sikit dented kat pintu. Itu suami saya punya hal lah tu... walaupun saya pemandu wanita saya adalah pemandu yang baik,tidak slow di lorong kanan dan boleh side park belakang dulu tanpa bantuan seperti kereta ford focus tu.hahahaha XD Ken ni bawa kerusi kerusi ikea saya...angkut segala macam barang masa Ziyyad baby dulu masa balik KL. 


This pic was taken on 28/9/2013. Berangan masuk showroom testdrive semua. Start dari haritu saya tanam azam. Waima bukan beemers tapi kalau azam tu biarlah realistik XD . Alhamdulillah ala kullihal.I picked a hybrid pasal harga minyak makin naik so said my sister yang kerja di OnG and with all the price hikes,kena la start jimat somewhere. Tazabar!

Oh ye,Ziyyad dalam pic atas tu bambam sekarang dia dah kurus,hemsem tau (puji anak sendiri adalah totally can)


sejak dia bersekolah dan saya tukar susu coklat dtch lady to susu putih rasa madu, he lost weight. Baguslah turun berat badan,dari di ejek gemuk oleh orang. Pernah dia diejek gemuk kat tadika lama dia dulu, Esok takmau pergi sekolah pun. Lagipun obese adalah tidak bagus. And he also can read in a moving vehicle (totally unrelated story pun disini...hahahah)

All in all, Q1 for 2014 Alhamdulillah bagus untuk saya. Setbacks last year tu ajar saya supaya lebih sabar dan tidak terburu buru. Kalau Allah hendak sesuatu perkara itu jadi,maka jadilah ia. Lagipun manusia hanya merancang dan berusaha,selebihnya tu kerja Dia.

p/s: Tahun ni jga adik ipar saya dan adik  saya sendiri bakal menamatkan zaman bujang. Adik ipar dah,tunggu turn adik saya bulan 6 nanti InsyaAllah. Am so happy for em both :)

p/s #2 : i found out ramai yang still reads about DIY:l abel tu..baguslah kalau ia dapat membantu anda semua. Maaf saya tak ambil tempahan dah. InsyaAllah senang je buatnya. Yang penting sabar :) Maaf juga kalau saya tak dapat nak reply satu satu comment as i am mostly on twitter and instagram nowadays. Jarang buka blog. Majulah DIY craft utnuk kita semua ^_^

08 April 2014

18 October 2013

Sloktober..

Oktober is kinda slow to me,maybe part of me waiting for mama and babah balik haji,come November. Boleh dikatakan tiap minggu call setiap anak dan menyatakan khabar. Ohh terharunya. :')

i did get a new job offer,12 minute drive from home..hoi jimat minyak ok..tapi all of sudden,like 3 days lagi nak pi serah diri tempat kerja baru,i decided not to. U cant blame the gemini in me. Geminians are always like this (blame the moon and the stars...hahahaha..bongok betul alasan mu). I still dont know why i turn down the new job offer though..it's a whirlwind at first,now dah macam Gary si siput spongebob dah keadaannya. In Allah we trust! (Beban kerja bertambah,JD saya MasyaAllah punya panjang...)

Ziyyad will be going to a new kindy next year. A private kindy called Nur Cemerlang, English medium kindy. Ziyyad need to step up. for 2 years kat Pasti,progress tu ada tapi tak macam bebudak yang kindy private, where all the kids at his age dah boleh membaca sikit sikit. English tu perlu..pasal asek asek tengok disney alih bahasa..Untungla dulu zaman tgk sesame street takde alih bahasa ni semua.

Ingat nak beli kereta baru.Ingat je pun..ini sama keadaannya macam ingat nak beli handphone baru,last last tak beli pun hah adoyainyapun. Right now antara Jazz dgn Rio..entah i love hatchback..mungkin versatility kot. Maybe Rio...pasal ncap,airbags yadayada all that stuff u can go read in their brochure. Jazz takde..tapi ntah Jazz kereta sample yg comel saya suka tengok. Kalau ada parking sebelah jazz saya akan parking sebelah dia,dan tulis surat cinta dan lekat pada wiper. Jazz i love u. bahahah. Tapi tulah with that amount of money boleh beli better equip car kan why not. Berangan je..poyo poyo masuk showroom,siap test drive kahkahkahkah. Salesman layankan aje..macam la ada duit..hahahahah,sedih,dintis nok.

I dont sew for kedai chomel anymore. Its the time constraint. Kerja saya bukan menghadap komputer je. When it involve sample testing sometime i had to berdiri and walk all day. Letih. Balik perlu bahagi masa pada suami dan anak. Kerana saya isteri dan mama juga pada masa yang sama. Jadi perlu korbankan satu perkara. Jalan ada dua,yang mana priority? tahniah pada wanita yang boleh juggle everything. Korang memang hebat.

Lately i have trouble sleeping at night..what gives? ntah..persediaan nak ada baby kot...jeng jeng jeng..takdelah belum 2 line lagi..doakan saya,amin :)

That's about it.kot.

p/s: Hasbiyallah wanikmal fa nikmal maula wanikmal naseer :)


06 September 2013

Dan nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan...

Saya belum dapat kesempatan untuk menceritakan kisah dan pengalaman sewaktu melakukan umrah bulan April..tiba tiba terinagat nak tulis,kerana mama dan babah saya akan pergi menunaikan haji bulan ini.

Makkah,selalu orang sebut rindunya nak pergi lagi. Sayamemang tak faham dulu..apa yang rindu sangat ye? Tapi memang betul,siapa yang diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk pergi ke Makkah,memang bila balik,rindu tu amat sangat. Seronoknya lahai duduk di Masjidilharraam,tengok kaabah je dah dapat berganda keberkatan dan pahala,apantah lagi kalau beribadah.

Penagalaman umrah saya...heheheh ada yang kelakar ada yang memang tak tersangka.

Sebelum ke Makkah, kami singgah Jordan kemudian BaitulMaqdis,Palestin,kemudian beru ke Makkah dak Madinah. Sewaktu di Baitul Maqdis,kami dah sampai agak lewat, ini kerana kelulusan utnuk memasuki pintu Israel agak sukar dan lewat, tapi apa pun Alhamdulillah, dapat pergi juga. walaupun hanya sampai dekat waktu maghrib,usai solat subuh esoknya perlu keluar segera ulang ke Jordan untuk menaiki flight ke Jeddah.


Gambar ini diambil dari Mount Olive, kubah emas itu dome of rock, yang hitam kiri tu Al-Aqsa :) . Angin waktu ni sangat kuat..
Sewaktu berjalan untuk solat Isyak di Dome of Rock,tu saya memang dah nampak buah strawberry dijual ditepi jalan....Ya Allah punyalah gemuk stoberi depa,nak berhenti beli tak sempat,kerana mengejarkan solat maghrib berjemaah di temat Nabi di bawa naik kelangit. Telan air liur aje sepanjang jalan,dengan niat nanti lepas isya' balik nanti dan lah beli. Isya kami jemaah di Masjidil Aqsa. Alhamdulillah cita cita saya ke situ tercapai. Allah huakbar..

lepas isya' jalan jalan sekeliling tu,tak sempat pun tengok wailing wall,yelah kekangan masa...tapi takpelah tu. Bila nak balik semula ke hotel lalu tempat yang sama,rezeki saya belum ada...gerai semua dah katup,stoberi pun dah takde...balik sedikit hampa. Tapi hati memujuk,takpelah..mungkin adalah tu rezeki cara lain pula Allah nak bagi.

semasa di Makkah,saya tak ingat hari yang ke berapa..usai solat Isya,balik ke hotel..well hotel kami ni hotel 3 bintang aja..jadinya saya tak harapkan buffet yang grand sangat..Alhamdulillah kenyang makan itu sudah memadai. Biasanya mereka jamu buah potong seperti oren or tembikai....tapi tulah hari itu  mereka jamu Strawberry! Siap ada coklat hershey lagi ... Ya Allah... Padanlah kakak saya pandang saya kata dia kata "Dila,hari ni rezeki kamu.."

SubhanAllah,walhamdullillah,Walailahaillallah,Wallahuakhbar

Dan celah mana lagi kita nak nafikan kekuasaan,kehebatan dan keagungan Allah? 

Tapi ni cerita best ada juga cerita pengajaran...tapi itu nanti saya cerita.. Seronok pula rasanya Mama dan Babah dapat pergi haji tahun ni..semoga Allah mempermudahkan perjalanan haji mereka,semoga perjalanan mereka easy,breezy and cool aje. Semoga mendapat haji yang mabrur,InsyaAllah.

Seronoknyaaaa!nak pergi Masjidilharaam lagiiiii... Pasang niat kita ye kawan-kawan untuk jejak kaki ke sana,rezeki Allah nak beri itu dalam pelbagai rupa..sepertu umrah saya ni pun,memang tidak tersangka juga. 

p/s: masa duduk Makkah,berat badan saya susut juga,yelah ulang alik jalan kaki ke hotel dan masjid. bagus juga kan...heee :)

17 June 2013

SURPRISEEEE! (gaya eric)

terkejut tak terkejut tak!

ini cerita sabtu saya.

Minggu lepas saya sangat down dengan kerja.Hati tak keruan. Jadinya menyinggah pergi Queensbay Mall,hajat dihati nak tenteram kan jiwa..kononnya.Keluar masuk kedai. Masuk Daiso, keluar Daiso..ingat nak membeli apa papa patut atau tak patut.hahaha.. Tapi ntah...takde mood. Saja gatal nak tengok tengok je

Akhirnya kaki masuk kedai Clarks..Jenama kasut yang dah 10 tahun saya pakai. Kasut kerja sedia ada ni pun dah 5 tahun hah pakai..masih elok,pakai sampai lunyai. The reason being i like clarks pasal satu dia comfy,dan satu lagi saya ada saiz. Kaki dongga kann..hahahah. Memang niat hati nak cari kasut untuk workwear. Nak yang wedges la tapi..cuba satu persatu mana yang wedges..try letak balik try letak balik..memang ada berkenan betul dengan satu kasut. Tapi wallet tak berkenan dengan harga tu.. Ah..takpelah kata hati kecil saya. Hujung bulan kalau ada rezeki lebih,saya belilah..kalau takde,sokay..there is always another time another day.

Ntah macam mana sabtu lepas,suddenly husband tanya saya "sayang..sayang pakai kasut saiz apa?" without suspecting anything i said "saiz 7,tapi tengok la kedai mana...kaki dila ni ikut kedai..clarks 7,kedai lain tanya hat paling besaq,awat nak belikan kasut ke?" tanya saya direct je,lelaki tak faham cryptic message atau bahasa berlapik ni..hahahah XD . He said "dok aih..kasut sayang tu banyak kat rumah mana tamau pakai abang nak derma je" ...i went "oooo...ok" dan teruskan buat kerja.

Saya pun tak harap dia belikan kasut. Saya tahu keadaan kewangan kami priority nya kemana. Jadi takde masalah pun.Tak memaksa,kesian suami kalau dipaksa dan mahu sangat diturutkan kehendak isteri. Kalau dia mampu lain cerita. 

So suddenly dalam petang hari Khamis,ayah mertua saya sms "Mai umah ayah,ada surat suh pi ambil barang pos laju,tadi ayah takdak di rumah". Dalam hati saya "apa barang lagi aku beli ni?...barang ebay dah sampai...shawl dah sampai..menang peraduan kot" LOL! boleh menang peraduan. Masuk peraduan pun tak, dah menang. Only on Friday evening,baru dan pi rumah ayah...sabtu baru dapat pi ambil.

Kena pi lebuh victoria ,yang nasib baik dekat dengan opis...dan kebetulan saya kerja sabtu tu.. dan dapatlah saya parcel ini dari kakak saya di KL.



dibalut cantik dan kemas siap riben bebunga cinta lagi. Mama saya balutkan riben kakak saya kata. So sweet my mama kannn..heee..Upon receiving my parcel terus send tis pic thru wasap,kasitau kat kakak dan  adik... well they know me better...hahahaha


Kakak suruh saya sabar dan buka pada hari isnin (my actual birthday), tapi yelah perangai saya memang tak sabar..hahahha 



Bila buka je,saya dapat kasut. Bukan sebarang kasut,tapi kasut yan gsaya cuba di queensbay hari tu. Rasa nak nanges. serius. Mama siap selit resit takut kalau salah saiz boleh tukar. So ever thoughtful my mama. Kasut ini jadi pilihan hati saa pasal satu dia wedges,dan satu lagi pasal tapak dia tu. Comfy gila. Kasut kerja idaman hati..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah. terima kasih kaknaz,terima kasih mama babah (tolong balut and poskan),dah suami cinta hati bersekongkol sama dalam menjayakan rancangan.

Semoga Allah membalas dengan perkara yang lebih baik berlipat kali ganda :')

Ye,saya sudah 30 tahun..menginjak ke angka baru..Alhamdulillah,masih lagi mampu bernyawa (ini schedule post,kalau kata ajal hari ini,siapa yang akan tahu). Ye...sudah tua. yay!

p/s: Till we meet in Jannah kesayangan ku :)

10 June 2013

About..work.

Its June already..time sure flies.

so,apa perkembangan setakat ini bagi saya? Alhamdullilah diberi kesempatan melakukan umrah,walau rasa diri tak layak..tapi atas izinNya dapat juga jejak kaki Tanah Haram. Bukan itu sahaja,diberi kesempatan melawat Al-Aqsa juga.MasyaAllah...kalau ada peluang memang mahu kesana lagi.

will be turning 30 this June..takpe masih nampak muda ada orang kata muka student..wahahaha!matilah pujik diri sendiri XD

and yes a new job responsibilities... walau anjakan gaji tak berapa,tapi pengalaman tu kita kejar dulu.. Memang kerja selalu buat saya termenung..siapa ikut blog ni dari dulu..tahulah ups and downs pekerjaan saya. Memang asyik mengeluh perihal gaji tak setimpal (it is till now..but selagi it pays the bills..yeah..whatever) 

Memang selalu juga tiap kali hujung tahun saya berjumpa dengan bos tanya perihal ini dengan beban kerja baru blabla..ada juga kawan sekerja yang tak faham lagi..tapi biarlah diorang tak faham,bukan tugas saya untuk memahamkan diorang...kamu tak puas hati bukan pada aku kamu lempiaskan marah dan perli,pergilah jumpa bos,lemparkan ketakpuasan hati kamu pada dia.

Apa-apa pun i believe,Allah has reasons for all these to happen. Dia tak pernah sia-siakan hambanya (walau kadang hamba dia suka lupa,buat lalai,endah tak endah... :'( ) . Opportunity tu ada,but you have to wait. Allah is teaching me to sabar..To keep calm,and eventually things will fall in into place. Walaupun nampak lambat terasa lambat,walau kadang tak terdaya lagi nak apply hantar resume kat jobstreet,walau terkadang memang tahap putus asa dah..Mahu tak,am gonna be 30,apa pencapaian hidup? (kita selalu fikir apa yang kita belum dapat,tapi kita tak pernah ambil kira apa yang kia dah ada,dah dapat..Astaghfiruallahalazim)

Tapi jangan..teruskan jalan. Baik sangka dengan Dia..Dia yang berkuasa membolak balikan hati. Dia memliliki langit dan bumi. Kita,ni manusia..tinggal usaha,dan tawakkal. Kita ada perancangan tapi Dia juga penentunya. Walau kadang nampak jalan tu susah,tapi ingat dalam surah AL Baqarah..Allah tak akan membebankan kita kalau kita tak terdaya.. 



p/s: 6 month probation.Banyak nak kena catch up,dan buktikan bulan 12 ni.IsnyaAllah,i will show em what i can do. Lepastu,yang lainnya,terserah pada Allah,tuhan sekalian alam.

p/p/s: kepada yang tanya tentang felt ada jual online..boleh try google as i also couldnt remember the site already.lama dah tak beli kain felt 

30 May 2013

30!

Bila dah meningkat usia ni ada sikit gelabah kedut timbul dimuka...saya tak risau kedut. Saya risaukan blackheads yg degil,emm dan juga kedut..fineeeee!

i've been using safi rania quit sometimes juga,saya tiada masalah kulit muka,jadi kalau bertukar produk pun tak berapa nak ada masalah,Alhamdulillah..sebelum ni saya ada pakai produk Hado Labo,tak berapa suka pasal itu mainly utk kasi lembab kulit semata-mata..macam tu je ke effect yg ada?..hahahah


set lengkap safi rania,seswai utk orang nak cantik tamau nampak tua *ehem* tapi poket tak berapa nak besar tak mampu beli SKII atau Lamer (lamer kau hah..) nak beli epyhra tiap bulan lagilah nan hado.

moisturizer malam dalam RM26 siang with spf 20 tu dlm RM23, toner RM13, dan paling best serum dia..serum dia tak ingat harga.tapi best la pakai. Nak murah beli kat Mydin,murah a few ringgit juga. (memang dasar kalau dah murah nak murah lagi...dasarrrr)

pencuci saya guna base gel dan scrub juga dari Safi Rania..suka pencuci muka dia yg gel,pasal lepas tu muka jadi supple,lembut dan lembab.


Oh!saya sangat suka dgn krim bawah mata ni...ni saya tak beli..tak mampu le nak beli, ini pemberian kakak ipar saya,dia mempunyai kulit yg cantik (ini kerana dia rajin menjaga kulit dan tubuh badan ye..tak macam saya) she even teach me how to apply it correctly (kamu ingat main sapu je?tak ok...ada cara nya)


ini khas untuk pori pori saya yg suka berminyak dikawasan hidung..erghh! DEad see facial mud mask tu pakai seminggu sekali je,beli kat Jordan. Yg tulis tulis jepun tu beli kat daiso utk blackheads and whiteheads.khas utk hidung..macam mask kecil comel utk hidung tenene *sound efek doraemon*. Leno tu applied after dah cuci muka,tanggalkan blackeheads guna mask hidung hitam tu,kecikkan pori.


savee mask,RM1 a piece..tgh promo,saya beli 10,baru try yg Milk Sleeping Paper Mask..sangat best!saya suka mask ni..bila pakai kulit sya tak pedih. Ada collagen mask saya beli di Watson agak mahal juga,pakai tak tahan 5 minit,pasal ulit saya jadi pedih! 3D paper mask tu boleh sangkut sampai teling dan terus tutup neck..kalau ikut gambarnya. Savee ni singapore punya produk.


Dan ini untuk badan. kasi lumuq saja..hahahah. Tapi time rajin lumuq la,time tak rajin...emmm hahahah (kena rajin,dan displin...)

I am not the type yang displin dan rajin,sometimes well most of the times i skip all the cleanse-toner-moisturiser process..cuci muka time wudhuk je..boleh? Dah tu macam mana nak cantik kalau malas kan..so yeah..kenalah rajin membelek menjaga tubuh badan. 

orang yang plaing kritikal nak tengok saya setiap hari,siang dan malam ialah suami. Dia itu suka telek hidung saya dan pegang hidung saya dan berkata
 "apa ni kasar,dari jauh dah nampak hitam..dulu sebelum kawen dari jauh nampak licin..sekarang ni muka nampak pucat kusam...dulu berseri" 
hah!tengok,inilah pengkritik tetap saya. Tapi masa bujang apa yang saya tak tepek. Setiap minggu stim kan muka,tanggalkan blackheads,scrub semua tak pernah tinggal. Kalau pegi mana-mana mesti singgah watson beli barang penjagaan diri,kau hah! sekarang..macam..emmm aaa...hahahah XD

Saya juga orang yang jenis suka bermakeup,kadang keluar rumah muka togel,pucat..kalau rajin (kalauu!) BB cream,blusher sikit dan lip balm..dah jalan.mascara ke eyeliner ke blusher ke memang takde,dulu masa bujang rajin la tepek. Mungkin pasal tu muka takde problem sangat...mungkin la.

Mesti.Jaga.Diri.Untuk.Suami!

p/s: saya punya basic skin care sahaja. Ada orang yang lebih detail penjagaan kulit muka,anti ageing cream lain,serum muka lain,itu lain ini lain..sesungguhnya orang itu sangatlah sabar dan berdisplin. Huhuhhu

p/s/s: Ramai yg bertanya mana nak beli iron on paper untuk buat label. Paper tu boleh beli kedai yang jual printer biasa ada satu section jual printer photo paper,online pun ada tak silap. Cer try google :)


06 April 2013

Potato au gratin - recipe

Gratin: Gratin (French pronunciation: ​[ɡʁatɛ̃]) is a widespread culinary technique in food preparation in which an ingredient is topped with abrowned crust, often using breadcrumbsgrated cheese, egg and/or butter.[1][2][3] Gratin originated in French cuisine and is usually prepared in a shallow dish of some kind. A gratin is baked or cooked under an overhead grill or broiler to form a golden crust on top and is traditionally served in its baking dish (source: Wikipedia)

Potato au grtain saya ikur resipi nigella lawson.takde cheese. Cuma saya substitute heavy cream with 1 sudu tepung gandum+water.

Bahan-bahan:

1. Potato (ikut berapa ramai nak makan,kentang sederhana tu untuk sorang makan)
2.bawang sederhana besar (pun ikutla berapa banyak..dice)
3.mixed herbs
4.garam
5. preheat oven at 250oC

cara-cara memasak: 





1.slice your potato nipis-nipis..nak potong guna pisau pun ok,but i choose to grate it instead,senang.  Lepas tu rebuskan sampai agak-agak masak,jgn lembik sangat. air tu make sure letak garam secukupnya.toskan dan letak tepi.



2. tumis bawang merah,tumis guna minyak pun ok,guna butter pun boleh..sampai naik bau


3. lepastu masukkan mixed herbs. tumis sikit,letak air. Air ni agak-agak dlm satu cup. ikut berapa byk kentang. lepastu letak satu sudu besar tepung gandum


4. mcm nilah lebih kurang after letak air+tepung. macam bechamel sauce. cumanya i didnt cooked it in milk. kalau rasa pekat sangat add water,sikit demi sikit. (kalau ikut nak cepat,kentang yg dah di tos tadi saya humban masuk dlm white sauce ni,lepas tu masuk dlm oven proof dish,bakar je..tapi weekend ni masa byk..kita buat cecantik la ye XD )


5. susun kentang yang dah direbus tadi,lapiskan dengan white sauce tu.last ini macam.. masuk kan dlm oven bakar dlm 20 minit macam tu atau sampai jadi kuning keemasan.


siap untuk dimakan...jgn makan selalu,nanti gem gem! ada juga variasi yang letak grated parmesan cheese on top. ada yg bawah kentang letak cendawan..resipi sendiri,masing masing punya citarasa :)

sekian,terima kasih ! :)






{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 March 2013

LabaikaAllahummalabaik...

link: Fuh
            

InsyaAllah,hari isnin saya ni saya berangkat untuk mengerjakan umrah..tapi sebelum masuk Makkah,saya akan menziarahi Masjid al-Aqsa. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi tetamunya..saya akan pergi bersama mama babah saya,kakak dan adik.

kenapa skema aku taip..tolonglah.

mohon doa kalian semoga perjalanan pergi dan pulang kami selamat. Nak masuk Palestin dengan kawalan ketat tentera yahudi cuak juga perasaannya. Takpe,kita ada Dia. Doakan juga kami semua dalam keadaan kesihatan yang berpanjangan ketika disana nanti. Sebenarnya saya dah nearly 3 weeks demam,selesema,sakit ngengkong dan batuk batuk.ni baru ok sikit.kadang kadang gatal gatal tekak rasa nak garuk je.

Maafkan saya andai kata pembaca blog ni yang sakit hati dengan saya. Pemfollow twitter dan juga facebook. Biasalah,tak semua orang suka apa yg kita update kan..kan..kan....eh.

p/s:mula mula rasa cuak sangat nak masuk BaitulAllah..yelah,dengan keadaan bersalut dosa segunung tingginya,takut sangat..tapi tulah,mama pesan supaya perbanyakkan solat taubat. Baru lapang hati sikit. Allah kan arRahman arRahim :) aku datang ya Allah.... ;')



{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

22 February 2013

jarang-jarang..kaddang-kaddang

sudah lama tak meluahkan apa yang terpendam didalam kotak hati..semakin kekurangan masa nak diluangkan disini..

hidupnya sudahla segan,matinya dilambat-lambatkan.

twitter penyebab barangkali..kenapa aku tak banyak menaip disini. dan juga instagram. 

kadang,gambar lebih banyak bercerita dan tak perlu kan banyak kata-kata. twitter lebih mudah,limit 140 patah perkataan sahaja.

tu je.kthxbye.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

22 January 2013

awat hang tak boleh duk sengap..

since having my own kid,tak pernahnya makan di luar aman damai..

kejap kejap Ziyyad would run around,sometime he climb the chairs,disturb kakak cashier,duduk bawah meja,you name it

acap kali aku baca twit orang,

"pasaipa la mak bapak dia buat bodo je kak anak dia memekak?"

"children should be ban in this restaurant la,bising,tak romantik tau nak din din dgn boyfie i *flip hair*"

ye,dan pelbagai lagi cacian dan tohmahan dilemparkan *menangis lari hempas badan ataih katil*

suakan PSP,ipad atau tab? ntah...Ziyyad disuakan PSP duduk tertib sat saja,dan la nak telan nasi sekali dua..aku ikat hang ataih kerusi baru hang ada akai Ziyyad..

hehehe,takdak la ganaih tara tu sekali,saya cuma cakap dalam senyum and gritted teeth 

"balik rumah sat nanti,Ziyyad kena la..tunggu sat na..."

sometime,memang tak larait pun,biaq pi la dia hingaq...hahahah.tak..memang saya biarkan aja.dia penat nanti dia diamlah. XD

p/s:yg selalu duk komplen orang bujang.atau masih belum rizkinya ada anak lagi..dan acapkali mereka ini akan mengeluarkan kata-kata "nanti kalau saya ada anak,saya tak buat la lagutu" i wish u well and good luck :D


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

20 January 2013

kadang-kadang...


kadang-kadang berasa...kenapalah perlu kerja kuat sangat kat dunia walhal yang penting kehidupan di akhirat sana..

kerja kat dunia,takat cukup makan pun ok pe... 


p/s: adalah malas update resume,tapi tak boleh malas,kena tekun dan sabar.heh.




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

18 December 2012

not a day goes by...

not a day goes by,...i didn't regret sending Ziyyad to his babysitter

he is almost 5..memang sometime dia nak pegi rumah "mak" (as he called his babysitter) pasal boring duduk rumah sendiri. Yelah sana ada ramai orang nak layan dia.

Memang Ziyyad tak rapat dengan aku..aku akui,cuma kalau dia jatuh ke apa baru lah dia keriau cari aku. 

Tapi bila orang kata itu salah aku sebab Ziyyad tak rapat dengan aku..aku hanya mampu duduk,membisu.

salah aku kah menghantar Ziyyad ke rumah pengasuh sementelah aku pergi kerja mencari duit?

salah aku kah yang mahu sangat pergi kerja,petang baru balik?

tahu tak letih,layan perasaan yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal.

tak kerja duit tak cukup untuk tampung keperluan. Harapkan duit suami memang tak cukup..

memang ikut hati,dari dulu lagi tanyalah kawan-kawan se uni , lepas belajar,kerja,kawen,berhenti keje jaga anak.

memang aku nak jaga anak aku sendiri..tangan aku sendiri,depan mata aku sendiri..

takde pengasuh ke,maid ke,mak ayah ke yang jaga.

tapi menjadi ibu sepenuh waktu dewasa ini luxury (bagi aku..) jadi ibu yang duduk dirumah jaga anak urus rumah.Itu memang impian aku

siapa tak sedih...bila kata aku punca anak tak rapat dengan mama dia sendiri.

memang sedih tahu,kena kecam sebegitu..dan kau tak punya pilihan melainkan telan.

kau tak sebak ke bila anak cakap ini di waktu pagi

"ziyyad tamau mainannn...Ziyyad nak mama je!"

bila aku pujuk acap kali hendak ke pejabat..aku katakan aku akan belikan dia mainan bila tiba petang.

letih fikir..kongsi masalah hanya menambah beban akhirnya ditempelak. Simpan sendiri makan hati lama-lama boleh mati..tak terluah,tak tertelan. 

p/s:esok ada training,2 hari di KL..yelah tinggal lagi..salah aku lagi. hooray!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 December 2012

Big Bad Wolf 2012


sebelum apa-apa meh la cuci mata..hahahah.

arrived at KL around 12.30am (Saturday) terus pegi BBW dengan adik. I did bring along my luggage bag with wheels. memang tak menyesal la bawa. Penuh beg tu hari.

ingatkan tak ramai orang around 1 am macam tu..tapi giler ramai. Tapi dalam MIECC tu still ok to roam around cari buku. (Tawaf children section 2 kali sementara tunggu nak bayar..the line beratur nak bayar gila..queued up almost 2 hours..and adalah peghak mana cut our Q..jgn buat susah orang nak dibalas tuhan)


sebelum pergi BBW i did made a list of books that i want to buy..seperti rajah di atas..saya mmg berniat nak belikan Ziyyad buku Mr.Men and Little Miss, sekali jumpa terus la borong. RM 5 a piece,kat Borders box ser RM180 if not mistaken.


antara lain buku Ziyyad..buku human body 3D tu last sekali nak bayar baru jumpa,tawaf children's section dekat 2 kali tak ketemu. masa beratur nak bayar memang hampir kecewa. Dalam list mmg ada buku tu untuk beli buat Ziyyad. Niat sangat-sangat. Sampai adik kata pada saya "takpelah,tak rezeki Ziyyad" habis je dia cakap macam tu,saya mcm ternampak kelibat buku biru ada otak, dicelah kotak-kotak yang orang abundant ,capai dan tengok buku tu! ALhamdulillah rezeki Ziyyad. 



These are my books..cook books dan juga buku merepek nak baca gelak-gelak. Nak beli chick lits macam ntah beli nak baca. Dan saya masih ada lagi buku chick lit yang belum dibaca...ahahahaha XD. Buku memasak saya semua hard cover. Nigella punya buku RM30 a piece,same goes to Jamie punya buku. Hardcover bawah Rm30 memang sapu la..tunggu lagi?

so we went back at around 530 am..walaupun queue panjang giler,tapi kudos to all the staff. Sangat helpful sangat friendly sangat awesome la habis cerita. Still can put up a smile tgh pagi buta tu baguslah kan,helpful sangat!


Penuh dgn buku,baju saya letak beg plastik je..no kidding.

saya budget RM300 tapi under budget RM283 untuk semua buku diatas. Sekarang ni masalah dia,rak buku dah penuh. with my books,Ziyyad lagi babah dia lagi punya kitab-kitab...we need expedit. Takpun custom made shelves,pasal ikea takde kat sini.heh.

p/s: tak sabar nak baca buku Mr.Men dgn Ziyyad..hehehehe :)

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}