Search This Blog

03 December 2009

*u click i click*

fenomena betul dah sekarang

ada geng " klik nuffnang i,i click nuffnang u ye"

wahhhh!

saya tak mau bincang lebih lanjut

boleh baca kat sini pasal komuniti klik NN supaya dapat duit lagi masyuk


dan


padanlah ari tu kat shoutbox saya ada org kata gini

"saya dah klik mister patato" (masa tu iklan NN ni pasal mister patato)

dalam hati saya kata

"so?"

saya tak paham rupanya...dia suruh saya klik balik iklan mister patato die...owhhhh..baru paham

korang yg join geng klik ni janganlah..Nuffnang tak bodow sangat

nanti tak pasal dia band blog korang,lagi lah haru

korang yg nak kaya sangat ni kan..apa kata korang letak ad iklan arak je..carlbergs kaya tau..mesti kalau klik lagi banyak duit haram masyuk...hahahah

p/s::apa lah sgt harap pada nuffnang..baik la korang jual karipap sejuk beku ke kopok leko ke bidadari ke secara sambilan/online..tak dapat banyak dapat sikit...tak delah korang komplen "setahun letak nuffnang cuma 75 sen jeek?"...

p/p/s:: byk lak entry utk hari ni..heheh..sorry.

Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

*MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest*

contest datang lagi! (bunyik macam tora datang lagi je ek)

MBP buat contest..bulan ni theme dia smiling baybeh!




nama:: Izzul Ziyyad bin Anas
DOB:: 28th July 2008

this picture were taken by my sister, Taro

masa ni kami tengah makan di Homst,TTDI

Ziyyad as usual akan entertain with small things

even the smallest thing pun dia akan tersenyum ceria

main ba-ba-chak pun boleh ketawa terkekeh-kekeh

main patung harimau pun boleh tergelak sorang-sorang

main cuit-cuit kaki pun boleh tersenyum gembira

hati ini senang lapang bila tengok Ziyyad ketawa ceria,tersenyum gembira

hati dewasa ini akan turut sama ketawa dan tersenyum

senyuman dari si kecil ini boleh menceriakan suasana

senyuman yang terukir tu sangat ikhlas tanpa di paksa

senyum,benda yang paling mudah di lakukan,tapi tak ramai nak buat

senyuman nampak sahaja kecil,tapi besar kuasanya

senyumlah pada orang disekeliling...kerana senyum itu sedekah yang paling mudah (dapat pahala lagi..tak mau ke pahala mudah ni?)


p/s:: senyumlah senyumlah wahai cek mek molek...



a contest brought to u buy





Chomel Nursing Cover

*benda kecil besar maknanya*

i woke up late this morning

kelam labut bangun (tu pun husband kejutkan), pasal saya belum bungkus 3 NC untuk di hantar hari ni

saya belum pasang adjustable ring dia lagi,saya belum iron the NCs lagi...

so husband help me pasang the rings,and i do the ironing and wrapping

masa saya tengah sibuk bungkus

husband siapkan beg Ziyyad untuk dibawa ke rumah kak Maria

buatkan air untuk bekal ZIyyad,letak baju Ziyyad dalam beg tu..lengkap semua

Ziyyad bangun,husband siapkan Ziyyad pula

tukar pampers dia and jaga Ziyyad while i took my shower

husband juga buatkan telur mata kerbau telur kuning cair untuk breakfast saya

telur mata kerbau telur kuning cair letak antara dua keping roti,soso cili jangan lupa ye..

sedappp sangat!

husband juga bungkuskan beg kerja saya

masukkan laptop dalam beg pasal semalam tak sempat bungkus pun

semua siap...boleh pergi kerja dah

i cant thank you enough abang for all the help that u have done

its the small things that make the differences

p/s:: saya tak boleh buka kedaichomel di opis,tak tahu mana silapnya..mmmm




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

02 December 2009

*kisah beg hijau*

Beg Hijau = Green Eco Bag

saya sudah mula menggunakan beg hijau

ada beg hijau yang saya jahit sendiri ada yag saya beli (bawah RM2 je satu)

masa saya pergi Giant,saya ada beli beg hijau giant

semasa nak bayar,i told the cashier

"tak nak plastik ye,masukkan dalam beg hijau giant ni"

boleh tak budak cashier tu cakap apa

"eh..kuat ke kak beg ni?...letak kain bolehlah"

i did buy some detergent (which is not eco friendly..ahaha), susu Ziyyad dan sebotol kordial yang boleh tahan beratnya

so i said to her

" adik, plastik tu boleh je bawa botol fab ni kan, tak kan lah beg ni tak boleh? lagi satu,kamu promot green campaign,tapi kamu tak support pun produk syarikat kamu sendiri"

tersengih-sengih budak tu,seraya memasukkan barang kedalam beg hijau saya

saya tak sepenuhnya hijau

Ziyyad masih lagi menggunakan lampin pakai buang (tapi saya rasa ingin bertukar kepada cloth diaper..tapi i tot i want to potty train him like Arwen..poty train lagi jimat u olls!), i still tapau makan using suratkhabar,plastik cointainer or foam container.

im doing my green thingy slowly

and at my home,ada satu comunity ni akan mengutip barang-barang yg boleh di recycle,one a month macam tu depa akan datang kutip

will do sort up my sampah nanti

takat ni,hanya paper je..hehehe

being green in not cheap u know,but it is a well worth investment for my kid(s) future :)

p/s::oleh kerana pengunjung tegar ikea,saya juga ada beg biru eco ikea tu,RM1.90 sen je u olss

p/p/s:: u olls?hahaha

Photobucket




Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!

01 December 2009

*agen insuran yang merepek*

hari tu ada agen insuran datang ke opis

agen insuran ini melayu,dan melayu semestinya Islam (insyaAllah)

jadi mereka (ada dua orang,satu muka macam ostad je nengok) ceritalah

dia kata

"kita melayu ni berapa kerat je ada insuran,berapa kerat je yang ada simpanan dalam bank?"

"kita tengok orang cina dan india,mereka semua ada insuran dan simpanan"

"anak-anak orang cina dan india berapa kerat yang ambil ptptn?kita melau berapa ramai yang nak amek ptptn?"

(saat ni saya rasa,hangpa ni juai takaful isuran ka, nak cita pasai pa)

pastu siap la dia (orang takaful insuran) buat graf dan statistik kat papan putih

cerita pung pang pung pang

kalau anak kita mati sape nak bela lah,kalau husband mati iseri ada yg terbiar lah

lepas tu ada sesi soal jawab

one of my collegue asked one of em

"kalau kata saya join bulan ni,tapi tiba-tiba bulan depan saya tak dapat gaji dan tak dapat bayar,apa jadi dengan akaun takaful insuran saya?"

mereka jawap apa tau

"kita kena yakin dengan Allah,kita ada gaji tahun depan"

boleh tak kata gitu,sedangkan tadi kamu cerita tentang siapa nak jaga anak kalau mak pak mati semua..

baik lah aku doa tawakkal je supaya aku selamat di dunia..dan yakin ada orang akan jaga anak aku

apadaa jawapan

lepas tu dia corrected jawapan dia balik

"kalau tak dapat bayar tahun depan,kira burn la semua,kosong je akaun kita"

kan senang jawab macam tu...

korang yang agen insuran tu janganlah jadi macam depa kat atas ni

nak jual produk,cerita pasal apa plan yang sesuai dan apa yang dicover oleh plan tu

ni tak,mukadimah dah cina melayu india,cerita pasal plan takdak pun

cerita la pasal medical card ke,benefit ke

saya cukup tak suka orang menjual macam ni

saya pernah juga didatangi oleh wakil insurang yg berbangsa cina, dia memang cerita pasal produk dia semua..memang menyakinkan,dan nasib saya tak beli,pasal saya memang dah ada insuran dah pun

maaf kata,tapi sesetangah melayu yang jual produk ni bersikap perkauman

pernah satu hari saya berjalan di shopping complex dan ditahan oleh orang penjual Linguaphone (hok ajar bahasa omputih tu)

dia bagi saya beberapa perkataan,dan menyuruh saya menyebut perkataan-perkataan tu semua (antaranya ialah Chaos..saya sebut betul..Kay-Os)

so saya tak nak beli la product linguaphone tu..boleh tak penjual tu kata apa

"kalau akak tak nak beli takpelah, saya cuma nak tolong orang melayu je"

saya kata balik pada dia

"Dik,kamu nak jual,jual pada yang tak tahu,bukan pada yang tahu..faham?"

saya blah terus..marah punya pasal

nak jual tapi kerek nak mampos..malas aku nak layan kamu..

p/s:: "nak berniaga buat cara elok-elok....ni nak kerek tak tentu hala..pang sekali mau tau.


Chomel Nursing Cover

DSLR strap slipcover!RM15 only!