Search This Blog

15 September 2009

*complaint much*

saya mendengar radio era tatkala menaip entry ini

ruang keluh kesah besama Pak Nil

orang ini mengadu,katanya persiapan raya tiada apa-apa pun

ala kadar je

korang nak tengok tak ala kadar yang true punya

rumah ini terletak di Sik Kedah

En.Anas bersama rombongan Jejak Fakir,telah menjejaki fakir-fakir di bahagian Kedah

memang banyak fakir di sini

Rumah itu didirikan oleh orang kamung untuk mereka

kata En.Anas

"makcik tu jemput kami naik rumah,tapi kami takut nak naik,takut reban" (reban = runtuh)

sumbangan yang diberikan antaranya berupa beras dan sedikit uang

hasil sumbangan orang ramai

bukan mereka tak berusaha

yelah korang yang kaya raya kan selalu kata

Allah tak kan ubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang ubah nasib

tapi kan

makcik yang duduk 'rumah' ni

tua sangat,sakit dan uzur pula

hanya mengharap simpati masyarakat keliling

nak buat pinjaman tak mampu,kalau boleh buat pinjaman sahih dah jadi jutawan dan boleh melancong ke luar negara secara percuma dan pakai kereta porche cayenne , tak gitu


kalau banding rumah korang dengan rumah pakcik ni

agak-agak sofa lama korang yang korang kata buruk sangat yang nak ganti baru tu

buruk lagi tak pada mata korang? (kalau korang tak nak, sedekah je kat org yg lebih perlu :D )

rumah pakcik ni elok sikit dari yang lain

kadang-kadang kita lupa,kita shopping bagai nak rak untuk raya

tapi ada tak kita sedekah pada orang yang lebih memerlukan

kalau kita boleh belanja RM1000 untuk kelengkapan diri,boleh tak kita sedekah barang RM500 pada orang yang lebih perlu daripada kita

ingat,macam mana kaya pun kita,duit itu bukan hak kita..

betul sedekah mana yang termampu

tapi kalau gaji 16 angka kasik derma 2 angka je..lu fikirlah sendiri..

dan ingat,kalau kita susah, ada orang lagi susah pada kita

p/s:: when Ziyyad dah besar sikit,will bring him along ikut jejak fakir,tak lah sibuk nak barang branded je,kasik brain wash sikit..kihkihkih

p/p/s:: kita bayar zakat,tapi kenapa masih ada fakir miskin di Malaysia ni ye? keluar berita TV3 kelmarin,rumah dia dari kadbod je,anak ramai,paling kecik 6 bulan rasanya,minum susu pekat je (breastfeeding hardcore jgn nak mengata plak bukan-bukan,kalau korang hardcore sangat pegi sampaikan ilmu kat ibu tu..dia takde internet nak tengok susuibu.com,dan takde duit beli mendela, jgn cakap pung pang pung pang saja..saya terasa juga hari tu ada orang kata "nasib baik takde susu harimau,kalau tak mesti (ibu FM) bagi dah" wah muluttt, klas kau nyah)

susu tu pun bukan kamu punya,Allah yang bagi,jangan riak sangat,esok-esok kering kontang, jangan sampai kena jilat ludah sendiri balik sudahlah ye.

kalau bagi susu lembu anak lembu la ek..kalau kasik susu soya..anak pokok soya la ek?

dah,aku emo ke mana hala plak dah ni..haih!

take a chill pill :)

::updated::

read HERE for the controversial issue (itu olang aa sudah kene nasehat lorr..)

(tapi kan dia yang pung pang pung pang pasal AL-Quran semua,tapi kenapa statement macam ini boleh keluar pula ye..ohhh,saya lupadia juga manusia seperti kita semua,bukan anak pokok soya mahupun anak rimau ye kawan-kawan semua..hahaha...maafkan saja keterlanjuran dia)

Doa saya,semoga anak-anak kita menjadi insan yang ihsan pada orang lain,InsyaAllah,ameennn.


Chomel Nursing Cover

*nasi lemak Cik Intan Kini di Acresville*

akhirnya saya berjaya juga memasak nasi lemak ala Cik Intan Taman Ehsan

paling best bila En.Anas kata

"sedap,macam mama buat"

senyum je saya dengar,kembang kempis hidung ni hah

buka periuk nasi je,bau harum santan dari nasi lemak naik

En.Anas kata

"san betul bau nasi ni" (san = sedap)

senyum melere sampai ke pagi tau..heheh

saya masak nasi lemak masa berbuka semalam

balik kerja terus beperang kat dapur

saya dengki dengan Elissimie sebenarnya

pegi blog dia,berbuka mesti masak,ada aje gambar masakan dia

tertanya saya pada diri sendiri

"rajin betul dia ni..macam mana boleh ada masa plak masak ek?"

oleh kerana dengki,saya pun dengan azam yang tekad

masak jugalah,mana boleh kalah..hahaha

sudah beberapa hari juga saya memasak

dan akibatnya En.Anas kata

"sayang jangan masak selalu lah,nanti abang jadi gemuk,tambah nasi 2 kali"

:))))))))

Elissimie,thanks ye..anda andalah sumber inspirasi saya untuk rajin memasak walau seharian penat bekerja (penat ke dila?hahahah)

p/s:: kita kadang-kadang bila sampai peringkat terpaksa,kita akan berusaha sendiri. macam saya, teringin betul makan nasi lemak Cik Intan,oleh kerana Cik Intan duduk di taman ehsan,nak tak nak saya kena masak sendiri.. Cik Intan raya buat nasi lemak,tu yang paling laku kalah ketupat rendang.

p/p/s:: habis la kena suruh masak nasi lemak balik Kl kang..hahaha.



Chomel Nursing Cover

14 September 2009

*1000 miles*

budak cheeky

tengoklah ambik gambar siap jelir jelir lidah

Ziyyad sekarang sudah tahu apa itu Giraffe,Elephant,Zebra,Peacock and Monkey (dan juga patung ultraman..hahaha)

bila kita kata

"Ziyyad,tolong ambil kan mama ultraman tu?"

nanti dia tekedek-kedek ambik patung ultraman yang tiup-tiup tu

kalau kita kata

"sayang dulu monkey tu(munkee sebenarnya,soft toys monyet pemberian mamalong)"

dia kasih slobbery wet kiss kat monkey (mainan patung sepah-sepah ada giraffe,monkey,ultraman,dia tahu mana satu monkey giraffe semua)

ye Ziyyad juga sudah tahu sayang (kiss on cheek) macam mana :)

kalau orang kata

"mana hidung Ziyyad yang cantik tu"

nanti dia kerut-kerut kan hidung (crinkle his nose), serius comel sangat

and saje je suruh dia tunjuk hidung comel beberapa kali sampai dia buhsan,hahaha

mainan yang paling dia suka main ialah tolak-tolak tarik tarik traktor (husband ikat tali pendek kat traktor tu ,so Ziyyad boleh jalan sambil tarik traktor tu)

dan juga naik kete merah,siap buat lap lagi..

he knows how to ride the red car before he can walk...hehehhe

p/s ::buku yang saya beli untuk Ziyyad (Baby Zoo) semuanya gambar haiwan yang real,bukan kartun-kartun,so that dia tak keliru bila pegi Zoo kelak



Chomel Nursing Cover

13 September 2009

*Anasfadilah Raya Giveaway!-result*

setelah menilik dengan teliti dan menerima pakai nasihat ahlil nujum negara

maka 3 orang yang bertuah ialah

1. Anne Fauzi

2. Wan Amira Wan Salleh

3. Nurul Qastalani

tahniah!

yang lain jangan putus asa,dosa..Allah tak suka :)

ketiga-tiga mereka tekah dihubungi melalui Facebook msg masing-masing

atau sila emailkan alamat dan no tel. anda ke stashowale at hotmail dot com

terima kasih anda semua yang menyertai Giveway raya dari saya

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan

" Kereta dah servis belum nak jalan jauh balik kampung tu? dan Maaf Zahir dan Batin"

hehehehe

p/s::cepat bagi alamat,cepat saya hantar,sebelum raya boleh dapat,masa raya boleh la bergaye,tak gitu kawan-kawan :D


Chomel Nursing Cover

*Ziyyad,mana sayur pucuk mama?*

Sayur pucuk hilang sebentar tadi

puas cari merata kat dapur

siap tanya Ziyyad lagi

pakcik kecik ni lah yang nyorokkan sayur pucuk untuk lodeh saya petang nanti

tau tak mana jumpa sayur pucuk saya?

pakcik kecik nyorokkan dalam drawer bolehhh

sib baik la jumpa

Ziyyad ada bersama saya masa saya sibuk prepare untuk masak lodeh,potong mana yang patut

kita kedapur,dia pun kedapur sama, "kemas" apa patut

p/s:: selama 3 hari saya ajar Ziyyad minum guna sippy cup,akhirnya berjaya. saya tahu patutnya time ni Ziyyad sudah tahu minum guna straw..takpelah..better late than never kan?..hehehe :D






Chomel Nursing Cover