Search This Blog

Showing posts with label ntahapahapa.. Show all posts
Showing posts with label ntahapahapa.. Show all posts

06 September 2010

cerita sedekah sape lagi banyak

ini cerita lawak bodo bulan ramadha,ok,tak lawak pun tapi macam "apa hal kau ni?"

ceritanya begini

kumpulam pemuda parti politik A,telah memberi sumbangan hari raya pada fakir miskin dan orang kurang upaya,sumbangan berbentuk wang dan juga makanan (beras,minyak etc)

nak dijadikan cerita Group A ni beri sumbangan hari raya kat depan rumah salah seorang ahli Group B (another parti politik lah)..Ahli group B ni macam tak puas hati je beli Group A datang memberikan bantuan kat jiran depan rumah dia,

kebetulan,ahli Group B ni ada kedai runcit sendiri,jadinya pada suatu hari yang telah disuratkan, salah seorang ahli group A datang beli barang di kedainya.

oleh kerana hati sakit awat tak tau ahli group B dia pun start cerita pung pang kat seorang customer yang tak tahu menahu jadi mangsa keadaan,saja kuatkan suara supaya ahli group A ni dengar tentang kehebatan parti politiknya "KAMI HARI TU BAGI BANTUAN KAT SIPOLAN SIPOLAN,KAT blablabla yada yada " (aku malas nak taip,tapi tulah saja nak bagitau group A depa lagi hebat dalam bab menderma sedekah amal jariah)

tapi ahli group A ni macam cool je lah,dalam hatinya berkata "hang buat siye kat aku takpa,tak mau aku pergi kedai hang lagi"

kan ke rugi ahli group Bni bila kurang seorang customernya? nak politik tapi tak pandai nak politik ngan customer,jagalah hati customer,hal politik malaysia ni ko benci dengan yg pakai serban kopiah pun ko diam-diam sudah,asalkan customer mana-mana parti politik datang kedai kau,ni tak..kan dah rugi namanya..

baguslah kalau pembangkang ke kerajaan ke bagi sumbangan kat orang malaysia yang fakir,anak yatim,ibu tunggal dan kurang upaya..bagus,sama-sama berlumba membantu bangsa Malaysia sendiri sebelum bantu orang negara lain.

buat baik pun kau jaki sangat apahal ntah,kalau hati busuk tu busuk juga,bulam ramadhan orang kasik cuci hati,hati kau lagi berdaki kenapa?

semoga Allah memelihara amalan kita dan semoga sedekah yang diberi itu ikhlas dari hati yang suci bukan takat nak menunjuk kat berita,lihatlah donia kami lah parti politik prihatin..

Selamat Menyambut Hari Raya,maaf di pinta andai ada tersilap bahasa terkasar budi bicara.

p/s: group A ialah ________, Group B ialah _________. sendiri isi.hahahah

29 July 2010

PC Fair: Should u go?

PC fair di penang this weekend..nak pergi atau tak?

seperti yang ramai tahu, kononnya jualan PC di pcfair adalah murah

tapi sebenarnya tak..saya sendiri bertanya dengan beberapa penjual komputer dan alatan komputer di BJ minggu lepas (saya cari printer paper,bukan beli komputer pun)

depa siap kata apa tau

"u tak payah pergi sana (pcfair) pun tak apa,sekarang semua disini sudah harga pcfair"

"sana pegi jammed jammed sesak sesak orang buat susah saja,harga sama maa"

"harga semua sama,cuma kasi lebih itu free gift saja"

talk about freegift kan, ada yang throw in free gift sampai 10,takpun 15 tak pun sampai 20!

freegift nye as usual lah mouse,mousepad,lapotop lock,card reader,cooler pad,usb mini fan,usb mini light,ntah hapahapa kabel i couldnt careless, throw in lagi a bunch of cd kosong, macam-macam lah.

tapi kalau nak beli jugak komputer kat pcfair,nak jugak-jugak,saya sarankan angkut orang yang tahu selok belok komputer ni,so that korang tak kena duped ke apa.

sama la macam gi lowyat,angkut orang yang tahu paal komputer ni

so there serba sedikit pasal pcfair

so its up to you,kalau saja jalan-jalan cuci mata survey-survey pergilah,aiman tak kisah.

p/s: suwa suwey kemorning,istimewa raja

26 November 2008

::brag::

terbaca entry ni kat blog ucle Effs..pasal boys will be boys

saya tahu dalam dunia blog ni pun ada orang suka brag atau menunjuk-nunjuk dengan bangga

i have this i have that,u have?

seriyes saya kata,kalau nak menunjuk cakap aje,tulis statement kat bawah gambar yang nak ditunjuk itu dan kata.."memang i nak menunjuk pun,so?"

apa beza menunjuk dan menunjuk-nunjuk

menunjuk= nak bagitau sesuatu

menunjuk-nunjuk = saje menayang

rujukan:kamus EFS

biasa orang akan paham hanya yang menunujuk-nunjuk ni barang mahal,yg tak semua orang boleh beli dan miliki,tak mampu la orang kata..barang2 high end,macam kereta Bugatti Veyron ke apa kan..

kalau orang menunjukkan barang tidak high end,secara automatik orang tak akan kata dia menunjuk-nunjuk...

betul tak?

orang mesti kata punye

"uii mahal nye keta dia,dia pakai BMW 10 series.."

kalau korang pergi jalan-jalan naik kete ke moto ke jalan kaki ke,nampak keta mahal mesti berkata-kata kan?

kalau pakai kereta kenari,ada orang teruja nak berkata-kata? (unless kete di makeup hodoh,memang kene kata la kan...hahaha)

korang paham tak?

jadi kalau korang dah tayang gambar-gambar kat blog,maknanya memang nak tunjuk kat orang lah kan?

kan?kan?kan?

ada baiknye tak perlu letak gambar kat blog,selamat dari passing judgement orang.

betul tak?

orang nak kata,nak wat camana..hahahah

p/s::tade gambar tak menarik la,orang tak puji i... (ROTFL!)

p/p/s::macam mami jarum,sinsing lengan nak capai lauk kat kenduri,bila sinsing nampak la segala emas berurat-urat tu..

04 June 2008

::poko?!?::

saya::kita letak nama dia sugar la..

En.Suami:: tak mahulah...diakan jantan..kita letak nama dia popo

saya::popo?haaa!kita letak nama dia coklat nak

En.Suami::hish tak mau la..kita letak nama dia sanusi

saya::sanusi??!hahaha...tak mau,dila nak letak nama sugar ( sambil nyanyi..ooh sugar,sugar...ohh honey,honey)

En.Suami::Kamaruzzaman la...

saya::ntahapahapa je nama...sugar gak...tak kira...nak panggil dia sugar

En.Suami::lagi sekali sayang cakap nama dia sugar,abang tak mahu cakap ngan sayang

saya::eh,gitu pulak..boleh ke macam tu?abes nak letak dia nama apa?

En.Suami::(sambil fikir....) haaa!poko

saya::emm...boleh lah..poko pun ok.

En.Suami::ok,kita shake hand,nama dia poko...deal ok.

saya::(sambil shake hand) ok,nama dia poko

beberapa minit lepas tu

En.Suami::kita letak nama dia piko la

saya::eh...dah shake hand dah...mana boleh tukar2 lagi

En.Suami::ok lah poko...




siapa poko?apasal sampai susah naa nak bagi nama?hehehe...nanti jerlah saya citer sape poko ni...poko comel...

p/s::oohh sugar ohh honey honey!

::UPDATE::

saya...dengan sukahatinya ingin memaklumkan kepada para pembaca (if any...hehehe) bahawa saya

Bunda kepada Chomel yang bakal lahir,dan Cik Suri Hati Anas

akan bercuti pada 16/6/08 (kepada yang nak tahu birthday saya ialah 17/6/08...sila wish saya,supaya saya kekal happy dan tak gundah memikirkan tak siapa nak wish...hahaha...boleh gitu?)

saya akan cube ber online di rumah menggunakan maxis broadband,jika dan haya jika sempat apply....hahahah

sekian....MekasEyyyy!

p/s::tak mampu pangku kepala dah ni...rase macam nak tido hatta tengah menaip pun...haih!!

@males@males@males@males

28 January 2008

::matang::

(maafkan saya jika terlalu rajin menulis di dalam satu hari,oleh kerana sekarang saya mempunyai satu lagi tambahan otak yg sedang membesar didalam ini womb,jadi saya rasa,esok2 anak saya juga akan rajin menulis....ahaha...pandai2 aje..biggrin)

Pernah tak,ada seseorang memberi tahu kepada anda "eh,grow up please.." atau "act ur own age la k"...ini berlaku apabila anda berperangai kebudak-budakan(seperti saya,masih bermain dgn doll house...hahaha) atau apa2 aje perkara yg berlaku tak setanding umur

jadi macam mana nak berperangai seperti umur sendiri...saya sendiri pun tak tahu,saya tak pernah pun melalui umur 25 tahun sampai 2 kali,nilah 1st time...jadi macam mana saya nak act my own age...saya kena tiru perangai org kah?atau macam manakah?saya pun tak tahu..apa2 pun inilah saya dgn perangai yg ikut suka hati saja(happy lalalala...)

tapi apa yg saya rasa tentang dewasa atau kedewasaan ialah,cara pemikiran dan penerimaan terhadap sesuatu perkara,tidak selfish (mungkin...)...saya rasa org dewasa yg paling saya kagumi ialah mama dan baba saya sendiri...contoh kematangan umur dan fikiran yg boleh di guna pakai.
Ada orang mengaku diri sendiri sudah matang (kononnya...)tapi sebenarnye tidak la sangat..saya mengaku saya masih seperti anak kecil yang masih perlu dibelai dan di manja tapi pada masa yang sama saya boleh berdikari sendiri bila2 masa saya perlu berdikari...

apa yg menjadikan diri matang?bila kita sebenar benarnya akan matang?Apa maksud matang itu sendiri bagi anda?

p/s::saya budak manja yang comel yg suka dimanja 24/7

11 January 2008

::Ganbatte!!::

ini achim...ini gambar dia masa die bertunang ari tu...hehehe...ada sama ke muka die dgn saya...(saiz bdn ada sama kot...kami rangka besau!..hehehe)



wah! achim nak kawen dah bulan 5 ni InsyaAllah..(25th 5 08 to be precise..)..i am really2 wanted to come! (antara azam baru yang baru masuk senarai azam saya tahun ini..hehehe....hopefully tercapai...amin)

dulu fifah (awek jep..:p), salah tegur org,dia ingat aku ialah achim...jadi bila aku tak menyahut (memandangkan aku bukan achim)..fifah boleh tepuk belakang bahu aku...siap dia marah aku lagik?...huhuhu...dia kata muka aku macam achim...ye,kawan2 walaupun nama je satu course tapi kerana sgtlah ramainya bebudak dalam course ni,aku pun tak kenal achim ni yg mana satu...

lama2, (dgn jasa baik fifah juge..) fifah kenal kan aku dgn achim..third year macam tu baru aku geng ngan achim (antara org yg suke rompak lagu,"tgk" nota/assignment,dan lab report..akulah...hahaah)..aku selalu gak lepak bilik achim..hehehe...peace!!

oleh kerana ramai kawan2 aku nak kawen,ada lagi sorang kawan aku pun nak kawen...tapi masalahnya...dia kata tade calon..menyampah jek...selalu rendah diri...dia tak gemuk,cume comel sikit...tak cacat pun...sempurna..lengkap anggota...tapi dia suke rendah diri...menyampah betul..(sorry ye awak...saya bukan sengaja,tapi awak kena ada keyakinan byk2..)

your mr.right will finally came along (mr. right mean the right person for u,compatible with u..)..jgn risau...kalau betul nak kawen jugak...ikut macam saya..cume anda kena ada berani sikit..
hahaha...(i jump at every oppurtinity i feel like jumping into...hahaha...its dangerous,but it worth the risk...hehehe)

kawan saya tu baru 25 tahun je...so dont fret about being an old spinster, just because all ur friend is getting hitch...ur time will come,eventually..teruskan berusaha dan doa2 byk ye..ganbatte!

p/s::kalau ko bace ni pun,ko jgn marah ek...hehehe..peace!

12 September 2007

::kalaulah betul?::

kalau betul parti pembangkang yang buat rusuhan kat terengganu tu,kenapa pak lah tak hantar pi ISA je,kenapa kena tindakan tata tertib ikut law biasa je?

apa tak musykil ke korang?

Pak lah,pak lah..jangan la tipu aku k..ntah2 keje orang pak lah kut...hahaha

apa2 pun Malaysia ni satu je..lainla ada 14...lepas satu hancur ada lagi satu..ntahapehapentah...

p/s::senario partai-partai politik ni lagi dekat nak pilihanraya..macam2 lah nak jadi..poyo jek...saya malas nak mengundi..saya memang tak bertanggungjawab apa yg TERjadi....hhahahah