Search This Blog

20 January 2013

kadang-kadang...


kadang-kadang berasa...kenapalah perlu kerja kuat sangat kat dunia walhal yang penting kehidupan di akhirat sana..

kerja kat dunia,takat cukup makan pun ok pe... 


p/s: adalah malas update resume,tapi tak boleh malas,kena tekun dan sabar.heh.




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

18 December 2012

not a day goes by...

not a day goes by,...i didn't regret sending Ziyyad to his babysitter

he is almost 5..memang sometime dia nak pegi rumah "mak" (as he called his babysitter) pasal boring duduk rumah sendiri. Yelah sana ada ramai orang nak layan dia.

Memang Ziyyad tak rapat dengan aku..aku akui,cuma kalau dia jatuh ke apa baru lah dia keriau cari aku. 

Tapi bila orang kata itu salah aku sebab Ziyyad tak rapat dengan aku..aku hanya mampu duduk,membisu.

salah aku kah menghantar Ziyyad ke rumah pengasuh sementelah aku pergi kerja mencari duit?

salah aku kah yang mahu sangat pergi kerja,petang baru balik?

tahu tak letih,layan perasaan yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal.

tak kerja duit tak cukup untuk tampung keperluan. Harapkan duit suami memang tak cukup..

memang ikut hati,dari dulu lagi tanyalah kawan-kawan se uni , lepas belajar,kerja,kawen,berhenti keje jaga anak.

memang aku nak jaga anak aku sendiri..tangan aku sendiri,depan mata aku sendiri..

takde pengasuh ke,maid ke,mak ayah ke yang jaga.

tapi menjadi ibu sepenuh waktu dewasa ini luxury (bagi aku..) jadi ibu yang duduk dirumah jaga anak urus rumah.Itu memang impian aku

siapa tak sedih...bila kata aku punca anak tak rapat dengan mama dia sendiri.

memang sedih tahu,kena kecam sebegitu..dan kau tak punya pilihan melainkan telan.

kau tak sebak ke bila anak cakap ini di waktu pagi

"ziyyad tamau mainannn...Ziyyad nak mama je!"

bila aku pujuk acap kali hendak ke pejabat..aku katakan aku akan belikan dia mainan bila tiba petang.

letih fikir..kongsi masalah hanya menambah beban akhirnya ditempelak. Simpan sendiri makan hati lama-lama boleh mati..tak terluah,tak tertelan. 

p/s:esok ada training,2 hari di KL..yelah tinggal lagi..salah aku lagi. hooray!


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

10 December 2012

Big Bad Wolf 2012


sebelum apa-apa meh la cuci mata..hahahah.

arrived at KL around 12.30am (Saturday) terus pegi BBW dengan adik. I did bring along my luggage bag with wheels. memang tak menyesal la bawa. Penuh beg tu hari.

ingatkan tak ramai orang around 1 am macam tu..tapi giler ramai. Tapi dalam MIECC tu still ok to roam around cari buku. (Tawaf children section 2 kali sementara tunggu nak bayar..the line beratur nak bayar gila..queued up almost 2 hours..and adalah peghak mana cut our Q..jgn buat susah orang nak dibalas tuhan)


sebelum pergi BBW i did made a list of books that i want to buy..seperti rajah di atas..saya mmg berniat nak belikan Ziyyad buku Mr.Men and Little Miss, sekali jumpa terus la borong. RM 5 a piece,kat Borders box ser RM180 if not mistaken.


antara lain buku Ziyyad..buku human body 3D tu last sekali nak bayar baru jumpa,tawaf children's section dekat 2 kali tak ketemu. masa beratur nak bayar memang hampir kecewa. Dalam list mmg ada buku tu untuk beli buat Ziyyad. Niat sangat-sangat. Sampai adik kata pada saya "takpelah,tak rezeki Ziyyad" habis je dia cakap macam tu,saya mcm ternampak kelibat buku biru ada otak, dicelah kotak-kotak yang orang abundant ,capai dan tengok buku tu! ALhamdulillah rezeki Ziyyad. 



These are my books..cook books dan juga buku merepek nak baca gelak-gelak. Nak beli chick lits macam ntah beli nak baca. Dan saya masih ada lagi buku chick lit yang belum dibaca...ahahahaha XD. Buku memasak saya semua hard cover. Nigella punya buku RM30 a piece,same goes to Jamie punya buku. Hardcover bawah Rm30 memang sapu la..tunggu lagi?

so we went back at around 530 am..walaupun queue panjang giler,tapi kudos to all the staff. Sangat helpful sangat friendly sangat awesome la habis cerita. Still can put up a smile tgh pagi buta tu baguslah kan,helpful sangat!


Penuh dgn buku,baju saya letak beg plastik je..no kidding.

saya budget RM300 tapi under budget RM283 untuk semua buku diatas. Sekarang ni masalah dia,rak buku dah penuh. with my books,Ziyyad lagi babah dia lagi punya kitab-kitab...we need expedit. Takpun custom made shelves,pasal ikea takde kat sini.heh.

p/s: tak sabar nak baca buku Mr.Men dgn Ziyyad..hehehehe :)

{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

03 December 2012

hai...

lama dah tak memblog..ada ke yang kisah?hahahah

anyway lets make this short and sweet

1.will be back to KL this weekend,seorang diri pasal gigih nak pegi big bad wolf.tahun lepas kirim kat sepupu adn adik,tis year,saya pergi sekali. Mama kata saya mhu sgt nak eprgi paal buku tu..wuwuwuw

2. i have stop taking bird sea nest collagen as muka saya berjerawat lepas makan,sedih wehh,ingat kulit remaja ke nak jeratwat jerawat ni. and no,i dont sell them.

3.masuk disember dah..ntah apa pencapaian saya tahun ni ntha..takde rasanya.hahahah haih~~

happy monday to all.




{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}

05 November 2012

bird sea nest

sekarang ni,semua pakat duk sibuk guna kollagen. Saya pun teringin juga nak cantik,gebus dan mulus. Tapi apakan daya kollagen from renowned name such as kinohimisu tu mahai.

Jadi ntah macam mana berjumpa denga ibu kollagen atau nama saintifik dia  Eucheuma cottonii (boleh google tentang journal yang ramai penyelidik dah buat)

rumpai laut ni kaya dengan iodine,magnesium,yada yada blabla..go read ok.hahaha

so does this rumpai laut contained collagen?the answer is yes. nah baca,kalau malas nak google http://en.wikipedia.org/wiki/Collagen 

banyak dah sekarng orang jual ibu kollagen,i like to called it seaweed aje.well obviously it is seaweed.duhhh. ada banyak harga,korang pilih la rasa berkenan ikut memasing,tapi memang  murahla,saya beli dari kawan RM15 saje per 100g. Ye rasa sikit kan,tapi try la mask dengan 2.5L air. tu macam stok sebulan punya kollagen. most of these seaweed datang dari Semporna,Sabah,kerana perairannya yang sesuai.

preparation memang renyah,tapi nama pun murah kan...nak siap sedia minum bayar la mahal dengan segala additif lain. yang saya beli memang rumpai laut kering tu hah dia bagi,packaging pun tak fancy,pelastik je u olls.

bila dapat tu,terus basuh bilas banyak kali to get rid of the hanyir,dah basuh bilas (saya siap ramas) rendam overnight. dah rendam overbight bilas lagi a few times,letak bawah running water pun ok. Masak kan rumpai laut yang dah bersih tadi dalam 2.5 liter air. masak sampai dia larut macam jadi jelli. dah sejuk simpan dalam peti ais.

the smell is still there,tapi tak la hanyaq sangat.boleh tahan lagi. bau dia macam bau laut (dey,whaddaya expect the rumpai laut tinggal kat laut kann..hahah) . how i used it?

1. campur sesudu dalam air sunquick minus the sugar,larut kan sat jeli rumpai tadi,lepas tu minum je macam biasa takde ketul jelly pun

2.ambil je jelly tu sikit,sapu kat muka jadi masker,been doing tis for few days, Ziyyad kata muka saya nampak putih,tapi macam tak yakin as my skin is fair.tapi mungkin bertambah seri ke apa wallahualam.

3.sometime i drink it with milo. Milo Kollagen,kau mampu. hahahahah! XD

baru start on 2/11/2012 haritu,tengok la hasil dia macam mana nanti,beseri macam datin rosmah ke apa ke kan. eh.


gambar besar: rumpai laut yang dah direndam overnight,sebelah dia tu dia dah sejuk jadi jelly, setiap pagi saya ambil sesudu bancuh dengan sunquick,siapa dare devil makan je lah sesudu tu,tabah jelah nak cantek katanya.

barang di ingat,rumpai laut kaya snagat dengan iodine,pengambilan yang terlebih boleh menyebabkan keracunan iodine. kalau terasa demam,cirit berit muntah,minum segelas susu,tak nak minum susu pegi klinik jumpa tabib. XD

dulu kat sabah saya selalu je nampak orang jual tepi jalan,tapi ntah kenapa tak berminat sangat nak ambil tahu. Siap buat ulam ini rumpai laut bah,tapi saya ndak pernah cuba.

banyak kandungan nutrient dan ada wound healing property juga. macam gamat. I do take gamat healing masa DnC suatu masa dulu, 3 bulan lepas tu ada ziyyad dalam rahim.eh,kesitu pula. itu semua kuasa Dia, kita berusaha je kan :) Minyak gamat langkawi tu sentiasa ada dalam rumah ni,kat bilik tidur kat dapur kat ruang tamu semua ada. senang,luka sikit buh,calar sikit buh. cepat darah berhenti dah luka ceat sembuh. 

tak mustahil anti kanser juga nanti,memang ada kajian dah dimana seaweed inhibit dan supress tumor semua,itu korang kena cari journal dan baca.

p/s: semua penyakit ada ubat,kecuali mati.


{KedaiChomel-Nursing Cover} {Chomel Clippies} {custom-made luggage tags}{Passpocket by Chomel}